sikap rakan sebaya dalam kalangan pelajar pintar cerdas akademik

23
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Course Name : MATHEMATICS FOR GIFTED CHILDREN Course Code :KMP6103 Semester :2 Session :2014/2015 Name :TANESH A/L SEGAR Matric ID :M20132002014 Lecturer : Dr Mohd Uzi Bin Dollah Question : BUAT KAJIAN PERPUSTAKAAN DAN PILIHLAH SATU ISU TENTANG PINTAR CERDAS DI MALAYSIA. SETERUSNNYA BINCANGKAN TENTANG ISU PINTAR CERDAS BERKENAAN DENGAN

Upload: tanesh-segar

Post on 22-Dec-2015

70 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: Sikap Rakan Sebaya Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Course Name : MATHEMATICS FOR GIFTED CHILDREN

Course Code : KMP6103

Semester : 2

Session : 2014/2015

Name : TANESH A/L SEGAR

Matric ID : M20132002014

Lecturer : Dr Mohd Uzi Bin Dollah

Question : BUAT KAJIAN PERPUSTAKAAN DAN PILIHLAH

SATU ISU TENTANG PINTAR CERDAS DI

MALAYSIA. SETERUSNNYA BINCANGKAN

TENTANG ISU PINTAR CERDAS BERKENAAN

DENGAN MEMBERI JUGA CADANGAN LANGKAH

MENGATASINNYA ATAU PENAMBAHBAIKAN.

Page 2: Sikap Rakan Sebaya Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1 PENGENALAN 1

2 DEFINISI PINTAR CERDAS 1

3 CIRI-CIRI PELAJAR PINTAR CERDAS 2

4 MAKSUD RAKAN SEBAYA DAN PENGARUHNYA 5

5 CADANGAN/LANGKAH PENAMBAH BAIKAN 9

6 KESIMPULAN 13

7 RUJUKAN 14

ISU SIKAP RAKAN SEBAYA DALAM KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS

Page 3: Sikap Rakan Sebaya Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

1.PENGENALAN

 Kanak-kanak era millenium di zaman teknologi maklumat yang serba canggih ini

didapati terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit

sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal,

kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama dikalangan mereka yang dikenali sebagai

pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta

melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas.

Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi

dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan

bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus

amat diperlukan. Berdasarkan kajian-kajian lepas, didapati bahawa kanak-kanak yang pintar

cerdas kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam perkembangan dan

pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal.

2.DEFINISI PINTAR CERDAS

Kamus Dewan edisi keempat telah mengistilahkan pintar sebagai cekap, pandai,

banyak akal, cerdik, licik serta mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan. Cerdas pula

membawa bermaksud sempurna akal, cerdik, pandai serta pintar. Pintar Cerdas merupakan

keupayaan umum yang istimewa dalam kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi,

bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya. Pintar cerdas IQ tinggi mudah memahami

pengajaran dan pembelajaran, menguasai sesuatu kemahiran dengan mudah dan

berkesan. Menurut Golant K. S., kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang

tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada

persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya.

Pintar cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang

tinggi. Bagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas iaitu gifted and talented adalah kanak-

kanak yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau menengah yang 1

Page 4: Sikap Rakan Sebaya Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan

pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain

yang sebaya umurnya, sama pengalaman atau persekitaran. Kanak-kanak ini menunjukkan

keupayaan prestasi yang tinggi dari segi intelek, kreativiti, seni atau memiliki keupayaan

kepimpinan yang luar biasa, atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus.

Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksud tambahan iaitu lebih

kepada satu kebolehan yang matang jika dibandingkan dengan kebolehan perkembangan.

Disamping itu, pintar cerdas juga didefinisikan sebagai satu kepintaran yang lebih berfokus

kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang menjurus kepada

sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti kelemahan

dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan

kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka.

3.CIR-CIRI PELAJAR PINTAR CERDAS

Terdapat beberapa ciri-ciri pelajar pintar cerdas yang kita harus kenali untuk

memahami kesimpulan daripada jurnal ini. Kanak-kanak pintar cerdas memiliki tujuh

kebolehan seperti kepintaran linguistik (berkaitan dengan bahasa), kepintaran logikal

(berkaitan dengan matematik), kepintaran ruang (berupaya memberi pendapat tentang alam

sekeliling, membuat dan mengubah sesuatu persepsi, kemahiran kejuruteraan, artistik dan

memori secara visual), kinetik badan (berkaitan koordinasi motor), kemahiran muzikal

(mengenalpasti irama,intonasi dan melakukan memori auditori), interaksi sosial (kemahiran

berkomunikasi) dan hubungan dalaman (kemahiran memahami emosi diri dan orang lain).

