keaslian sanad pengajian al-quran - ustazrahim.net · diberikan perhatian yang sewajarnya dalam...

27
KEASLIAN SANAD PENGAJIAN AL- QURAN: KELANGSUNGAN TRADISI ILMU AL- QURAN QURAN Oleh : JAMALUDDIN BIN ADAM DR KHAIRUDDIN BIN SAID

Upload: nguyenkhanh

Post on 01-Jul-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KEASLIAN SANADPENGAJIAN AL-QURAN: KELANGSUNGAN TRADISI ILMU AL-QURAN QURAN

    Oleh :

    JAMALUDDIN BIN ADAM

    DR KHAIRUDDIN BIN SAID

  • PENGAJIAN AL-QURAN BERSANAD

  • Introdusir Bacaan atau qiraat al-Quran mestilah dilaksanakan sebagaimana

    bacaan yang diajarkan kepada Rasulullah SAW oleh Jibrail AS. Bacaan ini disampaikan dalam bentuk yang asal tanpa perubahan

    dari satu generasi ke satu generasi secara bersemuka dan diperakuipenyampaian bacaan tersebut melalui sistem pentauliahan yangdikenali sebagai sanad.

    Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan analisis tentang sanadberfokuskan kepada pelaksanaan sistem dan elemen yangmendokong kelangsungannya sebagai metode pengajian al-Quran.sistem pengajian ini dapat dibuktikan dengan sejarah dan amalanyang terus terpelihara sebagai turath dalam keilmuan Islam.

    Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam lingkungan 23tahun kerasulan Muhammad SAW telah mengalami satu proses yangtersendiri berbandingan dengan penurunan Kitab-Kitab yangterdahulu

  • Konsep Sanad

    Sanad berasal dari perkataan yangbermaksud bertelekan, berteleku, bersandar danmenyandarkan. Manakala pulabermaksud tempat sandaran

    Istilah sanad dalam ilmu hadis dikenali sebagai Istilah sanad dalam ilmu hadis dikenali sebagairangkaian perawi-perawi hadis yang meriwayatdaripada seseorang daripada seseorangsehingga sampai kepada Rasulullah SAW

    . Sanad diistilahkan sebagai rangkaian muqridaripada muqri sehingga sampai kepadaRasulullah SAW.

  • Abd Allah bin Mubarak menegaskan bahawa al-isnad(sanad-sanad) itu adalah sebahagian daripada agama, kalauia tiada, nescaya sesiapa sahaja akan berkata apa sahajayang dia suka. Sanad itu senjata mukmin. Jika seseorangtidak memiliki senjata, maka dengan apakah dia inginberperang

    Sufyan ibn `Uyaynah meriwayatkan bahawa suatu hari Imamal-Zuhri telah membacakan satu hadis, maka aku berkataal-Zuhri telah membacakan satu hadis, maka aku berkatakepadanya berilah aku hadis itu tanpa sanadnya. LantasImam al-Zuhri menjawab adakah engkau ingin memanjat kebumbung tanpa menggunakan tangga

    Ibn Sirin menyatakan pendapatnya mengenai perkara tersebutdengan teorinya sesesungguhnya ilmu ini merupakansebahagian daripada agama (amanah), maka perhatikanlahdaripada siapa kamu mengambilnya (mempelajarinya)

  • Penganugerahan Sanad

    Sanad telah diperbincangkan sebagai asas yang perludiberikan perhatian yang sewajarnya dalam kajian ilmu-ilmu Islam.

    Keilmuan Islam mempunyai konsep yang tersendiriberdasarkan sumber-sumber ilmu yang berasaskan wahyuberdasarkan sumber-sumber ilmu yang berasaskan wahyudan kajian.

    Ilmu wahyu diperolehi secara langsung dari Allah melaluiperantara malaikat meliputi al-Quran dan hadis

    Ilmu kajian berdasarkan usaha manusia mengkaji alamciptaan Allah untuk diterokai dan menghasilkan sesuatudapatan yang diperlukan dalam kehidupan yang sentiasaberubah.

