ke arah mencapai kemakmuran bersama di malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu...

35
1 Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia BEBERAPA NOTA DAN PERBINCANGAN AWAL KEPADA ACUAN EKONOMI BARU NEGARA

Upload: doandan

Post on 22-Mar-2019

237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

1

Ke Arah Mencapai

Kemakmuran Bersama

di Malaysia

B E B E R A P A N O T A D A N P E R B I N C A N G A N A W A L K E P A D A A C U A N E K O N O M I B A R U N E G A R A

Page 2: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

©2018, Kearah Mencapai Kemakmuran Bersama

Hak Cipta Terpelihara

Segala informasi dan maklumat yang terkandung dalam naskah ini adalah tertakluk kepada sumber-

sumber yang dilampirkan.

Hakcipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan

untuk pengeluaran atau atau dipindahkan kepada bentuk lain, dalam apa jua cara tanpa keizinan

pemilik hak cipta terlebih dahulu.

Diterbitkan oleh: INSTITUT MASA DEPAN MALAYSIA (MASA)

Terbitan Pertama 2019

2

Page 3: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

SIAPA KAMI

INSTITUT MASA DEPAN MALAYSIA Institut MASA merupakan sebuah institut yang ditubuhkan bertujuan untuk:

• Memantau dan menganalisa situasi dan data ekonomi, perniagaan, industri dan indikator sosial untuk Malaysia dan Bumiputera serta keberkesanan penghasilan institusi dan polisi.

• Menasihati, berkerjasama dan memudah-cara langkah penyelesaian, inisiatif dan polisi berkait perkara ekonomi dan sosial untuk Malaysia dan Bumiputera bersama pihak-pihak berkepentingan, kepada kepimpinan, organisasi dan rakyat pada peringkat antarabangsa, serantau dan nasional

• Mengembleng dan menggerakkan segala sumber, upaya, jaringan dan pelbagai insiatif bagi menjayakan matlamat kemakmuran Bersama & penambahbaikan status serta masa depan Malaysia dan Bumiputera khususnya.

3

Page 4: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

AMANAT KEPIMPINAN

YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PENGASAS & PATRON INSTITUT MASA

4

Kita telah melihat jatuh bangun masyarakat kita di dalam mengharungi arus globalisasi

dan juga lain-lain cabaran samada dari dalam atau luar Negara. Kejayaan atau kegagalan

kita di dalam menghadapi cabaran-cabaran ini sering diukur berasaskan pencapaian

ekonomi.

Sayangnya, kaum Melayu dilihat masih ketinggalan berbanding kaum lain. Cabaran juga

semakin hebat selaras dengan peningkatan kemajuan negara. Apabila bangsa majoriti

Bumiputera ketinggalan jauh dalam sektor ekonomi dan sosial, ia akan memberi kesan

kepada pembangunan negara secara keseluruhan.

Maka ia menjadi tanggungjawab pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk

meneruskan perjuangan mempertingkat kedudukan Bumiputera di dalam kerangka

nasional supaya ia tidak berlarutan dan terus memberi kesan kepada pembangunan

Negara.

Di atas kesedaran ini, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) ditubuh dan dipilih sebagai

landasan untuk merangka strategi-strategi baru untuk mencipta peluang dan pendekatan

baharu untuk Bumiputera.

Sebagai badan yang diamanah dan dipertanggungjawab untuk membantu Negara

mencapai Kemakmuran Bersama, Institut MASA perlu sedar ia menggalas harapan tinggi

rakyat untuk melakukan perubahan yang dikehendaki.

Jika Institut MASA sedar keupayaannya memainkan peranan dengan berkesan untuk

memperbaiki masa depan Bumiputera khususnya dan negara secara amnya, saya yakin ia

akan memberi khidmat yang terbaik.

Masa hadapan Bumiputera dan halatuju bangsa adalah di tangan Bumiputera dan

pemimpin mereka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Allah tidak mengubah nasib

sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah dirinya sendiri” (surah Ar Ra’ad, ayat 11)

Semoga Allah memberkati usaha dan perjuangan kita.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Perdana Menteri Malaysia

Penaung Institut MASA

Page 5: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

YB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Pengasas Institut MASA

5

Terlebih dahulu diucapkan syabas kepada warga Institut MASA diatas penerbitan buku Ke

Arah Mencapai Kemakmuran Bersama.

Perubahan tampuk pemerintahan pasca PRU14 yang lalu telah memberikan dua isyarat

jelas kepada kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat. Pertamanya ialah untuk belajar dari

sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai

pemimpin dengan jujur, amanah dan penuh berintegriti dan isyarat kedua daripada rakyat

yang pada hemat saya lebih mustahak ialah untuk memastikan kekayaan yang diraih oleh

kerajaan, syarikat dan individu dapat dikongsi dan dirasai nikmatnya oleh seluruh

warganegara.

Kita tidak mampu lagi membenarkan sekumpulan kecil mendapat laba yang melimpah

ruah, menikmati pelbagai keistimewaan tetapi pada masa yang sama membiarkan

sekumpulan besar rakyat terus bergelumang dengan kesempitan hidup dan terus

terpinggir daripada arus kemajuan setelah sumber-sumber yang diberikan kerajaan

dinafikan dan dibolot oleh sesetengah kumpulan yang lain. Apatah lagi apabila laba ini

diperolehi atas nama orang Melayu padahal orang Melayu terbanyak tidak merasai

limpahan kekayaan ini.

Gagasan idea Kemakmuran Bersama yang telah dicetuskan oleh YAB Tun Dr Mahathir

selaku Perdana Menteri Malaysia ke-7, kini mendapat penghuraian lebih terperinci oleh

Institut MASA dalam buku ini. Ia bukanlah penjelasan muktamad namun lontaran awal

untuk kita perdalami dan perdebatkan untuk mencari halatuju dan model yang lebih baik

dan tuntas untuk kemakmuran negara. Ia bukan sekadar saranan satu pihak sahaja,

namun wajar dikupas, dibincang dan dibahas oleh semua pihak berkepentingan termasuk

rakyat malaysia khususnya oleh penggubal dasar dan polisi, kalangan bijak-pandai dalam

bidang masing-masing agar ia benar-benar dapat menjadi dokumen strategi ekonomi yang

dapat melahirkan masyarakat yang insklusif, makmur, saksama dan islahi.

Akhir kata, saya berdoa agar Insitut MASA dapat terus menerbitkan hasil-hasil kajian yang

lebih komprehensif dapat menjadi pusat rujukan dasar yang kredible dan berwibawa di

Malaysia dan ke dunia amnya.

PERUTUSAN

Page 6: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

6

YB SENATOR DR MOHD RADZI MD JIDIN

Ahli Lembaga Pemegang Amanah

Institut MASA

Alhamdulillah, di atas kepercayaan, dokongan dan sokongan semua pihak, khususnya

kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), lahirlah Institut Masa Depan

Malaysia (MASA).

Penubuhan MASA bertunjangkan kepada keperluan untuk menggerakkan satu usaha

mewujudkan komuniti Bumiputera yang berkeupayaan dan berdaya saing di dalam

kerangka sebuah negara di mana jurang ekonomi antara kaum yang masih ketara.

Pemberdayaan Bumiputera ini adalah berdasarkan kepada konsep “Kemakmuran

Bersama” atau “Shared Prosperity”.

Sebuah negara bangsa ditakrifkan sebagai mencapai “Kemakmuran Bersama” apabila

tidak wujud jurang pendapatan yang terlalu lebar antara golongan miskin dan kaya serta

antara kaum dan suku kaum. Selain itu, apabila tercapainya “Kemakmuran Bersama”,

tiada lagi golongan yang merasakan mereka terpinggir dari arus perdana pembangunan

dan tiada lagi negeri atau wilayah yang tertinggal dari menerima nikmat pembangunan.

Malaysia yang menuju “Kemakmuran Bersama” atau “Shared Prosperity” ini perlu terus

menerus membangun dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif (equitable

growth) pada setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum dan geografi. Ini seterusnya

mewujudkan rasa ketenangan dan kestabilan politik dikalangan rakyat serta membentuk

kesatuan diantara mereka tanpa prasangka. Kepelbagaian bangsa dan budaya diraikan

sebagai penyatuan sebuah negara bangsa.

Usaha ini perlu bermula dengan satu perancangan dan sasaran yang jelas supaya

pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan dibuat secara

telus, adil dan saksama.

Oleh itu, buku “Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama” telah dirangka bagi

memperincikan konsep “Kemakmuran Bersama” atau “Shared Prosperity” supaya ianya

boleh dijadikan asas kepada pembentukan sebuah negara bangsa yang gemilang pada

masa yang akan datang.

Semoga usaha ini diberkati Allah SWT.

PRAKATA

Page 7: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

7

Kepimpinan negara; Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan Presiden BERSATU, Tan Sri

Muhyiddin Yassin acapkali telah menegaskan bangsa Melayu dan Bumiputera tidak akan

ketinggalan dalam agenda Malaysia Baharu.

Walaubagaimanapun kita sebenarnya bakal melalui cabaran yang lebih besar dari dekad-

dekad sebelum ini dalam melonjak ekonomi dan identiti bangsa Melayu dan Bumiputera

kehadapan. Negara ketika ini dalam cabaran memperbaikki keadaan ekonomi dan institusi

yang hampir runtuh, beban hutang yang tinggi yang semestinya merencatkan usaha

menggerakkan instrumen bagi melonjak ekonomi kehadapan.

Kenyataannya nasib ekonomi orang Melayu masih jauh kebelakang dengan pegangan

kawalan ekuiti korporat dan SME, pemilikan asset dan kekayaan, jumlah pendapatan dan

penyertaan dalam ekonomi pada tahap yang rendah. Cabaran menjadi lebih runcing

apabila agenda pembangunan Melayu dan Bumiputera menjadi seperti satu taboo –

sumpahan dan dilihat jelek oleh sebahagian kesan apabila amanah ini pernah

disalahgunakan untuk kepentingan sesetengah pihak diatas majoriti masyarakat.

Masyarakat Melayu pada hari ini juga merasa tertekan dan mewujudkan reaksi negatif

terhadap kerisauan masa depan yang tidak jelas. Kita banyak terpengaruh dengan

pelbagai sentimen dan emosi yang boleh menyebabkan kita tersasar dari tanggungjawab

sebenar memperbaikki nasib bangsa dan membangun masa depan yang lebih baik.

Oleh itu Gagasan Kemakmuran Bersama atau Shared Prosperity kita tampilkan sebagai

satu ubat yang diharapkan mampu merawat kesakitan ekonomi, identiti dan sosial

masyarakat dan mampu menganjak bangsa Melayu dan Bumiputera supaya duduk sama

rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain dan masyarakat antarabangsa secara

bersatu, progresif dan bermaruah.

Institut MASA diharapkan mampu menjadi impetus atau pemangkin dalam menggerak

agenda ekonomi bumiputera dan mencapai matlamat Kemakmuran Bersama negara.

Dokumen ini diharapkan boleh manjadi bahan perbincangan dan perdebatan awal ke arah

membangunkan satu dasar, polisi dan wawasan ekonomi dan negara bangsa yang baharu

untuk Malaysia Baharu demi kepentingan bersama. Perjalanannya sukar dan panjang, dan

ia memerlukan pengemblengan, kesungguhan dan setiakawan semua pihak untuk

mencapai matlamat Kemakmuran Bersama untuk bangsa Melayu, Bumiputera dan seluruh

rakyat Malaysia. Semoga Allah merahmati usaha kecil kita ini.

Yang Menjalankan Amanah

M Nizam Mahshar

Pengarah Penaja,

Institut MASA

TINTA AMANAH

M NIZAM MAHSHAR

Pengarah Penaja

Institut MASA

Page 8: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

SEKALUNG PENGHARGAAN

Terima kasih kepada:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

YB Dr Radzi Jidin

Datuk Dr Marzuki Mohammad

Mohd Nizam Mahshar

Kapt (B) M Suhaimi Yahaya

Azlan Awang

Wan Ahmad Fayhsal

Ahmad Yazid Othman

Sufi Yusof

Shamsul Akmar Musa Kamal

Erhanfadli Azrai

dan

Tunku Azela Tunku Aziz

Noorazilah Ishak

Nurfitri Amir Muhammad

Siti Saudah Nori

Mohd Effuan Aswadi Abdul Wahab

Amirul Hamza Abdullah

Zouhair bin Mohd Rosli

Mohd Rizal Jaapar

Jutaan penghargaan kepada

Pertubuhan Pembangunan Antarabangsa dan Penyelidikan Untuk Kelestarian

(IDRIS) & Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

Akhir sekali sekalung penghargaan juga dirakamkan kepada semua yang terlibat

dalam menjayakan Buku Laporan Awal Status Sosio Ekonomi Bumiputera sama

ada secara langsung mahupun tidak langsung

Terima kasih tidak terhingga atas sumbangan, sokongan dan kerjasama dari

semua pihak dan Institut MASA berharap semua pihak terus bersama-sama

dalam perjuangannya.

Moga kita terus istiqamah dalam perjuangan yang penuh cabaran.

8

Page 9: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

RANGKUMAN PENEMUAN & SITUASI SEMASA

APA ITU “KEMAKMURAN BERSAMA”

SASARAN 2030

KESIMPULAN

11

17

28

29

RANGKUMAN SASARAN UTAMA

Isi Kandungan

1.0 Rangkuman Penemuan & Situasi Semasa

2.0 Konsep ‘Kemakmuran Bersama’

3.0 Sasaran 2030

Rangkuman Sasaran Utama

4.0 Kesimpulan

MUKA SURAT

Page 10: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

BAB 1: RANGKUMAN PENEMUAN

GAJI PEKERJAAN

Gaji Bumiputera 24%* lebih rendah ; trend

menunjukkan jurang akan melebar.

PENGAGIHAN PENDAPATAN

Isi rumah Bumiputera menerima

pendapatan paling rendah.

Bumi : Cina : India

1 : 1 . 4 : 1 . 1 4

KEKAYAAN ISI RUMAH

Sumber pendapatan kekayaan isi

rumah Bumiputera hanya 50%

daripada isi rumah Cina; trend

makin melebar.

KUASA BELI

Kudrat berkerja 1 jam di

Malaysia hanya mampu

membeli 1/5 daripada kudrat

bekerja 1 jam di Australia.

10

*data daripada pecahan

sumber pendapatan isi

rumah

Bumiputera akan terus menjadi masyarakat

terkebelakang jika langkah penyelesaian tidak

dilaksanakan secara STRATEGIK, AGRESIF

DAN EFEKTIF

Page 11: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

IKS BUMIPUTERA

Purata nilai-tambah

syarikat

Bumiputera hanya

RM307,000

berbanding dengan

RM554,000 untuk

bukan Bumiputera

PENGANGGURAN

171,800 siswazah

menganggur, 70% adalah

Bumiputera

NILAI TAMBAH

Dari setiap RM1

yang di jana oleh

ekonomi negara,

Bumiputera hanya

menyumbang 29 sen

MODAL SOSIAL

Bumiputera lemah dari segi sosio-budaya yang akan

membentuk kepercayaan, muafakat, reciprocity dan

social sanction.

Institusi Bumiputera seperti persatuan, NGO dan

masyarakat madani tidak kukuh dan berkesan.

11

RM554,003

RM306,762

IKS Malaysia

0.54

0.29

KDNK Malaysia

RANGKUMAN PENEMUAN

Bumiputera akan terus menjadi masyarakat

terkebelakang jika langkah penyelesaian tidak

dilaksanakan secara STRATEGIK, AGRESIF

DAN EFEKTIF

70 %

Bumiputera

Bukan Bumiputera

Page 12: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

1. Malaysia kaya tapi rakyat mundur. Walaupun KDNK meningkat dengan pesat, majoriti

rakyat hidup dalam keadaan serba berkurangan, tidak selesa dan bermaruah - dengan

pendapatan yang tidak mencukupi.

2. Isirumah Bumiputera paling mundur; ketidaksamarataan dan jurang (inequality) antara

Bumiputera dan kaum lain semakin membesar.

3. Keseluruhan, gaji di Malaysia adalah rendah. Bumiputera yang amat bergantung pada

pendapatan dari gaji paling terkesan.

4. Rendahnya tahap gaji di Malaysia di sahkan dengan analisa kuasa beli. Jika

dibandingkan mengguna ukuran kuasa beli kudrat ‘bekerja satu jam’ di Malaysia dan

Australia – kuasa beli pekerja Malaysia hanya 1/5 dari pekerja Australia.

5. Pendapatan isirumah Bumiputera dari pemilikan aset (kewangan atau bukan kewangan),

perniagaan kecil atau pelaburan dalam perusahaan besar - amat rendah.

6. Bumiputera sebenarnya “tidak punyai” ekonomi – keseluruhan, majoriti Bumiputera

hanyalah pengguna dan pekerja bergaji – bukan pengeluar (producers), bukan pemilik

perusahaan, bukan majikan (job-creators), bukan penjana peluang-peluang vendor.

7. Ekosistem ekonomi dan rantaian bekalan Bumiputera tidak lengkap dan efektif. Ini telah

menyebabkan dikalangan syarikat-syarikat Bumiputera pulangan nilai-tambah rendah.

8. Penemuan #6 dan #7 mendedahkan matlamat mencapai 30% ekuiti adalah tidak begitu

tepat. Sebaliknya, penglibatan secara langsung dengan aktiviti kommersial dan

perindustrian adalah penting – demi menjana nilai-tambah, mengwujudkan peluang

perkerjaan dan vendor, serta membangunkan kluster dan rangkaian bekalan, dan

ekosistem ekonomi Bumiputera.

9. Pendapatan isirumah dan GDP terdiri dari gaji dan pulangan dari kekayaan/pelaburan.

Oleh kerana keduanya rendah – itu yang mencerminkan kedudukan ekonomi melayu

sebenar.

10. Pendapatan Ekonomi (GDP) Bumiputera pada tahun 2014 hanya 28% dari jumlah

negara. Ini terdiri dari RM228 billion dari gaji dan RM 81 billion dari lebihan operasi

(GOS) dan pendapatan campuran.

11. Jelas polisi dan program-program terdahulu yang berpaksikan ekuiti - tidak mencapai

matlamat yang dihasratkan oleh kerajaan terdahulu.

RINGKASAN PENEMUAN UTAMA

12

Pendapatan Ekonomi (GDP) Bumi, 2014

28% dari KDNK Negara

RM228bil

dari Gaji

RM81bil dari lebihan operasi (GOS)

Page 13: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

12. Sikap dan modal sosial Bumiputera yang defisit perlu diperbetulkan untuk keberkesanan

polisi dan program. Bumiputera lemah dari segi sosio-budaya yang diperlukan untuk

membentuk kepercayaan (trust), reciprocity dan social sanction.

13. Institusi Bumiputera saperti persatuan-persatuan perniagaan (trade associations), NGO

berkepentingan khas, masyarakat madani tidak kukuh dan berkesan. Perlu dihapuskan

unsur-unsur kepentingan-diri.

14. Hasilnya, jurang ekonomi semakin meningkat sekaligus tidak mencapai kemakmuran

bersama dan perpaduan kebangsaaan (shared prosperity) (national unity)

15. Ketidakseimbangan ekonomi baik dari segi kelas atau etnik adalah buruk untuk ekonomi

dan demokrasi. Namun ianya semakin membesar–menggambarkan masa depan yang

tidak memberangsangkan

16. Mencapai “Kemakmuran Bersama” menjadi kemestian untuk Malaysia Baharu terus

lestari (sustainable).

RINGKASAN PENEMUAN UTAMA

13

Page 14: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

Matlamat ekuiti korporat

Bumiputera sebanyak 30%

adalah tidak bermakna. Sama

juga seperti unjuran KDNK.

Kita memerlukan matlamat yang

memberi kesan langsung kepada

individu dan isi rumah Bumiputera –

gaji, pekerjaan, kemajuan kerjaya

dan peluang perniagaan.

Kita perlukan sasaran yang boleh

meningkatkan Bumiputera dari

kemunduran ekonominya dan

menjadi lebih lestari – kali ini dan

buat selama-lamanya

Kita perlukan sasaran yang mana

proses dan kemajuan pencapaian

mereka dapat di ukur dengan

mudah.

Di Malaysia Baharu, Agenda Bumiputera masih kelihatan lompong dan perlu

diperkuatkan

14

SATU PENDEKATAN BAHARU

Agenda Bumiputera baharu memerlukan pendekatan, matlamat-matlamat baharu dan kaedah penyelesaian yang berkesan dan boleh diukur. Kenapa?

Page 15: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

Agenda Nasional

yang baharu mesti

memperjuangkan

‘Kemakmuran

Bersama’

[SHARED

PROSPERITY]

15

Page 16: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

Pembentukan negara Malaysia diwaris dengan masyarakat yang majmuk dengan 3 kumpulan

etnik utama iaitu Melayu (Bumiputera), India dan Cina. Status ekonomi mereka tidak seimbang

terutama etnik Bumiputera berada pada paras rendah dalam pegangan ekuiti dalam pasaran

ekonomi kepada pendapatan isi rumah. Tahap pengangguran dan kemiskinan pula meletakkan

Bumiputera berada di paras atas berbanding etnik lain. Hal ini memberi satu desakan kepada

kerajaan bahawa ekonomi negara akan terjejas. Kerajaan seterusnya telah memperkenalkan

dasar ekonomi baru (DEB). Dasar tersebut telah memberi kesan yaing positif kepada sosio-

ekonomi negara sekali gus membawa pertumbuhan ekonomi negara dan merubah corak

ekonomi negara dari negera pertanian yang miskin kepada negara industri yang membangun.

Walaubagaimanapun, pada dekad yang lalu; perubahan ekonomi global dan domestik telah

dijadikan alasan oleh Kerajaan untuk memberi fokus kepada pembangunan ekonomi negara

yang menjadikan peningkatan KNK adalah indikator yang utama. Pelaksanaan ini memberi

impak kepada sosio-ekonomi negara dan telah menyebabkan masalah jurang pendapatan,

pengabaian industri tertentu, dan ketidak-seimbangan pengagihan guna tenaga, dan jurang

kekayaan yang semakin melebar dikalangan rakyat Malaysia.

Kemunculan masalah jurang ekonomi telah memberi kesan kepada sosio-ekonomi masyarakat

Malaysia terutama etnik Bumiputera yang meletakkan mereka semula di kelas ekonomi

bawahan. Jurang pendapatan isi rumah Bumiputera dengan etnik Cina meningkat tiga kali

ganda, kebanyakkan guna tenaga kerja Bumiputera hanya tertumpu di industri yang rendah

nilainya, industri pertanian tiada perubahan berbanding industri lain, dan jurang kekayaan juga

berkembang antara Bumiputera dengan etnik lain.

Keadaan terkini sosio-ekonomi di Malaysia menjadi satu cabaran besar kepada pengubal polisi

dalam Malaysia Baru ini dan Kemakmuran Bersama merupakan kunci untuk cabaran ini.

Falsafah Kemakmuran Bersama atau Shared Prosperity ini mengalas misi dan visi

Malaysia Baru yang bukan sahaja merapatkan jurang dalam semua aspek ekonomi tetapi

membangunkan negara bangsa yang inklusif dan lestari /mampan.

BAB 2: ASPIRASI KEMAKMURAN BERSAMA

16

Page 17: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

17

PM: Development no longer just about GDP, but ‘Shared Prosperity’

KUALA LUMPUR, Oct 18 — Tun Dr Mahathir Mohamad stressed today that Putrajaya will no longer measure development through economic growth, while tabling the mid-term review of the 11th Malaysia Plan in Parliament today.

The prime minister said development will now means “shared prosperity” between all citizens from an increase in purchasing power, and the elimination of a wide income gap between classes and ethnicities.

“This document illustrates a paradigm shift when it comes to development. We no longer see development using solely economic growth or gross domestic product (GDP).

“We see development from the aspect of increasing the people’s purchasing power and development that can be enjoyed by all citizens or ‘shared prosperity’.”

Dr Mahathir also said that no state or territory will be left behind.

“Development in the real sense must contribute towards the development of Malaysian nation. Continued and widespread economic growth require a non-economic environment to also be robust and free from political hold.

“Governance must be clean from corruption and abuse of power. The wealth of the country will not be robbed by any party,” he said, evoking Pakatan Harapan’s victory against what he called “kleptocratic” Barisan Nasional.

He said the revised 11th Malaysia Plan tabled today will be a medium-term blueprint, while a short-term strategy will be presented during Budget 2019 next month. – MalayMail -

Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan ‘Shared Prosperity’ dalam pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) 2016-2020

Page 18: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

IKRAR RUKUN NEGARA ada menyebut … “mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama …”

HALATUJU KE 8 WAWASAN 2020

Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.

18

APA ITU KEMAKMURAN BERSAMA

CIRI-CIRI KEMAKMURAN BERSAMA

Malaysia yang menuju Kemakmuran Bersama (Shared Prosperity) pada tahun 2030

bermaksud sebuah Malaysia yang terus menerus membangun dengan pengagihan

ekonomi yang adil dan inklusif (equitable growth) pada setiap peringkat rantaian nilai,

kelas, kaum dan geografi sehingga mewujudkan rasa keharmonian & kestabilan politik

dikalangan rakyat, kesatuan dan tanpa prasangka dengan meraikan kepelbagai bangsa

dan budaya sebagai penyatuan negara bangsa.

Dinilai

berdasarkan

pendapatan

isi rumah,

pemilikan

aset, status

pekerjaan dll

Pengukuhan

kepada prinsip

yang terkandung

dalan Ikrar Rukun

Negara dan

Halatuju ke 8

WAWASAN 2020

Urus tadbir yang

baik,

penghapusan

rasuah ke akar

umbi dan

kepatuhan

perundangan.

Kelestarian

adalah matlamat

akhir

kemakmuran

bersama yang

memastikan

kedaulatan

negara terus

kekal utuh

Page 19: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

1) Terdapat keseimbangan yang tidak adil mengikut etnik

dalam penyertaan ekonomi. Penyertaan tidak

semestinya dengan ukuran ekuiti pemilikan tetapi yang

lebih penting dari segi pendapatan isi rumah, upah,

pemilikan asset dan dari segi kemampuan etnik tertentu

dan individu untuk menjana nilai tambah.

2) Terdapat masyarakat ekonomi Bumiputera yang kuat,

dinamik dan berdaya maju dengan rantaian bekalan

tersendiri. Bumiputera akan menjadi pemilik perniagaan,

pengusaha, penghasil peluang, peniaga yang

dipercayai; dan rakan sumber dengan perkongsian

bukan Bumiputera. Perniagaan Bumiputera tidak lagi

dipandang sebagai hanya pengguna akhir atau rakan

kongsi Ali-Baba.

3) Tanpa kemakmuran bersama, bakal ada konflik antara

etnik yang terus menghasilkan iklim politik yang tidak

cekap dan tidak stabil. Kemakmuran bersama bukan

bermaksud akan ada yang menang dan yang kalah,

sebaliknya situasi menang-menang ke arah

mewujudkan keharmonian kaum dan kestabilan politik.

4) Kemakmuran bersama yang dibuat untuk menangani

majoriti yang dipinggirkan akan menghasilkan ekonomi

yang lebih cekap – kerana ianya akan meningkatkan

permintaan agregat.

5) Kemakmuran bersama akan menghalang suasana yang

menggalakkan monopoli yang digunakan untuk

melemahkan pasaran.

6) Kemakmuran bersama akan menghalang persekitaran

yang tidak sihat seperti kronisma politik dalam ekonomi

(yang tidak berasaskan merit) dan melemahkan

demokrasi kita.

19

DEFINASI LANJUT KEMAKMURAN BERSAMA

““APEC should promote the concept of shared prosperity among its member states. I believe in the adage, ‘Prosper Thy Neighbor’ and not ‘Beggar Thy Neighbor’. Everyone gains from the former, while only one side gains from the latter.” YAB TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD Prime Minister Of Malaysia 17 November 2018, 26th APEC Summit

DEFINASI LANJUT KEMAKMURAN BERSAMA

Page 20: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

20

KESAMAAN PELUANG VS KESAMAAN HASIL

“Kesamaan peluang adalah titik permulaan untuk masyarakat yang

adil. Tetapi ia tidak mencukupi. Sudah tentu, individu harus diberi

ganjaran untuk prestasi yang lebih baik, tetapi persoalannya ialah

sama ada mereka sebenarnya bersaing di bawah syarat yang sama

dengan pesaing mereka. Jika seorang kanak-kanak tidak berfungsi

dengan baik di sekolah kerana dia lapar dan tidak dapat menumpukan

perhatian di dalam kelas, ia tidak boleh dikatakan bahawa kanak-kanak

itu tidak berfungsi dengan baik kerana dia kurang mampu. Persaingan

yang adil dapat dicapai hanya apabila anak diberi makanan yang

cukup - di rumah melalui sokongan pendapatan keluarga dan di

sekolah melalui program makan sekolah percuma. Kecuali terdapat

kesamaan hasil (iaitu pendapatan semua ibu bapa berada tahap

ambang minimum tertentu, yang membolehkan anak-anak mereka

tidak lapar), hanya pendekatan peluang yang sama (iaitu sekolah

percuma) tidak benar-benar bermakna. “

Ha-Joon Chang (2010), 23 Things They Don’t Tell You About Capitalism.

Page 21: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

Lihat agenda Bumiputera dalam kerangka baharu

KULAI - Bersatu mesti melihat semula agenda Bumiputera dalam kerangka yang baharu, selari dengan konteks Malaysia Baharu.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, agenda tersebut tidak boleh diketepikan.

“Parti Bersatu yang tertubuh atas semangat juang untuk membangunkan orang Melayu, tidak akan berdiam diri. Kita akan terus bersuara sehingga kita melihat orang Melayu bangkit dan bangun untuk menguasai sebahagian besar ekonomi dalam negara,”

Muhyiddin berkata, agenda Bumiputera mesti diberikan nafas baharu dan memastikan matlamatnya yang tidak berjaya dicapai sepenuhnya oleh kerajaan BN, dijayakan oleh PH. Katanya, menerusi kerangka baharu itu, penting adalah semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum boleh berkongsi kemakmuran negara secara bersama.

“Konsep yang perlu diketengahkan ialah kemakmuran bersama di mana kejayaan ekonomi tidak lagi diukur berasaskan kadar pertumbuhan ekonomi negara semata-mata, tetapi dari segi peningkatan kuasa beli rakyat dan penghapusan jurang pendapatan antara kaum dan kelas. Ini bermaksud, kemakmuran negara ini hendaklah dikongsi secara adil dan saksama oleh semua rakyat. Tidak ada mana-mana kaum atau kumpulan yang terkebelakang dalam pencapaian ekonomi termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, ukuran pencapaian ekonomi tidak lagi berasaskan kepada peratusan pemilikan ekuiti dan penghapusan kadar kemiskinan semata-mata, tetapi lebih penting peningkatan pendapatan isi rumah, kemajuan dalam bidang kerjaya, keusahawanan, kadar gaji, nilai simpanan dan pemilikan aset.

“Kita memerlukan agenda Bumiputera yang memberi kesan langsung kepada individu dan isi rumah Bumiputera. Mereka hendaklah dipastikan mendapat peluang yang saksama untuk bekerja dan bersaing dalam sektor-sektor pekerjaan berpendapatan tinggi, menikmati kemajuan dalam laluan kerjaya mereka serta menceburi bidang-bidang keusahawanan dan perniagaan yang berdaya maju untuk meningkatkan pendapatan," katanya.

Ini bermakna, jelasnya lagi, penyediaan latihan dan biasiswa kepada pelajar-pelajar terbaik dalam kalangan Bumiputera untuk mengikuti pengajian dalam bidang-bidang berpendapatan tinggi hendaklah diteruskan.

"Malah ditambah lagi. Dasar meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor perdagangan dan industri juga hendaklah terus diperkasakan,” katanya. [Sinar Harian, 8 Disember 2018]

21

Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap berkenaan ‘Kemakmuran Bersama /Shared Prosperity’ ketika berucap Konvensyen Bersatu Johor, di Senai

Page 22: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

22

Objektif ‘Shared Prosperity’@Kemakmuran Bersama terbahagi kepada tiga…

01

Merapatkan jurang

kekayaan antara

kaum, kelas dan

wilayah bagi

membawa bersama

rakyat yang

ketinggalan supaya

terbela dan

diperkasakan.

MENANGANI ISU

JURANG

PENDAPATAN DAN

KEKAYAAN

Memastikan

penyertaan

menyeluruh rakyat

dalam kegiatan

ekonomi pesat di

semua peringkat.

PENGLIBATAN

EKONOMI YANG

MENYELURUH

Menjadikan Malaysia

sebuah negara yang

bersatu, makmur dan

bermaruah

seterusnya muncul

sebagai paksi

kebangkitan Asia.

NEGARA YANG

BERSATU,

MAKMUR &

BERMARUAH

KEMAKMURAN BERSAMA

KEMAKMURAN BERSAMA

OBJEKTIF KEMAKMURAN BERSAMA

Page 23: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

KEMAKMURAN BERSAMA

Menangani Isu Jurang

Pendapatan dan Kekayaan

Penglibatan Ekonomi

yang menyeluruh

Negara yang

Bersatu, Makmur

& Bermaruah

Kemakmuran

Berterusan (Prosperity)

Pertumbuhan

saksama

(Equitable

Growth)

Agihan

Ekonomi

(Distributive

Economy)

Inklusif

Masyarakat Islahi

(learning society)

Paksi Ekonomi

Asia

Kestabilan dan

Demokrasi

Integriti & Tadbir

Urus yang baik

Perpaduan di dalam

kepelbagaian

Kelestarian Kesamaan

Hasil (Equal

Outcome)

Pendekatan ekonomi

berdasarkan keperluan

Penyertaan Ekonomi

yang menyeluruh

Modal Sosial

yang kohesif

Memiliki Ekonomi

Masa Depan

23

KOMPONEN KEMAKMURAN BERSAMA

Page 24: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

Realitinya, kita belum mengecapi Kemakmuran Bersama:

Apabila majoriti rakyat Malaysia masih tidak dapat menjalani kehidupan yang selesa dan

bermaruah dan dalam keadaan serba kekurangan – walaupun kadar kemiskinan telah

menurun kepada 0.4% (berdasarkan kemiskinan mutlak dan Pendapatan Garis

Kemiskinnan PGK RM960) namun majoriti masih dalam relatif kemiskinan (vulnerable).

