kata kunci ulasan nilai murni

Upload: hambali-ramlee

Post on 06-Jul-2015

139 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KATA KUNCI ULASAN NILAI MURNI/PENGAJARAN Kita mestilah _____________________________ _______________________. Selain itu, kita hendaklah ______________________________________. Kita juga perlulah _______________________________________. Selanjutnya kita haruslah _______________________ _________________. Akhir sekali, kita _____________ _______________________________.

CONTOH SOALAN DAN ULASAN.Tulis lima pengajaran / nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Syafiq sentiasa hadir menjalani latihan bola baling di sekolah pada setiap petang. Selesai sahaja sesi latihan, Syafiq mengayuh basikal terus menuju ke rumahnya. Tiba di pertengahan jalan, Syafiq hampir terlanggar seekor anak kucing yang kelaparan sedang mengiau-ngiau di tengah jalan. Tiba-tiba, timbul perasaan kasihan dalam hati Syafiq melihat anak kucing itu lantas membawanya pulang. Setibanya di rumah, Syafiq segera memberi anak kucing itu seekor ikan goreng dan semangkuk susu. Syafiq begitu gembira melihat anak kucing itu menjamu selera hidangan yang disediakannya. Syafiq kemudian memandikan anak kucing untuk menghilangkan kesan comot di badan kucing itu. Setelah bersih, maka terserlah kecomelan anak kucing itu. Timbul rasa sayang di hati Syafiq untuk memelihara anak kucing itu. Syafiq meminta persetujuan ibu bapanya untuk memelihara anak kucing itu. Setelah mendapat persetujuan ibu bapanya, Syafiq memelihara anak kucing itu dengan penuh kasih sayang dan memberi makanan secukupnya. Kini, anak kucing itu semakin sihat dan comel.

ULASAN:

Kita mestilah bertanggungjawab jika diberi tugas oleh guru atau ibu bapa kita. Selain itu, kita hendaklah menepati masa dengan segera pulang ke rumah sebaik-baik sahaja tamat sesi persekolahan dan latihan. Kita juga perlulah rajin menjaga kebersihan tidak kira sama ada untuk manusia atau haiwan. Selanjutnya kita haruslah mempunyai perasaan menyayangi haiwan. Akhir sekali, hormatilah ibu bapa dalam setiap tindakan kita seperti meminta izin sebelum melakukan sesuatu.