kos hidup naik…gaji tak naik - sosialisalternatif.org · anak muda dan kelas pekerja yang semakin...

12
ISU KE - 15 MAC - APR 2016 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3 Warga Pekerja sedang menanggung beban demi beban akibat peningkatan kos perbelanjaan harian akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan asas disebabkan oleh GST, dan juga akibat peningkatan kos mengimport barangan luar negara dengan kejatuhan nilai ringgit. Walaupun kerajaan mengatakan harga barangan keperluan asas terkawal dan menyediakan BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia), KR1M (Kedai 1 Malaysia) dan MR1M (Menu Rakyat 1 Malaysia) tetapi, ini masih tidak mampu mengurangkan beban warga pekerja yang kebanyakannya tidak menikmati kenaikan gaji atau peningkatan gaji yang tidak setaraf dengan kenaikan kos hidup. Kebanyakan majikan pula mempergunakan alasan GST dan keadaan ekonomi tidak baik untuk tidak meningkatkan gaji pekerja. GST pula dipaksa untuk ditanggung oleh rakyat biasa. Sebelum ini, kenaikan harga minyak dipergunakan untuk meningkatkan harga barangan, tetapi sekarang harga minyak semakin jatuh, harga barangan tidak pula turun. Kerajaan pula tidak mendesak pembekal untuk menurunkan harga barangan dengan penurunan harga minyak. Ini menjelaskan hubungan rapat majikan dengan kerajaan, di mana majikan diutamakan dan pekerja dibelakangkan dalam polisi-polisi kerajaan. Manakala, tol, tarif elektrik, tambang pengangkutan pula terus ditingkatkan. Klinik 1 Malaysia dan bantuan sekolah RM100 tidak memadai dengan peningkatan kos perubatan dan kos pendidikan. Hutang isirumah pula semakin meningkat memandangkan kebanyakan warga pekerja tiada pilihan lain selain meminjam untuk meneruskan hidup. Saranan menteri untuk rakyat membuat lebih daripada satu kerja untuk mengatasi masalah peningkatan kos mencerminkan keangkuhan ahli-ahli politik yang hidup mewah dengan undi rakyat tetapi tidak memahami keperluan dan hasrat rakyat. Kerja 8 jam, riadah 8 jam dan rehat 8 jam sudah lama diperjuangkan oleh warga pekerja bertujuan memartabatkan hak dan maruah pekerja. Tetapi majikan dan golongan kapitalis dengan sokongan kerajaan pula sentiasa menghancurkan hak pekerja untuk matlamat mengaut keuntungan. Kesatuan sekerja dan kepimpinan yang lemah juga tidak meyakinkan terutama pekerja muda untuk menyertai sebagai ahli. Pada masa kini, ramai anak muda tidak mempunyai pekerjaan yang terjamin, dan ramai juga yang menganggur walaupun mempunyai kelayakan atau ijazah daripada kolej dan universiti. Pekerja migran pula terus ditindas dengan buruh murah dan amalan undang-undang yang tidak adil. Pemberhentian kerja juga dijangka akan terus meningkat dengan keadaan ekonomi yang semakin merudum. Dana pekerja dan rakyat biasa seperti KWSP, tabung haji dan KWAP (tabung pencen untuk pekerja awam) dipergunakan untuk kepentingan segelintir dengan nama pelaburan, dan ini mewujudkan pertanyaan sama ada dana-dana tersebut dipergunakan untuk keuntungan golongan korporat dan kapitalis. Keadaan ekonomi negara yang tidak stabil, semakin meranapkan harapan rakyat. Parti-parti politik kerajaan dan pembangkang pula bersaing untuk kuasa dan karier daripada memperjuangkan hak dan keperluan rakyat. Pembinaan alternatif parti politik kelas pekerja dan anak muda semakin penting. Begitu juga kepimpinan kesatuan sekerja yang berpihak kepada kepelruan pekerja dan sanggup berjuang harus dimulakan untuk pembinaan gerakan pekerja dan anak muda kepada satu perubahan yang memihak kepada rakyat biasa. KOS HIDUP NAIK…GAJI TAK NAIK CUKAI GST 6% KELAS PEKERJA MAKIN TERHIMPIT!

Upload: dinhdiep

Post on 10-Apr-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOS HIDUP NAIK…GAJI TAK NAIK - sosialisalternatif.org · Anak muda dan kelas pekerja yang semakin tidak puasa hati dengan politik parti-parti kerajaan, dan ... mendalam bagi para

ISU KE - 15 MAC - APR 2016 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

Warga Pekerja sedang menanggung beban demi beban akibat peningkatan kos perbelanjaan harian akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan asas disebabkan oleh GST, dan juga akibat peningkatan kos mengimport barangan luar negara dengan kejatuhan nilai ringgit. Walaupun kerajaan mengatakan harga barangan keperluan asas terkawal dan menyediakan BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia), KR1M (Kedai 1 Malaysia) dan MR1M (Menu Rakyat 1 Malaysia) tetapi, ini masih tidak mampu mengurangkan beban warga pekerja yang kebanyakannya tidak menikmati kenaikan gaji atau peningkatan gaji yang tidak setaraf dengan kenaikan kos hidup. Kebanyakan majikan pula mempergunakan alasan GST

dan keadaan ekonomi tidak baik untuk tidak meningkatkan gaji pekerja. GST pula dipaksa untuk ditanggung oleh rakyat biasa.Sebelum ini, kenaikan harga minyak dipergunakan untuk meningkatkan harga barangan, tetapi sekarang harga minyak semakin jatuh, harga barangan tidak pula turun. Kerajaan pula tidak mendesak pembekal untuk menurunkan harga barangan dengan penurunan harga minyak. Ini menjelaskan hubungan rapat majikan dengan kerajaan, di mana majikan diutamakan dan pekerja dibelakangkan dalam polisi-polisi kerajaan. Manakala, tol, tarif elektrik, tambang pengangkutan pula terus ditingkatkan. Klinik 1 Malaysia dan bantuan sekolah RM100 tidak memadai dengan peningkatan kos perubatan dan

kos pendidikan. Hutang isirumah pula semakin meningkat memandangkan kebanyakan warga pekerja tiada pilihan lain selain meminjam untuk meneruskan hidup. Saranan menteri untuk rakyat membuat lebih daripada satu kerja untuk mengatasi masalah peningkatan kos mencerminkan keangkuhan ahli-ahli politik yang hidup mewah dengan undi rakyat tetapi tidak memahami keperluan dan hasrat rakyat. Kerja 8 jam, riadah 8 jam dan rehat 8 jam sudah lama diperjuangkan oleh warga pekerja bertujuan memartabatkan hak dan maruah pekerja. Tetapi majikan dan golongan kapitalis dengan sokongan kerajaan pula sentiasa menghancurkan hak pekerja untuk matlamat mengaut keuntungan. Kesatuan sekerja

dan kepimpinan yang lemah juga tidak meyakinkan terutama pekerja muda untuk menyertai sebagai ahli. Pada masa kini, ramai anak muda tidak mempunyai pekerjaan yang terjamin, dan ramai juga yang menganggur walaupun mempunyai kelayakan atau ijazah daripada kolej dan universiti. Pekerja migran pula terus ditindas dengan buruh murah dan amalan undang-undang yang tidak adil. Pemberhentian kerja juga dijangka akan terus meningkat dengan keadaan ekonomi yang semakin merudum.Dana pekerja dan rakyat biasa seperti KWSP, tabung haji dan KWAP (tabung pencen untuk pekerja awam) dipergunakan untuk kepentingan segelintir dengan nama pelaburan, dan ini mewujudkan pertanyaan

sama ada dana-dana tersebut dipergunakan untuk keuntungan golongan korporat dan kapitalis.Keadaan ekonomi negara yang tidak stabil, semakin meranapkan harapan rakyat. Parti-parti politik kerajaan dan pembangkang pula bersaing untuk kuasa dan karier daripada memperjuangkan hak dan keperluan rakyat. Pembinaan alternatif parti politik kelas pekerja dan anak muda semakin penting. Begitu juga kepimpinan kesatuan sekerja yang berpihak kepada kepelruan pekerja dan sanggup berjuang harus dimulakan untuk pembinaan gerakan pekerja dan anak muda kepada satu perubahan yang memihak kepada rakyat biasa.

KOS HIDUP NAIK…GAJI TAK NAIK

CUKAI GST 6%

KELAS PEKERJA MAKIN TERHIMPIT!

Page 2: KOS HIDUP NAIK…GAJI TAK NAIK - sosialisalternatif.org · Anak muda dan kelas pekerja yang semakin tidak puasa hati dengan politik parti-parti kerajaan, dan ... mendalam bagi para

2 SIDANG PENGARANG SOLIDARITI PEKERJA ISU KE - 15 MAC - APR 2016

Filem Ola Bola yang mula ditayangkan pada 28 Januari mendapat sambutan daripada berbagai kaum, satu perkara yang jarang berlaku dalam industri perfileman negara. Ola Bola diilhamkan dari zaman kegemilangan bolasepak negara pada awal 1980an di mana Malaysia layak untuk bertanding di Sukan Olimpik Moscow apabila berjaya mengalahkan Korea Selatan dalam pertandingan akhir kelayakan. Tetapi pasukan Malaysia tidak dapat menyertai pentandingan olimpik disebabkan kerajaan Malaysia memboikot kejohanan tersebut akibat peperangan di antara Rusia dan Afghanistan. Filem ini yang merangkumi pelakon pelbagai bangsa juga mempunyai perbualan dalam Bahasa Mandarin, Tamil dan English selain Bahasa Melayu. Ia juga mengambarkan semangat kesukanan yang tinggi di kalangan pemain pada masa itu seperti R Arumugam, Isa Bakar, Soh Chin Aun, James Wong, Santokh Singh dan Mohtar Dahari walaupun menghadapi berbagai cabaran dalam kehidupan dan juga pasukan mereka. Filem ini juga

mencerminkan masyarakat perbagai kaum bergaul tanpa prasangka, dan bersatu untuk menyokong pasukan Malaysia : ‘Kita menang sama-sama, Kita kalah pun sama-sama’. Pasukan bolasasepak negara 1970an dan 1980an sentiasa dirujuk untuk mengambarkan kegemilangan bolasepak negara seperti yang dipaparkan oleh filem ini. Pada masa kini walaupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempunyai liga sendiri, pasukan bolasepak negara masih lemah. FAM yang dikawal secara birokratik dengan campurtangan politik telah meranapkan perkembangan sukan bolasepak yang sihat. Tambahan pula pihak kerajaan dan FAM sedang merancang untuk menswastakan liga Malaysia dengan sepenuhnya pada tahun ini.

Walaupun penswastaan ini digambarkan sebagai sesuatu yang positif bagi sukan bola sepak tanah air, sebenarnya ia adalah sebuah usaha untuk cuba mengaut keuntungan dari liga Malaysia. Semangat kesukanan akan diganti dengan dahaga untuk membuat keuntungan dan pelbagai syarikat

akan cuba menggunakan arena bola sepak sebagai medan pengiklanan mereka. Hujah FAM bahawa penswastaan akan menaikkan taraf sukan bola sepak sebenarnya tidak berasaskan mana-mana fakta yang kukuh. Pelbagai laporan mendedahkan bahawa sukan bola sepak sedang mengalami kekurangan minat dari kalangan anak muda di seluruh dunia dan ia tidak mencerminkan kesan positif bagi agenda penswastaan tersebut.

Baru-baru ini penyokong bolasepak negara secara terang-terangan mengkritik kepimpinan FAM akibat kekalahan teruk dengan pasukan seperti Palestin. Ini menunjukkan FAM sudah dikorporatkan untuk kepentingan segelintir ahli-ahli politik dan badan-badan perniagaan. Pengelolaan FAM secara demokratik dengan menitikberatkan semangat kesukanan amat perlu untuk mengembalikan kegemilangan kesukanan bolasepak seperti yang dicerminkan oleh filem Ola Bola.

Ola Bola : Harapan Kegemilangan Bola Sepak Negara Ravi

Pada 9 Februari yang lalu, memperingati setahun Anwar dipenjarakan, kawasan hadapan pintu masuk penjara Sungai Buloh dihiasi puluhan bendera PKR, kain rentang dan poster menuntut pembebasan Anwar dengan gema keramat Reformasi tatkala Pakatan Harapan senada di pentas yang sama. Walaupun hadirin nampak sedikit, ia merupakan himpunan terbesar di hadapan Penjara Sungai Buloh setakat ini, memberi sinar kepada kempen ‘Bebas Anwar’ yang menyamakan bekas timbalan perdana menteri itu dengan pemimpin lain yang pernah dipenjarakan seperti Nelson Mandela dan Aung San Suu Kyi.Tidak banyak berubah dengan format ceramah umum sejak panggilan Reformasi Anwar di ibu kota hampir 16 tahun lalu, lebih seribu penyokong Anwar berhimpun mendengar ceramah pimpinan mereka selama lebih tiga jam. Setelah terkuburnya Pakatan Rakyat, pembangkang yang masih mencari penyatuan, mereka masih ingin mengekalkan Anwar Ibrahim yang telah setahun di belakang tirai besi sebagai calon perdana menteri. Tetapi semenjak Anwar dipenjarakan, politik pembangkang tanpa haluan dengan perpecahan Pakatan Rakyat, dan konflik

dalaman UMNO. Penggantungan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO, dan keluarnya Mahathir sekali lagi daripada UMNO telah memberikan sinar baru kepada pembangkang. Pembangkang kini cuba mengadakan pakatan dengan Mahathir untuk menjatuhkan Najib dan BN. Ini mencerminkan bahawa dalam politik oportunis dan pro-kapitalisme, kawan

boleh jadi musuh, musuh boleh jadi kawan semata-mata untuk mengilhamkan harapan untuk mendapatkan kuasa. Mahathir yang dikecam habis-habisan dengan nama diktator, firaun, korup, gila kuasa dan sebagainya akan dipergunakan oleh pembangkang untuk menawan Putrajaya seperti mana Anwar Ibrahim dipergunakan oleh PAS dan DAP selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana

Menteri pada tahun 1998. Begitu juga, Mahathir yang diasingkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO, kini cuba memperkudakan pembangkang untuk lawan Najib seperti mana Anwar memperkudakan pembangkang untuk lawan Mahathir. Lim Kit Siang pula berkata gabungan anti-Najib perlu meskipun dengan Mahathir untuk ‘Selamatkan Malaysia’. Langkah mereka adalah

semata-mata untuk menyelamatkan sistem pasaran bebas kapitalisme yang semakin rapuh dengan ketidakstabilan politik dan kemelesetan ekonomi.Ketika Asalkan Bukan UMNO (ABU) dilancarkan oleh beberapa kumpulan kiri dan liberal beberapa tahun lalu untuk menjatuhkan BN dalam pilihan raya umum, Solidariti Pekerja mengecam tindakan tersebut yang hanya memanfaatkan kehendak elit politik pembangkang daripada membawa perubahan sosial dan ekonomi tulen yang dikehendaki oleh rakyat biasa. Kini, gabungan anti-Najib pula dijangka akan mempergunakan pendekatan yang sama, dan rakyat akan menjadi kuda tunggangan untuk merealisasikan cita-cita mereka. Anak muda dan kelas pekerja yang semakin tidak puasa hati dengan politik parti-parti kerajaan, dan juga parti-parti pembangkang perlu membina politik alternatif yang memihak kepada hak dan keperluan mereka untuk membentuk satu kerajaan untuk rakyat biasa bukan untuk elit-elit politik dan kapitalis.

Mahathir dan Pembangkang Ian

Page 3: KOS HIDUP NAIK…GAJI TAK NAIK - sosialisalternatif.org · Anak muda dan kelas pekerja yang semakin tidak puasa hati dengan politik parti-parti kerajaan, dan ... mendalam bagi para

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -15 MAC - APR 2016 ANALISA EKONOMI 3

Keadaan ekonomi dunia yang suram dan kejatuhan harga minyak memberikan kesan yang mendalam bagi para pekerja di negara-negara pengeluar komoditi seperti Malaysia. Pada tahun 2014, seramai 10 ribu pekerja kehilangan kerja akibat penutupan kilang atau pemotongan perbelanjaan oleh majikan. Pada tahun 2015 pula, termasuk 6 ribu pekerja MAS yang kehilangan kerja, dianggarkan sekitar 25 ribu pekerja hilang punca pendapatan mereka. Para majikan memberikan pelbagai alasan seperti peningkatan kos pengeluaran akibat GST dan kejatuhan harga komoditi sebagai punca kepada pemotongan tenaga kerja dalam angka yang

begitu besar.

Mengikut pengarah eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan, kelas pekerja di Malaysia perlu menghadapi pemotongan gaji bagi tahun ini, atau dibuang kerja kerana keadaan ekonomi global tidak memihak kepada pihak majikan. MEF juga mengatakan bahawa anak muda tempatan sudah terlalu dimanjakan dengan kemewahan sehingga tidak ingin berkerja dalam sektor-sektor yang dianggap sebagai berbahaya, kotor dan susah (sektor 3D).

Di sini, MEF yang memihak

kepada golongan kapitalis, tidak menerangkan bahawa sektor 3D yang kebanyakannya merupakan sektor kritikal seperti pembinaan, perladangan dan pembuatan hanya mengambil buruh murah yang senang dieksploitasi sebagai tenaga kerja mereka. Walaupun kerja yang dilakukan dianggap sangat susah dan membahayakan kesihatan pekerja, mereka tidak diberi gaji yang setimpal. Pihak majikan seringkali mengaut keuntungan berjuta-juta dengan hasil titik peluh pekerja dari negara-negara miskin. Apabila anak muda Malaysia enggan dieksploitasi sebegitu dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan gaji yang rendah,

maka dituduh sebagai telah dimanjakan dengan kekayaan.

Beberapa menteri dan ahli-ahli politik yang berpihak kepada para majikan juga menunjukkan anak muda yang enggan melakukan kerja 3D sebagai punca utama bagi kerajaan untuk membawa masuk lebih ramai tenaga kerja asing ke Malaysia. Komen-komen sebegini telah menaikkan kemarahan anak muda di seluruh Malaysia yang membalas dengan menaikkan gambar kerja-kerja yang merbahaya dan susah yang sedang dilakukan oleh mereka pada masa ini di laman sosial. Mereka juga sudah

mula sedar bahawa tuduhan para majikan dan ahli politik pro-kapitalis itu langsung tidak berasas.

Penyebab utama bagi kehilangan kerja bagi kedua-dua pekerja tempatan dan migran adalah ketamakan pihak majikan yang hanya mengambil berat tentang keuntungan wang duit bagi dirinya sendiri. Apabila diancam dengan kemelesetan ekonomi atau kekurangan keuntungan, pihak korporat dengan sekelip mata akan menggulung tikar dan mencari jalan keluar mencari buruh yang lebih murah. Kerajaan yang

seharusnya melindungi para pekerja daripada ketamakan korporat ini pula bersifat menyokong pihak majikan dan melaksanakan polisi-polisi yang menindas pekerja bagi keuntungan majikan.

Realitinya, kelas pekerja dari seluruh dunia sedang bertungkus lumus menggadaikan nyawa dan kesihatan mereka sendiri demi keuntungan berjuta-juta bagi pihak majikan dan kelas kapitalis. Dengan keuntungan yang berlimpah-limpah itu, kelas kapitalis telah berjaya membeli sebahagian besar daripada aparatus kerajaan supaya berfungsi mengikut kemahuan mereka. Apabila kelas pekerja menuntut gaji yang lebih adil atau kondisi pekerjaan yang lebih baik, mereka dikecam sebagai mengancam ekonomi dan diugut untuk dibuang kerja. Ini adalah watak sebenar kelas majikan dan kelas kapitalis yang jelas mementingkan keuntungan daripada kebajikan pekerja.

Tidak ada satu pun diantara parti arus perdana yang memberikan penentangan yang jelas terhadap pihak korporat besar dan mengangkat program-program kelas pekerja. Bagi mendapat sebarang manfaat bagi pihak pekerja, adalah jelas bahawa kelas pekerja harus bersatu dan menubuhkan sebuah parti yang demokratik dan mampu mencabar penguasaan parti-parti kapitalis.

Pembuangan pekerja semakin meningkat ! Yuva

Pada bulan Januari yang lalu, Najib mengumumkan penstrukturan semula Bajet 2016 dengan alasan pasaran dan ekonomi global agak lemah, dan ini telah memberikan kesan kepada pendapatan negara dan taraf hidup rakyat. Justeru beberapa langkah telah digariskan, dan di antaranya adalah: pengurangan caruman pekerja kepada KWSP sebanyak 3%, pembebasan cukai pendapatan sebanyak RM2000 untuk mereka yang berpendapatan RM8000 dan ke bawah, mengawal kos barangan keperluan, menyediakan kemudahan perumahan, meningkatkan kemahiran pekerja, meneruskan projek dan program yang berorientasikan rakyat, dan dana untuk membantu syarikat kecil dan sederhana. Persoalannya adakah pendekatan ini mampu menyelesaikan masalah ekonomi negara dan tekanan sosial yang dihadapi oleh rakyat akibat keadaan ekonomi yang tidak menentu? Asasnya, langkah-langkah ini bukanlah baru, dan pernah dicanangkan oleh kerajaan beberapa kali dalam bajet-bajet yang sebelumnya, tetapi masalah-

masalah asas rakyat masih tidak mencapai penyelesaian dan hanya dipermainkan sebagai retorik politik.Langkah-langkah tersebut diwujudkan seolah-olah untuk membantu meningkatkan perbelanjaan rakyat. Tetapi seperti BRIM, langkah-langkah ini juga tidak mampu memberikan manfaat yang secukupnya kepada rakyat biasa dengan wujudnya agenda seperti GST, TPPA dan pengurangan perbelanjaan awam yang meningkatkan kos hidup rakyat. Langkah-langkah tersebut adalah semata-mata menyelamatkan sistem pasaran bebas kapitalisme serta kapitalis-kapitalis nasional dan antarabangsa melalui percubaan mengaktifkan aktiviti ekonomi dalam negara terutama dengan menggalakkan rakyat berbelanja. Bagaimana rakyat akan berbelanja jikalau gaji masih di tahap lama tatkala kos hidup meningkat? Namun demikian ekonomi negara masih berisiko jika berlaku perubahan negatif yang mendadak dalam ekonomi dunia.Kebergantungan ekonomi negara kepada ekonomi global ternyata

memberikan kesan kepada ekonomi dan sosial negara, terutamanya akibat kejatuhan harga minyak, kemerosotan permintaan ke atas barang-barang komoditi seperti getah, kelapa sawit dan bijih timah, dan pelabur pula melarikan dana ke negara lain yang lebih menguntungkan, selain daripada keadaan politik negara yang tidak menentu pada masa kini. Kapitalis atau golongan pemodal utama di negara ini termasuk GLC (Syarikat berhubungkait dengan kerajaan) juga amat bergantung kepada kapitalis antarabangsa, dan tidak mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri. Kerakusan kapitalis yang tidak mahu melabur dalam industri dan perkhidmatan yang diperlukan oleh rakyat, dan pada masa yang sama menimbunkan

bertrillion ringgit tanpa dipergunakan untuk keperluan rakyat mendedahkan keangkuhan mereka yang hanya mementingkan keuntungan maksimum. Ketidakadilan ini wujud akibat sistem pengeluaran dan penjanaan kekayaan di kawal dan diurus sepenuhnya oleh segelintir kapitalis untuk kepentingan mereka. Sebab itu, sistem kewangan dan perbankan serta industri-

industri utama termasuk GLC perlu dimiliknegarakan, dan dikawal secara demokratik oleh jawatankuasa pekerja dan rakyat biasa untuk memastikan keperluan dan kebajikan rakyat dipenuhi dengan merancang pengagihan kekayaan secara adil dan saksama.

PENSTRUKTURAN SEMULA BAJET UNTUK SIAPA ?Ravi

Page 4: KOS HIDUP NAIK…GAJI TAK NAIK - sosialisalternatif.org · Anak muda dan kelas pekerja yang semakin tidak puasa hati dengan politik parti-parti kerajaan, dan ... mendalam bagi para

4 ANALISA POLITIK SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -15 MAC - APR 2016

Krisis Menteri Besar atau konflik dalam kerajaan negeri bukanlah satu perkara baru dalam politik Malaysia. Pada tahun 2008, kerajaan Pakatan Rakyat digulingkan di negeri Perak apabila BN berjaya menarik tiga ADUN Pakatan ke

pangkuannya. Begitu juga di negeri Selangor, MB Khalid dijatuhkan apabila dia tidak lagi sebulu dengan kepimpinan Pakatan. Setiap kali krisis sebegini berlaku, norma-norma demokrasi serta suara dan hak rakyat dalam menentukan

kepimpinan dan halatuju kerajaan akan dipinggirkan semata-mata untuk mengejar kuasa. Ini sekali lagi terbukti dalam krisis MB Kedah. Krisis MB Kedah berhubungkait dengan pertaruhan kuasa dalam UMNO. Mukhriz Mahathir disingkir kerana tidak berpihak kepada Najib. Seperti

Mahathir dan Muhyiddin, Mukhriz juga mengkritik skandal 1MDB dan derma 2.6 billion ringgit yang telah menaikkan kemarahan Najib. Walaupun Ahmad Bashah yang merupakan penyokong Najib telah

diangkat sebagai MB baru, isu ini telah melebarkan lagi kerekahan dalam UMNO, dan populariti Najib semakin tergugat. Krisis ini sekali lagi telah mendedahkan ‘talam dua muka’ kerajaan yang mana mempergunakan pilihan raya dan parlimen untuk mengaburi rakyat atas nama demokrasi, dan juga mempergunakan agenda politik tidak demokratik untuk memperkuatkan kuasa dan keistimewaan politik golongan elit dan kapitalis. Manakala Pakatan Harapan dan PAS yang selama ini mengkritik Mukhriz dan kerajaan BN pula dilihat seolah-olah memberikan sokongan kepada Mukhriz, dan ‘kuasa rakyat’ yang dilaungkan selama ini langsung tidak diutamakan dan dilibatkan dalam menyelesaikan krisis tersebut. Rakyat diperlakukan sebagai pemerhati dan boneka tanpa diberikan peluang dan hak untuk terlibat dalam menentukan halatuju kepimpinan kerajaan negeri. Dalam demokrasi sebenar,

‘kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat’, seharusnya melibatkan majoriti rakyat untuk mendapatkan satu penyelesaian yang memihak kepada kemahuan rakyat, bukannya berdasarkan kepada kepentingan kuasa minoriti ahli-ahli politik atau parti politik. Ini mencerminkan kemunafikan parti-parti politik pemerintah dan pembangkang yang hanya memperkudakan rakyat dengan matlamat mencapai cita-cita dan agenda politik pasaran bebas kapitalisme untuk golongan 1 peratus terkaya, tanpa menitikberatkan 99 peratus rakyat majoriti dalam menentukan halatuju politik berlandaskan hasrat dan keperluan asas mereka. Tanpa parti politik massa kelas pekerja dan anak muda ‘kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat’ akan terus menjadi omong-omong kosong.

KRISIS MB KEDAH: DEMOKRASI DIBELAKANGKAN, RAKYAT DIANAKTIRIKAN Ravi

Kehangatan Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak semakin dirasai dengan cadangan Ketua Menteri, Adenan Satem supaya pilihanraya diadakan pada 30 April. Beberapa menteri kanan persekutuan termasuk Najib Razak serta Zahid Hamidi, sering dilihat berkampung di Sarawak untuk pelbagai program dan perayaan masyarakat setempat.

Barisan Nasional (BN), untuk kali pertama tanpa kelibat bekas Ketua Menteri Taib Mahmud. Adenan Satem dilantik Ketua Menteri sejak tahun lepas kini sedang menikmati populariti melalui dasar populis seperti memansuhkan tol, pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu di sektor awam, menurunkan tarif elektrik dan sebagainya. Ramai penganalisa politik berpandangan BN boleh mengekalkan kemenangan tetapi sukar untuk mengulangi kemenangan dua pertiga majoriti sokongan popular. Ini kerana faktor krisis atau konflik dalaman yang melibatkan parti-parti komponen BN di mana Parti Rakyat Bersatu (UPP) berkeras meletakkan

calonnya di kawasan milik Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). Manakala Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) enggan bertolak ansur kepada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mengenai hak milik kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Pakatan Harapan (PH), dijangka memenangi beberapa kerusi DUN terutamanya di kawasan pekan kecil di tempat mereka kalah tipis pada pilihanraya yang lepas. Kerusi DUN yang menjadi tumpuan adalah daripada kawasan Tengah (Sibu, Sarikei dan Kapit) dan Utara ( Miri , Baram). PH berhadapan dengan calon Ketua Menteri baru yang popular dan imej bebas rasuah dengan jentera pilihan raya yang lemah serta ketiadaan kepimpinan seperti Anwar Ibrahim. Pastinya PH dalam pilihanraya ini berusaha untuk mengurangkan bilangan undi popular BN.

Namun, dasar-dasar utama kedua pihak masih memihak kepada kepentingan golongan korporat yang bilangannya kurang 1 peratus

yang mementingkan keuntungan maksimum semata-mata. Rakyat Sarawak masih menerima gaji minimum RM 800 yang tidak setimpal dengan kos hidup yang jauh lebih tinggi. Kemudahan awam seperti elektrik, air, hospital dan sekolah yang percuma dan berkualiti patut disediakan memandang Sarawak bukan sahaja kaya dengan sumber alam, malah mempunyai sekurang-kurangnya RM20 Billion ringgit simpanan dalam rizab kerajaan negeri.

Di medan pilihanraya, tiadanya parti politik yang mewakili kepentingan rakyat biasa iaitu majoriti 99 peratus menyebabkan parti-parti politik

yang sedia ada tidak segan-silu membawa dasar yang memberi manfaat kepada perniagaan besar seperti cukai korporat rendah, pelepasan cukai keuntungan 10 tahun dan enggan melaburkan hasil sumber negeri kepada keperluan rakyat biasa. Bergantung harap pada PH sahaja tidak cukup kerana terbukti di negeri Selangor dan

Pulau Pinang di mana polisi dan program PH tidak jauh bezanya dengan negeri-negeri di bawah pemerintah BN. Selagi rakyat biasa tidak menubuhkan parti politiknya yang mewakili kepentingan dengan kekuatan sendiri maka perubahan itu hanya tinggal harapan.

Pilihanraya Sarawak: Rakyat Perlu Alternatif Tulen Erick

Page 5: KOS HIDUP NAIK…GAJI TAK NAIK - sosialisalternatif.org · Anak muda dan kelas pekerja yang semakin tidak puasa hati dengan politik parti-parti kerajaan, dan ... mendalam bagi para

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -15 MAC - APR 2016 ANALISA SOSIAL 5

Masalah pencemaran alam yang berpunca daripada aktiviti penerokaan hasil alam dengan tidak terkawal semakin berleluasa. Kemusnahan tempat tadahan air semulajadi di hutan-hutan simpanan akibat penebangan hutan yang terlampau telah menyebabkan banjir-banjir luar biasa di timur dan utara semenanjung Malaysia dalam beberapa tahun ini. Beratus ribu rakyat telah hilang tempat tinggal dan terpaksa bergantung dengan bantuan awam untuk berbulan-bulan lamanya.Kini, akibat penggalian bauksit yang tidak terkawal di beberapa tempat di semenanjung Malaysia, rakyat biasa sedang menghadapi pencemaran alam yang membahayakan kehidupan mereka. Selama setahun ini, banyak kawasan pedalaman dan kampung-kampung kecil telah merasai kesan perlombongan bauksit apabila sungai dan jalan raya berubah menjadi merah dan udara mereka sentiasa berdebu.Walaupun masyarakat yang hidup berdekatan dengan kawasan perlombongan bauksit sudah lama menjadi mangsa pencemaran, fenomena laut merah di Pantai Batu Hitam dan Pantai Balok awal tahun ini telah mendapat perhatian nasional. Ia telah mendapat liputan antarabangsa apabila stesen berita Al-Jazeera juga telah melaporkan peristiwa tersebut dan ramai di kalangan rakyat Malaysia telah

menyatakan kebimbangan mereka melalui laman sosial.Rakyat yang hidup berhampiran dengan kawasan perlombongan ini terpaksa bertolak-ansur dengan pencemaran yang dihasilkan oleh jentera-jentera dan kenderaan perlombongan yang keluar masuk menggunakan laluan awam. Tumpahan bauksit keatas jalan raya menjadi debu pada hari panas dan berlumpur apabila hujan.Tempat kediaman mereka juga sering dilanda banjir kilat yang berlumpur. Penggalian bauksit yang menghasilkan bertan-tan sisa lumpur bertoksik akan dibuang kedalam sungai-sungai yang berhampiran. Sisa toksin yang mengandungi arsenik dan merkuri sedang meracuni ikan-ikan sungai dan sumber makanan penduduk sekitar. Akibatnya, banyak diantara sungai-sungai tersebut mengalir kemerahan sehingga ke persisiran pantai.Industri perlombongan bauksit merupakan industri yang membawa keuntungan yang besar bagi pengusaha-pengusaha lombong. Pengusaha bauksit telah meraih sebanyak RM750 juta dalam profit bagi tahun 2014 dan angka itu dianggarkan menghampiri RM 1 billion bagi tahun lepas. Industri ini juga menyumbang sebanyak 5.6 peratus daripada pendapatan negara dan merupakan antara industri utama nasional. Menurut pakar, bahkan pelombong haram sedang

meraih untung sebanyak RM66 juta sebulan daripada melombong bauksit secara haram.Akan tetapi, segala keuntungan yang dibuat dengan perlombongan bauksit ini langsung tidak dirasai oleh rakyat biasa. Walaupun Malaysia telah menjadi pengeluar bauksit terbesar di dunia, kondisi kehidupan rakyat yang hidup berhampiran dengan kawasan penggalian bauksit sedang merosot setiap hari. Bukan sekadar pencemaran persekitaran mereka, malah kondisi ekonomi mereka juga semakin merosot dengan beban cukai GST dan pemotongan perbelanjaan awam oleh kerajaan.Kedua-dua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri harus dipersalahkan bagi kesengsaraan ratusan ribu rakyat biasa. Kerajaan telah membenarkan pengusaha-pengusaha kapitalis besar untuk membuat untung berjuta-juta ringgit tanpa mengambil kira nasib rakyat biasa. Dengan ini kita dapat lihat dengan jelas kepincangan parti-parti politik yang memberikan gambaran bahawa mereka berpihak kepada rakyat biasa tetapi sebenarnya mereka hanya menurut perintah kapitalis-kapitalis besar.Selepas diasak dengan kritikan daripada pelbagai pihak, akhirnya kerajaan telah mengambil langkah untuk

menghentikan produksi bauksit buat sementara waktu. Realitinya, produksi bauksit Malaysia sudah jauh menjangkau anggaran dan pengusaha-pengusaha besar masih sedang duduk diatas timbunan bauksit yang sudah di gali tetapi belum dieksport. Pastinya, selepas isu ini menjadi dingin, industri ini akan bermula sekali lagi secara senyap-senyap.Penggalian bahan mentah daripada alam semula jadi harus dipantau oleh badan-badan awam yang bebas daripada pengaruh kapitalis atau parti-parti yang menyokong kapitalis. Pengurusan bagi kerja-kerja sebegitu juga harus dikawal oleh kelas pekerja dan rakyat

biasa secara demokratik. Pendduk setempat yang akan mendapat kesan daripada aktiviti perlombongan harus diberikan penjelasan dan pampasan yang setimpal dan harus mendapat persetujuan mereka secara demokratik.Rakyat biasa dan kelas pekerja memerlukan perwakilan politik mereka sendiri bagi mempertahankan kehidupan mereka. Idea-idea sosialisme yang mementingkan kebajikan rakyat dan alam sekitar harus menjadi alat utama dalam berjuang mengalahkan penguasaan kapitalisme.

Isu Bauksit : Pencemaran Alam Semakin Berleluasa Yuva

Baru-baru ini, Peguam Negara Mohamed Apandi Ali tampil mengumumkan keputusan terhadap hasil siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengatakan Perdana Menteri Najib Razak tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung dengan “wang derma RM2.6 bilion” yang menjadi kontroversi di dalam dan luar negara.

Peguam Negara juga menyebut bahawa ahli keluarga diraja Arab Saudi adalah sumber wang derma peribadi sebanyak AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, pengumuman tersebut telah mencetuskan lebih banyak persoalan baharu memandangkan pengalaman Malaysia yang selalu terlibat dalam salah guna kuasa dan rasuah. Ini ditambah lagi dengan isu pelantikan Peguam Negara sebagai ahli lembara pengarah Lembaga Tabung Haji.

Isu-isu berkenaan menunjukkan kredibiliti kerajaan yang boleh diragui. Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2015 menunjukkan kedudukan Malaysia semakin merosot. Kedudukan Malaysia

dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2015 menurun daripada tangga ke-50 pada tahun 2014 kepada tangga ke-54 pada 2015.

Ini bermakna Malaysia dianggap benar-benar dalam tahap yang membimbangkan kerana tidak serius dalam membanteras rasuah. Apatah lagi dengan campur tangan kerajaan terhadap institusi dan agensi penguatkuasaan yang

seharusnya bebas daripada sebarang konflik kepentingan.

Isu-isu lain sebelum ini seperti

penukaran Peguam Negara, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman dan pemindahan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga menjadi faktor merosotnya kedudukan Malaysia dalam Indeks

Persepsi Rasuah (CPI) 2015. Beberapa agensi penyiasatan luar negara seperti Switzerland juga membuka siasatan terhadap

pemerintahan Najib Razak atas siasatan jenayah 1MDB yang dikatakan mendedahkan sebanyak US$4 bilion (RM16.6 bilion) telah diselewengkan daripada beberapa syarikat Malaysia.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Aziz menyatakan yang dia berharap dapat menyelesaikan isu 1MDB

sebelum perkhidmatannya berakhir April ini. Adakah hasrat ini akan tercapai? Isu 1MDB sudah berlarutan begitu lama tetapi tidak ada penyelesaian dan pihak penguasa pula menutup cerita tanpa melakukan penyiasatan yang menyeluruh dan bebas daripada campur tangan mana-mana pihak, termasuklah mereka yang disabit dalam kes ini. Situasi seperti ini menunjukkan bagaimana elit-elit politik tidak jujur dan tidak transparen dalam menunaikan tanggungjawab mereka, dan akhirnya yang terbeban adalah rakyat biasa dan kelas pekerja kerana harus menanggung hutang yang berlambak-lambak kesan daripada skandal 1MDB. Justeru, ia adalah amat penting bagi kelas pekerja, rakyat biasa

dan anak muda untuk bersatu menentang rasuah dan elit-elit politik yang berselindung di sebalik kapitalisme dan keuntungan peribadi semata-mata.

RASUAH, 1MDB DAN PEGUAM NEGARA Sharifah

Page 6: KOS HIDUP NAIK…GAJI TAK NAIK - sosialisalternatif.org · Anak muda dan kelas pekerja yang semakin tidak puasa hati dengan politik parti-parti kerajaan, dan ... mendalam bagi para

6 BERITA PEKERJA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -15 MAC - APR 2016

Kejatuhan harga minyak secara beransur-ansur semenjak setahun yang lepas sedang memberikan kesan yang mendalam bagi industri minyak tempatan. Harga minyak yang sudah mencapai rekod 20 dolar Amerika (RM 83) setong daripada lebih 100 dolar (RM415) setahun lalu, sedang menjejaskan keuntungan syarikat-syarikat pengeluar minyak seperti British Petroleum ( BP ), Shell Oil, Schlumberger, termasuk pengeluar minyak terbesar di Malaysia, Petronas.

Petronas dilaporkan akan memotong perbelanjaan operasi sebanyak RM 50 bilion dalam 4 tahun yang akan datang akibat kejatuhan harga minyak yang melebihi 70 peratus dalam 18 bulan sahaja. Syarikat-syarikat gergasi minyak yang lain sedang menghadapi krisis dan Petronas sendiri telah melaporkan

penyusutan sebanyak 80 peratus dalam keuntungan bagi suku ketiga tahun lepas.

Berikutan kejatuhan harga minyak dengan mendadak, kebanyakkan daripada syarikat pengeluar minyak dari peringkat antarabangsa sudahpun memotong tenaga kerja mereka dalam skala yang besar. Schlumberger, BP dan Shell telah mengumumkan pemotongan lebih daripada 10 ribu pekerja bagi tahun ini selepas memotong ribuan tenaga kerja tahun lepas.

Di Malaysia pula, beberapa kajian telah mengatakan bahawa satu daripada tiga pekerja sektor minyak dan gas akan menghadapi kehilangan kerja. Syarikat Shell Oil sudah mengambil langkah awal dan memotong seramai 1300 orang tenaga kerja bagi tahun lepas sahaja. Walaupun dalam skala yang kecil, kilang

pemprosesan gas Schlumberger sudah mula memotong tenaga kerja mereka dan sedang bercadang untuk menghentikan lebih ramai pekerja. Syarikat Petronas pula, telah mengumumkan pemotongan seramai 1000 orang pekerja, kini sedang dalam proses menyediakan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS).

Para pekerja sektor minyak dan gas harus sedar bahawa nasib mereka bergantung dengan keputusan yang akan dibuat oleh para majikan yang berdasarkan pada keuntungan mereka, dan kebajikan pekerja tidak akan diendahkan. Para pekerja akan terjerat di antara kuasa

ekonomi majikan dan kuasa politik yang menyokong para majikan.

Selagi industri seperti minyak diletakkan di bawah kuasa pasaran bebas dan dikawal oleh korporat untuk keuntungan semata-mata, nasib pekerja tidak

terjamin. Pekerja harus bersatu dan menyusunkan diri ke dalam organisasi seperti kesatuan untuk menuntut hak dan kebajikan mereka yang seringkali menjadi percaturan atas nama keuntungan.

Harga Minyak Jatuh, Pekerja Jadi Mangsa Yuva

Berikutan langkah-langkah kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi telah dilontarkan dengan berbagai sindiran dan cemuhan. Rakyat Malaysia terutamanya kelas pekerja merasakan kehidupan mereka akan tergugat dengan langkah tersebut walaupun pada masa kini ianya telah ditangguhkan. Ada yang rasa terancam dengan kemasukan pekerja migran ini akan menambah pengangguran di kalangan rakyat Malaysia di mana 400 ribu mahasiswa di katakan sedang menganggur. Tambahan pula, laporan kerajaan sendiri mengatakan bahawa 26 ribu pekerja telah kehilangan mata pencarian dalam tahun lepas sahaja. Kebanyakan pekerjaan baru di Malaysia pula berbentuk kerja kontrak dan pekerjaan sedia ada terutamanya untuk anak muda semakin tidak terjamin. Keterlibatan rakyat migran dalam membuka perniagaan kecil seperti kedai perabot, kedai makan dan sebagainya juga dilihat sebagai mengancam peluang bagi rakyat tempatan. Ada juga beberapa pihak tertentu yang terlanjur dan mengatakan bahawa masalah sosial seperti gejala kecurian dan gangguan seksual akan bertambah akibat kemasukan pekerja migran ini. Tuduhan-tuduhan seperti itu langsung tidak berasaskan fakta, dan kelas pekerja tempatan dan migran akan menjadi mangsa sebenar dalam permainan tuduh-menuduh oleh beberapa pihak.Realitinya, majoriti daripada pekerja migran yang memasuki Malaysia sedang menjalani kehidupan yang sangat teruk.

Mereka berkerja 12 jam sehari tanpa sebarang cuti, dan dibayar gaji jauh lebih rendah daripada pekerja tempatan. Kebanyakkan daripada gaji mereka diperuntukkan untuk keluarga di negara mereka dan perlu mengharungi kehidupan dengan saki baki yang sedikit. Tambahan pula, mereka ditindas oleh agensi-agensi pekerjaan yang tamak dengan mengambil kesempatan terhadap situasi kehidupan mereka yang miskin di negara mereka. Ramai di antara pekerja asing ini terpaksa berkerja di Malaysia semata-mata untuk membayar balik hutang mereka kepada agensi-agensi pekerjaan. Ada juga beberapa majikan yang melampau, sanggup mengugut pekerja asing untuk bekerja dengan mengugut keluarga mereka di negara asal. Manakala kerajaan pula merancang untuk meningkatkan pendapatan negara dengan meningkatkan levi kepada pekerja migran. Solidariti Pekerja membantah tindakan tersebut yang hanya akan lebih membebankan pekerja migran.Walaupun kapitalis akan membuat keuntungan berjuta-juta dengan kemasukan pekerja asing dengan upah murah, ini tidak bermakna bahawa taraf kehidupan rakyat biasa Malaysia akan bertambah baik. Kemakmuran hanya ditumpukan pada segelintir elit yang kaya.Dalam situasi ini kerajaan pemerintah didapati berkomplot dengan kumpulan-kumpulan majikan untuk mengurangkan purata gaji bagi kerja-kerja di sektor perladangan, pembinaan dan pembuatan dengan membawa masuk tenaga kerja migran dengan upah murah. Walaupun ini boleh menyebabkan pekerja tempatan

akan mengalami kehilangan kerja dan pengurangan gaji akibat persaingan dengan pekerja migran, kerajaan masih memilih untuk menyebelahi pihak majikan. Ini menunjukkan bagaimana kerajaan pemerintah sebenarnya di kawal oleh kuasa-kuasa kapitalis seperti pihak pemodal dan majikan yang berlandaskan keuntungan maksimum dan akibatnya warga pekerja sering terpinggir.Walaupun beberapa pihak dari kalangan parti-parti pembangkang dan organisasi buruh seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia ( MTUC ) sedang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan keputusan kerajaan, masih tidak ada usaha yang jelas untuk melibatkan kelas pekerja itu sendiri dalam membina penentangan yang kukuh. Kepimpinan MTUC yang sedang menghadapi cabaran-

cabaran seperti persoalan gaji minimum yang tidak munasabah, kenaikan harga barangan, masalah pengangguran yang bertambah dan sebagainya, memilih untuk menumpukan perjuangan mereka hanya terhadap masalah kemasukan pekerja asing ini. Dalami banyak lagi persoalan, kepimpinan MTUC membisukan diri dan enggan melancarkan sebarang bantahan yang serius dengan melibatkan warga pekerja. Penyelesaian yang paling berkesan bagi masalah persaingan diantara pekerja tempatan dan asing adalah untuk menaikkan taraf kehidupan bagi semua pekerja tak kira kaum, bangsa, agama dan keturunan. Jika kelas pekerja berjaya menuntut gaji minimum yang tinggi, yang akan menambah baik kehidupan bagi semua, maka kelas kapitalis yang rakus tidak akan berpeluang

untuk mempergunakan pekerja asing untuk mengurangkan kadar gaji. Masalahnya pada masa ini, walaupun dengan kewujudan gaji minimum, kelas kapitalis masih bebas untuk membeli tenaga asing dengan harga yang lebih murah dan kerajaan negara sedang menolong mereka tanpa menghiraukan nasib rakyat tempatan.Kelas pekerja dan rakyat biasa bersama dengan anak muda harus bangun menentang permainan politik dan ekonomi golongan kapitalis. Kelas pekerja yang sedang diancam dengan pelbagai serangan harus bersatu dengan semua pekerja tanpa mengira kaum dan bangsa dan berjuang demi meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Polisi upah murah dan 1.5 Juta Pekerja Bangladesh

Page 7: KOS HIDUP NAIK…GAJI TAK NAIK - sosialisalternatif.org · Anak muda dan kelas pekerja yang semakin tidak puasa hati dengan politik parti-parti kerajaan, dan ... mendalam bagi para

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -15 MAC - APR 2016 BERITA PEKERJA 7

Pada 1/9/2015 seramai 3000 pekerja MAS telah dibuang kerja sebagai langkah pengurangan pekerja dalam pelan penstrukturan MAS. Mereka telah memfailkan kes pembuangan kerja di Pejabat Perhubungan Perusahaan (IRD) pada bulan November yang lalu. Manakala, Pusat Pembangunan Korporat yang ditubuhkan oleh Khazanah Nasional Bhd (pemegang saham dalam MAS), seharusnya menyediakan latihan dan mencarikan pekerjaan baru untuk pekerja yang diberhentikan, tetapi ramai pekerja masih tanpa sebarang pekerjaan lagi. Nasib mereka yang kebanyakannya berkeluarga langsung tidak dipedulikan sama ada oleh kerajaan atau majikan. Kebanyakan mereka yang sudah lama berkhidmat dengan penuh ikhlas kepada majikan MAS, kini dibuang begitu sahaja tanpa sebarang pembelaan dan pampasan yang setimpal. Adakah mereka

akan mendapat keadilan di IRD atau di Mahkamah perusahaan ? Menteri Sumber Manusia pula dengan budi bicaranya boleh memutuskan sama ada kes tersebut patut dibicarakan atau harus ditolak. Adakah Menteri Sumber Manusia yang berada di pihak kerajaan akan berpihak kepada pekerja MAS ? Manakala MASEU (Kesatuan Sekerja pekerja MAS) telah dikuburkan dengan pelan penstrukturan MAS. Ramai pekerja MAS beranggapan bahawa MASEU telah menggadaikan maruah pekerja dengan membelakangkan hak dan kebajikan pekerja ketika rundingan dengan majikan. Isu pekerja MAS menunjukkan tanpa perjuangan dan perpaduan pekerja dengan kepimpinan kesatuan sekerja yang sanggup berjuang dan berpihak kepada hasrat pekerja, hak dan kebajikan pekerja tidak mampu dicapai.

PEKERJA MAS TERUS DIANIAYA Ravi

Caruman KWSP pekerjadikurangkan untuk bayar GST ? Zuhairi Merujuk kepada pembaharuan dalam pengubahsuaian Bajet 2016 baru-baru ini oleh perdana menteri Malaysia terhadap pemotongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3 peratus daripada jumlah sebelum ini 11 peratus, telah menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pekerja swasta dan penjawat awam yang tidak menerima skim berpencen di sektor awam di seluruh negara.Menurut kerajaan, rakyat Malaysia dijangkakan akan mendapat lebihan wang untuk dibelanjakan di dalam ekonomi negara setelah pemotongan caruman KWSP ini dilaksanakan mulai Mac 2015 yang dijangka untuk meningkatkan nilai ringgit yang jatuh serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi di dalam negara.Pemotongan ini adalah sebagai langkah kerajaan di bawah pimpinan Najib Razak untuk menutup masalah-masalah ketirisan ekonomi akibat daripada korupsi kerajaan yang dialami negara pada masa ini. Kerajaan sedang mencuba untuk meningkatkan perbelanjaan di kalangan pengguna untuk menghidupkan balik ekonomi yang dilihat sedang semakin merudum. Perbelanjaan dari pengguna dianggarkan akan bertambah sebanyak RM 8 billion akibat

pemotongan caruman dari kelas pekerja ini.Walaupun ada dikalangan pekerja yang menganggap langkah kerajaan ini akan membantu perbelanjaan harian mereka, wang bagi simpanan hari tua mereka masih menjadi tanda tanya. Dengan keadaan negara di mana semua sektor termasuk sektor kesihatan sedang diswastakan pesat, tambahan pula dengan perjanjian seperti TPPA oleh kerajaan yang akan meningkatkan harga perubatan, semakin ramai pekerja sedang risau dengan nasib mereka selepas mereka bersara dan bertambah usia kelak. Seharusnya, pihak majikan yang telah menikmati jutaan ringgit keuntungan daripada kerja keras kelas pekerja selama ini harus menghulurkan tangan dan membantu mereka pada masa kesusahan. Tetapi, kelas majikan langsung tidak menghiraukan kondisi kehidupan pekerja yang sedang semakin merosot setiap hari. Malah dalam masa-masa krisis ekonomi sebegini, ada dari kalangan majikan yang berhujah untuk mengurangkan lagi sumbangan mereka bagi caaruman KWSP. Dalam keadaan cukai GST, kekurangan subsidi dari kerajaan, kenaikan harga barang, kekurangan caruman 3 peratus ini tidak akan

memberikan kesan yang positif bagi kelas pekerja dalam jangka masa panjang.Ada juga beberapa peristiwa dimana pekerja ditipu oleh pihak majikan seperti isu pekerja yang dibawa oleh Solidariti Pekerja di kilang Ais Atlas di Nilai sebelum ini. Pekerja disana terpaksa berjuang menuntut caruman yang wajib yang tidak dibayar untuk komisen oleh majikan selama 10 tahun. Terdapat banyak lagi kilang-kilang dan tempat kerja dimana majikan sedang menipu para pekerja tanpa membayar caruman yang sewajarnya. Organisasi yang mempertahankan hak pekerja seperti Majlis Kesatuan Sekerja Malaysia ( MTUC ) harus menuntut supaya majikan mengambil tanggungjawab penuh bagi pembiayaan simpanan hari tua pekerja. Pada saat-saat kemelesetan ekonomi di mana nilai ringgit Malaysia semakin merosot, kelas majikan dan kapitalis sepatutnya melindungi kebajikan kelas pekerja dengan berkongsi beban ekonomi, tetapi ini tidak berlaku. Adalah amat tidak adil jika segala salah urus ekonomi dan masalah korupsi kerajaan pemerintah dan kelas kapitalis diletakkan di atas bahu kelas pekerja.

27 Februari lalu, satu lagi kilang elektronik Samsung telah menamatkan pekerjaan bagi 620 orang kakitangan syarikat tersebut di salah satu kilangnya di Seremban, Negeri Sembilan. Ini merupakan siri penutupan kilang-kilang elektronik seperti kilang JVC di Shah Alam di sepanjang tahun lalu dan bersambung pada tahun ini. Di katakan bahawa, keadaan ekonomi dunia yang kurang memuaskan sedang mendorong para majikan untuk menutup kilang di Malaysia bagi

mengejar buruh murah di negara-negara seperti Vietnam dan China.

Pada masa ini syarikat Samsung mempunyai seramai 5000 orang pekerja dan masa depan mereka juga tidak terjamin. Jika diambil kira semua pekerja sektor elektronik, jumlahnya mencecah berjuta-juta orang. Maka, sebelum pekerja-pekerja lain juga dipaksa untuk berhenti adalah baiknya jika mereka mula berorganisasi bagi mempertahankan kerja mereka. Jika kelas pekerja bersatu, kuasa

mereka boleh memberi tekanan kepada kerajaan untuk mengawal kelas majikan yang hanya mengejar keuntungan.

Satu Lagi Kilang Elektronik di Tutup! Yuva

Page 8: KOS HIDUP NAIK…GAJI TAK NAIK - sosialisalternatif.org · Anak muda dan kelas pekerja yang semakin tidak puasa hati dengan politik parti-parti kerajaan, dan ... mendalam bagi para

8 AKTIVITI SA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -15 MAC - APR 2016

Jamuan Kemenangan Pekerja Atlas, Nilai Shaqira

Akhbar Solidariti Pekerja isu ke 14 yang lalu telah memberitakan kemenangan yang berpihak kepada pekerja Atlas Nilai. Perjuangan mereka adalah demi menuntut hak caruman KWSP yang berjumlah RM200 000. Wang yang sepatutnya dibayar oleh majikan telah disalahguna sejak lebih 10 tahun lalu akhirnya telah terbongkar dan berjaya dituntut semula meskipun tanpa sebarang kesatuan. Begitulah pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Kemenangan ini disambut dengan jamuan bersama pekerja-pekerja dan teman teman Solidariti Pekerja, pada 17 Januari di kawasan berhampiran kilang. Jamuan ini diiringi oleh ucapan oleh saudara

Rosli (pekerja Atlas) yang amat menghargai kesepaduan para pekerja dalam berjuang menuntut hak mereka sebagai pekerja. Saudara Rosli juga menekankan kepentingan untuk meneruskan perpaduan ini di perjuangan-perjuangan yang bakal dihadapi.

