keberkesanan penggunaan kelengkapan teknologi …€¦  · web viewakhir kata, kursus penyelidikan...

25
INSTITUT PERGURUAN RAJANG BINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK BAGI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR SARIKEI OLEH LAW SIE YIENG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI SARIKEI,

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI …€¦  · Web viewAkhir kata, Kursus Penyelidikan ini memang satu kursus yang baik dan berguna jika ianya diasimilasikan ke dalam

INSTITUT PERGURUAN RAJANG

BINTANGOR, SARAWAK

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006

TEMA

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TAJUK KAJIAN

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK BAGI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR SARIKEI

OLEH

LAW SIE YIENG

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI SARIKEI,SARIKEI

Page 2: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI …€¦  · Web viewAkhir kata, Kursus Penyelidikan ini memang satu kursus yang baik dan berguna jika ianya diasimilasikan ke dalam

09 – 11 OKTOBER 2006

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK

PENGHARGAAN

1 PENGENALAN

2 PERNYATAAN MASALAH

3 OBJEKTIF KAJIAN

4 SOALAN-SOALAN KAJIAN

5 TINJAUAN LITERATUR

6 BATASAN KAJIAN

7 KAJIAN RINTIS

8 PROSEDUR MELAKSANAKAN PROJEK DAN PERRSAMPELAN KAJIAN / METODOLOGI

9 ANALISIS DATA

10 DAPATAN KAJIAN

11 KESIMPULAN DAN CADANGAN

LAMPIRAN

Page 3: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI …€¦  · Web viewAkhir kata, Kursus Penyelidikan ini memang satu kursus yang baik dan berguna jika ianya diasimilasikan ke dalam

PENGHARGAAN

Kursus Penyelidikan Peringkat Asas dianjurkan oleh Institut Perguruan Rajang, Bintangor dan Pejabat Pelajaran Gabungan Sarikei. Kursus ini merupakan satu kursus yang mengandungi 6 siri berturut-turut. Ia bermula pada bulan Februari sehingga bulan Julai, 2006. Dalam sepanjang kursus ini, saya dan rakan sekursus berjaya mendapat input-input yang dapat meningkatkan keprofesionalan perguruan yang telah disampaikan oleh Pensyarah-Pensyarah Institut Perguruan Rajang, Bintangor.

Dalam konteks ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pegawai Pelajaran Gabungan Sarikei, iaitu Encik Bedui Bin Une kerana menawarkan kursus ini bagi meningkatkan keprofesional perguruan di sekolah mahupun di dalam kelas. Pada masa yang sama, saya turut mengucapkan terima kasih kepada Penyelia Unit Kurikulum, Encik Claudius Liew Sze Kiong sebagai Urusetia untuk kursus penyelidikan ini.

Sehubungan dengan ini, saya juga berterima kasih kepada pesyarah utama dari Institut Peguruan Rajang, Bintangor, iaitu Dr Lau Hieng Soon yang menemani dan memberi input yang berkualiti sepanjang enam siri ini. Kesabaran dan ketekunan beliau dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada peserta amat disanjungi dan dihormati. Saya turut mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohammad Zaki Bin Abdul Rahim, Encik Lu Cheng Soon dan Encik Mat Kamal Bin Abdul Majid yang memberi sumbangan dan bimbingan kepada saya semasa kursus ini berlangsung.

Tidak lupa juga saya berterima kasih kepada Pengetua SMK Tinggi Sarikei (YFB 6101) kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai Kursus Penyelidikan Peringkat Asas sebanyak enam siri ini. Bagi rakan sekursus ini, saya menglaungkan syabas kepada mereka kerana berjaya menghasilkan satu hasil kajian pada akhirnya.

Akhir kata, Kursus Penyelidikan ini memang satu kursus yang baik dan berguna jika ianya diasimilasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran kita.

Page 4: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI …€¦  · Web viewAkhir kata, Kursus Penyelidikan ini memang satu kursus yang baik dan berguna jika ianya diasimilasikan ke dalam

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK BAGI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR SARIKEI.

