karangan ucapan persatuan ibu bapa dan guru

Upload: aishahbintialamudin

Post on 04-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Karangan Ucapan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru

    1/2

    Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting

    dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak

    program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang

    boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.

    alah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orangtengah antara guru dan ibu bapa. Banyak salah !aham yang timbul antara

    kedua"dua belah pihak apabila berlakunya kejadian salah laku di kalangan

    pelajar. #ebanyakan ibu bapa lebih percaya akan kata"kata dan acuman anak"

    anak berbanding !akta sebenar daripada pihak guru. Bertolak dari situlah mereka

    mulai memandang serong kepada guru. Guru sering kali disalahkan untuk segala

    yang berlaku di sekolah. Ini termasuklah soal prestasi akademik dan masalah

    disiplin di kalangan pelajar. $koran itu, mereka mulai memulaukan sekolah dan

    mendendami guru tertentu. %amun dengan inisiati! PIBG, semua bentuk salah

    !aham ini boleh diuraikan. Perbincangan yang lebih kerap, selain mesyuarat

    tahunan PIBG mampu menjernihkan suasana.. &asilnya, situasi pengajaran danpembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

    elain itu, PIBG sebagai sebuah organisasi yang berwibawa boleh menubuhkan

    tabung pendidikan untuk para pelajar di sesebuah sekolah. 'abung ini boleh diisi

    bukan sahaja menerusi sumbangan ahli persatuan bahkan juga oleh ahli korporat

    dan indiidu tertentu. ana yang terkumpul ini boleh digunakan untuk kebajikan

    dan man!aat sekolah dan para pelajar. Ini termasuklah sumbangan kepada

    pelajar miskin, yatim dan ditimpa kemalangan. engan dana yang ada,

    prasarana pendidikan di sekolah dapat ditambah dan ditingkatkan. &asilnya,

    para pelajar dan warga sekolah amnya dapat memaksimunkan tenaga ke arah

    kecemerlangan dalam pendidikan dan sekali gus merealisasikan tandard 'inggi

    #ualiti Pendidikan ('#P) yang dicita"citakan.

    i samping itu, PIBG juga boleh mengadakan seminar dan kem motiasi untuk

    para pelajar di setiap sekolah. Program seperti ini penting demi memberi

    kesedaran dan semangat kepada pelajar untuk terus belajar dan berjaya. Pelajar

    yang bermasalah pula boleh disedarkan menerusi kem bina semangat dan

    kaunseling. engan langkah ini, mereka diharapkan akan berasa insa! dan

    kembali bersaing dengan rakan"rakan dalam pelajaran. $koran itu, kita bukan

    sahaja dapat mengurangkan gejala salah laku atau meningkatkan prestasi

    akademik pelajar, malahan sekolah akan dapat melahirkan generasi muda yangbersahsiah tinggi.

    Peranan lain yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai pemantau dan

    penilai terhadap perjalanan sekolah. engan kata lain, ahli PIBG boleh ber!ungsi

    sebagai penilai terhadap prestasi sekolah sama ada dalam hal"hal akademik

    mahupun kokurikulum. usulan daripada itu, perbincangan boleh diadakan dari

    semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan

    dan masalah yang dihadapi. i samping itu, pihak persatuan juga boleh

    ber!ungsi sebagai penjamin atau penyelamat kepada guru sewaktu menjalankan

    tugas di sekolah. &al ini wajar dilakukan kerana ramai kalangan guru berasa

    tertekan dan terancam apabila menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.

  • 7/21/2019 Karangan Ucapan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru

    2/2

    #ejadian memukul, mengancam, memusnahkan kereta dan membakar rumah

    guru merupakan gejala yang boleh mematahkan semangat guru. 'indakan PIBG

    membela nasib guru yang menjulang amanah ini akan menjadikan mereka lebih

    bersemangat dan selesa ketika bertugas. Ini secara tidak langsung dapat

    membantu sekolah meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.

    *khir sekali, PIBG boleh juga mengadakan beberapa sesi gotong"royong di

    sekolah, misalnya gotong"royong menyiapkan bangunan tambahan, membina

    'aman ains sekolah