Pekerja Atlas juga turut mengundang akhbar Solidariti Pekerja untuk merayakan kemenangan mereka bersama. Solidariti Pekerja menganggap kemenangan ini adalah bukti bahawa kelas pekerja mampu melawan penindasan daripada majikan jika mereka menyusun diri ke dalam sebuah organisasi dengan kepimpinan yang sedia untuk berjuang. Walaupun dengan

ketiadaan Kesatuan Sekerja yang mewakili pekerja Atlas, mereka telah berjaya mendapat tuntutan mereka dengan berkesan.Kemenangan ini harus dijadikan teladan oleh kelas pekerja lain yang juga sedang menghadapi pelbagai jenis penindasan dari pihak majikan.

Perhimpunan Bantah TPPA Ken

Pada 23 Januari yang lepas, protes bantah TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik) telah diadakan di pusat bandaraya Kuala Lumpur. TPPA adalah sebuah perjanjian yang telah ditandatangani oleh Malaysia dan 11 negara lain termasuk Amerika Syarikat, adalah untuk meluaskan pasaran bebas di negara-negara sekitar Lautan Pasifik yang merangkumi 40% ekonomi dunia. Walaupun tidak mendapat persetujuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, protes berkenaan tetap dijalankan oleh pihak penganjur demi menyatakan

bantahan terhadap perjanjian yang menguntungkan segelintir pihak kapitalis antarabangsa sahaja. Perhimpunan seperti ini juga dilakukan di beberapa negara lain seperti di New Zealand, Amerika Syarikat dan lain-lain kerana rakyat tidak puas hati dengan cara perjanjian TPPA itu dilakukan, yakni tanpa membawa masuk kebanyakan rakyat di dalam pembincangan yang dilakukan secara tertutup itu.

Perhimpunan ini telah disertai oleh pelbagai NGO, aktivis sosial, pelajar serta rakyat biasa. Mereka

berhimpun di sekitar Padang Merbok dan Dataran Merdeka. Meskipun begitu hanya 5000 orang yang dianggarkan turun hadir menyertai bantahan tersebut. Angka ini jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan penyertaan peserta dalam perhimpunan BERSIH 4.0. Ini disebabkan kurangnya kefahaman berkenaan perjanjian TPPA yang mengandungi pelbagai polisi yang sukar difahami rakyat, dan juga kurangnya usaha pimpinan parti pembangkang untuk menggerakkan akar umbi mereka untuk menyertai perhimpunan tersebut, boleh dilihat sebagai

penanda bahawa kebanyakan pimpinan parti pembangkang menyokong perjanjian TPPA secara senyap-senyap.

Sekitar 500 peserta yang terdiri daripada parti pembangkang, NGO, aktivis, kumpulan mahasiswa dan sebagainya berhimpun berhampiran Dataran Merdeka meskipun dataran tersebut ditutup oleh pihak berkuasa. Manakala selebihnya yang jumlahnya ribuan itu berhimpun di Padang Merbok pula disertai oleh ahli-ahli PAS. Berkumpulnya dua kumpulan peserta di tempat yang berbeza menunjukkan perpecahan PAS daripada Pakatan Rakyat, kerana dua kumpulan ini mendapat arahan daripada dua pimpinan yang berasingan untuk berhimpun di kawasan yang berlainan. Walaupun begitu, bantahan tersebut tetap dilakukan dengan aman dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Kurangnya kejelasan terhadap

program-program yang direncanakan bagi membantah perjanjian TPPA adalah antara kelemahan yang wujud buat protes tersebut. Misalnya, pengharaman perubatan generik dan struktur rahsia perjanjian TPPA tidak dijadikan hujah bagi kepimpinan peserta-peserta protes Bantah TPPA untuk menggerakkan ahli akar umbi yang lebih ramai lagi. Ini sudah pasti kerana kurangnya kefahaman dan keikhlasan kepimpinan peserta untuk mengambil isu TPPA, ataupun sebenarnya kebanyakan mereka menyokong perjanjian TPPA secara senyap-senyap Kesatuan sekerja juga seharusnya menggerakkan ahli-ahli kesatuannya kerana golongan pekerjalah yang akan menerima padah yang paling banyak dengan termaktubnya perjanjian TPPA ini..

Page 9: KOS HIDUP NAIK…GAJI TAK NAIK - sosialisalternatif.org · Anak muda dan kelas pekerja yang semakin tidak puasa hati dengan politik parti-parti kerajaan, dan ... mendalam bagi para

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -15 MAC - APR 2016 BERITA LUAR NEGARA 9

Bernie Sanders dan ‘Revolusi Politik’ di Amerika Syarikat Sharifah

Kemenangan Bernie Sanders di New Hampshire telah menggoyangkan pilihan raya presiden Amerika Syarikat. Buat kali pertama dalam sejarah Amerika Syarikat, calon yang memanggil dirinya sebagai sosialis telah memenangi banyak tempat yang utama di Amerika Syarikat, dan dengan margin yang paling besar dalam sejarah New Hampshire. Dengan 22 mata di hadapan, iaitu 60.3 peratus undi berbanding lawannya Hillary Clinton 38 peratus - kemenangan Bernie ini membawa era baru dalam politik Amerika Syarikat.

Kemenangan ini juga memberikan persaingan yang hebat untuk pencalonan Parti Demokratik. Sanders dilihat sebagai pesaing yang serius untuk pencalonan itu dan jawatan presiden, didorong oleh gerakan yang besar di belakang seruannya untuk revolusi politik menentang kelas jutawan.

Lonjakan Sanders di Iowa, New Hampshire, dan pilihan raya nasional telah mencetuskan gelombang sumbangan derma kecil yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pada bulan Januari sahaja, Sanders mengutip 20 juta dolar, dengan purata 27 dolar dari setiap penderma, berbanding Clinton 15 juta dolar, yang sebahagian besar daripada penyokong-penyokong kaya. Sanders juga menerima satu lagi rekod 6 juta dolar melalui derma atas talian.

Donald Trump, Ted Cruz dan calon-calon Parti Republicans lain yang ‘anti-golongan berkuasa’ juga memenangi lebih 53 peratus undi di New Hampshire. Jelas sekali agenda perkauman, seksis, dan Islamofobia mereka menimbulkan ancaman sebenar kepada kelas pekerja. Tetapi slogan-slogan ‘anti-golongan berkuasa’ mereka mencerminkan kebosanan rakyat terhadap politik mendukung golongan kaya-raya yang meminggirkan rakyat biasa.

Jika golongan kiri gagal untuk membina kehadiran politik yang berterusan, jika ia terus membenarkan pergerakan disalurkan di belakang calon Parti Demokratik, ruang untuk idea-idea haluan kanan akan meningkat. Ini adalah perlumbaan masa untuk membina alternatif kiri yang kuat dan bebas untuk mencantas perkembangan bahaya oleh golongan kanan populis.Kempen Sanders menyaksikan kehadiran penyokong yang ramai dan sumbangan derma kecil dari individu-individu, menunjukkan

kemarahan masyarakat Amerika Syarikat terhadap Wall Street (pusat aktiviti kapitalisme) dan kuasa politik korporat. Semangat anak muda dan kelas pekerja untuk Sanders bagi “revolusi politik menentang kelas jutawan” yang menjadi punca kepada kemenangannya di New Hampshire. Clinton mempunyai penyokong yang lebih tua dan golongan kaya, tetapi Sanders disokong oleh anak muda, kelas pekerja dan wanita.

Oleh kerana tekanan dari Sanders, Clinton cuba mengatakan yang dia mewakili kelas pekerja, walau bagaimanapun rekod-rekod Clinton

sebelum ini sudah membuktikan yang dia calon yang menyokong perniagaan-perniagaan besar. Dia juga mendapat sokongan daripada media-media korporat. Ini sudah tentu akan dipergunakan oleh Clinton untuk menjatuhkan Sanders. Akan tetapi, bagi mereka yang menyokong Sanders seperti anak muda dan kelas pekerja, mereka tahu bahawa sistem yang ada sudah mengecewakan mereka sejak sekian lama.

Oleh itu, Sanders harus mendorong berjuta-juta rakyat Amerika Syarikat yang tidak terlibat dalam politik untuk melakukan

perubahan, dan menyampaikan perspektif yang lebih jelas. Sebuah kempen yang menggalakkan organisasi kelas pekerja yang bersifat akar umbi dan bebas harus dibina. Strategi massa diperlukan untuk ini, dan seperti kata Sanders, “Presiden terbaik di dunia pun tidak akan dapat menentang kelas jutawan.” Pengumpulan dana untuk Sanders ini juga menunjukkan yang kelas pekerja boleh mengumpul dana yang diperlukan untuk melawan elit-elit politik dan perniagaan-perniagaan besar serta menggerakkan organisasi pekerja dan kesatuan sekerja.

Pekerja di Indonesia Melawan Pemecatan Ian

Pemecatan terhadap pekerja yang banyak berlaku di Malaysia akhir-akhir ini salah satunya disebabkan oleh krisis ekonomi dunia. Fenomena ini tidak hanya berlaku di negara kita sahaja, tetapi juga di banyak negara lain. Bezanya, di negara lain, reaksi pekerja terhadap pemecatan itu tidak hanya menyerah kepada nasibnya. Di Indonesia misalnya, mereka berjuang menuntut kepada pemerintahnya untuk membela nasib pekerja. Pada 6hb Februari 2016, ribuan pekerja dari pelbagai kesatuan sekerja telah turun berdemonstrasi menolak pemecatan yang dilakukan oleh majikan di kilang-kilang besar seperti syarikat Panasonic dan Toshiba. Jumlah pekerja yang diberhentikan kerja oleh kedua-dua syarikat elektronik tersebut mencapai 2500 orang. Selain pekerja dari dua kilang tersebut, para pekerja dari kilang lain yang tidak mengalami masalah

yang sama pun ikut berdemonstrasi. Mereka faham bahawa pada satu masa apa yang dialami oleh pekerja Panasonic dan Toshiba juga akan berlaku di kilang-kilang lain. Selain itu, solidariti di antara pekerja adalah senjata utama mereka dalam melawan kepentingan majikan dan pemerintah yang selalu tidak berpihak kepada pekerja. Kesatuan sekerja di Indonesia kuat dan berani menuntut hak-hak pekerja kerana semua pekerja mengawasi kerja kepimpinan kesatuan sekerjanya. Jika yang menjadi pemimpin di kesatuan sekerja dianggap tidak membela mereka, maka ia akan digantikan, kerana pekerja faham akan hak-hak mereka. Mereka membayar yuran kepada kesatuan sekerja dan berhak tahu untuk apa setiap sen yang mereka bayar. Mereka faham mengenai undang-undang pekerja kerana memang ada proses pendidikan dan perbincangan

dengan semua ahli kesatuan sekerja tersebut. Sehingga jika ada sesuatu isu yang berkenaan dengan nasib pekerja, mereka mudah untuk mengambil keputusan dan berpadu membela nasib mereka. Akhir-akhir ini sudah muncul keinginan untuk pekerja di Indonesia menubuhkan parti politik mereka sendiri. Jika terwujud, diharapkan parti ini tidak hanya menggunakan nama pekerja, tetapi betul-betul memperjuangkan nasib mereka. Sudah banyak contoh di negara-negara lain di mana terdapat parti Buruh atau parti Pekerja tetapi tidak berbeza dengan parti politik elit lainnya. Parti pekerja mestilah dibina dari bawah, atas kesedaran pekerja sendiri bahawa mereka memang memerlukan parti semacam itu untuk membela nasib mereka. Di Malaysia, sudah masanya para pekerja juga berfikir ke

arah sana, walaupun kita masih tertinggal dalam kesedaran politik berbanding dengan pekerja di Indonesia. Namun, Solidariti Pekerja tidak akan berhenti

membina kesedaran supaya pekerja di Malaysia juga membina parti politiknya sendiri.

