kayu n papan lapis

4
ISI KANDUNGAN Bil Perkara m/s i Penghargaan 1 ii Pengenalan : 2 1.0 Jenis Bahan dan Pengikat 2 1.1 Jenis Bahan 3 1.1.1 Kayu 3 1.1.2 Papan Lapis 4 1.1.3 Medium Density Fibreboard (MDF) 5 1.1.4 Mounting Board 6-7 1.2 Jenis Pengikat 8 1.2.1 Paku 8-9 1.2.2 Skru 1.2.3 Glu 1.0 Jenis Bahan dan Pengikat

Upload: hunney-swetty

Post on 24-Jul-2015

1.306 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kayu n Papan Lapis

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara m/si Penghargaan 1ii Pengenalan : 2

1.0 Jenis Bahan dan Pengikat 21.1 Jenis Bahan 3

1.1.1 Kayu 31.1.2 Papan Lapis 41.1.3 Medium Density Fibreboard (MDF) 51.1.4 Mounting Board 6-71.2 Jenis Pengikat 8

1.2.1 Paku 8-91.2.2 Skru1.2.3 Glu

Page 2: Kayu n Papan Lapis

1.0 Jenis Bahan dan Pengikat

1.1 Jenis Bahan

1.1.1 : Kayu

Kayu ialah bahan semulajadi daripada pokok. Ia dipotong kepada saiz yang berlainan supaya sesuai untuk pembinaan projek. Saiz kayu ditentukan oleh lebar, tebal, dan panjangnya. Kelebihan kayu adalah seperi berikut : mempunyai urat dan ira kayu yang menarik, didapati dalam pelbagai saiz seperti papan tebal, papan nipis, kayu beroti dan kayu jerjak, mudah dicantum dan disambung, lebih kuat jika dibanding dengan papan lapis dan MDF, lebih tahan lasak dan sesuai untuk projek di luar bangunan. Kelemahan kayu adalah seperti berikut: mudah mengecut dan meleding, bahagian hujung mudah retak apabila dipaku, mudah diserang oleh serangga perosak dan kurang sesuai digunakan untuk membuat permukaan yang luas dan lebar. Beberapa kecacatan yang biasa berlaku pada kayu : retakan bulat, retakan jantung, retakan bintang, buku atau pusar, berpiuh atau berpintal, melengkung dan berspring.

Rajah 1: Kecacatan yang biasa berlaku pada kayu

Page 3: Kayu n Papan Lapis

Jenis Saiz

Papan tebal Tebal : 38mm – 100mm Lebar : 150mm dan lebih Panjang : 3m – 6m

Papan nipis Tebal : 10mm – 38mm Lebar : 76mm dan lebih Panjang : 3m – 6m

Kayu beroti Tebal : 38mm – 100mm Lebar : 75mm – 150mm Panjang : 3m – 4m

Kayu jerjak Tebal : 20mm - 38mm Lebar : 25mm – 76mm Panjang : 3m – 6m

Rajah 2 : Jenis dan saiz kayu di pasaran

1.1.2 : Papan Lapis

Papan lapis dihasilkan daripada beberapa lapisan kayu nipis yang diglu bersama.Saiz papan lapis yang biasa didapati dalam pasaran ialah 1220mm dan 2440mm. Ketebalan papan lapis ialah antara 3mm hingga 32mm. Papan lapis boleh didapati dalam dua bentuk seperti

Page 4: Kayu n Papan Lapis

berikut: jenis kalis air dan jenis tidak kalis air. Papan lapis banyak digunakan untuk membuat perabot, dinding bilik, pintu, rak dan kotak. Kelebihan papan lapis adalah seperti yang berikut : ringan dan mudah digunakan, permukaan yang lebar dan rata, tidak mudah mengecut dan meleding dan tidak mudah pecah apabila dipaku atau diskru. Kelemahan papan lapis adalah seperti yang berikut : lapisan kayu mudah menggelupas apabila terkena air dan tiada saiz yang kecil dan kurang ekonomik jika hanya memerlukan ukuran yang kecil. Papan lapis yang permukaannya telah dilapis dengan formika atau lapisan plastik yang bercorak boleh didapati di pasaran.