Oleh

Law Sie YiengSMK Tinggi Sarikei

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik bagi dua buah sekolah menengah luar bandar Sarikei. Untuk kajian ini, 18 orang pengajar Matematik dari menengah atas dan menengah rendah bagi dua buah sekolah tersebut telah dikaji. Kaedah kuantitatif yang digunakan untuk membuat analisis kajian ialah borang soal selidik yang mengandungi empat bahagian, 26 item. Didapati bahawa 47.8% dan 55.6% daripada sampel kajian agak setuju bahawa penggunaan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah berkesan dan dapat mempertingkatkan pembelajaran murid. Daripada kajian, didapati bahawa faktor yang menjadi penggalak kepada pengajar-pengajar Matematik untuk menggunakan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik ialah masa yang diperuntukkan untuk waktu Matematik adalah mencukupi. Sebaliknya, faktor-faktor yang menghalang pengajar-pengajar Matematik menggunakan kelengkapan tersebut semasa pengajaran dan pembelajaran, termasuk penghalang luaran dan sikap pengajar. Misalnya, pengajar adalah sukar mendapat bantuan juruteknik semasa menghadapi masalah teknikal. Malah, pengajar juga lebih cenderung menggunakan cara pengajaran biasa atau tradisional.

Page 5: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI …€¦  · Web viewAkhir kata, Kursus Penyelidikan ini memang satu kursus yang baik dan berguna jika ianya diasimilasikan ke dalam

PENGENALAN

Kajian ini cuba meninjau penggunaan peralatan ICT di dua buah sekolah menengah di luar bandar Bahagian Sarikei. Selain daripada itu, skop kajian ini juga cuba meninjau faktor-faktor yang mendorong pengajar dalam menggunakan kelengkapan ICT dan faktor-faktor yang menghalang penggunaan kemudahan dan kelengkapan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik di dua buah sekolah menengah tersebut di Bahagian Sarikei. Ini adalah bertujuan untuk memberi satu input kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat pelan tindakan susulan bagi memastikan saranan penggunaan kelengkapan ICT dilaksanakan sepenuhnya bagi sekolah menengah luar bandar Sarikei.

Kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang amat penting kepada BTP, Bahagian Sarikei untuk membuat kajian lanjut bagi mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan kelengkapan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Dalam pada itu, kajian juga meninjau faktor-faktor pendorong dan penghalang yang mempengaruhi pengajar dalam menggunakan kemudahan dan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di dua buah sekolah menengah dan rendah Sarikei. Menurut Abas (1988), penggunaan peralatan ICT dapat mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Maka, kajian ini diharapkan dapat mengkaji bagaimana penggunaan peralatan ICT dalam mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Pernyataan Masalah

Dijangkakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah lebih meluas berdasarkan segala kelengkapan ICT yang telah disediakan oleh KPM. Daripada pengetahuan saya, didapati kadar penggunaan peralatan ICT adalah kurang dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik walaupun banyak kelengkapan termasuk laptop, LCD projektor, troli, bahan interaktif (coursewares) dan sebagainya telah dibekalkan kepada sekolah. Menurut Hertz(1987) seperti yang dijelaskan dalam jurnal MAPERA (Jilid II) oleh Kamarul (2000) mengatakan bahawa sekiranya pihak sekolah mahu menyahut seruan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) untuk memberi pendidikan secara menyeluruh dan sama rata anak-anak kita, maka adalah perlu memberi pembaharuan dalam pengkaedahan mengajar. Dengan terlaksananya pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris bagi menengah atas rendah dan tingkatan satu pada tahun 2003, maka telah membuka jalan ke arah penggunaan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pengajar. Namun, persoalannya, adalah pengajar-pengajar ini sudah bersedia untuk meneroka dan meniti jalan ini? Apakah pendorong dan penghalang yang mempengaruhi kesediaan mereka?

Page 6: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI …€¦  · Web viewAkhir kata, Kursus Penyelidikan ini memang satu kursus yang baik dan berguna jika ianya diasimilasikan ke dalam

Objektif Kajian

Untuk mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan kelengkapan ICT di kalangan pengajar-pengajar Matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Untuk mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan kelengkapan ICT dalam pembelajaran murid.

Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan kelengkapan ICT di sekolah.

Soalan-Soalan Kajian

“Apakah persepsi pengajar tentang keberkesanan penggunaan kelengkapan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik?”

“Sejauh manakah keberkesanan penggunaan kelengkapan ICT dalam pembelajaran murid?”

“Apakah pendorong atau penghalang yang mempengaruhi pengajar-pengajar Matematik di sekolah menggunakan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik?”

