karangan pa stpm

Upload: taman7676

Post on 14-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Karangan pA Stpm

    1/12

    http://goaypastpm.wordpress.com/2010/07/15/karangan-isu-orang-pelarian/

    eeeeee

    Karangan: Isu Orang Pelarian

    Posted on July 15, 2010 | 1 Comment

    Contoh tajuk karangan:

    Bincangkan punca tercetusnya masalah orang pelarian di sesebuah negara dan sarankan langkah-

    langkah mengatasi masalah ini.

    Orang Pelarian: Kehidupan Penuh Ketidaktentuan

    Baru-baru ini wakil Bernama Melati Mohd Ariff menemu bual Alan Vernon, Pesuruhjaya TinggiBangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) di Malaysia di mana beliau menyentuh beberapa isu

    berhubung pelarian dan mereka yang ingin mendapatkan suaka politik

    Berikut ialah rencananya:

    Malaysia sebenarnya mempunyai sejarah yang panjang dalam soal pelarian.

    Siapa yang dapat melupakan isu pelarian Vietnam orang bot yang mendarat dengan begitu

    ramainya di negara ini, mencari perlindungan daripada pemerintahan Komunis sebaik berakhirnya

    Perang Vietnam pada April 1975.

    Kira-kira 250,000 pelarian Vietnam diproses di khemah pelarian di Pulau Bidong (sebuah pulau kecil

    di Terengganu) sebelum kebanyakan mereka diterima negara ketiga termasuk Amerika Syarikat,

    Kanada, Australia, Perancis, New Zealand, Sweden, Finland, Denmark dan Norway.

    Kira-kira 9,000 pelarian Vietnam kembali ke Vietnam dengan bantuan UNHCR.

    Malahan selepas khemah Pulau Bidong ditutup pada Oktober 1991, Malaysia masih menjadi

    tumpuan serta tempat perlindungan untuk pelarian daripada beberapa negara lain sehingga ke hari

    ini.

    http://goaypastpm.wordpress.com/2010/07/15/karangan-isu-orang-pelarian/http://goaypastpm.wordpress.com/2010/07/15/karangan-isu-orang-pelarian/http://goaypastpm.wordpress.com/2010/07/15/karangan-isu-orang-pelarian/
  • 7/29/2019 Karangan pA Stpm

    2/12

    Pelarian ialah masalah sejagat. Berdasarkan statistik, hampir setiap negara terjejas dengan pelarian

    dan Malaysia tidak terkecuali.

    Ia akan berterusan sebagai satu masalah tetapi lebih mudah menanganinya jika semua negarabekerjasama.

    Negara terbesar yang menghasilkan pelarian yang memberi kesan kepada Malaysia pada masa ini

    ialah Myanmar dan fenomena ini berlarutan lebih 10 hingga 15 tahun, Alan Vernon, 56,

    Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) di Malaysia memberitahu

    Bernama dalam wawancara di pejabatnya di Bukit Petaling di sini baru-baru ini.

    UNHCR memulakan operasi di Malaysia pada 1975 di mana pada peringkat awalnya untuk

    menangani masalah pelarian Vietnam. Ia juga membantu kerajaan Malaysia dalam menerima dan

    menempatkan semula lebih 50,000 orang Islam Filipina yang lari dari Mindanao ke Sabah pada 1970-

    an dan 1980-an.

    UNHCR juga membantu kerajaan dalam menempatkan semula beberapa ribu orang Islam Cham dari

    Kampuchea pada tahun 1980-an dan beberapa ratus pelarian Bosnia pada 1990-an.

    STATISTIK PELARIAN

    Menurut Vernon, terdapat kira-kira 50 juta pelarian di seluruh dunia.

    Di Malaysia, terdapat sekitar 88,100 pelarian dan mereka yang ingin mendapatkan suaka politik

    berdaftar dengan pejabat UNHCR sehingga penghujung Mei 2010. Mereka ini diberi kad UNHCRsebagai tanda pengenalan diri.

