sekolah menengah kebangsaan convent bukit mertajam

22
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT MERTAJAM JALAN KULIM, BUKIT METAJAM KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN (PETA JEPUN) Nama: Perreshina Shanmuganathan Tingkatan: 2 Jemaah

Upload: shasha95

Post on 12-Jun-2015

1.080 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kajian Geografi Tempatan

TRANSCRIPT

Page 1: Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT MERTAJAMJALAN KULIM, BUKIT METAJAM

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

(PETA JEPUN)

Nama: Perreshina ShanmuganathanTingkatan: 2 JemaahTahun: 2009

Page 2: Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam

Kepentingan Jaringan

Sistem Pengangkut

an di Negara Jepun

Page 3: Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam

Senarai Kandungan

Bil Perkara M/S1. Penghargaan2. Pendahuluan3. Objektif Kajian4. Kawasan Kajian5. Kaedah Kajian6. Dapatan Kajian7. Rumusan8. Lampiran9. Rujukan

Page 4: Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam

Penghargaan

Ucapan terima kasih ingin saya berikan kepada kedua ibu bapa saya yang sanggup memberikan idea dan melaburkan modal untuk saya menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi kerjasama supaya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini dengan lebih mudah dan lancar.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para responden yang sudi meluangkan masa untuk mengisi borang kajian soal selidik yang telah diedarkan kepada mereka.

Page 5: Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam

Pendahuluan

Setiap tahun, semua pelajar tingkatan 2 dikehendaki menyiapakan sebuah Kerja Kusrsus Geografi. Kerja kursus ini diberikan agar dapat menguji kemahiran mengkaji dan menyelidik dalam kalangan pelajar. Ia selari dengan matlamat Kementerian Pendidikan Negara, iaitu ingin menghasilkan pelajar yang bukan sahaja bijak dari segi akademik, malahan juga cemerlang dari segi kokurikulum dan sahsiah diri.

Tajuk Kerja Kursus Geografi yang telah saya pilih pada tahun ini ialah Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan di Negara Jepun. Tajuk ini dipilih berdasarkan beberapa faktor. Antaranya ialah, kawasan kajian, iaitu Jalan Kulim, adalah hampir atau dengan lebih tepat berada dalam lingkungan 3 kilometer daripada sekolah dan kediaman saya. Hal ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian terhadap kawasan ini.

Kajian ini telah dijalankan selama 1 bulan, bermula dari bulan Ogos hingga ke bulan September.

Page 6: Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam

Objektif Kajian

Objektif-objektif Kerja Kursus Geografi ini dijalankan adalah :

mengkaji jenis-jenis sistem pengangkutan di Jalan Kulim dan negara Jepunmengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Jalan Kulim dan negara Jepunmengkaji kepentingan jaringan sistem pengangkutan di Jalan Kulim dan negara Jepunmengetahui kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar di Jalan Kulim dan negara Jepunmengkaji langkah-langkah penyelesaian masalah jaringan sistem pengangkutan di Jalan Kulim dan negara Jepun

Penerapan Nilai: Meluahkan rasa kesyukuran terhadap sistem pengangkutan yang terurus dan cekap dengan cara mempelajari dan mengenalinya..

Page 7: Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam

Kawasan Kajian

Kawasan kajian, iaitu Jalan Kulim, dahulunya merupakan sebuah ladang kelapa sawit. Kawasan ini telah dibangunkan oleh kerajaan negeri untuk dijadikan sebuah kawasan petempatan kira-kira pada 10 tahun yang lalu. Kawasan Jalan Kulim amat dikenali sebagai kawasan elit di Bandaraya Bukit Mertajam.

Bentuk muka bumi Jalan Kulim adalah tanah pamah dan kawasan berbukit. Kebanyakan rumah teres dibina di kawasan tanah pamah, manakala rumah-rumah banglo dibina di kawasan bukit.

Terdapat juga sebuah kolam tadahan banjir di Jalan Kulim. Ia juga bertindak sebagai suatu pusat rekreasi bagi penduduk tempatan. Mereka sering berjoging dan bersenam di sekeliling kolam tadahan banjir ini.

Selain itu, kawasan Jalan Kulim juga penting sebagai kawasan pengajian. Hal ini dapat dilihat berdasarkan kewujudan 1 buah institut pengajian tinggi, iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM). Terdapat juga beberapa buah sekolah yang dibina di sini, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (SMKCBM) & Sekolah Kebangsaan Convent. Terdapat sebuah hospital bersebelahan dengan kawasan sekolah.

