kategori pukulan dan pemadang

6
Kategori Pukulan dan Pemadang 1.0 Tajuk “Run For The Balls” 2.0 Matlamat Matlamat aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kefahaman terhadap konsep permainan kategori pukulan dan pemadang melalui permainan kanak-kanak yang telah direka. 3.0 Objektif Pada akhir ujian amali ini, calon dapat : 1. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. 2. Menerapkan nilai-nilai positif dalam diri seperti toleransi dan nilai bekerjasama dalam satu pasukan. 3. Meningkatkan kefahaman tentang corak permainan yang jauh dan pelbagai arah. 4. Menimba ilmu dan berpeluang untuk mengelolakan permainan kanak-kanak. 5. Meningkatkan kefahaman tentang taktik dan strategi dalam permainan.

Upload: qiuqiu7734

Post on 26-Sep-2015

231 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

permainan yang dicipta untuk murid-murid sekolah rendah TGFN.

TRANSCRIPT

Kategori Pukulan dan Pemadang

1.0Tajuk

Run For The Balls

2.0Matlamat

Matlamat aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kefahaman terhadap konsep permainan kategori pukulan dan pemadang melalui permainan kanak-kanak yang telah direka.

3.0Objektif

Pada akhir ujian amali ini, calon dapat :

1. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.2. Menerapkan nilai-nilai positif dalam diri seperti toleransi dan nilai bekerjasama dalam satu pasukan.3. Meningkatkan kefahaman tentang corak permainan yang jauh dan pelbagai arah.4. Menimba ilmu dan berpeluang untuk mengelolakan permainan kanak-kanak.5. Meningkatkan kefahaman tentang taktik dan strategi dalam permainan.

4.0Panduan Pelaksanaan Permainan

4.1Senarai Jenis Alatan

BilAlatan/Gambar

1Kayu Pemukul

2Bola Kertas

3Skitel/Kon

4Bakul

5Gelung

6Papan Markah

4.2Prosedur Pelaksanaan

1) Terdapat 2 kumpulan iaitu kumpulan pemukul dan kumpulan pemadang. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli.2) Pusingan pertama, kumpulan pemukul berada di dalam kawasan masing-masing. Ahli kumpulan pemukul yang berada di posisi membaling akan membaling bola kepada ahli yang berada di posisi memukul.3) Pemukul akan memukul bola sejauh yang mungkin dan berlari membawa pundi kacang kepada pemain ke-2, seterusnya pemain ke-2 berlari membawa pundi kacang kepada pemain ke-3 dan seterusnya sehingga pemain ke-4 berjaya memasukkan pundi kacang ke dalam bakul yang disediakan.4) 2 markah akan diberikan jika berjaya memasukkan pundi kacang ke dalam bakul.5) Sementara ahli kumpulan pemadang akan berada di kawasan masing-masing6) Ahli kumpulan pemadang cuba menagkap bola kertas dan membaling bola itu kepada ahli kumpulannya sehingga bola berjaya dimasukkan ke dalam bakul beracun.7) Markah kumpulan pemukul akan ditolak 1 mata bagi sebiji bola jika kumpulan pemadang berjaya memasukkan bola ke dalam bakul.8) Larian kumpulan pemukul akan terbatal sekiranya kumpulan pemadang berjaya memasukkan bola ke dalam kotak beracun sebanyak 3 biji.9) Permainan akan tamat selepas 4 minit bagi satu pusingan.

4.3Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan25 m

11 m12 m

4.4Peraturan dan Syarat-syarat Permainan

1. Permainan terbahagi kepada 2 pusingan2. Tempoh permainan bagi setiap pusingan ialah 4 minit3. Ahli kumpulan pemadang dibahagikan kepada 3 kawasan, kawasan A (kawasan penyambut bola), B (kawasan pemadang) dan C (kawasan jaringan pemadang)4. Kesemua pemain hanya boleh bergerak di dalam zon mereka yang telah ditetapkan sahaja. Namun bagi ahli kumpulan pemadang, dibenarkan untuk bergerak ke kawasan terhampir dengan mereka untuk mengambil bola yang telah jatuh.5. Bola di baling hanya dari paras bahu ke pinggang sahaja.