kat a log bahan-bahan sudut wira - pnm · muka surat h.25. persidangan ke-14 wi layah faa 12 untuk...

40
KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira

Upload: others

Post on 07-Nov-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

KAT A LOG

~ BAHAN-BAHAN

sudut wira

Page 2: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan
Page 3: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

KATALOG BAHAN-BAHAN SUDUT WIRA

TUN HUSSEIN ONN

. EDISI II

ARKIB NEGARA MALAYSIA 1995

Page 4: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

e 1995 Arkib Negara Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan menerbitkan sernula mana-mana bahagian daripada terbitan ini dalam apa juga bentuk atau cara samada secara elektronik atau mekanik, termasuk fotokopi, rakaman, atau cara lain tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Katalog bahan-bahan sudut wira Tun Hussein Onn. ISBN 967-912-043-0 1. Hussein Onn, Tun, 1922-1990. 2. Prime Ministers--Malaysia-Bibliography. 016.923209595

Aturhuruf oleh : Sooners Enterprise Dicetak oleh : Peroatakan Watan Sdn. Bhd.

Page 5: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Pendahuluan viii

C. BIOGRAFI - TUN HUSSEIN ONN (AHO)

H.1. Tun Hussein Onn bersama ahli keluarga 4

H.4. Akademi Tentera, Dehra Dun, India, 4 1941 - 1942

H.5. Hussein Onn di Akademi Tentera, Dehra 4 Dun, India, 1940 - 1942

H.6. Kata-kata hikmat di tangga Akademi 5 Tentera, Dehra Dun, India

H.7. Upacara Mengangkat Sumpah sebagai 5 Menteri, 1970

H.B. Dato' Hussein Onn merasmikan Mesyuarat 5 Pertama Majlis Kebudayaan Melayu, 1971

H.9. Seminar Pelajaran Untuk Rakyat, 1971 5

H.l0. Dato' Hussein Onn dikunjungi oleh tujuh 6 orang Pakar Istilah Ejaan Indonesia, 1972

H.ll. Penganugerahan Cokmar Universiti 6 Kebangsaan Malaysia, 1973

H.12. Seminar Pentadbiran Tanah Negara 7 Kedua, 1973

iii

Page 6: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

KANDUNGAN

MUKA SURAT

H.13. Mesyuarat Maj lis T anah Negara, 7 1975

H.14. Dato' Hussein Onn dilantik menjadi 8 Perdana Menteri, 1976

H.15. Mesyuarat Kabinet Pertama Dato' 8 Hussein Onn, 1976

H.16. Dato' Hussein Onn bersama Ketua-Ketua 9 Kerajaan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), 1976

H.17. Dato' Hussein Onn menandatangani 9 Perisytiharan Bali, 1976

H.18. Dato' Hussein Onn menerima Ijazah 10 Kehormat Doktor Undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia, 1976

H.19. Dato' Hussein Onn Melawat Republik 11 Arab Mesir, 1977

H.20. Lawatan Rasmi ke Jepun, 1977 11

H.21. Lawatan Rasmi ke Jepun, 1977 11

H.23. Dato' Hussein Onn menyambut 11 ketibaan Perdana Menteri Australia, 1978

H.24. Dato' Hussein Onn di hari membuang 12 undi di Pilihanraya Umum ke-6, 1978

iv

Page 7: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

KANDUNGAN

MUKA SURAT

H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978

H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan Rakyat, 1978

H.27. Data' Hussein ann meraikan kanak-kanak 13 cacat di Sri Taman, 1978

H.28. Lawatan rasmi Naib Perdana Menteri 13 Republik Rakyat China, 1978

H.29. Persidangan Antara Kerajaan Mengenai 14 Dasar~asar Komunikasi di Rantau Asia dan Oceania, 1979 (ASIACOM)

H.30. Lawatan rasmi ke Republik Rakyat China, 14 1979

H.3l. Data' Hussein Onn melawat Tembok Besar 15 Negeri China, 1979

H.32. Upacara Penutup Muktamar Islamiah bagi 15 Tenggara Asia dan Rantau Pasifik, 1980

H.33. Lawatan rasmi ke Terengganu, 1980 16

H.34. Upacara menandatangani Perjanjian 16 Kerjasama ASEAN-EEC, 1980

H.35. Perasmian Kongres Ketujuh Pertubuhan 17 Kawasan Timur Bagi Perancangan dan Perumahan (EAROPH), 1980

H.36. Hari Bel ia Negara, 1980 17

v

Page 8: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

KANDUNGAN

MUKA SURAT

H.37. Mesyuarat Agung Persatuan Sejarah 18 Malaysia, 1980

H.38. Perhimpunan Agung UMNO ke-31, 1980 18

H.40. Upacara Perasmian Musabaqah Membaca 18 AI-Quran Peringkat Kebangsaan di Stadium Merdeka, 1980

H.41. Lawatan Perdana Menteri Samoa Barat 19 ke Malaysia, 1980

H.42. Upacara Meletakkan Batu Asas Kompleks Pusat 19 Islam, 1980

H.43. Upacara Menepung Tawar Kapal Baru Tentera 19 Laut Diraja Malaysia, KD Sri Indra Sakti, 1980

H.44. Data' Hussein Onn mengumumkan Rancangan 20 Hakmilik Saham Milikan Ker~jaan kepada Bumiputera, 1981

H.4S. Data' Hussein Onn sewaktu membentangkan 20 Rancangan Malaysia Keempat di Dewan Rakyat, 1981

H.46. Data' Hussein melancarkan Skim Amanah 21 Saham Nasional, di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala lumpur, 1981

H.47. Pemeriksaan Perbarisan Kebangsaan St. John 22 Ambulans, 1980

vi

Page 9: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

KANDUNGAN

MUKA SURAT

H.48. Data' Hussein Onn merasmikan Mesyuarat 22 Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru, 1981

H.49. Data' Hussein Onn di Upacara Perletakan 23 Batu Asas Kompleks Bangunan UMNO, 1981

H.SO. Data' Hussein Onn di Perhimpunan Agung 23 UMNO ke-32, 1981

H.S1. Ucapan Dato' Hussein Onn, Presiden UMNO 24 Malaysia di Perhimpunan Agung UMNO Kali Yang Ke-32, Kuala Lumpur, 26 Jun 1981

H.S2. Data' Hussein Onn menerima gelaran 24 'Tun', 1981

H.SS. 'Barisan Nasional Digugat dan Digigit' 25 oleh Subky Latif diterbitkan oleh Syarikat Usahasama Farook Subky, 197~, 166 muka surat

H.S7. 'Hussein Onn dengan Era Baru' oleh Aziz 25 Zakaria Ahmad diterbitkan oleh Firma Malaysia Publishing, 1979, 106 muka surat

H.60. 'Rancangan Malaysia Keempat 1981 - 1985' 25 diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, 1981, 13 muka surat

H.63. Suratcara Perlantikan sebagai Perdana 26 Menteri, 1976

vii

Page 10: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

PENDAHULUAN

Saya berasa syukur dan amat bangga kerana Jabatan ini telah berjaya mengeluarkan edisi kedua siri katalog Sudut Wira. Katalog ini adalah sebagai panduan kepada pelawat-pelawat yang melawat ke Sudut Wira Jabatan ini terutamanya kepada penuntut-penuntut sekolah yang mengambil bahagian dalam Kuiz Perdana. Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk mempamerkan sebahagian daripada bahan-bahan tokoh negara iaitu YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Hussein Onn, dan Y AS Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Sejumlah 154 entri dimuatkan dalam terbitan ini yang mengandungi gambar, dokumen dan bahan objek berhubung dengan tokoh tersebut Katalog ini memberi maklumat mengenai koleksi tokoh-tokoh yang ada di Arkib Negara.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Pegawai dan Kakitangan Sahagian Arkib Perdana Menteri yang telah menyediakan katalog ini dan terima kasih kepada pegawai di Unit. Penerbitan dan Percetakan, Cawangan Dokumentasi dan Penerbitan yang telah berusaha menerbitkan edisi kedua ini.