Page 8: Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam

Kaedah Kajian

Kaedah-kaedah kajian yang telah digunakan dalam kerja kursus ini ialah pemerhatian. Kaedah ini dijalankan dengan cara membuat kesimpulan berdasarkan apa yang telah saya lihat.

Selain itu, saya menggunakan kaedah temu bual. Kaedah ini dijalankan dengan cara menemu ramah beberapa orang responden untuk mendapatkan penjelasan dan pendapat mereka.

Saya turut menggunakan kaedah soal selidik. Kaedah ini dilakukan dengan cara mengedarkan borang-borang soal selidik kepada beberapa orang responden yang terdiri daripada penduduk tempatan kawasan kajian. Responden diminta untuk mengisi borang tersebut berdasarkan apa yang telah mereka lihat dan lalui.

Saya juga menggunakan beberapa rujukan laman web iaituhttp://www.google.com.my

Seterusnya, saya menggunakan rujukan buku ilmiah sepertiChong Mui Sen, Azizan bin Hj. Abu Samah, 2003, Geografi Tingkatan 2, Percetakan Saufi.

Page 9: Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam

Dapatan Kajian

Jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di Seksyen 7 :

Lebuhraya kebiasaannya, lebuhraya digunakan oleh pemandu lori, bas, kereta,dan motosikallebuhraya merupakan hak milik kerajaancontoh lebuhraya yang terdapat di kawasan Seksyen 7 ialah Lebuhraya Persekutuan

Komuter komuter digunakan oleh pekerja-pekerja dan pelajar universiti komuter merupakan hak milik Kereta Api Tanah Melayu

Berhad (KTM)

Jalan Kuilm jalan persekutuan digunakan oleh penunggang motosikal, pejalan

kaki, motosikal, dan kereta yang terdiri daripada penduduk tempatan dan kawasan yang berdekatan

jalan persekutuan merupakan hak milik kerajaan contoh jalan persekutuan di Jalan Kulim ialah jalan raya yang

terdapat di kawasan-kawasan perumahan

Page 10: Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam

Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan

sistem pengangkutan

Faktor-faktor Maklum balas respondenBentuk muka bumi 11Kegiatan ekonomi 14Kemajuan teknologi 8Keselesaan pengguna 14Kerajaan 2Dasar pembangunan negara 5

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Jaringan Sistem PengangkutanSumber daripada borang soal selidik

Berdasarkan maklum balas yang diperoleh daripada pihak responden, saya dapati bahawa kegiatan ekonomi dan memainkan peranan yang sangat penting untuk memajukan jaringan sistem pengangkutan di Jalan Kulim.

Jika diteliti, kegiatan ekonomi di Jalan Kulim ialah memberikan perkhidmatan. Sebagai contoh, terdapat sebuah pejabat pos.

Selain itu, faktor keselesaan pengguna juga memainkan peranan yang amat penting dalam mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan. Para pengguna lebih selesa memilih kawasan kediaman yang terdapat di Jalan Kulim. Kawasan kediaman di sini sememangnya cantik dan teratur. Jaringan pengangkutannya yang pelbagai dan tidak sesak juga merupakan di antara sebab mereka memilih untuk berada di kawasan Jalan Kulim.

Penerapan Nilai: Berasa bangga kerana dapat hidup dalam suasana yang selesa dan teratur.

Page 11: Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam

Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan

Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pihak responden, saya dapati bahawa mobiliti penduduk amat penting bagi para pengguna jaringan pengangkutan di Jalan Kulim dan Jepun.

Kemudahan jaringan pengangkutan di Jalan Kulim yang pelbagai memudahkan pergerakan para penduduknya. Kemudahan-kemudahan seperti perkhidmatan teksi, bas, dan komuter sememangnya digunakan oleh semua lapisan masyarakat untuk menuju ke destinasi mereka.

Sementara di Jepun pula, mereka sentiasa menggunakan kemudahan-kemudahan awam seperti teksi dan bullet train yang dapat mengurangkan kesesakan jalan raya yang sering berlaku pada waktu pergi ke kerja. Selain itu, penggunaan kemudahan-kemudahan ini dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar yang semakin serius sekarang.

Lebuhraya-lebuhraya seperti Honshu – Shikoku Highway yang menghubungkan Gonshu dengan Shikoku dapat menjimatkan masa penghantaran barang ke pelabuhan. Hal ini juga dapat merangsang ekonomi negara Jepun.

