kategori kanak-kanak autisme

Upload: nur-aqilah-muhamad-rosli

Post on 12-Jul-2015

1.567 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

1.0-

PENGENALAN

Autisme, merupakan salah satu gangguan perkembangan yang semakin meningkat ketika ini, yang mana menimbulkan kerisauan pada golongan ibu bapa. Autisme mula dikesan oleh ahli psikiatri kanak-kanak dari Amerika, Leo Kanner pada tahun 1943 di Pusat Perubatan John Hopkin. Leo Kanner menjalankan kajian ke atas 11 kanakkanak selama beberapa tahun. Kanak-kanak itu mempunyai masalah sosial, sering bersendirian, dan berada dalam dunianya sendiri. Mereka berasa kurang senang dengan perubahan di sekeliling dan berminat pada benda luar biasa. Sebahagian daripada kanak-kanak itu juga mempunyai kepintaran yang luar biasa. Sebahagian daripada kanak-kanak itu tidak menggunakan bahasa. Namun, Leo Kanner mendapati kanak-kanak itu juga mempunyai kepintaran yang luar biasa dan memiliki kemampuan kognitif yang baik.

Autisme berlaku sejak awal kadarnya melibatkan 5 dalam 10,000 kanak-kanak. Manakala mereka yang mengalami ciri-ciri autisme adalah seramai 15 dalam setiap 10,000 orang. Nisbah risiko kanak-kanak lelaki kepada kanak-kanak perempuan sebanyak empat kali ganda. Autisme melibatkan seluruh dunia tanpa mengira agama, bangsa, kaum, taraf sosial serta ekonomi.(K.A.Razhiyah, 2008).

Autisme adalah suatu kecelaruan perkembangan yang membawa impak yang teruk terhadap kemampuan seseorang untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orangorang di sekelilingnya (American Psychiatric Association 1994). Kanak-kanak yang mengalami autisme mempunyai imaginasi yang terhad, hingga menyebabkan mereka mempunyai ruang lingkup minat yang juga terhad dan sering melakukan tingkah laku atau pergerakan badan yang berulang-ulang (Wing & Gould 1979). Penyebab autisme masih tidak diketahui dan sehingga kini belum ada penawar bagi kecelaruan perkembangan ini (Center for Disease Control and Prevention, A.S. 2007).

Kajian-kajian terkini tentang autisme melaporkan peningkatan dari segi prevalens autisme (Croen et al. 2002; Volkmar et al. 1997). Pada awal tahun 70-an, prevalensnya adalah tiga atau empat orang penghidap autisme bagi setiap 10,000 orang kanak-kanak, tetapi laporan statistik yang terkini menyatakan bahawa prevalens1

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

autisme bagi tahun 2009 ialah satu dalam 95 orang kanak-kanak (Center for Disease Control and Prevention, A.S. 2009). Kajian oleh Ganz (2006) menyatakan bahawa kos perbelanjaan seumur hidup bagi seorang penghidap autisme ialah USD 3.2 juta. Jumlah penghidap autisme di Amerika Syarikat adalah 1.5 juta orang dan kos perbelanjaan seumur hidup bagi mereka di negara ini dianggarkan sebanyak USD 35 billion setahun. Walau bagaimanapun, masih tiada statistik rasmi tentang prevalens autisme di Malaysia.

1.1-

DEFINISI AUTISME

Istilah autisme berasal daripada perkataan autos yang bererti diri sendiri dan isme yang bererti suatu aliran. Autisme bererti keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autisme pada dasarnya adalah gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka

mengalami masalah pertuturan, komunikasi, interaksi sosial, pemikiran, perilaku emosi, pola bermain dan juga mempunyai tingkah laku yang luar biasa. Pada awalnya istilah autisme diambil dari gangguan schizophrenia, di mana menggambarkan perilaku pesakit yang hidup dalam dunianya sendiri. Namun, tidak boleh diterima pakai kerana terdapat perbezaan antara gangguan skizofrenia dengan autisme iaitu, skizofrenia mengalami halusinasi yang berterusan selama sekurangkurangnya 1 bulan sedangkan autisme tidak mengalami keadaan sebegitu . DSM-IV (American Psychiatry Association 2000). Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal ataupun dalan seni muzik, rote memory dan lain-lain. Menurut IDEA ( Individuals with Disabilities Education Act) :

