karya sejarah

3
Mempunyai Unsur-Unsur Tarikh. Hikayat Abdullah Penulisan Hikayat Abdullah merupakan karya sejarah yang besifat autobiografi iaitu pengkisahan mengenai . Karya ini mempunyai unsur realisme kerana mengandungi unsur-unsur pentarikhan. Beliau menceritakan mengenai latar belakang kehidupannya dan mencatat tarikh dalam setiap perkara yang berlaku. Oleh itu keasahihan faktanya boleh diuji beradasarkan tarikh yang di catatkan. Sebagai contoh petikan daripada Hikayat Abdullah yang menerangkan mengenai kelahiran beliau, “Tarikh sanat 1211 tahun, kepada tujuh haribulan Safar, hari Ahad siang hari, ketika syamsu, iaitu selepas daripada lapan bulan Inggeris mengambil Melaka daripada tangan Holanda. Maka nama raja Inggeris itu Major Cook, dan nama engineernya Farquhar. Syahadan adalah nama kampung yang tempat aku diperanakkan iaitu Kampung Masjid.” 1 Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Selain itu, dalam penulisan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah juga menceritakan mengenai pengembaraan Tengku Muhammad Jiwa yang belayar ke sebelah tenggara negeri kedah. Penulis menggunakan tahun Hijrah bagi menunjukkan jangka masa perkara tersebut. ”Maka pada sa-haribulan Jamadi’l-akhir tahun Hijrah sa-ribu sa-ratus dua poluh dua (1122) Tengku Muhammad Jiwa pun mengajak Tuan Shaikh Abdul Jalil dan H- Pisap pergi ka-Kedah dengan mengatakan Kedah itu besar juga negerinya dan rajanya itu islam bernama Sultan Abdullah dan di-kata-nya patut Tuan Shaikh dan Hapisap belayar ka-se-belah sana.” 2 1 Abdullah Munsyi, Hikayat Abdullah, Singapore: Printed At The Malaya Publishing House, Limited, 1939., Hlm 17. 2 Muhammad Hassan, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1968.,hlm 101.

Upload: siti-khadijah

Post on 10-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

unsur pentarikhan

TRANSCRIPT

Mempunyai Unsur-Unsur Tarikh. Hikayat AbdullahPenulisan Hikayat Abdullah merupakan karya sejarah yang besifat autobiografi iaitu pengkisahan mengenai . Karya ini mempunyai unsur realisme kerana mengandungi unsur-unsur pentarikhan. Beliau menceritakan mengenai latar belakang kehidupannya dan mencatat tarikh dalam setiap perkara yang berlaku. Oleh itu keasahihan faktanya boleh diuji beradasarkan tarikh yang di catatkan. Sebagai contoh petikan daripada Hikayat Abdullah yang menerangkan mengenai kelahiran beliau,Tarikh sanat 1211 tahun, kepada tujuh haribulan Safar, hari Ahad siang hari, ketika syamsu, iaitu selepas daripada lapan bulan Inggeris mengambil Melaka daripada tangan Holanda. Maka nama raja Inggeris itu Major Cook, dan nama engineernya Farquhar. Syahadan adalah nama kampung yang tempat aku diperanakkan iaitu Kampung Masjid.[footnoteRef:1] [1: Abdullah Munsyi, Hikayat Abdullah, Singapore: Printed At The Malaya Publishing House, Limited, 1939., Hlm 17.]

Al-Tarikh Salasilah Negeri KedahSelain itu, dalam penulisan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah juga menceritakan mengenai pengembaraan Tengku Muhammad Jiwa yang belayar ke sebelah tenggara negeri kedah. Penulis menggunakan tahun Hijrah bagi menunjukkan jangka masa perkara tersebut.Maka pada sa-haribulan Jamadil-akhir tahun Hijrah sa-ribu sa-ratus dua poluh dua (1122) Tengku Muhammad Jiwa pun mengajak Tuan Shaikh Abdul Jalil dan H-Pisap pergi ka-Kedah dengan mengatakan Kedah itu besar juga negerinya dan rajanya itu islam bernama Sultan Abdullah dan di-kata-nya patut Tuan Shaikh dan Hapisap belayar ka-se-belah sana.[footnoteRef:2] [2: Muhammad Hassan, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1968.,hlm 101.]

Kisah Pelayaran Abdullah

Kisah pelayaran Abdullah ini adalah penceritaan mengenai pengembaraannya ke Negeri Kelantan dan ke Jedah. Karya ini juga merupakan penulisan yang bersifat autobiografi. Dimana dapat dilihat, kisah pelayaran beliau ke Negeri Kelantan dicatatkan adalah pada tarikh sanat 1253 tahun. Penceritaan mengenai pelayaran beliau jelas menunjukkan kesahian faktanya yang boleh diuji iaitu beliau turut mencatatkan tarikh dan masa dalam menjelaskan situasi yang dihadapinya iaitu sebagai contoh,

Maka ada-lah pukul dua belas malam, yaitu kepada tarikh sanat 1253 tahun, kepada sa-haribulan Muharram, kepada malam Arbaa, yaitu kapada 27 haribulan March, tahun Masehi sanat 1838, maka bahwa dewasa itu-lah sa-hanya keluar dari Singapura dalam sekochi Tuan Boustead yang bernama Water-witch. Maka belayarlah, maka turun-lah ribut Timor. Maka berlaboh-lah di-situ.[footnoteRef:3] [3: Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1960.,hlm 23.]

AnalisisSecara analisisnya, karya sejarah dan autobiografi dalam histografi melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 mempunyai ciri-ciri realisme. Walaubagaimanapun, terdapat juga karya-karya yang tidak mempunyai unsur realisme iaitu lebih bersifat penceritaan mengenai dewa-dewa kayangan. Oleh itu, karya tersebut tidak dikategorikan sebagai karya yang sebenar-benarnya terjadi. Histrografi sekitar abad ke-19 dan awal abad ke-20 juga menunjukkan kemajuan penulis-penulis dalam mewujudkan karya-karya yang tidak bersifat mitos malahan berusaha untuk menghasilkan karya-karya yang sebenar-benarnya berlaku. Sebagai contoh, Karya Pensejarahan Hikayat Abdullah, Kisah Pelayaran Abdullah dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. KesimpulanSecara keseluruhannya, karya pensejarahan melayu dan juga Autobiografi pada pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 sudah mempunyai unsur-unsur realisme dalam penceritaan. Hal ini kerana, karya-karya yang bercirikan penceritaan berpijak di bumi nyata jelas diterangkan dan juga kesahiannya dibuktikan dengan menggunakan unsur tarikh dan tahun dalam penulisan. Oleh itu, karya-karya yang terbaru dalam pensejarahan melayu memperlihatkan pengurangan unsur mitos dan lagenda.