kebaikan penggunaan telefon bimbit

15
Kebaikan Penggunaan Telefon Bimbit 1. Alat perhubungan / komunikasi Telefon bimbit sebagai alat perhubungan. Ini merupakan tujuan asas pembuat telefon bimbit di mana ianya dijadikan sebagai alat berkomunikasi sesama manusia tidak di kira di mana mereka berada. Pada masa dahulu manusia hanya dapat berhubung melalui surat yang mana memakan masa beberapa hari untuk sampai. Telefon rumah hanya untuk mereka yang berada dan telefon awam boleh digunakan tapi terhad di sesetengah tempat sahaja. Teknologi telah berkembang, manusia tidak kira masa dan di mana mereka berada boleh berkomunikasi hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Bukan sahaja dengan membuat panggilan tetapi juga boleh berkomunikasi dengan menggunakan Gtalk, Yahoo Messenger, Skype dan sebagainya. 2. Mendapat maklumat terkini Telefon bimbit pintar telah banyak memberi kebaikan kepada kita di mana dengan adanya telefon ini, maklumat terkini dapat diketahui dengan pantas. Ianya hanya dengan melayari internet ataupun menggunakan applikasi seperti twitter. Di samping itu, maklumat terkini dapat disampaikan hanya dengan membuat panggilan. 3. Sebagai Alat Hiburan Telefon bimbit masa kini telah dijadikan sebagai alat hiburan di mana ianya telah dilengkapi dengan fungsi untuk mendengar muzik, video, kebolehan untuk mengambil gambar dan berkongsi gambar dengan kawan-kawan dan juga permainan. Ini telah menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja untuk memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit pintar sekarang juga telah menjadi kegilaaan kepada para remaja kerana kebolehannya untuk mengakses laman sosial seperti Facebook dan Twitter 4. Memudahkan Kerja Kebaikan ini dikhususkan kepada mereka yang memang memerlukan telefon bimbit untuk mengakses email mereka. Ini memberi kebaikan kepada mereka yang banyak membuat kerja luar. Kebolehan telefon bimbit masa kini untuk mengakses email dan juga applikasi-applikasi lain seperti maps, words, excel, pdf, calendar, reminder dan sebagainya telah memberi pelbagai kemudahan kepada mereka dan kita juga khususnya.

Upload: alyaa

Post on 04-Jan-2016

323 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Page 1: Kebaikan Penggunaan Telefon Bimbit

Kebaikan Penggunaan Telefon

Bimbit

1. Alat perhubungan / komunikasi

Telefon bimbit sebagai alat

perhubungan. Ini merupakan tujuan asas

pembuat telefon bimbit di mana ianya

dijadikan sebagai alat berkomunikasi

sesama manusia tidak di kira di mana

mereka berada. Pada masa dahulu

manusia hanya dapat berhubung melalui

surat yang mana memakan masa

beberapa hari untuk sampai. Telefon

rumah hanya untuk mereka yang berada

dan telefon awam boleh digunakan tapi

terhad di sesetengah tempat sahaja.

Teknologi telah berkembang, manusia

tidak kira masa dan di mana mereka

berada boleh berkomunikasi hanya

dengan menggunakan telefon bimbit.

Bukan sahaja dengan membuat

panggilan tetapi juga boleh

berkomunikasi dengan menggunakan

Gtalk, Yahoo Messenger, Skype dan

sebagainya.

2. Mendapat maklumat terkini

Telefon bimbit pintar telah banyak

memberi kebaikan kepada kita di mana

dengan adanya telefon ini, maklumat

terkini dapat diketahui dengan pantas.

Ianya hanya dengan melayari internet

ataupun menggunakan applikasi seperti

twitter. Di samping itu, maklumat terkini

dapat disampaikan hanya dengan

membuat panggilan.

