KATA ALU-ALUAN
YANG BERHORMAT MENTERI
KESIHATAN
DI SESI MUZAKARAH ANTARA
KEMENTERIAN KESIHATAN
BERSAMA YANG BERHORMAT
AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT
NEGARA
PADA
HARI SABTU
20 RABIULAKHIR 1437
BERSAMAAN
30 JANUARI 2015
Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak,
Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
1
الحمد هلل رب العالمين
والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين
سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
ته وبركا هللا ورحمة عليكم السالم
Salam Sejahtera
Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara
Rakan-Rakan dari Kementerian Kesihatan
Rakan-Rakan Media
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang kaola/saya hormati
1. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala
kerana dengan limpah rahmat, taufik serta keizinan-Nya jua
Majlis Sesi Muzakarah dapat diungkayahkan antara Kementerian
Kesihatan dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat
Negara pada pagi ini.
2
2. Abis Kaola / Saya terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat diatas kesudian hadir ke
sesi muzakarah ini. Semoga peluang pencambahan fikiran ini akan
dapat membawa manfaat yang besar kepada kita semua dalam
memantapkan dan mengukuhkan lagi tahap serta kualiti
perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini.
3. Alhamdulillah, Kerajaan di bawah pemerintahan dan kepimpinan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan sifat
keprihatinan, pemedulian serta komitmen Baginda, sentiasa
mengambil perhatian berat akan kesejahteraan rakyat dan
penduduk di negara ini termasuklah perkhidmatan penjagaan
kesihatan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat
4. Dalam keadaan negara menghadapi cabaran ekonomi global yang
tidak menentu; dan dihambat lagi oleh kedudukan fiskal yang
mengalami defisit, sektor penjagaan kesihatan sewajarnya jua
mempunyai peranan penting dalam menangani kemelut ini.
Kemajuan sesebuah negara itu sebenarnya perlu diukur bukan
saja dari faktor ekonomi (seperti melalui pendapatan per kapita),
bahkan perlu meliputi aspek lain seperti sosial, kebudayaan,
kesihatan dan alam sekitar. Oleh itu, adalah penting bagi kita
3
menyedari yang sektor penjagaan kesihatan juga mempunyai
peranan signifikan dalam menyumbang kepada pertumbuhan,
kestabilan dan kedayatahanan sosio-ekonomi negara.
5. Untuk menyahut cabaran ini, Kementerian Kesihatan telah
menilai semula pencapaian yang diperolehi dalam meningkatkan
tahap kesihatan di negara ini. Alhamdulillah, semenjak 20 tahun
kebelakangan, kadar jangkahayat penduduk negara ini telah
meningkat secara purata daripada 74 tahun kepada 78 tahun.
Dalam pada itu, nisbah kematian ibu (maternal mortality ratio) di
Negara Brunei Darussalam pada 2014 adalah yang ke 2 terendah
di ASEAN dan kadar kematian kanak-kanak dibawah 5 tahun
(under 5 mortality rate) bagi setiap 1,000 kelahiran (livebirths)
pada 2014 ialah 9 orang yang mana, Alhamdulillah adalah lebih
baik daripada sasaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United
Nations) melalui inisiatif Matlamat Pembangunan Berdayatahan
(Sustainable Development Goals) iaitu untuk mengurangkan kadar
kematian kanak-kanak dibawah 5 tahun kepada 25 orang bagi
setiap 1,000 kelahiran menjelang 2030.
6. Walau bagaimanapun, pencapaian-pencapaian ini bukanlah
bermakna kita dapat bersikap leka (complacent). Kita mestilah
sentiasa peka dan terus bersedia dan merancang untuk
menangani cabaran-cabaran kesihatan dan apa jua kemungkinan
yang tidak dijangka mulai sekarang. Sudah setentunya
4
perkembangan dan kemajuan yang telah dicapai akan
memberikan implikasi dan pengaruh besar kepada halatuju
dasar-dasar kesihatan di masa akan datang.