Kanak-kanak ini mempunyai kelebihan luar biasa dalam satu sifat tersebut dan sederhana

dalam bidang yang lain. Antara sifat positif kanak-kanak pintar cerdas ini adalah

berimaginasi tinggi, mudah memahami sesuatu perkara dengan cepat, selalu bertanya,

memberikan konsentrasi yang tinggi pada sesuatu yang diminati, berminat dengan perkara

yang diluar kemampuan kanak-kanak sebaya, seperti membaca buku-buku dewasa, 2

Page 5: Sikap Rakan Sebaya Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

mempunyai sifat ingin mencapai yang terbaik. Kanak-kanak ini juga adakalanya terlalu

bersikap autokratik dan boleh menjurus kepada sikap suka mengarah dan tidak mahu

mendengar pendapat dari orang lain. Mereka juga mudah merasa bosan dengan apa yang

dipelajari lebih-lebih lagi sekiranya perkara tersebut sudah lam diketahuinya, tidak boleh

menerima kegagalan.

Selain daripada itu, kanak-kanak pintar cerdas juga mementingkan kesempurnaan.

Seseorang yang mementingkan kesempurnaan secara sihat adalah seseorang yang puas

hati dengan hasil kerja mereka sendiri. Seseorang yang mementingkan kesempurnaan

neurotik pula adalah seseorang yang sentiasa berasa tidak puas hati kerana mereka

berpandangan bahawa diri mereka tidak pernah melakukan sesuatu yang mencukupi untuk

merasa puas hati. Seseorang itu boleh dikatakan mementingkan kesempurnaan apabila

mereka mempunyai tanda-tanda seperti rasa ingin tahu yang sangat tinggi, sentiasa

mengkritik kesalahan diri sendiri, cenderung untuk memperbesarkan kesalahan diri mereka

sendiri, sentiasa merendah-rendahkan orang lain, takut untuk mencuba sesuatu perkara

baru, tidak suka berkongsi tanggungjawab dengan orang lain untuk mengelakkan hasil yang

tidak sempurna, merasa sangat rendah diri dengan orang lain dan cenderung untuk berasa

tertekan dan akan merasa hilang yakin semula walaupun telah berjaya mendapat kejayaan

dalam suatu perkara yang mereka lakukan.

Walaupun begitu, sikap mementingkan kesempurnaan dalam kalangan kanak-kanak

pintar cerdas boleh dibendung dengan beberapa langkah. Ibu bapa mempunyai peranan

yang sangat penting dalam membendung perkara ini. Ibu bapa seharusnya memberi rasa

sayang yang tidak berbelah bagi terhadap mereka. Ibu bapa perlu cuba untuk memisahkan

tingkah laku anak-anak mereka terhadap perkara yang boleh dianggap satu kritikan atau

pujian dari diri mereka sendiri.

Jika hendak disenaraikan ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas ini adalah terlalu

banyak. Namun demikian ia boleh dikategorikan kepada dua ciri utama iatu ciri-ciri kognitif

dan juga ciri-ciri afektif. Kognitif adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental yang terlibat 3

Page 6: Sikap Rakan Sebaya Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

dalam beberapa keupayaan untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah, menaakul,

menganalisis, dan membentuk konsep. Biasanya keupayaan kognitif kanak-kanak dalam

golongan pintar cerdas ini dapat dikenalpasti seawal peringkat bayi lagi. Perkembangan

kanak-kanak ini dapat diperhatikan dan dipantau oleh ibu bapa kerana biasanya mereka

akan menunjukkan perkembangan yang lebih jauh berbanding dengan kanak-kanak

seusianya. Sebagai ibubapa yang perihatin mereka akan memberikan sokongan dan

tumpuan yang lebih bagi membantu perkembangan kanak-kanak ini. Tahap kebolehan

kognitif kanak-kanak boleh diuji menggunakan ujian IQ.

Kanak-kanak pintar cerdas biasanya akan mencapai tahap pencapaian sebanyak

140, namun kadangkalanya mereka boleh mencapai sehingga 170 mata. Namun demikian,

kesahihan ujian ini masih boleh dipertikaikan kerana ada yang mengatakan perbezaan

tahap umur akan menjejaskan perbandingan pencapaian dalam ujian IQ ini. Antara

beberapa kognitif kanak-kanak pintar ialah daya tumpuan yang tinggi dalam melakukan

sebarang kerja atau aktiviti, boleh dan mempunyai minat membaca diusia yang muda,

mempunyai kelebihan yang luar biasa dalam mengingat sesuatu, perasaan ingin tahu dan

kebolehan membuat rumusan, menganalisa dan menaakul.

 Ciri kedua yang akan dibincangkan di sini ialah ciri-ciri afektif kanak-kanak pintar

cerdas. Menurut kamus Dewan edisi keempat, afektif adalah berkaitan dengan perasaan

dan emosi dan bukannya fikiran atau daya berfikir. Untuk memperkembangkan minat dan

motivasi di kalangan kanak-kanak ciri-ciri afektif haruslah berkembang serentak dengan ciri-

ciri kognitif mereka. Manakala menurut Krathwohl dan rakan-rakannya (1964) iaitu orang

pertama yang menggunakan terminology ‘afektif” telah menemukan satu lagi domain penting

adalam perkembangan manusia iaitu afektif. Antara ciri-ciri afektif kanak-kanak pintar cerdas

ialah karismatik, mementingkan kesempurnaan dan berasa tertekan dan mudah sensitive.

4.MAKSUD RAKAN SEBAYA DAN PENGARUHNYA4

Page 7: Sikap Rakan Sebaya Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

Rakan sebaya merupakan kumpulan yang paling dekat dan paling penting dalam

kehidupan seseorang kanak-kanak. Lazimnya seseorang kanak-kanak akan bergaul dengan

keluarga mereka yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik ketika berada di rumah.

Apabila mereka berada di luar rumah pula, mereka akan bergaul dengan rakan sebaya.

Namun, oleh sebab kanak-kanak lebih banyak menghabiskan lebih banyak masa bersama

rakan sebaya berbanding keluarga mereka, maka tidak hairanlah terdapat kanak-kanak

yang mengutamakan rakan sebaya lebih daripada keluarga mereka.

Rakan sebaya boleh di definisikan sebagai sahabat yang mempunyai umur, latar

belakang dan minat yang lebih kurang sama. Rakan sebaya juga membawa erti dua atau

lebih individu yang mempunyai aras tingkah laku yang sama. Mereka juga mempunyai

persefahaman antara satu sama lain. Selain itu, rakan sebaya ini tidak semestinya

mempunyai umur yang sama, asalkan dapat menyesuaikan diri dengan tingkah laku antara

satu sama lain dari segi minat dan matlamat.

Terdapat enam peringkat dalam perhubungan rakan sebaya. Peringkat yang pertama

adalah antara umur 5-12 tahun, peringkat kedua 12-14 tahun, peringkat ketiga 14-16 tahun,

peringkat keempat 16-18 tahun, peringkat kelima 18-25 dan yang terakhir iaitu peringkat

keenam iaitu berumur 25 tahun dan ke atas. Dalam pemilihan rakan sebaya pula, terdapat

beberapa faktor yang diambil kira oleh seseorang remaja, iaitu pendidikan, tarikan, minat,

kelas sosial dan umur. Rakan sebaya juga merupakan insan yang amat penting kepada

seseorang kanak-kanak kerana rakan sebayalah agen peneguhan dan model sosial kepada

mereka.

Peringkat kanak-kanak merupakan masa hubungan sosial bukan terhad yang bukan

sahaja melibatkan ibu bapa tetapi juga rakan sebaya. Peringkat kanak-kanak, rakan sebaya

mempunyai peranan yang sangat penting dan perhubungan pada masa ini sangat kritikal.

Minat mereka selalunya adalah lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa.

