kawalan sosial

7
KAWALAN SOSIAL Cara-cara yang digunakan oleh masyarakat bagi mempengaruhi tingkah laku anggotanya supaya ahli- ahlinya menghargai nilai dan mematuhinya. Ada dua bentuk kawalan sosial: i. Kawalan sosial positif - ganjaran yang diterima oleh seseorang yang mematuhi apa yang diharapkan oleh masyarakat. Contohnya : Berbentuk senyuman, hadiah, kenaikan gaji atau pangkat, atau pemberian pingat untuk menunjukkan seseorang itu

Upload: fazlin-ayuni

Post on 27-Dec-2015

136 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

MORAL

TRANSCRIPT

Page 1: KAWALAN SOSIAL

KAWALAN SOSIAL• Cara-cara yang digunakan oleh

masyarakat bagi mempengaruhi tingkah laku anggotanya supaya ahli-ahlinya menghargai nilai dan mematuhinya.

• Ada dua bentuk kawalan sosial: i. Kawalan sosial positif - ganjaran yang

diterima oleh seseorang yang mematuhi apa yang diharapkan oleh masyarakat. Contohnya : Berbentuk senyuman, hadiah, kenaikan gaji atau pangkat, atau pemberian pingat untuk menunjukkan seseorang itu telah berjasa kepada masyarakat dan negara.

Page 2: KAWALAN SOSIAL

ii. Kawalan sosial negatif - berdasarkan kepada amaran serta ancaman terhadap hukuman. Ketakutan terhadap hukuman seperti denda, penjara, kesakitan, kematian dan sebagainya diandaikan dapat menghalang individu daripada melakukan tingkah laku.

• Kedua-dua jenis kawalan ini boleh lahir dengan cara formal dan juga tidak formal.

• Kawalan sosial secara formal : - berlaku secara perundangan,peraturan

penguatkuasaan pasukan polis dan kehakiman merupakan badan yang mendidik masyarakat supaya akur kepada norma-norma sosial.

Page 3: KAWALAN SOSIAL

• Crosbie (1975 ) berpendapat kawalan sosial tidak formal terbahagi kepada empat jenis iaitu:- ganjaran sosial seperti kenaikan

pangkat- hukuman atau kritikan- pujukan - norma yang ditakrif oleh individu

yang berstatus tinggi.

Page 4: KAWALAN SOSIAL

PERANAN AGEN MORAL DALAM PROSES

SOSIALISASI INDIVIDU

Page 5: KAWALAN SOSIAL

KELUARGA Keluarga adalah agen sosialisasi yang banyak mempengaruhi

perkembangan kanak- kanak.

Lazimnya ibu bapa akan mengajar anak-anaknya mengenai apa

yang harus dilakukan dan apa yang harus dilarang.

Daripada ibu bapa, kanak-kanak itu akan mempelajari kemahiran,

sikap, norma dan nilai-nilai seperti kejujuran, amanah, rajin, bersih

dan hormat menghormati.

Cara ibu bapa mengasuh anaknya adalah berbeza.

Bagi ibu bapa yang garang dan autokratik, anak-anak membesar

menjadi individu yang patuh, pasif, takut memberi pandangan.

Jika sebaliknya, anak-anak akan menjadi seorang yang kurang

bertanggungjawab dan kurang berikhtiar.

Page 6: KAWALAN SOSIAL

Keluarga yang bersifat demokratik, iaitu di mana ibu bapa

sentiasa berbincang secara terbuka, melibatkan anak

dalam membuat keputusan seperti menentukan tempat

peranginan yang hendak dikunjungi serta menerangkan

sebab-sebab mengapa anak-anak dihukum akan berjaya

membentuk individu yang lebih tinggi keyakinan dirinya.

Segala nilai dan norma yang ditekankan oleh ibu bapa akan

cepat mempengaruhi perkembangan personaliti anak-anak

mereka.

Page 7: KAWALAN SOSIAL

Sebagai contohnya, Encik Fahrin baru sahaja pulang dari pejabat.

Dia berasa letih dan ingin berehat. Tiba-tiba telefon berdering.

Anaknya, Nasir telah mengetuk pintu biliknya kerana panggilan itu

adalah untuknya. Encik Zaidi meminta Nasir memberitahu

pemanggil bahawa dia tiada di rumah.

Situasi di atas jelas menunjukkan amalan menipu. Jika situasi

seperti ini berlaku berulang kali, Nasir akan berpendapat bahawa

dalam kehidupan sehari-hari kita, amalan menipu tidaklah salah.

Saiz keluarga juga mempengaruhi sosialisasi seseorang individu.

Pertuturan dan interaksi adik beradik akan menggalakkan individu

itu bertutur dengan lebih cepat dan lebih luas perbendaharaan

katanya.

Nilai- nilai serta sikap yang dihargai oleh adik beradik juga akan

mempengaruhi seseorang individu itu.