7. Dalam era globalisasi ini, kita perlulah jua sentiasa bersedia
untuk berubah (evolve) dan tidak semestinya berpaut kepada
cara lama dalam menghadapi cabaran-cabaran yang bersifat
dinamik lagi kompleks (multi-faceted). Sesungguhnya, kita
perlukan perubahan minda (mindset change) dan tidak dapat lagi
bersikap ‘business as usual’.
8. Ini adalah bertepatan dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali
ke 22 pada 24 November 2015. Baginda telah menekankan
kepada budaya suka berubah – dimana jika budaya ini gagal
diterapkan, maka agensi-agensi kerajaan tidak akan dapat
memperkemas kerja masing-masing kearah yang lebih baik dan
cemerlang.
9. Dalam konteks kesihatan, perubahan adalah mustahak
memandangkan adanya cabaran-cabaran seperti perubahan
demografi penduduk dan peningkatan penyakit-penyakit kronik
tidak berjangkit (non-communicable diseases - NCDs). Peningkatan
NCDs sangat membimbangkan kerana ianya adalah punca utama
kematian di negara ini. Cabaran-cabaran ini ditambah pula
5
dengan ancaman melalui kemunculan penyakit-penyakit
berjangkit yang baru (Ebola, MERS-CoV, Zika) dan juga yang
lama (saperti TB). Kita mestilah bersikap proaktif dan sentiasa
bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran yang mendatang.
Kesemua ini perlu ditangani dengan lebih efisyen, inovatif dan
berkesan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat
10. Sehubungan ini jua, Kementerian Kesihatan kini sedang berusaha
ke arah penyediaan penjagaan kesihatan yang lebih optima
dengan memberikan nilai tambah bagi memastikan pelanggan
akan terus menerima rawatan yang terbaik. Untuk mencapai
hasrat ini, Kementerian Kesihatan telah mengambil pendekatan
“kembali kepada asas” atau back to basics dengan menilai
semula perkara-perkara saperti:
i. Apakah visi, misi dan tujuan Kementerian Kesihatan
dalam konteks masa ini dan akan datang;
ii. Siapakah pelanggan (customer) sebenar;
iii. Apakah ekspektasi pelanggan (customer expectations);
iv. Bagaimanakah prestasi Kementerian Kesihatan sejauh ini;
dan
v. Apakah perancangan dan pelan selanjutnya.
6
11. Dalam pada itu, bagi mencapai visi “Bersama Kearah Warga
Sihat”, Kementerian Kesihatan juga akan terus memberi
keutamaan kepada sistem penjagaan kesihatan yang berkualiti
tinggi iaitu – selamat (safe), tepat pada masanya (timely),
komprehensif, kos-efektif, responsif, mampu dibiayai (affordable),
saksama (equitable) dan mudah diperolehi (accessible) oleh
semua di negara ini, dengan menerapkan 4 nilai-nilai teras warga
Kementerian Kesihatan iaitu Pelanggan Diutamakan
(pelanggan mendefinasikan kami); Bersepadu (bersatu dengan
satu tujuan yang sama); Cemerlang (mengekalkan tahap
profesionalisme yang tertinggi dimana semua pihak diutamakan
dan perkhidmatan berkualiti tinggi diberikan pada setiap masa);
dan Dinamik (menerima perubahan, membangunkan sumber
tenaga manusia yang ada melalui minda yang sentiasa
berkembang [growth mindset] dan sentiasa mengambil peluang
untuk membuat pembaikan).
12. Dengan ini, fokus utama Kementerian Kesihatan dalam masa
yang terdekat ialah peningkatan tahap pengalaman pelanggan
(enhancing customer experience). Usaha ini akan meliputi
beberapa aspek saperti:
i. Memperbaiki lagi ihsan asas (basic courtesy);
ii. Mengurangkan masa menunggu;
7
iii. Memastikan bekalan ubat-ubatan dan khidmat asas tersedia;
iv. Meningkatkan kualiti dan reputasi para warga Kementerian
Kesihatan; dan
v. Memantapkan lagi kualiti pemberian perkhidmatan melalui
penyatuan perkhidmatan, kemudahan serta infrastruktur
(consolidation of services, facilties and infrastructure) yang
sedia ada.
