keberkesanan penggunaan multimedia terhadap minat pelajar asli dalam mata pelajaran geografi...

16
KEBERKESANAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA TERHADAP MINAT PELAJAR ASLI DALAM MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN DUA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI KOYAN IKMAL HISHAM BIN MAT IDERA KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN FAKULTI SENI, KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2012

Upload: ndilies-fandi

Post on 06-Aug-2015

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat Pelajar Asli Dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 2 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan

KEBERKESANAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA TERHADAP MINAT PELAJAR ASLI

DALAM MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN DUA DI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI KOYAN

IKMAL HISHAM BIN MAT IDERA

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

FAKULTI SENI, KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2012

Page 2: Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat Pelajar Asli Dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 2 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan

1

BAB 1

PENGENALAN

Penggunaan multimedia mutakhir ini telah mula berkembang dalam bidang

perniagaan, pentadbiran, perbankan dan khususnya dalam bidang pendidikan.

Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting untuk

memotivasikan minat pelajar-pelajar terhadap pelajarannya. Ini dibuktikan dengan

kewujudan pelbagai aplikasi multimedia yang menjurus kepada aspek komunikasi,

pemberitahuan dan pendidikan. Penggunaan multimedia dalam bidang pendidikan

merupakan satu inovasi yang besar impaknya.

Perisian multimedia boleh menjadi pemudah cara yang kuat bagi pengajaran dan

pembelajaran dengan sebab-sebab dan kebijaksanaan untuk berjaya (Ismail 2002). Kaedah

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini boleh digunakan untuk mengatasi

masalah pelajar yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza. Ia bersesuaian

dengan pendidikan di Malaysia yang merupakan suatu usaha berterusan untuk

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat

melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi.

”Pelajar sebenarnya lebih tertarik kepada suasana pembeajaran yang berbeza

daripada kaedah tradisional yang sering digunakan oleh guru-guru. Pembelajaran

Berasaskan Komputer (PBK) dapat memberikan suasana yang berbeza dan memberi

variasi kepada pelajar. PBK mungkin mampu memberi gambaran yang lebih jelas tentang

sesuatu konsep sains yang sedang dipelajari dan juga dapat mempertingkatkan

pemahaman serta motivasi dan minat pelajar.”

(Aszoura, 2007)

1.1 Latar belakang masalah

Dalam budaya hidup kini yang berteraskan teknologi, telah menjelmakan satu

anjakan paradigma baharu terhadap cara pengajaran di dalam kelas. Ini tidak terkecuali juga

tempiasnya terhadap pelajar-pelajar asli. Walaupun mereka masih mengamalkan cara hidup

tradisional tetapi mereka juga terdedah kepada ledakan teknologi masa kini terutamanya

komputer. Pelajar-pelajar yang terdedah kepada teknologi ini sentiasa mendambakan

pembaharuan dalam bidang pembelajaran.

Page 3: Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat Pelajar Asli Dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 2 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan

2

Setiap masa, guru mencari alternatif baru untuk membantunya dalam sesi

pengajaran dalam kelas. Ia bertujuan agar dapat menarik minat dan motivasi pelajar

terhadap matapelajaran yang diajar. Masa kini, multimedia mencetuskan satu fenomena

baru dalam bidang pendidikan agar sesi pembelajaran menjadi lebih menarik. Menurut

Ismail (2002) yang telah dipetik oleh (Saridah Hussein, 2006), multimedia boleh menjadi

pemudah cara yang kuat bagi pengajaran dan pembelajaran dengan sebab-sebab dan

kebijaksanaan untuk berjaya. Kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan penggunaan

multimedia dalam pengajaran georafi tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai

Koyan. Sekolah ini terletak di daerah Lipis, Pahang dan jaraknya sejauh 32km dari bandar

Kuala Lipis.

