kbs

4
SMK KAMPUNG NANGKA, SIBU KERTAS KERJA PROGRAM BESTARI SOLAT 2015 TINGKATAN 2 14 FEBRUARI 2015 / 24 RABIULAKHIR 1436H ANJURAN :

Upload: eyai2

Post on 25-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kem bestari solat

TRANSCRIPT

Page 1: Kbs

SMK KAMPUNG NANGKA, SIBU

KERTAS KERJA PROGRAM BESTARI SOLAT 2015

TINGKATAN 2

14 FEBRUARI 2015 / 24 RABIULAKHIR 1436H

ANJURAN :

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SMK KAMPUNG NANGKA, SIBU

Page 2: Kbs

1.0 PENDAHULUAN

Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati selaras dengan tuntutan syarak. Solat merupakan rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap individu muslim. Kesedaran berkenaan betapa pentingnya kewajipan bersolat, maka pihak Panitia Pendidikan Islam SMK Kampung Nangka telah bercadang untuk menganjurkan program khas iaitu Program Bestari Solat sebagai salah satu inisiatif untuk memupuk kesedaran dalam diri murid untuk bersolat.

Program ini melibatkan peserta yang terdiri daripada murid beragama Islam tingkatan 2. Secara khsuusnya, program ini merupakan satu usaha penting untuk memperkasakan amalan wudhuk dan solat untuk murid-murid yang masih kurang dan belum menguasai pelaksanaan fardhu ain dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Penghayatan amali wudhuk dan amali solat yang berkesan memungkinkan murid-murid akan lebih yakin dan matap dari segi rohani, jasmani, dan intelek dalam penghayatan berterusan dalam kehidupan mereka.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mengetahui akan pentingnya ibadah solat dalam kehidupan seorang Muslim.2.2 Memastikan semua murid tahu, faham dan mampu melaksanakan solat secara praktikal dengan betul.2.3 Mengajar murid cara-cara berwudhuk, solat dan bacaan dalam solat.2.4 Mengenalpasti kelemahan dan seterusnya meningkatkan prestasi murid dalam Pendidikan Islam.

3.0 KUMPULAN SASARAN

3.1 Murid Islam Tingkatan 2.3.2 Jumlah penyertaan 100 orang murid.

4.0 TARIKH DAN TEMPAT

4.1 Tarikh : 14 Februari 2015 bersamaan 24 Rabiulakhir 1436H4.2 Tempat : Surau Darul Islah, SMK Kampung Nangka, Sibu

5.0 PENCERAMAH

5.1 Ustazah Zainab binti Hj Ismail (Jurulatih Utama Pendidikan Islam)5.2 Ustaz Mohd Fakhruddin bin Fozi (Guru Pendidikan Islam)

6.0 AHLI JAWATANKUASA

Semua guru Pendidikan Islam

Page 3: Kbs

7.0 TENTATIF PROGRAM

6.30 – 7.00 : Pendaftaran Peserta7.00 – 7.30 : Taklimat Program7.30 – 8.30 : Ceramah 1 - Perkara Asas Sebelum, Semasa dan Selepas Solat8.35 – 10.00 : Bengkel – Praktikal Wudhuk

– Praktikal Solat10.00 – 10.30 : Minum Pagi10.30 – 12.30 : Sambungan Bengkel12.30 – 1.00 : Solat Zuhur Berjamaah1.00 – 1.30 : Penutupan Program Bestari Solat dan Ulasan1.30 : Makan Tengahari dan Bersurai

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH1. Urusan Fotostat & Peralatan Kursus 100 Set RM 1.00 RM 100.002. Makanan 121 orang RM 3.00 RM 605.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 705.00

9.0 PENUTUP

Program Bestari Solat adalah program yang wajib dilaksanakan sebagai pendedahan bagi murid melaksanakan wudhuk dan solat dengan betul. Oleh itu, semua pihak termasuk ibu bapa diharap dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga pelaksanaan program ini dapat menjadi garis panduan dan memberi manfaat kepada semua murid. Selain itu, diharapkan program ini juga memberi kesan positif kepada murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan perkara fardhu ain dalam kehidupan seharian mereka. Akhirnya, semoga segala gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT.

Disediakan oleh,

…………………………………………………(MOHD FAKHRUDDIN BIN FOZI)Setiausaha Panitia Pendidikan Islam,SMK Kampung Nangka, Sibu.

Disemak oleh,

………………………………………………………(RAUDHATUL JANNAH BINTI AMIR)Ketua Panitia Pendidikan Islam,SMK Kampung Nangka, Sibu.

Disahkan oleh,

……………………………………………(HAJAH HASMAH BT PAUZIE)Pengetua,SMK Kampung Nangka, Sibu.