3. Sebagai Alat Hiburan 

Telefon bimbit masa kini telah dijadikan

sebagai alat hiburan di mana ianya telah

dilengkapi dengan fungsi untuk

mendengar muzik, video, kebolehan

untuk mengambil gambar dan berkongsi

gambar dengan kawan-kawan dan juga

permainan. Ini telah menarik minat

golongan kanak-kanak dan remaja untuk

memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit

pintar sekarang juga telah menjadi

kegilaaan kepada para remaja kerana

kebolehannya untuk mengakses laman

sosial seperti Facebook dan Twitter

4. Memudahkan Kerja

Kebaikan ini dikhususkan kepada

mereka yang memang memerlukan

telefon bimbit untuk mengakses email

mereka. Ini memberi kebaikan kepada

mereka yang banyak membuat kerja

luar. Kebolehan telefon bimbit masa kini

untuk mengakses email dan juga

applikasi-applikasi lain seperti maps,

words, excel, pdf, calendar, reminder

dan sebagainya telah memberi pelbagai

kemudahan kepada mereka dan kita

juga khususnya.

Tindakan Ibu Bapa Untuk Mengelakkan Penyalahgunaan Laman Sosial

Page 2: Kebaikan Penggunaan Telefon Bimbit

Umum mengetahui, para remaja marcapada ini terlalu lalai dan leka dibuai arus modenisasi. Penglibatan mereka dalam delinkuen social sudah menjadi buah mulut dan mauduk utama perbualan orang mutakhir ini. Jadi, ibu bapa dilihat sebagai satu komponen paling utama malah turut dianggap formula yang cukup mujarab bagi mengatasi masalah dalam kalangan remaja.

(Isi 1) Pertama, ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja merupakan golongan yang sangat menginginkan perhatian. Naluri mereka yang mudah memberontak sudah pasti dapat ditenangkan menerusi perasaan cinta ibu bapa terhadap anak-anak. Api kemarahan dan benteng keegoan yang menebal di dada mereka pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh kepada anak-anak. Andai kata remaja ketandusan kasih sayang, sudah pasti mereka akan mecari haluan lain untuk melepaskan diri dari kepompong ketidakselesaan. Natijahnya, mereka akan mula berjinak-jinak dengan najis dadah dan tidak mustahil akan terjerumus dalam kancah kemaksiatan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah kian meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun 2007 ke 2008. Jadi, sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding hal-hal lain.

(Isi 2) Selain itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini cukup bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah mengisytiharkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan

peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak. Percayalah, anak-anak akan berasa lebih dihargai apabila ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama mereka. Tamsilannya, ibu bapa boleh membawa anak-anak melancong, beriadah bersama-sama malahan menjalankan aktiviti kerohanian secara berjemaah. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam gejala sosial. Maka, jelaslah anak-anak remaja perlu dijadikan prioriti utama dalam usaha membendung kemelut ini.

(Isi 3) Di samping itu, ibu bapa perlu menyediakan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak. Pendidikan ini merangkumi pendidikan formal mahupun pendidikan tidak formal. Tindakan kerajaan Malaysia mewajibkan keseluruhan kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan di sekolah amatlah wajar dan perlu disokong. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mereka memperoleh pendidikan sewajarnya, selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu menerapkan pendidikan berbentuk tidak formal kepada anak-anak. Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan norma masyarakat pada hari ini amat penting bagi memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak. Ingatlah, “segala-galanya bermula di rumah”. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Justeru, penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani masalah ini.

Page 3: Kebaikan Penggunaan Telefon Bimbit

(Isi 4) Seterusnya, ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut,” kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang”. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas anatara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka, di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikap anak-anak mereka. Serbuan pihak polis di kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu di kelab-kelab malam di sana mendapati hampir 15 peratus anak-anak remaja di bawah umur ditahan positif dadah. Perkara ini jelas menunjukkan andai ibu bapa membiarkan anak-anak mereka tanpa tempat bergantung, mereka akan mudah terlibat dalam kebejatan sosial pada masa ini. Maka, ibu bapa perlu bertindak proaktif dan pragmatik dalam usaha membasmi gejala sosial dalam kalangan anak-anak remaja.