  • Istilah sanad berkait rapat dengan ijazah yangmerupakan suatu pemberian daripada seorang gurukepada muridnya yang berkelayakan sebagai akuan(taqrir) bagi mengesahkan atau mengakui bahawamuridnya itu telah selesai dalam pengajiannya danberjaya serta layak dianugerahkan ijazah

    Prosedur yang digunakan dalam penganugerahansanad sangat teliti dan ketat. Keadaan ini dipengaruhisanad sangat teliti dan ketat. Keadaan ini dipengaruhioleh rasa keimanan dan tanggung jawab seorang rijalatau muqri terhadap ilmu yang disampaikan kepadarijal atau qar

    Setiap muqri berpuas hati bahawa bacaan qari adalahsama atau sampai ke tahap sebagaimana bacaanyang diajarkan oleh Jibril a.s. kepada Nabi MuhammadSAW

  • Dari sudut afektif pula, setiap qari telah dibimbing akhlak danperibadinya oleh muqri dan mengaplikasikannya dalam kehidupanseharian. Keperibadian seorang qari telah boleh terlepas daripandangan gurunya sesuai dengan peranannya yang disebut sebagaihamlatul al-Quran.

    Sanad hanya diperolehi melalui pengajian secara bertalaqqi iaitumemperolehi bacaan secara berhadapaan dengan seorang guru danmengambil bacaan secara langsung dari mulut guru dengan melihatmengambil bacaan secara langsung dari mulut guru dengan melihatpergerakan mulut atau bibir guru dan guru tersebut jugamemperolehi bacaan daripada gurunya dengan cara yang sedemikian

    Disiplin ini telah diwarisi dari generasi awal sebagaimana disebutoleh Urwah bin al-Zubayr : sesungguhnya qiraat al-Quranmerupakan satu sunnah dari sunnah-sunah Rasulullah SAW makahendaklah kamu semua membacanya sebagaimana dibacakanqiraat tersebut kepada kamu.

  • Amir bin al-Sabi : sesungguhnya qiraat al-Quran merupakan satu sunnah maka hendaklah kamumembacanya sebagaimana orang-orang terdahuludalam kalangan kamu membacanya.

    : . # ./',# .-, (+ *( ' $ #

    Ali bin Abi Talib RA berkata: sesungguhnya RasulullahSAW memerintahkan kamu agar membaca setiapindividu dalam kalangan kamu membaca (yakni al-individu dalam kalangan kamu membaca (yakni al-Quran) sebagaimana dia mengajar.

    Ahmad, no. hadis: 3971.

    Sanad merupakan sandaran yang penting bagiseseorang dalam menerima bacaan al-Quran keranabacaan yang bersanad boleh menolak keraguan padabacaan tersebut dan membukti kesahihan bacaanyang diterima.

  • Seseorang yang khatam al-Quran dengan tajwid yangsempurna di hadapan gurunya yang bersanad maka bacaantersebut dikira bacaan yang bersanad sama ada dikurniakansanad yang bertulis atau sebaliknya.

    uluwwu al-isnad merupakan satu sunnah dan perbuatanyang dapat menghampirkan diri dengan Allah SWT. AhliHadith telah membahagikan keadaan tersebut kepada 5Hadith telah membahagikan keadaan tersebut kepada 5bahagian seperti berikut.

    Sanad merupakan sandaran yang penting bagi seseorang dalammenerima bacaan al-Quran kerana bacaan yang bersanad bolehmenolak keraguan pada bacaan tersebut dan membuktikesahihan bacaan yang diterima.

  • 5 Bahagian seperti berikut. Pertama: Antara kandungan istilah uluwwu al-isnad

    ialah hampir dengan Rasulullah SAW dari sudut bilanganisnad yang bersih tanpa dhaif. Pada zaman al-Suyuti,bilangan isnad sebanyak empat belas orang periwayatdari qiraat Ibn Amir dari riwayat Ibn Dhakwan dankemudiannya menjadi lima belas bagi qiraat Asim daririwayat Hafs serta qiraat Yaqub dari riwayat Ruways.Kedua: Hampir kepada Imam daripada kalangan Imam- Kedua: Hampir kepada Imam daripada kalangan Imam-imam Hadith seperti al-Amasy, Husyam, Ibn Jurayj, al-Awzai dan Malik. Keadaan yang sama berlaku dalambidang qiraat dengan keadaan hampir kepada imam-imam yang tujuh. Maka keadaan yang paling tinggi yangberlaku pada hari ini bagi syeikh-syeikh dengan sanadyang bersambung dengan bacaan kepada Nafisebanyak 12 dan kepada Amir juga sebanyak 12 orang.