DATO' ZAKIAH HANUM Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia

lOgos 1995

viii

Page 11: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

Penyunting

Penyusun

Pembantu

Jurutaip

Penyunting

Ahli Kumpulan Kerja

Edisi I (1990)

Puan Wan Jamilah H. Rahman

Puan Faridah Ishak

Puan Hasnah Abu Puan Rehan Harun Puan Saufi Abd. Rahman Puan Wan Rasnani Wan Othman

Puan Sa'diah Abd. Aziz

Edisi II (1995)

Puan Morni Haran

ix

Page 12: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan
Page 13: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

c. BIOCRAFI TUN HUSSEIN ONN (AHO)

Hussein bin Onn dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru. Beliau adalah anak sulung Dato' Onn bin Ja'afar dan Datin Halimah binli Hussein yang mempunyai lapan orang anak iaitu empat lelaki dan empat perempuan. Beliau mendapat pendidikan awal di Singapura dan pelajaran menengahnya di English College, Johor Bahru. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam pasukan Timbalan Selia Negeri Johor. Pada awal tahun 1941, beliau dihantar ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hyderabad ke-19 di India.

Apabila Perang Dunia Kedua meletus, beliau berkhidmat di Timur Tengah dan apabila perang tamat beliau dihantar ke India di Bahagian Perisik Tentera di Markas Tentera, New Delhi. Memandangkan pengalamannya yang luas, pihak British melantiknya menjadi jurulatih di Pusat Rekrut dan latihan Polis Malaya di Rawalpindi. Ketika itu beliau telah berpangkat Kapten.

Beliau balik ke Malaya pada tahun 1945 dan bertugas sebagai Komanden Polis Depot, Johor Bahru. Selepas enam bulan di dalam perkhidmatan tentera di Malaya, beliau memasuki perkhidmatan Kerajaan di dalam Perkhidmatan Pentadbiran Melayu, sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Daerah Segamat dan kemudian sebagai Pegawai Daerah di Kuala Selangor dan Kelang. Kelika itu British sedang mengemukakan dasar Malayan Union dan Dato' Onn sendiri memainkan peranan penting menentang Malayan Union dengan menubuhkan UMO (United Malay Organization) dan seterusnya UMNO (United Malays National Organization).

Melihatkan perjuangan bapanya, Hussein Onn telah meletakkan jawatannya sebagai Pegawai Daerah untuk turut serta dalam kegiatan politik UMNO. Data' Onn telah memberikannya tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dikenali sebagai Pergerakan Pemuda UMNO dan seterusnya dal"am tahun 1950, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha

Page 14: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

Agung UMNO dan bertugas sepenuh masa. Tempatnya sebagai Ketua Pemuda UMNO diserahkan kepada Abdul Razak bin Hussein (Tun). Beliau juga telah dilantik menjadi anggota Majlis Undangan Negeri Johor dan Majlis Undangan Persekutuan. Semasa darurat, beliau dilantik menjadi Pegawai Penjaga Pasukan Kawalan Kampung di Johor. Beliau keluar dari UMNO mengikut bapanya apabila usul bapanya untuk membolehkan orang-orang bukan Melayu diberi keahlian dalam UMNO ditolak. Selepas itu beliau dan bapanya menubuhkan Parti Kemerdekaan Melayu tetapi tidak mendapat sambutan.

Pada tahun 1948, beliau telah pergi ke London untuk belajar undang­undang di Lincoln's Inn, England dan telah lulus sebagai seorang peguam pada tahun 1958. Pad a tahun 1968, atas desakan Tun Abdul Razak, Hussein Onn telah kembali menyertai UMNO. Pada bulan Jun 1969, beliau telah dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Kerja UMNO. Dalam tahun yang sama juga, beliau telah memenangi pilihanraya umum di kawasan Parlimen Johor Bahru Timur dan beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 23 September 1970. Sebagai Menteri Pelajaran, beliau telah menghadapi beberapa isu penting yang berkaitan dengan pelajaran. Masalah yang beliau hadapi ialah masalah keciciran di kalangan penuntut-penuntut sekolah. Semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran satu perjanjian antara Malaysia dan Indonesia mengenai sistem ejaan baru telah diadakan di Kuala Lumpur. Dalam tahun 1972, Hussein Onn telah dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO dan pada bulan November 1972 beliau telah mendapat anugerah pingat Seri Paduka Maharaja Johor dari D.Y.M.M. Su1tan Johor yang membawa gelaran Dato'.

Pada 13 Ogos 1973, Dato' Hussein Onn telah dilantik meAjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan tempat Allahyarham Tun Dr. Ismail. Beliau juga telah dilantik memegang jawatan Men.teri Kewangan dan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam. Pada 14 Januari 1976, Dato' Hussein Onn telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-3 menggantikan Allahyarham Tun Abdul Razak. Langkah pertama yang beliau lakukan sebagai Perdana Menteri ialah pengumuman kabinet baru pad a bulan Mac 1976. Sebagai satu langkah baru yang akan memeranjatkan setengah pihak, beliau telah memberi peluang yang meluas kepada tokoh-tokoh politik muda di dalam UMNO untuk

2

Page 15: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

memegang jawatan-jawatan penting di dalam kabinet. Mengenai Dasar Luar Negeri seperti juga dengan pemimpin-pemimpin sebelumnya, Data' Hussein Onn terus mengadakan perhubungan yang baik antara Malaysia dengan Negara-negara Luar termasuklah negara Barat dan lain-lain anggota ASEAN.

Dalam tahun 1979, Data' Hussein Onn telah melancarkan Rancangan Malaysia ke-3 Peringkat Kedua dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Salah satu·program di bawah Rancangan ini adalah untuk menambahkan peluang orang-orang Melayu dan kaum Bumiputera lain dalam pemilikan modal sa ham di sektor syarikat. Pada 9 Januari 1981, Dato' Hussein Onn telah mengumumkan pindaan Hak Milik Saham Milikan Kerajaan kepada bumiputera yang dilaksanakan melalui Skim Amanah Saham Nasional yang dikendalikan oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera. Melalui rancangan ini satu kemajuan telah dicapai dalam usaha Kerajaan menuju ke matlamat perpaduan negara dengan mengimbangkan kedudukan antara kaum. Pada bulan April 1981, Data' Hussein Onn telah merasmikan pelancaran Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang kemudiannya mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat.

