kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar

4
JENRY BIN SAIPARUDIN SUBJEK : TZ30103 KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS TUGASAN Dengan merujuk kepada internet dan bahan bacaan lain, bincangkan cara yang berkesan bagi seorang guru yang mengajar kanak-kanak pintar cerdas dalam memperkembangkan keupayaan dan kreativiti mereka ? PENGENALAN Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan golongan pelajar yang dikategorikan mempunyai keperluan pembelajaran yang khusus, juga memperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka (Ng & Sandiyao, 2005). Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980). Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosi dan kognitif serta bahasa. Pintar Cerdas Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka. Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri berikut: Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya. Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yanglebih jika dibanding dengan rakan sebaya. Menetapkan matlamat yang tinggi untukpencapaiannya. Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasanyang mencabar. Kemahiran berbahasa, membaca danperbendaharaan kata yang luas. Kebolehan untuk memimpin. Mengambil berat dan menunjukkan empatiterhadap orang lain.

Upload: jenry-saiparudin

Post on 23-Jun-2015

3.671 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar

JENRY BIN SAIPARUDIN

SUBJEK : TZ30103 KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS

TUGASAN

Dengan merujuk kepada internet dan bahan bacaan lain, bincangkan cara yang berkesan bagiseorang guru yang mengajar kanak-kanak pintar cerdas dalam memperkembangkankeupayaan dan kreativiti mereka ?

PENGENALAN

Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan golongan pelajar yang dikategorikanmempunyai keperluan pembelajaran yang khusus, juga memperlihatkan kelebihan intelekyang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka (Ng & Sandiyao, 2005). Perkembanganpada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukurtetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980).

Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yangberurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dankematangan.

Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa danbagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran danberubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat individu akan mengalamiperkembangan sepanjang hayat iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosidan kognitif serta bahasa.

Pintar Cerdas Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukansokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantumereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka. Kanak-kanak yangpintar cerdas menunjukkan ciri-ciri berikut:

• Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkandengan rakan sebaya.

• Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yanglebih jika dibanding dengan rakansebaya.

• Menetapkan matlamat yang tinggi untukpencapaiannya.

• Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasanyang mencabar.

• Kemahiran berbahasa, membaca danperbendaharaan kata yang luas.

• Kebolehan untuk memimpin.

• Mengambil berat dan menunjukkan empatiterhadap orang lain.

Page 2: Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS.

Pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program:

• Pengasingan,

• Pemecutan (acceleration)

• Pengayaan

Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di manamereka disediakan kurikulum khusus bagi mengilap kebolehan istimewa mereka. Pengasinganini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantuperkembangannya secara optima.

Pemecutan satu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjahmereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut.Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka. Carakedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yangsama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka padaskala masa yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.

Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalamanpengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatanke muzium atau perpustakaan negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktivitilain yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topikdan dilakukan oleh murid secara bersendirian.

Program dan aktiviti luar bilik darjah. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak akan didedahkankepada situasi menjadi pemimpin dan yang dipimpin dalam sesebuah organisasi. Hal ini dapatmenyediakan kanak-kanak kepada menjadi anggota masyarakat yang baik ketika merekadewasa kelak dimana mereka mungkin menjadi seorang ketua dan dalam masa yang samamenjadi pengikut bagi seseorang yang lain. Selain itu, ia juga mendedahkan kanak-kanakkepada kemahiran komunikasi yang berkesan di antara ahli kumpulan. Ketua akanmemainkan peranan agar setiap daripada anak buahnya mendapat setiap pergerakan danbunyi yang dilakukan dengan baik.

Program bersama keluarga. Elemen ini akan merapatkan dan menggalakkan interaksidan kerjasama antara ibu bapa dan juga kanak-kanak tersebut. Ia boleh dilakukan untukmenggalakkan sosial kanak-kanak dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara ibubapa dan anak. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat menarik perhatian kanak-kanak sertamerangsang minda mereka untuk mengecam bunyi atau aksi yang ditunjukkan oleh ibu bapamereka.