Tinjauan Literatur

Setakat kajian ini, didapati belum ada pengkaji pun yang telah membuat kajian tentang penggunaan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah menengah sama ada menengah rendah ataupun menengah atas. Kebanyakan kajian sebelum ini adalah berkaitan dengan komputer sahaja.

Merujuk kepada kertas kerja Cardelle-Elawar(1995) yang bertajuk “How Teachers Learn Technology Best” membentangkan bahawa keadaan di sebuah sekolah di Amerika Syarikat telah membelanjakan wang yang banyak untuk melengkapi sekolah dengan perkakasan, perisian dan latihan komputer, didapati bahawa pengajar jarang menggunakan kemudahan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (hanya 25% daripada masa pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk mengasimilasikan kemudahan ICT ini). 75% daripada masanya makmal adalah kosong. Murid dan pengajar telah didedahkan kepada MS Excel tetapi apabila ditanya sama ada perisian ini digunakan semasa kelas Matematik, jawapannya amat menyedihkan. Walaupun mereka tahu menggunakan perisian tersebut, tetapi gagal mengenalpasti nilai perisian tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Chan (1999) semasa konvensyen teknologi pendidikan ke-12 telah membentangkan rancangan dan saranan kerajaan untuk menuju ke era IT. Walaupun ada banyak sekolah yang telah berjaya dalam usaha ini, persoalan yang timbul adalah sama ada komputer-komputer ini memang dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran atau hanya

Page 7: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI …€¦  · Web viewAkhir kata, Kursus Penyelidikan ini memang satu kursus yang baik dan berguna jika ianya diasimilasikan ke dalam

untuk mengajar perisian komputer sahaja? Keadaan seperti ini juga berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia. Kurikulum dan pengajaran strategik diutamakan, bukan perkakasan dan perisian.

Chan (1999) seterusnya membentangkan hasil kajiannya yang berkaitan dengan Sekolah Bestari mengatakan bahawa satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara kita memikirkan tentang penggunaan ICT. Jika bidang pendidikan ingin mendapat faedah sepenuhnya, teknologi maklumat perlu dijadikan dasar dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dasar pentadbir dan bukan hanya sebagai bahan tambahan. Teknologi maklumat mesti digunakan sepenuhnya dan diberi fungsi utama dalam proses pendidikan. Gabungan dan suntikan multimedia ke dalam teknologi komputer telah mengubah cara komputer menyampaikan maklumat kepada penggunanya. Era teknologi kini memerlukan usaha sepadu dari semua pihak bagi menghasilkan suatu perubahan yang tetap, yakni meningkatkan kualiti pendidikan dan melahirkan murid yang celik serta mahir dalam teknologi dan juga bertanggungjawab dalam pendidikan seumur hidup.

Seperti yang dikatakan oleh Fred Percival dan Henry Ellington (1988), pembelajaran teknologi melibatkan klinikal, sistematik analisis dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mencuba untuk memaksimumkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga, mereka berpendapat bahawa penggunaan teknologi adalah untuk mengurangkan masa untuk murid mencapai objektif. Selain itu, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran juga akan menambahkan keberkesanan pengajar dalam pengajaran tanpa menjatuhkan kualiti pembelajaran.

Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah menengah luar bandar Bahagian Sarikei. Responden kajian adalah terdiri daripada pengajar-pengajar Matematik terlatih yang mengajar di dua buah sekolah menengah luar bandar Bahagian Sarikei. Segala dapatan kajian ini merupakan persepsi sampel pengajar yang terhad sahaja.

Dapatan kajian ini bukan pandangan kepada sampel pengajar selain dua buah sekolah menengah luar bandar yang dikaji tersebut.

Kajian Rintis

Ujian rintis untuk borang soal selidik ini diuji ke atas lima orang pengajar Matematik di sekolah menengah yang tidak termasuk dalam sampel kajian sebenar pengkaji. Borang soal selidik tersebut mengandungi empat bahagian, iaitu persepsi pengajar tentang keberkesanan penggunaan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, keberkesanan penggunaan kelengkapan ICT dalam mempertingkatkan pembelajaran Matematik, faktor pendorong dan faktor penghalang yang mempengaruhi pengajar Matematik menggunakan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Page 8: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI …€¦  · Web viewAkhir kata, Kursus Penyelidikan ini memang satu kursus yang baik dan berguna jika ianya diasimilasikan ke dalam

Matematik. Skala kepercayaan untuk kajian rintis ini ialah 0.933, 0.804, 0.734 dan 0.795 masing-masing.

