hasil karya

6
HASIL KARYA Al-Razi telah menghasilkan 237 buah buku di mana 140 buah daripadanya adalah berkaitan bidang perubatan. Sepuluh buah daripada buku-buku perubatan tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa atin. Antara kitab yang telah beliau hasilk ialah !itab al-"ansuri# !itab al-$a%i &it-'ibb# !itab al-"uluki dan !itab al-(ud $asabah. Karyanya Al-Judari wal Hasabah !aryanya Al-(udari %al $asabah merupakan karya pertama yang merangkumi penulisan tentang demam )ampak dan )a)ar. Al-$a%i merupakan enskl*pedia perubatan yang terbesar yang mengandungi bahan-bahan kejian perubatan yang bersumberkan daripada ilmu perubatan pat*l*gi dan terapi Arab dan +unani. ,eliau telah menghasilkan enskl*pedia 20 jilid ini melalui )atatan pengalaman dan pand beliau sendiri selama berke)impung dalam bidang perubatan. Antara keistime%aan sistem perubatan yang diasaskan *leh beliau ialah kaedah ra%atan melalui pemakan yang betul dan seimbang. $al ini merupakan antara gabung jalin antara pengaruh psik*l*gi terhadap kesihatan. ,eliau juga telah membuat per)ubaan terhadap te*ri ke atas hai%an bagi mengenal pasti keberkesanan serta kesan sampingan terhadap pelaksaan kaedah tersebut.

Upload: aminahnatasha

Post on 05-Oct-2015

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Al-hawi

TRANSCRIPT

HASIL KARYAAl-Razi telah menghasilkan 237 buah buku di mana 140 buah daripadanya adalah berkaitan bidang perubatan. Sepuluh buah daripada buku-buku perubatan tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Antara kitab yang telah beliau hasilkan ialah Kitab al-Mansuri, Kitab al-Hawi Fit-Tibb, Kitab al-Muluki dan Kitab al-Judari wa al-Hasabah.

Karyanya Al-Judari wal HasabahKaryanya Al-Judari wal Hasabah merupakan karya pertama yang merangkumi penulisan tentang demam campak dan cacar. Al-Hawi merupakan ensklopedia perubatan yang terbesar yang mengandungi bahan-bahan kejian perubatan yang bersumberkan daripada ilmu perubatan patologi dan terapi Arab dan Yunani. Beliau telah menghasilkan ensklopedia 20 jilidini melalui catatan pengalaman dan pandangan beliau sendiri selama berkecimpung dalam bidang perubatan.Antara keistimewaan sistem perubatan yang diasaskan oleh beliau ialah kaedah rawatan melalui pemakanan yang betul dan seimbang. Hal ini merupakan antara gabung jalin antara pengaruh psikologi terhadap kesihatan. Beliau juga telah membuat percubaan terhadap teori ini ke atas haiwan bagi mengenal pasti keberkesanan serta kesan sampingan terhadap pelaksaan kaedah tersebut.

Kitab Al-Hawi Fi Al-Tibb

Nama lain bagi kitab ini adalah Liber Contines. Kitab al-Hawi merupakan pecahan terbesar di mana ia meliputi 9 jilid. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dengan nama Liber Continens oleh doktor perubatan Yahudi berbangsa Sicily, Faraj Ibn Sallim (Farragut) pada 1279M dan diulang cetak beberapa kali pada 1509M di Venice dan juga 1528M, 1578M dan 1745M di Paris.Kitab al-Hawi telah menjadi rujukan yang utama di Perpustakaan Fakulti Perubatan Paris di Perancis pada 1395M. Menurut Ali Ibn al-Abbas al-Majusi, kitab tersebut mengandungi:1. Cara menjaga kesihatan.2. Kaedah mengubat penyakit melalui pemakanan.3. Cara mengenal tanda-tanda penyakit.

Berikut adalah kepingan muka surat daripada kitab Al Hawi :

1) Bahagian ketiga Kitab Al-Hawi

Sumber : The Online National Library of Medicine, University of Maryland, USA

2) Muka surat terakhir Kitab Al-Hawi

3) The Liber Continensdiedit di Venice pada 1529, sumber: Ottaviano Scoto Press

Kitab al-Mansuri

Kitab al-Mansuri juga dikenali sebagai Liber Al-Mansoori atau Liber Rasis Ad AlMansorem. Kitab ini merupakan kitab perubatan pertama yang ditulis olehbeliau. Ia dinamakan sempena nama pemerintah Rayy pada masa itu iaitu Mansur Ibn Ishaq. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1480M di Milan dan dikenali dengan nama Liber AlMansoris. Ia mengandungi 10 jilid dan sebahagian daripadanya telah diterbitkan ke dalam bahasa Jerman dan Perancis. Terjemahan jilid ke-9 yang telah ditulis oleh Gerard Cremona dengan nama Nonus Al-Mansuri adalah teks terkenal di Eropah sehingga kurun ke-16.

Al-Razi dalam bukunya ini membincangkan mengenai teori perubatan dan definisinya secara umum; diet dan dadah serta kesannya kepada badan manusia; penjagaan ibu dan anak, penyakit kulit, kebersihan mulut dan kesan persekitaran kepada kesihatan. Beliau juga memperkatakan mengenai anatomi di mana ia membincangkan mengenai kepelbagaian organ badan manusia dan ransangan terhadap saraf motor.

Kitab Al-Mansoori yang diterjemah kepada bahasa Latin-Sumber World Digital Library

Selain daripada bidang perubatan, Al-Razi juga pernah menghasilkan buku berkenaan ilmu kimia seperti Kitab al-Asrar dan sebuah lagi buku yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin dengan nama Liber Experimentorum. Beliau juga menghasilkan 21 buah buku berkenaan alkemi selain buku-buku dalam bidang fizik, matematik, astronomi dan optik. Sejumlah buku-buku beliau termasuklah Jami fi-al-Tibb, Maqalah fi-al-Hasat fi Kuli wa al-Mathana, Kitab al-Qalb, Kitab al-Mafasil, Kitab al-Ilaj al-Ghoraba, Bar al-Saah dan Al-Taqseem wa al-Takhsir telah diterbitkan ke dalam pelbagai bahasa. Sehingga kini, kira-kira 40 buah manuskrip beliau masih lagi disimpan dengan rapinya di perpustakaan dan muzium di Iran, Paris, Britain dan Rampur (India).Sesungguhnya sumbangan Ar-Razi tidaklah hanya kepada masyarakat ketika zamannya, bahkan beliau juga bertindak sebagai pembuka jalan bagi kajian-kajian dan penemuan sains amnya dan perubatan khususnya pada masa kini.

RujukanDr Nizar Souayah, MD; and Dr Jeffrey I. Greenstein, MD (2005). Insights into Neurologic Localization by Rhazes, a Medieval Islamic Physician from http://www.muslimheritage.com/article/insights-neurologic-localization-al-razi-rhazes-medieval-islamic-physician#ftn17http://www.nlm.nih.gov/exhibition/islamic_medical/islamic_06.htmlhttp://www.wdl.org/en/item/4276/