Dalam tahun 1981, beliau menghadapi gangguan kesihatan. Beliau telah mendapat rawatan di luar negeri. Walaupun rawatan itu berjaya, beliau merasakan keadaan kesihatannya tidak lagi membenarkan beliau untuk bergerak cergas di dalam politik. Oleh itu beliau mengambil keputusan untuk bersara. Dengan keputusan di atas pada 17 Julai 1981, Date' Hussein Onn telah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau telah digantikan oleh Y.A.B. Data Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Sebagai tanda penghargaan negara ke atas jasa-jasa beliau, D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke VII telah menganugerahkan beliau Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun pada 16 Julai 1981.

3

Page 16: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

H.l. Tun Hussein Onn Bersama Ahli Keluarga

Tun Hussein Onn bergambar bersama-sama ahli lceluarganya. Duduk dari kiri Ice kanan ialah Harris Hussein Onn, Tun Hussein Onn, Toh Puan Suhaila dan Rosita Halina Hussein

Berdiri dari kiri ke kanan ialah Roziah Hanis Hussein, Roquiah Hanum Hussein, Hishamuddin Hussein dan Surayah Hani Hussein. Sumber: AHO G. 557

H.4. Akademi Tentera, Dehra Dun, India, 1941-1942

Pada tahun 1941, Hussein bin Onn telah dihantar mengikuti kursus ketenteraan di Akademi Tentera, Dehra Dun, India. Kursus tersebut memakan masa selama 2 tahun dan beliau telah ditauliahkan pada tahun 1942. Kelihatan dalam gambar nombor 3 dari kanan ialah Hussein bin Onn dan juga Ibrahim Ismail (lcemudian menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Ibrahim Ismail) di kiri sekali. Bangunan di belakang ialah Akademi Tentera, Dehra Dun, India. Sumber: AHO G. 552

H.5. Hussein Onn Di Akademi Tentera, Dehra Dun, India, 1940-1942

Hussein Onn amat meminati perkhidmatan angkatan tentera. Selepas tamat persekolahan beliau telah memasuki perkhidmatan angkatan tentera Johor Oohor Military Force) sebagai kadet Sewaktu berusia 28 tahun beliau telah dihantar ke India (1940-1942).

Kelihatan dalam gambar Hussein Onn sewaktu berada di India. Bermain tenis adalah salah satu kegiatan sukan yang diminatinya. Sumber: AHO G. 356

4

Page 17: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

H.6. Kata-Kata Hikmat Di Tangga Akademi Tentera, Dehra Dun, India

Kata-kata hikmat yang terdapat di tangga Akademi Tentera Dehra Dun, maktab di mana Hussein Onn menjalani latihan tentera. Kata-kata ini menjadi pegangan hidupnya hingga sekarang ini. Sumber: AHO G. 558

H.7. Upacara Mengangkat Sumpah Sebagai Menteri, 1970

Hussein Onn sedang mengangkat sumpah untuk menjadi Menteri Kerajaan Malaysia di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agang di Bilik Singgahsana, Istana Negara pada 23 September, 1970. Beliau kemudian telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sumber: AHO G. 181

H.8. Dato' Hussein Onn Merasmikan Mesyuarat Pertama Majlis Kebudayaan Melayu, 1971

Data' Hussein Onn sedang berucap semasa merasmikan Mesyuarat Pertama Majlis Kebudayaan Melayu di Kuala Lumpur pada 24 Mei 1971. Di sebelah kanan bel iau ialah pengerusi majlis tersebut, Datuk Alwi bin Jantan. Mesyuarat pertama Majlis ini dihadiri aleh wakil dari beberapa buah negara termasuk Filipina, Singapura, Thailand dan Malaysia. Sumber: AHO G. 39

H.9. Seminar Pelajaran Untuk Rakyat, 1971

Menteri Pelajaran, Dato' Hussein Onn telah merasmikan Seminar Pelajaran untuk Rakyat di Kuala Lumpur pada 4 September, 1971. Sumber: AHO G. 47

5

Page 18: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

H.10. Dato' Hussein Onn Dikunjungi Oleh Tujuh Orang Pakar Istilah Ejaan Indonesia, 1972

Dato' Hussein Onn selaku Menteri Pelajaran telah dikunjungi oleh 7 orang pakar istilah ejaan Indonesia di pejabatnya pada 27 Disember 1972. Tujuan kunjungan pakar-pakar tersebut ke Malaysia ialah untuk mengkaji istilah-istilah bahasa Melayu di Malaysia bagi mewujudkan satu istilah yang standard antara Malaysia dan Indonesia, terutamanya bagi istilah-istilah teknologi, saintifik, perdagangan dan perindustrian. Dengan wujudnya satu istilah yang standard penggunaan bahasa Malaysia/Indonesia di kedua-dua negara dapat dipercepatkan.

Kelihatan dalam gambar Dato' Hussein Onn sewaktu menerima kunjungan pakar-pakar istilah bahasa Indonesia di peJabatnya. Rombongan dari Indonesia itu diketuai oleh Dr. Amran Halim. Sumber: AHO G. 55

H.ll . Penganugerahan Cokmar Universiti Kebangsaan Malaysia, 1973

Satu istiadat penganugerahan cokmar Universiti Kebangsaan Malaysia (U.-K.M.) telah diadakan dalam upacara penuh istiadat di I~tana Negara. Cokmar yang berukuran 1 .52 meter dan 2.3 sentimeter berha~g~a kira-kira $6,000.00 telah dihadiahkan oleh D.Y.M.M. Seri Paduka 8aginda Yang di­Pertuan Agong atas persetujuan Majlis Raja-Raja. la merupakan lambang kuasa kepada Universiti seperti Majlis Konvokesyen serta Majlis Perisytiharan Perlantikan Pro Canselor-Pro Canselor.

Kelihatan dalam gambar Menteri Pelajaran Data' Hussein Onn sedang bersalaman dengan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka 8aginda Yang di-Pertuan Agong Kelima, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan 8adlishah selepas upacara penganugerahan cokmar tersebut di Istana Negara pada 16 Jun 1973.

6

Page 19: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

Cokmar tersebu~ kemudiannya disampaikan pula kepada Universiti Kebangsaan Malaysia oleh Menteri Pelajaran Data' Hussein Onn pada hari perisytiharan perlantikan Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Hussein sebagai Canselor Universiti tersebut di hari Konvokesyen Pertamanya pada 23 Jun 1973. Sumber: AHO G. 58

H.12. SeminarPentadbiran Tanah Negara Kedua, 1973

Pemangku Perdana Menteri, Dato' Hussein Onn telah merasmikan Pembukaan Seminar Pentadbiran Tanah Negara yang kedua di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 18 September 1973. Seminar ini bertujuan menghidupkan semula sistem pentadbiran tanah di Semenanjung Malaysia. lanya akan dapat mengkaji sistem yang sedia ada dan masalah serta kelemahan yang telah melambatkan jentera pentadbiran tanah pad a masa lalu.