Prosedur Melaksanakan Projek Dan Persampelan Kajian / Metodologi

Kajian ini berkenaan keberkesanan dan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di dua buah sekolah menengah luar bandar, Sarikei. Kedua-dua buah sekolah tersebut berada dalam lokasi melebihi 6 kilometer tetapi kurang dari 16 kiliometer dari Bandar Sarikei.

Pengkaji menjalankan kajian dengan menggunakan 18 orang responden yang mana terdiri daripada pengajar-pengajar yang terlatih bagi kedua-dua buah sekolah tersebut. Hasil kajian dianalisis secara kuantitatif. Perisian komputer digunakan untuk menganalisis data berkaitan dengan soalan-soalan kajian seperti yang disenaraikan. Justeru itu, skala min digunakan untuk mengukur keberkesanan penggunaan kelengkapan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala faktor-faktor yang mendorong dan menghalang penggunaan kelengkapan ICT ditentukan oleh peratusan penyetujuan para pengajar.

Analisis Data

Soal selidik yang diberikan untuk memperolehi persepsi pengajar tentang keberkesanan kelengkapan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Responden ini terdiri daripada 18 orang pengajar yang terlatih dalam dua buah sekolah yang dikenalpasti di Bahagian Sarikei. Jadual 1 berikut menunjukkan latar belakang responden.

Jadual 1 : Latar Belakang Responden Mengikut Jantina, Bangsa Dan Pengalaman mengajar Matematik.

Pembolehubah Kekerapan Pembolehubah Kekerapan Pembolehubah KekerapanJantina

LelakiPerempuanMissing

7 (38.9%)8 (44.4%)3 (16.7%)

Bangsa

MelayuCinaBumiputra SarawakMissing

0 (0.0%)14 (77.8%)1 (5.6%)3 (16.7%)

Pengalaman Mengajar< 1 Tahun1-10 Tahun11-20 Tahun> 21 TahunMissing

2 (11.1%)6 (33.3%)3 (16.7%)1 (5.6%)6 (33.3%)

Jadual berikut menunjukkan pengajar-pengajar terlatih menjalankan penilaian kendiri terhadap keberkesanan penggunaan kelengkapan ICT berdasarkan Skala Likert dari amat tidak setuju kepada amat setuju. Singkatan digunakan seperti berikut.

ATS = Amat Tidak SetujuTS = Tidak SetujuAS = Agak SetujuST = SetujuAS = Amat Setuju

Page 9: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI …€¦  · Web viewAkhir kata, Kursus Penyelidikan ini memang satu kursus yang baik dan berguna jika ianya diasimilasikan ke dalam

Dapatan Kajian

Jadual 2:Persepsi Pengajar Tentang Keberkesanan Penggunaan Kelengkapan ICT Dalam P&P Matematik

Item(N=18) ATS TS AS ST AS Min

Sisihan Piawai

Mengasimilasikan kelengkapan ICT.

0.0% 16.7% 50.0% 33.3% 0.0% 3.17 0.50

Pengagihan masa pp yang lebih berkesan.

0.0% 11.1% 66.7% 22.2% 0.0% 3.11 0.34

Pp adalah lebih berkesan bagi sesetengah topik.

0.0% 0.0% 11.1% 55.6% 33.3% 4.22 0.42

Pp menjadi lebih sistematik. 5.6% 5.6% 66.7% 22.2% 0.0% 3.06 0.53Penggunaan kelengkapan ICT memudahkan pp.

0.0% 5.6% 44.4% 44.4% 5.6% 3.5 0.50

Purata 1.1% 7.8% 47.8% 35.5% 7.8% 3.41 0.46Scale Reliability = 0.8741.99-2.44 = Amat Tidak Berkesan; 2.45-2.90 = Tidak Berkesan; 2.91-3.36 = Agak Berkesan; 3.37-3.82 = Berkesan; 3.83-4.28 = Amat Berkesan.

