kata banyak makna

Upload: rohani-man

Post on 29-Oct-2015

108 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kata

TRANSCRIPT

  • Sasbadi Sdn. Bhd. i

    Bab 9 : Kata Banyak Makna & Kata Hampir Sama Makna

    Senarai Ekstra: Kata Hampir Sama Makna

    Kata Maknanya Ayat Contoh

    1. empuk

    2. lemau

    3. lembik 4. lembut

    1. mudah dikunyah (tentang makanan)

    2. tidak garing kerana sudah kena angin (biskut)

    3. tidak keras; lembut 4. tidak keras; lembik

    1. Ubi itu direbus lama-lama agar empuk sepenuhnya.

    2. Tutup tin biskut itu ketat-ketat supaya tidak lemau biskut itu, kata ibu kepadaku.

    3. Nasi yang dimasak kakak itu lembik.

    4. Tilam yang baru dibeli itu sungguh lembut.

    1. menyimbah

    2. menyiram

    3. merendam 4. merenjis

    1.menyiram dengan air sehingga basah

    2.mencurahkan cecair pada sesuatu

    3.menaruh sesuatu dalam air 4.memercikkan air pada

    seseorang atau sesuatu

    1. Budak itu menyimbah badan abangnya dengan air sehingga basah.

    2. Alia membantu ibunya menyiram pokok bunga.

    3. Abu merendam baju kotornya. 4. Saya merenjis pengantin itu

    dengan air mawar.

    1. menganyam

    2. memilin 3. menenun

    4. menyulam

    1. menyusun sesuatu agar bersilang-silang 2. memintal tali 3. membuat kain daripada

    benang 4. menjahit perhiasan pada

    kain

    1. Kakak mahir menganyam tikar. 2. Mereka memilin sabut untuk

    dibuat tali. 3. Jamilah diajarkan cara-cara

    menenun kain songket. 4. Salmiah menyulam corak batik

    pada baju kurungnya.

    NEXUS VISTA BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4 , 5, & 6

    Muka Surat 101 (Senarai Ekstra: Kata Hampir Sama Makna)

    Bahan-bahan Suplemen

  • Sasbadi Sdn. Bhd. ii

    1.melulur 2.meneguk 3.menelan

    4.menghisap

    1. menelan bulat-bulat 2. menelan benda cair 3. memasukkan sesuatu ke

    dalam perut melalui kerongkong

    4. menyedut sesuatu ke dalam perut

    1. Ular sawa itu melulur seekor kambing.

    2. Mereka meneguk air sebelum berbual.

    3. Wajahnya berkerut semasa menelan ubat itu.

    4. Kupu-kupu menghisap manisan bunga.

    1.terjelepok 2.terperosok

    3.tersungkur

    4.terjunam

    1. jatuh terduduk; tersepuk 2. jatuh ke dalam lubang;

    terperlus 3. jatuh ke depan serta muka

    terkena tanah; tersembam 4. jatuh kepala dahulu

    1. Noni ketawa terbahak-bahak apabila melihat sepupunya itu terjelepok di muka pintu.

    2. Kakinya terperosok ke dalam lubang ketika dia berlari di situ.

    3. Pelari yang menjuarai acara larian itu tersungkur sebaik sahaja melepasi garisan penamat.

    4. Jet tentera musuh itu terjunam ke laut sebaik sahaja terkena tembakan meriam tentera pejuang.

    1.bolak-balik

    2.lalu-lalang

    3.mundar-mandir

    4.pindah-randah

    1. pulang dan pergi lagi; ulang-alik

    2. banyak kali lalu; keluar masuk

    3. berjalan pergi balik; berulang alik

    4. selalu bertukar tempat

    1. Abang bolak-balik ke tempat kerjanya dengan menunggang motosikal.

    2. Beberapa orang pemuda yang muka tembok itu suka mengganggu gadis-gadis yang lalu-lalang di situ.

    3. Cikgu Mustafa mundar-mandir di dalam bilik darjah.

    4. Keluarganya kerap pindah-randah dari negeri ke negeri yang lain kerana bapanya bertugas sebagai anggota tentera.

    NEXUS VISTA BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, & 6

    Muka Surat 101 (Senarai Ekstra: Kata Hampir Sama Makna)

    Bahan-bahan Suplemen