Kelihatan dalam gambar Data' Hussein Onn sedang berucap di Pembukaan Seminar Pentadbiran Tanah Negara yang kedua. Di kiri ialah Pengerusi Jawatankuasa Seminar, Datuk Hj. Mohd. Asri, yang juga Menteri Kemajuan Tanah dan Menteri Tugas-tugas Khas. Di kanan ialah.Pengarah Seminar Datuk Harun bin Ariffin. Sumber: AHO G. 230

H.13. Mesyuarat Majlis Tanah Negara, 1975

limbalan Perdana Menteri, Dato' Hussein Onn telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis lanah Negara di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 23 Oktober 1975. Sumber: AHO G. 302

7

Page 20: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

H.14. Data' Hussein ann Dilantik Menjadi Perdana Menteri, 1976

Data' Hussein ann sedang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, di satu istiadat ringkas di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka 8aginda Yang Kelima, Tuanku Haji Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum S·ultan 8adlishah, di Istana Negara pada 15 Januari 1976. Data' Hussein ann telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia setelah kembalinya ke rahmatullah Tun Haji Abdul Razak bin Hussein Perdana Menteri Malaysia yang kedua pad a 14 Januari 1976.

Di atas desakan Allahyarham Tun Abdul Razak, Data' Hussein telah menyertai UMNO semula pada bulan Jun 1969 dan telah dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Eksekutif UMNO. Apabila menang pilihanraya umum di kawasan Parlimen Johor 8haru Timur (Sri Gading) beliau telah dilantik menjadi Menteri Pelajaran iaitu pada 23 September 1970. Pada 13 Ogos 1973, beliau telah dilantik pula menjadi Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan tempat Allahyamam Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia pada 2 Ogos 1973.

Dalam pengumuman anggota kabinet Allahyarham Tun Abdul Razak pada 5 September 1974, Data' Hussein telah juga dilantik merangkap jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam. Sumber: AHa G. 310

H.15. Mesyuarat Kabinet Pertama Data' Hussein ann, 1976

Data' Hussein ann sedang mempengerusikan mesyuarat kabinetnya di Jabatan Perdana Menteri di Jalan Data' ann, Kuala Lumpur pada 15 Januari 1976. Mesyuarat ini adalah merupakan mesyuarat kabinetnya yang pertama setelah beliau dengan rasminya dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada tarikh yang sama.

8

Page 21: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

Kelihatan di dalam gambar, duduk di sebelah kiri Perdana Menteri ialah Datuk lee San Choon, Datuk Hj. Mohd. Asri Hj. Muda, Datuk Ong Kee Hui dan Tan Sri Kadir Yusoff. Manakala duduk di sebelah kanan Perdana Menteri, antara yang kelihatan ialah Datuk Hamzah Abu Samah, Datuk lee Siok Yew dan Puan Aishah Ghani.

H.16. Dato' Hussein Onn Bersama Ketua-Ketua Kerajaan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), 1976

Dato' Hussein Onn bergambar bersama Ketua-ketua Kerajaan ASEAN selepas kejayaan sidang kemuncak mereka di Bali, Indonesia pada 23 hingga 24 Februari 1976. Pad a mulanya Pertubuhan ini telah ditubuhkan dengan nama 'Association of Southeast Asia' (ASA) pada 31 Julai 1961, atas daya usaha Tunku Abdul Rahman Putra. Negara-negara yang terlibat ialah Malaya, Thailand dan Filipina. Kemudian nama ASA ditukarkan kepada ASEAN (Association of South-fast Asian Nation) pada 8 Ogos 1967 dengan melibatkan kemasukan dua buah negara lagi iaitu Republik Singapura, Indonesia, Presiden Ferdinand Marcos, Presiden Filipina dan Encik Kukrit Pramoj, Perdana Menteri Thailand. Sumber: AHO G. 395

H.17. Dato' Hussein Onn Menandatangani Perisytiharan Bali, 1976

Sidang kemunca~ Negara-negara ASEAN (Association of South fast Asian Nation) yang telah diadakan di Bali, Indonesia dari 23 hingga 25 Februari 1976 telah meluluskan satu piagam yang dikenali sebagai 'Perisytiharan Bali'. Negara-negara anggota ASEAN yang terdiri dari Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand telah diwakili oleh Ketua Kerajaan negara masing-masing iaitu Dato' Hussein Onn, Paduka Presiden Soeharto, Tuan lee Kuan Yew, Presiden Marcos dan Tuan Kukrit Pramoj.

9

Page 22: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

Dengan lahirnya 'Perisytiharan Bali', negara-negara ASEAN bersetuju untuk menjadikan Bali sebagai pejabat tetap Sekretariat ASEAN dan bersetuju melantik Encik Hartono Reksodharsono sebagai Setiausaha Agung ASEAN yang pertama.

Perisytiharan tersebut juga menekankan soal memperkukuhkan kerjasama ekonomi, kelonggaran tarif dan penyelarasan perusahaan antara negara-negara ASEAN di samping kerjasama politik dan kebudayaan yang lebih rapat lagi antara negara-negara anggota.

Gambar menunjukkan Dato' Hussein ann Perdana Menteri Malaysia sedang menandatangani 'Perisytiharan Bal i' bersama-sama dengan Ketua-Ketua Kerajaan ASEAN yang lain di Bali, Indonesia pada 24 Februari 1976. Kelihatan dari kiri ke kanan ialah Perdana Menteri Singapura, Tuan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Hussein ann, Presiden Soeharto, Indonesia, Presiden Marcos dari Filipina dan Perdana Menteri Thailand, Tuan Kukrit Pramoj. Sumber: AHa G. 396

H.1B. Dato' Hussein ann Menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang Dari. Universiti Kebangsaan Malaysia, 1976

Canselor baru Universiti Kebangsaan Malaysia, Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul -Rahman sedang menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang kepada Dato' Hussein ann di Upacara Konvokesyen yang ke-4 Universiti tersebut di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 19 Jun 1976. Sumber: AHa G. 454

10

Page 23: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

H.19. Data' Hussein Onn Melawat Republik Arab Mesir, 1977

Data' Hussein Onn dan Datin Suhaila, ketika mengunjungi Presiden Anwar Sadat di Istana Presiden, semasa lawatan beliau ke Republik Arab Mesir, pada 4 September 1977. Sumber: AHO 2, H.19

H.20. lawatan Rasmi Ke Jepun, 1977

Dato' Hussein Onn dan Encik Takeo Fukuda bersama isteri masing-masing sedang berbual di kediaman Perdana Menteri jepun, Encik T akeo Fukuda. Sumber: AHO G. 551

H.21. lawatan Rasmi Ke jepun, 1977

Data' Hussein Onn berjabat tangan dengan Perdana Menteri jepun Encik Takeo Fukuda sambil diperhatikan oleh Menteri luar Jepun, lichiro Hatayama (kanan) dan Ketua Setiausaha Kabinet jepun, Encik Sunao Sanoda (kiri). Perjumpaan di antara ketua negara Malaysia dan Jepun ini adalah sebahagian daripada program lawatan Data' Hussein Onn ke Jepun dari 18 September 1977 hingga 24 September 1977. Semasa lawatan ini Dato' Hussein telah berbincang dengan Encik Takeo Fukuda mengenai berbagai perkara dua hala di antara Malaysia dan Jepun. Di antara perkara-perkara ini ialah mengenai bantuan jepun dalam Rancangan Malaysia Ketiga. jepun telah bersetuju memberi pinjaman sebanyak 21 bilion (M$195.7 bilion) kepada Malaysia dan bantuan-bantuan lain. Sumber: AHO G. 550

H.23. Dato' Hussein Onn Menyambut Ketibaan Perdana Menteri Australia, 1978

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Hussein Onn, ketika menyambut ketibaan Perdana Menteri Australia, Encik Malcolm Fraser, di lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

11

Page 24: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

Lumpur pad a 18 Jun 1978. Lawatan beliau adalah bertujuan untuk mengadakan rundingan mengenai soal ekonomi dunia dan serantau. Rundingan ini juga disertai oleh Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew. Sumber: AHO 6, H. 22

H.24. Dato' Hussein Onn Di Hari Membuc:ng Undi Di Pilihanraya Umum Ke-6, 1978

Gambar menunjukkan Dato' Hussein Onn sedang memasukkan kertas undinya ke dalam kotak undi semasa pilihanraya umum yang ke-6 pada 8 Julai 1978. Seperti rakyat Malaysia yang lain, Dato' Hussein melaksanakan tanggungjawabnya dengan membuang undi di Pilihanraya Umum tersebut di Sekolah Kebangsaan Hishamuddin, Jalan Swettenham, Kuala Lumpur. Di dalam Pilihanraya itu Parti Barisan Nasional telah memenangi sebanyak 130 kerusi daripada 152 kerusi dan telah berjaya menubuhkan Kerajaan sekali lagi. Sumber: AHO G. 18

H.25. Persidangan Ke-14 Wilayah FAO Untuk.Asia Dan Timur Jauh, 1978

Perdana Menteri Dato' Hussein Onn sedang berucap di hadapan para perwakilan di perasmian Persidangan Ke-14 Wilayah FAO untuk Asia dan Timur Jauh di Hotel Hilton Kuala Lumpur pada 31 Julai 1978. Persidangan tersebut telah berjalan sehingga 3 Ogos 1978 dan dihadiri oleh para wakil Pertubuhan Makanan Bangsa-Bangsa Bersatu dari negara­negara Asia dan Timur Jauh. Sumber: AHO G. 27

H.26. Dato' Hussein Onn Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Rakyat, 1978

Dato' Hussein Onn anggota Dewan Rakyat Kawasan Sri Gading yang juga Perdana Menteri yang Ketiga sedang

12

Page 25: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

mengangkat sumpah menjadi ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih dalam pilihanraya umum pada 18 Jun 1978. Upacara mengangkat sumpah itu telah dilangsungkan di Dewan Rakyat di hadapan Tuan Yang Dipertua Dewan iaitu Tan Sri Syed Nasir bin Ismail pada 31 Julai 1978. Sumber: AHO G. 28

H.27. Dato' Hussein Onn Meraikan Kanak-Kanak Cacat di Sri Taman, 1978

Dato' Hussein Onn sedang berbual-bual dengan salah seorang kanak-kanak yang kurang bernasib baik di satu jamuan teh bersempena dengan Hari Raya Aidil Fitri di Sri Taman, Kuala Lumpur pada 6 September 1978. Dato' Hussein ialah Presiden Persatuan Orang-orang Buta Malaysia sejak dari tahun 1975. Sumber: AHO G. 31

H.28. Lawatan Rasmi Naib Perdana Menteri Republik Rakyat China, 1978

Dato' Hussein Onn menyambut dengan mesra ketibaan Naib Perdana Menteri Republik Rakyat China, Teng Hsio Peng di Bilik Gerakan Negara untuk mendengar taklimat Dato' Seri Dr. Mahathir (kiri) dan penterjemah (kedua dari kiri) turut hadir. Lawatan ini ialah dari 10 November hingga 12 November 1978.

Naib Perdana Menteri China ini merupakan pemimpin China yang pertama melawat Malaysia semenjak terjalinnya hubungan diplomatik di antara kedua negara, ini berikutan kunjungan Perdana Menteri Tun Abdul Razak ke China pada tahun 1974. Semasa lawatan ini Encik Teng Hsio Peng telah berbincang dengan Perdana Menteri, Dato' Huss~in Onn. Antara lain Encik Teng Hsio Peng telah menyatakan bahawa China menyokong penuh ASEAN, tidak mengiktiraf orang­orang China di Malaysia sebagai rakyat China dan berjanji

13

Page 26: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

akan meningkatkan perdagangan di antara dua buah negara ini. Bagaimanapun pemimpin China itu enggan menjelaskan hubungan Parti Komunis Malaya dengan negaranya. Sumber: AHO G. 549

H.29. Persidangan Antara Kerajaan Mengenai Dasar-Dasar Komunikasi Di Rantau Asia dan Oceania, 1979 (ASIACOM)

Dato' Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia, telah merasmikan Persidangan Antara Kerajaan Mengenai Dasar­Dasar Komunikasi di Rantau Asia dan Oceania yang telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 5 hingga 14 Februari 1979. Persidangan tersebut telah dihadiri oleh 100 orang perwakilan dari 23 buah negara. la merupakan persidangan yang pertama diadakan di Benua Asia.

Persidangan selama 10 hari itu bertujuan untuk mengkaji dasar-dasar komunikasi yang realistik bagi negara-negara membangun Asia dan Oceania supaya wujud satu perseimbangan dalam komunikasi ke arah mengukuhkan keamanan dan persefahaman antarabangsa, penggalakan hak asasi manusia dan penentangan terhadap dasar perkauman dan warna kulit serta penghasutan peperangan.

H.30. Lawatan Rasmi Ke RepublikRakyat China, 1979

Pada 2 Mei 1979, Dato' Hussein Onn telah melakukan lawatan rasmi selama 8 hari ke Republik Rakyat China. Lawatan tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Rakyat China yang telah diwujudkan oleh Tun Abdul Razak bin Hussein pada tahun 1975. Rombongan seramai 70 orang itu telah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di Shanghai, Hanchow dan Canton.

14

Page 27: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

Kelihatan dalam gambar, Dato' Hussein Onn sedang bersalaman dengan Pengerusi Hua Kuo-Feng yang menyambut ketibaannya di lapangan Terbang Antarabangsa Republik Rakyat China pada 2 Mei, 1979. Di tengah ialah Naib Perdana Menteri Republik Rakyat China, Encik Teng Hsiao Pengo Sumber: AHO G. 559

H.31 . Data' Hussein Onn Melawat T embok Besar Negeri China, 1979

Dato' Hussein Onn, Perdana Menteri, bergambar ramai sewaktu melawat Tembok Besar Negeri China. Kelihatan dalam gambar berdiri dari kiri ke kanan ialah Datin lee San Choon, Datuk lee San Choon (Menteri Kerjaraya dan Kemudahan Awam), Tengku Ahmad Rithauddin (Menteri luar Negerj), seorang pemimpin China, Dato' Hussein Onn (Perdana Menteri), Datin Suhailah, Tun Hajah Rahah dan Tengku Nor Aini. Sumber: AHO G. 524

H.32. Upacara Penutup Muktamar Islamiah Bagi Tenggara Asia dan Rantau Pasifik, 1980

Gambar menunjukkan Dato' Hussein Onn sedang diperkenalkan kepada para perwakilan di upacara penutup Muktamar Dakwah Islamiah bagi Tenggara Asia dan Rantau Pasifik, di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala lumpur pada 14 Januari 1980. Wakil Malaysia di Muktamar ini ialah Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Rahman Yaakob. Muktamar ini membincangkan perkara-perkara yang bersangkutan dengan kepentingan umat Islam di seluruh dunia, bagi membantu umat Islam yang menjadi penduduk minoriti di setengah-setengah negara untuk menegakkan syiar Islam yang sebenarnya. Sumber: AHO G. 530

15

Page 28: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

H.33. Lawatan Rasmi Ke Terengganu, 1980

Dato' Hussein Onn disambut oleh Kaum Wanita UMNO semasa tiba di Lapangan Terbang Telaga Batin, Kuala T erengganu pada 21 Februari 1980 untuk membuat lawatan rasmi selama tiga hari ke Terengganu. Di sebelah kanan beliau ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Haji Wan Mokhtar bin Ahmad. Tujuan lawatan beliau ke Terengganu ini ialah untuk men injau pelaksanaan projek-projek pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan di negeri itu. Terengganu yang sedang pesat membangun dijangka akan menjadi sebuah negeri yang termaju di Malaysia. Pertumbuhan keluaran kasar negeri itu meningkat dari 250 juta ringgit pad a tahun 1970 kepada anggaran lebih kurang 685 juta ringgit pada tahun 1980 yakni pertambahan 61 peratus. Sumber: AHO G. 532

H.34. Upacara Menandatangani Perjanjian Kerjasama ASEAN - EEC, 1980

Dato Hussein Onn berucap sebelum Perjanjian Kerjasama ASEAN-EEC dimeteraikan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 7 Mac 1980. Dalam ucapannya, Hussein Onn menyatakan bahawa adalah menjadi harapan ASEAN untuk memperkukuhkan ketahanan negara masing-masing menerusi pembangunan ekonomi. Oleh itu kerjasama serta galakan dari EEC yang akan membantu ke arah 'pencapaian azam dan cita-cita ASEAN ini amatlah disanjungi. Beliau menyifatkan pemeterian perjanjian kerjasama ASEAN-EEC sebagai satu lambang penting dalam persahabatan kedua pihak. Katanya lagi, pemeterian tersebut juga memulakan era baru dalam kerjasama ASEAN-EEC dalam tahun-tahun 80-an dan zaman-zaman selanjutnya. Dato' Hussein Onn menyifatkan perjanjian yang ditandatangani oleh kelima-lima Menteri Luar ASEAN serta Presiden Majlis Menteri EEC, Encik

16

Page 29: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

H.35.

Attilio Rufini dan Naib Presiden Majlis Menteri EEC, Encik Wilhelm Haferkamp sebagai bukti ASEAN menilai persahabatan dan kerjasamanya dengan EEC. Sumber: AHO G. 546

Perasmian Kongres Ketujuh Pertubuhan Kawasan Timur Bagi Pefancangan Dan Perumahan (EAROPH), 1980

Data' Hussein Onn merasmikan Kongres Ketujuh Pertubuhan Kawasan Timur bagi Perancangan dan Perumahan yang bertajuk 'Penempatan Penduduk dan Proses Pembangunan', di sebuah hotel terkemuka di Kuala lumpur pada 9 Mac 1980. Kongres seminggu ini dihadiri oleh hampir 400 perwakilan dari lebih 80 negara termasuk Thailand, Australia, New Zealand, Pakistan, Filipina, Jepun, Iran, Singapura dan Korea Selatan. Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa perancangan yang teliti harus dijalankan untuk mengatasi berbagai masalah termasuk perumahan di bandar dan luar bandar. Menerusi perancangan yang teliti ini taraf penempatan penduduk akan dapat ditingkatkan. Sumber: AHO G. 547

H.36. Hari Belia Negara, 1980

Gambar menunjukkan Dato' Hussein Onn semasa menerima cenderamata khas dari Jawatankuasa Nasional Belia Indonesia di Majlis Perhimpunan Hari Belia Negara pada 15 Mei 1980 di Stadium Negara, Kuala lumpur. Seramai kira-kira 5,000 orang kebanyakannya dari pertubuhan-pertubuhan dan persatuan-persatuan belia di seluruh negara dan juga wakil­wakil pertubuhan belia dari beberapa buah negara datang menghadiri majlis perhimpunan ini. Semasa merasmikan majlis perhimpunan ini, Data' Hussein Onn telah menegaskan tentang pentingnya sumber tenaga belia digembelingkan dan digerakkan secara membina bagi menjamin kestabilan dan kemakmuran negara di masa hadapan. Sumber: AHO G. 535

17

Page 30: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

H.37. Mesyuarat Agung Persatuan Sejarah Malaysia, 1980

Perdana Menteri Dato' Hussein ann, Yang Dipertua Persatuan Sejarah Malaysia merasmikan Mesyuarat Agung ke-26 persatuan tersebut di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 17 Mei 1980. Persatuan Sejarah Malaysia telah ditubuhkan pad a 31 April 1953. la ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran rakyat terhadap sejarah negara.

Kelihatan dalam gambar Dato' Hussein ann sedang berucap di Mesyuarat Agung kali ke-26 Persatuan Sejarah Malaysia di Dewan Bahasa dan Pustaka. Kelihatan di sebelah kanan beliau ialah Tan Sri Sheikh Hamdan bin Sheikh Tahir, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja dan di sebelahnya ialah Tun Omar Yoke Lin Ong. Sumber: AHa G. 554

H.38. Perhimpunan Agung UMNO Ke-31, 1980

Oato' Hussein ann menyampaikan ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO ke-31 yang berlangsung pada 4 hingga 6 Julai 1980. Dalam ucapannya, beliau telah menekankan ketahanan rakyat dan negara di dalam keadaan politik dan ekonomi dunia yang tidak stabil. Dalam ucapan penutup pula, Dato' Hussein ann telah menasihatkan pemimpin UMNO supaya memelihara kestabilan politik, keamanan dan keselamatan negara semasa memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu. Sumber: AHa G. 545

H.40. Ucapan Perasmian Musabaqah Membaca AI-Quran Peringkat Kebangsaan Di Stadium Merdeka, 1980

Dato' Hussein ann merasmikan Musabaqah Membaca AI­Quran Peringkat Kebangsaan Yang Ke-22 di Stadium Merdeka pada 28 Julai 1980.

18

Page 31: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

H.41. Lawatan Perdana Menteri Samoa Barat Ke Malaysia, 1980

Data' Hussein Onn dan Dato'Seri Dr. Mahathir Mohamad sedang berbual-bual mesra dengan Perdana Menteri Samoa Barat, Tuan Taisi Tupuola Efi sebelum jamuan makan malam pada 19 September 1980 yang diadakan bagi meraikan Perdana Menteri itu semasa lawatan beliau ke Malaysia. Semasa jamuan makan malam itu Dato' Hussein Onn telah menawarkan apa jua bantuan kepada Samoa Barat untuk memajukan lagi negara itu. Sumber: AHO G. 541

H.42. Upacara Meletakkan Batu Asas Kompleks Pusat Islam, 1980

Dato' Hussein Onn sedang membuka tirai papan tanda Kompleks Pusat Islam di upacara meletakkan batu asas Kompleks Pusat Islam di Jalan Perdana, Kuala Lumpur pada 9 November 1980. Bersama beliau ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamed bin Nasir. Kompleks yang berharga 28 juta ringgit itu mengandungi sebuah menara pejabat setinggi 13 tingkat, sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 1,500 orang, sebuah bilik pameran, sebuah perpustakaan, asrama, bilik-bilik kuliah, dewan seminar dan kemudahan-kemudahan yang lain. Sumber: AHO G. 560

H.43. Upacara Menepung Tawar Kapal Baru Tentera Laut Di Raja Malaysia KD Sri Indra Saleti, 1980

Data' Hussein Onn sedang berucap di upacara menepung tawar kapal baru Tentera Laut Diraja Malaysia KD Sri Indra Sakti di Pelabuhan Kelang pada 29 Disember 1980. Beliau kemudian melancarkan perasmian kapal diraja itu dengan menepung tawar sebuah loceng yang tergantung di bawah satu mahkota melambangkan kebesaran Tentera Laut Diraja

19

Page 32: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

Malaysia. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa Kerajaan sedang berusaha memperluaskan serta mempermodenkan lagi angkatan bersenjata seimbang dengan kemampuan negara. Tegas beliau, pembelian kapal tersebut membuktikan hasrat Kerajaan melengkapkan angkatan bersenjata dengan peralatan dan kemudahan-kemudahan moden bagi memenuhi keperluan pertahanan negara dengan berkesan. Kapal seberat 4,450 tan itu merupakan sebuah kapal komando dan pembantu serbaguna yang terbaru bagi TLDM. la dibeli dari Republik Persekutuan Jerman dengan harga hampir 60 juta ringgit. Sumber: AHa G.542

H.44. Dato' Hussein ann Mengumumkan Rancangan Hakmilik Saham Milikan Kerajaan Kepada Bumiputera, 1981

Gambar menunjukkan Dato' Hussein ann ketika mengumumkan Rancangan Hakmilik Saham Milikan Kerajaan kepada Bumiputera di Dewan Taklimat, Jabatan Perdana Menteri Kuala Lumpur pada 9 Januari 1981. Dasar pindah hakmilik saham Kerajaan kepada Bumiputera ialah bertujuan mengimbangkan kedudukan Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan ini adalah satu janji Kerajaan ketika melancarkan Dasar Ekonomi Baru dalam tahun 1970. Sumber: AHa G. 469

H.4S. Dato' Hussein ann Sewaktu Membentangkan Rancangan Malaysia Keempat Di Dewan Rakyat, 1981

Dato' Hussein ann sewaktu membawa usul dan berucap membentangkan Rancangan Malaysia Keempat di Dewan Rakyat pada 27 Mac 1981. Rancangan Malaysia Keempat telah dirangka berasaskan kepada matlamat Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum, menyusun semula masyarakat serta memperkukuhkan lagi ketahanan negara. Rancangan ini adalah Rancangan Malaysia Ketiga dari tahun 1976-1980.

20

Page 33: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

Di bawah Rancangan Malaysia Keempat, penekanan dibuat ke alas penggunaan modal yang ada, tenaga manusia dan teknologi moden dengan cara yang lebih cekap dan berkesan. Beberapa rancangan bagi meninggikan lagi taraf hidup masyarakat telah diatur dan disusun dengan teliti. Keutamaan yang tinggi adalah diberi kepada pembangunan pertanian. Ini meliputi pembukaan kawasan tanah baru, program­program bagi mempelbagaikan pertanian dan tanaman sulaman, program-program penyelidikan, pinjaman, perkhidmatan luar dan memproses serta pemasaran bahan­bahan. Selain daripada itu, kemudahan infrastruktur akan juga dilaksanakan. Di dalam bidang sosial pula, kemudahan pelajaran dan latihan akan diperluas dan ditingkatkan. Manakala mutu kehidupan masyarakat di bandar dan luar bandar akan diperbaiki menerusi pelaksanaan program­program perumahan kos rendah bagi keperluan orang-orang yang berpendapatan rendah. Rancangan Malaysia Keempat adalah rancangan ke arah kemakmuran, perpaduan dan kesejahteraan yang merupakan pembangunan untuk kepentingan semua.

Kelihatan juga di dalam gambar di sebelah kanan beliau ialah Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad dan di belakangnya Menteri Pelajaran Dato' Musa Hitam.

H.46. Dato' Hussein Onn Melancarkan Skim Amanah Saham Nasional, Di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala lumpur, 1981

Dato' Hussein Onn serta Menteri-Menteri Kabinet di upacara Perasmian Pelancaran Skim Amanah Saham Nasional di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala lumpur pada 20 April 1981. Pelaksanaan Skim Amanah Saham Nasional ialah bertujuan untuk membantu Kerajaan mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru di dalam penyusunan semula masyarakat dan menggalakkan pelaburan di kalangan masyarakat Bumiputera. Skim ini adalah Tabung Saham Amanah dan

21

Page 34: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

faedah-faedah darinya akan hanya dibuka kepada masyarakat Bumiputera. Di antara Menteri-Menteri Kabinet yang turut hadir di masa pelancaran itu, dari kiri ialah Datuk Abdul Manan Othman (Menteri Perusahaan Utama), Dato' Musa Hitam (Menteri Pelajaran), Data' Seri Dr. Mahathir Mohamad (Timbalan Perdana Menteri), Tun Ismail Ali (Pengerusi Amanah Saham Nasional), Tengku Razaleigh Hamzah (Menteri Kewangan) dan Datin Paduka Rafidah Aziz (Timbalan Menteri Kewangan). Sumber: AHO G. 488

H.47. Pemeriksaan Perbarisan Kebangsaan St John Ambulan, 1980

Data' Hussein Onn sedang memeriksa perbarisan Kebangsaan St John Ambulan di Padang Kelab Selangor pada 20 April 1980. Beliau diiringi oleh Ketua P~rgerakan St John Ambulan Malaysia, Datuk Dr. P .T. Ardra. Di upacara perbarisan ini Data' Hussein Onn selaku Presiden Pergerakan Kebangsaan St John Ambulan Malaysia telah menyampaikan pingat-pingat kepujian kepada beberapa ahli pergerakan itu. Beliau juga menyeru agar pergerakan ini berusaha menambahkan ahli­ahli barunya kerana dengan melibatkan diri di dalam sesebuah pergerakan sukarela seseorang itu dapat memupuk semangat bersatupadu. Sumber: AHO G. 543