Jadual 2 di atas menunjukkan penggunaan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dua buah sekolah menengah di Bahagian Sarikei. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik, 55.6% daripada pengajar bersetuju bahawa penggunaan kelengkapan ICT adalah tidak sesuai untuk semua topik Matematik. Secara keseluruhannya, 47.8% pengajar agak setuju mengatakan bahawa dengan menggunakan kelengkapan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik dapat meningkatkan keberkesanan. Pada persepsi pengajar, min keseluruhannya adalah pada tahap berkesan, iaitu 3.41. Ini bermakna penggunaan kelengkapan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah berkesan. Maka, penggunaan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah diperlukan bagi mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Page 10: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI …€¦  · Web viewAkhir kata, Kursus Penyelidikan ini memang satu kursus yang baik dan berguna jika ianya diasimilasikan ke dalam

Jadual 3:Persepsi Pengajar Tentang Keberkesanan Penggunaan Kelengkapan ICT Dalam Mempertingkatkan Pembelajaran Matematik.

Item(N=18) ATS TS AS ST AS Min

Sisihan Piawai

Murid lebih mudah menguasai konsep Matematik.

0.0% 22.2% 50.0% 16.7% 11.1% 3.17 0.85

Murid berminat terhadap pengajaran Matematik.

0.0% 16.7% 50.0% 22.2% 11.1% 3.28 0.80

Murid menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran.

5.6% 11.1% 55.6% 27.8% 0.0% 3.06 0.64

Latihan dalam coursewares adalah sesuai dengan tahap murid.

5.6% 0.0% 66.7% 27.8% 0.0% 3.17 0.50

Murid dapat membuat penilaian diri dengan bahan interaktif yang ada.

0.0% 5.6% 55.6% 27.8% 11.1% 3.44 0.61

Purata 2.2% 11.1% 55.6% 24.5% 6.7% 3.22 0.68

Scale Reliability = 0.9041.6-2.2 = Amat Tidak Berkesan; 2.3-2.9 = Tidak Berkesan; 3.0-3.6 = Agak Berkesan; 3.7-4.3 = Berkesan; 4.4-5.0 = Amat Berkesan.

Jadual 3 menunjukkan penggunaan kelengkapan ICT dapat mempertingkatkan pembelajaran murid dari persepsi pengajar. Sebanyak 66.7% agak setuju dengan latihan yang tersedia dalam bahan interaktif (coursewares) adalah sesuai dengan tahap murid. Manakala 55.6% daripada pengajar memberi maklum balas bahawa murid menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran jika kelengkapan ICT diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, murid juga dapat membuat penilaian diri dengan bahan interaktif yang dibekalkan. Analisis yang terpapar di atas menunjukkan min keseluruhannya ialah 3.22. Dapat dikatakan bahawa penggunaan kelengkapan ICT dalam proses pembelajaran murid adalah pada tahap agak berkesan.

Page 11: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI …€¦  · Web viewAkhir kata, Kursus Penyelidikan ini memang satu kursus yang baik dan berguna jika ianya diasimilasikan ke dalam

Jadual 4 :Faktor Pendorong Yang Mempengaruhi Pengajar-pengajar Matematik Menggunakan Kelengkapan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik.

Item (N=18)

ATS TS Jumlah AS ST AS Jumlah Min Sisihan Piawai

Masa yang diperuntukkan adalah sesuai untuk pp.

0.0% 11.1% 11.2% 27.8% 44.4% 16.7% 88.9% 3.67 0.82

Kelas adalah tempat pp yang sesuai.

0.0% 16.7% 16.7% 22.2% 50.0% 11.1% 83.3% 3.56 0.85

Kelengkapan ICT mudah diperolehi.

0.0% 38.9% 38.9% 27.8% 33.3% 0.0% 61.1% 2.94 0.76

Pengajar mendapat galakkan sepenuhnya daripada pentadbir sekolah.

0.0% 44.4% 44.4% 33.3% 22.2% 0.0% 55.5% 2.78 0.65

Bahan Interaktif adalah mencukupi.

5.6% 50.0% 55.6% 44.4% 0.0% 0.0% 44.4% 2.39 0.37

Proses pengajaran dapat dijalankan dengan lancar.

5.6% 50.0% 55.6% 44.4% 0.0% 0.0% 44.4% 2.39 0.37

Pengajar mahir dalam pemasangan alat kelengkapan ICT.Missing(1)

11.1% 44.4% 55.5% 38.9% 0.0% 0.0% 38.9% 2.30 0.47

Pengajar lebih suka menggunakannya dalam pp.