1.2 Pernyataan Masalah

Kebanyakan guru berhadapan dengan masalah untuk cuba membina daya

imaginasi terhadap pelajar, contonhya apabila berkaitan dengan tajuk yang melibatkan

kemudahan frasarana, tempat-tempat pelancongan, teknologi pengakutan dan sebagainya.

Pelajar-pelajar asli kebanyakannya mengalami masalah untuk berimaginasi terhadap apa

yang diperkatakan oleh guru. Ini mengakibatkan mereka berasa bosan terhadap

matapelajaran ini. Dengan adanya inovasi dalam pembelajaran iaitu penggunaan

multimedia, diharapkan dapat mengurangkan masalah ini.

Seperti dinyatakan Rozinah (2002) yang telah dipetik oleh (Saridah Hussein, 2006),

menyatakan bahawa perisian multimedia memberi motovasi kepada pelajar dengan

menjadikan pembelajaran lebih menarik apabila pelajar memahami apa yang dipelajari

dalam konteks yang sebenar. Masalah ini adalah berkaitan dengan keupayaan pelajar untuk

memahami dengan lebih jelas apa yang cuba disampaikan oleh guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (Norfadzlan & Supli Effendi, 2010).

1.3 Objektif kajian

Penyelidik telah menetapkan objektif kajian ini ialah

i) membandingkan minat pelajar terhadap dua kaedah iaitu kaedah biasa (lembaran

kerja) dan berbantukan perisian multimedia bagi pelajar orang asli.

ii) mengenalpasti kelebihan penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan

pembelajaran matapelajaran geografi di dalam kelas bagi pelajar orang asli

Page 4: Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat Pelajar Asli Dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 2 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan

3

1.4 Persoalan kajian

Untuk mencapai objektif-objektif tentang kajian, pengkaji seterusnya menyenaraikan

beberapa persoalan kajian iaitu

1. Adakah faktor kemunduran pelajar asli dalam pelajaran dapat dikurangkan dengan

penggunaan multimedia dalam kelas

2. Adakah terdapat hubungan antara pelajar yang mempunyai kemahiran membaca

dengan penggunaan multimedia dalam matapelajaran geografi bagi pelajar asli

3. Adakah terdapat hubungan antara jantina dengan penggunaan multimedia dalam

matapelajaran geografi

4. Adakah terdapat hubungan antara tempat tinggal dengan minat belajar pelajar asli

dalam matapelajaran geografi

1.5 Hipotesis

H01 Kemunduran pelajar asli dapat dikurangkan dengan penggunaan multimedia

dalam kelas

H02 Terdapat perbezaan antara pelajar yang mempunyai kemahiran membaca

dengan penggunaan multimedia dalam matapelajaran geografi bagi pelajar

asli

H03 Terdapat perbezaan antara jantina dengan penggunaan multimedia dalam

matapelajaran geografi

H04 Terdapat perbezaan antara tempat tinggal dengan minat belajar pelajar asli

dalam matapelajaran geografi

1.6 Kepentingan kajian

Kepentingan kajian ini boleh dipecahkan kepada empat pihak iaitu pelajar, guru,

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Kemajuan orang asli.

1. Pelajar

Bahan multimedia yang digunakan dapat menarik minat pelajar kerana

elemen-elemen dalam multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan

video lebih menarik berbanding gaya pembelajaran konvesional

Page 5: Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat Pelajar Asli Dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 2 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan

4

2. Guru

Guru dapat mempelbagaikan lagi gaya pengajaran dan tidak hanya tertumpu

kepada gaya pengajaran berpusatkan guru sahaja. Selain itu, interaksi dua

hala akan menjadi lebih berkesan dengan penggunaan multmedia

3. Kementerian Pelajaran Malaysia

Pihak kementerian dapat menjadikan kajian ini sebagai rujukan untuk

mengatasi masalah kemunduran pelajar asli

4. Jabatan Kemajuan orang asli (JAKOA)

Pihak JAKOA diharap dapat menjadi pihak agen perubahan kepada

kemunduran pelajar asli dalam pelajaran dengan cara menggalakkan pelajar

asli lebih dekat dengan teknologi semasa

1.7 Skop kajian

Terdapat beberapa batasan di dalam kajian yang dilakukan. Kajian ini dilaksanakan