    Daripada jumlah itu, 81,600 ialah dari Myanmar terdiri daripada kira-kira 38,900 suku kaum Chin,

    18,900 Rohingya, 6,400 orang Muslim Myanmar, 3,800 Mon, 3,600 Kachin dan selebihnya minoriti

    etnik lain dari Myanmar.

    Lebih ramai lagi pergi ke Thailand dan negara itu berkemungkinan mempunyai empat hingga lima

    juta pelarian dari Myanmar memandangkan kedua-dua negara berkongsi sempadan.

  • 7/29/2019 Karangan pA Stpm

    3/12

    Untuk datang ke Malaysia, mereka perlu mengharungi pelbagai pahit getir. Mereka juga datang ke

    negara ini kerana mereka tahu mereka boleh hidup di sini, jika tidak, sudah tentu mereka tidak akan

    berbuat demikian.

    Jadi saya fikir Malaysia adalah mangsa kepada kejayaannya. Jika ekonomi negara ini teruk, mungkin

    rakyat negara ini juga akan menjadi pelarian, kata Vernon.

    Seramai 6,600 pelarian dan mereka yang mencari suaka politik lain ialah dari negara seperti Sri Lanka

    (3,500 pelarian), Somali (930), Iraq (580) Afghanistan (530) dan Palestin (200).

    Dari segi jantina, 70 peratus pelarian dan mereka yang mencari suaka politik ialah lelaki sementara

    30 peratus perempuan.

    Terdapat juga pelarian dan pencari suaka politik yang tidak berdaftar dan jumlah mereka

    dianggarkan sekitar 10,000 orang.

    Untuk rekod, pelarian ialah mereka yang diiktiraf sebagai pelarian sementara pencari suaka politik

    ialah mereka yang datang ke pejabat UNHCR untuk menuntut taraf pelarian.

    Pencari suaka politik akan ditemu bual dan kes mereka dikaji berdasarkan maklumat UNHCR

    mengenai negara mereka sebelum sebarang keputusan dibuat sama ada mereka boleh diiktiraf

    sebagai pelarian.

    TIDAK DI KHEMAH

    Satu perkara yang elok tentang pelarian di Malaysia, seperti yang disuarakan Vernon ialah mereka

    tidak tinggal di dalam khemah.

    Komuniti pelarian tinggal di kawasan perumahan kos rendah di seluruh negara, dan sering kali

    bilangan yang besar terpaksa berkongsi tinggal di dalam ruang yang sempit.

  • 7/29/2019 Karangan pA Stpm

    4/12

    Kadang kala orang berfikir khemah adalah penyelesaian yang baik untuk pelarian tetapi pada

    dasarnya tinggal di khemah pelarian akan menambahkan lebih banyak penderitaan.

    Lagi pun banyak isu jika diletakkan mereka di khemah, ramai nanti bergantung kepada bantuan,kebajikan dan penjagaan.

    Sering kali juga apabila khemah pelarian diwujudkan, ia akan berpanjangan berbanding situasi lain

    kerana khemah mempunyai kehidupan yang tersendiri, jelas Vernon yang menyandang jawatan

    wakil UNHCR di Malaysia sejak November 2008.

    Pembabitan Vernon dalam isu pelarian sebenarnya bermula sejak 1978 lagi ketika beliau mengajar diAmerika Syarikat.

    Beliau menyertai UNHCR pada 1987 dan menyandang jawatan Pegawai Penempatan Semula

    Bersekutu di pejabat lapangan UNHCR, Kuala Terengganu (1987-1991). Sepanjang kariernya dengan

    UNHCR, beliau juga pernah ditempatkan di Sri Lanka dan Geneva.

    Menurut Vernon, kerajaan Malaysia mengambil langkah positif dengan tidak menyekat pergerakanpelarian yang bererti mereka boleh berusaha untuk mencari nafkah bagi menyara keperluan

    kehidupan mereka.

    PELARIAN DAN PENDATANG

    Bagaimanapun, Vernon mahu rakyat Malaysia memahami bahawa pelarian bukan pendatang dan

    terdapat perbezaan yang amat ketara antara keduanya.