0.0% 66.7% 66.7% 22.2% 11.1% 0.0% 33.3% 2.44 0.50

Scale Reliability : 0.795

Jadual 4 menunjukkan peratusan penyetujuan faktor dorongan bagi pengajar-pengajar menggunakan kelengkapan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Berdasarkan analisis yang dibuat, didapati pengagihan masa yang mencukupi untuk waktu Matematik adalah menjadi galakkan utama bagi pengajar menggunakan kelengkapan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik, iaitu sebanyak 88.9% pengajar menyetujuinya. Di samping itu, kelas juga merupakan tempat yang sesuai untuk kegunaan kelengkapan ICT, iaitu 83.3% pengajar menyokong faktor tersebut. Seterusnya, kelengkapan ICT yang mudah diperolehi (61.1%) dan galakkan daripada pentadbir sekolah (55.5%) juga merupakan dua faktor penggalak kepada penggunaan kelengkapan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Page 12: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI …€¦  · Web viewAkhir kata, Kursus Penyelidikan ini memang satu kursus yang baik dan berguna jika ianya diasimilasikan ke dalam

Jadual 5 :Faktor Penghalang Yang Mempengaruhi Pengajar-pengajar Matematik Menggunakan Kelengkapan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik.

Item (N=18)

ATS TS Jumlah AS ST AS Jumlah Min Sisihan Piawai

Pengajar menghadapi masalah teknikal sukar mendapat bantuan.

0.0% 0.0% 0.0% 33.3% 61.1% 5.6% 100.0% 3.72 0.33

Pengajar tidak berniat menggunakan ICT.

0.0% 0.0% 0.0% 50.0% 44.4% 5.6% 100.0% 3.56 0.38

Murid tidak berminat dengan persembahan ICT.

0.0% 16.7% 16.7% 77.8% 5.6% 0.0% 83.3% 2.89 0.22

Pengajar tidak berkeyakinan.

0.0% 16.7% 16.7% 61.1% 22.2% 0.0% 83.3% 3.06 0.41

Pengajar tidak mempunyai kemahiran asas.

5.6% 11.1% 16.7% 61.1% 22.2% 0.0% 83.3% 3.00 0.59

Pengajar sukar memperolehi kelengkapan ICT.

0.0% 27.8% 27.8% 55.6% 16.7% 0.0% 72.3% 2.89 0.46

Kelas adalah tempat yang tidak sesuai untuk pp dengan ICT.

0.0% 44.4% 44.4% 55.5% 0.0% 0.0% 55.6% 2.56 0.26

Pembekalan kelengkapan ICT adalah terhad.

5.6% 44.4% 50.0% 38.9% 11.1% 0.0% 50.0% 2.56 0.61

Scale Reliability : 0.781

Keputusan analisis dalam Jadual 5 di atas merupakan persepsi pengajar tentang faktor-faktor halangan yang mempengaruhi pengajar Matematik menggunakan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Didapati bahawa terdapat dua faktor penghalang mutlak yang mempengaruhi pengajar menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Antaranya ialah sikap pengajar yang tidak berniat atau berkeinginan untuk menggunakan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Lain kata, mereka lebih suka menggunakan cara konventional. Sehubungan dengan itu, 100% pengajar berpandangan bahawa faktor yang mempengaruhi mereka menggunakan kelengkapan ICT ialah pengajar sukar mendapat bantuan juruteknik apabila menghadapi masalah teknikal kelengkapan ICT. Kesimpulannya, penyedaran sikap pengajar dan tindakan pihak berkenaan dalam mendapat bantuan juruteknik adalah penting untuk mempengaruhi penggunaan kelengkapan ICT pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Page 13: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI …€¦  · Web viewAkhir kata, Kursus Penyelidikan ini memang satu kursus yang baik dan berguna jika ianya diasimilasikan ke dalam

Kesimpulan Dan Cadangan

Berdasarkan kajian ke atas 18 orang respondan di dua buah sekolah menengah luar bandar, dapat dikatakan bahawa penggunaan kelengkapan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah agak berkesan.

Bagaimanapun, terdapat faktor pendorong dan faktor penghalang mempengaruhi pengajar dalam menggunakan kelengkapan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Daripada hasil kajian, adalah munasabah jika mengatakan bahawa pihak pengurus sekolah telah mengagihkan masa yang mencukupi untuk pengajar menjalankan pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan menggunakan kelengkapan ICT di dalam kelas. Oleh itu, pengajar dapat menggunakan masa yang diperuntukkan dengan sebaik-baiknya.

Namun, daripada dapatan kajian, faktor-faktor penghalang yang mempengaruhi pengajar menggunakan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matemaitk ialah pengajar sukar mendapat bantuan juruteknik luar sekolah selain berkait rapat dengan sikap pengajar yang belum bersedia untuk menggunakan kelengkapan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Sebenarnya, penggunaan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah satu projek Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Pengajaran Matematik dengan menggunakan kelengkapan ICT yang tersedia di sekolah sememangnya tidak boleh diabaikan lagi kerana pengajaran dan pembelajaran berbantukan kelengkapan ICT mendatangkan kesan yang jelas sama ada pengajaran pengajar ataupun pembelajaran murid.

Menerusi kajian ke atas dua buah sekolah luar bandar, didapati bahawa penggunaan kelengkapan ICT dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Matematik. Dengan projek khas ini, ianya diharapkan dapat memberi impak kepada pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Matematik di sekolah menengah. Diharapkan juga, pengajar dapat membuat persediaan pengajaran yang lebih berkesan dengan menggunakan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Memandangkan penggunaan kelengkapan ICT adalah berkesan dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah, maka tibalah masa untuk para pengajar supaya lebih prihatin terhadap peranan ICT dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Berkenaan dengan perkara ini, KPM telah mengelola satu program khas bagi pengajar yang tidak ada asas atau pengetahuan terhadap ICT, iaitu Kursus Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Tujuan utama kursus ini adalah untuk mencelikkan pengajar supaya mereka dapat mengaplikasikan MS Office seperti MS Word, MS Excel dan MS Power Point dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Sehubungan dengan itu, KPM turut menganjurkan Kursus Bimbingan Perguruan Profesional Teknologi Maklumat (BPPT) khasnya untuk melengkapkan pengajar dengan pengetahuan, kemahiran serta pemahaman untuk membuat keputusan tentang bila perlu,

Page 14: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI …€¦  · Web viewAkhir kata, Kursus Penyelidikan ini memang satu kursus yang baik dan berguna jika ianya diasimilasikan ke dalam

bila tidak perlu dan bagaimana menggunakan ICT secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 15: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI …€¦  · Web viewAkhir kata, Kursus Penyelidikan ini memang satu kursus yang baik dan berguna jika ianya diasimilasikan ke dalam

BIBLIOGRAFI

Ganesan s. (2000). Jurnal MAPERA, Jilid II: Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Di Sekolah. Kuching: Maktab Perguruan Rejang.

Mohamad M. (2005). Jurnal Akademik, Bil 2: Buku Teks atau Komputer?: Isu dan Keberkesanannya di Bilik Darjah. Kota Samarahan: Maktab Perguruan Tun Abdul Razak.

Chan Y.F. (1999). Kertas Kerja Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-12: Perkembangan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan di Malaysia. Port Dickson, Negeri Sembilan. 8-10 Oktober.

Julaihi Bujang (2001). Dalam Wacana Profes, Bil 1: Sekolah Abad Ke-21: Isu Dan Cabaran. Kuching: Persatuan Profesionalisme Pendidikan Sarawak.

Nuruddin Jamin (1999). Kertas Kerja Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-12: Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa. Port Dickson, Negeri Sembilan. 8-10 Oktober.

Page 16: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI …€¦  · Web viewAkhir kata, Kursus Penyelidikan ini memang satu kursus yang baik dan berguna jika ianya diasimilasikan ke dalam

BORANG SOAL SELIDIK

Pengalaman Mengajar Matematik :Jantina : Lelaki / PerempuanBangsa : Melayu / Cina / Bumiputera Sarawak / Lain-Lain

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Bulatkan tahap persetujuan anda dari amat tidak setuju kepada amat setuju terhadap tahap keberkesanan penggunaan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam kelas. Singkatan digunakan seperti berikut.ATS = Amat Tidak Setuju TS = Tidak SetujuAS = Agak SetujuST = SetujuAS = Amat Setuju

A. Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (pp)

ITEM ATS TS AS ST ASMengasimilasikan kelengkapan ICT seperti laptop, LCD projektor dan coursewares sepenuhnya dalam pp.