HAS. Dato' Hussein Onn Merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru, 1981

Gambar menunjukkan Data' Hussein Onn sedang berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Johor Bahru, di Dewan Kelab Golf Johor Bahru, pada 15 Mei 1981. Dalam ucapannya beliau telah menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan dan meminta supaya beliau tidak dicalonkan untuk bertanding bagi jawatan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Jun atas

22

Page 35: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

sebab-sebab kesihatan. DatQ' Hussein Onn telah menjadi Wakil Rakyat Kawasan Parlimen Johor Bahru Timur sejak dari tahun 1969. Sumber: AHO G. 431

H.49. Dato' Hussein Onn Di Upacara Perletakan Batu Asas Kompleks Bangunan UMNO, 1981

Dato' Hussein Onn sedang melakukan upacara meletakkan batu asas Kompleks Bangunan UMNO, di Jalan Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pad a 25 Jun 1981. Bangunan ini adalah melambangkan peranan dan kedudukan UMNO sebagai sebuah parti politik yang utama dan penting di negara ini.

Kompleks 35 tingkat ini mempunyai dewan persidangan yang besar yang boleh memuatkan 6,000 orang. Dewan ini boleh menempatkan Perhimpunan Agung UMNO dan juga persidangan-persidangan besar antarabangsa. Selain daripada itu, kompleks ini juga akan mendapat kemudahan yang sempurna seperti kemudahan untuk penyelidikan dan kursus­kursus. Dengan terbinanya bangunan ini akan dapat menguatkan lagi kedudukan negara sebagai tumpuan konvensyen antarabangsa. Sumber: AHO G. 510

H.50. Dato' Hussein Onn Di Perhimpunan Agung UMNO Ke-32, 1981

Gambar menunjukkan Dato' Hussein Onn selaku Presiden UMNO Malaysia yang keempat di Perhimpunan Agung UMNO kali yang ke-32 bersama Tunku Abdul Rahman Putra ketika membalas sambutan alu-aluan dari para perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO yang ke-32 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur pad a 26 Jun 1981. Ini adalah kali terakhir beliau memegang jawatan sebagai Presiden UMNO kerana beliau terpaksa bersara atas sebab-sebab kesihatan.

23

Page 36: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

H.51. Ucapan Data' Hussein Onn, Presiden UMNO Malaysia Di Perhimpunan Agung UMNO Kali Yang Ke-32, Kuala Lumpur, 26 Jun 1981

Data' Hussein Onn selaku Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu 8ersatu (UMNO) Malaysia telah memberi ucapan di Perhimpunan Agung kali ke-32, yang diadakan di Kuala Lumpur pada 26 Jun 1981. UMNO mengadakan perhimpunan Agungnya pada setiap tahun, manakala pemilihan pucuk pimpinan pula diadakan 3 tahun sekali. Tujuan diadakan perhimpunan Agung ini ialah untuk memilih pucuk pimpinan parti iaitu Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan Ahli-ahli Tertinggi Partie Dalam ucapannya, Data' Hussein Onn telah menyatakan hasrat beliau untuk mengundur diri dari arena polilik seterusnya meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO, yang telah dipegangnya sejak dari tahun 1978. Pengunduran beliau adalah disebabkan gangguan kesihatannya setelah menjalani pembedahan 'Coronary By Pass'. Data' Hussein Onn telah aktif dalam UMNO sejak tahun 1946.

Di akhir ucapannya, beliau telah menyeru kepada pucuk pimpinan yang terpilih kelak, supaya berganding bahu bekerjasama membentuk parti yang kuat demi kepenlingan bangsa, agama dan perpaduan negara. Sumber: AHO/U 632-17

H.52. Data' Hussein Onn Menerima Gelaran 'Tun', 1981

Gambar menunjukkan Data' Hussein Onn, sewaktu menerima anugerah Pingat Darjah Kebesaran Yang Mulia Pangkuan Negara. Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.), yang membawa gelaran 'Tun'dari Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka 8aginda Yang di-Pertuan Agang Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, di Istana Negara pad a 16 Julai 1981. Sumber: AHO G. 555

24

Page 37: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

H.55. 'Barisan Nasional: Digugat Dan Digigit' 0Ieh Subley Latif, Diterhitkan QIeh ·Syarikat Usahasama farookSubky, 1978, 166 Muka Sural

'Barisal') Nasional: Digugat Dan Digigit' menyorot sekitar muslihat pembentukan Barisan Nasional dan apa yang mendorotig PAS tersiligldr. Kandungan buku ini mengupas saingan UMNO dan PAS yang am merebut pengaruh di kalangan masyarakat Melayu dan ia memperind saingan di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang menggunakan isu PAS sebagai langga mencapai kejayaan. Sumber: AHO/P/ 113/81

H.57. 'Hussein Onn Dengan Era Baru' oleh Aziz Zakaria Ahmad Diterbitkan oleh Finna Malaysia Publishing, 1979, 106 muka surat

Buku ini membicarakan isu palilik dalam era kepimpinan Dato' Hussein Onn. Berbagai-bagai insiden palilik yang begitu mencabar keperibadian dan lcepimpinan beliau telah berlaku sehingga mencetuskan pergolakan di dalam UMNO. Namun sebagai Pengerusi Barisan Nasional beliau mampu menunjukkan kebolehan bagi mengatasi segala cabaran yang dihadapi di samping berjaya membawa UMNO dan Barisan Nasional mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam pilihanraya. Buku ini menggariskan kejayaan Hussein Onn mengharungi liku-liku hidupnya yang penuh dengan cabaran sebagai searang pemimpin negara.

H.60. 'Rancangan Malaysia Keempat (1981 - 1985)' Diterbitkan Oleh Jabatan Penerangan Malaysia, 1981, 13 muka surat

Risalah ini mengandungi ucapan Data' Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan usul mengenai Rancangan Malaysia Keempat di Dewan Rakyat pada 27 Mac 1981. Di dalam ucapannya ini, beliau telah menerangkan dan membentangkan program-program dan peruntukan-

25

Page 38: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan

peruntukan yang akan diberi dalam menjayakan rancangan tersebut Dato' Hussein Onn, di akhir ucapannya, berharap agar rakyat dapat memberi kerjasama dan sumbangan yang positif ke arah menjayakan Rancangan Malaysia Keempat ini. Sumber: AHO/P/1/82

H.63. Suratcara Perlantikan Sebagai Perdana Menteri, 1976

Dato' Hussein Onn telah dilantik sebagaiPerdana Menteri Malaysia oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berikutan pulangnya ke rahmatullah Tun Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Sumber: Koleksi AHO/SCP/ 1.1/82

26

Page 39: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan
Page 40: KAT A LOG BAHAN-BAHAN sudut wira - PNM · MUKA SURAT H.25. Persidangan ke-14 Wi layah FAa 12 untuk ASIA dan Timur Jauh, 1978 H.26. Data' Hussein ann mengangkat sumpah 12 Ahli Dewan