13. Kearah ini jua, Kementerian Kesihatan sedang meneliti dan
menilai beberapa langkah alternatif untuk menyediakan kualiti
perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih tinggi lagi inovatif
mengikut piawaian dan amalan-amalan terbaik di peringkat
antarabangsa termasuklah melalui pemberian perkhidmatan yang
lebih bersepadu (integrated) melalui koloborasi dengan pihak-
pihak tertentu termasuklah pembekal penjagaan kesihatan
swasta.
14. Perkara ini bukanlah perkara baru, malahan ianya telah mula
dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu dimana Kementerian
Kesihatan telah bekerjasama rapat dengan pihak swasta seperti
Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (GJPMC) dan juga
pusat kecemerlangan kesihatan Kerajaan yang bukan di bawah
Kementerian Kesihatan seperti The Brunei Cancer Centre
(TBCC), dan Brunei Neuroscience and Stroke Rehabilitation
8
Centre (BNSRC). Usaha ini adalah penting dalam melahirkan
pusat-pusat kecemerlangan (centres of excellence) kesihatan di
negara ini yang mana telah membuahkan nilai tambah dan hasil
yang sangat positif dari segi klinikal (clinical outcomes) dan
kepuasan pelanggan.
15. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis
Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari
Musim Permesyuaratan ke-11 Bagi Majlis Mesyuarat
Negara 2015 telah bertitah bagi semua pihak menitikberatkan
perbelanjaan berhemah dan value for money.
Ahli-Ahli Yang Berhormat
16. Kementerian Kesihatan menjunjung tinggi titah KDYMM ini
apatah lagi memandangkan tren kos rawatan perubatan yang
semakin meningkat dari tahun ke setahun terutamanya bagi
merawat penyakit-penyakit kronik tidak berjangkit (NCDs).
Sudah setentunya perkara ini perlu ditangani lebih awal melalui
langkah-langkah pencegahan penyakit serta promosi kesihatan
secara holistic dan kos-efektif. Sehubungan dengan ini, Abis
Kaola / Saya ingin menyeru pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat
untuk sama-sama memikul tanggungjawab dan memainkan
9
peranan masing-masing dalam meningkatkan kesedaran awam
(public awareness) tentang kepentingan untuk menjaga kesihatan
dan menekankan bahawa kesihatan adalah peranan semua (health
is everyone’s business). Disamping itu juga, Kementerian ini akan
terus giat berusaha bagi meningkatkan penglibatan dan
kerjasama pelbagai stakeholder dari agensi-agensi kerajaan dan
bukan kerajaan, sektor swasta, masyarakat serta orang awam
untuk sama-sama bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan
dan mempastikan kesihatan diberi perhatian dalam semua dasar
(health in all policies).
17. Ini adalah juga pada menjunjung tinggi Titah Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam sempena Rombakan Keahlian
Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet pada 22
Oktober 2015 yang mana Baginda menekankan akan perlunya
kita berperanan sebagai satu pasukan yang mempunyai matlamat
yang sama iaitu untuk memakmurkan negara.
18. Kemakmuran dan pembangunan negara memerlukan kita
menjaga dan memelihara aset yang paling penting iaitu warga
yang sihat dari segi fizikal dan mental. Memanglah tidak
dapat disangkalkan bahawa mengubah cara hidup seseorang
kepada yang mengutamakan kesihatan adalah sesuatu yang
10
mencabar dan sukar dibuat. Akan tetapi Abis Kaola / Saya
percaya dengan adanya persepaduan diantara kesemua pihak
yang berkepentingan, segala cabaran ini akan dapat kita tempuhi
dan tangani dengan jaya, In sha Allah. Apa yang perlu ialah
kesediaan kita untuk sama-sama menanai dan memikul
tanggungjawab untuk menjadikan cara hidup sihat sebagai
kebiasaan (norm) kepada setiap lapisan masyarakat.