2

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

i-

Autism means a developmental disability significantly affecting verbal and nonverbal communication and social interaction, generally evident before age three, that adversely affects a childs educational performance. Other characteristics often associated with autism are engagement in repetitive activities and stereotyped movements, resistance to environmental change in daily routines, and unusual responses to sensory experiences.( Autisme bermaksud pembangunan ketidakupayaan yang ketara memberi kesan pada lisan dan komunikasi bukan lisan serta interaksi sosial, umumnya dapat dibuktikan pada umur sebelum 3 tahun, yang mengganggu pencapaian dalam pembelajaran. Karakter lain yang dikaitkan dengan autisme adalah perbuatan yang dilakukan secara berulang dan pergerakan stereotaip, ketahanan dalam perubahan persekitaran rutin harian dan tidak biasa bertindak balas terhadap pengalaman deria). Autism does not apply if a childs educational performance is adversely affected primarily because the child has an emotional disturbance.( autisme tidak boleh di gunakan sekiranya pencapaian pelajaran kanak-kanak tersebut dipengaruhi terutamanya disebabkan kanak-kanak tersebut mempunyai gangguan emosi)

ii-

iii-

A child who manifests the characteristics of autism after age three could be diagnosed as having autism if the caracteria in paragraph ( c ) ( 1 ) (i) of this section are satisfied. ( kanak-kanak yang menjelmakan karakteristik autisme selepas umur 3 tahun perlu didiagnos sekiranya mempunyai karakter pada perenggan ( c ) (1) (i) )

Dr Leo Kenner (1943) Menghubungkan autisme sebagai salah satu sindrom kumpulan tingkah laku yang unik dan masalah gangguan afektif, perspektif persepsi, linguistik, kognitif dan komunikasi. Autisme juga merujuk kepada individu yang tidak berkeupayaan dalam menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran.

3

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

Terdapat beberapa kategori autisme yang utama iaitu, Autistic Syndrome ( Klasik Autisme), Espergers Syndrome ( High functioning Autisme ), Pervasive Developmental Disorder Not Otherwise Specified ( PDD- NOS).

Pervasive developmental disorder (PDD)

Autistic disorder

Aspergers disorder

Pervasive developmental disorder not otherwise specified ( PDD-NOS)

1. Autistic disorder Model Ketidakupayaan Tiga Segi yang dikemukakan oleh Wing dan Gould (1979) menunjukkan bahawa individu autistik mengalami tiga jenis ketidakupayaan yang utama, iaitu ketidakupayaan komunikasi sosial, ketidakupayaan interaksi sosial dan ketidakupayaan imaginasi. Wing (1996) mengatakan bahawa kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri autistik juga mengalami masalah tingkah laku, keminatan dan aktiviti yang terbatas dan berulangan. Walaupun begitu, didapati bahawa bukan semua individu autistik yang telah dikenal pasti mempunyai sindrom autistik yang ditunjukkan. Wing (1988) telah memperkenalkan satu konsep yang lebih luas, iaitu Kecelaruan Spektrum Autistik atau Autistik Spectrum Disorder (ASD). Oleh itu, kelambatan perkembangan atau kefungsian yang tidak normal pada sekurangkurangnya satu ciri ketidakupayaan tersebut sebelum umur tiga tahun pada seorang kanak-kanak akan dikenal pasti mengalami ketidakupayaan autistik berdasarkan DSM-IV (American Psychiatry Association 2000).

CIRI-CIRI KHUSUS SINDROM AUTISTIK komunikasi Mereka yang dapat bertutur mengalami masalah seperti perkataan yang dilafazkan kadangkala tidak mempunyai makna dan tidak difahami Mereka jarang menggunakan bahasa, dan sukar diajak bercakap.4

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

Kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja. perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan dan echolalia iaitu meniru perkataan yang disebut oleh orang lain dengan mengulangi perkataan dihujungnya.

interaksi sosial Mereka tidak mempedulikan perasaan orang lain. tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan lain Kanak-kanak ini lebih gemar bermain secara bersendirian. Mereka juga tidak suka disentuh

ketidakupayaan imaginasi Mereka tidak dapat memikirkan atau mencari sesuatu permainan untuk bermain. Ada yang bermain sesuatu yang pelik contohnya mengumpulkan pembuka tin, botol kosong, sudu dan sebagainya. Barang permainan yang dipilih oleh kanak-kanak ini bukan barang permainan yang akan dipilih oleh kanak-kanak tipikal. oleh kanak-kanak ini bukan barang permainan yang akan dipilih oleh kanakkanak tipikal. gemar melakukan sesuatu aktiviti yang sama tanpa jemu-jemu seperti membariskan kotak-kotak, mengumpul sesuatu corak, bentuk dan warna yang sama, melukis sesuatu yang sama seperti rumah, bola, bulatan, menunjukkan tindak balas yang agresif pada sesuatu yang baru, contohnya pakaian.

2. Aspergers disorder Sindrom Asperger atau masalah Asperger ( AS) merujuk kepada ketidakupayaan seseorang dalam berinteraksi . gangguan ini dicirikan oleh gangguan sosial kualitatif, iaitu adanya pola perilaku yang terbatas, tiada keterlambatan bahasa dan kognitif yang bermakna ( International Classification of Disease edisi ke-10). Sindrom Asperger juga merupakan gangguan perkembangan pada disfungsi struktur dan sistem otak5

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

yang mempunyai ciri-ciri utama kurangnya keterampilan sosial, had kemampuan untuk melakukan percakapan berulang dan minat yang luar biasa pada subjek tertentu ( Attwood, 2005)

CIRI-CIRI KHUSUS SINDROM ASPERGER. Intelektual dan kognitif Mempunyai purata antara atas purata IQ Tidak ada defisit kognitif tetapi ada defisit daya ingatan dalam beberapa aspek. Dapat mengingati fakta, bentuk, data, waktu dan lain-lain yang disukai. Tertarik pada topik luar biasa dan suka mendominasi perbualan Pertuturan dan komunikasi Berbahasa agak formal menggunakan tatabahasa yang tinggi. Lambat dalam pertuturan Mempunyai masalah bercakap dan tidak memahami percakapan orang lain. Tidak boleh berkomunikasi dengan baik. Bercakap dengan nada robot Sukar untuk memulakan percakapan. Sekiranya berbual, hanya satu pihak sahaja yang bercakap. Mengulangi perkataan yang sama tanpa memahami maksudnya.

Sosial Tidak menghiraukan orang lain Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain. Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap. Tidak suka sentuhan

3. Pervasive developmental disorder not otherwise specified ( PDD-NOS) Satu kumpulan yang berkongsi keadaan gangguan sebagai kemerosotan nilai kebiasaan mereka dalam kesalingan sosial, gangguan perkembangan yang memberi kesan pada komunikasi dan manifestasi terhad serta tingkah laku yang berulangulang. Kelainan biasa termasuk autisme, Sindrom Asperger, dan Pervasive

6

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

developmental disorder not otherwise specified ( PDD-NOS). Lebih menampilkan perbezaan secara klinikal dengan mengambil kira kecacatan sosial dan komunikasi.

PERBEZAAN Autistic disorder, Aspergers disorder DAN Pervasive developmental disorder not otherwise specified ( PDD-NOS)

7

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

2.0-

FAKTOR PENYEBAB AUTISME

Faktor penyebab autisme adalah kompleks dan dalam kebanyakan kes, punca sebenar tidak dapat diketahui. Autisme mempunyai kecelaruan yang berbagai-bagai dan kajian-kajian terkini lebih tertumpu kepada masalah genetik, masalah semasa dan selepas kelahiran, kefungsian otak, dan faktor neurochemical dan imunilogikal. Namun begitu, faktor penyebab yang telah dikaji dapat dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu, sebelum kelahiran, semasa kelahiran, dan selepas kelahiran.

2.1-

Sebelum kelahiran genetik

Kajian yang telah dijalankan yang difokuskan pada faktor genetik telah dikaitkan dengan autisme. Spekulasi mengatakan DNA bertanggungjawab menjadi punca pembangunan disfungsi dalam otak individu yang mempunyai ketidakupayaan ini. Secara logiknya berdasarkan hipotesis, ibu bapa yang mempunyai autisme akan mempunyai anak yang juga mempunyai autisme. Walau bagaimanapun, kes seperti ini sangat jarang berlaku. Kajian genetik secara meluas telah menunjukkan bahawa gen penyebab autisme berkemungkinan diwarisi. Namun, tahap menunjukkan pelbagai simptom yang melintasi struktur keluarga ( Gillberg & Coleman, 2000 ). Sebagai contoh, bapa kanak-kanak yang dikenalpasti dengan gangguan autisme mungkin mempunyai ciri-ciri yang tidak ketara berbanding orang lain atau ganjil kemahiran sosial tetapi juga berfungsi dalam cara yang boleh diterima dalam kehidupan sosial ( Yirmiya , Shaked, & Erel, 2001). Bukti juga mencadangkan dalam kalangan adikberadik yang berfrekuensi tinggi autisme akan mengalami gangguan ini dibandingkan dengan ketidakupayaan lain. Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa sebanyak 10 gen mampu menyumbang kepada pembangunan ciri-ciri khusus autisme dan pelbagai gangguan. Namun, tahap gejala yang dipamerkan berbeza bergantung kepada struktur keluarga. Tambahan lagi, terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa sepasang kembar seiras mampu mengalami autisme atau masalah interaksi sosial dan kefahaman bahasa yang amat tinggi sekiranya kembarnya didapati mempunyai gangguan autisme. Ibu-ibu dengan kelainan gen yang mengalami penurunan keupayaan untuk memetabolismekan nutrien 2-4 kali berkemungkinan

8

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

mempunyai anak yang mengalami autisme jika mereka tidak mengambil vitamin prenatal ( 3 bulan sebelum mengandung ).

2.2-

Semasa kehamilan dan semasa kelahiran

Jangkitan virus yang dihadapi oleh ibu ketika hamil seperti Rubella, Toxo , Herpes, encephalitis. Jangkitan virus Rubella terhadap ibu sewaktu mengandung boleh menjadi serius sekiranya ibu tersebut dijangkiti dalam tempoh 20 minggu pertama kehamilan. Kanak-kanak ini akan mengalami Sindrom Rubella Kongenitel (CRS), yang melibatkan pelbagai penyakit yang serius seperti autisme yang mana tidak boleh diubati. Pemakanan yang tidak berzat, kekurangan oksigen semasa lahir, pendarahan dan keracunan makanan, juga mempengaruhi pertumbuhan sel otak seterusnya

mengganggu fungsi otak bayi yang dikandung terutama dalam aspek fungsi pemahaman, komunikasi dan interaksi.

2.3-

Selepas kelahiran 2.3.1-Gangguan saluran penghadaman

Kanak-kanak autisme mungkin akan mengalami masalah gangguan saluran penghadaman yang lebih rendah serta kebolehtelapan aktiviti enzim usus dan penghadaman yang menurun. Terdapat juga yang tidak normal dalam tisu esofagus, usus kecil, kolon dan keupayaan hati untuk konjugat defangs. Umumnya, kanak-kanak autisme akan mengalami cirit-birit yang kerap, sakit perut serta sembelit disebabkan alahan makanak. Berdasarkan kajian , hampir 60% kanakkanak autisme memiliki sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicernakan dengan baik. Protein daripada makanan ini ini tidak bertukar menjadi asid amino atau pepton yang dibuang. Tetapi ia diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah lalu terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin, yang merosakkan sel-sel otak. Ini menyebabkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, perhatian dan tingkah laku bemasalah.9

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

Rajah menunjukkan proses penghadaman kanak-kanak yang mengalami autisme.

2.3.2- Ketidaknormalan otak Teknologi terkini seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI), membolehkan penyelidik untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai otak, dan beberapa fungsi otak yang boleh mencetuskan gejala autisme. Contohnya, individu dengan gangguan autisme telah didapati mempunyai keabnormalan dalam cerebellum, iaitu bahagian otak yang mengawal koordinasi motor, keseimbangan, dan kognisi. Penyelidikan juga telah dijalankan pada frontal dan temporal lobes: frontal lobes yang menguruskan fungsi sosial dan kognitif, serta temporal lobes yang terlibat dalam memahami ekspresi wajah dan dalam bentuk-betuk sosial serta memori. Penyelidik secara amnya telah mendapati bahawa dalam bahagian-bahagian otak, individu yang mengalami autisme mempunyai sedikit sel-sel yang lebih tinggi ketumpatan, atau isi padu yang kurang berbanding dengan individu yang tipikal ( Sowell, Thompson, Welcome, Henkenius, Toga, & Peterson, 2003).

10

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

Gambar rajah tersebut menunjukkan bahagian otak di mana kanak-kanak yang mengalami autisme akan mempunyai ketidaknormalan pada bahagian cerebellum, amygdala, temporal lobe, hippocampus, dan frontal lobe. Keadaan ini menyebabkan fungsi-fungsi seperti pergerakan, pertuturan, emosi dan sebagainya tidak dapat berfungsi dengan baik. Hal ini menyebabkan kanak-kanak autisme mengalami kelewatan dalam bertutur dan sebagainya.

11

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

3.0-

KARAKTERISTIK KANAK-KANAK AUTISME

3.1-

Kognitif dan kriteria akademik

Kognitif berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-3 m/s 691, menerangkan kognitif sebagai perkara yang berkaitan dengan kognisi iaitu proses pembelajaran, pemahaman dan pemerolehan pengetahuan. Boleh didefinisikan sebagai proses disebalik tingkah laku yang ditunjukkan ( proses mental dalaman). 3.1.1- Rote memory Rote memory adalah kemampuan untuk mengingati sesuatu dengan mudah tanpa perlu mengetahui maksud sesuatu perkara. Kanak-kanak yang mempunyai masalah autisme mempunyai kemahiran mengingat dan mampu memberikan pandangan bahawa mereka mengetahui sesuatu perkara. Namun secara hakikatnya, mereka tidak mengetahuinya. Mereka juga maksudnya. Rote memory mungkin menjadi satu kekurangan untuk kanak-kanak autisme. Hal ini kerana kanak-kanak ini mengingati berdasarkan sesuatu yang didengari olehnya ataupun secara ringkasnya, mereka mengingati bukan berdasarkan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara. Oleh itu, sekiranya disoal dengan soalan yang diubah sedikit, mereka tidak dapat mengakses maklumat yang telah diingati. Sebagai contoh, Ali dapat mengingati semua menu di Mc Donald. Tetapi apabila ditanya oleh pelayan , boleh saya ambil pesanan?, Ali tidak dapat menjawab dengan betul dan mengulangi pertanyaan pelayan tersebut. 3.1.2- Teori minda Satu dari defisit teras kognitif kanak-kanak autisme yang disedari adalah teori minda. Ini berkaitan dengan penjelasan baru berdasarkan kepercayaan individu penghidap autisme yang tidak betul-betul memahami pemikiran mereka sendiri dan pandangan terhadap bahawa individu dengan autisme menghadapi cabaran untuk memahami kepercayaan dan emosi orang lain. Kesukaran dengan teori minda ini dapat dilihat apabila individu dengan autisme mempunyai penjelasan yang sukar terhadap kelakuan, emosi perspektif, faham bagaimana sesuatu perlakuan memberi kesan12

dapat meniru ayat atau nyanyian tanpa mengerti

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

terhadap orang lain, pemikiran dan perasaan, penglibatan dalam perbualan

dan

membezakan antara fakta daripada fiksyen. Sebagai contoh, Ali tidak tahu mengapa dia berdepan dengan masalah disebabkan die menjerit dengan kuat dan memberitahu murid lain bahawa gurunya mempunyai mulut yang berbau. Pada fikirannya, dia hanya memberitahu sesuatu yang benar. 3.1.3- Penyelesai masalah Ramai murid autisme hanya mempunyai satu jalan sebagai strategi untuk menyelesaikan masalah bagi situasi tertentu dan menggunakannya secara berterusan meskipun situasinya berubah tanpa penyesalan sekiranya penyelesaian masalah tersebut tidak berjaya.

3.2- Sosial dan emosi 3.2.1-Sosial Kanak-kanak ini tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan lain. Mereka tidak tahu bagaimana hendak berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga tidak dapat memberikan kerjasama pada aktiviti berkumpulan. Mereka tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan. Kanak-kanak ini lebih gemar bermain secara bersendirian. Mereka juga tidak suka disentuh. Namun terdapat juga kanakkanak autisme yang suka dipeluk. Mereka gemar bermanja dan sering gembira

apabila ditunjukkan perasaan kasih sayang pada mereka. Kanak-kanak autisme adalah kanak-kanak yang lasak dan gemarkan permainan lasak. Namun, mereka tidak dapat memikirkan atau mencari sesuatu permainan untuk bermain. Ada yang bermain sesuatu yang pelik contohnya mengumpulkan pembuka tin, botol kosong, sudu dan sebagainya. Barang permainan yang dipilih oleh kanakkanak ini bukan barang permainan yang akan dipilih oleh kanak-kanak tipikal. 3.2.2- Emosi Kanak-kanak autisme tidak tahu mempamerkan mimik muka semasa berkomunikasi bagi melahirkan perasaan mereka seperti tersenyum, berkerut, masam, sedih dan sebagainya. Wajah mereka seolah-olah mendatar dan orang lain tidak dapat mengagak13

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

perasaannya menerusi mimik muka mereka. Kanak-kanak autisme tidak tahu bagaimana hendak melahirkan perasaan dalam keadaan ekstrim seperti terlalu gembira atau terlalu agresif. Kanak-kanak ini sukar hendak memahami perasaan orang lain. Apabila rakan mereka mengalami kesedihan atau kesakitan, mereka tidak dapat mengerti. Mereka tidak tahu bagaimana hendak menunjukkan perasaan sedih ataupun muram pada sesuatu. Walaupun kadangkala rakan mereka memukul mereka, namun mereka masih ketawa dan menunjukkan perasaan gembira. Kadangkala terdapat juga kanak-kanak autisme yang gemar tersenyum atau ketawa sepanjang masa. Hati mereka sentiasa riang dan gembira seolah-olah tidak mempunyai masalah. Kadangkala mereka suka menepuk tangan bagi melahirkan keresahan atau kesedihan yang dialami. Mereka tidak dapat melahirkan perasaan yang terdapat dalam diri mereka dengan cara yang betul. Kanak-kanak tipikal tidak takut pada perkara biasa tetapi kanak-kanak autisme takut dengan bunyi seperti air, kicauan burung, kipas dan kapal terbang. Mereka akan menangis sepanjang masa sehingga bunyi itu hilang. Mereka tidak boleh berkongsi barang mainan dengan kanak-kanak lain. Mereka akan menunjukkan sikap yang agresif, sekiranya barang mereka diusik ataupun diambil. Mereka merasakan hak mereka dirampas oleh orang lain atau mereka kehilangan sesuatu penghargaan yang dimiliki selama ini. Mereka juga tidak memahami etika sosial seperti bercakap dengan rakan, melayan tetamu, menunggu giliran dan sebagainya. Mereka suka bercakap dengan rakan, melayan tetamu, menunggu giliran dan sebagainya. Mereka suka bercakap atau

menyampuk perbualan yang sedang berlaku tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Kanak-kanak ini perlu diberikan pendidikan yang terperinci walaupun bagi orang lain, ia adalah perkara biasa. Sekiranya terdapat pelawat atau tetamu, mereka tidak akan menunjukkan sebarang reaksi mereka tidak mempedulikannya dan leka dengan diri mereka sendiri. Mereka lebih gemar duduk di hujung kelas ataupun di sudut tertentu jauh daripada orang ramai. Namun terdapat juga kanak-kanak autisme yang menunjukkan rasa gembira pada kehadiran tetamu. Mereka akan mengelilingi tetamu dan bersoal jawab dengan tetamu sehingga tetamu penat melayan pelbagai soalan daripada mereka. Kadangkala14

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

soalan yang ditanya adalah soalan yang sama, ditanya berulang kali. Walaupun perkara ini jarang berlaku, namun terdapat juga kanak-kanak autisme yang menunjukkan tingkah laku yang sedemikian.

3.3-Psikomotor Gerak laku kanak-kanak ini kadangkala melucukan. Mungkin cara mereka berdiri ataupun bergerak tidak stabil atau seolah-olah seperti menari. Ada juga kanak-kanak autisme yang berjalan kaku seperti robot. Selain daripada itu, mereka juga tidak menggunakan sebarang isyarat semula jadi dalam pergerakan mereka, mereka tidak tahu bagaimana dan masa yang sesuai menggunakan pergerakan isyarat semula jadi. Terdapat juga kanak-kanak autisme yang mengulangi pergerakan mereka dalam waktu yang lama. Tetapi sebenarnya mereka tidak sedar dan tidak dapat mengawal pergerakan mereka.

3.4-Tingkah laku dan perwatakan 3.4.1-Tingkah laku Mereka selalunya hipoaktif ataupun hiperaktif. Mereka sering berlari ke sana ke mari tanpa sebarang tujuan. Tidak boleh duduk diam dan gemar bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Kadangkala mereka akan melakukan sesuatu perlakuan yang berulang-ulang seperti menggerakkan tangan atau kepala, mengepakkan tangan, menepuk tangan, berputar-putar dan bergoyang-goyang, menggaru kepala atau apa sahaja tingkah laku yang sering di lakukan berulang-ulang. Beliau tidak sedar akan tingkah laku yang dilakukan kerana ia berlaku tanpa dirancang. Tingkah laku itu bersifat semula jadi. Namun, tingkah laku ini dapat dihentikan dengan memberikan alternatif yang berbeza. Kanak-kanak ini kurang daya imaginasi dan gemar melakukan sesuatu aktiviti yang sama tanpa jemu-jemu seperti membariskan kotak-kotak, mengumpul sesuatu corak, bentuk dan warna yang sama, melukis sesuatu yang sama seperti rumah, bola, bulatan, menunjukkan tindak balas yang agresif pada sesuatu yang baru, contohnya pakaian.15

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

Kadangkala kanak-kanak ini akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Mengikut penyelidikan, 9/10 kanak-kanak autisme menunjukkan temper-tantrum atau mengamuk. Mereka akan melakukan apa sahaja bagi melepaskan perasaan sama ada merosakkan barang di sekeliling, mencederakan diri sendiri ataupun orang lain. Perhatiannya yang singkat pada sesuatu perkara menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian pada perkara itu sepenuhnya. Tumpuan mereka yang singkat juga menyebabkan mereka mudah jemu dan tidak dapat memberikan sepenuh perhatian dengan baik. Kadangkala kanak-kanak ini dapat duduk diam tanpa melakukan sesuatu selama beberapa minit seolah-olah sedang berfikir. Keadaan ini menyebabkan orang disekeliling menyangka kanak-kanak ini sedang berkhayal ataupun tidur. Namun realitinya, ini merupakan antara ciri-ciri kanak-kanak autisme. Dari segi pola bermain pula, kanak-kanak autisme tidak mengikut pola bermain seperti kanak-kanak tipikal. Mereka suka memutar, melambung atau melempar alat permainan atau apa sahaja barangan yang dipegang. Mereka juga lebih gemar barangan atau objek berputar seperti kipas angin dan ada yang menghampiri kipas angin dengan cara merapatkan wajah ke arah kipas tersebut. Keadaan ini memerlukan perhatian orang dewasa kerana kanak-kanak autisme ini tidak takut pada bahaya. Apabila kanak-kanak ini menggemari sesuatu benda, mereka akan terus memegang dan membawa benda tersebut ke mana-mana sahaja. Mereka tidak peduli sama ada barangan tersebut milik orang lain ataupun milik mereka sendiri. Mereka akan berusaha mendapatkannya. Sekiranya dilarang berbuat demikian, mereka akan menunjukkan tingkah laku yang agresif dan meragam bagi menzahirkan perasaan tidak puas hati. Namun, terdapat juga kanak-kanak autisme yang hanya merenung tajam ke arah benda tersebut kerana teringin atau tertarik terhadapnya. 3.4.2-Perwatakan Perwatakan kanak-kanak autisme seperti kanak-kanak tipikal. Apabila kita melihatnya sepintas lalu, kita tidak dapat membezakan antara kanak-kanak autisme dan kanakkanak tipikal. Kanak-kanak ini mepunyai wajah yang selamba ataupun terlalu bersungguh-sungguh. Mereka tidak akan memandang ke arah kita dan langsung tidak mempedulikan kehadiran kita di sebelahnya.

16

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

Tidak ada komunikasi mata atau eye contact dan sentiasa mengelak daripada memandang muka orang lain. Walaupun mereka sedang bercakap dengan kita, mereka tidak akan memandang wajah kita. Namun, kanak-kanak ini sebenarnya mendengar kata-kata kita. Terdapat juga kanak-kanak autisme yang terlalu merenung ke arah kita, sehingga tidak berkelip. Kadangkala mereka akan merapatkan wajah mereka ke wajah kita dan merenung tajam.

3.5-Masalah bahasa dan komunikasi 3.5.1-Bahasa Perkembangan bahasa kanak-kanak autisme tidak sempurna. Mereka lambat bertutur mengikut fasa yang biasa dituturkan oleh kanak-kanak sebaya dengan mereka. Setiap kanak-kanak mempunyai masalah perkembangan bahasa yang berbeza. Antaranya adalah tidak boleh bertutur langsung, hanya mengeluarkan bunyi sahaja, mampu bertutur tetapi hanya difahami oleh dirinya sahaja, kelihatan seolah-olah mengalami masalah pendengaran kerana tidak mengendahkan pertuturan orang lain. 3.5.2-Komunikasi Mereka yang dapat bertutur mengalami masalah seperti perkataan yang dilafazkan kadangkala tidak mempunyai makna dan tidak difahami, jarang menggunakan bahasa, sukar diajak bercakap, kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja, perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan dan echolalia iaitu meniru perkataan yang disebut oleh orang lain dengan mengulangi perkataan dihujungnya.

Erti Echolalia Echolalia didefinisikan sebagai pengulangan yang tidak bermakna pada sesuatu

perkataan atau ayat yang dituturkan oleh seseorang yang lain. Fay (1969) mengatakan bahawa 75% kanak-kanak autisme suka mengulang kembali percakapan yang didengar. Echolalia terbahagi kepada dua iaitu:

17

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

1- Immediate Echolalia Contoh : Awak mahu minum? Kanak-kanak autisme: Awak mahu minum?

2- Mitigated Echolalia Terdapat tiga jenis : 2.1-Tukar ganti nama. Contoh : Awak mahu makan? Kanak-kanak autisme: Ali mahu makan ? 2.2- Memendekkan ayat. Contoh : Awak mahu mandi ? Kanak-kanak autisme: Mahu mandi ? 2.3-Jawapan positif atau negatif Contoh : Awak mahu tidur? Kanak-kanak autisme: Awak mahu tidur ? Ya. atau Awak mahu tidur ? Tidak.

18

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

4.0-

STRATEGI PENGAJARAN YANG BERSESUAIAN

Strategi pengajaran yang bersesuaian bagi kanak-kanak autisme ialah (i) Applied Behaviour Analysis (ABA), (ii) Applied Verbal Behavior (AVB) (Harris & Handleman 2000; Luiselli, Connon, Ellis & Sisson 2000; McEachin, Smith & Lovaas 1993; Lovaas 1987), Discrete Trial Training (McEachin et al.1993), dan (iii) Picture Exchange Communication System (PECS) (Bondy & Frost1994; Charlop-Christy, Carpenter, LeBlanc & Kellet 2002).(iv) TEACCH ( Treatment and Education of Autistic and Related Communication handicapped Children ) dan (v) Terapi Integrasi Sensori.

4.1-

Applied Behaviour Analysis (ABA)

ABA adalah sistem yang diasaskan oleh Dr. Ivar Lovaas dalam tahun 60-an. Ia adalah program pengajaran yang sistematik yang dapat mengurangkan ciri-ciri autisme. Sistem ini sangat intensif tetapi telah dibuktikan berjaya di dalam kebanyakan kes semasa menangani autisme. Melalui sistem ABA ini, setiap tugasan dipecahkan ke dalam tugasan kecil dan menekankan ganjaran untuk kanak-kanak yang berjaya dalam tugasan yang diberikan. Tidak ada sebarang denda daripada segi fizikal di dalam sistem ini. Sistem ini agak ketat dan tegas. Namun, kanak-kanak ini berjaya mengikut peraturan yang ditetapkan apabila perubahan dapat dilihat dalam diri kanak-kanak. Perisian Discrete Trial Trainer yang menggunakan prinsip ABA ini.

Rajah 6.1.1 menunjukkan contoh pelaksanaan ABA19

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

1.1-

Applied Verbal Behavior (AVB)

Pendekatan ini diasaskan oleh B.F Skinner. AVB adalah analisis bahasa tingkah laku, bagaimana bahasa berkembang dan situasi tingkah laku verbal wujud. Jack Michael, Ph. D. ( Universiti Western Michigan ), Mark Sundberg, Ph. D , BCBA, James Pertington, Ph. D. and Vincent Carbone, Ph. D, BCBA adalah orang yang bertanggungjawab mengaplikasikan AVB ke atas kanak-kanak autisme. Fokus AVB adalah untuk mengajar kanak-kanak yang mengalami masalah dalam bahasa. Contohnya apabila ingin mengajar konsep susu seseorang perlu memastikan kanak-kanak itu dapat menyebut perkataan susu, melabelkan susu apabila melihatnya, mengulang perkataan susu bagi soalan yang dikemukakan, mengecam susu dengan menyentuhnya di antara barang lain dan dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan gambaran, serta fungsi susu.

Rajah 6.2.1 menunjukkan contoh pelaksanaan AVB.

6.3- Picture Exchange Communication Systems (PECS) Memandangkan kanak-kanak autisme mempunyai masalah komunikasi, PECS membantu kanak-kanak menguasai bahasa asasnya disamping membantu kanakkanak yang tidak bercakap, PECS menggunakan kaedah asas ABA ( Applied Behaviour Analysis ) untuk membantu kanak-kanak menyampaikan keinginannya melalui gambar. Ini membantu kanak-kanak autisme berkomunikasi dengan baik. Sistem ABA menggunakan sistem ganjaran untuk kanak-kanak yang berjaya di dalam

20

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

tugasan yang di berikan. Dalam PECS, kanak-kanak akan mendapat ganjaran apabila mereka dapat menyampaikan keinginan melalui gambar.

Rajah 6.3.1- contoh alat PECS

Rajah 6.3.2- contoh pelaksanaan PECS

6.4-

Treatment

and

Education

of

Autistic

and

Related

Communication

handicapped Children (TEACCH) Pendekatan ini distrukturkan berdasarkan, persekitaran harus disesuaikan dengan kanak-kanak autisme dan bukan sebaliknya. Matlamat TEACCH adalah untuk menyediakan kemahiran yang perlu bagi kanak-kanak autisme memahami dunianya dan tingkah laku orang lain. Satu kajian telah menunjukkan bahawa kaedah ini berjaya membantu kanak-kanak autisme mempelajari sesuatu kemahiran dengan lebih pantas.

21

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

Kaedah ini dijalankan dengan cara guru-guru mengurangkan arahan verbal tetapi menggunakan kad bergambar seperti kad imbasan atau poster untuk menyampaikan maksud. Kad tersebut mempunyai perkataan atau nombor.

Gambar 6.4.1 menunjukkan contoh-contoh TEACCH

6.5-

Terapi Integrasi Sensori

Teori integrasi sensori diasaskan oleh jurupulih carakerja, A. Jean Ayres, Ph. D. Integrasi sensori wujud apabila otak menyusun maklumat yang diterima daripada deria. Bagi sesetengah orang, integrasi sensori tidak berlaku seperti yang sepatutnya. Bunyi dan penglihatan mungkin terlalu kuat, celaru atau mengganggunya berbanding orang lain. Mereka yang mengalami masalah gangguan integrasi mengalami masalah dengan imbangan dan koordinasi. Pakar fisioterapis dan jurupulih cara kerja yang dilatih dalam teknik integrasi sensori menyediakan pelbagai aktiviti untuk membantu kanak-kanak memproses maklumat yang diterima daripada derianya ke dalam kaedah yang biasa. Jurupulih carakerja boleh menyediakan rancangan latihan untuk ibu bapa melatih di rumah. Kanak-kanak perlu bermain dengan pelbagai tekstur seperti pasir, tanah liat atau krim pencukur, bermain buaian atau duduk di atas bola yang besar. Kaedah ini akan membantu meningkatkan kemahiran motor sensori di samping kemahiran motor halus ( memegang pensel, menggunakan gunting) dan kemahiran urus diri ( menggunakan butang , zip dan sudu ).

22

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

Rajah 6.5.1 menunjukkan contoh Integrasi Sensori

23

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

5.0-

RUMUSAN

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam kajian kes ini, autisme merupakan suatu ketidakupayaan yang tidak dapat disembuhkan. Namun begitu, individu autisme ini boleh dibantu melalui pendidikan yang terancang yang melibatkan pelbagai pihak atau disiplin. Kecelaruan tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini menunjukkan keunikan mereka berbanding kategori ketidakupayaan yang lain. Oleh sebab itu, intervensi awal sangat penting untuk dijalankan terhadap kanak-kanak autisme agar masalah yang dihadapi oleh mereka dapat dibetulkan lebih awal sebelum mereka memasuki alam persekolahan. Justeru, kerjasama antara ibu bapa dan guru hendaklah sentiasa erat terutamanya dalam menyediakan maklumat-maklumat berkaitan anak mereka kepada guru supaya program pendidikan yang sesuai dapat dirancangkan dengan mengambil kira keupayaan dan keperluan kanak-kanak autisme tersebut.

24

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

6.0-

RUJUKAN

6.1-

Liew Ping Yee dan Manisah Mohd Ali ( 2008 ). Amalan Program Intervensi Awal Kanak-Kanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 33 ( 2008 )19-33.

6.2-

K. A. Razhiyah ( 2008 ). Apa Itu Autisme?. PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd.

6.3-

Jamilia K. A. Mohamed ( 2005 ). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa.

6.4-

Hasnah Toran, Mohd. Hanafi Mohd. Yasin, Mohd. Mokhtar Tahar & Norani Salleh (2010). Tahap Latihan, Pengetahuan dan Keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas tentang Autisma. Jurnal Pendidikan Malaysia 35 (1)(2010) : 19-26.

6.5-

Kimberly A. Fournier , Chris J. Hass , Sagar K. Naik , Neha Lodha and James H. Cauraugh Motor Coordination in Autism Spectrum Disorders:A Synthesis and Meta-Analysis. Journal Autism Development Disorder (2010) 40:1227 1240.

6.6-

Promoting Social Skill Development in Children With Pervasive. J Autism Dev Disord (2010) 40:12091218

6.76.86.9-

Friend. Special Education Third Education (2011). Turnbull, Shank, Smith, Leal. Exceptional Lives 3rd edition (2002). Developmental Disorders: A Feasibility and Efficacy Study

6.10- Brief Report: Should the DSM V Drop Asperger Syndrome?. J Autism Dev Disord (2010) 40:11461148

25