program jawab untuk jaya 2011 bahasa · pdf filegaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa...

60
1 PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA MELAYU KERTAS 1 BAHAN SEMINAR GURU JUJ 2011

Upload: vuongdieu

Post on 30-Jan-2018

272 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

1

PROGRAM

JAWAB UNTUK JAYA 2011

BAHASA MELAYU

KERTAS 1

BAHAN SEMINAR GURU

JUJ 2011

Page 2: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

2

ISI KANDUNGAN

1. Definisi Penulisan Karangan

2. Ciri-ciri Penulisan Karangan Cemerlang

3. Skop Penulisan Karangan SPM

4. Analisis Format, Tema dan Dimensi Soalan

BM 1 SPM (2001 – 2010)

5. Tip Penulisan Karangan Berkesan

6. Tip Membina Perenggan yang Matang

7. Rujukan Bestari

8. Kriteria Penskoran Karangan Bahagian A & B

9. Latihan Penandaan Skrip Jawapan Pelajar

10.Lampiran

Page 3: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

3

1. DEFINISI PENULISAN KARANGAN: Satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh

penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca/ pemeriksa.

Setiap idea yang disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan

menyalurkan idea kepada pembaca/ pemeriksa, menerusi penggunaan bahasa

yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik penulisan yang sesuai .

(Samsu Yaacob, Bahasa Melayu Kertas Satu, Masa Enterprise, Kajang 1995) 2. CIRI-CIRI PENULISAN BERKESAN: 2.1 Karangan Cemerlang (Bahagian A): PERINGKAT CEMERLANG ( 26-30 markah) TEMA: Menepati tema & tugasan bahan rangsangan BAHASA: Gramatis dari segi kata dan ayat

Tanda baca betul dan tepat

Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru

Kosa kata luas dan tepat

WACANA: Lengkap

Unsur bahasa bervariasi

Guna ungkapan yang menarik

IDEA: Relevan dengan tema & tugasan bahan rangsangan

Dihuraikan dengan jelas dan mata

Page 4: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

4

2.2 KARANGAN CEMERLANG (BAHAGIAN B): PERINGKAT CEMERLANG (80 – 100 MARKAH) Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat

Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis

Ejaan dan tanda baca betul

Laras bahasa sesuai dengan tugasan

Penggunaan kosa kata luas dan tepat

Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang,

disertakan dengan contoh yang sesuai

Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai

Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan

Penggunaan unsur bahasa bervariasi

Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan

seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa

(Kriteria Pemarkahan Lembaga Peperiksaan Malaysia, SPM 2010)

3. SKOP KARANGAN SPM MENGIKUT DIMENSI & JENIS / BIDANG: BAHAGIAN A : KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN :

Jenis Bahan Rangsangan;

Gambar Foto

Gambar rajah

Ilustrasi kartun

Pelan

Iklan

Petikan

Catatan

Page 5: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

5

BAHAGIAN B :

KARANGAN RESPONS TERBUKA :

Tajuk karangan berdasarkan kombinasi:

BIDANG INTERPERSONAL (IP)

BIDANG MAKLUMAT (M)

BIDANG ESTETIKA (E)

Skop Soalan Merangkumi 5 Dimensi :

DIRI

KELUARGA & MASYARAKAT

NEGARA

ANTARABANGSA

UNSUR SASTERA

i. BIDANG INTERPERSONAL

Surat Rasmi

Surat Tidak Rasmi

Wawancara

Forum

Syarahan

Ucapan

Ceramah*

Perbahasan

ii. BIDANG MAKLUMAT

Rencana

Laporan

Berita

Pendapat

Mengulas Pendapat

Perbincangan

Membahaskan Tajuk

Ulasan Buku

Ulasan Cerpen/Novel/ Drama/ Puisi

Page 6: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

6

Peribahasa/ Cogan Kata

Menulis Minit Mesyuarat

iii. BIDANG ESTETIKA

Gambaran/ Keperihalan

Menulis Cerpen

Menulis Skrip Drama

4. ANALISIS FORMAT, TEMA & DIMENSI SOALAN KERTAS 1 BAHASA MELAYU SPM (SPM NOV 2001 – SPM NOV 2010)

TAHUN FORMAT TEMA / ISU DIMENSI

NOV 2001

1 Keperihalan Tersesat sewaktu perjalanan ke kompleks beli-belah

Individu

2 Pendapat Kemiskinan menimbulkan masalah sosial

Keluarga/Masyarakat

3 Perbahasan Sekolah khas bagi pelajar lelaki atau perempuan sahaja patut dihapuskan

Negara

4 Rencana Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia Negara

5 Surat Tidak Rasmi

Kepentingan membaca Individu

6 Penceritaan Penceritaan novel yang telah dibaca Individu/Masyarakat

JUN 2002

1 Huraian Peribahasa „Sediakan payung sebelum hujan‟

Masyarakat

2 Pendapat Seni mempertahankan diri lebih banyak membawa keburukan

Masyarakat

3 Surat Tidak Rasmi

Arah aliran golongan remaja kini dari segi pakaian, pemikiran, hobi dan sebagainya

Individu/ Negara

4 Ceramah Ceramah „Perpaduan Negara Tanggungjawab Bersama‟

Masyarakat/Negara

5 Huraian Prinsip-prinsip Rukun Negara Masyarakat/Negara

6 Cerita Menyambungkan dialog Individu

NOV 2002

1 Gambaran Perasmian pusat perniagaan & pentas utama runtuh

Keluarga/Masyarakat

2 Pendapat Aktiviti sukan lasak di peringkat sekolah

Masyarakat/Negara

3 Syarahan „Pengguna Bijak Masyarakat Bahagia‟

Masyarakat

4 Wawancara „Pelajar Cemerlang Kokurikulum‟ Individu

5 Surat Rasmi Aduan pembuangan sisa toksik Masyarakat/Negara

6 Ulasan Keistimewaan drama pentas yang ditonton

Individu/ Masyarakat

JUN 1 Gambaran Membantu keluarga Individu/ Keluarga

Page 7: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

7

2003 meyempurnakan majlis perkahwinan angoota keluarga

2 Komentar Mutu sukan negara ini masih belum dapat

dibanggakan

Negara

3 Wawancara Anugerah pelajar cemerlang Individu

4 Ulasan Rakyat yang kurang memahami sejarah negara tidak patriotik

Masyarakat/ Negara

5 Perbahasan “Program Televisyen Lebih Banyak Bercorak Hiburan”

Masyarakat/Negara

6 Pendapat Cara untuk menimbulkan minat golongan muda menceburkan diri dalam bidang penulisan

Individu/ Negara

TAHUN FORMAT TEMA / ISU DIMENSI

NOV 2003

1 Pendapat Hobi memancing Individu

2 Perbincangan Faktor-faktor pembentukan sahsiah Keluarga/Masyarakat

3 Laporan Wabak penyakit berjangkit Negara

4 Rencana Faedah menyertai koperasi sekolah Individu

5 Pendapat „Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung‟

Masyarakat

6 Ulasan Ulasan cerpen yang dibaca Keluarga/Masyarakat

JUN 2004

1 Ulasan Faedah lebuh raya kepada rakyat dan negara

Masyarakat/Negara

2 Huraian Masalah gangguan bekalan air Masyarakat/Negara

3 Pendapat Masalah remaja terlibat gejala negatif

Individu/ Negara

4 Wawancara Rahsia kejayaan ahli sukan dan pengalaman beliau dalam bidang tersebut

Individu

5 Laporan Lawatan sambil belajar ke beberapa destinasi pelancongan di negara kita

Individu/ Masyarakat

6 Cerpen Menulis cerpen Individu

NOV 2004

Bhg A Pendapat

Isu Pembangunan & Alam Sekitar Negara

Bhg B 1 Perbincangan

Peranan remaja untuk mencapai hasrat negara

Individu

2 Fakta Tokoh sanjungan Masyarakat

3 Rencana Persediaan pelajar menghadapi persaingan kerja pada masa akan datang

individu

4 Syarahan „Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni‟

Keluarga/Masyarakat

5 Pendapat Usaha-usaha untuk memartabatkan golongan yang terlibat dalam bidang sastera

Masyarakat/Negara

Page 8: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

8

JUN 2005

Bhg A Pendapat

Masalah tanah terbiar Negara

Bhg B 1 Pendapat

Cabaran untuk mencapai cita-cita dan langkah mengatasinya

Individu

2 Komen Masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada kegagalan institusi keluarga

Masyarakat

3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. Masyarakat/Negara

4 Perbincangan Hubungan baik antara Malaysia dengan negara-negara jiran wajar dipelihara

Negara

5 Pendapat Peranan pelbagai pihak untuk mempopularkan sastera tradisional.

Masyarakat/Negara

TAHUN FORMAT TEMA / ISU DIMENSI

NOV 2005

Bhg A Pendapat

Usaha menangani masalah vandalisme

Masyarakat

Bhg B 1 Ulasan

Remaja suka mengikut trend semasa yang mempengaruhi budaya hidup masyarakat

Individu

2 Pendapat Peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak

Keluarga

3 Rencana Usaha Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan bagi meningkatkan mutu sukan

Negara

4 Pendapat Persengketaan dan peperangan telah menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia

Antarabangsa

5 Cerpen Berdasarkan maksud peribahasa; menggambarkan kerjasama dalam kehidupan masyarakat majmuk (isu sastera)

Masyarakat

JUN 2006

Bhg A Pendapat

Peluang untuk melanjutkan pelajaran Individu

Bhg B 1 Syarahan

Amalan Gaya Hidup Sihat Masyarakat

2 Pendapat Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha sendiri mempengaruhi kejayaan seseorang

Keluarga

3 Pendapat Aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh masyarakat untuk menjayakan hasrat mengukuhkan perpaduan antara rakyat

Masyarakat

4 Perbincangan Peranan negara untuk terus mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia

Antarabangsa

5 Pendapat Saranan menggalakkan remaja membaca karya bertemakan

Individu

Page 9: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

9

semangat patriotik

NOV 2006

Bhg A Pendapat

Usaha meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja

Individu

Bhg B 1 Pendapat

Faedah menguasai ICT Negara

2 Ceramah Menghargai jasa ibu bapa Keluarga

3 Pendapat Peranan pelbagai pihak memajukan pertanian

Masyarakat

4 Perbincangan Cara menangani masalah jerebu Antarabangsa

5 Pendapat Penghayatan nilai-nilai murni berperanan membentuk peribadi yang baik

Masyarakat

JUN 2007

Bhg A Pendapat

Aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa lapang

Masyarakat

Bhg B 1 Perbincangan

Cara anda melaksanakan amalan berjimat cermat

Induvidu

2 Pendapat Kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka

Masyarakat

3 Rencana Kesan buruk tabiat merokok terhadap kesihatan

Masyarakat

4 Perbahasan Kemasukan pekerja asng membawa kebaikan kepada negara – (pencadang)

Negara

5 Pendapat Pembacaan karya sastera dapat meningkatkan penguasaan bahasa, kemahiran menghasilkan karya kreatif dan penerapan nilai murni dalam diri murid

Individu/Masyarakat

NOV 2007

Bhg A Pendapat

Usaha-usaha yang dapat di lakukan untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran

Masyarakat/Negara

Bhg B 1 Syarahan

„Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti‟.

Masyarakat/Negara

2 Penjelasan Kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu

Keluarga/Negara

3 Pendapat Institusi pendidikan berasaskan Masyarakat/Negara

4 Saranan Bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh negara-negara kaya untuk membantu negara-negara miskin

Antarabangsa

5Cerpen/Skrip Drama

Tulis sebuah cerpen atau skrip drama yang berakhir dengan dialog.

Individu

Page 10: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

10

JUN 2008

Bhg A Pendapat

Peluang kerjaya dalam bidang pertanian di Malaysia

Individu

Bhg B 1 Penjelasan

Kebaikan-kebaikan amalan kitar semula

Masyarakat/Negara

2 Perbincangan Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga

Keluarga

3 Pidato „Dadah Membawa Padah‟ Negara

4 Pendapat Peranan rakyat Malaysia di luar negara untuk mempromosikan negara kita dalam pelbagai aspek pada peringkat antarabangsa

Antarabangsa

5 Cerpen Peribahasa „Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam‟

Individu

NOV 2008

Bhg A Pendapat

Punca-punca pencemaran sungai Masyarakat/Negara

Bhg B 1 Laporan

Laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah

Individu

2 Penjelasan Ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman keluarga

Keluarga

3 Huraian Faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya demam denggi dan langkah-langkah bagi menanganinya

Masyarakat/Negara

4 Pendapat Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia

Antarabangsa

5 Perbincangan Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat (pantun diberi sebagai pernyataan soalan)

Masyarakat

TAHUN FORMAT TEMA / ISU DIMENSI

JUN 2009

Bhg A Pendapat

Sumbangan Untuk Membantu Mangsa Banjir

Masyarakat

Perbincangan Perkara yang dilakukan untuk berjaya dalam temuduga biasiswa

Diri

Syarahan Keluarga Bahagia Penentu Kecemerlangan Anak-anak

Keluarga

Pendapat Kebaikan Menyertai Aktiviti Sukan Lasak

Masyarakat

Pendapat Usaha meningkatkan Pengeluaran Bahan Makanan dalam Negara

Negara

Pendapat Langkah Mempromosi Seni dan Warisan Negara ke Luar Negara

Antarabangsa

Page 11: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

11

TAHUN FORMAT TEMA / ISU DIMENSI

NOV 2009

Bhg A Pendapat

Aktiviti Badan Beruniform dan Faedahnya

Diri / Masyarakat

Bhg B 1 Perbincangan

Usaha –usaha melahirkan anak-anak sebagai insan berguna

Keluarga

2 Pendapat Kebaikan Aktiviti Bercucuk Tanam Untuk Keperluan Harian

Masyarakat

3 Jelaskan pendapat

Pengetahuan Tentang Sejarah Penubuhan Negara Penting Difahami Oleh Setiap Rakyat

Negara

4 Rencana Kesan Pemanasan Global Terhadap Bumi dan Hidupannya

Antarabangsa

5 Pendapat Pengajaran daripada novel yang boleh dijadikan pedoman hidup

Diri

JUN 2010

Bhg A Pendapat

Punca-punca Pencemaran Udara Negara

Bhg B 1 Gambaran

Pengalaman membantu mangsa bencana alam

Diri

2 Pendapat Kepentingan meraikan hari-hari istimewa (Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Lahir setiap ahli keluarga)

Keluarga

3 Rencana “Peranan Pelbagai Pihak dalam Menangani Isu Kenaikan Harga Barang”

Negara

4 Perbincangan Manfaat hubungan baik antara pemimpin- pemimpin negara di dunia

Antarabangsa

5 Pendapat Kepentingan Menguasai Pelbagai Ilmu ( gurindam sebagai pernyataan soalan)

Masyarakat

TAHUN FORMAT TEMA / ISU DIMENSI

NOV 2010

Bhg A Pendapat

Cara menjalani kehidupan yang sihat Diri / Masyarakat

Bhg B 1 Perbincangan

Peranan pengawas membantu pihak sekolah membentuk murid berdisiplin

Diri

2. Jelaskan pendapat

Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapanya

Keluarga

3 Perbincangan Peranan rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara

Negara

4 Huraian/ Perbincangan

Langkah negara-negara di dunia menangani wabak penyakit berjangkit

Antarabangsa

5 Cerpen Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Masyarakat

Page 12: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

12

5. TIP PENULISAN KARANGAN YANG BERKESAN

Untuk menulis, pelajar mestilah mempunyai strategi tertentu yang dapat menarik

perhatian pemeriksa. Lima strategi tersebut ialah :

i. memilih soalan yang tepat

ii. mengenal pasti kata kunci soalan

iii. menyediakan rangka karangan

iv. menulis karangan

v. menyemak karangan

5.1 MEMILIH SOALAN YANG TEPAT

Para pelajar perlu membaca kesemua soalan yang dikemukakan sambil menggarisi

setiap kata kunci dalam soalan. Pilih soalan yang paling sesuai dengan pengetahuan

anda untuk menjawabnya.

5.2 MENGENAL PASTI KATA KUNCI SOALAN

Para pelajar perlu memahami setiap kata kunci yang terdapat dalam soalan

peperiksaan. Setiap soalan peperiksaan mempunyai tiga perkara utama yang perlu

dikesan oleh pelajar. Tiga perkara itu ialah TEMA (T), SKOP (S) dan FORMAT (F).

Baca dan garisi ayat yang mengandungi tiga kata kunci tersebut.

Contoh soalan:

Sejak akhir-akhir ini, program televisyen realiti telah mendapat tempat dalam hati

masyarakat. Program seperti ini mendatangkan pelbagai impak negatif kepada

penonton

Bincangkan kesan buruk program tersebut dalam kalangan masyarakat.

Page 13: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

13

TEMA : persoalan yang dibincangkan – program televisyen realiti

SKOP : kehendak soalan – kesan buruk kepada masyarakat

FORMAT : jenis karangan – perbincangan/pendapat

5.3 MERANGKA PENULISAN KARANGAN

Setelah mengenal pasti tema, skop, dan format pelajar perlu mula merangka untuk

menulis karangan. Sama seperti manusia, karangan juga mempunyai anatomi yang

terdiri daripada kepala, tubuh, dan kaki.

PERENGGAN PENDAHULUAN

Bahagian kepala sama maksud dengan perenggan pendahuluan. Perenggan ini

melibatkan tema dan isu semasa. Jangan masukkan apa-apa contoh dalam

perenggan ini. Ayat akhir dalam perenggan ini sebaiknya menggunakan ayat tanya

yang merujuk kepada skop soalan. Perenggan pendahuluan hendaklah mempunyai

lima perkara yang ditulis dalam satu perenggan:

I. AYAT TEMA : MERUJUK KEPADA TEMA KARANGAN

II. ISU SEMASA

III. HURAIAN ISU

IV. PENDAPAT

V. PENDIRIAN PENULIS : MERUJUK KEPADA SKOP SOALAN

Contoh:

(Tema)Komuniti hari ini sering digembar-gemburkan dengan pelbagai rancangan

televisyen realiti. (Isu semasa) Rancangan televisyen realiti kini semakin mendapat

tempat dalam hati populasi di negara ini. (Huraian isu) Tambahan pula , setiap

rumah di negara ini sekurang-kurangnya mempunyai sebuah televisyen. Hal ini

memudahkan penerbit untuk menerbitkan pelbagai rancangan televisyen realiti. Oleh

sebab itu, pertambahan rancangan televisyen realiti semakin meningkat dari semasa

Page 14: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

14

ke semasa. Antara rancangan televisyen realiti yang sering dipaparkan melalui skrin

televisyen sekarang termasuklah `Akademi Fantasia‟, `Mentor‟, `One In A Milion‟ dan

banyak lagi. (Pendapat) Penerbit rancangan-rancangan tersebut berpendapat

bahawa dengan penerbitan rancangan tersebut dapat menyediakan ruang bagi

mencungkil bakat-bakat dalam bidang nyanyian dan lakonan melalui mekanisma

yang betul. Walhal, mereka mengaut keuntungan yang besar daripada penonton

dengan mengadakan undian melalui sistem pesanan ringkas. Hal ini dapat

diibaratkan seperti pepatah Melayu ”sambil menyelam minum air”. (Skop soalan).

Persoalannya apakah kesan-kesan rancangan televisyen realiti kepada komuniti di

negara kita?

Selangkan sebaris untuk menulis perenggan berikutnya iaitu perenggan isi.

PERENGGAN ISI

Seterusnya ialah bahagian tubuh karangan atau juga dikenali sebagai perenggan isi

karangan. Perenggan isi karangan juga mestilah dibina secara sekata bagi setiap

perenggan. Penulisan isi karangan yang baik mesti mempunyai empat

unsur/perkara. Unsur-unsur tertsebut terdiri daripada:

I. AYAT FOKUS : ISI / IDEA UTAMA

II. AYAT HURAIAN : 5W1H (MASB2D)

III. AYAT CONTOH : RELEVAN DAN TERKINI

IV. AYAT SIMPUL : KESIMPULAN PERENGGAN

Ayat fokus mestilah dimulakan dengan pernyataan isi dalam satu ayat sahaja.

Gunakan ayat penyata yang jelas dan berwibawa. Ini diikuti dengan ayat huraian

daripada penyataan isi. Gunakan teknik penyoalan 5W1H. Jumlah ayat huraian tidak

terhad tetapi bergantung pada kemampuan pelajar. Seterusnya, pelajar perlu

mengemukakan contoh atau bukti bagi menyokong huraian di atas. Contoh / bukti

yang diberikan mestilah relevan dan terkini. Gunakan sumber rujukan daripada

majalah atau akhbar harian. Setiap isi karangan mesti diakhiri dengan ayat

kesimpulan.

Page 15: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

15

Perenggan isi mesti terdiri sekurang-kurangnya lima isi yang ditulis dalam lima

perenggan. Setiap perenggan mesti diselangkan dengan satu baris. Jangan

dicampuradukkan beberapa isi dalam dalam satu perenggan.

Contoh:

(Ayat fokus) Rancangan televisyen realiti mendatangkan pelbagai impak negatif

kepada masyarakat di negara kita. (Ayat huraian) Rancangan televisyen realiti ini

menyebabkan berlakunya pembaziran sama ada masa atau wang. Rancangan ini

melalaikan para penonton. Hal ini kerana penonton yang menggemari rancangan ini

akan setia menanti di hadapan televisyen untuk menonton rancangan tersebut. (Ayat

contoh) Selain itu, mereka sanggup juga membatalkan janji temu mereka dengan

sahabat handai semata-mata ingin menonton rancangan tersebut yang tidak

membawa keuntungan kepada penonton. Para pelajar turut membuang masa

dengan menonton rancangan tersebut dan menggadaikan masa ulang kaji mereka.

Sehubungan dengan itu, rancangan televisyen realiti ini juga membazirkan wang

para penontonnya. Hal ini kerana para penonton akan mengundi artis pilihan

mereka. Walaupun satu undian hanya bernilai RM, tetapi para penonton perlu

menghantar undian mereka beberapa kali untuk memastikan artis yang diminati

mereka berjaya. (Ayat simpul) Jelaslah di sini bahawa rancangan televisyen realiti

ini membazirkan masa dan wang.

PERENGGAN PENUTUP

Akhir sekali, sesebuah karangan perlu mempunyai kaki supaya boleh berdiri kukuh.

Perenggan penutup ini tidak boleh diabaikan oleh pelajar kerana berperanan sebagai

pelengkap sesebuah karangan. Unsur yang perlu ada dalam perenggan ini ialah:

I. AYAT KESIMPULAN

II. AYAT CADANGAN

III. AYAT HARAPAN

IV. AYAT PENEGASAN

Page 16: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

16

Ayat pertama yang ditulis merumuskan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.

Jangan masukkan isi baru dalam perenggan ini. Rumusan secara umum

keseluruhan isi sudah memadai untuk menyimpulkan karangan. Kemudian, nyatakan

cadangan dan harapan anda terhadap isu yang telah dibincang. Sebagai penutup

ayat karangan anda, pelajar digalakkan menegaskan pendirian terhadap

keseluruhan isi karangan.

Contoh:

(Ayat kesimpulan) Kesimpulannya, rancangan televisyen realiti mendatangkan

pelbagai kesan dan dapat memudaratkan masyarakat di negara kita. (Cadangan)

Bagi penerbit yang ingin menerbitkan rancangan televisyen realiti ini haruslah

semata-mata untuk mencungkil bakat baru dalam kalangan masyarakat di negara

kita. Pihak penerbit tidak seharusnya mengambil kesempatan daripada rancangan

yang diterbitkan. Selain itu, pihak penerbit perlu juga mengurangkan undian melalui

sistem pesanan ringkas. Peserta-peserta haruslah dinilai berdasarkan bakat yang

terpendam dalam diri mereka bukan kerana kecantikan rupa paras semata-mata.