19. Alhamdulillah, dengan berkat Daulat, kepimpinan bijaksana dan
kewibawaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
yang berwawasan lagi berpandangan jauh kehadapan, serta
dengan wujudnya strategi-strategi kesihatan negara, kita telah
dapat memenuhi sasaran MDGs atau Millennium Development
Goals yang mana adalah satu inisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (United Nations). Ini juga selanjutnya akan menambahbaik
dan mempertingkatkan pencapaian negara ke arah Matlamat
Pembangunan Berdayatahan (Sustainable Development Goals)
terhadap kesihatan yang bertemakan “Memastikan Kehidupan
Yang Sihat dan Mempromosi Kesejahteraan Bagi Semua
Peringkat Umur” (Ensure Healthy Lives And Promote Well-Being
For All At All Ages).
11
Ahli-Ahli Yang Berhormat
20. Sebagai kesimpulan, Kementerian Kesihatan akan terus berusaha
dalam memberikan khidmat dan kualiti perkhidmatan kesihatan
yang tinggi, efektif dan inovatif sesuai dengan keperluan pada
masa ini dan akan datang. Dalam tempoh 5 tahun ini,
Kementerian Kesihatan akan memberikan fokus kepada tiga
strategic priorities:
i. Pengawalan penyakit-penyakit kronik tidak berjangkit
(NCDs). Kita perlulah berusaha dengan amat gigih
bersama-sama untuk mencegah permulaan NCDs
terutamanya NCDs yang pra-matang. Berbanding dengan
intervensi penyembuhan ataupun terapeutik, pencegahan
adalah lebih penting kerana ianya akan memastikan rakyat
dan penduduk Brunei Darussalam akan menikmati kualiti
hidup yang tinggi dan produktif yang akan menjana kepada
kesejahteraan sosio-ekonomi negara disamping
meringankan beban kewangan bagi membiayai kos
rawatan.
ii. Penyepaduan dan pensejajaran (consolidation and
alignment) khidmat kesihatan demi memberikan nilai
tambah kepada para pelanggan ataupun orang awam dan
mengurangkan pembaziran (wastages);
12
iii. Memperkukuhkan lagi usaha penjagaan kesihatan di
Negara ini bersama semua pihak berkepentingan
(stakeholders) dari semua peringkat Kerajaan, swasta, dan
lapisan masyarakat khususnya setiap individu agar sama-
sama bertanggungjawab (shared responsibility) dan komited
sepenuhnya dalam menjaga dan memelihara kesihatan
masing-masing. Kementerian Kesihatan dalam hal ini akan
terus mengamalkan pendekatan secara terbuka dan
mendengar apa jua pandangan penduduk dan rakyat di
negara ini. Dalam pada itu, kerjasama erat Ahli-Ahli Yang
Berhormat sebagai pemimpin di peringkat akar umbi
(grassroot leaders) adalah kunci dalam sama-sama
menangani apa jua isu-isu yang timbul dan mencari
penyelesaian secara penuh terbuka dan kolektif.
Pendekatan bersepadu dari semua pihak ini ataupun whole
of nation approach adalah sesuai dengan visi Kementerian
Kesihatan iaitu ‘Bersama Ke Arah Warga Sihat’.
21. Akhir kata, bagi pihak Kementerian Kesihatan, Abis Kaola / Saya
sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian
Ahli-Ahli Yang Berhormat hadir pada Sesi Muzakarah ini. Apa jua
pandangan dan nasihat yang berkaitan dengan kesihatan adalah
amat dialu-alukan dan sokongan padu ini sudah setentunya akan
menyuntik dan menyemarakkan lagi semangat warga
13
Kementerian Kesihatan untuk terus berjuang dalam memajukan
bidang kesihatan di negara ini.
Sekian
والهداية التوفيق وباهلل
والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته