kata tugas

Upload: karthiani-kalaipan

Post on 06-Jan-2016

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Buat anak-anak didikku, selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar. Semoga anda semua menjadi insan cemerlang.

Mari kita mulakan pelajaran Bahasa Malaysia dengan Kata TugasKata Tugasialah golongan perkataan selainKata Nama, Kata Kerja dan Kata Sifatyang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kata tugasialah sejenis kata yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu.Kata tugasbertugas sebagai penyempurna atau pelengkap sesuatu ayat. Tanpakata tugas, sesuatu ayat akan janggal dan tidak gramatis.Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama. Kata tugastidak membawa makna apa-apa jika wujud atau hadir bersendirian tanpa golongan kata lain seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif.Sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain.

Kata tugasdapat dibahagikan kepada 16 jenis berdasarkan tugas dan peranan yang dibawanya. Antaranya:

Kata Hubung ( dan,kecuali,serta,kerana,supaya) Kata Bilangan ( satu,setengah,kedua,bertiga-tiga) Kata Tanya ( siapa,apa,mengapa) Kata Sendi Nama ( dari,daripada, pada) Kata Perintah ( sila,jangan,usah) Kata Pangkal Ayat Kata Seru ( amboi,cis,wah) Kata Bantu ( telah,sudah,sedang,pernah,mahu,hendak) Kata Penguat(agak , paling, sangat, amat...) Kata Penegas (-kah,-tah,-lah,juga,pun,lagi) Kata Pemeri ( ialah,adalah) Kata Pembenar ( ya,benar,betul) Kata Nafi ( bukan,tidak) Kata Arah ( atas,hadapan,bawah,tepi,luar) Kata Penekan ( -nya-- Memberi penegasan bagi kata yang digandingi) Kata Pembenda ( -nya-- Menjadikan kata bukan nama sebagai kata nama)A. Kata Hubung

Kata Hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataanrangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat. Kata Hubung terbahagi kepada tiga jenis iaitu: (i) Kata Hubung Gabungan, (ii) Kata Hubung Pancangan, (iii) Kata Hubung Berpasangan. Dalam Bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu Kata Hubung Gabungan dan Kata Hubung Pancangan.Contoh Kata Hubung :ContohContoh

dan Lau dan Ah Lim berjiran.

kerana Aminah menangis kerana terlalu sedih.

apabilaMukanya pucat apabila dikejut oleh adiknya.

lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.

bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.

hingga Abang menonton televisyen hingga larut malam.

Jika Saya akan berpayung jika hujan.

agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.

Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina sebuah rumah yatim.

kecuali Semua murid hadir pada hari ini kecuali Kalai.

manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.

sambil Zalifah bernyanyi sambil menari.

sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.

semenjak Saya berkawan dengan Ali semenjak kecil.

sungguhpun Sungguhpun orang itu cacat, tetapi orang itu mampu berdikari.

supaya Belajarlah bersungguhsungguh supaya mendapat keputusan yang cemerlang.

walaupun Walaupun letih, kerja itu dapat diselesaikannya juga.

tetapi Badannya besar tetapi penakut.

Latihan Interaktif Kata Hubunghttp://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/latihan_3.htmB. Kata Sendi

Kata Sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam Bahasa Melayu.Kata Sendi Nama merupakankata depankepada kata nama dan frasa nama.

Kata tugas lain tidak membentuk frasa. Kata Sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.Kata Sendi Nama pula mempunyai pelbagai tugas.Antara kata Sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu seperti berikut:di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam,dan sebagainya.Sendi NamaTugas/contohContoh Ayat:

diMenunjukkan tempatMenunjukan perbuatanCikgu Nadia bekerjadisekolah itu.

keMenunjukkan tempat atau arah tujuan (Menunjukkan waktuMereka akankeIpoh esok.

dariMenunjukkan tempat atu arah datangMenunjukkan waktu atau masa

Ely datangdariKelantan

kepadaMenunjukkan sasaran/ditujukanMenunjukkan bahagian sesuatuMenunjukkan perubahan keadaanKita mesti hormat kepada ibu bapa.

daripadaMenunjukkan puncaMenunjukkan sumber atau asal sesuatuMenunjukkan perbandinganUkiran itu diperbuatdaripadaperak.

padaMenunjukkan tempat sesuatu perbuatanMenunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatuMenunjukkan keterangan waktuPey Wan tibapadapukul lapan malam

untukMenunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu)Menunjukkan sesuatu telah dikhaskanHadiah iniuntukmu

bagiMenunjukkan kegunaan sesuatuDermabagimangsa banjir sedang dipungut.

demimenunjukkan tujuanmenunjukkan urutanUntuk menegaskan sesuatuDemi anaknya, dia terpaksa keluar bekerja di luar negara.

tentangMenunjukkan rujukanMenteri-menteri itu berbincangtentang masalah negara.

denganMenunjukkan turut sertaMenunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukanMenunjukkan benda yang digunakanMenunjukkan persamaanDana memotong kek itu dengan pisau yang tajam.

sejak, semenjakMenjadi penanda waktu atau masaMilah sentiasa gembirasejak / semenjak suaminya pulang dari perantauan.

terhadapMenunjukkan rujukan yang tentuKita mesti taat terhadap negara kita.

olehMenunjukkan pembuat dalam ayat pasifMenunjukkan sebabKuih ini dibuatolehNadiah

akanMenunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektifDiana amat sayangakan / kepadaayahnya.

hingga, sampaiMenunjukkan had masa atau peringkatAbu belajarhingga / sampai peringkatuniversiti.

seperti, bagai, umpama, laksana, bakMenunjukkan perbandinganSuaranya merduseperti/ umpama /laksana / bagaibuluh perindu.

Latihan Interaktif Kata Sendi Namahttp://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm28.HTM