kursus asas siasatan - laporan polis maklumat pertama (fir)

48
LAPORAN POLIS MAKLUMAT PERTAMA ( FIR ) Oleh ASP MD. DOM BIN DOLLAH, PEGAWAI TURUS D10 (FORENSIK), JABATAN SIASATAN JENAYAH, IBUPEJABAT POLIS KONTINJEN, MELAKA

Upload: azman-hj-ayup

Post on 07-Jan-2017

5.737 views

Category:

Education


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

LAPORAN POLIS MAKLUMAT PERTAMA ( FIR )

Oleh

ASP MD. DOM BIN DOLLAH, PEGAWAI TURUS D10 (FORENSIK),JABATAN SIASATAN JENAYAH,IBUPEJABAT POLIS KONTINJEN,MELAKA

Page 2: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

LAPORAN POLIS ( FIR ) BUKU REPOT PTKPN D 202

Buku Rujukan : - HTKPN D 202

Pendahuluan

Pengaduan Polis adalah dikenali sebagai aduan atau pengaduan kepada pihak Polis atau Repot Polis atau Maklumat. Ia merupakan penyataan oleh seorang pengadu berkenaan dengan berlakunya satu - satu kesalahan, sama ada dibuat secara berikut : -

► Lisan► Tulisan / dengan surat atau► Telefon.

Page 3: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

1. Buku Repot.

Sek. 107 KAJ berkehendakan seperti berikut : -

© Maklumat diberi dengan percakapan kepada KPB hendaklah dicatatkan olehnya dan baca balik.

© Ditulis dalam Buku Repot ( Pol. 41), Tarikh, masa maklumat diberi dengan tulisan atau percakapan dan ditandatangan.

© Sek. 107 berhubung dengan kesalahan yang lazim ditangkap dan tidak lazim ditangkap.

Page 4: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

2. Dimasukkan Dalam Buku Repot ( Pol 41 )

► Dicatatkan dengan segera dalam bahasa yang digunakan oleh Aduan ( Selain daripada Inggeris / Melayu Rumi ). Gunakan jurubahasa. Semasa catat mesti berhati - hati

► Jauhkan diri daripada memberi pandangan / cadangan.

► Catitan mengikut mengikut aturan ( Kronologi ).

► Jangan ditokok tambah oleh pencatat.

► Soalan mesti di atas fakta - fakta bebendaan atau penjelasan yang meragukan sahaja.

Page 5: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

3. Bahasa

Setiap repot hanya boleh ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris Rumi. Jika Pengadu boleh gunakan apa - apa bahasa atau loghat, mesti gunakan jurubahasa yang berkelulusan. Nama, Kad Pengenalan dan alamat jurubahasa hendaklah dicatatkan supaya mudah untuk dihubungi jika diperlukan. Sek. 118 KAJ boleh digunakan untuk memastikan kehadiran Jurubahasa di Mahkamah.

Page 6: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

4. Repot Hendaklah Dibacakan Balik

► Selepas catat laporan hendaklah dibaca balik kepada pengadu. Jika ada pembetulan boleh dibetulkannya

sebelum tandatangan aduan.

► Telah siap semuanya pengadu diarahkan tandatangan / cap jari di kaki repot ( Pegawai pencatat dan jurubahasa dikehendaki tandatangan )

► Sesiapa yang buat laporan di atas kesalahan yang lazim ditangkap dan enggan tandatangan adalah menjadi satu kesalahan di bawah Sek. 180 KK.

► Pegawai pencatat rekod ( Laporan ) mesti tandatangan dan catat nombor / pangkat selepas tandatangan.

Page 7: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

5. Pembetulan.

Setelah pengaduan polis ditulis, hendaklah dibacakan semula kepada pengadu untuk membuat pembetulan ( jika ada ).

5.1. Pembetulan sebelum tandatangan.

♣ Sekiranya terdapat pembetulan bolehlah dibetulkan sebelum tandatangan, dengan memotong bahagian yang silap serta ditandatangan oleh pegawai pencatat pengaduan.

Page 8: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

♣ Setelah pembetulan dan disahkan benar, barulah ditandatangan oleh pengadu termasuk pegawai pencatat dan jurubahasa ( jika ada ).

♣ Catatkan mengenai pembetulan juga perlu dibuat dalam perbuatan polis dan buku perharian rasmi dengan menyatakan barisan berapa dan ayat yang ditambah.

Page 9: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

5.2. Pembetulan setelah ditandatangan

♣ Tiada pembetulan yang boleh dibuat setelah tandatangan pengaduan polis.

♣ Jika mahu dibetulkan, memadai dibuat cacatan dalam diari penyiasatan.

Page 10: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

6. Maklumat Dengan Tangan

Mengenai kesalahan yang lazim ditangkap diberi dengan tulisan ( Pos, serah sendiri / kirim ) hendaklah ditampalkan dalam buku repot (Pol. 41) dan jalankan siasatan.

◙ Jika hendak tulis sendiri oleh aduan serahkan Pol. 55 ( Buku Repot Kecemasaan ) atau Pol. 51A, jika tiada boleh gunakan kertas putih yang disediakan oleh

KPB. ( Boleh gunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia ).

◙ Jika repot mengenai kesalahan yang lazim ditangkap, KPB yang menerima repot itu dengan segera

mengambil tindakan dan maklumkan kepada KPD atau Pegawai Penyiasat yang bertugas pada hari

itu.

Page 11: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

◙ Jika kesalahan yang tiada lazim ditangkap, arahkan pengadu berjumpa dengan Majistrate. ( Mengikut kehendak - kehendak lain - keluarkan borang Pol. 41A ).

◙ Repot hendaklah direkodkan walaupun tiada kesalahan.

◙ Segala perbuatan / tindakan polis pencatat maklumat hendaklah catatan dalam Perbuatan Polis dan Perharian Balai.

Page 12: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

7. Perkara Yang Perlu Dicatatkan Dalam Repot

► Butir - butir orang hilang berkenaan sifatnya, pakaian dan lain - lain yang difikirkan perlu untuk penyiasatan.

► Tanda / pengenalan pada barang yang hilang.

► Jenisnya yang hilang. Harga dianggarkan oleh aduan. Jumlah nilai yang hilang.

► Rupa penjenayah / orang yang disyaki hendaklah disebut dan boleh cam atau tidak. ( Elakkan daripada tulis tidak cam )

Page 13: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

8. Perbuatan Polis

■ Semua kesalahan yang lazim ditangkap hendaklah disimpan peringkat ( ID ) dan catatkan dalam perbuatan Polis adalah berikut : -

■ Bagaimana maklumat itu diterima / nama / nombor yang berkaitan. Nyatakan apa kekerasan yang dilakukan, pemeriksaan pada tubuh ( Perempuan hendaklah diperiksa oleh wanita ). Jika ada cedera atau lain - lain hal, juga pakaian. Bantuan yang diberi oleh polis.

■ Sikap aduan pada masa laporan diberi.

■ Tindakan pertama Pegawai pencatat laporan atau Ketua Polis Balai ( KPB ).

Page 14: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

■ Maklumankan kepada KPB / Pegawai Penyiasat yang bertugas.

■ Penggunaan jurubahasa / cap jari kanan atau kiri atau lain - lain hal.

■ Pembetulan laporan nyatakan baris berapa dan ayat yang ditambah.

■ Berkenaan kematian mengejut bila dimaklumkan kepada KPD dan arahan / kebenaran untuk

menyiasat.

■ Catatkan tarikh / masa dan melalui apa perhubungan.

Page 15: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

Catitan Perbuatan Polis Adalah Satu Keperluan Undang – Undang.

Sek 110 ( 2 ) KPJ

Mana – mana pegawai polis sekurang – kurangnya berpangkat Sarjan atau Ketua Polis Balai ( KPB ) hendaklah pergi ke tempat kejadian atau wakilnya bagi menyiasat sesuatu kes, kecuali : -

♥ Nama suspek telah jelas.♥ Keadaan kes tidak berat.

♥ Tidak ada alasan yang mencukupi bagi memulakan meneruskan penyiasatan.

Pegawai polis yang menyiasat itu hendaklah mencatitkan dalam laporannya mengapakah ia tidak menyiasat bersabit para atas.

Page 16: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

9. Penjenisan Repot

Repot yang diterima setiap hari hendaklah diringkaskan dan ditulis dalam (Pol. 37) daripada balai berkenaan. Penjenisannya mengikut arahan KPD di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

10. Keputusan Dimasukan Dalam Buku Repot.

KPB pastikan segala keputusan hendaklah dicatatkan dalam buku repot.

11. Menyemak Buku Report

Menjadi tugas Ketua Polis Balai untuk menyemak buku repot sekurang – kurangnya sekali dalam satu minggu bagi memastikan perkara yang perlu ada dicatatkan.

Page 17: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

12. Simpan Selamat.

Buku repot yang telah habis digunakan hendaklah disimpan dengan baik dan di tempat yang selamat dalam tempoh 20 tahun.

Page 18: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

13. Buku Repot Kecemasan ( Pol. 55 )

Buku ini boleh digunakan, bila : -

a) Pengadu menulis pengaduan sendiri dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

b) Menerima pengaduan di hospital.

c) Pengaduan kemalangan jalanraya di dalam kawasan Cawangan Trafik.

d) Pengaduan kesalahan berlaku di luar kawasan balai polis.

f) Buku pengaduan dibawa ke Mahkamah atau sedang digunakan.

Page 19: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)
Page 20: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

LAPORAN POLIS MELALUI SISTEM PRS

Page 21: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

REPOT MELALUI PRS

Page 22: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

Isu Berhubung Dengan Penggunaan Repot Polis Sebagai Keterangan.

Laporan maklumat pertama pada umumnya dikenali sebagai aduan kepada polis atau ‘Pengaduan Polis’ atau ‘Repot Polis’, ia adalah maklumat / tindakan yang dibuat :-

1. Seberapa segera sebaik saja sesuatu kesalahan berlaku.

2. Ingatan si pemberitahu maklumat masih segar tentang

kejadian itu di mana tiada kesempatan masa untuk merangka atau mereka cerita mengenai kejadian

itu.

3. Dibuat pertama kali pada polis yang mana menjadi asas untuk memulakan tindakan.

4. Pihak polis belum menjalankan siasatan.

Page 23: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

Kepentingan Laporan Maklumat Pertama.

Dengan adanya maklumat pertama ini :-

a. Menjadi asas maklumat kepada polis untuk bertindak.

b. Mencatatkan segera maklumat mengenai sesuatu

kejadian, sebelum ianya pudar dari ingatan.

c. Menentukan peruntukan kuasa – kuasa menyiasat diaplikasikan oleh mana – mana pegawai polis

yang berkuasa melaksanakannya mengikut peruntukan undang – undang.

Page 24: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

Penggunaan Maklumat Pertama Sebagai Keterangan Di Mahkamah.

1. Boleh diterima di mahkamah sebagai satu bentuk keterangan keterangan. Seksyen 108A KPJ.

2. Boleh digunakan bagi mencabar kebolehpercayaan saksi mengenai pernyataan bertulis terdahulunya. Seksyen 145 dan 155 Akta Keterangan.

3. Menghubungkaitkan ( Corroborate ) pernyataan dahulu yang pernah dibuat. Seksyen 157 Akta Keterangan.

4. Mengelakan keterangan yang boleh dikemukakan tetapi tidak dikemukakan, jika dikemukakan tidak memberi menafaat kepada orang yang

membuatnya. Sek 114 ( g ) Akta Keterangan.

Page 25: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

Isu Undang – Undang Mengenai Maklumat Pertama.

Laporan Maklumat Pertama Sebagai Syarat Memulakan Penyiasatan / Pendakwaan.

Emperor v Khwaja Nazir Ahmad A.I.R ( 1945 ) PC 18.

Hakim dalam kes ini telah memutuskan laporan maklumat pertama bukanlah satu syarat duluan untuk memulakan penyiasatan jenayah. Ia adalah sebenarnya maklumat awal tentang perlakuan jenayah yang dicatitkan sebagai repot tentang keadaan jenayah dilakukan sebelum ia dilupakan atau ditokok tambah.

Page 26: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

PP v Fong Chee Cheong ( 1970 ) 1 MLJ 97.

Laporan maklumat pertama tidak boleh dianggap sebagai keterangan substantif. Walaupun ia tidak diturunkan dalam bentuk tulisan siasatan boleh dijalankan dan bukanlah dengan sendirinya menjadi alasan untuk membuang kes.

Ooi Hock Leong v Regina ( 1955 ) 21 MLJ 229

Saksi yang membuat laporan adalah saksi tidak penting, kegagalan mengemukakan laporan maklumat pertama bukanlah serious. Walaubagaimana pun semasa perbicaraan ia boleh mengugat kesahihan laporan tersebut, apabila seksyen 114 ( g ) Akta Keterangan diaplikasikan. Di sini hakim berkuasa mengemukakan soalan atau memerintahkan laporan maklumat pertama dikeluarkan.

Page 27: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

PP v Abdul Razak b. Johari ( 1991 ) 1 MLJ 105.

Apabila sesuatu kes pendakwaan hanya bergantung kepada laporan maklumat pertama, tetapi tidak dikemukakan akan menjejaskan kes tersebut. Saksi ( PW 2 ) dalam kes ini hanya seorang diri semasa suspek ditangkap memiliki dadah. Repot dibuat adalah repot secara langsung. Bukan bertindak atas maklumat.