Penerapan Nilai: Sentiasa bersyukur dengan pelbagai kemudahan yang disediakan

Page 12: Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam

Kesan-kesan Perkembangan Jaringan Sistem Pengangkutan Terhadap Alam

Sekitar

Perkembangan jaringan sistem pengangkutan telah menyebabkan banyak pokok ditebang. Hal ini telah mengakibatkan kekurangan tumbuhan hijau untuk melakukan proses fotosintesis. Suhu setempat semakin tinggi, ditambah pula dengan jalan raya yang bertar menyebabkan penduduk setempat merasa bahang tatkala mereka menyusuri jalan raya. Jumlah kenderaan bermotor yang semakin bertambah hari demi hari juga mengakibatkan pencemaran. Asap kenderaan yang sememangnya bahaya dan boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit.

Keadaan ini berbeza pula dengan negara Jepun. Penduduk Jepun sedar akan masalah pencemaran ini dengan mengambil alternatiif lain seperti menaiki bas dan komuter. Cara ini selain dapat mengurangkan pencemaran, ia juga dapat menjimatkan masa.

Selain itu, kesan-kesa perkembangan jaringan pengangkutan bagi negara Jepun pula ialah, ia dapat mengurangkan kesesakan lalu-lintas. Teknologi yang canggih di Jepun telah banyak membantu mengurangkan kesesakan lalu-lintas di negara termaju di dunia itu. Penciptaan sistem pengangkutan yang canggih seperti sistem pengangkutan 5 tingkat di Jepun merupakan suatu langkah bijak untuk menangani masalah kesesakan lalu-lintas di negara itu.

Penerapan Nilai: Sentiasa belajar bersungguh-sungguh untuk membantu mengurangkan masalah yang sering dihadapi setiap hari seperti kesesakan

lalu-lintas dan pencemaran

Page 13: Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam

Langkah-langkah Penyelesaian

Langkah-langkah Penyelesaian Maklum balas respondenPenggunaan alat catalytic converter 1Petrol tanpa plumbum 15NGV (Neutral Gas Vehicle) 5Penghijauan Bandar 16Kempen 9Kenderaan elektrik 1

Langkah-langkah Penyelesaian di Jalan KulimSumber daripada borang soal selidik

Langkah-langkah Penyelesaian Maklum balas respondenKereta hybrid 5Pembinaan jalan raya 5 tingkat 8Petrol tanpa plumbum 8Penghijauan bandar 8Kempen 6Kenderaan elektrik 9

Langkah-langkah Penyelesaian di JepunSumber daripada borang soal selidik

Penggunaan petrol tanpa plumbum merupakan salah satu langkah penyelesaian

yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah pencemaran di Seksyen 7 dan Jepun. Petrol berplumbum boleh mencemarkan udara. Secara tidak langsung, ia akan mengakibatkan masalah kesihatan kepada orang awam yang menghirup udara ini setiap hari.

Para responden juga telah bersetuju bahawa dengan melakukan penghijauan bandar di Seksyen 7, masalah pencemaran boleh diselesaikan. Penanaman pokok-pokok di tepi jalan boleh membantu untuk menyeimbangkan semula ekosistem yang terganggu akibat perkembangan sistem jaringan pengangkutan.

Negara Jepun boleh mempertingkatkan lagi kualiti sistem jaringan pengangkutan mereka dengan menggunakan kenderaan elektrik. Kenderaan elektrik sememangnya mesra alam kerana tidak menggunakan sumber petroleum yang semakin berkurangan pada masa kini. Ia juga dapat mengawal kualiti udara agar tidak dicemari oleh gas-gas yang dekeluarkan oleh asap kenderaan yang boleh membahayakan kesihatan.

Page 14: Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam

Penerapan Nilai: Bekerjasama sesama masyarakat untuk menangani masalah yang dihadapi bersama.

Rumusan

Kerja Kursus Geografi ini dijalankan adalah untuk mengkaji jenis-jenis sistem pengangkutan di Jalan Kulim dan negara Jepun. Selain itu, kerja kursus ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian Jalan Kulim dan Jepun. Seterusnya, kerja kursus ini dijalankan adalah untuk mengkaji kepentingan jaringan sistem pengangkutan di Jalan Kulim dan negara Jepun. Akhir sekali, kerja kursus ini dijalankan untuk mencari langkah-langkah penyelesaian untuk mengatasi masalah yang dihadapi akibat perkembangan sistem jaringan pengangkutan di Jalan Kulim dan Jepun.

Penerapan Nilai: Mencintai tanah air sendiri.

Page 15: Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam

Lampiran

Page 16: Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam

RujukanLaman Webhttp://www.google.com

Buku IlmiahChong Mui Sen, Azizan bin Hj. Abu Samah, 2003, Geografi Tingkatan 2, Percetakan Sauf

Page 17: Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam