karangan syarahan, ceramah, ucapan, pidato

4
Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB Nota Bahasa Melayu – Y10 & Y9EXP Karangan Jenis Syarahan, Ceramah, Ucapan dan Pidato PANDUAN DAN STRATEGI MENJAWAB 1. Penulisan karangan jenis syarahan, ceramah, ucapan dan pidato tidak banyak berbeza. Hanya penyampaian, intonasi dan penggunaan laras bahasa sahaja berlainan. 2. Ceramah lebih menjurus kepada isu semasa seperti kesihatan, kesedaran, keselamatan dan sebagainya. Selalunya pihak sekolah menjemput pihak tertentu menyampaikan ceramah tersebut. 3. Syarahan dan ucapan lebih berbentuk fakta, dan hujah-hujah yang dikemukakan lebih serius. Ia juga boleh didasarkan daripada perumpamaan dan cogan kata. 4. Kaedah yang digunkan ialah pembujukan, pendedahan, dan hujahan yang bertujuan menyakinkan pendengar iikuti oleh bukti-bukti nyata. Format penulisan _______________________________(1)____________________________________ ______________________________________________________________________ __________________________________________________________________ _____________(2)__________, __________________________________(3a)________________________________ ______________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ _________________________________(3b)_________________________________

Upload: burstshakur

Post on 01-Jul-2015

1.873 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KARANGAN SYARAHAN, CERAMAH, UCAPAN, PIDATO

Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB

Nota Bahasa Melayu – Y10 & Y9EXP

Karangan Jenis Syarahan, Ceramah, Ucapan dan Pidato

PANDUAN DAN STRATEGI MENJAWAB

1. Penulisan karangan jenis syarahan, ceramah, ucapan dan pidato tidak banyak berbeza. Hanya penyampaian, intonasi dan penggunaan laras bahasa sahaja berlainan.

2. Ceramah lebih menjurus kepada isu semasa seperti kesihatan, kesedaran, keselamatan dan sebagainya. Selalunya pihak sekolah menjemput pihak tertentu menyampaikan ceramah tersebut.

3. Syarahan dan ucapan lebih berbentuk fakta, dan hujah-hujah yang dikemukakan lebih serius. Ia juga boleh didasarkan daripada perumpamaan dan cogan kata.

4. Kaedah yang digunkan ialah pembujukan, pendedahan, dan hujahan yang bertujuan menyakinkan pendengar iikuti oleh bukti-bukti nyata.

Format penulisan

_______________________________(1)____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

_____________(2)__________,

__________________________________(3a)__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

_________________________________(3b)__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________(4)___________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Page 2: KARANGAN SYARAHAN, CERAMAH, UCAPAN, PIDATO

(1) Kata-kata aluan ( ditulis sebagai pendahuluan karangan)(2) Panggilan hormat ( ditulis sebelum memulakan perenggan baru)(3) (a) + (b) ISI (pembahgaian dibuat menggikut perenggan seperti karangan biasa)(4) Penutup ( biasanya ditulis dengan ucapan)

Contoh:

Sebagai Penolong Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), anda telah diminta menyampaikan ceramah kepada sekumpulan pelajar yang melawat ke bangunan Jabatan Pengangkutan Darat tempat anda bertugas. Tajuk ceramah anda ialah ‘Kemalangan Jalan Raya’. Tulis teks ceramah anda selengkapnya.

Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis, jawatankuasa penganjur, dan para pelajar yang saya kasihi. Pada pagi yang mulia ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapakan selamat datang kepada pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan kerana sudi datang ke bangunan atau ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Darat Negara Brunei Darussalam. Di sini izinkan saya menymapaikan sebuah ceramah yang bertajuk ‘Kemalangan Jalan Raya.’

Para pelajar yang saya kasihi sekalian,

Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini meningkat dari semasa ke semasa. Terdapat

pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan pemandu kereta, lori, penunggang motosikal, atau

pejalan kaki dilaporkan oleh pihak berkuasa. Negara kita juga dikatakan sebagai sebuah negara yang

mempunyai kadar kemalangan jalan raya yang tertinggi. Antara faktor utama peningkatan kes

kemalangan di negara kita berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri.

Contoh kecuaian yang berlaku adalah seperti memandu dalam keadaan letih dan mengantuk.

Akibat hendak segera sampai ke destinasi yang dituju, mereka tidak menghiraukan keadaan mereka

yang dalam keletihan. Akibatnya kenderaan dipandu dalam keadaan kurang tumpuan. Pemandu yang

berada dalam keadaan begini seharusnya berhenti seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk dan

letih supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan.

Pelajar yang saya hormati,

Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandu melebihi had

laju yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Walaupun banyak papan tanda

had laju diletakkan di sepanjang jalan raya dan kawalan lalu lintas oleh pihka berkuasa, namun mereka

masih berdegil dan memandu sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain.

Page 3: KARANGAN SYARAHAN, CERAMAH, UCAPAN, PIDATO

Malah, ada juga yang berlumba secara haram menggunakan motosikal di atas jalan raya seperti yang

biasa dilakukan oleh golongan remaja.

Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yang teruk meningkat, langkah-langkah yang praktikal

perlu diambil oleh semua pihak. Pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama demi memastikan

keselamatan semua. Pihak kerajaan daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan,

polis, dan Jabatan Kerja Raya harus membuat pemantauan dari semua aspek untuk mendisiplinkan para

pemandu dan menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi keselamatan pemandu. Penguatkuasaan

undang-undang, kempen kesedaran, dan pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan jalan raya

adalah antara langkah yang wajar diambil untuk menyedarkan pengguna jalan raya. Sektor swasta juga

memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini dengan menyiarkan iklan yang dapat

memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya yang lain.

Pelajar sekalian,

Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Mereka tidak harus

mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain.

Peraturan jalan raya haruslah dipatuhi untuk memastikan keselamatan semua pihak. Jangan gopoh

gapah semasa memandu kerana kecuaian menjadi punca nyawa sendiri dan orang lain yang tidak

bersalah turut terancam. Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Nampaknya, sudah panjang lebar saya berceramah dan masa amat mencemburui saya.

Namun, sebelum saya berundur diri ingin saya tegaskan di sini bahawa keselamatan di atas jalan raya

merupakan tanggungjawab pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan

berlaku dan hal ini tidak harus dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak. Manusia

memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang dapat menyebabkan nyawa

orang lain juga turut melayang haruslah dielakkan demi kesejahteraan bersama.