kata alu-aluan pengetua

2

Click here to load reader

Upload: raeisz

Post on 14-Dec-2015

62 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Kata Alu-Aluan Pengetua

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Alu-Aluan Pengetua

KATA ALU-ALUAN PENGETUA

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera…..

Saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga atas penerbitan majalah D’Persada edisi ke-10

tahun 2013. Kejayaan penerbitan ini hasil gemblingan tenaga dan komitmet yang tidak berbelah bahagi

daripada pihak Sidang Redaksi.

Majalah D’Persada sememangnya menjadi wadah rasmi sekolah dalam menterjemahkan pelbagai

aktiviti dan pencapaian yang digapai oleh warga sekolah sepanjang tahun ini. Justeru, majalah ini juga

menjadi medan murid-murid dan guru-guru merakamkan bakat terpendam mereka untuk tatapan

warga sekolah. Harapan saya, majalah ini akan membuka ruang yang luas kepada anak didik untuk

mengetengahkan bakat yang ada apabila berada di luar sekolah nanti. Semoga nanti, anak-anak didik

SMKBP dapat menongkah arus dalam membina kehidupan sebenar setelah menamatkan persekolahan.

Mutakhir ini, sistem pendidikan negara berkembang dengan pelbagai dasar yang diperkenalkan. Pada

hemat saya, sebagai warga sekolah sama ada pentadbir, guru atau murid, malah ibu bapa seharusnya

cakna dengan perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan agar kelangsungan pendidikan anak-anak

akan terus dimantapkan. Dasar pendidikan melalui KSSR dan KSSM pada masa ini menekankan bukan

sahaja pencapaian dari segi pengetahuan, malahan aspek kemahiran, sahsiah, serta nilai budi pekerti

diambil kira bagi melahirkan murid-murid yang berketrampilan dalam semua aspek.

Oleh hal yang demikian, saya berharap agar peluang dan ruang yang ada di SMKBP ini digunakan

sepenuhnya oleh para murid agar dapat menjadi insan kamil, pencetus kegemilangan negara pada masa

hadapan. Teruskan mara Damai, agar unggul menjadi juara!

Sekian, terima kasih

PUAN RUGAYAH BINTI DAWOOD

Pengetua

SMK Bandar Persada