5

Page 8: Sikap Rakan Sebaya Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

Kanak-kanak juga memperolehi kemahiran sosial yang hanya boleh didapati dan dilatih

di kalangan rakan sebaya. Bagi kanak-kanak, rakan sebaya menjadi sumber maklumat

utama tentang dirinya dan juga orang lain. Rakan sebaya menjadi asas untuk membuat

perbandingan antara tindakannya, sikapnya, perasaannya dan orang lain.

Pada umumnya kanak-kanak lelaki dan perempuan yang popular dianggap sebagai

suka kepada orang lain, bertoleransi, bersimpati dan suka membantu rakan-rakan dengan

membuat mereka rasa diterima dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakan

aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan.Kanak-kanak seperti ini bersikap ceria,

bersemangat, baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan idea yang

baik.

Kanak-kanak yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai cirri-

ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Kanak-kanak ini merasa kurang yakin

pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Kanak-kanak yang

bersikap agresif, sombong dan terlalu mendesak akan tidak disukai dan kemungkinan

ditolak rakan sebaya.

Kumpulan sebaya dikatakan menyumbang terhadap perkembangan sosial kanak-kanak

terutamanya dalam pencapaian identity mereka. Paling penting kumpulan kanak-kanak

dapat memberi sokongan kepada ahli-ahlinya di samping keluarga mereka. Di sinilah kanak-

kanak berpeluang mencuba berbagai peranan identity yang akhirnya akan menyumbang

kepada personalitinya apabila dewasa kelak.

Tidak dapat dinafikan juga, rakan sebaya memainkan peranan yang amat penting dalam

kehidupan setiap individu terutamanya kanak-kanak. Mereka berperanan sebagai pengganti

keluarga, sebagai tempat rujukan dan sebagai kumpulan rujukan dalam kehidupan

seseorang kanak-kanak. Selain itu rakan sebaya juga turut berperanan sebagai pemberi

sokongan sosial. Jadi, oleh sebab rakan sebaya begitu penting dalam kehidupan seseorang

kanak-kanak, maka tidak hairanlah pengaruh seseorang rakan sebaya sangat kuat kepada

6

Page 9: Sikap Rakan Sebaya Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

seseorang kanak-kanak. Terdapat dua jenis pengaruh rakan sebaya dalam kehidupan

seseorang kanak-kanak, iaitu pengaruh positif dan pengaruh negatif. Pengaruh rakan

sebaya yang positif dapat membentuk sikap dan keperibadian yang mulia pada diri

seseorang kanak-kanak itu, manakala pengaruh yang negatif pula akan menyebabkan

seseorang kanak-kanak terjerumus ke kancah gejala sosial seterusnya meranapkan masa

hadapan kanak-kanak tersebut.

Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak

lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari

segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan. Peranan rakan sebaya adalah

lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi

sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada

kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh

yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh

rakan sebayanya. Rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian

akademik pelajar.

Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan

kebolehan sosial serta kognisi sosial. Selain daripada mengembangkan kebolehan dan

kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang

individu. Tingkah laku yang biasanya dipengaruhi oleh rakan sebaya adalah merangkumi

cara bercakap, cara berpakaian, dan juga cara belajar. Pada kebiasaannya sikap rakan

sebaya terhadap pelajar pintar cerdas dan berbakat di peringkat sekolah rendah adalah

positif. Pengalaman belajar bersama-sama pelajar pintar cerdas akan menjadikan

seseorang itu lebih menerima kehadiran pelajar ini. Walau bagaimanapun, mereka yang

berumur 10 hingga 29 tahun telah menunjukkan sikap simpati yang agak kurang jika

dibandingkan dengan mereka yang berumur 30 hingga 39 tahun.

Selain itu, pelajar pintar cerdas juga biasanya mengalami masalah dalam hubungan

dengan rakan sebaya. Ini adalah kerana sikap pelajar pintar cerdas itu sendiri yang kadang

7

Page 10: Sikap Rakan Sebaya Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

kala sukar difahami oleh rakan seusia mereka. Sikap pelajar pintar cerdas sukar difahami

oleh rakan seusia mereka kerana pengaruh umur mental mereka yang agak tinggi

berbanding dengan umur kronologi mereka. Oleh kerana sikap sebegini, pelajar pintar

cerdas akan dianggap sebagai pelik dan sukar didekati oleh rakan seusia mereka. Ini

seterusnya akan menjadikan pelajar pintar cerdas sukar untuk mencari kawan untuk

meluahkan perasaan dan dijadikan teman untuk berbual.

Sikap pelajar pintar cerdas yang lebih terkehadapan dari segi pemikiran berbanding

dengan rakan seusia mereka juga akan menjadikan rakan seusia mereka menjauhkan diri

daripada mereka. Walau bagaimanapun terdapat beberapa penyelidik tidak sependapat

dengan ini. Mereka menyatakan bahawa pelajar-pelajar pintar cerdas adalah merupakan

pelajar yang tidak mempunyai masalah dari segi psikologi dan sosial. Mereka juga

menyatakan bahawa pelajar pintar cerdas pandai menyesuaikan diri dengan rakan sebaya

dan mudah bersosial.

Sikap rakan sebaya terhadap pelajar pintar cerdas adalah penting bagi

meningkatkan perkembangan pelajar pintar cerdas seterusnya dengan sikap rakan sebaya

yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada pelajar pintar cerdas akan

meningkatkan lagi kecemerlangan pelajar itu.

. Perbezaan jantina juga didapati tidak memberi pengaruh terhadap sikap, layanan,

sokongan, dan minat dalam kalangan pelajar pintar cerdas. Dalam kalangan pelajar aliran

perdana, didapati pengaruh jantina memainkan peranan yang agak penting dalam

mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar. Walaupun terdapat perbezaan

pencapaian antara jantina bagi pelajar aliran perdana, namun tiada perbezaan yang

signifikan bagi sikap rakan sebaya berdasarkan jantina pelajar pintar cerdas. Ini

menunjukkan faktor jantina tidak mempengaruhi sikap rakan sebaya dalam kalangan pelajar

pintar cerdas. Ini sekaligus memberi erti bahawa kebanyakan rakan sebaya pelajar pintar

cerdas tidak mendiskriminasikan pelajar pintar cerdas berdasarkan jantina.

8

Page 11: Sikap Rakan Sebaya Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

Sikap rakan sebaya mempunyai kesan interaksi atau hubungan dengan pencapaian

pelajar pintar cerdas. Interaksi ini dilihat sebagai interaksi negatif dan signifikan. Oleh itu,

faktor sikap rakan sebaya juga boleh dikatakan sebagai peramal kepada pencapaian pelajar

pintar cerdas. Persekitaran positif dalam keluarga, rakan sebaya, sekolah dan masyarakat

perlu dalam membantu dan memelihara perkembangan kognitif dan keperluan afektif pelajar

pintar cerdas.

5.CADANGAN/LANGKAH PENAMBAH BAIKAN

Antara langkah-langkah mengatasi yang boleh diambil ialah mengadakan kaedah

kumpulan, pembelajaran, peneguhan positif dan negatif, mempelbagaikan strategi

pengajaran dan pembelajaran serta mempelbagaikan bahan bantu mengajar.

Di dalam sesebuah kelas terdapat beberapa orang murid yang mempunyai tahap

keupayaan yang berbeza-beza. Oleh itu, guru boleh menggunakan kaedah kumpulan untuk

menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan murid. Ini

dapat memudahkan guru menyediakan latihan atau bahan sumber pengajaran dan

pembelajaran.

Guru boleh mengasingkan murid yang lemah, sederhana dan pandai dalam

kumpulan yang ditetapkan. Dengan cara ini, guru dapat memantau prestasi setiap kumpulan

berdasarkan tahap keupayaan dan kecerdasan murid-murid tersebut. Aktiviti pengajaran

dan pembelajaran juga tidak membebankan murid kerana guru menggunakan aras yang

berbeza untuk setiap kumpulan.Guru juga perlu membuat carta kemajuan dan rekod profil

untuk setiap murid-muridnya. Hasil pemerhatian guru dan pencapaian murid perlu dicatat

dari masa ke masa.

Pembelajaran koperatif ialah pembelajaran di dalam kumpulan heterogenius di mana

biasanya terdapat murid cerdas dan lambat. Di dalam aktiviti pembelajaran ini, murid cerdas

dikehendaki membantu murid lemah. Murid yang cerdas akan bersungguh-sungguh

membantu murid yang lemah kerana markah yang diperoleh setiap individu di dalam

9

Page 12: Sikap Rakan Sebaya Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

kumpulan akan menjadi markah kumpulan. Secara tidak langsung, dapat memupuk

semangat bekerjasama apabila setiap kumpulan bersaing satu sama lain.