    Pelarian, jelas beliau tidak memilih untuk meninggalkan tanah air mereka tetapi sebaliknya dipaksa

    berbuat demikian.

    Menurut definisi UNHCR, pelarian ialah orang yang mempunyai ketakutan yang berasas akan

    ditindas atas sebab pendapat politik, etnik, agama atau keahlian dalam sesebuah kumpulan tertentu.

  • 7/29/2019 Karangan pA Stpm

    5/12

    Malaysia amat bertuah kerana tidak mempunyai situasi yang sedemikian. Malaysia belum

    menghasilkan pelarian. Pihak kami amat gembira dengan keadaan itu tetapi berharap rakyat negara

    ini mempunyai toleransi terhadap hakikat bahawa pelarian tidak membuat pilihan untuk datang ke

    negara ini.

    Mereka dipaksa meninggalkan kampung halaman mereka dan tidak boleh kembali sehingga

    keadaan di negara mereka pulih dan mereka tidak lagi berdepan dengan risiko dipenjara dan

    kemungkinan dibunuh.

    Ini berbanding pendatang yang membuat pilihan untuk meninggalkan negara mereka untuk

    peluang ekonomi atau pendidikan yang lebih baik, tegas Vernon.

    Sesetengah pihak menganggarkan terdapat tiga hingga empat juta pendatang di Malaysia dengan 50

    peratusnya berada di negara ini secara sah.

    CABARAN UMUM

    Memandangkan masalah pelarian mungkin tidak selesai dalam masa terdekat, cabaran umum ialahuntuk mencari jalan bagi memenuhi keperluan pelarian dan dalam masa yang sama melindungi

    kepentingan tuan rumah secara keseluruhan.

    Sebagai rekod, Malaysia tidak memeterai Konvensyen 1951 berhubung kedudukan pelarian.

    Memang penting untuk menandatangani Konvensyen Pelarian tetapi jika sesebuah kerajaan itu

    tidak bersedia untuk berbuat demikian kita masih boleh mengadakan dasar serta prosedur dalammenangani isu pelarian.

    Perkara ini belum ada lagi buat masa ini, dan ia adalah kesulitan besar bagi kami kerana tanpa dasar

    dan prosedur, semua perlu dibuat berdasarkan budi bicara. Ia juga tidak memberi panduan kepada

    semua peringkat kerajaan.

    Untuk itu perlu ada rangka kerja perundangan. Ini amat penting untuk memastikan pelarian

    dilindungi dan selamat sehingga sampai masanya mereka boleh pulang ke negara mereka.

  • 7/29/2019 Karangan pA Stpm

    6/12

    Sesetengah daripada mereka boleh ditempatkan semula di negara lain tetapi ia bukan penyelesaian

    untuk setiap pelarian, tambahnya.

    Vernon memberitahu Bernama bahawa jumlah tempat penempatan semula adalah kurang daripadabilangan pelarian yang ada di Malaysia.

    Menurut beliau, pihaknya mengemukakan lebih daripada 10,000 pelarian untuk penempatan semula

    tahun lalu, tetapi mengulangi bahawa ia bukan penyelesaian untuk semua orang. Penyelesaian

    terbaik untuk pelarian ialah pulang ke negara asal.

    MENGURUS ISU

    Bercakap seterusnya mengenai pelarian, Vernon melahirkan rasa optimisnya bahawa kejayaan yang

    dicapai dengan orang bot Vietnam serta pelarian Acheh akan dapat diraih juga akhirnya.

    Ketika bot-bot Vietnam mula mendarat di Malaysia pada 1975 dan meningkat pada 1979, rasanya

    macam isu pelarian ini akan berterusan selama-lamanya. Namun pada 1991 ia selesai. Satu lagi

    contoh ialah pelarian Acheh dan selepas tsunami mereka semua pulang ke negara mereka, katanya.

    Menurut beliau, Myanmar ialah sebuah negara yang berkemungkinan mengeluarkan pelarian untuk

    beberapa ketika mendatang.

