karangan jenis bahan rangsangan

2
Karangan jenis bahan rangsangan Panduan Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250 patah perkataan Pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250 patah perkataan tidak akan diambil kira. Tuliskan jumlah perkataan yang betul. Dicadangkan, 3 isi dengan jumlah 60 patah perkataan untuk setiap perenggan jadi jumlah 180 patah perkataan. 30 patah perkataan untuk pendahuluan dan 30 patah perkataan untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah perkataan. Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan sangat penting. Tuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang. Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang- kurangnya satu tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat memetik kata-kata pemimpin atau isu-isu semasa yang di petik dari akhbar atau televisyen lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa. Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon. Walau bagaimanapun, markah tidak akan ditolak walaupun melebihi 250 patah perkataan. Strategi Strategi pertama dalam penulisan karangan ialah pentafsiran bahan rangsangan, ialah kata kunci, tajuk karangan, fokus/skop karangan, dan kepanjangan karangan.

Upload: timothytie

Post on 16-Jan-2016

136 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bm karangan bahan ransangan

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Jenis Bahan Rangsangan

Karangan jenis bahan rangsangan

Panduan

• Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250 patah perkataan

• Pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250 patah perkataan tidak akan diambil kira. Tuliskan jumlah perkataan yang betul.

• Dicadangkan, 3 isi dengan jumlah 60 patah perkataan untuk setiap perenggan jadi jumlah 180 patah perkataan.

• 30 patah perkataan untuk pendahuluan dan 30 patah perkataan untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah perkataan.

• Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan sangat penting.

• Tuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang.

• Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat memetik kata-kata pemimpin atau isu-isu semasa  yang di petik dari akhbar atau televisyen lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa.

• Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon.

• Walau bagaimanapun, markah tidak akan ditolak walaupun melebihi 250 patah perkataan.

Strategi

Strategi pertama dalam penulisan karangan ialah pentafsiran bahan rangsangan, ialah kata kunci, tajuk karangan, fokus/skop karangan, dan kepanjangan karangan.

Strategi kedua ialah menulis introduksi/pendahuluan yang mantap. Pendahuluan perlu mempunyai 3 elemen: ayat rangsangan, iaitu ayat yang mengungkapkan tajuk karangan; ayat huraian, iaitu ayat yang menghuraikan tajuk karangan; dan ayat arahan, iaitu ayat yang menyatakan fokus/skop karangan.

Strategi ketiga ialah pembinaan perenggan isi yang efektif dan kreatif. Terdapat 3 jenis perenggan isi – deduktif, induktif, dan deduktif-induktif.

Page 2: Karangan Jenis Bahan Rangsangan

Lazimnya, perenggan isi jenis deduktiflah yang dimanfaatkan kerana mudah dan efektif,:

Deduktif = Idea + Huraian + Contoh + Kesimpulan

Dengan kata lain, binaan perenggan isi ini terdiri daripada 4 jenis ayat, iaitu ayat topik/judul (menyatakan idea/isi) + ayat huraian (menghuraikan idea) + ayat contoh (menyatakan contoh/bukti) + ayat penyimpul (membuat kesimpulan).

Strategi keempat dan terakhir ialah pelajar perlu mengakhiri karangan dengan suatu rumusan/ kesimpulan yang mantap. Ketika membuat kesimpulan, usahlah terbawa-bawa oleh hawa nafsu yang mencemari keseluruhan karangan.

Perenggan penutup ini perlu mempunyai 3 ciri utama, kesimpulan, cadangan, dan harapan. Seperkara lagi, perenggan penutup perlu terdiri daripada 3 jenis ayat: ayat kesimpulan (AKspn), ayat cadangan (ACdgn), dan ayat harapan (AHrpn).