Apabila menurut Bank Negara ada 75% rakyat Malaysia yang tidak dapat mencekau

RM1,000 dalam kecemasan; atau apabila majoriti rakyat Malaysia akan kehabisan wang

tunai dalam masa seminggu selepas kehilangan sumber pendapatannya.

Apabila 50% daripada isi rumah di Malaysia mendapat kurang daripada RM5,228

sebulan, dan kira-kira 65% mendapat gaji di bawah apa yang Bank Negara cadangkan

iaitu Gaji untuk hidup yang lebih baik iaitu RM6,500 (untuk keluarga yang ada 4 orang di KL)

Apabila kira-kira 65% daripada pendapatan negara pergi ke keuntungan korporat dan

hanya kira-kira 35% sahaja pergi untuk gaji pekerja; dan apabila kira-kira 50% pekerja di

Malaysia mendapat gaji di bawah RM1,890 sebulan. (2017)

Apabila hanya 3 juta daripada 14.5 juta pekerja yang mempunyai wang simpanan yang

mencukupi untuk bersara.

Apabila komuniti majoriti hanyalah pengguna, bukan pengeluar bukan pemilik

perusahaan

24

APA YANG BUKAN KEMAKMURAN BERSAMA

Page 25: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

25

“All policy makers are urged to take note of the Prime

Minister's hopes and dreams to build a nation where

everyone benefits. This was clear when Tun Dr Mahathir

spoke of building a nation of "shared prosperity" for all

citizens……

This shows the Prime Minister's sincerity in ensuring

equality for all Malaysians irrespective of race, religion and

region, Sabah and Sarawak had been vociferously asking

for a fair share of the nation's prosperity all this while and

the sharing of power.”

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Ketua Menteri Sabah

'Shared prosperity' pledge hailed, Oktober 2018

…...The concept of shared prosperity is in fact not new for

Malaysia. It is contained in the preamble of the Rukun

Negara where it says “mencipta satu masyarakat yang adil

di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara

adil dan saksama” and further in the Eighth Challenge of

the Wawasan 2020: “Ensuring an economically just

society, in which there is a fair and equitable distribution of

the wealth of the nation”. Shared prosperity will be good for

the nation as it will strengthen national unity and reduce

resentment between ethnic groups. Politically it is the only

way.

…..MTEM believes that based on the concept of Shared

Prosperity, the economic agenda of the Bumiputera will be

refined with clearly defined targets that are achievable

within a realistic time and have a sustainable impact to the

Malaysian economy.”

Ahmad Yazid Othman, CEO,

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

The Shared Prosperity Mantra Of Rmk11's Mid-term,

Oktober 2018

APA KATA MEREKA TENTANG KONSEP ‘KEMAKMUMURAN BERSAMA”

APA KATA MEREKA TENTANG KONSEP “KEMAKMURAN BERSAMA”

Page 26: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

26

BAB 3: SASARAN 2030

KE ARAH MATLAMAT PELAN “KEMAKMURAN BERSAMA” 2030

Matlamat Inisiatif perancangan ke arah “Kemakmuran Bersama”

sekaligus akan membawa lonjakan kepada pembangunan ekonomi

Bumiputera. Sasaran 2030 merupakan matlamat strategik dalam

memberi jangka masa untuk bertindak secara lebih agresif dari segi

perancangan dan pelaksanaan Pelan Kemakmuran Bersama.

Pertumbuhan Saksama tunjang

kemakmuran rakyat

Pelan “Kemakmuran Bersama” merupakan

tunjang dalam memperkukuhkan komitmen

Kerajaan kepada rakyat. Kemakmuran

Bersama bukanlah satu pertumbuhan

berasaskan ekonomi semata-mata, bahkan

ia merupakan satu inisiatif yang terangkum

dan inklusif dalam pelbagai sudut tidak kira

dari segi status sosio-ekonomi, jantina,

geografi, etnik mahupun agama.

Bumiputera

11 tahun menuju 2030 akan membawa erti

besar dalam agenda negara terutamanya

kaum Bumiputera. Sasaran ini akan

menyentuh semua aspek dalam

pembangunan komuniti Bumiputera yang

akan jadi titik tolak kepada kelangsungan

agenda Bumiputera yang baharu.

Agenda Bumiputera baharu akan menjadi

agenda nasional dan dilaksanakan

berlandaskan prinsip kemakmuran bersama,

mengurangkan kesenjangan (inequality),

pengagihan kekayaan ekonomi yang adil

dan saksama dan pertumbuhan ekonomi

yang holistik dan mampan.

Page 27: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

27

G A J I

B : C : I

1 : 1 : 1

Semasa

Purata - B:C = 0.85:1; B:I = 1.07:1

median - B:C = 0.82:1; B:I = 1.01:1

Purata & Median Gaji

P E N D A P A T A N

I S I R U M A H

( H H I )

B : C : I

Semasa

mean - B:C = 0.72:1; B:I = 0.89:1

median - B:C = 0.74:1; B:I = 0.87:1

HHI B40

median - B:C = 0.77:1; B:I = 0.84:1

Purata &

Median HHI

Median HHI

B40

B : C : I

0 . 9 : 1 : 1

0 . 9 : 1 : 1

A S E T

K E W A N G A N

P E R K A P I T A

B : C (semasa kira-kira 0.3)

B : I (semasa kira-kira 0.5)

0 . 9 : 1

B : C

0 . 7 : 1

B : I

G D P P E R K A P I T A

80% daripada jumlah Purata KDNK

per kapita

45% (semasa kira-kira 17%)

daripada keseluruhan

rantaian bekalan

Penglibatan Bumi dalam rantaian bekalan

Indek Gini pada 0.3,

R/P (10%) dari 8.0.

R/P (20%) dari 5.0

P E N D A P A T A N P E K E R J A

Lebih 45% daripada KDNK

(semasa kira-kira 35.3% daripada KDNK %)

N I L A I

T A M B A H P E R

K A P I T A

(semasa kira-kira 0.39)

Bumi : Non Bumi

0 . 6 5 : 1

Nota: B – Bumi | C – Cina | I - India

RANGKUMAN SASARAN 2030

Page 28: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

28

BAB 4: KESIMPULAN

Kemakmuran bersama atau ‘Shared Prosperity’ membawa satu kunci kepada

pembangunan yang meletakkan pendekatan holistik dan inklusif sebagai prinsip utama

Keadaan status sosio-ekonomi terkini mengambarkan 74% golongan B40 merupakan

kumpulan etnik Bumiputera dan jurang pendapatan Isi rumah Bumiputera dengan India

dan Cina meningkat sebanyak 2.5 kali dan 3 kali ganda selama 24 tahun.

Dalam sudut perniagaan, lebih 60% (berdasarkan nilai-tambah) dikawal oleh etnik bukan

Bumiputera dan pemilikkan ekuiti masih dikawal oleh bukan-warganegara berbanding

warganegara Malaysia terutama Bumiputera hanya memegang sebanyak 16.1% sahaja.

Perniagaan Bumiputera hanya menyumbang sebanyak 25% kepada GDP Bumiputera

dan penyumbang terbesar merupakan gaji & upah Bumiputera jelas mengambarkkan

Bumiputera tidak berkemampuan mencipta pekerjaan seperti etnik lain.

Dalam masa yang sama, majoriti rakyat Malaysia berkerja dalam industri yang

mempunyai nilai yang rendah.

Secara makronya, GNI per kapita bukan Bumiputera lebihi 205% daripada GNI purata

nasional berbanding GNI Bumiputera hanya sebanyak 47% daripada GNI per kapita.

Status ini tidak menampakkan kemajuan seperti mana wujud semasa pelaksanaan

dasar ekonomi baru. Hal ini jelas dasar pembangunan ekonomi sosial terdahulu tidak

berkesan malah lebih bersifat retorik dan populis.

Keadaan ini perlu diambil secara serius dan langkah drastik dan proaktif amat diperlukan

oleh kerajaan kerana kesannya akan berpotensi mengugat kedaulatan negara dan

kestabilan pembangunan nasional.

Pembawaan falsafah kemakmuran bersama memberikan satu kunci kepada semangat

perpaduan, menghormati dan merasai kekayaan dan pertumbuhan ekonomi bersama

dalam Malaysia, sekarang dan masa depan.

Mengurangkan jurang dalam ekonomi, membina semula keutuhan kepercayaan dan

maruah dalam masyarakat Malaysia, dan membina jambatan yang akan

menghubungkan peluang dalam semua aspek sekaligus membawa falsafah

kemakmuran bersama menjadi kenyataan.

Hal ini penting kerana ia merupakan jalan utama untuk negara maju yang makmur dan

berpendapatan tinggi menjelang 2030.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

Page 29: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

Keutamaan pertama ialah mengurangkan

kemiskinan relatif untuk golongan bawahan

dan mengangkat kualiti kehidupan isi rumah

Mengstrukturkan semula ekonomi daripada

dipegang oleh kumpulan etnik tertentu dalam

rantaian ekonomi negara yang akan diukur

melalui nilai-tambah

Membentuk sosial yang “kukuh” yang akan

membentuk majoriti masyarakat Malaysia

berfikiran kelas minda pertama.

Mengukuhkan pembangunan negara dengan

meningkatkan kualiti dan kuantiti perlindungan

sosial

29

Elemen yang akan membantu mencapai

kemakmuran bersama pada 2030

Keadaan pelaksanaan falasafah ini tidak sama dengan dasar ekonomi baru, kemajuan

teknologi menjadi pemangkin untuk kita mendapatkan pelbagai informasi dan data

yang akan membantu mengstrukturkan strategi secara holistik.

Walaubagaimanapun, kepimpinan negara, sumber data dan kerjasama semua pihak

amat diperlukan untuk menjayakan agenda ini.

Agenda ini bukan satu yang samar (vague) dan retorik kerana ada pengukur yang

akan menentukan tahap pencapaian kemakmuran bersama

Pelaksanaan ini harus dilakukan secara strategik dan mengambil kira semua agensi

dan kementerian kerajaan dalam mengecapi agenda ini menjelang 2030

13

14

15

16

KESIMPULAN

Page 30: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

30

Sajak: Melayu

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh

satu

Masihkah tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara merdeka.

Usman Awang

Page 31: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan
Page 32: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan
Page 33: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan
Page 34: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

ATTIN PRESS

Page 35: Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia · sejarah dan tidak mengulangi kesilapan lalu khususnya dalam menggalas tugas sebagai ... kaum dan geografi. Ini seterusnya mewujudkan

MALAYSIA BAHARU INSTITUT MASA DEPAN MALAYSIA

No 53, Jalan Pudina 59000 Bukit Bandaraya

Kuala Lumpur Email: [email protected]