hanya meliputi pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan. Mereka

bukanlah merupakan perwakilan sampel sebenar untuk setiap tingkatan. Kajian ini juga

dijalankan pada waktu persekolahan sahaja di sebabkan kekangan masa. Selain itu

pencapaian pelajar yang diuji sewaktu sebelum dan selepas pembelajaran dipengaruhi oleh

pengetahuan kognitif dan sedia ada pelajar terhadap matapelajaran geografi.

1.8 Definisi aprosional

1. Geografi

Geografi merupakan mata pejalaran teras di peringkat Sekolah Menengah

Rendah dan sebagai mata pelajaran elektif di peringkat Sekolah Menengah

Atas. Mata pelajaran Geografi bertujuan untuk melengkapkan murid dengan

pemahaman dan kemahiran asas geografi serta nilai-nilai kemanusiaan. Mata

pelajaran ini menyediakan murid menghadapi cabaran hidup ke arah

mewujudkan kesejahteraan diri dan masyarakat. Mata pelajaran Geografi

merupakan kesinambungan mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah

rendah. Kandungan mata pelajaran Geografi adalah relevan dengan

kehidupan manusia.

Page 6: Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat Pelajar Asli Dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 2 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan

5

2. Orang Asli

Menurut (Hasan Mat Nor,1998) yang dipetik oleh (Nurul Farhana, 2010),

orang asli ialah kumpulan etnik natif yang mendiami sesebuah wilayah yang

dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara, dengan

kumpulan etnik terbabit datang dari wilayah tersebut sebelum wilayah itu

menjadi sebuah negara yang berdaulat. Istilah orang asli yang digunakan

untuk merujuk kepada kumpulan pribumi yang dibincangkan ini adalah

merupakan gelaran rasmi yang diguna pakai setelah Malaysia mencapai

kemerdekaan. Dari sudut Perlembagaan Persekutuan pula masyarakat orang

asli tidak ditakrifkan sebagai bumiputera. Mengikut artikel 160 (2) di dalam

Perlembagaan Persekutuan “Orang Asli” hanya ditakrifkan sebagai orang asli

Semenanjung Tanah Melayu dan tidak disebutkan sebagai bumiputera untuk

membolehkan mereka menikmati hak yang setaraf dengan kaum bumiputera

yang lain.

3. Multimedia

Perkataan multi bermaksud banyak atau pelbagai dan media bermaksud

perantara untuk berkomunikasi. Menurut (Rozinah, 2005), menggunakan

multimedia bermaksud menggunakan pelbagai media sama ada visual atau

auditori untuk tujuan interaktiviti dan komunikasi dengan komputer.

Menurut sebuah laman web yang menyediakan maklumat secara atas talian

iaitu wikipedia;

“Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan

teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai

unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video

untuk menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan

yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara

komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan

teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan

kandungan multimedia.”

(Wikipedia, 2011)

Page 7: Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat Pelajar Asli Dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 2 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan

6

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Dalam bab ini, pengkaji akan menyorot penulisan-penulisan yang berkaitan dengan tajuk.

Sorotan penulisan ini akan melihat beberapa pandangan dan kajian yang telah dijalankan

oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Tujuannya adalah untuk melihat samada terdapat

persamaan dan perbezaan terhadap kajian yang telah dijalankan.

2.1 Rujukan Kajian Lepas

2.1.1 Latar belakang orang asli

Istilah orang asli merupakan satu panggilan terhadap satu kelompok etnik yang

mula-mula sekali tinggal di Malaysia. Pada zaman pemerintahan Inggeris, orang asli

dipanggil dengan istilah “sakai”. Panggilan ini adalah perkataan Melayu yang bermaksud

“hamba”. Menurut (Hunt,1952) yang dipetik oleh (Mohd Fauzi & Mohd Afandi, 2010), sakai

juga membawa erti satu kelompok primitif yang tinggal di hutan belantara, mundur dan serba

kotor dan panggilan Sakai ini amat tidak disenangi oleh orang asli kerana maksudnya yang

tidak baik. Menurut (Iskandar Carey, 1976) yang dipetik oleh (Rohani & Nur Hidayah, 2010),

masyarakat orang asli merupakan antara penduduk peribumi yang terdapat di Malaysia,

khususnya di Semenanjung atau Malaysia Barat.

Pada 2010 JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) telah melaporkan jumlah

penduduk orang asli telah meningkat kepada 178,197 orang daripada 141,230 pada tahun

2006 (Komuniti Kita, 2011). Menurut (Hartini, 2010) di Malaysia terbahagi kepada tiga kaum

utama iaitu,Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun

Bangsa. Bagi kaum Negrito, terdapat Orang Kensiu, Orang Kintak, Orang Lanoh, Orang

Jahai, Orang Mendriq dan Orang Bateq. Bagi kaum Senoi, terdapat Orang Temiar,Orang

Semai, Orang Semoq Beri, Orang Jah Hut, Orang Mahmeri, Orang Che Wong. Bagi kaum

Proto-Melayu pula, terdapat Orang Kuala, Orang Kanaq, Orang Seletar, Orang Jakun,

Orang Semelai dan Orang Temuan. Kaum orang asli yang berbeza mempunyai budaya,

bahasa dan cara hidup yang berbeza.

Page 8: Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat Pelajar Asli Dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 2 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan

7

Jadual 1: Kelompok etnik orang asli di Semenanjung Malaysia

SENOI MELAYU-PROTO NEGRITO

Semai Temuan Kensiu

Temiar Semelai Kintak

Jahut Jakun Jahai

Che Wong Kanaq Lanoh

Mah Meri Orang Kuala Mendriq

Semoq Beri Orang Seletar Bateq

Sumber : http://www.komunitikita.my

2.1.2 Hak orang asli dari perundangan Malaysia

Menurut (Mohd Fauzi & Mohd Afandi, 2010), telah termaktub dalam undang-undang

Malaysia Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (disemak 1974), Perkara 3(1) telah mentakrifkan

orang asli ini sebagai:

a) “mana-mana orang yang bapanya adalah seorang dari kumpulan rumpun bangsa

orang asli dan lazimnya mengikut cara hidup orang asli dan adat dan kepercayaan

orang asli, dan termasuklah seseorang keturunan melalui lelaki orang itu;

b) “mana-mana orang dari apa-apa kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa

masih kanak-kanak oleh orang asli dan yang telah dididik sebagai seorang arang

asli, lazim bercakap dalam bahasa orang asli, lazim mengikut cara hidup orang asli

dan adat dan kepercayaan orang asli dan adalah seorang dari sesuatu masyarakat

orang asli, atau

c) “anak dari apa-apa persatuan antara seorang perempuan orang asli dengan seorang

lelaki dari suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazim bercakap dalam

bahasa orang asli, lazim mengikut cara hidup orang asli dan adat dan kepercayaan

orang asli dan masih lagi menjadi seorang dari sesuatu masyarakat orang asli”.

2.1.3 ICT dan Komuniti Orang Asli

Menurut (Hakansson dan Deer, 2006), yang dipetik oleh (Nurul Farhana, 2010),

antara isu yang dibincangkan semasa Persidangan Informasi Sejagat (World Summit

Information Society) adalah berkenaan menjaga hak-hak kaum peribumi dengan gerbang

informasi dan hak mereka untuk mengakses kemudahan ICT dan jaringannya. Dari aspek

pendidikan, mereka mencadangkan pendidikan jarak jauh (distance education) kepada

mereka dimana pembelajaran boleh dilaksanakan di rumah. Ini memandangkan mereka

tinggal jauh di pedalaman. Akan tetapi, interaksi dengan komuniti luar juga diperlukan bagi

memastikan maklumat dapat disampaikan dengan berkesan.

Page 9: Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat Pelajar Asli Dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 2 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan

8

Namun demikian, masih kurang kajian khusus yang meninjau penggunaan ICT di

kalangan murid-murid orang asli di Malaysia. Kesannya, masyarakat tidak mendapat

gambaran yang jelas akan kedudukan dan persepsi pelajar orang asli berhubung

penggunaan ICT terutamanya ketika di sekolah. Ini juga adalah penting untuk anak-anak

orang asli diberi perhatian sewajarnya akan kepentingan penggunaan teknologi dalam dunia

serba moden ini (Nurul Farhana, 2010).

2.1.4 Minat

Menurut (Sharifah Alwiah,1985) yang telah dipetik oleh (Hartini, 2010), minat adalah

daya penggerak atau kecenderungan seseorang untuk memberi perhatian kepada

seseorang, benda atau kegiatan. Minat dapat mendorong dan membantu pelajar untuk

mengikuti atau memahami apa yang dipelajarinya. Pelajar yang mempunyai minat akan

mendorong mereka untuk berusaha sehingga berjaya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh

(Mohd Risdi,2008) yang mana telah dipetik oleh (Hartini, 2010), minat adalah sesuatu

perkara penting dalam pendidikan sebagai matlamat atau proses iaitu sebagai objektif.

Minat seseorang itu boleh menentukan apa yang hendak dilakukannya.

Menurut (Zurida, Ahmad Nurulazam, & Mohd Ali, 2004) pengajaran guru yang lebih

mengutamakan penyampaian dan penyaluran maklumat kepada pelajar turut mempengaruhi

sikap dan minat pelajar. Justeru, guru perlu mencari alternatif kepada pengajaran secara

transmisi kepada suatu pendekatan yang boleh melibatkan pelajar secara aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Menurut (Russel,1968; Norazila Ariff & Norazlina Yusop, 2003) dalam kajian yang

dilakukan oleh (Norma, 2004) mengatakan bahawa minat berkembang daripada aktiviti yang

memuaskan dan mereka berkecenderungan untuk merangsang daripada aktivitiaktiviti

seterusnya. Pembelajaran boleh diperolehi daripada pengalaman dan ini adalah dipengaruhi

secara terus oleh minat seseorang di dalam proses ini.

Page 10: Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat Pelajar Asli Dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 2 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan

9

2.1.5 Pembelajaran menggunakan multimedia

Teknik pengajaran perlu divariasikan dengan pelabagai teknik selain daripada teknik

konvesional. Penyebaran luas penggunaan multimedia membawa kepada harapan bahawa

teknologi ini akan digunakan secara total dalam bilik darjah. Pendidik telah mengiktiraf dan

menggunakan sistem ini kerana kekuatan dan faedah yang ditawarkan. (Rozinah, 2005). Ini

dapat mengelakkan pelajar daripada berasa bosan dan hilang minat terhadap sesuatu

matapelajaran. Menurut (Norfadzlan & Supli Effendi, 2010) penggunaan modul multimedia

memberi kesan dan impak yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran berbanding

dengan kaedah tradisional yang memerlukan guru untuk menggunakan papan putih dan

pelajar lebih banyak mendengar. Cadangan bagi meningkatkan penggunaan modul

multimedia ini ialah dari segi pembinaan dan pembangunan modul multimedia, pembina

modul perlu memperbanyakkan lagi ciri-ciri interaktif supaya dapat menarik minat pelajar.

