keberkesanan penggunaan koswer dalam bentuk flash

17
“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.” UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KPT 5033: TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN (KUMPULAN D / MAKMAL) DISEDIAKAN OLEH NO. NAMA NO MATRIKS 1. JAMAL BIN MOHD YUNUS L20092005588 2. AMIR AZROS BIN ABDUL AZIZ L20092005563 3. SU MOU JANG L20092005562 DISEDIAKAN UNTUK ENCIK SHAMSUL ARRIEYA BIN ARIFFIN 1

Upload: amirazros

Post on 13-Jun-2015

1.625 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Penggunaan komputer pada masa kini semakin mendapat tempat dan perhatian dalam apa jua bidang termasuklah bidang pendidikan. Dengan perkembangan teknologi komputer juga, ia memberikan satu perubahan dalam pendidikan dengan penggunaan pelbagai sistem Pembelajaran-Pengajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang memberikan beberapa kebaikan berbanding pendidikan tradisional.

TRANSCRIPT

Page 1: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM BENTUK FLASH

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KPT 5033: TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

(KUMPULAN D / MAKMAL)

DISEDIAKAN OLEH

NO. NAMA NO MATRIKS

1. JAMAL BIN MOHD YUNUS L20092005588

2. AMIR AZROS BIN ABDUL AZIZ L20092005563

3. SU MOU JANG L20092005562

DISEDIAKAN UNTUK

ENCIK SHAMSUL ARRIEYA BIN ARIFFIN

1

Page 2: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM BENTUK FLASH

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

“KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM BENTUK FLASH SEBAGAI BAHAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEPADA BAKAL GURU DI KALANGAN PELAJAR DPLI.”

1.0 Pengenalan

1.1 Pendahuluan

Penggunaan komputer pada masa kini semakin mendapat tempat dan

perhatian dalam apa jua bidang termasuklah bidang pendidikan. Dengan

perkembangan teknologi komputer juga, ia memberikan satu perubahan

dalam pendidikan dengan penggunaan pelbagai sistem Pembelajaran-

Pengajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang memberikan beberapa

kebaikan berbanding pendidikan tradisional.

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan aplikasi Flash sebagai

bahan alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di

kalangan pelajar DPLI. Dalam kajian ini, kami telah memilih cerita rakyat

yang bertajuk “Sang Arnab dan Sang Kura-kura”. Penggunaan aplikasi ini

adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar-pelajar tentang sesuatu

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menghilangkan

rasa kebosanan belajar dalam kelas semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan.

2

Page 3: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM BENTUK FLASH

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUAN

Sejak dahulu sehingga kini pelbagai teknologi di gunakan dalam

menyampaikan pengetahuan kepada pelajar. Kini teknologi maklumat dan

telekomunikasi sering dikaitkan dengan pendidikan, di mana teknologi ini

memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap

mata pelajaran yang diajar.

Kajian yang dijalankan oleh Funkhouser (1993), Henderson dan

Landersman (1992) serta Al Ghamdi (1978) telah memperolehi hasil

berikut:

a) Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai

kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang

lebih lama dan dapat mengaitkan dengan bidang-bidang lain.

b) Pelajar yang menggunakan komputer mempunyai sikap yang

lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan

berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

c) Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran akan dapat membantu pelajar memahami

konsep dan prinsip matematik dengan lebih mudah dan

berkesan.

d) Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan

peningkatan yang ketara.

3

Page 4: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM BENTUK FLASH

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

1.2 Penyataan Masalah

a) Kegagalan guru dalam mencapai objektif menarik minat pelajar-

pelajar bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih

interaktif kerana mereka hanya menggunakan bahan pengajaran

buku teks iaitu kaedah tradisional.

b) Pelajar hanya menghafal fakta-fakta, teori-teori, soalan latihan dan

jawapan secara bulat-bulat daripada buku teks atau daripada guru

sahaja dan tidak cuba untuk berfikir sendiri secara inovatif dan

kreatif.

c) Pelajar tidak menumpukan perhatian di dalam kelas kerana tidak

memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru dan

membosankan serta tidak menyeronokkan.

4

Page 5: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM BENTUK FLASH

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

1.3 Objektif Kajian

Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk menjadikan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT) iaitu aplikasi Flash sebagai alat bantu mengajar

dan meluaskan penggunaan aplikasi Flash dalam kaedah proses

pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar DPLI.