Rancangan televisyen realiti haruslah dikurangkan. Ini penting untuk mengelakkan

pertambahan masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita. Pihak penerbit

haruslah menggantikan rancangan televisyen realiti dengan rancangan-rancangan

ilmiah yang lebih memberikan keuntungan sama ada kepada penerbit ataupun

penonton. (Harapan) Dengan ini, masyarakat yang berilmu dapat dilahirkan di

negara kita. (Penegasan) Saya yakin andainya cadangan ini dapat dilaksanakan

sudah pasti akan dapat meningkatkan imej dan karier masyarakat di negara ini

walaupun sebagai seniman dan seniwati dalam bidang seni nyanyian dan lakonan.

5.4 MENULIS KARANGAN

i. Karangan yang ditulis mestilah mepunyai TUJUH perenggan yang terdiri daripada

Pendahuluan (1 perenggan), Isi (5 perenggan) dan Penutup (1 perenggan)

ii. Setiap perenggan terdiri daripada 12 baris yang sekata. Pastikan karangan berselang sebaris antara perenggan.

Page 17: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

17

iii. Isi utama merupakan ayat pertama dalam karangan. iv. Ayat huraian menggunakan teknik 5W1H (MASB2D) v. Setiap isi perlu ada kesimpulan. vi. Ungkapan menarik berupa peribahasa, cogan kata, kata-kata hikmat tokoh, pantun, dan seumpamanya mesti diselitkan dalam setiap perenggan. vii. Gunakan kosa kata yang luas seperti anjakan paradigma, kedangkalan ilmu dan seumpamanya. viii. Susun isi mengikut kepentingan, contohnya diri – keluarga – negara –global. ix. Setiap ayat yang ditulis mestilah mempunyai subjek dan predikat dengan jelas. Ayat mesti betul. x. Kertas karangan mesti bersih, kemas dan mudah dibaca. Setelah menulis karangan, pelajar perlu menyemak karangan yang telah siap. Pastikan ejaan, tanda baca, penanda wacana dan struktur ayat telah ditulis dengan betul. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan akan menyebabkan pemotongan markah. 5.5 TIP-TIP LAIN i. Pelajar MESTI membaca akhbar setiap hari. Luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit sebelum P&P dengan membaca isu semasa. ii. Guru menggunakan akhbar untuk membina karangan di samping sebagai bahan rujukan. iii. Latihan menulis karangan perlu dilakukan pada setiap hari dalam tempoh yang ditetapkan. iv. Gunakan kertas berformat kertas jawapan LPM untuk latihan (boleh difotokopi). Ini untuk membiasakan pelajar dengan kertas peperiksaan sebenar. v. Semua pelajar menggunakan pena yang sama jenis semasa peperiksaan. vi. Pelajar boleh menyalin karangan contoh sekurang-kurangnya seminggu sekali. vii. Sebulan sekali perlu diadakan ujian masa menulis karangan. Patuhi masa peperiksaan sebenar.

Page 18: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

18

6.0 TEKNIK MEMBINA PERENGGAN YANG MATANG : 6.1 Teknik 1: Menggunalkana Lembaran Pengurusan Grafik Jadual (Sumber : Saudara Asmui Mustafa) Isi Pokok :

1 Isi Pokok

2 Siapa?

3 Bagaimana?

4 Analogi

5 Kesan/akibat

6 Kesan lanjutan

7 Peribahasa

8 Penegasan

Page 19: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

19

CONTOH APLIKASI TEKNIK 1 :

Soalan: Negara kita merupakan salah sebuah negara di dunia yang mencatatkan kadar kemalangan jalan raya yang tinggi. Jelaskan punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita. Analisis Soalan: TEMA : kemalangan jalan raya FORMAT : perbincangan TUGASAN : punca-punca Kerangka isi :

a) faktor kecuaian pemandu

b) faktor jalan raya

c) faktor cuaca

d) faktor kenderaan

e) kelemahan penguatkuasaan undang-undang

Prosedur Menggunakan Teknik 1

1) Guru menerangkan kaedah mengembangkan idea yang matang

2) Guru menjelaskan lapan (8) peringkat pengembangan isi iaitu;

i. Isi pokok ii. Siapa iii. Bagaimana iv. Analogi v. Kesan / akibat vi. Kesan lanjutan vii. Peribahasa viii. Penegasan

3) Guru menayangkan contoh pengembangan isi kepada pelajar.

4) Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan, setiap kumpulan terdiri

daripada 5 hingga 6 pelajar.

5) Setiap kumpulan dikehendaki mengembangkan isi mengikut peringkat yang ditunjukkan.

Page 20: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

20

6) Guru mengedarkan lembaran pengurusan grafik kepada pelajar

7) Pelajar berbincang untuk mengisi petak yang disediakan.

8) Pelajar membentangkan hasil perbincangan

9) Pelajar bersoal jawab dengan memberi komen terhadap bahan pembentangan

10)Guru mengarahkan pelajar menggabungkan semua isi yang dibentangkan

11)Pelajar menulis karangan penuh di dalam buku latihan.

12)Pengukuhan: secara individu, pelajar melengkapkan lembaran pengurusan

grafik berdasarkan tajuk karangan yang diberi

i. Kemenangan dan kegagalan ialah adat hidup. Berikan pandangan anda tentang cara-cara yang patut diambil oleh ibu bapa untuk membantu anak yang kalah atau gagal supaya bangkit semula. Isi-isi :

a. Tidak menyalahkan anak

b. Memberikan sokongan

c. Memberikan bantuan yang praktikal

Page 21: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

21

Contoh Olahan Isi : Kecuaian pemandu menjadi punca kemalangan

1 Isi Pokok Pemandu kenderaan yang cuai selalu menjadi punca berlakunya kemalangan.

2 Siapa? Pemandu yang paling berisiko tinggi ialah penunggang motosikal.

3 Bagaimana?

Pemandu yang kurang sopan sewaktu di jalan raya selalunya memandu secara berbahaya, contohnya ialah pemandu yang terlibat dengan lumba haram, mabuk dan lain-lain.

4 Analogi

“Kalau berjalan di jalan berduri, perlulah berhati-hati”, begitulah juga di jalan raya, umpama mulut harimau yang sentiasa ternganga menunggu mangsa.

5 Kesan/Akibat

Diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain turut terdedah untuk mendapat kemalangan. Kadangkala orang yang tidak bersalah turut menjadi mangsa disebabkan oleh golongan cuai ini.

6 Kesan lanjutan Mangsa kemalangan akan merana sepanjang hayat.

7 Peribahasa

Pemandu ini umpama “apabila dibawa keranda barulah mereka bercucuran air mata” atau “sudah terhantuk baru tengadah”. Setelah mereka terkena barulah mereka menyesal.

8 Penegasan

Justeru, sebelum roh meninggalkan jasad, sebelum nasi menjadi bubur, pemandu mestilah berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Jadilah seorang pengguna yang berhemah tinggi.

Page 22: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

22

Soalan Latihan

1. Kemenangan dan kegagalan ialah adat hidup. Berikan pandangan anda tentang cara-cara yang patut diambil oleh ibu bapa untuk membantu anak yang kalah atau gagal supaya bangkit semula. Isi-isi

d. Tidak menyalahkan anak e. Memberikan sokongan f. Memberikan bantuan yang praktikal

2. Kesihatan sangat berharga kepada kita. Oleh itu, pemakanan yang sihat penting kepada kita. Bincangkan cara-cara yang patut anda amalkan dalam pemakanan yang sihat. Isi-isi a. Makan mengikut piramid makanan b. Menjauhi makanan segera dan makan ringan c. Makan mengikut waktu dan kadar

3. Tabiat membaca dalam kalangan masyarakat negara kita masih rendah. Ulaskan pernyataan ini. Isi-isi a. Membaca semata-mata mencapai kejayaan b. Kurang prasana untuk orang awam c. Pengaruh rancangan hiburan daripada media elektronik

4. Jenayah-jenayah antarabangsa berleluasa di banyak negara terutamanya di negara-negara membangun. Bincangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh negara-negara di dunia ini untuk membendung jenayah-jenayah tersebut. Isi-isi a. Perkongsian pintar antara negara b. Mendapatkan bantuan kepakaran / teknologi c. Menggubal undang-undang baharu yang sesuai

Page 23: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

23

5. Pelbagai cabaran perlu dihadapi untuk menjadi penulis yang berjaya. Berikan pendapat anda tentang cabaran-cabaran yang perlu dihadapi untuk menjadi penulis yang berjaya. Isi-isi a. Cabaran menghasilkan karya bermutu d. Cabaran mendapatkan penerbit e. Cabaran mempopularkan karya

(Teknik Jadual ini amat efektif untuk digunakan bagi penulisan karangan perbincangan, huraian, fakta, dan perbahasan)

6.2 Teknik 2 : FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI “ATAH (5W 1H 1I) ACAS”

(Sumber: Datuk Hajah Meriam Mehad)

Ayat Topik Ayat arah soalan isi/idea utama

Ayat Huraian Ayat rangsangan(apa, siapa, bila, di mana, mengapa)

Ayat Huraian Ayat rangsangan(bagaimana, sekiranya) 5W 1H 1I*

Ayat Contoh Ayat contoh / tokoh( Menurut…./ Hal ini……)

Ayat Simpul Ayat Simpul

1 I (Sekiranya)

Merujuk kepada KBKK

- Kaitan atau perhubungan

- Membanding atau membeza

- Meramal

- Merujuk kepada peribahasa

Page 24: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

24

CONTOH APLIKASI RUMUS

Tema : Menabung

Arah soalan : Langkah menghadapi kemelut ekonomi

AT

Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza.

AH 1 Apa

Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara.

AH 2

Mengapa

Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai.

AH 3

Bagaimana

Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan.

AH 4 Bila

Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi.

AH 5 Siapa

Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung.

AH 6

Sekiranya

Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi.

AC

Di mana

Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu.

AS

Peribahasa

Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.

Page 25: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

25

6.3 TEKNIK 3 : TEKNIK MUDAH PERENGGAN (Sumber : Saudara Mohd Nazir Noh)

A. STRUKTUR SETIAP PERENGGAN

A1 = Idea utama A2 = Huraian A3 = Huraian A4 = Data, contoh, statistik, pendapat, peribahasa, ungkapan menarik A5 = Kesimpulan perenggan

* A ialah ayat

B. PANDUAN PERMULAAN PERENGGAN PENDAHULUAN

Pelajar memulakan karangan dengan kata / frasa berikut ; Akhir-akhir ini,...... Kebelakangan ini,..... Belakangan ini......... Mayapada,............. Marcapada,........... Dalam mengejar era modenisasi.......

1. Pelajar tahu mengesan tema dan arah soalan dalam soalan yang diberi.

2. Selepas mengesan tema dan arah soalan, pelajar mula menulis ayat 1

hingga ayat 5 mengikut kerangka konsep penulisan yang dicadangkan di

bawah.

3. Pelajar tidak boleh memasukkan isi seperti sebab, cara, langkah, kesan,

kepentingan dan sebagainya dalam bahagian pendahuluan.

4. Pelajar boleh memasukkan peribahasa dan kosa kata menarik dalam

bahagian pendahuluan sama ada dalam ayat 4 atau ayat 5 sebelum ayat

kesimpulan perenggan.

Page 26: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

26

Secara ringkasnya, perenggan pendahuluan mempunyai bentuk seperti berikut:

Ayat 1 Ayat penyataan tema(mayapada,marcapada…..)

Ayat 2 Definisi tema(Dari segi konsepsinya.....)

Ayat 3 Ayat rangsangan (mengapa/bagaimana/siapa)

Ayat 4 Ayat contoh / tokoh(Menurut......)

Ayat 5 Ayat arah soalan (Oleh itu,... arah soalan)

MENGESAN TEMA DAN ARAH SOALAN Latihan 1 Nyatakan tema dan arah soalan tajuk karangan di bawah. Kegilaan terhadap pelbagai program televisyen realiti mengakibatkan tumpuan dalam bidang pelajaran anak-anak terabai . Berikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam usaha mengawal kecenderungan anak-anak terhadap program televisyen realiti ini. Tema : ................................................................................................................ Arah soalan : ................................................................................................................

C. PANDUAN MEMULAKAN PERENGGAN IDEA

Mulakan ayat idea utama kata arah soalan seperti berikut; Punca/ cara / usaha / kepentingan yang perlu diperhalus ialah,

.....................

1. Pelajar mengesan arah soalan dalam soalan yang diberi dan menyatakan

isi.

2. Pelajar boleh mula menulis isi mengikut kerangka konsep penulisan yang

dicadangkan di bawah.

3. Pelajar memasukkan isi seperti sebab, cara, langkah, kesan,

kepentingan dan sebagainya.

4. Pelajar boleh memasukkan peribahasa dan kosa kata menarik dalam

bahagian pendahuluan sama ada dalam ayat 4 atau ayat 5 sebelum ayat

kesimpulan perenggan.

Page 27: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

27

5. Pelajar perlu menjawab persoalan mengapa, bagaimana, dan siapa, bagi

menjelaskan isi secara terperinci.

Secara ringkasnya, perenggan isi TMP mempunyai bentuk seperti berikut:

Ayat 1 Ayat arah soalan isi

Ayat 2 Ayat rangsangan ( mengapa, bagaimana, siapa)

Ayat 3 Ayat rangsangan( mengapa, bagaimana, siapa)

Ayat 4 Ayat contoh / tokoh( Menurut…./ Hal ini……)

Ayat 5 Ayat kesimpulan perenggan (Sekiranya,...)

D. PANDUAN MENULIS KESIMPULAN / PENUTUP KARANGAN

Mulakan ayat kesimpulan dengan kata berikut; Kesimpulannya,..... Secara tuntas,......... Sebagai akhir kalam,....... Konklusinya,............ Sebagai intiha,..........

Ayat 1 Ayat penyataan tema(Akhirulkalam.....)salin A1P1

Ayat 2 Ayat rangsangan harapan (Semoga….)

Ayat 3 Ayat rangsangan Pandangan (sememangnya,.....)

Ayat 4 Ayat rangsangan cadangan(Oleh itu, kita perlu....)

Ayat 5 Ayat rangsangan kesimpulan perenggan(Sekiranya....)

E. KONSEP ASAS YANG PERLU DIKETAHUI PELAJAR

Tema = isu dalam soalan Ayat Arah = ayat yang menjurus kepada kehendak soalan Ayat Huraian = ayat yang menghurai idea Ayat Contoh = ayat yang menyatakan contoh (dimulakan dengan Menurut ...atau Sebagai contoh,..)

berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar tanpa merujuk bahan / maklumat

Ayat Simpul = Ayat yang menggabungkan harapan, pandangan dan cadangan terhadap isu

Page 28: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

28

F. PROSEDUR PELAKSANAAN

1. Guru menjelaskan secara ringkas perkara A,B,C,D dan E

2. Guru mengedarkan bahan modul latihan bahagian pendahuluan, isi

dan kesimpulan kepada pelajar.

3. Guru memudah cara dan membimbing pelajar bermula ayat 1 hingga

ayat 5 bahagian pendahuluan, diikuti bahagian isi dan bahagian

kesimpulan.

4. Guru perlu memastikan pelajar menulis ayat demi ayat bersama-

sama. Jika ada pelajar yang masih belum menghabiskan ayat

sebelumnya, guru perlu memastikan pelajar tersebut menulis

sebelum memulakan ayat seterusnya

G. CONTOH BAHAN PENGAJARAN

Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.

ISI.

PENDAHULUAN

Mayapada, ..[tema]...............................................................................................................

..........................................................(AH=Apa).Dari segi konsepsinya, (tema ) ialah....................

............................................................................................................................................................

(AH)BAGAIMANA/MENGAPA/SIAPA.........................................................................................

............................................................................................................................................................

(AC)Menurut......................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................

................................................................(AA)Oleh itu, ........... (ARAH) .............. ........ ... .............

............................................................................................................................................................

Page 29: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

29

........................................................................................................................................

............

(AC)Sebagai

contoh,..................................................................................................................

........................................................................................................................................

...........

(AS)Sekiranya,...............................................................................................................

............

........................................................................................................................................

............

ISI.

Langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk

dapat ditingkatkan ialah .......................................................................................................................

..............................................................(AH) Justeru, ...............................................................

....................................................................................................................................................

(AH)Hal ini demikian, kerana ........................ ...................................... .................... ...... .........

....................................................................................................................................................

(AC)Sebagai contoh,..................................................................................................................

...................................................................................................................................................

(AS)Sekiranya,...........................................................................................................................

...............................................................................................................................................................

KESIMPULAN

Akhirulkalam, . ................................................................................................. ...........

................................... ......................................................................................................................

(Harapan)Semoga............................................................................................................................

..........................................................................................................................................................

(Pandangan)Sememangnya.............................................................................................................

..........................................................................................................................................................

(Cadangan)Oleh itu, kita perlu .......................................................................................................

...............................................................................................................................................

Page 30: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

30

7.0 RUJUKAN BESTARI 7.1 UNGKAPAN MENARIK : peribahasa (simpulan bahasa, bidalan, pepatah, petitih dan perumpamaan). cogan kata. frasa menarik. petikan ucapan. kata-kata hikmat. maksud hadis. maksud ayat Al-Quran.

7.1.1 PERIBAHASA MELAYU ( JENIS DAN CIRI- CIRINYA) :

Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.

BIL JENIS PERIBAHASA CIRI

1 SIMPULAN BAHASA Rangkaian perkataan yang tersimpul dengan susunan yang khas. Terhasil daripada pemerhatian terhadap persekitaran, kepercayaan dan resam bahasa. Mempunyai makna yang tersirat. Terdiri daripada dua patah perkataan. Apabila perkataan dalam pasangan perkataan itu dipisahkan, perkataan yang berkenaan hanya membawa makna asalnya. Contoh : air muka, akal kancil, banyak mulut, batu api, bendera putih, cakar ayam, durian runtuh, cepat tangan.

2

PERUMPAMAAN Membandingkan dengan apa-apa yang ada di sekeliling. Didahului dengan kata-kata perbandingan, “seperti umpama, bagai, seperti, laksana, ibarat dan bak” Mempunyai makna tersurat dan tersirat.

Contoh : seperti anjing berebut tulang; bagai ayam disambar helang; umpama burung, mata terlepas badan terkurung; ibarat air di daun keladi; laksana katak diharung ular.

Page 31: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

31

3 PEPATAH Mempunyai patah-patah perkataan yang disusun untuk menyampaikan maksud tertentu .

Terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan. Dibentuk berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan . Bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara . Mempunyai maksud yang jelas. Contoh : biar putih tulang, jangan putih mata; bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; cubit paha kanan, paha kiri sakit juga; ditelan mati emak, diluah mati bapak.

4 BIDALAN Susunan kata-kata yang umum digunakan. Seakan-akan pepatah. Mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran. Merangkumi aspek kehidupan, pengajaran dan anutan atau fahaman sesebuah masyarakat . Mempunyai maksud selapis dan tidak mempunyai maksud tersembunyi . Contoh : air tenang jangan disangka tiada buaya; nasi sudah menjadi bubur; malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan; jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga; sambil menyelam minum air; rumah sudah pahat berbunyi.

Page 32: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

32

7.1.2 SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU

A. PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4

1.Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging

Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. Meninggi diri

Maksud : Sombong

5. Bermuka dua

Maksud : Tidak jujur.

6. Baik hati

Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. Tulang belakang

Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang

Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai

kejayaan.

9. Bagai kaca terhempas ke batu

Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Maksud : Dua orang atau dua pihak yang sama darjat dalam adat

12. Seperti lembu dicucuk hidung

Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. Terang hati

Maksud : Lekas pandai.

16. Rendah hati

Maksud : Tidak sombong

17. Murah hati

Maksud : Pemurah.

18. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong

Maksud : Hampa.

Page 33: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

33

B. PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 5

1. Lintah darat

Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. Bagai aur dengan tebing

Maksud : Hubungan yang rapat antara sama-sama yang lain dan saling membantu.

3. Anak dagang

Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri

sendiri

Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih

baik lagi.

5. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan

sesuatu yang susah

6. Indah khabar daripada rupa

Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. Kacang lupakan kulit

Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya

setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang

menerima akibatnya..

13. Memerah otak

Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Maksud : Tidak akan tercapai maksudnya kalau tidak mahu berusaha dan bersusah

payah. 15.Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit

dahulu, bersenang-senang kemudian

Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada

kemudian hari.

16. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Page 34: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

34

18. Bak cendawan tumbuh selepas hujan

Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

Maksud : Bernasib malang kerana mengejar sesuatu, yang sudah di tangan hilang

pula.

21. Mencari jalan

Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. Biar mati anak, jangan mati adat

Maksud : orang yang kuat berpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan

Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. Berbesar hati

Maksud : Gembira.

25. Anak buah

Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. Tuan rumah

Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. Yang lama dikelek, yang baharu didukung

Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. Batu penghalang

Maksud : Halangan yang dihadapi.

29. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan

Maksud : Orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. Bagai ikan pulang ke lubuk

Maksud : Perantau yang pulang ke tempat asal.

7.1.3 PENERAPAN PERIBAHASA / UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN: Cara menulis peribahasa dalam karangan adalah seperti berikut: 1. Menggunakan satu tanda petik „.... ‟ Tanda petik jenis ini digunakan untuk menyatakan sesuatu tajuk atau bahagian yang difokuskan. Contoh: Peribahasa „usaha tangga kejayaan‟ perlu dijadikan pegangan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini. 2. Menggunakan dua tanda petik “.... ” Tanda dua petik digunakan untuk maksud konsep cakap ajuk atau unsur personifikasi, iaitu seolah-olah `pepatah‟ itu manusia atau orang tua yang memberikan nasihat atau berkata-kata.

Page 35: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

35

Contoh: (a) Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil bak kata pepatah,”kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.” (b) Orang tua-tua mengatakan, “jauh perjalanan, luas pengalaman.”(Tiada kata hubung `bahawa') 3. Tanpa menggunakan tanda petik Jika ayat tersebut berbentuk ayat cakap pindah atau keterangan, tanda petik tidak perlu digunakan. Contoh: (a) Setiap pelajar mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan seseorang kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. (b) Ibu bapa sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka kerana pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. (Ada kata hubung `bahawa') 7.1.4 CONTOH PENERAPAN PERIBAHASA DALAM AYAT:

1. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa….

2. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa...

3. Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa…..

4. Orang tua-tua pernah berkata…

5. Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa…

6. Perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa….

7. Ibu bapa hendaklah mengasuh dan mendidik anak sejak kecil kerana kalau

hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

8. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mempertahankan negara kita daripada

dijajah oleh musuh bak kata pepatah biar putih tulang jangan putih mata.

9. Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi

masa depan kerana usaha tangga kejayaan.

10. Sikap penduduk di taman itu yang selalu berbincang dan bermuafakat untuk

melaksanakan sesuatu aktiviti ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman

sama dicecah.

11. Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

perlu dielakkan,

sebaliknya sikap ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni perlulah

diamalkan dalam kalangan masyarakat setempat untuk memperkukuh

perpaduan.

Page 36: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

36

12. Kita hendaklah menjaga perpaduan yang telah kita bina dengan

menghindarkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan atau

kehancuran ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.

13. Sikap sesetengah rakyat yang menjadi seperti api di dalam sekam

menyebabkan pihak asing cuba mencampuri urusan pentadbiran negara kita.

14. Kita janganlah bermain api dalam keadaan negara kita yang aman damai ini

kerana seekor kerbau yang membawa lumpur semuanya akan terpalit,

iaitu kesilapan yang dilakukan oleh seorang akan menyebabkan semua orang

di sekelilingnya ditimpa kesusahan.

15. Kita hendaklah membalas jasa ibu bapa yang telah memelihara dan

membesarkan kita supaya kita tidak dikatakan bagai kacang lupakan kulit

7.1.5 PERIBAHASA PILIHAN

Bil Peribahasa Maksud

1 Ada udang di sebalik batu. Berbuat baik kerana ada hajat terselindung.

2 Air dicencang tak akan putus. Perpecahan adik-beradik tidak berpanjangan.

3 Air perabung mengalir ke cucur atap. Semua perwatakan ibu bapa diikuti oleh anak-anak.

4 Alang-alang mandi biar basah / alang-alang berdakwat biar hitam.

Apabila melakukan sesuatu kerja, lakukan sampai berjaya walaupun susah.

5 Bagai kerakap di batu, hidup segan mati tak mahu.

Orang yang malas berusaha tidak akan berubah selama-lamanya.

6 Batu yang sentiasa bergolek tidak akan mengumpul lumut.

Orang yang selalu bertukar kerja (berubah pendirian) tidak akan berjaya.

7 Beraja di mata bersultan di hati. Meletakkan hukum mengikut nafsu sendiri.

8 Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu.

Hasil usaha bercucuk tanam pasti berjaya.

9 Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak.

Sementara beroleh kerja yang kekal buatlah kerja-kerja sementara dahulu.

10 Berpantang mati sebelum ajal. Jangan sengaja mencari nahas (maut).

11 Besar periuk, besarlah keraknya. Semakin berada bertambah boros.

12 Besar sendal daripada gelegar. Lebih berbelanja daripada pendapatan.

13 Biar putih tulang jangan putih mata. Rela mati demi mempertahankan hak.

14 Biduk berlalu kiambang bertaut. Perbalahan akan selesai apabila tiada penghasut.

15 Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

Mesti berhati-hati bercakap dalam perkara-perkara yang sulit dan rahsia.

16 Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum balik.

Perpecahan sesama ahli keluarga lambat-laun berbaik semula.

17 Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga.

Memberi malu kepada kaum keluarga sendiri akhirnya diri kita pun terasa.

Page 37: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

37

18 Dahan pokah (sekah) dedalu tumpang mati.

Mendapat susah apabila hilang tempat bergantung.

19 Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Hormat akan tempat kita bernaung (berlindung).

20 Di mana-mana air bertakung di situ ikan berkampung.

Di mana-mana tempat berpeluang mencari rezeki orang akan bertumpu.

21 Direndam tak basah direbus tak empuk.

Sangat sukar ditewaskan / dilembutkan hatinya.

22 Gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah.

Pertembungan antara kuasa besar, rakyat jelata menanggung susah.

23 Harapkan pagar, pagar makan padi. Orang yang tidak memegang amanah.

24 Harapkan sokong, sokong membawa rebah.

Orang yang tidak memegang amanah.

25 Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.

Rela mati demi mempertahankan hak.

26 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Susah dan senang lebih baik di tanah air sendiri.

27 Ibarat berdagang buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.

Menjalankan perniagaan yang belum pasti akhirnya menanggung rugi.

28 Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak.

Selesaikan masalah secara baik dan tidak menimbulkan masalah sampingan.

29 Ikutlah resmi padi semakin berisi semakin runduk.

Tidak sombong walaupun semakin berada.

30 Jarak panggang dari api. Usaha yang tidak mendatangkan kejayaan.

31 Jauh berjalan luas pandangan, lama hidup luas pengalaman.

Ilmu dan pengalaman akan diperoleh apabila sentiasa belajar dan mengembara.

32 Jikalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

Tidak timbul sesuatu perkara tanpa sebab.

33 Jong pecah yu yang menang. Kejatuhan sesebuah negara memberi untung kepada musuh.

34 Kalah jadi abu, menang jadi arang. Tiada untung berperang sama ada yang kalah atau yang menang.

35 Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Bermuafakat dan sentiasa bersatu padu.

36 Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

Perwatakan ibu bapa akan dituruti oleh anak-anak.

37 Keluar daripada mulut harimau masuk ke mulut buaya.

Tidak putus-putus dilanda bahaya (musibah).

38 Kerana nila setitik habis susu sebelanga.

Rosak maruah masyarakat kerana keburukan seseorang.

39 Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan.

Sesuatu urusan tidak akan selesai jikalau selalu bertangguh.

40 Keruh di muara kerana di hulu keruh juga.

Rosak akhlak anak-anak akibat salah didikan ibu bapa.

41 Lempar batu sembunyi tangan. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

42 Lesung sama antan bertelingkah, ayam yang kenyang.

Bergaduh sesama adik-beradik, musuh yang mendapat habuan.

43 Ludah ke langit jatuh atas batang Perbuatan menjatuhkan maruah keluarga

Page 38: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

38

hidung sendiri. sendiri, akhirnya kita yang mendapat malu.

44 Luka hilang parut tetap tinggal. Perasaan terluka tetap ada walaupun sudah berbaik-baik.

45 Lunak gigi daripada lidah. Manis tutur kata apabila berhajatkan sesuatu.

46 Macam mentimun dengan durian, digelek luka, menggelek pun luka.

Orang berkuasa tetap mengatasi orang lemah sama ada benar ataupun salah.

47 Macam melukut di tepi gantang. Terasing dan tidak dipedulikan.

48 Menahan lukah di pergentingan. Mencari untung pada saat-saat kesusahan.

49 Mencurah air ke daun keladi. Nasihat yang tidak berbekas.

50 Mencurahkan garam ke laut. Berbudi kepada si kaya tiada berguna.

51 Mendengar guruh di langit, air di dalam tempayan dicurahkan.

Mengharapkan sesuatu untung yang belum pasti, harta yang ada diboroskan.

52 Panas setahun basah bumi oleh hujan sehari.

Selama-lama kebaikan musnah dek sekali tersalah langkah.

53 Patah sayap bertongkat paruh. Gigih berusaha walaupun kudrat terhad.

54 Patah tumbuh hilang berganti. Memperoleh ganti yang sama dengan yang sebelumnya.

55 Pepat di luar rencong di dalam. Sikap yang tidak jujur.

56 Pipit sama pipit, enggang sama enggang.

Tidak sama antara golongan berdarjat dengan golongan bawahan.

57 Pisang berbuah dua kali. Mengulangi kesilapan yang sama.

58 Pucuk dicita ulam mendatang / orang mengantuk disorongkan bantal.

Memperoleh habuan serta merta atas perkara yang amat diingini.

59 Pukul anak sindir menantu. Mengata-ngatai orang, tetapi sebenarnya perkataannya itu ditujukan kepada orang lain.

60 Rosak bawang ditimpa jambak. Rosak anak-anak kerana perbuatan ibu bapa.

61 Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain.

Walaupun dilakukan sedikit demi sedikit akhirnya selesai.

62 Sekali air bah, sekali pantai berubah. Apabila bertukar pemimpin, berubahlah stail kepemimpinannya.

63 Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Hidup yang hanya mementingkan diri sendiri.

64 Sepuluh jong masuk kuala anjing tetap bercawat ekor.

Orang yang berfikiran tertutup dan tidak boleh menerima kemajuan.

65 Serumpun bak serai, sesusun bak sirih.

Hidup yang saling bermuafakat.

66 Sudah jatuh ditimpa tangga. Bencana yang bertimpa-timpa.

67 Tak akan buaya menolak bangkai. Orang jahat tetap memilih kejahatan.

68 Tak dapat tanduk telinga dipulas. Menggunakan pelbagai helah untuk memenuhi hajat.

69 Tangan yang menghayun buaian memerintah dunia.

Jasa ibu terlalu besar terhadap masa depan anak-anak.

70 Telunjuk lurus kelengkeng berkait. Sikap yang bermuka-muka dan tidak jujur.

71 Tepuk air di dulang percik ke muka sendiri.

Menceritakan cela cacat sendiri atau keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu.

Page 39: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

39

72 Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Keterlanjuran tutur kata amat buruk padahnya.

73 Tidak lari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah juga.

Sikap yang hanya menunggu tidak akan mendapat apa-apa faedah.

74 Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Habuan atau nasib kadang-kadang bergantung kepada tuah.

7.1.5 KATA-KATA HIKMAT Aristotle – Tamadun sebenar sesuatu bangsa itu bukan terletak pada kesuburan tanahnya, tetapi kepada jiwa rakyatnya yang merdeka. Bill Gates – Sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah. Charles Fourier – Tinggi rendahnya darjat bangsa itu bergantung kepada ketinggian darjat kaum wanitanya. Hamka – Hairan melihat setiap hari orang menyisir rambutnya tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemaskan dadanya tetapi tidak mencuci hatinya, digosok kasutnya tetapi tidak akalnya.

- Sesuatu kuasa apabila sudah berada terlalu tinggi, itulah petanda bahawa masa untuk jatuh sudah tiba.

- Wanita yang baik budi pekertinya adalah laksana matahari yang memancar pada waktu fajar bagi orang yang menunggu kedatangan siang. Hukama – Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup melaksanakan sesuatu dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya. Imam al Ghazali – Untuk mengenal wajah lihatlah pada cermin, untuk mengenal peribadi bercerminlah pada wajah. Nabi Muhammad – Sebaik-baik umatku ialah mereka yang banyak manfaatnya. Berilah sesuatu walaupun sebuah senyuman sudah memadai daripada mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Socrates – Terlalu banyak bercakap kerap kali membawa kekesalan, tetapi diam itu membawa keselamatan. Sukarno – Sekiranya aku diberikan 10 orang peria, aku mampu menggoncangkan dunia ini, tetapi jikalau diberikan 100 orang tua aku pasti jatuh (tewas). Tao – Jikalau kamu hendak hidup setahun tanamlah gandum, jikalau kamu hendak hidup sepuluh tahun tanamlah pokok, dan jikalau kamu hendak hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. William Shakespeare – Berhati-hatilah dengan cemburu. Cemburu ialah raksasa yang mengejikan daging yang dimakan sendiri olehnya.

Page 40: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

40

7.2.0 PENANDA WACANA (i) Fungsi : (a) Menyambungkan ayat dengan ayat, (b) Menghubungkan perenggan dengan perenggan, agar berlaku kesinambungan antara ayat dan perenggan serta ayat menjadi gramatis.

(ii) Contoh Penanda Wacana Bahasa Melayu : A. Penanda wacana memulakan karangan a. Pada era globalisasi ini b. Dewasa ini c. Pada masa ini d. Dasawarsa ini e. Belakangan ini B. Penanda wacana untuk ayat pertama setiap perenggan a. Sebagaimana yang kita ketahui b. Lazimnya dalam keadaan c. Umum mengetahui bahawa d. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa e. Sementara itu f. Pada waktu yang sama C. Penanda wacana huraian isi karangan a. Hal ini demikian kerana b. Dalam konteks ini c. Dengan berbuat demikian d. Bertitik tolak daripada itu e. Hal ini bersangkut paut dengan D. Penanda wacana bagi menerangkan huraian/pendapat yang berbeza a. Walau bagaimanapun b. Kontradiksinya c. Jika dilihat dari sudut lain d. Di sebalik itu e. Namun demikian

Page 41: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

41

E. Penanda wacana untuk menyatakan contoh a. Sebagai contohnya b. Sebagai analoginya c. Misalnya d. Tamsilnya e. Biar kita ambil contoh F. Penanda wacana untuk menunjukkan statistik a. Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh, didapati sebanyak b. Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh kementerian… pada tahun… menunjukkan bahawa sebanyak… G. Penanda wacana menghuraikan contoh a. Jelaslah bahawa b. Oleh itu c. Maka d. Hal ini menyebabkan e. Hal ini menunjukkan H. Penanda wacana menutup isi a. Kesannya b. Natijahnya c. Dengan berbuat demikian d. Justeru I. Penanda wacana untuk kesimpulan karangan a. Sudah terang lagi bersuluh b. Intihanya (Sebagai intiha) c. Kesimpulannya d. Dengan ini diharapkan e. Konklusinya

Page 42: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

42

7.2.1 PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM KARANGAN Tajuk : Langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat lebih berkesan sekiranya dimulakan dari rumah. Bincangkan peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa dalam usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN PENDAHULUAN : Belakangan ini, semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia sudah semakin luntur. Dari segi konsepsinya, semangat perpaduan boleh ditakrifkan sebagai kerjasama antara satu sama lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Semangat perpaduan sememangnya cukup penting dalam mendepani dunia yang semakin mencabar pada hari ini sehinggakan masyarakat lebih suka membuat hal sendiri. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu, bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Menurut Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk mewujudkan masyarakat Hadhari, perpaduan antara kaum harus dipupuk terlebih dahulu pada peringkat akar umbi. Oleh itu, ibu bapa mestilah menyemai semangat perpaduan dalam diri anak-anak supaya mereka menyedari kepentingan semangat perpaduan dalam konteks Satu Malaysia. . CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN ISI : Antara peranan ibu bapa ialah menjadi suri teladan kepada anak-anak melalui hubungan mereka dengan jiran tetangga. Dengan kata lain, perlakuan ibu bapa memberi pengaruh yang kuat terhadap sikap anak-anak mereka. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu yang menyatakan, anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Selain itu, tingkah laku ibu bapa merupakan elemen didikan tidak formal bagi mengukuhkan sikap positif dalam diri anak-anak. Menurut Datuk Dr. Fadzillah Kamsah, sebanyak 70 peratus masalah sosial dalam kalangan remaja berpunca daripada suri teladan tidak baik yang dipamerkan oleh ibu bapa di rumah. Di samping itu, ibu bapa boleh menunjukkan nilai perpaduan dengan jiran tetangga melalui amalan ziarah, tolong-menolong, bertoleransi dan menjaga kepentingan jiran. Secara tuntas, ibu bapa yang berjaya menunjukkan suri teladan yang baik kepada anak-anak mampu merapatkan dan mengukuhkan hubungan dengan jiran. CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN KESIMPULAN: Akhirul kalam, perpaduan kaum di Malaysia amat penting dalam membina impian masa depan yang gemilang. Semoga ibu bapa tidak memandang enteng keperluan semangat perpaduan dalam jiwa anak-anak. Sesungguhnya, generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu perlu dijana untuk melahirkan pemimpin pelapis pada masa akan datang. Sememangnya, perpaduan perlu menjadi cerucuk utama pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, kita perlu mengorak langkah dengan memberi sokongan dan dokongan kepada ibu bapa dalam usaha pembentukan masyarakat sakinah. Tegasnya, jika semua pihak bersinergi mewujudkan perpaduan kaum nescaya segala impian akan menjadi kenyataan.

Page 43: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

43

8.0 KRITERIA PENSKORAN BAHASA MELAYU KERTAS SATU (1103/1) 8.1 KRITERA PENSKORAN BAHAGIAN A

Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat Al-Quran, dan lain-lain.

PERINGKAT KRITERIA

Cemerlang 26-30

(28-30)

(26-27)

Karangan menepati tema bahan rangsangan

Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik

Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.

Baik 20-25

(23-25)

(20-22)

Karangan menepati tema bahan rangsangan

Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.

Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.

Memuaskan 15-19

(17-19)

(15-16)

Karangan masih menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata umum.

Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi.

Idea masih relevan dengan tugasan bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas.

Kurang Memuaskan

10-14

(12-14)

(10-11)

Karangan masih/ kurang menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan kosa kata terhad.

Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi.

Idea kurang relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan huraiannya kurang jelas

Pencapaian Minimum

01-09

(06-09)

(01-05)

Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.

Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.

Idea tidak menepati tugasan bahan rangsangan

Page 44: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

44

8.2 KRITERIA PENSKORAN BAHAGIAN B

PERINGKAT BAHASA

IDEA PENGOLAHAN

CEMERLANG 80 – 100

(90 – 100)

(80 – 89)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat

Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis

Ejaan dan Tanda Baca betul

Laras Bahasa sesuai dgn tugasan

Penggunaan Kosa Kata luas dan tepat

Penggunaan unsur bahasa bervariasi

Gaya Bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata, atau frasa

Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas

antara perenggan 8

Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dgn jelas dan matang,disertakan dengan contoh yang sesuai

Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai

KEPUJIAN 66 – 79

(73 – 79)

(66 – 72)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat

Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum

Ejaan dan Tanda Baca betul

Laras Bahasa sesuai dengan tugasan

Penggunaan Kosa Kata luas dan tepat

Penggunaan unsur bahasa bervariasi

Gaya Bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata, atau frasa

Wacana lengkap & terdapat kesinambungan idea yg jelas antara perenggan

Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai

Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai

Page 45: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

45

BAIK 51 – 65

( 58 – 65)

( 51 – 57)

Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai

Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum

Ejaan dan Tanda Baca masih betul

Penggunaan kosa kata umum

Laras Bahasa sesuai mengikut tugasan

Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi

Gaya Bahasa yang kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan

Wacana masih lengkap

Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai

Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih sesuai

MEMUASKAN 36 – 50 ( 43 – 50 ) ( 36 – 42 )

Penggunaan pelbagai jenis kata terhad

Ayat kurang gramatis

Ejaan dan Tanda Baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum

Penggunaan kosa kata umum dan terhad

Laras Bahasa kurang sesuai

Wacana masih / kurang lengkap

Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi

Gaya Bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan

Wacana masih / kurang lengkap

Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai

Pengolahan kurang menarik

KURANG MEMUASKAN 21 – 35 ( 28 – 35 ) ( 21 – 27 )

Penggunaan kata kurang tepat

Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.

Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara

Unsur bahasa tidak bervariasi

Gaya Bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah

Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang

Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak barkembang dan contoh tidak sesuai

Pengolahan tidak menarik

Page 46: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

46

PENCAPAIAN MINIMUM 01 – 20 ( 11 – 20) ( 01 – 10 )

Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis

Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara

Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah dan tidak menarik

Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami

Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai

Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai

Pengolahan tidak menarik

9.0 LATIHAN PENANDAAN SKRIP CONTOH : 9.1 PEMOTONGAN MARKAH

Ejaan : ½ markah dipotong untuk setiap ejaan yang salah, tetapi tiada pemotongan markah pada kesalahan yang berulang. Pemotongan markah keseluruhan (maksimum) ialah 3 markah sahaja.

Format : 1 markah dipotong untuk mana-mana format yang tertinggal. Maksimum pemotongan markah format ialah 2 markah sahaja.

Page 47: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

47

9.2 CARA MENULIS MARKAH PADA SKRIP JAWAPAN PELAJAR

60

9.3 SIMBOL- SIMBOL PENANDAAN SKRIP JAWAPAN CALON

( ) = Kesalahan isi / fakta

_____________ = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)

// = kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda baca

K = 64 - E = -2 - F = - 2 60

Page 48: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

48

9.4 KARANGAN BERFORMAT BAHASA MELAYU SPM (1103/1)

BIL JENIS KARANGAN FORMAT

1 Surat Kiriman Rasmi Alamat (di sebelah kiri) Menghadap surat Tarikh Tajuk Penutup Tandatangan

2 Surat Kiriman Tidak Rasmi Alamat ( di sebelah kanan) Menghadap surat Tarikh Penutup Tandatangan

3 Rencana Tajuk Nama Penulis

4 Syarahan/ Ucapan/ Ceramah/ Pidato

Kata menghadap majlis Tuan/puan di tengah-tengah( syarahan/ ucapan/ ceramah/ pidato ) Penutup

5 Ulasan Buku Nama buku Nama pengarang Nama penerbit Nama pengulas

6 Drama Tajuk drama Watak Latar Dialog

7 Cerpen Tajuk Cerpen Nama Penulis

8 Wawancara/ Forum Pengenalan Wawancara/ Forum Bentuk dialog

9 Laporan Tajuk Nama pelapor

10 Bahas Ala Parlimen Menghadap majlis Pembentangan kes Kata sapaan (Yang berhormat) Penutup

Page 49: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

49

9.5 SKRIP CONTOH JAWAPAN PELAJAR 9.5.1 LATIHAN MENGESAN KESALAHAN:

Contoh karangan (Pembangunan dan Alam sekitar)

Dalam menuju era globalisasi ini, Malaysia adalah sebuah Negara yang

sudah mencapai kemajuan tahap maksimum menerusi kemajuan

pembangunan yang mencakar langit. Untuk memahami konteks ini, dari

tahun ke tahun ada sahaja pembangunan yang di bina mengikut

perancangan yang telah di rancangkan oleh pihak yang berkenaan.

Jika kita lihat pada tahun 1970-an dahulu, hanya beberapa buah

bangunan sahaja yang telah dibina sebagai memenuhi ruang kehidupan

dengan pekerjaan yang bergajikan rendah. Lihat sahajalah pada zaman itu,

majoritinya hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada

sesetengahnya yang terpaksa mengikat perut untuk menyara keluarga yang

tercinta. Bukan itu sahaja, ada yang terpaksa menyekat perbelanjaan

keluarga demi masa hadapan anak-anak yang akan datang untuk memberi

didikan yang baik kepada mereka.

Sekarang selepas berpuluh-puluh tahun lamanya, iaitu selepas negara

Malaysia digelar sebagai Negara yang maju seiring dengan negara-negara

luar selepas menjangkau pada tahun 2000. Di sini segalanya telah bermula.

Daripada rumah setinggan, telah dirobohkan dengan menjadi rumah teres.

Dari bangunan yang kecil dan rendah, telah bertukar menjadi bangunan

yang besar dan tinggi. Banyak binaan-binaan yang dirancang telah

dimajukan menerusi perancangan luar yang telah diuruskan oleh pihak yang

berkenaan. Namun dengan kebanggaan inilah menyebabkan ada hidupan

lain yang merana. Kadangkala kita tidak perasan bahawa setiap kejayaan

pasti akan wujudnya pihak yang tidak berpuas hati.

Sebagai contoh, hidupan di dalam air. Pembuangan sisa toksid dan

sampah sarap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab akan

menyebabkan hidupan-hidupan ini akan mati dan pupus. Bukan itu sahaja,

pembuangan sampah sarap yang kerap akan menyukarkan pengaliran air

yang baik. Sisa toksid yang mengandungi racun yang dibuang oleh kilang-

kilang akan menghilangkan kandungan nutrien yang terdapat di dalam air

sungai ataupun air laut sekalipun.

Selain daripada itu, penebangan pokok-pokok tanpa kawalan akan

menyebabkan banjir kilat akan berlaku. Ini kerana hujan yang turun akan

diserap oleh tumbuhan sebagai bekalan air dalam melakukan proses

respirasi dan juga fotosintesis. Jika pokok-pokok ini terus ditebang, maka

natijahnya kita juga yang terkena. Hakisan tanah akan berlaku dan sekaligus

menyebabkan ada bukit yang runtuh ekoran daripada kejayaan ini. Ini akan

menyusahkan semua pihak untuk membaik pulihkan semula. Bukan itu

Page 50: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

50

sahaja, malah akan berlakunya pembaziran kerana kosnya yang tinggi dan

mahal.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan

mencintai Negara ini, sama-samalah kita mengambil perhatian dan menjaga

alam sekitar ini sebaik-baiknya. Ingatlah ada pepatah mengatakan

‘sediakan payung sebelum hujan’. Dengan itu, jadilah rakyat Malaysia dan

terbilang, gemilang dan cemerlang’

9.5.2 KESALAHAN YANG DIKESAN:

Dalam menuju era globalisasi ini, Malaysia adalah sebuah negara yang

sudah mencapai kemajuan (tahap maksimum menerusi kemajuan

pembangunan yang mencakar langit). Untuk memahami konteks ini, dari

tahun ke tahun ada sahaja pembangunan yang dibina mengikut

perancangan yang telah dirancangkan oleh pihak yang berkenaan.

Jika kita lihat pada tahun 1970-an dahulu, hanya beberapa buah bangunan

sahaja yang telah dibina sebagai memenuhi ruang kehidupan dengan

pekerjaan yang bergajikan rendah. Lihat sahajalah pada zaman itu,

majoritinya hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada

sesetengahnya yang terpaksa mengikat perut untuk menyara keluarga yang

tercinta. Bukan itu sahaja, ada yang terpaksa menyekat perbelanjaan

keluarga demi masa hadapan anak-anak yang akan datang untuk memberi

didikan yang baik kepada mereka.

Sekarang selepas berpuluh-puluh tahun lamanya, iaitu selepas negara

Malaysia digelar sebagai Negara yang maju seiring dengan negara-negara

luar selepas menjangkau pada tahun 2000. Di sini segalanya telah bermula.

Daripada rumah setinggan, telah dirobohkan dengan menjadi rumah teres.

Dari bangunan yang kecil dan rendah, telah bertukar menjadi bangunan

yang besar dan tinggi. Banyak binaan-binaan yang dirancang telah

dimajukan menerusi perancangan luar bandar yang telah diuruskan oleh

pihak yang berkenaan. Namun dengan kebanggaan inilah menyebabkan

ada hidupan lain yang merana. Kadangkala kita tidak perasan bahawa

setiap kejayaan pasti akan wujudnya pihak yang tidak berpuas hati.

Sebagai contoh, hidupan di dalam air. Pembuangan sisa toksid dan sampah

sarap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan

hidupan-hidupan ini akan mati dan pupus. Bukan itu sahaja, pembuangan

sampah sarap yang kerap akan menyukarkan pengaliran air yang baik. Sisa

toksid yang mengandungi racun yang dibuang oleh kilang-kilang akan

menghilangkan kandungan nutrien yang terdapat di dalam air sungai

ataupun air laut sekalipun.

Selain daripada itu, penebangan pokok-pokok tanpa kawalan akan

menyebabkan banjir kilat akan berlaku. Ini kerana hujan yang turun akan

diserap oleh tumbuhan sebagai bekalan air dalam melakukan proses

Page 51: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

51

respirasi dan juga fotosintesis. Jika pokok-pokok ini terus ditebang, maka

natijahnya kita juga yang terkena. Hakisan tanah akan berlaku dan

sekali/gus menyebabkan ada bukit yang runtuh ekoran daripada kejayaan

ini. Ini akan menyusahkan semua pihak untuk membaik pulihkan semula.

Bukan itu sahaja, malah akan berlakunya pembaziran kerana kosnya yang

tinggi dan mahal.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan mencintai

Negara ini, sama-samalah kita mengambil perhatian dan menjaga alam

sekitar ini sebaik-baiknya. Ingatlah ada pepatah mengatakan ‘sediakan

payung sebelum hujan’. Dengan itu, jadilah rakyat Malaysia dan terbilang,

gemilang dan cemerlang’

9.5.3 KARANGAN BAHAGIAN A: CONTOH KARANGAN CEMERLANG (PENANDAAN)

Pada era modenisasi ini, manusia sering mengejar kekayaan dan

kebendaan serta kemewahan yang menyebabkan mereka alpa akan

penjagaan kesihatan tubuh badan mereka sama ada dari segi fizikal

mahupun mental. Sebagai akibatnya, masyarakat kita sering menghidap

penyakit yang berbahaya dan kronik seperti penyakit kardiovaskular,

penyakit diabetes, tekanan darah tinggi serta pelbagai kanser organ

dalaman kita. Kajian statistik telah meramalkan bahawa 70 peratus kes

kematian yang berlaku pada sepuluh tahun akan datang berpunca

daripada penyakit-penyakit kronik seperti kanser paru-paru, diabetes,

penyakit buah pinggang serta penyakit kardiovaskular yang berpunca

daripada cara pemakanan dan amalan hidup yang tidak sihat. Oleh itu,

penjagaan kesihatan merupakan aspek kehidupan yang amat penting.

Langkah pertama untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita adalah

dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Makanan yang

seimbang lazimnya mengandungi kandungan serat atau fiber yang tinggi

serta mampu memudahkan proses pencernaan dalam tubuh badan kita. Hal

ini penting untuk mengelakkan kita daripada menghadapi masalah sembelit.

Sesungguhnya, kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang

dengan berpandukan piramid makanan. Piramid makanan menentukan

kuantiti dan komposisi pelbagai kelas makanan yang perlu kita ambil.

Makanan yang seimbang merangkumi tujuh kelas makanan yang diperlukan

dalam kuantiti yang optimum. Misalnya, karbohidrat, protein, lemak, serat,

vitamin, zat-zat yang berkhasiat seperti zat besi dan kandungan air yang

mencukupi. Menurut pakar kesihatan, kita harus meminum sekurang-

kurangnya lapan gelas air sehari untuk memastikan kesihatan tubuh badan

kita terjamin. Kita juga harus mengelakkan makanan segera dan makanan

makanan ringan yang tidak mengandungi nutrien serta memudaratkan

kesihatan kita. Kita harus berpegang kepada prinsip makan untuk hidup dan

bukannya untuk makan.

Page 52: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

52

Selain itu, kita harus menjalankan pemeriksaan badan atau kesihatan

sekurang-kurangnya dua kali setahun bak kata pepatah mencegah lebih

baik daripada mengubati. Pada era moden ini, pakar-pakar perubatan

dunia mahupun tempatan telah berjaya mencari penawar kepada pelbagai

jenis penyakit. Jikalau kita kerap menjalankan pemeriksaan kesihatan, kita

mungkin dapat mengesan tanda-tanda awal sesuatu penyakit yang boleh

diubati jika pemeriksaan dilakukan lebih awal. Selain itu, kita juga boleh

berjumpa dengan pakar-pakar kesihatan untuk mengetahui pelbagai tip

tentang gaya hidup sihat. Bukan itu sahaja, kita juga boleh neminta tunjuk

ajar doktor wanita ataupun jururawat yang ada di klinik untuk melakukan

pemeriksaan payu dara dengan sendiri. Hal ini mustahak kepada semua

kaum wanita kerana kanser payu dara dianggap sebagai pembunuh senyap

kaum wanita dan telah mengorbankan banyak nyawa.

”Badan cergas, otak cerdas”. Slogan ini jelas memberitahu kita

bahawa peri pentingnya badan yang cergas untuk melahirkan minda yang

cerdas. Oleh itu, masyarakat kita seharusnya menjaga kesihatan diri masing-

masing dengan bersenam dan bersukan. Kita hendaklah melakukan

senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Jikalau boleh, kita harus

melakukan pelbagai bentuk senaman yang mampu mengerakkan otot-otot

kita misalnya berjoging, berenang mahupun bermain badminton, bola sepak

dan sebagainya. Bersenam sememang mampu meningkatkan sistem

keimunan dan sistem peredaran darah kita. Namun, apa yang menyedihkan

ialah pelbagai automasi yang wujud pada era moden ini menyebabkan

manusia menjadi malas. Persoalannya ialah siapakah yang memulakan

kehidupan harian dengan aktiviti senaman ringan?” Tepuk dada, tanyalah

selera. Kebanyakan masyarakat kita pada hari ini hanya perlu menggunakan

pengangkutan awam seperti bas dan perkhidmatan transit aliran ringan serta

memandu kereta sendiri untuk sampai di tempat kerja atau sekolah atau

mana-mana sahaja. Masyarakat kini kurang bergerak atau berjalan dan

amalan sebegini boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa yang

panjang. Oleh itu, masyarakat kita harus berusaha mengikis tabiat yang

negatif.

Akhir sekali, masyarakat harus tidur dan dan rehat yang cukup supaya

dapat memulakan kehidupan harian dengan penuh bersemangat dan

bukan sebaliknya. Oleh yang demikian, kita dapat menjamin kesihatan kita

yang baik di samping memastikan kecekapan kita semasa bekerja ataupun

semasa bersekolah. Kita juga boleh meminum segelas susu sebelum tidur

untuk memastikan kita tidur dengan lena. Selain itu, kita patut tidur awal dan

bangun awal untuk mengelakkan keletihan yang berlebihan. Kita juga boleh

meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga kita untuk berehat pada hari

Ahad atau Sabtu dengan menjalankan aktiviti riadah. Hal ini boleh

diibaratkan sebagai sambil menyelam minum air.

Page 53: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

53

Tuntasnya, kesibukan yang baik merupakan anugerah daripada Yang

Maha Kuasa yang tidak ternilai harganya. Oleh itu, kita harus menjaga

kesihatan kita. Dengan kesihatan yang baik, barulah kita dapat

membangunkan negara dengan cekap dan bijaksana. Rakyat yang sihat

mampu merealisasikan Wawasan 2020 dan menyumbang ke arah

pembangunan negara. ”Rakyat Sihat, Negara Makmur ”. Semua pihak patut

berusaha untuk mewujudkan rakyat yang cergas dan cerdas agar mampu

bersaing dengan negara lain di persada dunia dalam bidang politik,

ekonomi mahupun sosial.

CONTOH KARANGAN MEMUASKAN (PENANDAAN)

Kesihatan merupakan anugerah Tuahn yang telah diberikan kepada

semua umat di muka bumi ini.Setiap individu seharusnya menjaga dan

memantau tahap kesihatan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan

sejahtera tetapi ramai yang masih mengabaikan kesihatan mereka

sehingga menghidapi penyakit kronik baru ingin bertindak.

Antara cara menjalani kehidupan yang sihat ialah menjalani

pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang terdekat. Pemeriksaan kesihatan ini

hendaklah dilakukan tiga kali dalam setahun. Pemeriksaan ini amat penting

bagi menguji tahap kesihatan supaya dapat mengelakkan daripada

menghidapi penyakit kronik.

Selain itu, kehidupan yang sihat dapat direalisasikan apabila setiap

individu kerap bersenam dan bersukan untuk mengeluarkan peluh. Apabila

berpeluh, toksin-toksin di dalam badan dapat dikeluarkan sekali gus

membuat badan berasa sihat dan ringan.

Seterusnya, tidur dan rehat yang mencukupi merupakan salah satu

cara menjalani kehidupan yang sihat. Bagi individu yang telah bekerja,

mereka sentiasa menginginkan tidur dan rehat yang cukup bagi

menguatkan badan supaya dapat melakukan kerja dengan sempurna dan

bersemangat. Bagi pelajar pula, mereka akan belajar dengan lebih tumpuan

dan fokus apabila guru sedang mengajar. Hal ini kerana, tidur dan rehat

mereka mencukupi.

Di samping itu, mengamalkan pemakanan seimbang adalah langkah

yang perlu dititikberatkan dalam menjalani kehidupan yang sihat. Bagi

individu yang berikhtiar untuk mengurangkan lemak, amalan pemakanan

seimbang seharusnya diamalkan.

Akhirnya sekali, kita haruslah bersyukur atas nikmat kesihatan yang

telah diberikan oleh-Nya. Selain itu, kita hendaklah mengamalkan penjagaan

kesihatan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dana sejahtera

dia atas muka bumi ini.

Page 54: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

54

CONTOH KARANGAN KURANG MEMUASKAN (PENANDAAN)

Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak terhingga nilainya

kepada manusia. Pada zaman moden kini, manusia sentiasa ingatkan kerja

dan lupa kesihatan mereka.

Kita ada banyak cara untuk menjalani kehidupan yang sihat. Dalam

kehidupan kita, makanan adalah sangat penting. Jadi, mengamalkan

pemakanan seimbang adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan kita.

Makan secara sihat, orangnya juga akan sihat. Pada zaman yang moden

kini, sudah ada banyak makanan segera(Fast food), sepert (KFC), (MCD) dan

lain-lain. Banyak orang suka makan makanan segera, tapi makanan segera

tersebut tidak baik kepada kesihatan kita. Makanan yang kita makan

mestilah seimbang dengab tujuh bahan, iaitu karbohidrat, protein, garam,

lemak, vitamin, mineral dan pelawas. Tetapi makanan segera kebanyakan

adalah lemak. Jadi, untuk menjaga kesihatan kita, kita boelh mengikut

makan piramid makanan.

Selain itu, bersenam dan bersukan juga ialah cara untuk menjaga

kesihatan kita. Ramai orang hanya pentingkan kerja mereka, tetapi

bersenam dan bersukan juga adalah sangat penting. Kita perlu buat aktiviti

untuk mencergaskan badan kita, seperti berjoging, bersenam dan lain-lain.

Aktiviti-aktiviti tersebut perlulah membuat sekurang-kurangnya tiga kali pada

setiap minggu. Seterusnya, menjalani pemeriksaan kesihatan juga penting.

Pemeriksaan kesihatan tersebut juga perlu dijalankan pada setiap tahun

sekali.

Tambahan pula, tidur dan rehat yang cukup adalah sangat penting

juga. Kes-kes jalan raya semakin bertambah disebabkan oleh pemandu tidak

cukup tidur dan rehat. Median masa juga selalu cakap, rehat dulu sebelum

memandu. Tetapi banyak orang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Mereka tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut. Perkara tersebut

menimbulkan banyak tragedi berlaku.

Akhir sekali, sayangkan badan kita, supaya tidak mencederakan orang

yang sayang kita. Kita mestilah menjaga kesihatan diri sendiri untuk

menjadikan seorang yang berguna dan bantu memajukan negara kita untuk

mencapai wawasan 2020.

Page 55: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

55

9.5.4 KARANGAN BAHAGIAN B:

CONTOH KARANGAN CEMERLANG (PENANDAAN)

Soalan 3

’Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di

negeri sendiri’. Budaya kuning yang kian menular umpama virus epidemik

dalam masyarakat telah menyebabkan mereka semakin alpa dan lalai

tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era

globalisasi sejajar dengan arus pemodenan telah mengaburi mata setiap

individu untuk mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai materialistik dan

individualistik yang menguasai jiwa masyarakat telah menyukarkan usaha-

usaha kerajaan untuk menyuburkan semula semangat perpaduan atau

nasionalisme yang semakin luntur .Setiap rakyat Malaysia memikul

tanggungjawab yang berat untuk menghidupkan nilai perpaduan,

kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara yang begitu

syumul pada suatu masa dahulu.

Sebagai warganegara yang mendukung nilai cinta akan negara, kita

perlu mengamalkan prinsip bertolak ansur dalam kehidupan seharian. Dalam

masyarakat majmuk ini, sikap toleransi amat diperlukan dalam mengukuhkan

kesejahteraan negara. Integrasi nasional mampu dicetuskan sekiranya setiap

rakyat dapat memahami satu sama lain tanpa mengira kekurangan dan

kelebihan kaum lain. Hanya amalan bersatu teguh, bercerai roboh yang

harus disematkan dalam sanubari setiap rakyat Malaysia. Kesepakatan yang

utuh dalam masyarakat mampu menangani segala anasir subversif yang

ingin mengucar-ngacirkan keamanan dan kesejahteraan negara. Pelbagai

jenis perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Oleh

itu, setiap rakyat Malaysia bolehlah bertindak mengunjungi rumah rakan

yang berlainan kaum sewaktu musim perayaan. Lebih-lebih lagi, kerajaan

juga melaksanakan program rumah terbuka pada setiap perayaan. Rakyat

Malaysia boleh bertindak mengunjungi dan melibatkan diri dalam usaha-

usaha yang diambil oleh kerajaan untuk memupuk nilai perpaduan. Hal ini

kerana aktiviti sebegini dapat membuka mata dan memberi peluang

kepada rakyat untuk memahami budaya dan adat resam kaum lain supaya

tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Sementelahan, rakyat yang berminda murni dan berwatak mithali

merupakan hasrat negara. Ibu bapa menjadi suri teladan dalam mendidik

dan membentuk generasi pewaris yang mempunyai lahiriah dan rohaniah

yang cukup ampuh dan jitu. Merujuk kepada Rukun Negara, hasrat pertama

ialah ’Kepercayaan Kepada Tuhan’. Hal ini menunjukkan masyarakat yang

beragama mudah dibentuk oleh kerajaan. Dengan itu, ibu bapa berperanan

memberikan didikan agama berbentuk pendidikan tidak formal untuk anak-

anak. Kepatuhan kepada ajaran agama mampu melahirkan rasa

kesyukuran dalam diri setiap rakyat Malaysia lantas memberi jaminan

Page 56: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

56

kepada kesejahteraan negara. Bertitik tolah daripada perkara di atas, setiap

waris negara perlu berusaha melengkapkan diri dengan bekalan ilmu

agama yang mencukupi agar dapat menangkis segala kepincangan sosial

dan kemelut jiwa kerana hanya jauhari mengenal manikam. Kita tidak boleh

memandang sebelah mata kesan kegoyahan institusi agama terhadap

keamanan dan kesejahteraan negara. Setiap individu perlu sentiasa

bersyukur kerana dapat menghirup udara di bumi merdeka ini hasil

perjuangan para nasionalis negara. Tegasnya, walaupun kini dunia telah

mencapai tahap dunia tanpa sempadan, namun kita mesti sedar akan

kepentingan agama dalam usaha membangunkan negara.

’Tak kenal maka tak cinta’. Generasi pewaris terutamanya pelajar

yang bakal menerajui tampuk kepimpinan harus peka dan prihatin terhadap

mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan mata pelajaran

Sejarah yang diajar di sekolah. Dasar pendidikan ini bertindak sebagai

’serampang dua mata’ untuk mendidik modal insan yang berilmu dan

memiliki semangat patriotik yang tinggi. Pelajar haruslah berusaha untuk

memahami segala inti pati nilai-nilai murni yang cuba disampaikan oleh

kedua-dua mata pelajaran ini. Pendidikan merupakan pendekatan terbaik

untuk menerapkan erti kepentingan kesejahteraan negara. Tambahan pula,

pelajar harus melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan bertujuan

untuk memupuk semaangat kerjasama antara satu sama lain. Pelajar juga

perlu berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan keamanan negara

supaya nostalgia dan memorabilia sewaktu kita dijajah dahulu, kekal dalam

lipatan sejarah. Nilai taat setia kepada rakyat dan negara boleh dihayati

melalui peristiwa-peristiwa lampau melalui pembacaan buku sejarah kerana

sejarah bukan bertujuan untuk dihafal tetapi untuk diselami dan difahami.

Izharnya, sesebuah negara tidak akan duduk sama rendah, berdiri

sama tinggi dengan negara maju tanpa kesepakatan dan tanggungjawab

yang dipikul oleh setiap golongan dalam mengekalkan keamanan negara.

Ingatlah bahawa air mata dan titik peluh yang menitis pada hari ini akan

menjadi mutiara kejayaan pada hari esok. Usaha kita tidak sia-sia sekiranya

kita berkolaborasi dengan setiap pihak untuk menjulang negara ke puncak

jagat. Tiada pihak yang boleh berpeluk tubuh dalam impian negara untuk

mashyur dan disegani di seantero dunia. Majukan negara berpaksikan visi

dan misi serta kesejahteraan negara agar bangsa kita tidak dibelenggu

kejahilan dalam mengejar aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 yang

meletakkan negara di puncak kejayaan.

Page 57: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

57

CONTOH KARANGAN BAIK (PENANDAAN)

Semangat patriotik merujuk kepada semangat kebangsaan dan sikap cinta

akan negara. Negara Malaysia amat digeruni dan dihormati oleh negara-negara

luar yang lain. Hal ini kerana, perpaduan yang dikecapi walaupun berlainan

bangsa, warna kulit dan agama. Semangat cinta akan negara tetap utuh di dalam

hati setiap rakyat Malaysia.

Setiap rakyat Malaysia harus memainkan peranan yang penting dalam

menjamin kesejahteraan negara seperti bertegur sapa dengan jiran walaupun jiran

itu bukan sebangsa dengan kita. Hal ini kerana, hubungan yang erat dapat

dibentuk dan dapat melahirkan bangsa yang menghormati bangsa lain.

Selain itu, peranan setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan

negara iaitu tidak membuat kekecohan di dalam negara. Apabila kekecohan

berlaku, ini mengakibatkan pergaduhan terjadi. Pelancong yang melancong di

negara ini akan merasa takut dan mereka akan balik ke negara mereka dengan

segera. Aktiviti pelancongan negara akan terjejas dan hasil pendapatan negara

berkurangan akibat kekecohan yang berlaku.

Seterusnya, setiap bangsa mestilah mengadakan rumah terbuka apabila

perayaan utama setiap bangsa menjelang tiba. Apabila rumah terbuka diadakan,

bangsa lain turut dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. Mereka akan

bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara mereka. Secara tidak langsung,

perpaduan telah diwujudkan.

Antara peranan lain ialah setiap rakyat Malaysia haruslah bersyukur atas

nikmat yang telah dikecapi selama ini. Tanpa pemimpin-pemimpin, pejuang-

pejuang yang sanggup menggadai nyawa mempertahankan tanah air, kehidupan

kita akan menderita dan sengsara sehingga kini. Tetapi, dengan kebijaksanaan

pemimpin kita telah bebas daripada penjajah sehingga ke hari ini. Di samping itu,

subjek Sejarah yang kita pelajari di sekolah bertujuan mengenang jasa dan

menyanjungi para pemimpin dan pejuang yang berjuang demi tanah air tercinta.

Tambahan pula, setiap rakyat harus taat dan setia kepada raja dan negara.

Hal ini kerana, apabila setiap rakyat taat setia kepada raja dan negara, perasaan

cinta akan tanah air akan wujud. Setiap warganegara mestilah mematuhi

peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Apabila rakyat mematuhi undang-

undang, kesejahteraan negara terjamin

Akhir sekali, perpaduan kaum mestilah diterapkan pada setiap rakyat. Selaras

dengan Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapai diutamakan akan

tercapai jikalau setiap rakyat mengamalkan konsep rukun negara dan perpaduan

kaum yang erat agar kesejahteraan negara Malaysia terjamin.

Page 58: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

58

10.0 LAMPIRAN 10.1 LAMAN BERMANFAAT ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Laman Guru Bahasa Melayu Pahang http://abihulwa.blogspot.com http://saujanamata.blogspot.com http://teknikmudahperenggan.blogspot.com http:// http://cikguanda.blogspot.com/ Laman Bahasa Melayu 1 http://galusbm1.blogspot.com http://ishakmdshah.blogspot.com

http://noorazmanmahat.blogspot.com http://www.bm.cemerlangbm.com

http://munsyibm.blogspot.com http://agy7500.blogspot.com http://spmbahasamelayu.blogspot.com/ Laman Bahasa Melayu 2 http://bmspm.net

http://www.galusbm.blogspot.com http://soalanbm2.blogspot.com/ http://cgmoinah.blogspot.com/ http://lamanbahasa.wordpress.com http://khirkassim.blogspot.com/

Laman Koridor ICT Perikanan http:// agrolink.moa.my Gaya Hidup Sihat http://keluarga.net.my Tuisyen Dalam Talian http://www.tutor.com.my Gejala Dadah http://www.adk.gov.my Keruntuhan Akhlak Remaja http://www.kempadu.gov.my Kepenggunaan http://www.kpdnhp.gov.my Kitar Semula http://www.kpkt.gov.my Guru http://www.cikgu.net Kemalangan Jalan Raya http://www.rmp.gov.my Statistik http:// www.statistics.gov.my Pendidikan http://www.moe.gov.my

Page 59: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

59

10.2. KERANGKA PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN B

ANALISIS SOALAN:

Tema :

Format :

Tugasan :

PENDAHULUAN: Ayat Rangsangan :

Ayat Keterangan :

Ayat Arah :

PERENGGAN ISI :

Isi Huraian Contoh Peribahasa/ Ungkapan Menarik

1.

2.

3.

4.

5.

KESIMPULAN :

Rumusan Umum : Ayat Pandangan : Ayat Cadangan : Ayat Harapan :

Page 60: PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011 BAHASA · PDF fileGaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan ... 3 Syarahan “Budi Bahasa Amalan Mulia”. ... 3 Pidato „Dadah

60

10.3 TEMA RAMALAN 2011: I. GEJALA BULI

II. RANCANGAN REALITI

III. SEMANGAT KEJIRANAN

IV. TABUNGAN KELUARGA

V. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

VI. ISU PENGANGKUTAN AWAM

VII. ISU PEKERJA ASING

VIII. ISU LUMBA HARAM

IX. BANGUNAN BERSEJARAH

X. ISU PELANCONGAN (PELANCONGAN DOMESTIK / PELANCONGAN

KESIHATAN)

XI. PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR

XII. MALAYSIA SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN ANTARABANGSA

XIII. ULASAN DRAMA KOMSAS

XIV. PERPADUAN / SATU MALAYSIA

XV. JENAYAH SIBER / JENAYAH ANTARABANGSA

XVI. PEMERDAGANGAN ORANG

XVII. POLISI SEKOLAH SELAMAT

XVIII. AMALAN MEMBACA

XIX. PERSEDIAAN KE ALAM KERJAYA

XX. ISU BAHASA- DASAR MBMMBI

X. MALAYSIA SEBAGAI HUB HALAL