Menurut (Zurida et al., 2004) program-program multimedia turut mempunyai

peranannya tersendiri dalam membolehkan para pelajar melihat perkaitan antara teori dan

aplikasinya dalam konteks. Menurut hasil kajian yang dilakukan oleh (Zamri & Nur Aisyah,

2011) menunjukkan perisian aplikasi multimedia membantu proses pengajaran guru di

dalam bilik darjah menjadi lebih fleksibel dan efektif. Selain itu, alat bantu multimedia ini juga

dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dalam usaha menarik minat dan motivasi

dalam pembelajaran berteraskan bahan sastera.

“Sistem multimedia menawarkan keupayaan teknologi yang paling berkuasa

termasuk motivasi, keanjalan, pembangunan kemahiran pemikiran yang

kreatif dan kritikal, dan menambahbaikkan kemahiran menulis. Dengan

integrasi sistem multimedia dalam pengajaran, ia menjadi efektif. Pengajaran

simulasi komputer dapat dijalankan tanpa membahayakan diri seseorang.”

(Rozinah, 2005)

Page 11: Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat Pelajar Asli Dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 2 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan

10

2.2 Kerangka Teori Kajian dan Konseptual

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan multimedia terhadap

minat pelajar asli dalam matapelajaran geografi tingkatan 3 di Sekolah Menengah

Kebangsaan Sungai Koyan. Penyelidik akan menggunakan soal selidik untuk melihat sama

ada penggunaan multimedia dapat menarik minat pelajar asli bagi matapelajaran geografi

tingkatan 3. Berikut adalah kerangka teori kajian ini.

Gambarajah 1 : Kerangka konseptual

Penggunaan multimedia

dalam pembelajaran

Lembaran kerja

Minat

geografi Pelajar orang asli tingkatan dua

Page 12: Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat Pelajar Asli Dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 2 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan

11

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Metadologi penyelidikan memberi panduan dalam perlaksanaan serta cara

melaksanakan penyelidikan. Kaedah dalam sesuatu kajian sangat penting bagi memastikan

keputusan yang dikehendaki. Menurut Mohd. Majid Konting (1994), kaedah penyelidikan

dalam pendidikan adalah merujuk bagaimana kita mendapatkan maklumat bagi mencapai

satu matlamat penyelidikan pendidikan. Setiap kaedah akan dijelaskan secara terperinci

untuk memudahkan pemahaman kepada pembaca. Melalui kaedah juga penyelidik dapat

menentukan keberkesanan sesuatu kajian dan dapat mempengaruhi hasil dapatan yang

diperoleh nanti. Aspek-aspek yang akan dibincangkan dalam bab ini termasuklah

rekabentuk kajian, instrumen kajian, subjek kajian, dan prosedur. Kaedah yang digunakan

ini dapat memudahkan penyelidik mencari maklumat dan mengutip data yang dikehendaki.

Seterusnya, memudahkan penyelidik menganalisis data dengan betul.

3.1 Rekabentuk Kajian

Untuk kajian ini, kajian tinjauan (survey) telah dipilih dengan menggunakan kaedah

soal selidik. Kajian tinjauan merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan eksperimental

yang paling popular, yang digunakan dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang

sains sosial untuk meninjau keberkesanan sesuatu produk atau rancangan (Piaw, 2011).

Kaedah tinjauan didapati sesuai dalam pengurusan kajian seperti ini kerana ia mengkaji

tentang minat responden terhadap tajuk persoalan yang dikemukakan. Menurut (Blake &

Champion,1976) yang dipetik oleh (Norfadzlan & Supli Effendi, 2010), kaedah tinjauan

merupakan satu cara yang spesifik bagi mengumpul maklumat berkenaan sekumpulan

besar populasi. Reka bentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik.

Kaedah soal selidik adalah satu bentuk kajian yang popular di kalangan para

penyelidik. Ini adalah kerana soalan soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan

boleh dirangka dengan jelas sehingga boleh dijawab oleh responden tanpa memerlukan

kehadiran penyelidik. Menurut (Babbie,1973) seperti dalam kajian yang dilakukan oleh

(Nurul Farhana, 2010) menyatakan, kaedah tinjauan menggunakan soal selidik sebagai alat

kajian adalah bersifat logik, saintifik dan khusus.

Page 13: Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat Pelajar Asli Dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 2 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan

12

Melalui penggunaan soal selidik, identiti responden dapat dirahsiakan. Ini

membolehkan responden menjawab soalan-soalan berkaitan tanpa kekangan atau

keraguan. Namun begitu, langkah pengawasan yang longgar akan menghasilkan tahap

perolehan yang rendah. Kajian ini menumpukan perhatian untuk mengkaji perkaitan di

antara penggunaan multimedia dengan minat.

3.2 Instrumen Kajian

Penyelidik menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen bagi mendapatkan data

daripada responden. Merujuk kepada (Sekaran,1992) seperti di dalam kajian yang

dilakukan oleh (Nurul Farhana, 2010) berpendapat bahawa kajian soal selidik bagi

mendapatkan data merupakan cara terbaik dalam pengumpulan maklumat. Dalam kajian ini,

penyelidik membahagikan kepada tiga bahagian dalam soal selidik, iaitu :

Bahagian A

Bahagian A mempunyai dua soalan yang meninjau aspek latar belakang responden iaitu

jantina, kemahiran membaca dan tempat tinggal responden.

Bahagian B

Bahagian ini mengandungi 24 item atau soalan yang diukur dengan skala Likert. Lima

pilihan jawapan disediakan iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan

sangat setuju. Responden dikehendaki memilih satu daripada lima pilihan jawapan tersebut.

Soalan yang di reka adalah bertujuan untuk menjawab persoalan kajian.

3.3 Subjek Kajian

Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan dalam daerah

Lipis, Pahang. Penyelidik telah mengenalpasti adanya pelajar orang asli di tingkatan 2 di

sekolah ini. Populasi kajian akan terdiri daripada 90 orang pelajar orang asli yang terdapat

di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan dalam daerah Lipis, Pahang. Kesemua

populasi merupakan sampel kajian. Ini kerana, bilangannya yang terhad dalam sesebuah

sekolah tersebut. Menurut (Mohd Risdi, 2008) yang telah dipetik oleh (Hartini, 2010),

menyatakan memandangkan jumlah pelajar orang asli adalah terhad, maka kesemua

populasi boleh diambil sebagai sampel kajian.

Page 14: Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat Pelajar Asli Dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 2 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan

13

3.4 Prosedur Kajian

Terdapat beberapa prosedur yang harus diikuti oleh penyelidik untuk pengumpulan data.

Penyelidik perlu mendapat kelulusan daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

(EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menghantar kertas cadangan kajian dan

termasuk borang soal selidik. Prosedur kajian seterusnya dapat di lihat pada carta prosedur

kerja yang disediakan di bawah ini.

Rajah 1 : Prosedur kajian

3.5 Kesimpulan

Bab ini menerangkan secara terperinci tentang kaedah kajian yang dilakukan oleh

pengkaji. Beberapa aspek penting seperti rekabentuk kajian, lokasi, instrumen kajian, subjek

kajian dan prosedur kajian turut dibincangkan. Daripada kaedah yang dipilih ini, pengkaji

berharap agar hasil dapatan dapat menentukan keberkesanan penggunaan multimedia

terhadap minat pelajar asli dalam matapelajaran geografi tingkatan dua.