    Tahun ini ada proses pilihan raya dan masih banyak masalah di negara itu tetapi kami amat

    berharap secara berperingkat keadaan akan menjadi lebih baik, tambahnya.

    Secara realitinya, kata beliau, Malaysia perlu berfikir cara untuk menangani keadaan di Myanmar

    kerana Malaysia ialah sebahagian daripada Asean dan perlu mengambil kira perkara itu dalam dasar

    luarnya.

    Satu daripada cabaran untuk Malaysia dalam aspirasinya untuk menjadi sebuah negara maju

    sepenuhnya menjelang 2020 ialah ia perlu mendukung tanggungjawab global dan satu daripadanya

    ialah membantu keadaan pelarian.

  • 7/29/2019 Karangan pA Stpm

    7/12

    Cara untuk melakukannya ialah secara rakan kongsi. UNHCR ada di sini. NGO dan komuniti

    antarabangsa yang lain boleh juga membantu dan saya rasa banyak ruang untuk menguruskan isu ini

    dengan cara yang lebih baik.

    Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya kita menangani sesuatu masalah itu dan menguruskannya

    dengan cara yang bijak, kita tidak akan tertekan dengan angka, kata Vernon.

    Pelarian: Isu Sejagat Dan Kemanusiaan

    Berada jauh di negara asing dan berdepan dengan masa depan yang tidak menentu, pelarian di

    Malaysia terpaksa bergelut dengan pelbagai cabaran untuk kelangsungan hidup.

    Mereka amat rajin, buat pelbagai jenis kerja dan mengambil apa sahaja peluang kerja yang datang

    kepada mereka. Ini menjadikan mereka calon terbaik untuk program penempatan semula, Alan

    Vernon, Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) memberitahu Bernama

    dalam wawancara di pejabatnya di Bukit Petaling, di sini baru-baru ini.

    Idea yang baik untuk membenarkan mereka bekerja secara sah. Ini menjimatkan wang

    memandangkan mereka sudah ada di negara ini. Pelarian mahu memberi sumbangan kepada negara

    ini dan membantu masyarakat di sini kerana mereka mempunyai tempat untuk tinggal.

    Bagaimanapun, mereka tidak mendapat peluang itu kerana mereka tidak boleh bekerja secara sah

    dan buat masa ini mereka tidak boleh mendapat permit kerja, katanya mengulas sesetengah

    cadangan supaya membenarkan pelarian di Malaysia bekerja.

    PELUANG EKONOMI

    Dasar yang lebih baik, jelas Vernon, ialah dengan memindahkan pelarian di negara ini ke tempat lain

    supaya tidak bertumpu di satu-satu tempat sahaja.

    Sebahagian besar pelarian berada di Kuala Lumpur. Kami mahu sekali memindahkan mereka dan

    cara terbaik ialah peluang bekerja secara sah. Mereka boleh bekerja di sektor perladangan,

    pengilangan dan pembinaan.

  • 7/29/2019 Karangan pA Stpm

    8/12

    Menurut beliau, sesetengah pelarian mempunyai kemahiran yang amat baik serta jitu, dan begitu

    berguna sekali untuk majikan Malaysia.

    Kawalan serta peraturan yang lebih baik terhadap keadaan pelarian, katanya terutama sekali dalamisu penggajian, akan mengelakkan berlakunya eksploitasi.

    Kita perlu bermula hari ini. Kita lihat sama ada kita boleh mencari jalan untuk menjadikan pelarian

    lebih berdikari dari segi pekerjaan supaya mereka tidak menjadi beban di mana ini akan hanya

    mencetuskan masalah sosial.

    Sekiranya ada pekerjaan mereka tidak akan terlibat dalam kegiatan haram. Pelarian telahmenjejaskan Malaysia di masa lampau dan ia masih berlaku sehingga ke hari ini. Jumlah pelarian

    mungkin bertambah dan berkurangan tetapi lebih elok jika ada dasar dan sistem untuk menangani

    isu ini secara yang boleh dijangkakan dan menguruskannya dengan lebih teratur, kata Vernon.