Page 10: KOS HIDUP NAIK…GAJI TAK NAIK - sosialisalternatif.org · Anak muda dan kelas pekerja yang semakin tidak puasa hati dengan politik parti-parti kerajaan, dan ... mendalam bagi para

10 PERSPEKTIF SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -15 MAC - APR 2016

Laporan ILO : Anak Muda Wanita Ditindas Berganda Shaqira

Laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah mengesahkan bahawa golongan wanita masih jauh dari mendapat manfaat yang sama dengan lelaki dalam memperoleh peluang pekerjaan di seluruh dunia. Meskipun pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk menangani isu ini, golongan wanita masih lagi

berhadapan dengan isu yang sama, terutamanya setelah mereka tamat pengajian universiti atau sekolah. Ada juga yang meskipun mereka memiliki sijil yang cukup, mereka tetap berdepan dengan kesukaran untuk mendapat pekerjaan.Kajian ini dilakukan di 30 negara-negara membangun, dan hasil menunjukkan golongan wanita dan lelaki yang berumur 15 ke 29 tahun,

75% darinya yang tidak bekerja adalah dari golongan wanita. Selain itu, kajian itu juga mendedahkan bahawa lelaki memperoleh pendapatan lebih 36% dari wanita dalam semua sektor pekerjaan. Keadaan ekonomi yang semakin tenat telah menyebabkan kekurangan peluang pekerjaan di seluruh

dunia dan dalam hal ini, wanita yang menjadi mangsa utama. Mereka terpaksa bersaing dengan golongan lelaki untuk mendapatkan pekerjaan dan berlaku ketidak seimbangan antara tenaga kerja wanita dan lelaki di masyarakat.Dilaporkan bahawa hampir 25% daripada ketidakseimbangan ini disebabkan tanggungjawab mereka

terhadap keluarga, misalnya kehamilan, dan berkahwin awal. Ada juga yang memilih untuk tidak bekerja supaya mereka dapat menumpukan tanggungjawab menguruskan rumah tangga. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di kalangan wanita yang tidak pernah bekerja, malah wanita yang bekerja juga memilih untuk bersara awal atas sebab-sebab yang sama. Satu lagi kajian oleh Mailman School menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung mengalami tekanan kerja dan kemurungan lebih 2 kali ganda dari golongan lelaki. Wanita dan perjuangan Wanita dan perjuangan kelas, berpisah tiada. Telah tercatat dalam sejarah, kelas pekerja wanita menjadi pemimpin revolusi Rusia pada tahun 1917. Revolusi ini menjadi contoh dan tersebar di negara-negara Eropah yang lain. Hak cuti bersalin, jam bekerja untuk semua kelas pekerja, dan penghapusan buruh kanak-kanak, adalah hasil perjuangan, yang dimulakan oleh golongan pekerja wanita; dan sejarah boleh

berulang lagi. Hasil krisis ekonomi kapitalisme yang bermula pada 2008, malangnya banyak diantara hak-hak yang telah dimenangi oleh perjuangan wanita sedang diambil balik satu persatu. Di negara-negara dunia kedua dan ketiga seperti rantau Malaysia, hak-hak wanita semakin merosot dan penindasan sedang bertambah.

Bagi memperoleh kebebasan bagi golongan wanita secara sepenuhnya, para wanita harus mempersoalkan sistem agihan dan ekonomi yang wujud. Para pejuang kelas pekerja wanita harus menyedari bahawa perjuangan sosial mereka tidak akan selesai sehingga membawa sebuah perubahan ekonomi dan politik. Ia adalah amat penting bagi mereka untuk terlibat dalam perjuangan politik, kerana wanita juga merupakan sebahagian dari penggerak ekonomi negara. Tanpa wanita, perjuangan kelas pekerja ibarat tempang, ayuh kita bersatu, demi perjuangan untuk semua keluarga kelas pekerja!

Pada tiap-tiap 8 Mac, Hari Wanita Sedunia diraikan sebagai titik tolak kepada permulaan wanita untuk berorganisasi, bergerak dan bangkit berjuang untuk hak-hak mereka. Bahkan, seluruh perjuangan yang dilakukan oleh wanita-wanita terdahulu, meskipun sudah berpuluh-puluh tahun yang lalu, masih relevan dengan situasi wanita di dunia pada hari ini. Walaupun Hari Wanita Sedunia berawal di negara-negara lain, 8 Mac menjadi peringatan perjuangan wanita di seluruh dunia, mengingat perjuangan di masa yang lepas, dan terus melanjutkan perjuangan tersebut di masa hadapan.

Di Malaysia sendiri, kita melihat masih wujud isu-isu pemerdagangan wanita, upah wanita yang tidak setara dengan lelaki, keganasan wanita, gangguan seksual, keselamatan kanak-kanak perempuan, hak wanita Orang Asal/Asli, perkahwinan kanak-kanak, penceraian yang tidak berpihak kepada wanita dan sebagainya. Malah, budaya patriarki yang semakin menguat telah memberikan kesan dalam semua aspek kehidupan wanita. Ketika wanita harus keluar bekerja untuk membantu suami menyara keluarga, beban domestik masih tidak berkurangan. Ia mengakibatkan mereka mengalami ketidakadilan gender, dipinggirkan, diberikan beban kerja yang lebih dan lainnya, hanya kerana kedudukan sosial

mereka dilihat berada di lapisan paling bawah dalam masyarakat. Hal-hal inilah yang sengaja dibiarkan dalam sistem kapitalisme.

Kita mengingati Hari Wanita Sedunia dengan menghargai perjuangan terhadap hak-hak wanita dan upaya untuk menghilangkan pelbagai bentuk diskriminasi yang dialami oleh mereka. Perjuangan ini tidak hanya dipertahankan oleh wanita sahaja, bahkan ramai lelaki yang turut menyertai perjuangan tersebut. Mereka sedar bahawa perjuangan wanita adalah elemen-elemen dalam perjuangan kelas. Dalam sejarah Hari Wanita Sedunia, ia tercetus atas semangat untuk menentang kondisi kerja yang buruk yang dihadapi oleh para pekerja pada saat itu, khususnya buruh-buruh wanita. Ia berjaya menggerakkan aksi massa dan menjadi simbol yang penting dalam menuntut kedamaian, menolak peperangan, pengurangan jam kerja dan respons

atas kemiskinan yang membuatkan semua rakyat menderita.

Hari Wanita Sedunia juga adalah sebahagian daripada perjuangan gerakan sosialisme sedunia. Justeru, sejarah menunjukkan bahawa perjuangan wanita adalah amat penting bagi perjuangan massa. Ia merupakan momentum perjuangan sebelum tibanya Hari Pekerja pada 1 Mei.

Kesetaraan dalam sosialisme dapat menamatkan ketidakadilan terhadap wanita dan lelaki dan pada masa yang sama membebaskan kita dari belenggu patriarki. Perkara ini boleh menjadi nyata kerana alat produksi di bawah sistem ekonomi sosialisme akan dapat dimanfaatkan secara demokratik oleh kedua-dua wanita dan lelaki. Mereka akan dilihat sebagai sama

rata dan memiliki status sosial yang sama taraf. Sosialisme meletakkan sistem ekonomi yang dirancang dengan demokratik dan untuk hak yang sama bagi semua orang tanpa mengira jantina. Maka, pembebasan wanita cuma boleh dicapai dengan perjuangan ke arah sistem sosialisme. Perjuangan untuk sosialisme dan pembebasan wanita berjalan seiring.

Berjuang Demi Hak Wanita dan Sosialisme Sharifah

Page 11: KOS HIDUP NAIK…GAJI TAK NAIK - sosialisalternatif.org · Anak muda dan kelas pekerja yang semakin tidak puasa hati dengan politik parti-parti kerajaan, dan ... mendalam bagi para

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -15 MAC - APR 2016 11

Pendidikan

• Hak Pendidikan yang percuma dan berkualiti untuk semua termasuk di Uni-versiti dan Kolej: Memansuhkan yuran pengajian di Universiti dan Kolej dan menghapuskan hutang pelajar termasuk PTPTN.

• Menuntut autonomi sepenuhnya kepada universiti dan kolej untuk mengeluarkan graduan kreatif untuk pembangunan keperluan rakyat biasa dan bukannya berpaksikan kepada keuntungan maksimum kapitalis.

• Tidak kepada penswastaan pendidikan termasuk pengkorporatan universiti dan kolej awam. Memiliknegarakan atau pemilikan awam segala entiti pendidikan daripada tadika hinggalah ke universiti dengan pembiayaan yang secukupnya untuk meningkatkan kemudahaan dan kualiti pendidikan.

• Menyokong hak pekerja awam di bidang pendidikan, guru dan pensyarah untuk mempertahankan hak mereka dan autonomi pendidikan.

• Untuk mentransformasikan Persatuan Pelajar kepada Kesatuan Pelajar yang bebas, demokratik dan memperjuangkan hak dan keperluan pelajar.

• Untuk membentuk pendidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui pemilikan awam, dan ianya diuruskan secara demokratik dan percuma di semua peringkat - sistem pendidikan sosialis.

Pekerjaan dan Kebajikan

• Menyokong perjuangan anak muda dan warga pekerja untuk hak pekerjaan.

• Hapuskan pengangguran dengan hak pekerjaan yang adil untuk semua.

• Hapuskan polisi ‘buruh murah’ atau penghambaan pekerja, dengan mewujudkan gaji minimum atau gaji saraan hidup (living wage) yang setimpal dengan kenaikan inflasi.

• Hapuskan amalan ‘outsourcing’ dan buruh kontrak yang menghakis hak pekerja dan kesatuan sekerja.

• Peluang latihan yang adil untuk anak-anak muda dengan gaji saraan hidup,

termasuk pekerjaan yang terjamin selepas latihan.

• Hentikan pembuangan pekerja di sektor awam atau swasta. Miliknegarakan syarikat yang mengancam penutupan, di bawah kawalan demokratik oleh kesatuan sekerja dan warga pekerja.

• Majikan harus memperuntukkan elaun perumahan, pengangkutan, makanan dan faedah-faedah lain yang diperlukan untuk kebajikan pekerja.

• Hak penubuhan kesatuan sekerja tanpa sebarang sekatan undang-undang oleh kerajaan atau campurtangan majikan.

• Pinjaman perumahan tanpa faedah oleh kerajaan untuk memastikan keluarga miskin memiliki tempat kediaman. Pinjaman perumahan kerajaan dengan faedah yang rendah harus diperluaskan kepada warga pekerja di sektor swasta.

• Membina tempat-tempat rekreasi awam percuma dan berkualiti kepada anak muda dan pekerja.

Hak dan demokrasi

• Mempertahankan hak untuk membantah dan berdemonstrasi. Tiada penganiayaan kepada penunjuk perasaan. Hak untuk berorganisasi di setiap sekolah, kolej dan universiti.

• Hentikan keganasan polis terhadap demonstrasi dan rakyat biasa.

• Tiada rasisme, seksisme, homophobia, dan semua bentuk diskriminasi.

• Pertahankan hak dan budaya semua minoriti termasuk orang asal.

• Hak pekerjaan, perumahaan dan perkhidmatan tanpa diskriminasi kaum, agama dan jantina .

• Hentikan serangan ke atas hak-hak wanita.

• Wujudkan semula pilihanraya kerajaan tempatan di setiap daerah.

• Tidak kepada parti-parti yang berlandaskan kapitalisme. Berkempen untuk pembinaan parti massa kelas pekerja dan anak muda untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat biasa.

• Hentikan penswastaan perkhidmatan awam. Memiliknegarakan semula semua

kemudahaan awam dengan kawalan demokratik kesatuan sekerja dan rakyat biasa.

• Hentikan GST, TPPA, pemotongan subsidi dan mula merancang ekonomi berlandaskan keperluan rakyat, bukan keuntungan maksimum

Solidariti Antarabangsa dan Demokratik Sosialisme

• Untuk solidariti antara kelas pekerja dan anak muda di seluruh dunia.

• Solidariti dengan Perjuangan Anak Muda dan Pekerja di Timur Tengah/Afrika Utara untuk pembentukan kerajaan kelas pekerja dan petani miskin.

• Tidak kepada peperangan dan campur tangan imperialis. Untuk pengosongan segera semua tentera asing dari Afghanistan dan Iraq.

• Tamatkan kepungan Gaza di Palestin dan hormati hak pembentukan negara Palestin.

• Hentikan pembinaan peluru berpandu nuklear dan hapuskan segala senjata yang boleh memusnahkan alam.

• Menyokong kempen solidariti Tamil Sri Lanka - untuk hak semua rakyat untuk menentukan pilihan sendiri.

• Tidak kepada kemusnahan alam sekitar. Bagi pelan yang mampan berlandaskan kepada demokratik sosialisme untuk industri pengeluaran yang tidak akan memusnahkan planet ini.

• Tidak kepada kapitalisme. Bagi dunia sosialis, di mana monopoli besar dijadikan pemilikan awam, dengan ekonomi yang dirancang secara demokratik dan sumber-sumber alam dipergunakan untuk memenuhi keperluan manusia sejagat.

Pendirian Sosialis Alternatif

Sosialis Alternatif adalah sebahagian daripada pertubuhan sosialis dan kelas pekerja antarabangsa (Committee for a Workers’ International) yang beroperasi di lebih 50 buah negara. Sosialis Alternatif berkempen menentang penindasan kapitalisme ke arah membentuk masyarakat

yang berlandaskan demokratik sosialisme di Malaysia dan sedunia.

Page 12: KOS HIDUP NAIK…GAJI TAK NAIK - sosialisalternatif.org · Anak muda dan kelas pekerja yang semakin tidak puasa hati dengan politik parti-parti kerajaan, dan ... mendalam bagi para

ISU KE - 15 MAC - APR 2016 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

Ketidaksamaan sosial dan ekonomi di Malaysia sudah mencapai kadar yang membimbangkan. Berikutan kemelesetan ekonomi global pada 2008, golongan kapitalis meneruskan kehidupan mewah mereka manakala majoriti kelas pekerja dan rakyat biasa masih bergelut dengan kemiskinan.

Laporan daripada badan kerajaan sendiri seperti Khazanah telah menunjukkan bahawa peningkatan gaji di Malaysia tidak setara dengan pertumbuhan produktiviti negara. Cuma 33.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara (KDNK) di peruntukkan bagi gaji pekerja, jumlah yang tidak berubahsemenjak tahun 1971. Sementara itu, peruntukkan bagi keuntungan korporat pula bertambah dari 51.7% pada tahun 1971 ke 64.2% pada 2013. Ini mencerminkan statistik bahawa 15 keluarga terkaya di Malaysia kini memiliki nilai hartayang bersamaan dengan 76% daripada KDNK Malaysia!

Walaupun golongan pemodal atau kapitalis dilihat membuat untung berbillion- billion

ringgit, rakyat biasa terus dibebankan dengan kenaikan harga barang dan pembekuan gaji. Secara purata, setiap isi rumah kelas pekerja terpaksa membelanjakan kira-kira 44% daripada gaji mereka untuk membayar hutang. Hutang isi rumah semakin meningkat dan kini berada pada 87%. Dengan beban hutang yang tinggi, rakyat Malaysia juga terpaksa menanggung kos pendidikan dan kesihatan yang semakin meningkat. Kos perubatan meningkat lebih 15% pada tahun ini.

Walaupun rakyat Malaysia dengan jelas sedang bergelut dengan kenaikan kos hidup, kerajaan Malaysia, pihak pembangkang dan kapitalis-kapitalis korporat langsung tidak pedulikan nasib mereka. Tidak ada pihak yang berusaha memberikan penyelesaian ataupun jalan keluar bagi permasalahan yang sedang dihadapi. Golongan korporat dilihat menimbun keuntungan manakala kelas pekerja dan rakyat biasa sedang membanting tulang membaiki kehidupan mereka.

Kami menuntut keadilan sosial dan kehidupan yang bermaruah untuk warga

pekerja dan anak muda !

Gaji minimum yang ditetapkan pada masa ini iaitu RM 1000 sebulan adalah tuntutan pekerja yang sudah ketinggalan zaman. Tindakan kerajaan untuk hanya menaikkan RM 100 kepada gaji minimum yang ditetapkan pada tahun 2012 menunjukkan bahawa polisi-polisi kerajaan tidak mengambil kira nasib 13 juta orang pekerja dan juga keluarga serta anak-anak mereka yang sedang menghadapi kos hidup yang tinggi berikutan pemotongan subsidi, kenaikan harga barang dan pengenalan cukai GST.

Kerajaan telah memilih untuk mendengar hujah Persatuan Majikan Malaysiayang telah mendesak pihak berkuasa untuk mengurangkan kenaikan kadar gaji minimum dalam tekanan ekonomi dan sosial bagi majoriti isi rumah di Malaysia. Manakala pihak pembangkang yang melihat gaji ahli parlimen mereka naik mendadak tidak merasakan keperluan untuk menuntut kenaikkan gaji minimum yang adil bagi rakyat biasa. Kelas pekerja dan rakyat biasa harus sedar bahawa wakil-wakil parlimen tak kira dari BN atau Pakatan pembangkang hanya mementingkan kuasa dan bergantungan kepada kepentingan kapitalis-kapitalis korporat.

Perjuangan kelas untuk perubahan ekonomi dan sosial ! Gerakan untuk menuntut gaji minimum perlu mencerminkan masalah- masalah rakyat yang berpunca akibat pembekuan gaji pekerja manakala harga barang dan perkhidmatan asas semakin meningkat. Gerakan membantah GST pada Hari Pekerja dan pelbagai piket-piket pekerja menunjukkan bahawa wujud sebuah aspirasi di kalangan rakyat biasa dan anak muda untuk menuntut gaji yang lebih adil daripada pihak majikan mahupun kerajaan.

Selepas mengambilkira pandangan pekerja dan anak muda dari pelbagai sektor dan latar belakang, kami menuntut gaji minima yang dikuatkuasakan sekarang harus diganda supaya setara dengan kenaikan harga barang. Berlandaskan kepada maklum balas pekerja dan tekanan sosial dan ekonomi, gaji minimum haruslah sekurang-kurangnya RM 2000 sebulan ataupun RM 10 sejam bagi semua pekerja tanpa mengira status, sama ada pekerja tetap atau separuh masaatau pekerja migran. Kami ingin menuntut RM 10 sejam bagi semua pekerja tanpa diskriminasi kaum atau jantina supaya pekerja boleh menikmati hidup yang bermaruah. Walaubagaimanapun, tuntutan atau kempen‘RM 10 sejam @ RM 2000 sebulan’ hanya merupakan langkah pertama dalam perjuangan ke arah gaji yang lebih setara dengan kerja yang dilakukan. Kadar gaji

minimum tersebut juga harus berkembang mengikut kadar inflasi pada masa-masa tertentu.

Ke arah gaji sara hidup yang adil ! Setiap pekerja layak mendapat gaji sara hidup. Perjuangan untuk gaji minimum RM 10 sejam @ RM 2000 sebulan merupakan langkah pertama untuk mengenalpasti masalah kelas pekerja serta anak muda, dan mendorong mereka untuk membebaskan diri dari beban ekonomi. Pada masa yang sama, banyak daripada pekerjaan bergaji rendah di lakukan oleh golongan minoriti, pekerja imigran dan wanita. Maka perjuangan untuk RM 10 sejam @ RM 2000 sebulan adalah juga sebuah perjuangan bagi menuntut kesaksamaan sosial.

Sebuah gerakan pekerja dan anak muda harus dibina untuk mencapai tuntutan gaji minimum yang lebih adil. Gerakan ini adalah untuk memperkasakan kelas pekerja dan anak muda serta melibatkan mereka dalam sebuah perjuangan menuntut perubahaan. Rangkaian aktivis dan organisasi progresif yang mempunyai hasrat yang sama harus bergabung untuk melebarkan perjuangan bersama. Anak muda, mahasiswa, pekerja profesional, kelas menengah dan golongan intelektual yang juga tertindas di bawah sistem kapitalisme harus bergabung tenaga dengan kelas pekerja dalam pembinaan gerakan ini.

Kami juga Menuntut :

• Hapuskanpolisi‘buruhmurah’ataupengham¬baan pekerja, dengan mewujudkan gaji mini¬mum atau gaji saraan hidup (living wage) yang setimpal dengan kenaikan inflasi.• Hakpenubuhankesatuansekerjatanpa sebarang sekatan undang-undang oleh kerajaan atau cam¬purtangan majikan.• HakPendidikanyangpercumadanberkualiti untuk semua termasuk di Universiti dan Kolej: Memansuhkan yuran pengajian di Universiti dan Kolej dan menghapuskan hutang pelajar termasuk PTPTN• Tidakkepadaparti-partiyangberlandaskan kapitalisme. Berkempen untuk pembinaan parti massa kelas pekerja dan anak muda untuk mem-pertahankan hak dan kepentingan rakyat biasa.• Tidakkepadakemusnahanalamsekitar. Bagi pelan yang mampan berlandaskan kepada demokratik sosialisme untuk industri pengelu¬aran yang tidak akan memusnahkan planet ini.• Tidakkepadakapitalisme.Bagidunia sosialis, di mana monopoli besar dijadikan pemilikan awam, dengan ekonomi yang dirancang secara demokratik dan sumber-sumber alam diper¬gunakan untuk memenuhi keperluan manusia sejagat

Gerakan pekerja dan anak muda untuk gaji minimum RM10 sejam!

Sertai Perjuangan Kami !www.sosialisalternatif.org

01112859623 ( yuva )/solidaritipekerja /SosialisAlternatif

KEMPEN GAJI MINIMUM