kebakaran

Upload: ikhwan-syukri

Post on 09-Mar-2016

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

3k

TRANSCRIPT

Terima kasih saudara pengacara majlisAssalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahteraYang Berusaha Tuan pengetua, penolong-penolong kanan, guru kanan, guru dan Michaelian sekalian.

Saya, Cikgu ____________________, mewakili Jawatankuasa Keselamatan Sekolah memohon perhatian semua warga SMI, baik guru ataupun murid supaya dapat mengikuti taklimat ringkas tentang latihan kawad pengungsian bangunan dan demonstrasi memadam kebakaran yang bakal dilaksanakan pada minggu hadapan.

Mengikut prosedur biasa Jabatan Bomba dan Penyelamat, sesebuah premis jabatan kerajaan mestilah mempunyai pelan keselamatan kebakaran dan mengadakan latihan mengikut pelan berkenaan sekurang-kurangnyadua kalidalam setahun. Akta Bomba memperuntukkan kuasa kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memastikan bahawa peraturan ini dipatuhi tanpa gagal. Maksudnya proses undang-undang boleh digunakan terhadap jabatan kerajaan yang cuai. Premis sekolah tidak terkecuali.

2Konsep Latihan

Sebenarnya banyak tahap latihan yang perlu dilalui olehwarga sekolah. Ini termasuk ujian masa dan simulasi kebakaran. Namun demikian latihan kali ini akan memberi fokus terhadap ujian masa dalam kontekspengungsian bangunan. Pihak sekolah mengharapkan kerjasama sepenuhnya dari seluruh warga sekolah sama ada pihak pengurusan, guru, kakitangan dan pelajar. Kejayaan kita memenuhi kehendak latihan akan menggambarkan bahawa SMK St Michael, Ipoh benar-benar merupakan sekolah selamat dan warganya mempunyai tahap kepekaan dan persediaan yang tinggi dalam menghadapi kemungkinan risiko kebakaran.

3Maksud Pengungsian Bangunan

Dalam bahasa yang mudah, pengungsian bangunan bererti bahawa para penghuni sesebuah bangunan keluar daripada bangunan berkenaan secara tenang dan teratur mengikut pelan laluan menuju tempat berkumpul dengan hanya membawa dokumen terpenting sahaja. Ringkasnya,sehelai sepinggang. Mengikut piawai latihan kebakaran, masa maksimum yang diambil untuk berkumpul di tempat yang ditetapkan ialahtujuhminitsahaja.

4Modus Operandi Latihan Keselamatan Kebakaran SMK St Michael, Ipoh 2011

Pihak sekolah telah memutuskan bahawa latihan akan diadakan secara mengejut, iaitu bermula pada hari Isnin, 21.2.2011. Apabila deringan loceng secara berterusan dibunyikan pada waktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, semua aktiviti bilik darjah, makmal, bengkel dan seumpamanya hendaklah dihentikan. Guru yang sedang mengajar hendaklah mengarahkan pelajar beratur mengikut pelan laluan yang ditetapkan menuju tempat berkumpul. Hanya dokumen pengenalan diri yang perlu dibawa bersama-sama. Pelajar diingatkan supaya tidak bersenda gurau, bertolak-tolak atau berebut-rebut ketika bergerak, terutamanya apabila hendak menuruni tangga. Pelajar juga tidak dibenarkan menggunakan sebarang jalan pintas atau dengan sengaja menghilangkan diri dalam latihan ini. Tindakan disiplin boleh dikenakan terhadap mereka yang ingkar arahan.

Untuk latihan kali ini pihak sekolah menggunakan padang sebagai tempat berkumpul. Pelajar dikehendaki bergerak menuju depan astaka. Pelajar yang berada di tingkat atas bangunan hendaklah bergerak dan menuruni tangga yang mengarah ke tempat berkumpul sahaja. Semua guru juga perlu bergerak mengikut laluan pelan blok ketika itu. Patuhi pelan laluan yang telah disediakan di setiap kelas.

Guru yang sedang mengajar tadi hendaklah mengawal pergerakan murid dan akan menyemak kehadiran pelajar di tempat berkumpul, serta melaporkannya kepada pegawai panggilan baris yang seterusnya bertanggungjawab kepada pegawai insiden. Pegawai insiden ialah Tuan Pengetua, dan dibantu oleh Penolong Kanan HEM. Pegawai panggilan Baris (Guru PKBM) akan menerima laporan lisan kehadiran setiap kelas, kemudian melaporkan jumlah kesemuanya kepada pegawai insiden.