Objektif Khusus

i. Guru dapat meluaskan penggunaan aplikasi Flash sebagai

bahan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran &

pembelajaran.

ii. Pelajar akan lebih berminat dan tertarik dengan penggunaan

Aplikasi Flash dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iii. Hasil daripada kaedah pengajaran & pembelajaran Aplikasi

Flash ia dapat melahirkan minda pelajar-pelajar DPLI untuk

berfikir secara lebih kreatif dan inovatif.

5

Page 6: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM BENTUK FLASH

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

1.4 Soalan Kajian

i. Adakah guru dapat meluaskan penggunaan aplikasi Flash sebagai

bahan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran?

ii. Adakah penggunaan Aplikasi Flash dapat menarik minat pelajar

untuk belajar dan sama ada pelajar tertarik dengan penggunaan

Aplikasi Flash dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

iii. Adakah Penggunaan Aplikasi Flash dapat melahirkan minda

pelajar-pelajar DPLI untuk berfikir secara lebih kreatif dan inovatif?

1.5 Definisi Konsep

i. Aplikasi Flash

Elemen visual seperti grafik dan ilustrasi digunakan bagi

menerangkan sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan

oleh teks. Ia dapat mempercepatkan penyampaian

maklumat di samping dapat memberi penerangan yang

jelas, tepat dan konsisten. Satu perisian yang digunakan

untuk menghasilkan sesuatu gambar atau grafik. Ia juga

boleh dipaparkan dalam bentuk animasi dalam bentuk siri.

6

Page 7: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM BENTUK FLASH

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

ii. Cerita Rakyat

Cerita rakyat dapat didefinisikan sebagai ekspresi budaya

suatu masyarakat melalui bahasa tutur yang berhubungan

langsung dengan berbagai aspek budaya, seperti agama

dan kepercayaan, undang-undang, kegiatan ekonomi,

sistem kekeluargaan, dan susunan nilai sosial masyarakat

tersebut. Cerita rakyat diwariskan secara turun-

temurun dari satu generasi ke generasi berikutnya.

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan Kajian Tindakan ini bertujuan untuk mengalakkan dan

meluaskan penggunaan Aplikasi Flash sebagai salah satu alat

bantu mengajar yang berkesan dan menjadikan proses pengajaran

dan pembelajaran lebih menarik secara tidak langsung ianya dapat

melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.

Howard Gardner (1983) ada mengatakan ketidakserasian antara

kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh

menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat

terhadap sesuatu mata pelajaran.

Kajian ini amat penting dari sudut pembelajaran kerana ianya

memberikan peluang kepada murid untuk lebih memahami dan

meminati mata pelajaran ini. Bagi guru pula, kaedah ini dapat

membantu dalam proses pengajaran kerana kaedah ini memberi

peluang untuk murid berinteraksi antara satu sama lain. Lantaran

itu, kaedah ini dapat menarik perhatian murid ketika proses

Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan.

7

Page 8: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM BENTUK FLASH

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

1.7 Fokus Kajian

Pelajar DPLI Sesi 2009 Kelas Teknologi dalam Pendidikan Universiti

Pendidikan Sultan Idris

1.8 Sasaran Kajian

Sasaran kajian ini adalah di kalangan pelajar-pelajar DPLI tahun Julai

2009. Manakala sampel kajian yang dipilih adalah seramai 20 orang

pelajar DPLI.

1.8 Batasan Kajian

Keputusan hasil kajian ini tidak dapat mencukupi semua perkara atau

boleh memberi penyelesaian kepada semua perkara atau boleh memberi

penyelesaian kepada semua soalan berkaitan. Batasan-batasan yang

wujud adalah seperti instrumen, metodologi, pelaksanaan, masa, logistik,

kewangan, sampel dan kaedah analisis. Selepas melalui proses kajian ini,

kami mendapati beberapa batasan-batasan yang tidak dapat dielakkan.

Antara batasannya adalah:

1) Masa

Dalam tempoh masa yang terhad, kami tidak dapat menyempurnakan

kepada sample yang lebih ramai.

2) Pengalaman

Oleh kerana kami tidak mempunyai pengalaman dalam membuat

kajian, menjadikan ianya batasan terhadap kajian ini.

8

Page 9: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM BENTUK FLASH

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

1.9 Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang telah kami gunakan bagi mengenalpasti penggunaan

aplikasi ini di kalangan bakal-bakal guru.

Borang Soal Selidik

Soal Selidik digunakan bagi mendapatkan persetujuan responden

terhadap pernyataan minat dengan menggunakan skala pengukur “Ya”

dan “Tidak”. Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada

pelajar DPLI untuk mendapatkan maklum balas tentang penggunaan

Aplikasi Flash dalam Proses pembelajaran dan pengajaran.