(Isi 5) Akhir sekali, ibu bapa perlu melengkapkan keperluan asas anak-anak. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Begitu juga dengan perkembangan dunia yang kian ekstrem menjengah kita. Oleh itu, dalam kita mengharung arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahu dihimpit dengan ketidakselesaan dan pemikiran yang jumud. Maka, sebagai ibu bapa, mereka perlu menyediakan keperluan asas anak-anak bagi menjamin keselesaan. Tempat tinggal yang kondusif, pakaian yang bersesuaian serta makanan dan minuman yang berkhasiat perlu disediakan. Hal ini amat penting bagi memastikan anak-anak berasa seronok berada di rumah lantas tidak terlibat dalam gejala sosial. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa Fakulti Sains

Kemasyarakatan, Universiti Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis dadah. Hal ini pastinya akan dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja dilengkapkan walaupun ibu bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka.

(kesimpulan) Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, “sebelum padi di tangan menjadi lalang” dan “ayam ditambat disambar helang”, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.

Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa Dan Maksud

1.Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

2. Yang lama dikelek, yang baharu didukung

Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baru.

3.Seperti lembu dicucuk hidung

Page 4: Kebaikan Penggunaan Telefon Bimbit

Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

4.Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

5. Bagai kaca terhempas ke batu

Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

6. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

7. Bagai Aur Dengan Tebing

Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

8. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

9.Bara yang digenggam biar sampai jadi arang

Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

10. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

11. Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

12. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

15. Indah khabar daripada rupa

Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

16. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

17. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Page 5: Kebaikan Penggunaan Telefon Bimbit

Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

18. Kacang lupakan kulit

Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

19. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

20. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

21. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

22. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

23. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

24. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

25. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan

Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

26.Bagai ikan pulang ke lubuk

Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

27.Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

28. Bak cendawan tumbuh selepas hujan

Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

29. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

30. Biar mati anak, jangan mati adat

Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

31. Sediakan payung sebelum hujan

Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

Page 6: Kebaikan Penggunaan Telefon Bimbit

32. Mencari Jalan

Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

33. Memerah Otak

Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

34. Berbesar Hati

Maksud : Gembira.

35. Anak Buah

Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

36. Tuan Rumah

Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

37. Batu Penghalang

Maksud : Halangan

38. Darah daging

Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

39. Meninggi diri

Maksud : Sombong

40. Bermuka Dua

Maksud : Tidak jujur.

41. Baik Hati

Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

42. Tulang Belakang

Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

43. Terang Hati

Maksud : Lekas pandai.

44. Rendah Hati

Maksud : Tidak sombong

45. Murah Hati

Maksud : Pemurah.

46. Tangan Kosong

Maksud : Hampa.

47. Lintah Darat

Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

48. Anak Dagang

Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

49.Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah musim.

Orang yang tidak tetap kedudukannya.

Page 7: Kebaikan Penggunaan Telefon Bimbit

50. Ikan di hulu tuba di hilir.

Perbuatan yang sia-sia

51. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh

52. Ikut hakim memiat daging:sakit di awak sakitlah orang.

Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil.

53. Intan dikalungkan di leher anjing.

Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya.

54. Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait.

Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.

55. Alah sabung, menang sorak.

Ertinya:~ Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya.

56. Satu dijentik, sepuluh rebah.

Ertinya:~ Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa.

57. Anjing menyalak bukit, takkan runtuh.

Ertinya:~ Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.

58. Sigai dua segeragai.

Ertinya:~ Perkara yang satu ada sangkut-pautnya dengan perkara yang lain.

59. Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.

Ertinya:~ Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya.

60. Mengembalikan manikam ke dalam cembulnya.

Ertinya:~ Memikirkan kembali apa-apa yang telah terkatakan

61. Seperti kaca terhempas ke batu.

Ertinya:~ Hati yang hancur kerana dukacita.

62. Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu.

Ertinya:~ Bertanya sesuatu yang sudah diketahui.

63. Kerana mulut badan binasa.

Ertinya:~ Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.

Page 8: Kebaikan Penggunaan Telefon Bimbit

64. Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka.

Ertinya:~ Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang.