Membina borang soal selidik

Mendapatkan kelulusan dari EPRD

Mendapatkan kelulusan dari sekolah yang

Mengenalpasti jumlah populasi

Mengedarkan borang soal selidik

Dapatan kajian

Page 15: Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat Pelajar Asli Dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 2 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan

14

Bibliografi

Aszoura, M. S. (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer (Penggunaan Perisian Power Point Interaktif) Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep Sains Dalam Tajuk Sel Untuk Sains Tingkatan Satu. Universiti Terbuka Malaysia. Retrieved from http://eprints.oum.edu.my/173/1/Konsep_sains.pdf

Hartini, A. R. (2010). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Orang Asli Terhadap Kerja Amali Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Tiga Buah Sekolah Menengah Dalam Daerah Kluang, Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved from http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HARTINIAP073063D2011TTT.pdf

Komuniti Kita. (2011). Sejarah Dan Latar Belakang Orang Asli. http://www.komunitikita.my. Retrieved from http://www.komunitikita.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1042:sejarah-dan-latar-belakang-orang-asli-2&catid=290&Itemid=593

Mohd Fauzi, M. H., & Mohd Afandi, A. B. (2010). Analisis Faktor Kemiskinan Orang Asli5: Aplikasi Model Multinomial Logit. Universiti Teknologi Mara. Retrieved from http://eprints.ptar.uitm.edu.my/3304/1/LP_MOHD_FAUZI_MOHD_HARUN_10_24.pdf

Norfadzlan, Z., & Supli Effendi, R. (2010). Keberkesanan Penggunaan Modul Multimedia Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Media (p. 9). Tanjong Malim. Retrieved from http://images.norfadzlan2010.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TLiSGwooCHcAAGVNuLM1/KEBERKESANAN PENGGUNAAN MODUL MULTIMEDIA DALAM PROSES ( P%26P) KEMAHIRAN HIDUP.pdf?key=norfadzlan2010:journal:35&nmid=375350096

Norma, H. (2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dengan Minat Pelajar Tahun 5 Di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa, Kelantan. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Retrieved from http://images.dehewaraspak.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/RvGZ@woKCtMAAAi9jmo1/hubungan penggunaan ABM dgn minat pljr.pdf?key=dehewaraspak:journal:27&nmid=58573975

Nurul Farhana, J. (2010). ICT Dalam Pendidikan Anak-anak Orang Asli Di Sekolah-sekolah Rendah. Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved from http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/thesis FullText.pdf

Piaw, C. Y. (2011). Kajian Tinjauan. Kaedah Penyelidikan (2nd ed., pp. 120-154). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Rohani, M. Y., & Nur Hidayah, M. S. (2010). Fenomena Bahasa Orang Asli Melayu-Proto: Kajian Suku Duano. mymla.org. Petaling Jaya: Universiti Malaya. Retrieved from http://www.mymla.org/files/icmm2010_papers/ICMM2010_p60.pdf

Rozinah, J. (2005). Multimedia Dalam Pendidikan (1st ed., p. 173). Cheras: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.

Page 16: Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat Pelajar Asli Dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 2 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan

15

Saridah Hussein. (2006). Keberkesanan Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Lokus Dua Matra Terhadap Pelajar Tingkatan Dua. OUM. Retrieved from http://eprints.oum.edu.my/175/1/Perisian_multimedia.pdf

Wikipedia. (2011). Multimedia. Retrieved from http://ms.wikipedia.org/wiki/Multimedia

Zamri, M., & Nur Aisyah, M. N. (2011). Persepsi Guru Tentang Penggunaan Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu. Journal of Language Studies, 11(3), 163-177. Retrieved from http://www.ukm.my/ppbl/Gema/GEMA vol 11 (3) 2011/pp163_177.pdf

Zurida, I., Ahmad Nurulazam, M. Z., & Mohd Ali, S. (2004). Kesan Pengajaran Kontekstual Terhadap Motivasi Dan Pencapaian Pelajar Sekolah Dalam Fizik (pp. 1-139). Pulau Pinang. Retrieved from http://eprints.usm.my/10527/1/Kesan_Pengajaran_Kontekstual_Terhadap_Motivasi_Dan_Pencapaian_Pelajar_Sekolah_Dalam_Fizik.pdf

Ismail Zain. (2002). Aplikasi multimedia dalam pengjaran. Kuala Lumpur:Sanon Printing corporation Sdn. Bhd.