2.0 Dapatan Kajian

2.1 Latar Belakang/ Demografi sampel

Kami telah memilih 20 orang daripada pelajar DPLI ambilan Julai 2009,

Universiti Perguruan Sutan Idris, Tanjung Malim.

2.2 Tindakan yang dijalankan

Soal Selidik

Skala Likert digunakan dalam soal selidik bagi mendapatkan persetujuan

responden terhadap pernyataan minat responden terhadap aktiviti

Penggunaan Aplikasi Flash dengan menggunakan skala pengukur “Ya”

dan “Tidak”. Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada

pelajar-pelajar DPLI Sesi 2009 untuk mendapatkan maklum balas mereka

terhadap penggunaan aplikasi Flash sebagai alat bantu mengajar ketika

proses pengajaran dan pembelajaran.

9

Page 10: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM BENTUK FLASH

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

2.3 Data-data kajian

i. Analisa Soal Selidik

NO SOALAN YA TIDAK

1 Adakah penggunaan aplikasi flash ini dapat

membantu anda sebagai salah satu alat bantu

mengajar selepas anda ditugaskan menjadi guru

kelak?

2 Adakah anda memahami jalan cerita aplikasi flash

yang kami bina?

3 Sekiranya diberi peluang, adakah anda ingin

mempelajari lebih mendalam tentang penggunaan

aplikasi flash?

4 Jika anda seorang murid atau pelajar, adakah

anda mahukan guru anda menggunakan kaedah

pembelajaran yang lebih interaktif agar proses

pembelajaran dan pengajaran lebih menarik?

5 Anda lebih berminat menggunakan kaedah

pengajaran interaktif berbanding kaedah

pengajaran tradisional.

10

Page 11: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM BENTUK FLASH

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

3.0 Perbincangan

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 1 minggu, iaitu pada awal

bulan Oktober 2009 sebelum peperiksaan akhir pelajar DPLI. Semasa kami

menjalankan kajian ini kami telah memasukkan beberapa unsur motivasi dan

pengajaran agar maklumat yang ingin disampaikan dapat di selami oleh

murid-murid.

Hasil dapatan kajian menunjukkan 85 peratus menyatakan bahawa pengunaan

Aplikasi Flash dapat dijadikan sebagai alat bantu mengajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini dapat membantu murid meningkatkan

kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana

Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) lebih ceria dan menyeronokkan.

Penggunaan Audacity dalam jalan cerita juga dapat menarik minat murid dengan

wujudnya beberapa suara binatang.

11

Page 12: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM BENTUK FLASH

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

4.0 Kesimpulan dan Cadangan

Kami berharap agar penggunaan aplikasi Flash dengan memasukkan Cerita

Rakyat dapat membantu murid serta guru yang lain untuk meneruskan kreativiti

mereka di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) di dalam kelas.

Kami mencadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-

i. Guru-guru digalakkan mengubahsuai kaedah pengajaran didalam

kelas dengan penggunaan ICT, dalam pendekatan proses

Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) di dalam kelas - kelas

tertentu terutamanya kelas sederhana.

ii. Menggunakan teknologi-teknologi seperti gambar yang menarik.

iii. Guru-guru boleh menggunakan kaedah yang tidak membosankan

seperti penggunaan laman web dan sebagainya.

Hasil dari kajian yang dijalankan, kami dapati terdapat perubahan yang positif

dari segi minat guru dan minat murid dalam proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P & P). Semoga minat pelajar dan guru dalam aktiviti ini boleh

menjadikan titik tolak kepada pendekatan proses Pengajaran dan Pembelajaran

(P & P) yang lebih menyeronokkan dan berkesan, seterusnya menjadikan

peningkatan prestasi akademik yang amat memberangsangkan.

12

Page 13: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM BENTUK FLASH

“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”

Perisian ini hanya menawarkan bentuk stand alone, maka bentuk penggunaan

dalam teknologi web juga boleh dicadangkan pada masa akan datang untuk

member kemudahan kepada sesiapa sahaja untuk menggunakannya dan di

mana-mana sahaja.

Perisian Flash ini juga ingin dilihat keberkesanannya pada peringkat pengajian

lebih tinggi pada mata pelajaran lain dan peringkat di sekolah menengah dan

juga universiti. Dengan sumber kewangan yang terbatas dan tenaga kerja yang

terhad perisian ini tentu ada kekurangannya. Bagaimanapun, ini boleh dianggap

sebagai pembuka jalan untuk pembangunan perisian yang lebih canggih pada

masa akan datang.

13