isu 3 - belia terpinggir dan berisiko kurang mendapat ... · kementerian pertanian dan industri...

9
ISU 3: BELIA TERPINGGIR DAN BERISIKO KURANG MENDAPAT PERHATIAN DAN BANTUAN 3 4 2 1 BELIA TERPINGGIR DAN BERISIKO KURANG MENDAPAT PERHATIAN DAN BANTUAN CADANGAN IDEA PESERTA LATAR BELAKANG ISU JANGKAAN KEBERHASILAN SENARAI AKRONIM A B C

Upload: others

Post on 19-May-2020

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu 3 - Belia Terpinggir dan Berisiko Kurang Mendapat ... · Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) 3) Penubuhan jawatankuasa induk dipengerusi oleh KBS KPUN (SMECorp,

ISU 3: BELIA TERPINGGIR DAN BERISIKO KURANG MENDAPAT PERHATIAN DAN BANTUAN

3

4

2

1

BELIA TERPINGGIR DANBERISIKO KURANG

MENDAPAT PERHATIANDAN BANTUAN

CADANGAN IDEA PESERTA

LATAR BELAKANG ISU

JANGKAAN KEBERHASILAN

SENARAI AKRONIM

AB C

Page 2: Isu 3 - Belia Terpinggir dan Berisiko Kurang Mendapat ... · Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) 3) Penubuhan jawatankuasa induk dipengerusi oleh KBS KPUN (SMECorp,

ISU 3: BELIA TERPINGGIR DAN BERISIKO KURANG MENDAPAT PERHATIAN DAN BANTUAN

LATAR BELAKANG ISU

49,692 belia (66% daripada 75,292 penghuni penjara).Laporan Jabatan Penjara Malaysia, 2017

122,524 belia berumur 15-40 tahun melakukan jenayah harta benda awam & kekerasan. Statistik Jenayah Indeks Belia Malaysia, 2017

86,268 belia(76.8% terlibat dengan penagihan dadah).Statistik AADK 2014 -2018

Peningkatan bilangan belia terpinggir & berisiko kurang mendapat perhatian.

Sumber: Dasar Belia Malaysia, 2015

Page 3: Isu 3 - Belia Terpinggir dan Berisiko Kurang Mendapat ... · Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) 3) Penubuhan jawatankuasa induk dipengerusi oleh KBS KPUN (SMECorp,

REKA BENTUKPERANCANGAN

CADANGAN• Program coaching & mentoring • On-the-job training• Penyediaan SOP umum & khusus• Program outreach selebriti sebagai ikon belia karnival kerjaya di pusat serenti, penjara, juvana,

pusat pelindungan wanita dsb pendedahan bidang-bidang yang boleh diceburi pengumpulan data minat belia untuk padanan pekerjaan

PRA - PERANCANGAN

OBJEKTIF: Memberi peluang pekerjaan melalui coaching & mentoring daripada usahawan berjaya:• kenal pasti belia terpinggir & berisiko (KBS, KDN, KPM, KPWKM)• kenal pasti usahawan berpotensi membantu belia (KPUN, KPLB, MOA)• Penubuhan Jawatankuasa Induk dipengerusikan oleh KBS: KPUN (SMECorp, TEKUN, dll.) KPLB (MARA) MOA KDN (PDRM, AADK)

ISU 3: BELIA TERPINGGIR DAN BERISIKO KURANG MENDAPAT PERHATIAN DAN BANTUAN

PELAKSANAAN &PENILAIAN

• Pelaksanaan program oleh pihak berkepentingan • Penilaian KPI / outcome

PROSESKOLABORASI

SMARTCONSORTIUM

Page 4: Isu 3 - Belia Terpinggir dan Berisiko Kurang Mendapat ... · Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) 3) Penubuhan jawatankuasa induk dipengerusi oleh KBS KPUN (SMECorp,

ISU 3: BELIA TERPINGGIR DAN BERISIKO KURANG MENDAPAT PERHATIAN DAN BANTUAN

JANGKAANKEBERHASILAN

BELIA• Memperoleh latihan & kemahiran dalam sektor perkhidmatan & pembuatan.• Mewujudkan peluang pekerjaan.

• Membina jati diri belia untuk membantu pembangunan negara.

USAHAWAN• Melatih belia mengikut

keperluan industri.•Memperoleh insentif

(cth: pengecualian cukai).

Page 5: Isu 3 - Belia Terpinggir dan Berisiko Kurang Mendapat ... · Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) 3) Penubuhan jawatankuasa induk dipengerusi oleh KBS KPUN (SMECorp,

SENARAI AKRONIMAB C

ISU 3: BELIA TERPINGGIR DAN BERISIKO KURANG MENDAPAT PERHATIAN DAN BANTUAN

KBS || Kementerian Belia dan Sukan

KDN || Kementerian Dalam Negeri

KPM || Kementerian Pendidikan Malaysia

KPWKM || Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

PDRM || Polis Diraja Malaysia

TEKUN Nasional || Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga

SMECorp || Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia

MOA || Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

AADK || Agensi Antidadah Kebangsaan

KPUN || Kementerian Pembangunan Usahawan

KPLB || Kementerian Pembangunan Luar Bandar

SOP || Standard of Operational ProcedureSOP

Page 6: Isu 3 - Belia Terpinggir dan Berisiko Kurang Mendapat ... · Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) 3) Penubuhan jawatankuasa induk dipengerusi oleh KBS KPUN (SMECorp,

Isu 3: Belia Terpinggir dan Berisiko Kurang Mendapat Perhatian serta

Bantuan

Penyataan Isu

Malaysia juga berhadapan dengan isu berkaitan belia

terpinggir dan berisiko semakin kurang mendapat perhatian

dan bantuan. Kumpulan ini boleh dikenal pasti dengan isu-isu

seperti pelajar yang tercicir daripada sistem persekolahan,

tidak bekerjaya, mangsa dera, bekas banduan, banduan,

anak banduan, perokok, peminum arak, penagih dadah,

bekas penagih dadah, pelumba haram, kecelaruan identiti,

penyeludup dan belia di sempadan. Jika tidak dibendung,

kumpulan belia ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit

sosial dalam masyarakat.

Rujukan peserta

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, KBS

Cadangan Peserta

Smart Consortium

Kolaborasi antara Kementerian/ Jabatan/ pihak swasta

1) Kenal pasti belia terpinggir dan berisiko

Kementerian Belia dan Sukan (KBS),

Kementerian Dalam Negeri (KDN),

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

dan Masyarakat (KPWKM)

2) Kenal pasti usahawan berpotensi membantu belia

Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUN),

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB),

Page 7: Isu 3 - Belia Terpinggir dan Berisiko Kurang Mendapat ... · Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) 3) Penubuhan jawatankuasa induk dipengerusi oleh KBS KPUN (SMECorp,

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

(MOA)

3) Penubuhan jawatankuasa induk dipengerusi oleh KBS

KPUN (SMECorp, TEKUN etc)

KPLB (Majlis Amanah Rakyat(MARA))

MOA

KDN (Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi

Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Strategi 1 Satu daripada objektif pelaksanaan cadangan Smart

Consortium ini adalah untuk memberi peluang kepada belia

terpinggir dan berisiko untuk mendapatkan peluang pekerjaan

melalui kaedah coaching dan mentoring daripada usahawan

berjaya yang telah dikenal pasti.

Antara program-program yang boleh dilaksanakan melalui

Smart Consortium ini adalah seperti berikut:

i. Program Coaching dan Mentoring dengan mengaplikasi

kaedah mentor mentee antara belia terpinggir dengan

usahawan-usahawan berjaya;

ii. On-the-job training dengan memberi pendedahan

mengenai alam pekerjaan kepada belia terpinggir agar

mereka mudah belajar secara hands-on dan boleh

diserap ke alam pekerjaan; dan

Page 8: Isu 3 - Belia Terpinggir dan Berisiko Kurang Mendapat ... · Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) 3) Penubuhan jawatankuasa induk dipengerusi oleh KBS KPUN (SMECorp,

iii. Program outreach dilaksanakan untuk mempromosikan

Program Smart Consortium di seluruh negara melalui:

• penampilan selebriti sebagai Ikon belia

• Career fair di pusat serenti, penjara, juvana, pusat

pelindungan wanita dll.:

pendedahan bidang-bidang yang boleh diceburi;

dan

pengumpulan data berkenaan minat belia untuk

padanan pekerjaan.

KBS sebagai kementerian peneraju dicadangkan untuk

berkolaborasi dengan kementerian, jabatan dan agensi yang

telah dikenal pasti mengikut peranan di atas untuk

menyediakan satu SOP umum dan khusus mengenai Smart

Consortium ini agar dapat dilaksanakan dengan impak yang

diharapkan.

Jangkaan hasil:

Kolaborasi kementerian, jabatan dan agensi dalam

melaksanakan Smart Consortium dapat memberi impak

kepada sektor pekerjaaan dalam negara. Program Smart

Consortium mampu memberi latihan dan kemahiran dalam

sektor perkhidmatan dan pembuatan, serta mengurangkan

kebergantungan negara kepada sumber manusia dari luar

negeri. Secara tidak langsung, program ini dapat mewujudkan

peluang pekerjaan kepada belia terpinggir serta memberi

Page 9: Isu 3 - Belia Terpinggir dan Berisiko Kurang Mendapat ... · Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) 3) Penubuhan jawatankuasa induk dipengerusi oleh KBS KPUN (SMECorp,

peluang kepada golongan belia ini untuk menjana pendapatan

dan mengubah status keluarga mereka. Program ini juga

dilihat mampu membina jati diri belia untuk membantu

pembangunan negara.

Bagi usahawan-usahawan yang mengikuti program ini pula,

mereka berpeluang untuk melatih belia-belia terpinggir

dengan kemahiran dan kompetensi mengikut keperluan

industri. Selain itu juga, kerajaan melalui KBS boleh

menyediakan insentif yang sesuai kepada usahawan yang

melibatkan diri dalam program ini seperti pengecualian cukai

untuk menarik lebih ramai usahawan terlibat secara aktif

dalam program ini.