65. Ada seperti tampaknya apung-apung.

Ertinya:~ Barang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai.

67. Dalam menunduk dia menyonggeng.

Ertinya:~ Lahirnya dia menerima dengan baik, tetapi hatinya sendiri membantah.

68. Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan.

Ertinya:~ Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya.

69. Air mata jatuh ke dalam.

Ertinya:~ Berdukacita dengan diam-diam.

70. Bagai haruan di dalam tuar.

Ertinya:~ Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah

71. Dibuat kerana Allah, menjadi murka Allah.

Ertinya:~ Dilakukan dengan maksud baik, tetapi diterima orang dengan curiga.

72. Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan (= diludahkan) menjadi sekam.

Ertinya:~ Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

73. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

Ertinya:~ Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa.

74. Berlurah di balik pendakian.

Ertinya:~ Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya.

75. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang.

Ertinya:~ Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.

76. Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk.

Ertinya:~ Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya

77. Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir.

Ertinya:~ Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak.

78. Buangkan yang keruh, ambil yang jernih.

Ertinya:~ Buang yang jahat ambil yang baik; memulai penghidupan yang baru.

79. Seperti raja dengan menteri.

Page 9: Kebaikan Penggunaan Telefon Bimbit

Ertinya:~Seia-sekata dalam semua perkara.

80. Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh.

Ertinya:~Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.

81. Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh.

Ertinya:~ Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar

82. Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.

Ertinya:~ Orang yang elok dan tampan tetapi berbudi bahasa

83. Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati.

Ertiny:~ Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan

84. Berhampar lapik, berlicin daun.

Ertinya:~ Bermuafakat mencari penyelesaian yang baik dengan setulus-tulus hati, tidak ada menyembunyikan perasaan-perasaan yang buruk

85. Batu pun empuk, jangankan hati manusia.

Ertinya:~ Perkataan yang lemak manis dapat menawan hati yang keras.

86. Seperti anjing dengan kucing

Ertinya digunakan untuk menggambarkan dua orang yang saling

berkelahi bila berjumpa susah utk mereka berdamai

87. Seperti ayam dengan itik – like a chicken and a duck

Ertinya digunakan untuk menggambarkan dua orang yg mempunyai masalah berkomunikasi - Two people having communications problems

88. Melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit.

Ertinya:~ Menolong orang yang tiada tahu berterima kasih

89. Seberapa panjang sarung, begitulah panjang matanya.

Ertinya:~ Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang

90. Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja.

Ertinya:~ Pemberian yang tidak ada ertinya.

91. Ada beras, taruh dalam padi

Ertinya:~ Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.

92. Ada bukit, ada paya

Ertinya:~ Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.

93. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Page 10: Kebaikan Penggunaan Telefon Bimbit

Ertinya:~ Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.

94. Kemana angin deras, kesitu condongnya

Ertinya:~ Pendirian yang tidak tetap.

95. Asal ada, kecil pun pada

Ertinya:~ Kalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga.

96. Cencang dua segeragai

Ertinya:~ Sekali jalan, dua tiga pekerjaan selesai.

97. Dikati sama berat, diuji sama merah

Ertinya:~ Pangkat atau kedudukan yang sama.

98. Sampai bersalam, pulang berterajang

Ertinya:~ Masuk ke negeri orang dengan nama yang baik, tetapi pulang dengan nama yang jahat.

99. Sayangkan kain, buangkan baju; sayangkan lain, buangkan aku

Ertinya:~ Isteri yang mencari kekasih lain.

100. Dikulum menjadi manikam, Dimuntahkan menjadi sekam

Ertinya:~ Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

101. Ada angin ada pohonnya.

Ertinya:~ Segala yang terjadi ada sebab-sebabnya.

102. Luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa tahu.

Ertinya:~ Hanya diri orang itu sahaja yang tahu akan penderitaan atau kesedihannya.

103. Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul.

Eritnya:~ Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.

104. Seperti kain kasa di atas duri.

Etinya:~ Suatu perkara yang terlalu sukar menyelesaikannya; harus sabar dan hati-hati.

