karangan jenis dialog

2
KARANGAN JENIS DIALOG/PERBUALAN Ciri- ciri karangan jenis perbualan/ dialog : 1. Karangan dialog melibatkan dua pihak atau lebih. 2. Perbualan berkisar tentang perkara-perkara seharian atau soal-soal peribadi. 3. Ada perhubungan dua hala,iaitu ada soalan dan jawapan. 4. Karangan dialog mempunyai format yang ringkas iaitu: a.nama watak ditulis selari di sebelah kiri. b.Tanda titik bertindih(:) dibubuh selepas nama watak. 5. Perbualan boleh berlaku secara panggilan telefon atau secara bersemuka. 6. Perbualan yang baik perlu ada perbincangan dan jawapan daripada hendaklah logik dan benar. 7. Untuk pendahuluan,gunakan kata-kata bertatasusila seperti assalamualaikum, helo, selamat pagi,apa khabar,dan sebagainya. Kawan kamu datang ke sekolah pada hari ini.Kamu menelefon kawan kamu untuk bertayakan mengapa dia tidak datang ke sekolah.Tuliskan perbualan telefon itu. Fatin : Helo, bolehkah saya bercakap dengan Fiza? Fiza : Ya, ini Fiza bercakap,siapa di sana? Fatin : Saya Fatin.Awak tidak hadir ke sekolah hari ini.Jadi, bolehkah saya tahu sebabnya? Kawan-kawan lain juga tertanya- tanya tentang awak. Fiza : Sebenarnya , kami sekeluarga pergi ke Lapangan Terbang

Upload: huszsyah

Post on 16-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Karangan Jenis Dialog

TRANSCRIPT

KARANGAN JENIS DIALOG/PERBUALAN

Ciri- ciri karangan jenis perbualan/ dialog :

1. Karangan dialog melibatkan dua pihak atau lebih.2. Perbualan berkisar tentang perkara-perkara seharian atau soal-soal peribadi.3. Ada perhubungan dua hala,iaitu ada soalan dan jawapan.4. Karangan dialog mempunyai format yang ringkas iaitu: a.nama watak ditulis selari di sebelah kiri. b.Tanda titik bertindih(:) dibubuh selepas nama watak.

5. Perbualan boleh berlaku secara panggilan telefon atau secara bersemuka.6. Perbualan yang baik perlu ada perbincangan dan jawapan daripada hendaklah logik dan benar.7. Untuk pendahuluan,gunakan kata-kata bertatasusila seperti assalamualaikum, helo, selamat pagi,apa khabar,dan sebagainya.

Kawan kamu datang ke sekolah pada hari ini.Kamu menelefon kawan kamu untuk bertayakan mengapa dia tidak datang ke sekolah.Tuliskan perbualan telefon itu.

Fatin : Helo, bolehkah saya bercakap dengan Fiza?

Fiza : Ya, ini Fiza bercakap,siapa di sana?

Fatin : Saya Fatin.Awak tidak hadir ke sekolah hari ini.Jadi, bolehkah saya tahu sebabnya? Kawan-kawan lain juga tertanya-tanya tentang awak.

Fiza : Sebenarnya , kami sekeluarga pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kerana menyambut kepulangan abang saya.Dia baru pulang dari Universiti Tokyo,Jepun setelah tamat pengajian.

Fatin : Oh,begitu rupanya! Kami ingatkan awak sakit atau ada hal-hal lain.Fiza : Tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan, saya sihat walafiat.Bagaimana dengan pelajaran pada hari ini.

Fatin : Tadi, cikgu Fori mengajar topik baru.Dia juga memberi latihan kepada kita .Nanti awak boleh pinjam buku saya.

Fiza : Terima kasih. Bagus juga cadangan awak itu.Esok adalah cuti hujung minggu.Saya akan datang ke rumah awak untuk mengambil buku itu.

Fatin : Baiklah, saya tunggu kedatangan awak.

Latihan

Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam.Tuliskan perbualan kamu dengan guru kelas untuk menerangkan sebab-sebab kamu tidak ke sekolah pada hari tersebut.