PP v Ismail Attan ( 1992 ) 2 CLJ 1253

Repot yang dibuat selepas bermula sesuatu penyiasatan polis bukan repot maklumat pertama, maka tidak perlu dikemukakan dimahkamah kerana tidak berkaitan sebagai keterangan. Repot dibuat adalah bukan repot secara langsung. I.e. Bertindak atas maklumat.

Page 28: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

PP v The Cheng Poh ( 1980 ) 1 MLJ 251

Kes memiliki pistol, suspek telah tunjukan tempat simpan pistol, senjatapi dirampas dan repot bertindak atas dibuat. Repot tidak kemukakan. Mahkamah kata, tidak menjejaskan kes kerana adalah dalam penyiasatan polis. Repot dibuat adalah bukan repot secara langsung. I.e. Bertindak atas maklumat.

Mohamad Yatim Abu Bakar V PR ( 1950 16 MLJ 57)

Kegagalan mengemukakan orang yang membuat laporan pertama sebagai saksi untuk memberi keterangan menyebabkan mahkamah tidak menerima laporan maklumat pertama sebagai keterangan.

Page 29: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

Hak OKT Terhadap Salinan Laporan Maklumat Pertama.

Tertuduh berhak untuk mendapatkan laporan maklumat pertama, jika ia memohonnya :-

Husdi v PP ( 1979 ) 2 MLJ 304

Tertuduh berhak untuk mendapatkan sesalinan maklumat yang mana ia dibicarakan untuk mengetahui alasan tangkapanya sebagaimana peruntukan bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 5 Fasal ( 3 ).

Anthony Gomez v KPD Kuantan ( 1977 ) 2 MLJ 24.

Hakim telah memutuskan, tertuduh berhak ke atas sesalinan laporan maklumat pertama yang ia ada kepentingan didalamnya.

Page 30: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

Hak OKT Terhadap Salinan Laporan Maklumat Pertama.

Loo Fang Siang v KPD Butterworth ( 1981 ) 2 MLJ 272.

Hak untuk memeriksa laporan maklumat pertama bukan sahaja terpakai dalam kes jenayah tetapi juga melibatkan prosiding sivil.

Page 31: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

TAJUK : (I) PROSES MENERIMA REPOT

(II) PROSES PENGELASAN REPOT

(III) PROSES SIASATAN AWAL “ TEMUDUGA PENGADU ”

Page 32: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

PROSES MENERIMA REPOT POLIS

~ Penggunaan perkataan

~ Cara membuat repot polis

~ Kandung repot

~ Catatan dalam perbuatan polis/ buku harian balai/ diari siasatan

~ Penambahan/ pembetulanDalam repot polis

~ Maklumat pertama dan implikasinya.

Page 33: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

ADUAN

“ Berupa Percakapan Atau Tulisan Dan Ditujukan Kepada Majistret ”

( Sek. 2 KTJ )

Page 34: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

MAKLUMAT

~ Berupa percakapan atau tulisan ditujukan kepada KPB atau orang dibawah arahannya.

~ Baca balik dan tanda tangan

~ Hendaklah dicatatkan dalam buku repot dan mengandungi tarikh, masa serta cara maklumat diberi “

( Sek. 107 KTJ )

Page 35: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

LAPORAN PEGAWAI POLIS

“ Setiap pegawai penyiasat hendaklah dengan segera Menyediakannya untuk dirujuk kepada Pendakwa Raya”…….

( IP atau KS )

( Sek. 120 KTJ )

Page 36: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

REPOT POLIS

“ Menukar maklumat dari lisan ke tulisan kepada Ketua Polis Balai atau orang dibawah arahannya ”

~ Bagaimana cara maklumat itu dimaklumkan

~ Tempat dan kejadian yang berlaku

~ Merupakan catatan yang teliti dan tepat

~ Dicatatkan dalam buku repot polis ( Pol. 41 )

~ Diakui sebagai Repot Polis.

( PTKPN D202 para 7,8,9 )

Page 37: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

CARA MEMBUAT REPOT POLIS

~ Secara lisan/ tulisan

~ Datang kebalai polisatau ke pondok polis

~ Melalui telefon/ SMS“ Anggota yang terima telefon atau SMS buat repot ”

~ Secara lisan dan dituliskan oleh KPB atau orang dibawah arahannya.didalam Buku Repot ( Pol. 41 ) atau PRS.

~ Tulis sendiri oleh pengadu gunakan Buku Kecemasan ( Pol.51)atau kertas yang disediakan oleh KPB.