  • Ketiga: Uluw dengan dinisbahkan kepada riwayat salah satu al-Kutubal-Sittah. Apabila seseorang meriwayatkan sebuah hadis yang jikadiriwayatkan dari tariq salah satu kitab dari al-Kutub al-Sittah pasti akanberlaku nazil sesuatu yang diriwayatkan dari tariq yang lain. Sebandingdengannya jika dinisbahkan kepada sebahagian kitab yang masyhurdalam ilmu qiraat seperti al-Taysir dan al-Syatibiyah.

    Keempat: Kematian seorang syeikh terdahulu dari rakannya yangmengambil daripada gurunya. Sebagai contoh, seseorang yangmengambil qiraat daripada al-Taj bin Maktum lebih ala daripadaseseorang yang mengambil daripada Abu al-Maali bin al-Lubnan, dandaripada Ibn al-Lubnan lebih ala daripada al-Burhan al-Syamidaripada Ibn al-Lubnan lebih ala daripada al-Burhan al-Syamisekalipun mereka bersekutu dalam mengambil qiraat daripada AbuHayyan kerana terdahulunya kematian yang pertama atas yang keduadan kedua atas yang ketiga.

    Kelima: Uluw dengan sebab kematian seseorang syeikh tanpa melihatkepada perkara lain atau syeikh yang lain bila berlaku. Sebahagian AhliHadith berkata bahawa pensifatan sanad yang uluw hanya berlakusetelah berlalunya kematian seseorang syeikh selama 50 tahun ataumenurut Ibn Mandah 30 tahun. Dengan keadaan ini sesiapa yangmengambil qiraat dari sahabat Ibn al-Jazari lebih ali dari tahun 863kerana Ibn al-Jazari adalah orang yang paling akhir dari sudut panjangumur kerana berlalu atasnya pada masa kematiannya 30 tahun.

  • Kekuatan sanad sebagai satu senjatayang kukuh adalah kesahihan terhadapsanadnya. Perkara ini telah disepakatiulama qiraat dan meletakkan kesahihansanad sebagai salah satu daripada rukunal-qiraat yang tiga.

    syarat kedua ialah bertepatan denganbentuk bahasa Arab dari yang pelbagaibentuk sama yang paling fasih

    ketiga pula, bertepatan dengan salahsatu qiraat di dalam mushaf Uthmani

  • Kepentingan sanad dapat difahami dari inisiatif Islam yangmenuntut umatnya agar berwaspada dengan sesuatu beritayang disampaikan kerana dikhuatiri kebenarannya. Inikerana secara teorinya, setiap khabar berita yang sampaimengandungi dua unsur sama ada benar atau sebaliknya.

    Allah s.w.t. telah merakamkan peringatan kepada hambanyatentang perkara ini dalam Surah al-Hujurat: Bermaksudtentang perkara ini dalam Surah al-Hujurat: BermaksudWahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamuseorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidakmenimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidakdiingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya)sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telahlakukan. Surah al-Hujurat (49): 6.

  • Peristiwa al-`Ardah al-Akhirah dapat difahami bahawa carapenerimaan sanad al-Quran adalah dengan membaca ayatsuci al-Quran dengan sempurna bermula dari Surah al-Fatihah sehinggalah surah yang terakhir iaitu al-Nas dihadapan guru yang diyakini sanadnya sampai kepadaRasulullah SAW secara talaqqi atau mushafahah. Setelahsempurna keseluruhannya, maka guru tersebutmengijazahkannya tanda pengiktirafan terhadapmengijazahkannya tanda pengiktirafan terhadapkesungguhan anak muridnya dalam menerima bacaan al-Quran sebagaimana ia diturunkan. Sebagai simbol kepadapengijazahan tersebut, ada di antara para guru memberikansehelai kertas dan ditulis sanad-sanad bacaan al-Quran yangditerimanya sehingga kepada anak muridnya. Sebahagianyang lain pula cukup dengan sekadar berjabat tangan danditauliahkan dengan menyebut sanad-sanad al-Quran yangditerimanya sehingga kepada anak muridnya.

  • Keistimewaan Sanad

    Sistem pengajian al-Quran secarabersanad mempunyai keistimewaanyang tersendiri. Ringkasnya, keistimewaanyang tersendiri. Ringkasnya, keistimewaantersebut dapat dinilai melalui:

  • 1. Tradisi Ilmu Islam

    Pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka atau talaqqidalam semua ilmu Islam merupakan kaedah yang dipeloporioleh para Sahabat yang menuntut ilmu daripada RasulullahSAW.SAW.

    Para Sahabat menerima semua perkara berkaitan Islam darimulut Rasulullah SAW ataupun mulut Sahabat yang lainbagi mereka yang tidak berpeluang mendengarnya daripadaRasulullah SAW secara langsung.

    Tradisi berterusan kepada beberapa generasi seperti dalambidang qiraat, hadis dan fikah. Dalam bidang hadis telahterpakai istilah haddathana atau akhbarana yangmenunjukkan hubungan bersemuka di antara guru dan murid.

  • 2. Ketulenan qiraat

    Penurunan al-Quran ke atas NabiMuhammad SAW melalui perantara Jibril AS adalah qiraat atau bacaan dan bukantulisan. Sesuatu yang tidak berubah adalahtulisan. Sesuatu yang tidak berubah adalahqiraat tersebut yang dinilai dari sebuat setiaphuruf, perkataan dan ayat.

    Semua perkara tersebut mesti terpeliharasebagai mana asal qiraat yang diajarkanoleh Jibril AS kepada Rasulullah SAW tanpasebarang perubahan.sanad(seminar iium).doc

  • 3. Bimbingan berterusan

    Konsep talaqqi akan membentuk bimbingan yang berterusan seorang guru (muqri) terhadap muridnya(qari) kerana seorang murid akan mendengar danmemperdengar qiraat secara menyeluruh dari awalal-Quran sehingga penghujungnya. Konsep talaqqial-Quran sehingga penghujungnya. Konsep talaqqiakan membentuk bimbingan yang berterusanseorang guru (muqri) terhadap muridnya (qari) kerana seorang murid akan mendengar danmemperdengar qiraat secara menyeluruh dari awalal-Quran sehingga penghujungnya.

    Tempoh yang diperlukan untuk menamatkan satupengajaran dan pembelajaran qiraat yang lengkapmemakan masa beberapa tahun.

  • Sanad Pengajian al-Quran Qiraat Imam Asim Imam Asim ialah Asim bin Abi Najud al-Asadi. Asim merupakan seorang

    qari yang cukup teliti dan sempurna bacaannya serta mempunyai suara yang baik. Beliau membaca al-Quran dari Zirr bin Hubaysh daripada Abd Allah bin Masud daripada Rasulullah SAW. Beliau meninggal dunia pada tahun 127H. Qiraat beliau pula diterima dan diriwayatkan oleh Syubah dan Hafs secaralangsung tanpa perantaraan. Hafs anak tiri Asim yang dipelihara semenjak kecillangsung tanpa perantaraan. Hafs anak tiri Asim yang dipelihara semenjak kecilpula meninggal dunia pada tahun 180H manakala Syubah telah meninggaldunia pada tahun 193H.

    Imam Asim ialah Asim bin Abi Najud al-Asadi. Asim merupakan seorangqari yang cukup teliti dan sempurna bacaannya serta mempunyai suara yang baik. Beliau membaca al-Quran dari Zirr bin Hubaysh daripada Abd Allah bin Masud daripada Rasulullah SAW. Beliau meninggal dunia pada tahun 127H. Qiraat beliau pula diterima dan diriwayatkan oleh Syubah dan Hafs secaralangsung tanpa perantaraan. Hafs anak tiri Asim yang dipelihara semenjak kecilpula meninggal dunia pada tahun 180H manakala Syubah telah meninggaldunia pada tahun 193H.

  • Rasulullah SAW

    Abd Allah bin Masud

    Abu Maryam Zirr bin Hubaysh

    Riwayah Syubah

    Abu Maryam Zirr bin Hubaysh

    Asim al-Kufi

    Abu Bakr Syubah bin Ayyasy bin Salim al-Kufi al-Asadi

  • Rasulullah SAW

    Abd Allah bin Masud

    Abdul Rahman bin Abdullah bin Habib al-Sulami.

    Riwayah Hafs

    Abdul Rahman bin Abdullah bin Habib al-Sulami.

    Asim al-Kufi

    Hafs bin Sulayman bin al-Mughirah al-Asadi al-Kufi

    al-Ghadiri al-Bazzaz

  • Imam al-Syatibi Imam al-Syatibi ialah al-Qasim bin Firruh bin

    Khalaf bin Ahmad al-Ruayni al-Syatibi al-Andalusi. Ia mempunyai dua gelaran iaituAbu Muhamad dan Abu al-Qasim. Al-SyatibiAbu Muhamad dan Abu al-Qasim. Al-Syatibidilahirkan pada tahun 538 di Syatibah iaitusatu kota di timur Andalus.

    Gurunya ialah Syeikh Abu Muhamad Abd al-Wahhab, Syeikh Ahmad bin Ibrahim al-Tham, Syeikh Ahmad bin Rajab, manakala SyeikhIbrahim al-Hamami dan Abu al-MaaliMuhamad bin Ahmad al-Lubnani.

  • Mujaz Khairuddin bin Said yang bertalaqqidengan mujiz Jamaluddin bin Adam melaluisanad bacaan al-Quran yang telah diterimadaripada al-Fadilah Syeikh Abd Allah bin al-Jawhari bin Ali cucu Sayyid al-Jawhari telahbertalaqqi daripada Syeikh Amir bin al-Sayyidbertalaqqi daripada Syeikh Hammam bin Qutbbin Abd al-Hadi bertalaqqi daripada Syeikh AliSabi bin Abd al-Rahman bertalaqqi daripadabin Abd al-Hadi bertalaqqi daripada Syeikh AliSabi bin Abd al-Rahman bertalaqqi daripadaSyeikh Hasan Badir yang bertalaqqi qiraat al-asyarah daripada al-Syatibi daripada SyeikhMuhammad bin Ahmad al-Syahir bi al-Mutawalli,beliau bertalaqqi dengan Syeikh Ahmad al-Durral-Maliki beliau bertalaqqi daripada SyeikhAhmad Salmunah

  • Kecelaruan dalam Pengajaranal-Quran Bersanad

    Antara isu yang boleh dinilai dan difikirkanbersama ialah:

    Pertama: Penganugerahan sanad daripadaseorang muqri kepada qari dalam tempohyang singkat. Terdapat seseorang murid yang hanya belajar selama sebulan sahaja danhanya belajar selama sebulan sahaja danterus dianugerahkan sanad secara bertulistanpa bimbingan yang berterusan ataupengajaran yang lebih menyeluruh. Keadaanini akan menghasilkan beberapa kekurangandari sudut kekuatan bacaan seseorang muriddan peneguhan yang kurang berkesan.

  • Kedua: Bayaran yang dikenakan oleh seseorangguru kepada murid. Keadaan ini akanmenghilangkan nilai utama dalam pengajian al-Quran yang berteraskan khidmat kepada al-Quran dan bukan keuntungan dunia semata-mata. Pembayaran juga boleh menimbulkanbimbingan yang kurang telus dari kedua-duabelah pihak yang mempunyai kepentingan yangtersendiri jika keimanan dan ketakwaan tidaktersendiri jika keimanan dan ketakwaan tidakmampu menjadi pemandu dan pelindungandalam aktiviti pihak yang terlibat.

    Ketiga: Sijil sanad yang boleh diperolehi tanpatalaqqi secara menyeluruh dari awal surah al-Fatihah sehingga ke surah yang terakhir Surah al-Nas. Keadaan ini berlaku apabila seseorangmurid hanya membaca beberapa surah danguru berpuashati dan memberi pengiktirafansecara bertulis dalam bentuk sanad.

  • Rumusan dan Cadangan Keperluan kepada usaha untuk memastikan setiap guru al-

    Quran yang bertindak sebagai muqri mempunyai sanadqiraat untuk memenuhi kepentingan sanad itu sendiri. Dalammasa yang sama fenomena ini akan memberi impak untukmelahirkan keyakinan dari sudut keaslian bacaan seseorangyang akan membentuk bacaan para pelajar pula.

    Penganugerahan sanad mesti mengikut etika dan proseduryang betul kerana sistem ini merupakan satu pengiktirapanseorang guru kepada muridnya dalam penguasaan qiraat al-Quran. Pemberian atau penganugerahan atas dasarkepentingan dunia semata-mata akan merosakkan sistemyang diwarisi daripada Rasulullah SAW.

    Semua pihak yang terlibat dengan pengajian atau pengajaranal-Quran mesti mengiktiraf sistem ini dan pihak yang terlibatsebagai satu pengiktirafan yang benar-benar ikhlas dalammenyumbangkan khidmat dalam urusan agama.