ke merdeka an

Upload: cezy-shie

Post on 08-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

llll

TRANSCRIPT

Tema & Logo Sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan Malaysia 2015: Tanggal 31 Ogos 2015 merupakan ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia ke 58. Pada tahun ini "Sehati Sejiwa" dipilih menjadi tema hari kemerdekaan yang mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia.

Pada tahun ini juga, sambutankemerdekaan negara Malaysiatidak lagi menggunakan ungkapan"Hari Kemerdekaan ke 58"tetapi hanya"Hari Kemerdekaan 2015"untuk menyeragamkan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya adalah pada tarikh 16 September 1963 (Hari Malaysia) manakala 31 Ogos 1957 hanya melibatkan Semenanjung sahaja.

Tema Rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan 2015 - Sehati Sejiwa"Sehati Sejiwa"bermaksud bersatu hati dalam perpaduan antara negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Ianya juga turut membawa maksud bersama saling memahami dan membantu antara satu sama lain.

Logo Rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan 2015

Logo rasmi Hari Kemerdekaan 2015

Bulan KemerdekaanSempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2015, beberapa acara akan diadakan sebelum tanggal 31 Ogos 2015. Semuanya boleh anda dapati dilaman sesawang khas JKMM iaituhttp://31ogos.my/. Diantaranya adalah pelancaranBulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2015.

Berikut adalah lagu rasmi hari kemerdekaan Malaysia 2015.

Tajuk : Sehati Sejiwa Lagu : Muhammad Yuri Edris Lirik : Siso Kopratasa & Yuri Edris Penyanyi : Alif Satar /choir Gemersik Chorus Penyanyi Latar : Gemersik Chorus

Erti KemerdekaanSebagai tambahan, mari kita fahami maksud/erti kemerdekaan :

Kemerdekaanialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan.

Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran dari segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti kata yang lebih lemah untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah negara secara tak langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat.

Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan bagi sebuah negara muncul (sering kali untuk mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakan pembebasan daripada kuasa yang mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahan, dasar peluasan kuasa atau imperialisme. -sumber

Namun begitu,Erti kemerdekaanbukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat.

Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada.

Logo Hari Kebangsaan 2015 MalaysiaMelihatLogo Hari Merdeka Malaysiajelas menggambarkan seluruh rakyat malaysiasatu hati dan satu jiwaberdiri megah bersama kerajaan meraikanHari Kemerdekaan Malaysia Tahun 2015. OlehituProgram Hari Kemerdekaan 2015perlu menekankan kepada Perpaduan dan Bersatu apabila "Sehati Sejiwa" dipilih sebagaitema sambutan Hari Kemerdekaantahun 2015.Download logo Merdeka 2015#sehatisejiwa

DownloadLogo Hari Merdeka 2015

Pemilihan Tema #sehatisejiwa telah diumumkan olehMenteri Komunikasi dan MultimediaDatuk Seri Ahmad Shabery Cheek Sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan.

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan #SEHATISEJIWA telah dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Buat julung-julung kalinya, rakyat Malaysia tidak lagi perlu menyebut sambutan ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini sebagai sambutan yang ke-58. Hal ini dapat mengelakkan konflik oleh sebab Malaysia meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Oleh hal yang demikian, sambutan pada tahun ini hanya akan dikenali sebagai sambutan Hari Kebangsaan 2015 dan Hari Malaysia 2015.

DownloadLogo Hari Merdeka 2015

Apa Tema Hari Kemerdekaan 2015Tema Hari Kebangsaan 2015ialahSehati Sejiwayang menggambarkan perpaduan, kesefahaman, bersatu seluruh rakyat Malaysia. Selain melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. ia turut membawa maksud budaya seluruh rakyat Malaysia yang berganding bahu dan bekerjasama serta bersatu dalam apa jua kejayaan dan rintangan yang berlaku di negara yang tercinta.