Kaedah pengajaran ini adalah menggunakan idea “perancah” (scaffolding) dalam

Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky, di mana murid cerdas akan membimbing pelajar

lemah di dalam zon perkembangan proksimal. Ini kerana, ada kalanya pengajaran rakan

sebaya lebih berkesan daripada guru, kerana pemikiran lateral boleh digunakan oleh pelajar

yang cerdas ini.

Semasa berlakunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru

hendaklah memberi peneguhan positif kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang

baik. Murid-murid akan berasa dihargai apabila dipuji oleh guru. Guru boleh membuat

peneguhan positif dengan mengatakan “bagus”apabila murid dapat memberi jawapan yang

betul ketika sesi soal jawab di dalam kelas. Peneguhan positif juga boleh diberikan dengan

memberikan simbol bintang pada buku latihan murid kerana dapat menyiapkan kerja dengan

tulisan yang kemas dan cantik.

Manakala, peneguhan negatif untuk mengelakkan tingkah laku yang yang tidak

disukai. Contoh, guru yang hendak mengelakkan muridnya membuat bising akan

mengatakan bahawa, “Saya akan membenarkan murid yang telah menyiapkan kerja keluar

rehat lebih awal”. Oleh itu, murid akan menyiapkan kerja yang diberikan untuk keluar rehat

lebih awal.

Selain itu, guru juga boleh menggunakan prinsip Premack atau “grandmother’s rule,

iaitu dengan menyatakan , “ Murid yang membuat kerja dengan tulisan yang cantik dan

kemas akan dibenarkan membaca komik “Naruto”. Ini bermakna murid akan membuat

latihan yang diberikan dengan teliti untuk mendapatkan sesuatu yang disukainya.

Strategi dan kaedah pengajaran guru berfungsi sebagai satu panduan pengajaran ke

arah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Guru perlu

mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid supaya

dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran sehingga tamat. Antaranya, kuiz,

10

Page 13: Sikap Rakan Sebaya Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

perbincangan, percambahan idea, lakonan, simulasi, kaedah penyoalan, projek dan

lawatan.

Guru juga boleh menngunakan pelbagai soalan bagi mengetahui tahap pencapaian

dan kebolehan muridnya. Penyoalan boleh dilakukan dalam bentuk pengetahuan,

pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Contoh, guru boleh memulakan

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan memulakan set induksi menggunakan

tayangan video, bercerita, bernasyid dan sebagainya. Secara langsung dapat

menggalakkan penglibatan murid-murid dan meningkatkan motivasi untuk belajar.

Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti penyampaian

maklumat melalui transperansi, laman web atau pencarian internet, carta dan lain-lain lagi.

Ini adalah sesuai kerana di dalam sesebuah kelas ada murid yang peka kepada audio, ada

yang tertarik kepada visual dan yang tertarik kepada kinestetik.

Pembelajaran melalui akhbar di dalam bilik darjah adalah satu cara pengajaran yang

boleh merangsang minda murid berfikir, kerana terdapat banyak pengetahuan yang boleh

didapati di dalam surat khabar tersebut.

Pembelajaran berbantukan komputer juga dapat merangsang minat murid untuk

belajar. Soalan-soalan yang diberikan adalah mengikut aras soalan daripada yang mudah

hingga susah.  Oleh itu, murid yang lemah, sederhana dan pandai dapat menjawab soalan

mengikut tahap keupayaan masing-masing. Pembelajaran berbantukan komputer amat

menarik digunakan kerana mengandungi elemen-elemen visual grafik yang dapat menarik

perhatian murid contohnya animasi kartun.

Disamping itu, guru juga boleh menubuhkan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya.

Penubuhan kelab ini dapat membina kelompok pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang

tinggi , mempraktikkan sistem nilai yang sihat sejajar dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan dapat membantu Guru Bimbingan melaksanakan perkhidmatan menolong

yang menjurus kepada pembentukkan budaya sekolah yang kondusif dan merangsang

pembangunan manusia.

11

Page 14: Sikap Rakan Sebaya Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

Antara peranan yang dapat dipikul oleh Kelab Pembimbing Rakan Sebaya ialah

membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program bimbingan di sekolah.

Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu tenaga positif untuk membolehkan program

bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru

bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. Pembimbing Rakan Sebaya ini merupakan 

khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Golongan kanak-

kanak boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah atau hal yang

mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih berkesan lagi.

Di tiap-tiap sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh

menerima dan membina perhubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah.

Pengaruh rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan kanak-kanak ini. Oleh itu, dengan

latihan dan asuhan yang sesuai, Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah diwujudkan di

sekolah. Nama-nama lain yang mempunyai sama konsep dengan Pembimbing Rakan

Sebaya ialah Kaunselor Sebaya, Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, Kakak/Abang

Angkat atau Kelompok Sebaya Sokongan.

Berikut adalah tugas-tugas Pembing Rakan Sebaya di sekolah:

i. merapati rakan sebaya dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujuk

mereka kepada guru bimbingan dan kaunseling

ii. menjadi pendengar yang peka kepada curahan perasaan rakan sebaya dan memberi

sokongan emosi dalam keadaan krisis

iii. membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik melalui sistem mentor atau

tutor sebaya

iv. membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling

kelompok

v. membantu dalam memberi latihan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi,

membuat keputusan dan kemahiran kaunseling kepada rakan sebaya

vi. membantu dalam melatih kumpulan sebaya untuk persediaan sebagai Pembimbing

Rakan Sebaya yang baru

12

Page 15: Sikap Rakan Sebaya Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

vii. membantu dalam aktiviti orientasi pelajar baru, mengelolakan unit bimbingan

sekolah, perpustakaan bimbingan, papan kenyataan bimbingan dan aktiviti lain yang

ada kaitan dengan bimbingan kerjaya, sosial dan isu-isu kanak-kanak

viii. menjadi penggerak kepada ahli-ahli unit untuk melaksanakan aktiviti sekolah

6.KESIMPULAN

Pencapaian akademik murid yang berbeza adalah disebabkan oleh faktor

personaliti, gaya kognitif dan gaya belajar, jantina, kesihatan dan faktor lokasi. Ini kerana

setiap murid mempunyai perbezaan individu tersendiri.

Oleh itu, setiap guru perlu mengenalpasti apakah tahap kecerdasan murid di dalam

kelas. Ini untuk memudahkan guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

mengikut tahap keupayaan seseorang murid itu. Langkah-langkah mengatasi yang boleh di

ambil oleh guru ialah mengaplikasikan kaedah kumpulan, pembelajaran koperatif, memberi

peneguhan positif dan negatif, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran serta

mempelbagaikan bahan bantu mengajar.

            Guru juga perlu mengenalpasti dan memahami setiap masalah yang berlaku pada 

murid-muridnya. Keprihatinan dan kerjasama guru membantu murid yang mengalami

masalah perbezaan individu ini akan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang suatu

hari nanti. Ini sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan kebangsaan  bahawa modal insan

yang dilahirkan haruslah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Guru bukan

sahaja menyampaikan ilmu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malah memainkan

peranan amat penting iaitu mendidik dan membimbing murid menjadi insan yang berguna,

cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan.

1

13

Page 16: Sikap Rakan Sebaya Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

7.RUJUKAN

1) http://www.medc.com.my/medc/journals/valume7/SIKAP%20RAKAN%20SEBAYA

%20DI%20KALANGAN%20PELAJAR%20PINTAR%20CERDAS

%20AKADEMIK(MEDC)-2.pdf

2) http://images.dehewaraspak.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/

RvGX@AoKCtMAAFNiRgc1/hubungan%20sosioekon%20dgn%20pcapaaan.pdf?

key=dehewaraspak:journal:23&nmid=58573556

3) Quek Miow Leng. (2006) Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru dan

Pengaruh Rakan Sebaya dengan Pencapaian Matematik di Kalangan Pelajar Tingkatan

Empat di Daerah Batu Pahat, Johor. Tesis PhD. Univesiti Teknologi Malaysia, Johor.

4) Che Mah Yusof dan Mariani Mohd Nor. (2001). Personaliti pelajar pintar dan

hubungannya dengan pencapaian akademik. Prosiding konferensi kebangsaan Kajian

Pasca Siswazah (Greduc.), Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Universiti Malaya,

Kuala Lumpur.

14