1 2 3 4 5

Pengagihan masa pp yang lebih berkesan dengan penggunaan kelengkapan ICT. 1 2 3 4 5Pp dengan menggunakan kelengkapan ICT adalah lebih berkesan bagi sesetengah topik . 1 2 3 4 5Pp menjadi lebih sistematik dengan menggunakan kelengkapan ICT . 1 2 3 4 5Penggunaan kelengkapan ICT memudahkan pp.

1 2 3 4 5

B. Pembelajaran Pelajar

ITEM ATS TS AS ST ASPelajar lebih mudah menguasai konsep Matematik menerusi penggunaan kelengkapan ICT. 1 2 3 4 5Pelajar berminat terhadap pengajaran Matematik dengan penggunaan kelengkapan ICT. 1 2 3 4 5Pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya (berbanding dengan secara lisan) terhadap pengajaran berasaskan kelengkapan ICT.

1 2 3 4 5

Latihan dalam coursewares adalah sesuai dengan tahap pelajar. 1 2 3 4 5Pelajar dapat membuat penilaian diri dengan menggunakan bahan interaktif yang ada (Penilaian topik dalam coursewares).

1 2 3 4 5

Page 17: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI …€¦  · Web viewAkhir kata, Kursus Penyelidikan ini memang satu kursus yang baik dan berguna jika ianya diasimilasikan ke dalam

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN KELENGKAPAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MATEMATIK

Bulatkan tahap persetujuan anda dari amat tidak setuju kepada amat setuju terhadap faktor-faktor yang menghalang dan mendorong penggunaan kelengkapan ICT dalam pengajaran Matematik di dalam kelas. Singkatan digunakan seperti berikut.ATS = Amat Tidak Setuju TS = Tidak SetujuAS = Agak SetujuST = SetujuAS = Amat Setuju

C. Faktor Penghalang

ITEM ATS TS AS ST ASGuru sukar memperolehi kelengkapan ICT seperti laptop, LCD projektor dan coursewares. 1 2 3 4 5Guru tidak mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan kelengkapan ICT. 1 2 3 4 5Pelajar tidak berminat dengan pengajaran Matematik menerusi persembahan kelengkapan ICT . 1 2 3 4 5Guru tidak berkeyakinan dengan penggunaan kelengkapan ICT . 1 2 3 4 5Guru tidak berniat untuk menggunakan kelengkapan ICT.

1 2 3 4 5

Guru menghadapi masalah teknikal kelengkapan ICT adalah sukar untuk mendapat bantuan. 1 2 3 4 5Kelas adalah tempat yang tidak sesuai untuk pengajaran dengan menggunakan kelengkapan ICT. 1 2 3 4 5Pembekalan kelengkapan ICT (coursewares, LCD projektor, troli, laptop) adalah terhad. 1 2 3 4 5

Jika terdapat faktor selain di atas, cadangkan:

Page 18: KEBERKESANAN PENGGUNAAN KELENGKAPAN TEKNOLOGI …€¦  · Web viewAkhir kata, Kursus Penyelidikan ini memang satu kursus yang baik dan berguna jika ianya diasimilasikan ke dalam

D. Faktor Pendorong

ITEM ATS TS AS ST ASKelengkapan ICT seperti laptop, LCD projektor dan sebagainya mudah diperolehi. 1 2 3 4 5Bahan Interaktif (coursewares) adalah mencukupi. 1 2 3 4 5Guru lebih suka menggunakan kelengkapan ICT dalam pp.

1 2 3 4 5

Guru dapat mengajar dengan berkesan menerusi persembahan kelengkapan ICT . 1 2 3 4 5Guru mahir dalam pemasangan alat kelengkapan ICT (LCD projektor). 1 2 3 4 5Guru mendapat galakan sepenuhnya daripada pentadbir sekolah. 1 2 3 4 5Masa yang diperuntukkan adalah sesuai dengan penggunaan kelengkapan ICT dalam pp. 1 2 3 4 5Kelas adalah tempat pp yang sesuai untuk penggunaan kelengkapan ICT. 1 2 3 4 5

Jika terdapat faktor selain di atas, cadangkan: