kebaikan penerokaan angkasa lepas buat malaysia

Upload: husna269

Post on 14-Apr-2018

564 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Kebaikan Penerokaan Angkasa Lepas Buat Malaysia

    1/3

    KEBAIKAN PENEROKAAN ANGKASA LEPAS BUAT MALAYSIA

    Penerokaan angkasa lepas telah membuka banyak ruang kepada manusia

    memperkembang sains dan teknologi sejagat. Huraikan.

    Penerokaan angkasa lepas memang banyak memberi manfaat terhadap perkembangan

    sains dan teknologi. Kejayaan negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat dan

    Russia banyak bergantung kepada kemampuan mereka untuk menghasilkan teknologi

    moden terutama yang berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas. Keadaan ini

    menyebabkan negara-negara lain terutama China dan Jepun serta India turut berusaha

    memajukan teknologi angkasa lepas mereka. Sememangnya banyak impak positif yang

    dihasilkan oleh penerokaan angkasa lepas terhadap kehidupan manusia.

    Impak positif yang ketara ialah penerokaan angkasa lepas telah memajukan bidang

    teknologi maklumat terutama yang berkaitan dengan teknologi internet. Penghasilan

    lebih banyak satelit di ruang angkasa bumi telah memudahkan perhubungan atau

    komunikasi tanpa batasan sempadan diwujudkan. Kemajuan dalam bidang teknologi

    maklumat ini menjadikan bidang komunikasi, keselamatan dan pertahanan semakin

    berkembang maju selaras dengan kemajuan penerokaan angkasa lepas itu. Jelaslah,

    teknologi angkasa lepas menyebabkan bidang teknologi maklumat manusia menjadi

    lebih baik dan moden.

    Malah, aktiviti penerokaan yang berani ini berupaya meninggikan kemampuan

    teknologi pemantauan manusia sejagat pula. Penggunaan satelit dan kapal angkasa

    menjadikan gambar-gambar lebih mudah untuk diambil dan dirakam dari sudut yang

    lebih baik dan sesuai. Semua hasil gambar ini memudahkan ahli saintis untuk membuat

    ramalan tentang keadaan geografi dan juga membantu merancang manusia untuk

    menjalankan projek pembangunan dengan lebih mesra alam lagi. Pada masa yang

    sama, teknologi moden ini boleh digunakan juga untuk memantau perubahan cuaca dan

    kadar pencemaran alam dengan lebih menyeluruh. Sesungguhnya, teknologi

    pemantauan manusia menjadi lebih maju dan berkembang dengan adanya usaha-usaha

    menjalankan penerokaan angkasa lepas itu.

    Malahan, industri teknologi robotik turut berkembang selari dengan usaha meneroka

    http://gegeplace.blogspot.com/2010/06/kebaikan-penerokaan-angkasa-lepas-buat.htmlhttp://gegeplace.blogspot.com/2010/06/kebaikan-penerokaan-angkasa-lepas-buat.htmlhttp://gegeplace.blogspot.com/2010/06/kebaikan-penerokaan-angkasa-lepas-buat.html
  • 7/30/2019 Kebaikan Penerokaan Angkasa Lepas Buat Malaysia

    2/3

    angkasa lepas ini. Kebanyakan peralatan teknologi yang dihantar ke angkasa lepas atau

    kawasan ruang udara bumi dikawal oleh robot atau peranti kawalan. Keadaan ruang

    angkasa yang begitu bahaya dan sukar diramal menyebabkan robot lebih sesuai

    digunakan berbanding dengan manusia. Semua tindakan menggunakan robotik ini

    boleh memberikan satu tafsiran awal akan keperluan untuk mewujudkan koloni

    manusia di angkasa lepas pula. Maka, teknologi robotik manusia juga akan mengalami

    perubahan drastik kerana usaha penerokaan angkasa lepas memerlukan penggunaan

    robotik yang begitu banyak.

    Selain itu, pelbagai ujikaji atau kajian sains boleh dijalankan menerusi usaha

    penerokaan angkasa lepas itu. Para saintis sudah mula membuat kajian tentang kesan

    gravity terhadap manusia di luar ruang angkasa bumi terutama aspek ketumpatan

    tulang dan kadar kehilangan jisim tulang manusia. Penerokaan angkasa lepas

    memberikan satu platform untuk melakukan pelbagai kajian yang boleh memberikan

    pengetahuan baru kepada manusia tentang sains pula.

    Konklusinya, semua usaha meneroka angkasa lepas itu bukanlah sesuatu yang

    membazir. Pelbagai hasil yang positif terutama kajian sains akan memberikan manusia

    satu informasi yang berguna pula terutama jika semua usaha ini berkonsepkan

    kerjasama sejagat. Kita harus sedar bahawa semakin banyak maklumat yang kita

    ketahui tentang angkasa lepas semakin baiklah prospek kehidupan kita kelak. Jadi,

    usaha penerokaan angkasa lepas ini perlu diteruskan tanpa sebarang sekatan lagi

    Faedah-faedah penglibatan Malaysia dalam misi meneroka

    angkasa lepas

    Misi menghantar angkasawan Malaysia pertama ke angkasa lepas yang bermula pada tahun 2003akhirnya berjaya setelah Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, selesai menamatkan misi 11 hari berada

    di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Walaupun detik bersejarah itu tercatat 46 tahun selepas

    kejayaan angkasawan pertama Yuri Gagarin dari Rusia membuat pusingan bersejarahmengelilingi Bumi, namun kejayaan Sheikh Muszaphar amat bermakna kepada negara

    bersempena dengan 50 tahun usia kemerdekaan tanah air.

  • 7/30/2019 Kebaikan Penerokaan Angkasa Lepas Buat Malaysia

    3/3

    Kejayaan ini memberi gambaran yang amat jelas tentang kesungguhan negara untuk menyertai

    penerokaan angkasa lepas dengan menghantar angkasawan pertama selepas tiga tahun

    ditawarkan berbuat demikian. Tiada siapa boleh menidakkan betapa kejayaan angkasawanpertama negara menjadi kebanggaan kita sekaligus melonjakkan nama Malaysia di peringkat

    antarabangsa. Kejayaan menjadikan Program Angkasawan Negara satu realiti pastinya membuka

    mata dunia betapa negara kecil ini amat serius membangunkan industri angkasa lepas. Kejayaanini telah menutup tanggapan orang ramai bahawa program ini membazirkan wang rakyat. Malahsebelum ini ramai yang tidak yakin misi ini akan membuahkan hasil. Selain itu, tanggapan

    negara maju yang usaha Malaysia menyertai misi tersebut untuk menandingi negara lain dapat

    dihapuskan.

    Sesungguhnya kejayaan ini telah mendorong kelangsungan program angkasawan negara

    terutama dari sudut penyebaran ilmu dalam kalangan pelajar. Minat generasi muda baik diperingkat tadika terhadap penerokaan angkasa lepas akan berkembang. Kejayaan Sheikh

    Muszaphar amat penting untuk mendidik rakyat Malaysia tentang angkasa lepas. Begitu juga

    dengan cadangan kerajaan untuk mewujudkan pelan tindakan pembangunan angkasa negara

    sebagai susulan kepada penghantaran angkasawan pertama Malaysia ke ISS akan menerimarespons yang baik daripada orang ramai.

    Kita berharap Sheikh Muszaphar akan memberi ceramah di seluruh pelosok negara tentang

    pengalamannya di angkasa untuk menarik minat masyarakat tentang angkasa lepas. Begitu juga

    dengan hasil penyelidikan Sheikh Muszaphar di ISS bakal membuka lembaran baharu bidang

    perubatan khususnya dalam menyediakan kaedah rawatan penyakit kronik. Pelaburan untukmeneroka angkasa lepas yang besar jumlahnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya supaya kelak

    bakal angkasawan yang dilahirkan di negara kita mampu bersaing dengan calon-calon dari

    negara luar. Sesungguhnya kejayaan angkasawan pertama kita mesti ada susulannya sebagaibukti bahawa negara serius menyertai masyarakat antarabangsa meneroka angkasa.