105. Bibir saya bukan diretak panas.

Ertinya:~ Kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta.

106. Buat di alang tahun, belayar di luar musim.

Ertinya:~ Melakukan sesuatu salah masa.

107. Jangan tercicir di periuk

Ertiny:~ Jangan membuat angkara di mana kita menumpang.

108. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang.

Ertinya:~ Urus hal sendiri dahulu baru urus hal orang

Page 11: Kebaikan Penggunaan Telefon Bimbit

109. Manusia tahan kias, binatang tahan palu.

Ertinya:~ Mengajar manusia dengan sindiran manakala haiwan dengan pukulan.

110. Serkap jarang

Maksudnya; menuduh tampa usul periksa

Contoh: "Jangan pakai serkap jarang, siasat dahulu tuduhan awak itu." Kata Rahim kepada saya.

111. Jaga mulut

Maksudnya: Pelihara lidah; berhati-hati dalam percakapan

Contoh: Dizaman Jepun dahulu sesiapa yang tidak jaga mulut akan ditangkap oleh pihak kempeitai.

112. Periuk mengumpat belanga.

Ertinya:~ Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga.

113. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang.

Ertinya:~ Memperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati.

114. Rantai besi dimakan bubuk.

Ertinya:~ Cerita yang tak masuk di akal.

115. Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi.

Ertinya:~Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya.

116. Tegang berjela-jela, kendur berdenting-denting.

Ertinya:~ Pemerintahan yang baik ialah di dalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya.

117. Salah cotok melantingkan.

Ertinya:~ Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dilakukan dengan sewajarnya, yang salah hendaklah dibetulkan.

118. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

Ertinya:~Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.

119. Matahari tengah gerhana.

Ertinya:~ Berwajah muram kerana dukacita.

120. Rasa termengkelan di hati.

Ertinya:~ Merasa musykil.

121. Seperti memekik di tengah padang luas.

Ertinya:~ Seruan yang tidak diendahkan orang.

122. Seperti bunyi gung tertangkup.

Ertinya:~ Kata-kata yang tidak jelas.

Page 12: Kebaikan Penggunaan Telefon Bimbit

123. Sebagai ayam diasak malam.

Ertinya:~ Tidak ada daya upaya lagi.

124. Biar, biar naik ke mata.

Eritnya:~ Kecewa.

125. Seperti di atas titian.

Ertinya:~ Dalam kebimbangan.

126. Api padam puntung berasap.

Ertinya:~ Perkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan kembali.

127. Agak-agak bertutur malam hari.

Ertinya:~ Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.

128. Orang itu empat gasal, lima genap.

Ertinya:~ Orang yang suka berbantah dan berlainan faham daripada orang banyak.

129. Buruk muka cermin dibelah.

Ertinya:~ Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan.

130. Melentur biarlah waktu rebung.

Ertinya:~ Mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi.

131. Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan.

Ertinya:~ Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi.

132. Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.

Ertinya:~Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.

133. Jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung.

Ertinya:~ Jangan berbuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi kebiasaan.

134. Segigi tajam bertimbal, nak hujung pangkal menjelma.

Ertinya:~ Orang yang mempunyai dua pendirian.

135. Longgar sendat lapang bertukul.

Ertinya:~ Hanya berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi sebenarnya tidak.

136. Seperti kecek ular.

Ertinya:~ Menceritakan berlebih-lebihan daripada keadaan yang sebenarnya.

137. Silap cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja.

Ertinya:~ Memperkatakan sesuatu perkara (rahsia dan sebagainya), hendaklah hati-hati benar, sebab buruk padahnya.

138. Syarak yang mengata, adat yang memaksa.

Page 13: Kebaikan Penggunaan Telefon Bimbit

Ertinya:~ Syarak dan adat tidak dapat dipisahkan

139. Di mana tumbuh, di situ disiang.

Ertinye:~ Jika terjadi suatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga

140. Mudah luka payah sembuhnya.

Ertinya:~ Mencari perselisihan sangat mudah, tetapi mencari perdamaian sangat sukar.