    ANAK-ANAK DIUTAMAKAN

    Terdapat kira-kira 19,000-pelarian kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang berdaftar denganUNHCR.

    Seramai 10,600 daripada kanak-kanak itu dalam usia bersekolah. Bagaimanapun dianggarkan kurang

    daripada separuh kanak-kanak pelarian yang sepatutnya menghadiri sekolah tidak mempunyai

    peluang untuk mendapatkan sebarang bentuk pendidikan.

    Kanak-kanak perlu diberi pendidikan. Sekiranya mereka tidak mendapat pendidikan, ini akanmerosakkan masa depan mereka dan boleh mencetuskan masalah sosial di kemudian hari.

    Kerajaan Malaysia telah menyatakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh membantu untuk

    menyediakan pendidikan bagi anak-anak pelarian . Ini satu perkara yang baik, kata Vernon.

    Bagaimanapun, beliau memberitahu Bernama pihak NGO berkenaan menghadapi kesulitan

    kewangan serta sumber lain dalam menyediakan pendidikan yang diperlukan bagi anak-anak

    pelarian.

  • 7/29/2019 Karangan pA Stpm

    9/12

    Oleh yang demikian, katanya komuniti pelarian sendiri mengambil daya usaha untuk mengatur

    program pendidikan untuk anak-anak mereka.

    Usaha kami lebih terarah untuk anak-anak berusia bagi sekolah rendah.

    Anak-anak yang tidak mendapat peluang pendidikan nescaya akan bergelut dengan masa depan

    yang lebih sukar dan akan menjadi masalah sosial.

    Jadi kami lebih suka mereka dididik supaya boleh menyumbang kepada komuniti mereka dan

    apabila mereka pulang ke negara mereka, bolehlah mereka menyumbang kepada masyarakat

    mereka. Ini juga sumbangan positif Malaysia kepada Myanmar, sebagai contoh, jelas Vernon.

    BUAT BANYAK LAGI

    UNHCR berharap dapat bekerja lebih rapat lagi dengan kerajaan, NGO serta orang awam untuk

    memperbaiki kualiti dan peluang pendidikan bagi komuniti pelarian di negara ini.

    Memang ramai yang melakukan banyak perkara dan saya berpendapat dalam keadaan sekarang

    saya rasa setiap orang akan bersetuju bahawa dalam apa juga keadaan, kanak-kanak tidak harus

    menjadi mangsa.

    Mereka tidak memilih untuk datang ke Malaysia. Memang benar ibu bapa mereka yang membuat

    pilihan itu bukan anak-anak mereka, jadi saya kira kita perlu bekerjasama untuk memperbaiki

    keadaan untuk mereka.

    Dalam hal ini, semua ada peranan, baik kerajaan, NGO, sukarelawan dan juga Bangsa-Bangsa

    Bersatu, kata Vernon dengan menambah, pelarian juga mempunyai peranan yang tidak kurang

    pentingnya.

    INISIATIF UNHCR

  • 7/29/2019 Karangan pA Stpm

    10/12

    Dari segi pendidikan untuk anak-anak, UNHCR telah membuat kemajuan dengan menarik lebih ramai

    kanak-kanak menghadiri sekolah. Daripada kira-kira 2,500 orang pada 2008, angka itu kini meningkat

    kepada sekitar 4,700.

    UNHCR juga bekerja dengan rakan kongsi NGOnya untuk melatih tenaga pendidik dan sehingga kini

    berjaya melatih lebih 120 orang guru.

    Agensi PBB ini juga menyediakan buku dan alat tulis serta bekalan sekolah yang lain di samping

    mendapatkan sokongan sukarelawan untuk sekolah.

    Semua ini adalah usaha untuk mewujudkan satu bentuk sistem sekolah bagi komuniti pelarian.

    Mereka tidak boleh pergi ke sekolah kerajaan dan kalau pun dibenarkan di mana saya fikir

    sesetengahnya mungkin mahu pergi, ramai yang lain mungkin tidak kerana masalah bahasa serta isu

    anak-anak yang sudah tercicir sekian lama, jelas Vernon seraya berkata cabaran yang masih perlu

    diatasi ialah mencari satu program pendidikan yang sesuai untuk komuniti pelarian yang pelbagai

    etnik.

    SEKOLAH KECIL

    Terdapat kira-kira 60 buah sekolah komuniti pelarian yang diusahakan beberapa kumpulan pelarian

    di samping yang diuruskan UNHCR dan NGO.

    Majoriti sekolah ini terletak bertaburan di sekitar Kuala Lumpur di mana terdapat komuniti pelarian.

    Pelarian ini, menurut Vernon, enggan berpindah ke tempat lain kerana pelbagai halangan termasuk

    masalah kewangan dan pengangkutan.

    Sekolah pun bukanlah sekolah dalam erti yang sebenarnya. Sering kali ia hanyalah ruang

    pangsapuri, tetapi sekurang-kurangnya ada aktiviti pembelajaran.

  • 7/29/2019 Karangan pA Stpm

    11/12

    Mengenai sukatan pelajaran, kita cuba menggunakan sukatan pelajaran Malaysia tetapi mereka

    juga diajar pengajian kebudayaan dalam jangkaan mereka akan pulang ke negara asal.

    Pelajar juga belajar bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Subjek lain yang diajar ialahmatematik, sains, sejarah dan pengajian sosial, katanya.

    BANTU UNTUK MENOLONG DIRI SENDIRI

    UNHCR mempunyai pasukan untuk memperkasa komuniti pelarian supaya mereka mempunyai

    jawatankuasa kepimpinan yang boleh menjaga kebaikan komuniti masing-masing.

    Kita cuba bekerja dengan semua dan cuba menggalakkan mereka sebanyak mungkin tetapi saya

    perlu realistik dalam hal ini. Ada kumpulan yang lebih baik dari kumpulan yang lain.

    Ada kumpulan yang mudah membentuk kumpulan dan menjaga kepentingan mereka sementara

    yang lainnya terpaksa berhempas-pulas untuk berbuat demikian. Ada kumpulan yang memberi

    ruang untuk kaum wanita menyertai kepimpinan, ada yang tidak berapa bersetuju, kata Vernon.

    Beliau turut mengulas publisiti negatif mengenai pelarian yang disifatkan jumlahnya sebagai kecil.

    Kumpulan pelarian ini tidak mahu mencari susah kerana mereka tahu keadaan mereka yang serba-

    serbi payah dan mereka tidak boleh mendapat bantuan kerajaan mereka.

    Mereka juga tahu mereka hanya boleh mengadu kepada UNHCR dan pihak berkuasa Malaysia.Hidup mereka sudahlah susah dan mereka tahu risiko jika terlibat dalam kegiatan yang bukan-bukan.

    Jadi memang tidak ramai pelarian yang membuat kesalahan dan di negara ini ramai kaum

    pendatang dan ini sudah pasti mengundang banyak masalah sosial, katanya.

    TIDAK KEBAL UNDANG-UNDANG

  • 7/29/2019 Karangan pA Stpm

    12/12

    Menurut Vernon UNHCR sentiasa berusaha untuk memastikan pelarian tidak terlibat dalam apa juga

    kesalahan.

    Pekerja pembangunan komuniti UNHCR serta yang lain sering kali keluar untuk bercakap denganpelarian dan menggalakkan mereka supaya mematuhi undang-undang.

    Pelarian tidak kebal undang-undang. Jika mereka melanggar undang-undang mereka boleh

    ditangkap dan dibicarakan seperti orang lain.

    Mempunyai kad UNHCR bukan boleh melindungi mereka. Pelarian mesti patuh kepada undang-

    undang dan perlu sedar kehadiran mereka di negara ini tidak boleh diambil ringan.

    Mereka seakan tetamu di negara ini dan perlu berkelakuan sebagai tetamu. Jangan bertindak yang

    boleh menyebabkan rakyat Malaysia merasa terancam dan tidak gembira dengan kehadiran

    mereka, kata Vernon.