( Gunakan Bahasa Melayu dan Inggeris dalam tulisan rumi )

Page 38: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

PENGGUNAAN BUKU REPOT KECEMASAN ( POL. 55 )

~ Pengadu di Hospital

~ Kejadian berlaku diluar kawasan balai

~ Repot sulit

~ Aduan mahu tulis repot sendiri

~ Repot mengenai kemalangan trafik ( ada balai trafikdan ada buku repotnya sendiri )

~ Buku repot sedang digunakan atau tiada di Balai

~ Maklumat melalui telefon atau SMS

Page 39: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

ISI KANDUNGAN REPOT

~ Tarikh/ masa

~ tempat kejadian

~ kejadian yang berlaku

~ Tanda tangan

Page 40: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

CATATAN DALAM PERBUATAN POLIS/ BUKUHARIAN BALAI & DIARI SIASATAN

~ Catatkan tarikh /masa kehadiran pengaduatau cara maklumat diterima

~ Tarikh/ masa segala catatan/ tindakan yangdiambil terhadap pengadu

~ Baca repot semula

~ Tanda tangan pengadu dan penerima repot

~ Jika cedera hantar hospital

~ Pengeluar borang – borang

~ Pemakluman ……..

Page 41: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

~ Sebelum repot ditanda tangan, catatan penambahanatau pembetulan dibolehkan tulis dalam perbuatanpolis dan buku harian ( SD )

~ Selepas repot polis ditanda tangani tidak boleh tambah/ batal dalam repot. Hanya dicatatkan dalam SD,perbuatan polis atau semasa merakamkan percakapan.

~ Catatkan dalam perbuatan polis segala arahan yang diterimaoleh pegawai penyiasat, KPD, KBSJD , KPB dan lain – lainpegawai yang memberi arahan.

~ Catat segala tindakan yang telah diambil.

Page 42: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

PENAMBAHAN/ PEMBATALAN PERKATAAN DALAM REPOT POLIS

~ Sebelum repot ditanda tangan

~ tulis ayat penambahan dalam repot “ ⁁ ”

~ Catat ayat dalam perbuatan polis dibaris keberapa dan buat pembukaan kata “……………..”dan catat dalam S/D.

PEMBATALAN

~ Pembatalan ayat memadai dengan potong sekali dan tanda tangan kecil oleh pengadu / penerima dan

~ Catatkan dalam perbuatan polis dan S/D no.

Page 43: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

SELEPAS REPOT DITANDA TANGAN

~ Repot tidak boleh ditambah memadai catat dalam perbuatan polis dan SD

~ Dicatatkan semasa rakaman percakapan

Page 44: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

MAKLUMAT PERTAMA ( LMP )DAN IMPLIKASINYA

MAKLUMAT PERTAMA

Maklumat pertama ialah : -

~ “ maklumat yang pertama mengenaisesuatu kejadian / kesalahan dandirekodkan dalam buku repot polis ”

~ Sering dirujuk ke mahkamah untuk dinilai

~ Menjadi asas kepada polis untuk bertindak

Page 45: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

IMPLIKASINYA

LAPORAN MAKLUMAT PERTAMA ( LMP )

~ LMP tidak boleh dianggap sebagai keterangan sampingan dan boleh dijadikan satu alasan untuk membuang kes.

~ Kepentingan LMP dari aspek penyiasatan agak lemah disebabkan :

~ Adanya Sek. 20 Akta Polis ( tugas am pegawai polis )

~ Sek. 23 KTJ“ Bila polis atau penghulu boleh menangkap tanpa waran “

Page 46: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

KEGAGALAN MENGEMUKAKAN LMP DALAM PERBICARAAN MENGGUGAT KESAHIHAN LAPORAN.

~ Sek. 145 A/ Keterangan “ Pemeriksaan balas mengenai penyataanbertulis terdahulu “

~ Sek. 165 A/ Keterangan “ Kuasa hakim mengemukakan soalanatau memerintahkan pengemukakan

Kegagalan memanggil orang yang membuat LMPSebagai saksi mengakibatkan LMP tidak diterima Sebagai keterangan.

Page 47: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

DENGAN ADANYA LMP

~ Menjadi asas kepada polis untuk bertindak

~ Satu catatkan sebelum pudar dari ingatan

~ Kuasa – Kuasa Khas siasatan diaplikasikan

~ Sebagai keterangan di Mahkamah

Page 48: Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)

ASP MD.DOM BIN DOLLAH,PEGAWAI TURUS D10 (FORENSIK)JABATAN SIASATAN JENAYAH,IBUPEJABAT POLIS KONTINJEN,MELAKA

SEKIAN TERIMA KASIH