Program sosial berhemah juga boleh merangsang minda kanak-kanak disampingmeningkatkan sosial kanak-kanak dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka.

Fitrah kejadian seseorang kanak-kanak amat meminati sesuatu yang berbentukanimasi dan hanyalan seperti kartun dan alat permainan yang mewakili setiap apa yangmereka kagumi. Maka aktiviti berkaitan animasi mewujudkan peluang untuk kanak-kanakmengaplikasikan hanyalan dan juga animasi yang mereka fikirkan. Aktiviti ini juamendedahkan kepada kanak-kanak bagaimana cara untuk berfungsi dalam satu kumpulanyang besar. Ianya memperkembangkan daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dalam

Page 3: Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar

pembawakan watak masing-masing. Semangat kerjasama dan berpasukan dipupuk dalammenjayakan sesuatu persembahan.

Aktiviti bahasa isyarat. Melalui aktiviti ini, dapat memberikan pendedahan kepadakanak-kanak tentang aktiviti main peranan. Aktiviti ini juga dapat menguji kreativiti kanak-kanak dalam mempersembahkan kefahaman mereka dalam sesuatu benda atau haiwandalam bentuk bahasa isyarat. Mereka juga akan menyesuaikan setiap perlakuan yangdilakukan untuk menjamin kefahaman si peneka. Ianya juga memerlukan komunikasi duahala yang berkesan.

Aktiviti Melukis. Kanak-kanak melukis sebagai Medium Komunikasi. Lukisan merupakanbentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianyadijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Kanak-kanak juga melukissebagai cara mencapai kepuasan diri. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikankepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan danemosi selain dapat membina kekuatan otot.

Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Melukisjuga untuk meningkatkan daya penguasaan kendiri (Self Esteem). Aktiviti melukis dapatmemberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat laludipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahamanmereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitivitipancaindera.

Aktiviti renang. Kemahiran kanak-kanak yang paling asas perlu menguasai untukbelajar berenang adalah kemampuan untuk menahan nafas. Kemampuan untuk menahannafas akan membantu kanak-kanak menjadi lebih selamat di dalam dan sekitar air danmempersiapkan mereka untuk berenang di dasar yang memerlukan tempoh masa yangsingkat yang akan dikeluarkan di bawah air. .

Kajian menunjukkan banyak faedah diperolehi daripada aktiviti berenang sepertikemahiran motor kasar dan halus, refleksi (masa tindak balas), kuasa tumpuan (fokus),kepintaran / kecerdasan, tabiat sosial, interaksi sosial, keyakinan diri, kebebasan dan bolehmenangani situsi yang di luar jangka.

RUMUSAN

Walau bagaimanapun, seseorang yang berbakat belum pasti akan menjadi seorangyang pintar cerdas. Banyak faktor yang perlu berperanan sebagai pemangkin mempengaruhisecara positif laluan seseorang itu daripada berbakat menjadi seorang pntar cerdas menurutGagne (1998),Piirto ( 1999 ). Antara faktor tersebut adalah faktor dalaman atau intrapersonalbagi individu terbabit, seperti emosi yang sejahtera dan konsep kendiri yang positif. Selain itu,terdapat faktor persekitaran yang turut sebagai pemangkin. Ini merujuk kepada aspek-aspeksokongan di sekolah dan di rumah. Seseorang yang dianggap pintar cerdas dalam sesuatubidang tertentu ialah seseorang yang berbakat atau cemerlang dalam bidang tertentu.

Page 4: Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar

RUJUKAN

• Mohd. Hussain Ibrahim (1995). Pendidikan pintar cerdas: Teori dan pendekatan. Kuala Lumpur: Pustaka Aman Press.

• TZ30103 ;KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (PPG/UMS)

• Nik Azis, N. P. (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas. Kajang: InstitutPengajian Ilmu-Ilmu Islam.