Setelah selesai, pelajar yang berkumpul dikehendaki mendengar ulasan dan penilaian latihan oleh tuan pengetua. Jika beliau tidak berpuas hati, latihan pengungsian bangunan berkenaan boleh diulangi serta-merta. Saya percaya warga SMI boleh melakukannya sekali sahaja, insya-Allah.

SMK ST MICHAEL, IPOH: CARTA ALIRAN LATIHAN

LOCENG KECEMASAN DIBUNYIKAN

P & PDIHENTIKAN SERTA-MERTA

GURU DALAM KELAS ARAH PELAJAR BERATUR

BERGERAK MENGKUT LALUAN KE TEMPAT BERKUMPUL

TEMPOH PERGERAKAN DICATAT OLEH PEGAWAI LATIHAN

SERAHAN BUKU DAFTAR PELAJAR DAN SEMAKAN OLEH GURU

PROSES MELAPOR KEPADA PEGAWAI INSIDEN

PENILAIAN LATIHAN OLEH TUAN PENGETUA

PANDUAN LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN1. Apabila murid mendengar loceng berbunyi panjangTANPA BERHENTIlatihanmengosongkan bangunan telah bermula.2. Semua murid hendaklah: berhenti daripada membuat semua kerja. berdiri dengan tenang. membuat barisan dengan serta-merta dan berjalan menuju ke tempat berkumpul dengan cepat, senyap, tanpa kekecohan, tidak berlari-lari atau bertolak-tolak antara satu sama lain. mengikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan. guru atau ketua kelas adalah orang terakhir meninggalkan kelas dan bertanggungjawab untuk menutup suis dan lampu serta semua pintu. semua penghuni diberi 3 minit untuk mengosongkan bangunan.1. Bagi murid dan guru serta kakitangan yang berada di Bilik Sains, mereka dinasihatkan untuk menutup/mematikan ibu sawat elektrik/injap gas sebelum meninggalkan Bilik Sains.2. Murid-murid dinasihatkan supaya jangan membawa beg sekolah apabila meninggalkan kelas. Hanya dokumen yang penting seperti kad pengenalan/dompet perlu diambil.3. Guru yang mengajar pada masa itu perlu mengarahkan murid ke tempat selamat yang telah ditetapkan dengan kadar segera.4. Guru dan ketua kelas perlu mengawal murid, menjaga disiplin dan ketenteraman murid dalam pergerakan menyelamatkan diri.5. Bagi murid -murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika loceng kecemasan dibunyikan (seperti berada di dalam bilik air atau kantin) hendaklah serta-merta pergi ke tapak selamat seperti yang ditetapkan untuk bersama-sama dengan murid yang lain.6. Apabila sampai di tapak selamat, murid-murid hendaklah beratur mengikut kedudukan seperti yang telah ditetapkan.7. Guru kelas akan memastikan semua murid berada di tapak selamat berpandukan buku Jadual Kedatangan Murid. Ketua kelas perlu menolong guru kelas untuk mengira murid-murid yang telah tiba di tempat yang ditentukan.8. Jika terdapat murid yang tidak terdapat di tempat perhimpunan, maka guru kelas hendaklah serta-merta melaporkan nama murid tersebut kepada AJK Keselamatan.9. Pihak pentadbir, kakitangan pejabat, staf sokongan dan semua warga SK Tagaroh, Kota Marudu juga harus berada di tapak selamat.10. Kakitangan pejabat akan membawa semua buku kedatangan murid ke tapak selamat.11. Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk mengambil barang-barang yang tertinggal.12. Guru-guru dan kakitangan sekolah mesti mengikut laluan yang ditetapkan.13. Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan tiada masalah murid-murid boleh balik ke kelas.TUGAS GURU KELAS Mengawal pergerakan murid meninggalkan bangunan. Mengenalpasti kehadiran murid pada waktu pertama pada hari latihan. Mengambil kehadiran murid semasa latihan berlangsung berdasarkan buku kedatanganmurid. Menolong mengawal disiplin murid semasa di berada di tapak selamat.TUGAS GURU YANG SEDANG MENGAJAR Berhenti mengajar dan mengarahkan murid meninggalkan kelas dan menuju ke tapak selamat Mengawal disiplin murid semasa perjalanan ke tapak selamatTUGAS GURU YANG BERADA DI BILIK DARJAH / KANTIN DAN BILIK-BILIK KHAS Arahkan semua murid keluar dari tempat-tempat tersebut dengan tenang Tutup semua suis elektrik dan pintu. Iringi murid ke tapak selamat.