p'9983 smartphone-maklumat keselamatan dan produk · telefon pintar dan aksesori telefon...

2
PORSCHE DESIGN P'9983 Smartphone Maklumat Keselamatan dan Produk PRINTSPEC-146 MAT-59963-057 SWD-20140820101543670 | RHB121LW Maklumat keselamatan Sebelum anda mula menggunakan telefon pintar BlackBerry anda (selepas ini dirujuk sebagai telefon pintar), semak maklumat keselamatan dan peraturan yang disediakan dalam dokumen ini. Simpan dokumen ini di tempat yang selamat supaya anda boleh merujuk padanya bila-bila masa yang anda perlukan. Di sesetengah negara, mungkin terdapat sekatan terhadap penggunaan peranti yang didayakan Bluetooth dan peranti wayarles dengan perisian penyulitan. Semak dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengetahui tentang sekatan di kawasan anda. Untuk mendapatkan maklumat keselamatan dan produk terkini, lawat www.blackberry.com/docs/ smartphones. Langkah-langkah keselamatan penting Gunakan bateri dan pengecas yang diluluskan sahaja dengan telefon pintar anda. Penggunaan bateri atau pengecas yang tidak diluluskan oleh BlackBerry boleh menyebabkan risiko kebakaran atau letupan, yang boleh mengakibatkan bahaya yang serius, kematian atau kerugian harta benda. Gunakan sarung yang diluluskan oleh BlackBerry sahaja. Penggunaan sarung yang tidak diluluskan oleh BlackBerry boleh mengakibatkan telefon pintar anda untuk melampaui standard pendedahan frekuensi radio. Pastikan telefon pintar berada sekurang-kurangnya 0.59 in. (1.5 cm) dari tubuh anda. Apabila anda membawa telefon pintar di badan anda, gunakan hanya aksesori yang dilengkapi klip tali pinggang bersepadu, dan jika aksesori tidak dibekalkan oleh BlackBerry, pastikan bahawa aksesori tidak mengandungi logam. Jika anda tidak mengikut garis panduan ini, telefon pintar anda mungkin melampaui standard pendedahan terhadap frekuensi radio. Subjek kajian saintifik berterusan ini adalah berkenaan kemungkinan terdapat sebarang kesan kesihatan jangka masa panjang bagi standard pendedahan terhadap frekuensi radio yang terlampau. Untuk maklumat selanjutnya tentang pematuhan telefon pintar ini dengan garis panduan pemancaran frekuensi radio FCC, lawati www.fcc.gov/oet/ea/fccid dan cari FCC ID untuk telefon pintar anda yang tersenarai di bawah. FCC ID terdapat di bahagian belakang telefon pintar anda. •Telefon pintar Porsche Design P’9983 daripada BlackBerry (nombor model RHB121LW) FCC ID: L6ARHB120LW Telefon pintar anda direka bentuk untuk beroperasi dalam suhu antara 0 dan 35°C (32 dan 95°F). Penggunaan telefon pintar anda di luar daripada julat suhu yang disyorkan boleh menyebabkan kerosakan kepada telefon pintar atau bateri litium-ion anda. Jangan bergantung pada telefon pintar anda untuk komunikasi kecemasan. Rangkaian wayarles yang perlu untuk membuat panggilan kecemasan atau menghantar mesej tidak tersedia di semua kawasan dan nombor kecemasan seperti 911, 112 atau 999, mungkin tidak dapat menyambungkan anda ke perkhidmatan kecemasan di semua kawasan. Jika anda memasang BlackBerry Mobile Voice System pada telefon pintar anda, lihat bahagian "Mengenai panggilan kecemasan dan BlackBerry Mobile Voice System" untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang panggilan kecemasan. Telefon pintar dan aksesori telefon pintar anda bukan bertujuan untuk digunakan oleh kanak-kanak. Jika anda membenarkan kanak-kanak menggunakan atau mengendalikan telefon pintar, bateri atau aksesori telefon pintar anda, pastikan anda memantau kanak-kanak itu dengan sepenuhnya. Telefon pintar dan aksesori telefon pintar anda mengandungi bahagian kecil yang boleh mendatangkan bahaya akibat tercekik kepada kanak-kanak. Jauhkan telefon pintar anda daripada peranti perubatan termasuk perentak jantung dan alat bantuan pendengaran kerana alatan itu boleh pincang tugas dan mengakibatkan kecederaan yang serius atau kematian kepada anda dan orang lain. Jangan biarkan telefon pintar anda bersentuhan dengan air kerana hal ini boleh menyebabkan berlakunya litar pintas, kebakaran atau renjatan elektrik. Semasa anda menggunakan speaker telefon pintar anda, jangan pegang telefon pintar anda berdekatan dengan telinga anda. Kerosakan pendengaran yang serius dan kekal boleh berlaku. Pendedahan kepada cahaya yang berkelip pada telefon pintar anda boleh menyebabkan serangan epilepsi atau pitam dan mungkin berbahaya kepada anda atau orang lain. Sekiranya anda mengalami atau penggunaan telefon pintar anda menyebabkan orang lain mengalami sebarang disorientasi, kehilangan kesedaran, sentakan, sawan atau sebarang gerakan luar kawalan, berhenti menggunakan telefon pintar anda serta-merta dan berjumpa dengan doktor. Lampu pemberitahuan LED terdapat di bahagian hadapan telefon pintar anda, di penjuru atas sebelah kanan. Jika model telefon pintar anda mempunyai kamera, bukaan LED denyar kamera terletak di bahagian belakang telefon pintar anda, sama ada di sebelah atas atau kanan lensa kamera. Jika anda mudah terdedah kepada serangan epilepsi atau pitam, rujuk dengan doktor anda sebelum menggunakan telefon pintar anda. Jangan menggunakan telefon pintar anda semasa memandu melainkan anda dibenarkan oleh undang-undang untuk menggunakan telefon pintar dalam mod bebas tangan. Menggunakan telefon pintar anda semasa memandu boleh meletakkan diri anda dan orang lain dalam risiko kemalangan yang mengakibatkan kecederaan serius, kematian atau kerugian harta benda. Jangan menggunakan telefon pintar anda di tempat yang terdapat wasap gas kerana boleh menyebabkan risiko kebakaran atau letupan. Jangan lupuskan telefon pintar anda ke dalam api kerana ini boleh menyebabkan letupan yang mengakibatkan kecederaan serius, kematian atau kerugian harta benda. Matikan telefon pintar anda semasa di dalam pesawat. Menggunakan telefon pintar anda semasa di dalam pesawat boleh menjejaskan peralatan, komunikasi dan prestasi pesawat; mungkin mengganggu rangkaian, sebaliknya mungkin berbahaya kepada pengendalian pesawat, petugas dan penumpangnya; dan mungkin menyalahi undang-undang. Telefon pintar bukanlah satu peranti yang selamat dan tidak boleh digunakan di tempat yang terdapat wasap letupan, debu letupan atau bahan kimia lain yang mudah meletup. Percikan api di tempat sedemikian boleh menyebabkan letupan atau kebakaran yang mengakibatkan kecederaan serius, kematian atau kerosakan kepada harta benda. Menggunakan telefon pintar anda dengan selamat Jangan letakkan objek berat di atas telefon pintar anda. Jangan cuba mengubah suai atau menservis telefon pintar anda. Jangan cuba menutup atau memasukkan objek ke dalam bukaan telefon pintar anda melainkan diarahkan untuk berbuat demikian dalam dokumentasi telefon pintar yang dibekalkan oleh BlackBerry. Tindakan ini boleh menyebabkan berlakunya litar pintas, kebakaran atau renjatan elektrik. Jangan menggunakan objek tajam pada skrin. Jangan menggunakan kekuatan yang berlebihan pada skrin. Jangan menggunakan telefon pintar atau aksesori telefon pintar anda berhampiran air (contohnya, berdekatan tab mandi atau singki, dalam ruangan yang basah atau berdekatan kolam renang). Jangan meletakkan telefon pintar atau aksesori telefon pintar anda pada mana-mana permukaan yang tidak stabil. Telefon pintar atau aksesori telefon pintar boleh jatuh, dengan itu berpotensi menyebabkan kecederaan serius kepada seseorang dan kerosakan serius kepada telefon pintar atau aksesori telefon pintar. Skrin telefon pintar anda dibuat daripada kaca. Kaca boleh retak atau menyerpih jika telefon pintar anda terjatuh atau tekanan dikenakan terhadap kaca. Jika retak atau menyerpih, jangan sentuh kaca sehingga skrin telah dibaiki. Semasa menggunakan telefon pintar anda, berhenti seketika dengan kerap. Jika anda mengalami sebarang ketidakselesaan leher, bahu, lengan, pergelangan tangan, tangan (termasuk ibu jari dan jari- jari yang lain) atau bahagian badan lain semasa menggunakan telefon pintar anda, berhenti menggunakannya dengan serta-merta. Jika ketidakselesaan berterusan, berjumpa dengan doktor. Keselamatan elektrik Cas telefon pintar menggunakan aksesori pengecas yang disediakan oleh BlackBerry atau diluluskan secara khusus oleh BlackBerry untuk digunakan dengan telefon pintar ini. Jangan gunakan aksesori pengecas yang tidak mematuhi Keperluan Pensijilan CTIA untuk Pematuhan Sistem Bateri pada IEEE Std 1725, kerana aksesori itu boleh menyebabkan risiko kebakaran, letupan, kebocoran bateri atau bahaya lain yang boleh mengakibatkan kecederaan serius, kematian atau kerugian harta benda dan boleh membatalkan sebarang waranti. Model aksesori pengecas yang diluluskan untuk telefon pintar Porsche Design P’9983 daripada BlackBerry Kabel pengecas: HDW-50071-001, HDW-50071-002 Pengecas AC: HDW-30890-001, HDW-31284-001, HDW-47725-001, HDW-53513-001, HDW-53514-001, HDW-53515-001, HDW-53518-001 Gunakan aksesori pengecas yang disediakan dengan telefon pintar atau mana-mana aksesori pengecas yang diluluskan oleh BlackBerry hanya daripada jenis sumber kuasa yang ditunjukkan pada label penanda. Sebelum anda menggunakan sebarang bekalan kuasa, sahkan bahawa voltan utama adalah sama dengan voltan yang dicetak pada bekalan kuasa. Sambungkan telefon pintar hanya pada penyesuai yang diiktiraf oleh CTIA, produk yang memaparkan logo USB-IF atau produk yang telah melengkapkan program pematuhan USB-IF. Jangan menyaratkan soket elektrik, kord sambungan atau bekas kemudahan kerana ini boleh menyebabkan risiko kebakaran atau renjatan elektrik. Untuk mengurangkan risiko kerosakan terhadap kord atau plag, tarik plag dan bukannya kord semasa anda menanggalkan aksesori pengecas daripada soket elektrik atau bekas kemudahan. Lindungi kord kuasa daripada dipijak atau dihimpit, terutama sekali pada bekas kemudahan dan tempat di mana kord kuasa disambungkan ke telefon pintar. Sentiasa halakan kord kuasa dengan cara yang mengurangkan risiko kecederaan kepada orang lain seperti tersandung atau terjerut. Tanggalkan aksesori pengecasan semasa berlakunya ribut petir atau semasa tidak digunakan. Jangan menggunakan aksesori pengecasan di luar atau di mana-mana tempat yang terdedah kepada unsur- unsur. Untuk maklumat selanjutnya tentang menyambungkan bekalan kuasa, lihat dokumentasi yang dibekalkan dengan telefon pintar anda. Untuk membeli aksesori untuk telefon pintar anda, hubungi pembekal khidmat wayarles anda atau lawat www.shopblackberry.com. Keselamatan bateri Telefon pintar anda mengandungi bateri litium-ion yang boleh ditanggalkan. Bateri boleh menyebabkan kebakaran, letupan, melecur akibat bahan kimia atau bahaya lain sekiranya tidak dikendalikan dengan betul. Jangan biarkan bateri anda bersentuhan dengan cecair. Jangan menggunakan bateri dalam suhu melebihi 60°C (140°F) kerana ini boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada bateri. Jangan dedahkan telefon pintar dan baterinya kepada api atau sumber haba luaran seperti pinggan panas, bahagian atas dapur, pemanas ruang atau ketuhar kerana hal ini boleh menyebabkan kebakaran atau letupan. Jangan cuba memasukkan objek asing ke dalam bateri. Jangan menghasilkan kembali, menyahhimpun, mengubah suai, menghancurkan, menebuk, melenturkan atau mencarik bateri. Jika bateri telah dihasilkan kembali, dinyahhimpun, diubah suai, dihancurkan, ditebuk atau diubah dalam cara yang lain, berhenti menggunakan bateri serta-merta. Jangan lakukan litar pintas pada bateri atau membenarkan objek logam atau konduksi menyentuh terminal bateri. Kanak-kanak tidak seharusnya mengendalikan bateri melainkan mereka dipantau oleh orang dewasa. Gunakan bateri yang ditentukan oleh BlackBerry sahaja untuk digunakan dengan model khusus telefon pintar anda. BlackBerry menentukan bateri untuk digunakan dalam telefon pintar dengan mematuhi IEEE Std 1725. Menggunakan sebarang jenis bateri lain boleh membatalkan sebarang waranti yang disediakan dengan telefon pintar dan boleh mengakibatkan risiko kebakaran, letupan, kebocoran bateri atau bahaya lain. Sila pastikan anda melupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan yang ditetapkan dalam dokumen ini. Apabila ikon ini kelihatan pada telefon pintar anda, bateri tidak dimasukkan dengan betul. Tanggalkan dan masukkan semula bateri. Pastikan penyambung bateri sejajar dengan penyambung pada telefon pintar anda. Apabila ikon ini kelihatan pada telefon pintar anda, bateri yang tidak sah telah dimasukkan. Tanggalkan bateri itu dengan segera dan masukkan bateri yang ditentukan oleh BlackBerry untuk digunakan dengan model khusus telefon pintar anda. Memandu dan berjalan dengan selamat Jangan gunakan telefon pintar anda semasa anda memandu. Berikan sepenuh perhatian semasa memandu; memandu dengan selamat adalah tanggungjawab anda yang pertama. Anda bertanggungjawab untuk mengetahui dan mematuhi undang-undang dan peraturan berkenaan penggunaan peranti wayarles di kawasan tempat anda memandu. Simpan telefon pintar anda dengan selamat sebelum memandu kenderaan anda. Jika kenderaan anda dilengkapi dengan beg udara, jangan letakkan telefon pintar anda atau aksesori lain di atas beg udara atau dalam kawasan pengembungan beg udara. Jika beg udara mengembung, kecederaan serius boleh berlaku. Isyarat frekuensi radio boleh menjejaskan sistem elektronik dalam kenderaan bermotor yang tidak dipasang dengan betul atau yang tidak dilindungi secukupnya. Semak dengan pengeluar kenderaan atau wakilnya. Jika terdapat sebarang peralatan yang ditambahkan pada kenderaan anda, anda juga harus merujuk kepada pengeluar peralatan itu untuk mendapatkan maklumat tentang isyarat frekuensi radio. Jangan gunakan telefon pintar anda semasa berjalan atau semasa melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan perhatian anda sepenuhnya. Tidak memberi tumpuan kepada lalu lintas atau bahaya pejalan kaki lain boleh menyebabkan kecederaan yang serius, kematian atau kerugian harta benda. Aksesori Gunakan aksesori yang diluluskan oleh BlackBerry sahaja untuk digunakan dengan model telefon pintar khusus ini. Menggunakan sebarang aksesori yang tidak diluluskan boleh membatalkan sebarang kelulusan atau waranti, boleh menyebabkan telefon pintar menjadi tidak boleh dikendalikan dan mungkin berbahaya. Penyelesaian membawa: Telefon pintar anda mungkin tidak disertakan dengan sarung (aksesori yang dipakai di badan). Jika anda memakai telefon pintar anda di badan anda, sentiasa letakkan telefon pintar anda dalam sarung telefon pintar yang dilengkapi klip tali pinggang bersepadu yang dibekalkan atau diluluskan oleh BlackBerry. Jika anda tidak menggunakan sarung yang dilengkapi klip tali pinggang bersepadu yang dibekalkan atau diluluskan oleh BlackBerry semasa anda membawa telefon pintar anda, pastikan jarak telefon pintar anda sekurang-kurangnya 0.59 in. (15 mm) dari badan anda semasa telefon pintar sedang menghantar isyarat. Semasa menggunakan sebarang ciri data telefon pintar anda (contohnya, mesej e-mel, mesej PIN, mesej MMS atau perkhidmatan pelayar), dengan atau tanpa kabel USB, pegang telefon pintar anda sekurang-kurangnya 0.59 in. (15 mm) dari badan anda. Menggunakan aksesori yang tidak dibekalkan atau diluluskan oleh BlackBerry boleh menyebabkan telefon pintar anda melebihi garis panduan pendedahan frekuensi radio. Subjek kajian saintifik berterusan ini adalah berkenaan kemungkinan terdapat sebarang kesan kesihatan jangka masa panjang bagi standard pendedahan terhadap frekuensi radio yang terlampau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pendedahan frekuensi radio, lihat bahagian "Maklumat pematuhan" dokumen ini. Kebanyakan penyelesaian membawa BlackBerry untuk telefon pintar (contohnya, sarung, uncang dan kantung) mempunyai magnet. Jangan letakkan item yang mengandungi komponen jalur magnet seperti kad debit, kad kredit, kad kunci hotel, kad telefon atau item yang serupa, berdekatan penyelesaian pembawa. Magnet boleh merosakkan atau menghapuskan data yang disimpan pada jalur magnet. Magnetometer Telefon pintar anda mengandungi magnetometer. Magnetometer digunakan oleh aplikasi seperti Kompas. Magnet atau peranti yang mengandungi magnet seperti sarung, fon kepala atau monitor mungkin memberi kesan negatif kepada ketepatan magnetometer. Jangan bergantung pada aplikasi yang menggunakan magnetometer untuk menentukan lokasi anda terutamanya dalam situasi kecemasan. Media Sesetengah bidang kuasa mungkin melarang atau menyekat penggunaan anda terhadap ciri tertentu pada telefon pintar anda. Semasa mengambil, memproses atau menggunakan gambar, patuhi semua undang-undang, peraturan, prosedur dan dasar termasuk, tanpa had, sebarang hak cipta yang berkaitan, privasi peribadi, rahsia perdagangan atau undang-undang keselamatan yang mungkin digunakan dalam bidang kuasa di kawasan anda. Hormati hak peribadi orang lain. Perlindungan hak cipta boleh menghalang anda daripada menyalin, mengubah suai, memindahkan atau menghantar semula sesetengah gambar, muzik (termasuk nada dering) atau kandungan lain. Fail audio: Kehilangan pendengaran kekal boleh berlaku jika anda mendengar fail audio pada kelantangan yang tinggi, terutama sekali menggunakan fon kepala. Elakkan daripada meninggikan kelantangan fon kepala anda untuk menghalang bunyi bising di sekeliling anda. Jika anda mengalami dengungan di dalam telinga atau pertuturan kedengaran seperti diredam, berjumpa dengan doktor. Kamera: Jika telefon pintar anda mempunyai kamera, jangan halakan kamera terus pada matahari atau sebarang cahaya lain yang terang. Dengan melakukan perkara ini boleh menyebabkan kecederaan serius kepada mata anda atau merosakkan telefon pintar anda. Semasa menggunakan denyar kamera, kekalkan jarak bukaan LED denyar kamera sekurang-kurangnya 50 cm (19.69 in) dari mata subjek. Antena Gunakan antena bersepadu yang dibekalkan sahaja. Pengubahsuaian atau pemasangan antena tanpa kebenaran boleh merosakkan telefon pintar dan boleh melanggar peraturan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) A.S. Gangguan dengan peralatan elektronik Kebanyakan peralatan elektronik moden dilindungi daripada isyarat frekuensi radio. Namun begitu, peralatan elektronik tertentu mungkin tidak dilindungi daripada isyarat frekuensi radio yang dipancarkan daripada telefon pintar anda. Perentak jantung: Rujuk dengan doktor atau pengeluar perentak jantung anda jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan kesan isyarat frekuensi radio pada perentak jantung anda. Sahkan bahawa anda sedang menggunakan telefon pintar anda mengikut syarat-syarat keselamatan yang berkaitan dengan perentak jantung anda, yang mungkin menyertakan syarat-syarat berikut: sentiasa pastikan jarak telefon pintar anda lebih daripada 20 cm (7.88 inci) dari perentak jantung semasa telefon pintar anda dihidupkan, jangan bawa telefon pintar anda di dalam saku pada dada anda dan gunakan telinga yang bertentangan dengan perentak jantung anda untuk membuat dan menerima panggilan pada telefon pintar anda untuk meminimumkan kemungkinan gangguan. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mengesyaki terdapatnya gangguan, matikan semua sambungan wayarles pada telefon pintar anda dengan serta-merta, berhenti menggunakan telefon pintar anda dan rujuk dengan doktor. Alat bantuan pendengaran: Sesetengah peranti wayarles digital boleh mengganggu sesetengah alat bantuan pendengaran. Sekiranya berlaku gangguan, rujuk pada pembekal khidmat wayarles anda atau hubungi pengeluar alat bantuan pendengaran anda untuk membincangkan cara penggunaan alternatif. Telefon pintar anda mengandungi magnetometer, yang digunakan oleh aplikasi seperti Kompas. Jika aplikasi yang menggunakan magnetometer menyebabkan gangguan pada alat bantuan pendengaran anda, tutup aplikasi itu. Peranti perubatan lain: Jika anda menggunakan sebarang peranti perubatan peribadi yang lain, rujuk pada pengeluar untuk menentukan sama ada peranti perubatan anda dilindungi secukupnya daripada tenaga frekuensi radio luaran. Doktor anda mungkin dapat membantu anda mendapatkan maklumat ini. Kemudahan penjagaan kesihatan: Matikan semua sambungan wayarles pada telefon pintar anda semasa berada di dalam kemudahan penjagaan kesihatan apabila mana-mana peraturan yang ditampalkan di kawasan ini mengarahkan anda untuk berbuat demikian. Hospital atau kemudahan penjagaan kesihatan mungkin menggunakan peralatan yang boleh menjadi sensitif kepada tenaga frekuensi radio luaran. Pesawat: Peraturan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) melarang penggunaan radio peranti wayarles semasa di udara. Matikan semua sambungan wayarles pada telefon pintar anda sebelum menaiki kapal terbang. Kesan menggunakan telefon pintar di dalam kapal terbang semasa sambungan wayarles dihidupkan tidak diketahui. Penggunaan sedemikian mungkin menjejaskan peralatan, komunikasi dan prestasi pesawat, mungkin mengganggu rangkaian, sebaliknya mungkin berbahaya terhadap pengendalian pesawat dan mungkin menyalahi undang-undang. Dengan mematikan semua sambungan wayarles pada telefon pintar anda, gunakan hanya aplikasi peranti yang tidak berasaskan radio selaras dengan peraturan syarikat penerbangan untuk peranti elektronik. Kawasan berbahaya Secara asasnya, telefon pintar anda bukanlah satu peranti yang selamat dan tidak sesuai untuk digunakan dalam persekitaran yang berbahaya, di mana peranti yang benar-benar selamat diperlukan, termasuk tanpa had, di tempat yang terdapat wasap gas, keadaan terdapatnya debu letupan, operasi kemudahan nuklear, perkhidmatan navigasi dan komunikasi pesawat, kawalan trafik udara dan sistem sokongan hayat atau senjata. Persekitaran yang berpotensi untuk meletup: Jika anda berada di kawasan persekitaran yang berpotensi untuk meletup, matikan semua sambungan wayarles pada telefon pintar anda dan patuhi semua papan tanda dan arahan. Percikan api di kawasan sedemikian boleh menyebabkan berlakunya letupan atau kebakaran yang boleh menyebabkan kecederaan pada badan mahupun kematian. Kawasan yang terdapat persekitaran yang berpotensi untuk meletup sering kali tetapi tidak sentiasa ditandakan dengan jelas. Kawasan ini termasuk kawasan mengisi minyak seperti stesen gasolin atau petrol; di bawah dek bot; kemudahan pemindahan atau penyimpanan minyak atau bahan kimia; kenderaan yang menggunakan gas petroleum cecair, seperti propana atau butana; kawasan di mana udaranya mengandungi bahan kimia atau zarah seperti bijian, habuk atau serbuk logam; dan mana- mana kawasan lain di mana anda biasanya dinasihatkan supaya mematikan enjin kenderaan. Jangan menggunakan telefon pada telefon pintar anda untuk melaporkan kebocoran gas di sekitar kawasan kebocoran. Tinggalkan kawasan itu dan buat panggilan daripada lokasi yang selamat jika telefon tersedia dan aktif pada telefon pintar anda. Kawasan letupan: Semasa berada di "kawasan letupan" atau di kawasan yang menunjukkan radio dua hala harus dimatikan untuk mengelakkan gangguan operasi letupan, matikan semua sambungan wayarles pada telefon pintar anda dan patuhi semua papan tanda dan arahan. Suhu pengendalian dan storan Telefon pintar dan pengecas telefon pintar anda direka bentuk untuk dikendalikan dan disimpan dalam suhu yang digariskan di bawah: Pengendalian telefon pintar: 0 hingga 35°C (32 hingga 95°F) Storan telefon pintar: -20 to 35°C (-4 to 95°F) Pengendalian pengecas: 0 hingga 35°C (32 hingga 95°F) Storan pengecas: -30 hingga 75°C (-22 hingga 167°F) Penggunaan atau penyimpanan telefon pintar atau aksesori telefon pintar anda di luar daripada julat suhu yang disyorkan boleh menyebabkan telefon pintar anda menjadi panas yang boleh mengakibatkan kecederaan serius, kematian atau boleh menyebabkan kerosakan kepada telefon pintar, aksesori atau bateri litium-ion. Jauhkan telefon pintar atau aksesori telefon pintar anda daripada sumber haba seperti radiator, pengalir haba, dapur atau alatan lain (termasuk amplifier) yang mengeluarkan haba. Jika anda tidak mahu menggunakan telefon pintar anda untuk lebih daripada dua minggu, matikan kuasa telefon pintar dan tanggalkan baterinya. Pembersihan dan pembaikan telefon pintar Pembersihan: Jangan menggunakan cecair, pembersih aerosol atau pelarut pada atau berdekatan telefon pintar atau aksesori telefon pintar anda termasuk bateri. Bersihkan dengan menggunakan kain kering yang lembut sahaja. Tanggalkan mana-mana kabel daripada komputer dan cabut mana-mana aksesori pengecas daripada salur keluar elektrik sebelum membersihkan telefon pintar atau aksesori pengecas anda. Pembaikan: Jangan cuba mengubah suai, menyahhimpun atau menservis telefon pintar anda atau mana-mana aksesori pengecas. Hanya kakitangan servis yang layak sahaja harus melakukan pembaikan telefon pintar atau aksesori pengecasan anda.

Upload: vuongdiep

Post on 10-May-2018

237 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: P'9983 Smartphone-Maklumat Keselamatan dan Produk · Telefon pintar dan aksesori telefon pintar anda bukan bertujuan untuk digunakan oleh kanak-kanak. Jika anda membenarkan kanak-kanak

PORSCHE DESIGNP'9983 Smartphone

Maklumat Keselamatan dan Produk

PRINTSPEC-146MAT-59963-057

SWD-20140820101543670 | RHB121LW

Maklumat keselamatanSebelum anda mula menggunakan telefon pintar BlackBerry anda (selepas ini dirujuk sebagai telefon pintar), semak maklumat keselamatan dan peraturan yang disediakan dalam dokumen ini. Simpan dokumen ini di tempat yang selamat supaya anda boleh merujuk padanya bila-bila masa yang anda perlukan.

Di sesetengah negara, mungkin terdapat sekatan terhadap penggunaan peranti yang didayakan Bluetooth dan peranti wayarles dengan perisian penyulitan. Semak dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengetahui tentang sekatan di kawasan anda.

Untuk mendapatkan maklumat keselamatan dan produk terkini, lawat www.blackberry.com/docs/smartphones.

Langkah-langkah keselamatan penting

Gunakan bateri dan pengecas yang diluluskan sahaja dengan telefon pintar anda. Penggunaan bateri atau pengecas yang tidak diluluskan oleh BlackBerry boleh menyebabkan risiko kebakaran atau letupan, yang boleh mengakibatkan bahaya yang serius, kematian atau kerugian harta benda.Gunakan sarung yang diluluskan oleh BlackBerry sahaja. Penggunaan sarung yang tidak diluluskan oleh BlackBerry boleh mengakibatkan telefon pintar anda untuk melampaui standard pendedahan frekuensi radio.

Pastikan telefon pintar berada sekurang-kurangnya 0.59 in. (1.5 cm) dari tubuh anda. Apabila anda membawa telefon pintar di badan anda, gunakan hanya aksesori yang dilengkapi klip tali pinggang bersepadu, dan jika aksesori tidak dibekalkan oleh BlackBerry, pastikan bahawa aksesori tidak mengandungi logam. Jika anda tidak mengikut garis panduan ini, telefon pintar anda mungkin melampaui standard pendedahan terhadap frekuensi radio. Subjek kajian saintifik berterusan ini adalah berkenaan kemungkinan terdapat sebarang kesan kesihatan jangka masa panjang bagi standard pendedahan terhadap frekuensi radio yang terlampau.Untuk maklumat selanjutnya tentang pematuhan telefon pintar ini dengan garis panduan pemancaran frekuensi radio FCC, lawati www.fcc.gov/oet/ea/fccid dan cari FCC ID untuk telefon pintar anda yang tersenarai di bawah. FCC ID terdapat di bahagian belakang telefon pintar anda.•Telefon pintar Porsche Design P’9983 daripada BlackBerry (nombor model RHB121LW) FCC ID: L6ARHB120LW

Telefon pintar anda direka bentuk untuk beroperasi dalam suhu antara 0 dan 35°C (32 dan 95°F). Penggunaan telefon pintar anda di luar daripada julat suhu yang disyorkan boleh menyebabkan kerosakan kepada telefon pintar atau bateri litium-ion anda.

Jangan bergantung pada telefon pintar anda untuk komunikasi kecemasan. Rangkaian wayarles yang perlu untuk membuat panggilan kecemasan atau menghantar mesej tidak tersedia di semua kawasan dan nombor kecemasan seperti 911, 112 atau 999, mungkin tidak dapat menyambungkan anda ke perkhidmatan kecemasan di semua kawasan. Jika anda memasang BlackBerry Mobile Voice System pada telefon pintar anda, lihat bahagian "Mengenai panggilan kecemasan dan BlackBerry Mobile Voice System" untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang panggilan kecemasan.

Telefon pintar dan aksesori telefon pintar anda bukan bertujuan untuk digunakan oleh kanak-kanak. Jika anda membenarkan kanak-kanak menggunakan atau mengendalikan telefon pintar, bateri atau aksesori telefon pintar anda, pastikan anda memantau kanak-kanak itu dengan sepenuhnya. Telefon pintar dan aksesori telefon pintar anda mengandungi bahagian kecil yang boleh mendatangkan bahaya akibat tercekik kepada kanak-kanak.

Jauhkan telefon pintar anda daripada peranti perubatan termasuk perentak jantung dan alat bantuan pendengaran kerana alatan itu boleh pincang tugas dan mengakibatkan kecederaan yang serius atau kematian kepada anda dan orang lain.

Jangan biarkan telefon pintar anda bersentuhan dengan air kerana hal ini boleh menyebabkan berlakunya litar pintas, kebakaran atau renjatan elektrik.

Semasa anda menggunakan speaker telefon pintar anda, jangan pegang telefon pintar anda berdekatan dengan telinga anda. Kerosakan pendengaran yang serius dan kekal boleh berlaku.

Pendedahan kepada cahaya yang berkelip pada telefon pintar anda boleh menyebabkan serangan epilepsi atau pitam dan mungkin berbahaya kepada anda atau orang lain. Sekiranya anda mengalami atau penggunaan telefon pintar anda menyebabkan orang lain mengalami sebarang disorientasi, kehilangan kesedaran, sentakan, sawan atau sebarang gerakan luar kawalan, berhenti menggunakan telefon pintar anda serta-merta dan berjumpa dengan doktor. Lampu pemberitahuan LED terdapat di bahagian hadapan telefon pintar anda, di penjuru atas sebelah kanan. Jika model telefon pintar anda mempunyai kamera, bukaan LED denyar kamera terletak di bahagian belakang telefon pintar anda, sama ada di sebelah atas atau kanan lensa kamera. Jika anda mudah terdedah kepada serangan epilepsi atau pitam, rujuk dengan doktor anda sebelum menggunakan telefon pintar anda.

Jangan menggunakan telefon pintar anda semasa memandu melainkan anda dibenarkan oleh undang-undang untuk menggunakan telefon pintar dalam mod bebas tangan. Menggunakan telefon pintar anda semasa memandu boleh meletakkan diri anda dan orang lain dalam risiko kemalangan yang mengakibatkan kecederaan serius, kematian atau kerugian harta benda.

Jangan menggunakan telefon pintar anda di tempat yang terdapat wasap gas kerana boleh menyebabkan risiko kebakaran atau letupan.

Jangan lupuskan telefon pintar anda ke dalam api kerana ini boleh menyebabkan letupan yang mengakibatkan kecederaan serius, kematian atau kerugian harta benda.

Matikan telefon pintar anda semasa di dalam pesawat. Menggunakan telefon pintar anda semasa di dalam pesawat boleh menjejaskan peralatan, komunikasi dan prestasi pesawat; mungkin mengganggu rangkaian, sebaliknya mungkin berbahaya kepada pengendalian pesawat, petugas dan penumpangnya; dan mungkin menyalahi undang-undang.

Telefon pintar bukanlah satu peranti yang selamat dan tidak boleh digunakan di tempat yang terdapat wasap letupan, debu letupan atau bahan kimia lain yang mudah meletup. Percikan api di tempat sedemikian boleh menyebabkan letupan atau kebakaran yang mengakibatkan kecederaan serius, kematian atau kerosakan kepada harta benda.

Menggunakan telefon pintar anda dengan selamat• Jangan letakkan objek berat di atas telefon pintar anda.• Jangan cuba mengubah suai atau menservis telefon pintar anda.• Jangan cuba menutup atau memasukkan objek ke dalam bukaan telefon pintar anda melainkan

diarahkan untuk berbuat demikian dalam dokumentasi telefon pintar yang dibekalkan oleh BlackBerry. Tindakan ini boleh menyebabkan berlakunya litar pintas, kebakaran atau renjatan elektrik.

• Jangan menggunakan objek tajam pada skrin.• Jangan menggunakan kekuatan yang berlebihan pada skrin.• Jangan menggunakan telefon pintar atau aksesori telefon pintar anda berhampiran air (contohnya,

berdekatan tab mandi atau singki, dalam ruangan yang basah atau berdekatan kolam renang).• Jangan meletakkan telefon pintar atau aksesori telefon pintar anda pada mana-mana permukaan

yang tidak stabil. Telefon pintar atau aksesori telefon pintar boleh jatuh, dengan itu berpotensi menyebabkan kecederaan serius kepada seseorang dan kerosakan serius kepada telefon pintar atau aksesori telefon pintar.

• Skrin telefon pintar anda dibuat daripada kaca. Kaca boleh retak atau menyerpih jika telefon pintar anda terjatuh atau tekanan dikenakan terhadap kaca. Jika retak atau menyerpih, jangan sentuh kaca sehingga skrin telah dibaiki.

• Semasa menggunakan telefon pintar anda, berhenti seketika dengan kerap. Jika anda mengalami sebarang ketidakselesaan leher, bahu, lengan, pergelangan tangan, tangan (termasuk ibu jari dan jari-jari yang lain) atau bahagian badan lain semasa menggunakan telefon pintar anda, berhenti menggunakannya dengan serta-merta. Jika ketidakselesaan berterusan, berjumpa dengan doktor.

Keselamatan elektrikCas telefon pintar menggunakan aksesori pengecas yang disediakan oleh BlackBerry atau diluluskan secara khusus oleh BlackBerry untuk digunakan dengan telefon pintar ini. Jangan gunakan aksesori pengecas yang tidak mematuhi Keperluan Pensijilan CTIA untuk Pematuhan Sistem Bateri pada IEEE Std 1725, kerana aksesori itu boleh menyebabkan risiko kebakaran, letupan, kebocoran bateri atau bahaya lain yang boleh mengakibatkan kecederaan serius, kematian atau kerugian harta benda dan boleh membatalkan sebarang waranti.

Model aksesori pengecas yang diluluskan untuk telefon pintar Porsche Design P’9983 daripada BlackBerry

Kabel pengecas: HDW-50071-001, HDW-50071-002Pengecas AC: HDW-30890-001, HDW-31284-001, HDW-47725-001, HDW-53513-001, HDW-53514-001, HDW-53515-001, HDW-53518-001

Gunakan aksesori pengecas yang disediakan dengan telefon pintar atau mana-mana aksesori pengecas yang diluluskan oleh BlackBerry hanya daripada jenis sumber kuasa yang ditunjukkan pada label penanda. Sebelum anda menggunakan sebarang bekalan kuasa, sahkan bahawa voltan utama adalah sama dengan voltan yang dicetak pada bekalan kuasa. Sambungkan telefon pintar hanya pada penyesuai yang diiktiraf oleh CTIA, produk yang memaparkan logo USB-IF atau produk yang telah melengkapkan program pematuhan USB-IF.Jangan menyaratkan soket elektrik, kord sambungan atau bekas kemudahan kerana ini boleh menyebabkan risiko kebakaran atau renjatan elektrik. Untuk mengurangkan risiko kerosakan terhadap kord atau plag, tarik plag dan bukannya kord semasa anda menanggalkan aksesori pengecas daripada soket elektrik atau bekas kemudahan.Lindungi kord kuasa daripada dipijak atau dihimpit, terutama sekali pada bekas kemudahan dan tempat di mana kord kuasa disambungkan ke telefon pintar. Sentiasa halakan kord kuasa dengan cara yang mengurangkan risiko kecederaan kepada orang lain seperti tersandung atau terjerut. Tanggalkan aksesori pengecasan semasa berlakunya ribut petir atau semasa tidak digunakan. Jangan menggunakan aksesori pengecasan di luar atau di mana-mana tempat yang terdedah kepada unsur-unsur.Untuk maklumat selanjutnya tentang menyambungkan bekalan kuasa, lihat dokumentasi yang dibekalkan dengan telefon pintar anda.Untuk membeli aksesori untuk telefon pintar anda, hubungi pembekal khidmat wayarles anda atau lawat www.shopblackberry.com.

Keselamatan bateriTelefon pintar anda mengandungi bateri litium-ion yang boleh ditanggalkan.

Bateri boleh menyebabkan kebakaran, letupan, melecur akibat bahan kimia atau bahaya lain sekiranya tidak dikendalikan dengan betul. Jangan biarkan bateri anda bersentuhan dengan cecair.

Jangan menggunakan bateri dalam suhu melebihi 60°C (140°F) kerana ini boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada bateri.

Jangan dedahkan telefon pintar dan baterinya kepada api atau sumber haba luaran seperti pinggan panas, bahagian atas dapur, pemanas ruang atau ketuhar kerana hal ini boleh menyebabkan kebakaran atau letupan.

Jangan cuba memasukkan objek asing ke dalam bateri. Jangan menghasilkan kembali, menyahhimpun, mengubah suai, menghancurkan, menebuk, melenturkan atau mencarik bateri. Jika bateri telah dihasilkan kembali, dinyahhimpun, diubah suai, dihancurkan, ditebuk atau diubah dalam cara yang lain, berhenti menggunakan bateri serta-merta.

Jangan lakukan litar pintas pada bateri atau membenarkan objek logam atau konduksi menyentuh terminal bateri.

Kanak-kanak tidak seharusnya mengendalikan bateri melainkan mereka dipantau oleh orang dewasa.

Gunakan bateri yang ditentukan oleh BlackBerry sahaja untuk digunakan dengan model khusus telefon pintar anda. BlackBerry menentukan bateri untuk digunakan dalam telefon pintar dengan mematuhi IEEE Std 1725. Menggunakan sebarang jenis bateri lain boleh membatalkan sebarang waranti yang disediakan dengan telefon pintar dan boleh mengakibatkan risiko kebakaran, letupan, kebocoran bateri atau bahaya lain. Sila pastikan anda melupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan yang ditetapkan dalam dokumen ini.

Apabila ikon ini kelihatan pada telefon pintar anda, bateri tidak dimasukkan dengan betul. Tanggalkan dan masukkan semula bateri. Pastikan penyambung bateri sejajar dengan penyambung pada telefon pintar anda.

Apabila ikon ini kelihatan pada telefon pintar anda, bateri yang tidak sah telah dimasukkan. Tanggalkan bateri itu dengan segera dan masukkan bateri yang ditentukan oleh BlackBerry untuk digunakan dengan model khusus telefon pintar anda.

Memandu dan berjalan dengan selamatJangan gunakan telefon pintar anda semasa anda memandu. Berikan sepenuh perhatian semasa memandu; memandu dengan selamat adalah tanggungjawab anda yang pertama. Anda bertanggungjawab untuk mengetahui dan mematuhi undang-undang dan peraturan berkenaan penggunaan peranti wayarles di kawasan tempat anda memandu.

Simpan telefon pintar anda dengan selamat sebelum memandu kenderaan anda. Jika kenderaan anda dilengkapi dengan beg udara, jangan letakkan telefon pintar anda atau aksesori lain di atas beg udara atau dalam kawasan pengembungan beg udara. Jika beg udara mengembung, kecederaan serius boleh berlaku.

Isyarat frekuensi radio boleh menjejaskan sistem elektronik dalam kenderaan bermotor yang tidak dipasang dengan betul atau yang tidak dilindungi secukupnya. Semak dengan pengeluar kenderaan atau wakilnya. Jika terdapat sebarang peralatan yang ditambahkan pada kenderaan anda, anda juga harus merujuk kepada pengeluar peralatan itu untuk mendapatkan maklumat tentang isyarat frekuensi radio.

Jangan gunakan telefon pintar anda semasa berjalan atau semasa melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan perhatian anda sepenuhnya. Tidak memberi tumpuan kepada lalu lintas atau bahaya pejalan kaki lain boleh menyebabkan kecederaan yang serius, kematian atau kerugian harta benda.

AksesoriGunakan aksesori yang diluluskan oleh BlackBerry sahaja untuk digunakan dengan model telefon pintar khusus ini. Menggunakan sebarang aksesori yang tidak diluluskan boleh membatalkan sebarang kelulusan atau waranti, boleh menyebabkan telefon pintar menjadi tidak boleh dikendalikan dan mungkin berbahaya.

Penyelesaian membawa: Telefon pintar anda mungkin tidak disertakan dengan sarung (aksesori yang dipakai di badan). Jika anda memakai telefon pintar anda di badan anda, sentiasa letakkan telefon pintar anda dalam sarung telefon pintar yang dilengkapi klip tali pinggang bersepadu yang dibekalkan atau diluluskan oleh BlackBerry. Jika anda tidak menggunakan sarung yang dilengkapi klip tali pinggang bersepadu yang dibekalkan atau diluluskan oleh BlackBerry semasa anda membawa telefon pintar anda, pastikan jarak telefon pintar anda sekurang-kurangnya 0.59 in. (15 mm) dari badan anda semasa telefon pintar sedang menghantar isyarat. Semasa menggunakan sebarang ciri data telefon pintar anda (contohnya, mesej e-mel, mesej PIN, mesej MMS atau perkhidmatan pelayar), dengan atau tanpa kabel USB, pegang telefon pintar anda sekurang-kurangnya 0.59 in. (15 mm) dari badan anda. Menggunakan aksesori yang tidak dibekalkan atau diluluskan oleh BlackBerry boleh menyebabkan telefon pintar anda melebihi garis panduan pendedahan frekuensi radio. Subjek kajian saintifik berterusan ini adalah berkenaan kemungkinan terdapat sebarang kesan kesihatan jangka masa panjang bagi standard pendedahan terhadap frekuensi radio yang terlampau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pendedahan frekuensi radio, lihat bahagian "Maklumat pematuhan" dokumen ini.

Kebanyakan penyelesaian membawa BlackBerry untuk telefon pintar (contohnya, sarung, uncang dan kantung) mempunyai magnet. Jangan letakkan item yang mengandungi komponen jalur magnet seperti kad debit, kad kredit, kad kunci hotel, kad telefon atau item yang serupa, berdekatan penyelesaian pembawa. Magnet boleh merosakkan atau menghapuskan data yang disimpan pada jalur magnet.

MagnetometerTelefon pintar anda mengandungi magnetometer. Magnetometer digunakan oleh aplikasi seperti Kompas. Magnet atau peranti yang mengandungi magnet seperti sarung, fon kepala atau monitor mungkin memberi kesan negatif kepada ketepatan magnetometer. Jangan bergantung pada aplikasi yang menggunakan magnetometer untuk menentukan lokasi anda terutamanya dalam situasi kecemasan.

MediaSesetengah bidang kuasa mungkin melarang atau menyekat penggunaan anda terhadap ciri tertentu pada telefon pintar anda. Semasa mengambil, memproses atau menggunakan gambar, patuhi semua undang-undang, peraturan, prosedur dan dasar termasuk, tanpa had, sebarang hak cipta yang berkaitan, privasi peribadi, rahsia perdagangan atau undang-undang keselamatan yang mungkin digunakan dalam bidang kuasa di kawasan anda. Hormati hak peribadi orang lain. Perlindungan hak cipta boleh menghalang anda daripada menyalin, mengubah suai, memindahkan atau menghantar semula sesetengah gambar, muzik (termasuk nada dering) atau kandungan lain.

Fail audio: Kehilangan pendengaran kekal boleh berlaku jika anda mendengar fail audio pada kelantangan yang tinggi, terutama sekali menggunakan fon kepala. Elakkan daripada meninggikan

kelantangan fon kepala anda untuk menghalang bunyi bising di sekeliling anda. Jika anda mengalami dengungan di dalam telinga atau pertuturan kedengaran seperti diredam, berjumpa dengan doktor.

Kamera: Jika telefon pintar anda mempunyai kamera, jangan halakan kamera terus pada matahari atau sebarang cahaya lain yang terang. Dengan melakukan perkara ini boleh menyebabkan kecederaan serius kepada mata anda atau merosakkan telefon pintar anda. Semasa menggunakan denyar kamera, kekalkan jarak bukaan LED denyar kamera sekurang-kurangnya 50 cm (19.69 in) dari mata subjek.

AntenaGunakan antena bersepadu yang dibekalkan sahaja. Pengubahsuaian atau pemasangan antena tanpa kebenaran boleh merosakkan telefon pintar dan boleh melanggar peraturan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) A.S.

Gangguan dengan peralatan elektronikKebanyakan peralatan elektronik moden dilindungi daripada isyarat frekuensi radio. Namun begitu, peralatan elektronik tertentu mungkin tidak dilindungi daripada isyarat frekuensi radio yang dipancarkan daripada telefon pintar anda.

Perentak jantung: Rujuk dengan doktor atau pengeluar perentak jantung anda jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan kesan isyarat frekuensi radio pada perentak jantung anda. Sahkan bahawa anda sedang menggunakan telefon pintar anda mengikut syarat-syarat keselamatan yang berkaitan dengan perentak jantung anda, yang mungkin menyertakan syarat-syarat berikut: sentiasa pastikan jarak telefon pintar anda lebih daripada 20 cm (7.88 inci) dari perentak jantung semasa telefon pintar anda dihidupkan, jangan bawa telefon pintar anda di dalam saku pada dada anda dan gunakan telinga yang bertentangan dengan perentak jantung anda untuk membuat dan menerima panggilan pada telefon pintar anda untuk meminimumkan kemungkinan gangguan. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mengesyaki terdapatnya gangguan, matikan semua sambungan wayarles pada telefon pintar anda dengan serta-merta, berhenti menggunakan telefon pintar anda dan rujuk dengan doktor.

Alat bantuan pendengaran: Sesetengah peranti wayarles digital boleh mengganggu sesetengah alat bantuan pendengaran. Sekiranya berlaku gangguan, rujuk pada pembekal khidmat wayarles anda atau hubungi pengeluar alat bantuan pendengaran anda untuk membincangkan cara penggunaan alternatif.

Telefon pintar anda mengandungi magnetometer, yang digunakan oleh aplikasi seperti Kompas. Jika aplikasi yang menggunakan magnetometer menyebabkan gangguan pada alat bantuan pendengaran anda, tutup aplikasi itu.

Peranti perubatan lain: Jika anda menggunakan sebarang peranti perubatan peribadi yang lain, rujuk pada pengeluar untuk menentukan sama ada peranti perubatan anda dilindungi secukupnya daripada tenaga frekuensi radio luaran. Doktor anda mungkin dapat membantu anda mendapatkan maklumat ini.

Kemudahan penjagaan kesihatan: Matikan semua sambungan wayarles pada telefon pintar anda semasa berada di dalam kemudahan penjagaan kesihatan apabila mana-mana peraturan yang ditampalkan di kawasan ini mengarahkan anda untuk berbuat demikian. Hospital atau kemudahan penjagaan kesihatan mungkin menggunakan peralatan yang boleh menjadi sensitif kepada tenaga frekuensi radio luaran.

Pesawat: Peraturan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) melarang penggunaan radio peranti wayarles semasa di udara. Matikan semua sambungan wayarles pada telefon pintar anda sebelum menaiki kapal terbang. Kesan menggunakan telefon pintar di dalam kapal terbang semasa sambungan wayarles dihidupkan tidak diketahui. Penggunaan sedemikian mungkin menjejaskan peralatan, komunikasi dan prestasi pesawat, mungkin mengganggu rangkaian, sebaliknya mungkin berbahaya terhadap pengendalian pesawat dan mungkin menyalahi undang-undang. Dengan mematikan semua sambungan wayarles pada telefon pintar anda, gunakan hanya aplikasi peranti yang tidak berasaskan radio selaras dengan peraturan syarikat penerbangan untuk peranti elektronik.

Kawasan berbahayaSecara asasnya, telefon pintar anda bukanlah satu peranti yang selamat dan tidak sesuai untuk digunakan dalam persekitaran yang berbahaya, di mana peranti yang benar-benar selamat diperlukan, termasuk tanpa had, di tempat yang terdapat wasap gas, keadaan terdapatnya debu letupan, operasi kemudahan nuklear, perkhidmatan navigasi dan komunikasi pesawat, kawalan trafik udara dan sistem sokongan hayat atau senjata.

Persekitaran yang berpotensi untuk meletup: Jika anda berada di kawasan persekitaran yang berpotensi untuk meletup, matikan semua sambungan wayarles pada telefon pintar anda dan patuhi semua papan tanda dan arahan. Percikan api di kawasan sedemikian boleh menyebabkan berlakunya letupan atau kebakaran yang boleh menyebabkan kecederaan pada badan mahupun kematian.

Kawasan yang terdapat persekitaran yang berpotensi untuk meletup sering kali tetapi tidak sentiasa ditandakan dengan jelas. Kawasan ini termasuk kawasan mengisi minyak seperti stesen gasolin atau petrol; di bawah dek bot; kemudahan pemindahan atau penyimpanan minyak atau bahan kimia; kenderaan yang menggunakan gas petroleum cecair, seperti propana atau butana; kawasan di mana udaranya mengandungi bahan kimia atau zarah seperti bijian, habuk atau serbuk logam; dan mana-mana kawasan lain di mana anda biasanya dinasihatkan supaya mematikan enjin kenderaan.

Jangan menggunakan telefon pada telefon pintar anda untuk melaporkan kebocoran gas di sekitar kawasan kebocoran. Tinggalkan kawasan itu dan buat panggilan daripada lokasi yang selamat jika telefon tersedia dan aktif pada telefon pintar anda.

Kawasan letupan: Semasa berada di "kawasan letupan" atau di kawasan yang menunjukkan radio dua hala harus dimatikan untuk mengelakkan gangguan operasi letupan, matikan semua sambungan wayarles pada telefon pintar anda dan patuhi semua papan tanda dan arahan.

Suhu pengendalian dan storanTelefon pintar dan pengecas telefon pintar anda direka bentuk untuk dikendalikan dan disimpan dalam suhu yang digariskan di bawah:

Pengendalian telefon pintar: 0 hingga 35°C (32 hingga 95°F)

Storan telefon pintar: -20 to 35°C (-4 to 95°F)

Pengendalian pengecas: 0 hingga 35°C (32 hingga 95°F)

Storan pengecas: -30 hingga 75°C (-22 hingga 167°F)

Penggunaan atau penyimpanan telefon pintar atau aksesori telefon pintar anda di luar daripada julat suhu yang disyorkan boleh menyebabkan telefon pintar anda menjadi panas yang boleh mengakibatkan kecederaan serius, kematian atau boleh menyebabkan kerosakan kepada telefon pintar, aksesori atau bateri litium-ion.

Jauhkan telefon pintar atau aksesori telefon pintar anda daripada sumber haba seperti radiator, pengalir haba, dapur atau alatan lain (termasuk amplifier) yang mengeluarkan haba. Jika anda tidak mahu menggunakan telefon pintar anda untuk lebih daripada dua minggu, matikan kuasa telefon pintar dan tanggalkan baterinya.

Pembersihan dan pembaikan telefon pintarPembersihan: Jangan menggunakan cecair, pembersih aerosol atau pelarut pada atau berdekatan telefon pintar atau aksesori telefon pintar anda termasuk bateri. Bersihkan dengan menggunakan kain kering yang lembut sahaja. Tanggalkan mana-mana kabel daripada komputer dan cabut mana-mana aksesori pengecas daripada salur keluar elektrik sebelum membersihkan telefon pintar atau aksesori pengecas anda.

Pembaikan: Jangan cuba mengubah suai, menyahhimpun atau menservis telefon pintar anda atau mana-mana aksesori pengecas. Hanya kakitangan servis yang layak sahaja harus melakukan pembaikan telefon pintar atau aksesori pengecasan anda.

Page 2: P'9983 Smartphone-Maklumat Keselamatan dan Produk · Telefon pintar dan aksesori telefon pintar anda bukan bertujuan untuk digunakan oleh kanak-kanak. Jika anda membenarkan kanak-kanak

Jika mana-mana situasi berikut berlaku, cabut kabel bekalan kuasa daripada komputer atau salur keluar elektrik dan bawa telefon pintar atau aksesori pengecas anda kepada kakitangan servis yang layak untuk diservis:

• Kord, plag atau penyambung bekalan kuasa rosak.• Terdapat cecair yang tertumpah atau objek terjatuh pada telefon pintar atau aksesori pengecas.• Telefon pintar atau aksesori pengecas telah terdedah kepada hujan atau air.• Telefon pintar atau aksesori pengecas telah menjadi terlalu panas untuk disentuh.• Telefon pintar, aksesori pengecas atau bateri telah terjatuh atau rosak dalam apa jua cara.• Telefon pintar atau aksesori pengecas tidak beroperasi secara normal dengan mengikuti arahan di

dalam dokumentasi pengguna.• Telefon pintar atau aksesori pengecas menunjukkan perubahan ketara dalam prestasi.

Untuk mengurangkan risiko kebakaran atau renjatan elektrik, laraskan kawalan yang diliputi dalam dokumentasi pengguna untuk telefon pintar anda sahaja. Pelarasan kawalan lain yang tidak wajar boleh menyebabkan kerosakan dan biasanya memerlukan usaha yang banyak daripada juruteknik yang berkelayakan untuk memulihkan telefon pintar anda, aksesori pengecasan atau aksesori lain supaya dapat beroperasi seperti biasa.

Kegagalan untuk mematuhi semua arahan-arahan keselamatan yang terkandung di dalam dokumentasi pengguna untuk telefon pintar anda akan membatalkan Waranti Terhad dan mungkin membawa kepada penggantungan atau penafian perkhidmatan kepada pesalah itu, tindakan undang-undang atau kedua-duanya.

Pelupusan telefon pintar dan bateri

Jangan lupuskan telefon pintar anda atau baterinya dalam tong sampah di rumah atau di dalam api.

Telefon pintar anda dan baterinya boleh dikitar semula jika terdapat kemudahan kitar semula. Simbol ini bukan bertujuan untuk menandakan penggunaan bahan yang dikitar semula.

Di Amerika Syarikat dan Kanada, anda boleh mengitar semula telefon pintar dan bateri anda melalui program Call2Recycle. Untuk maklumat lanjut, di Amerika Syarikat lawati www.call2recycle.org dan di Kanada lawati www.call2recycle.ca.

Untuk maklumat tentang mengembalikan telefon pintar dan aksesori anda ke BlackBerry untuk dikitar semula dan dilupuskan dengan selamat, daripada pelayar di komputer anda, lawat www.blackberry.com/recycling atau https://tradeup.blackberry.com. Program kitar semula dan tukar beli hanya dilakukan di kawasan tertentu.Jika program ini tidak ditawarkan di kawasan anda, semak dengan kerajaan tempatan anda untuk mendapatkan peraturan berkenaan cara pelupusan produk elektronik yang betul.Lupuskan telefon pintar anda dan baterinya mengikut undang-undang dan peraturan di kawasan anda yang mengawal pelupusan jenis sel tersebut.

Maklumat pematuhan

Pendedahan terhadap isyarat frekuensi radioRadio telefon pintar ialah pemancar dan penerima radio bertenaga rendah. Ia direka bentuk bagi mematuhi Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) dan garis panduan serta had Majlis Kesatuan Eropah dan garis panduan antarabangsa lain yang berkaitan dengan tahap keselamatan pendedahan frekuensi radio untuk peranti wayarles. Garis panduan ini dibuat oleh pakar saintifik bebas, kerajaan dan organisasi termasuk Institut Standard Jurutera Elektrik dan Elektronik (IEEE), Majlis Kebangsaan Perlindungan dan Pengukuran Radiasi (NCRP) dan Suruhanjaya Antarabangsa Terhadap Perlindungan Sinaran Tidak Mengion (ICNIRP).

Untuk terus mematuhi FCC, EU dan garis panduan serta had pendedahan terhadap frekuensi radio antarabangsa yang berkaitan, pastikan telefon pintar berada sekurang-kurangnya 0.59 in. (1.5 cm) dari tubuh anda. Apabila anda membawa telefon pintar di badan anda, gunakan aksesori yang dilengkapi klip tali pinggang bersepadu yang dibekalkan atau diluluskan oleh BlackBerry sahaja. Jika anda menggunakan aksesori yang dipakai di badan yang tidak dibekalkan oleh BlackBerry, pastikan bahawa aksesori itu tidak mengandungi logam dan pastikan jarak telefon pintar sekurang-kurangnya 0.59 in. (1.5 cm) dari tubuh anda.

Untuk mengurangkan pendedahan frekuensi radio: (i) gunakan telefon pintar di kawasan yang mempunyai isyarat wayarles yang kuat; (ii) gunakan pilihan bebas tangan; dan (iii) kurangkan jumlah masa yang diluangkan untuk panggilan atau hantar e-mel, mesej teks ataupun mesej BBM sahaja.

Data kadar penyerapan khususMODEL PERANTI WAYARLES INI MEMENUHI SYARAT KERAJAAN TERHADAP PENDEDAHAN KEPADA GELOMBANG RADIO APABILA DIGUNAKAN SEPERTI YANG DIARAHKAN DALAM BAHAGIAN INI.Telefon pintar ini direka bentuk dan dikilangkan untuk tidak melebihi had pemancaran untuk pendedahan kepada tenaga frekuensi radio (RF) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) Kerajaan A.S. dan disyorkan oleh Majlis Kesatuan Eropah apabila digunakan seperti yang diarahkan dalam bahagian sebelumnya. Had ini adalah sebahagian daripada garis panduan menyeluruh dan mewujudkan paras tenaga RF yang dibenarkan untuk masyarakat umum. Garis panduan ini berdasarkan pada standard yang dibangunkan oleh organisasi sains bebas menerusi penilaian berkala dan teliti kajian saintifik. Standard pendedahan untuk peranti wayarles menggunakan unit ukuran yang dikenali sebagai Kadar Penyerapan Khusus atau SAR. Had SAR yang ditetapkan oleh FCC ialah 1.6W/kg*. Had SAR yang disyorkan oleh Majlis Kesatuan Eropah ialah 2.0W/kg**. Ujian untuk SAR dijalankan menggunakan kedudukan pengendalian standard yang ditentukan oleh FCC dengan peranti memancar pada aras kuasa tertinggi yang disahkan dalam semua jalur frekuensi yang diuji. Walaupun SAR ditentukan pada aras kuasa tertinggi yang disahkan, aras SAR sebenar peranti semasa sedang digunakan boleh berada di bawah nilai maksimum. Ini kerana peranti direka bentuk untuk beroperasi pada berbilang aras kuasa supaya menggunakan hanya kuasa yang diperlukan untuk mencapai rangkaian. Secara umumnya, lebih dekat anda berada pada antena stesen pangkalan wayarles, lebih kurang output kuasanya.

Nilai SAR tertinggi untuk telefon pintar ini apabila diuji untuk digunakan pada telinga ialah:

Telefon pintar SAR (W/kg) untuk 1 g (FCC)

SAR (W/kg) untuk 1 g (India)

SAR (W/kg) untuk 10 g (R&TTE)

Telefon pintar Porsche Design P’9983 daripada BlackBerry (nombor model RHB121LW)

1.06 1.11 0.64

Nilai SAR tertinggi untuk telefon pintar ini apabila diuji dalam sarung yang diluluskan BlackBerry dengan klip tali pinggang bersepadu dan pada jarak 0.59 inch (1.5 cm) dari tubuh, ialah:

Telefon pintar SAR (W/kg) untuk 1 g (FCC)

SAR (W/kg) untuk 1 g (India)

SAR (W/kg) untuk 10 g (R&TTE)

Telefon pintar Porsche Design P’9983 daripada BlackBerry (nombor model RHB121LW)

1.05 0.82 0.53

Apabila dikendalikan dalam mod Hotspot Mudah Alih, nilai SAR tertinggi untuk telefon pintar ini, apabila diuji dalam sarung yang diluluskan BlackBerry dengan klip tali pinggang bersepadu, ialah:

Telefon pintar SAR (W/kg) untuk 1 g (FCC)

Telefon pintar Porsche Design P’9983 daripada BlackBerry (nombor model RHB121LW)

1.32

Ukuran pakai di badan (jarak pemisahan disyorkan) berbeza-beza antara model peranti wayarles, termasuklah telefon pintar, bergantung pada aksesori yang dibekalkan atau tersedia dan keperluan FCC dan Majlis Kesatuan Eropah yang berkaitan.

FCC telah memberi Kebenaran Kelengkapan untuk telefon pintar ini berdasarkan tahap SAR dilaporkan yang mematuhi garis panduan pemancaran frekuensi radio FCC apabila telefon pintar digunakan seperti yang diarahkan dalam bahagian ini. Maklumat SAR tentang telefon pintar ini terdapat pada fail dengan FCC dan boleh ditemui dalam bahagian Geran Paparan www.fcc.gov/oet/ea selepas mencari FCC ID untuk telefon pintar anda yang disenaraikan di bawah.

Telefon pintar FCC ID

Telefon pintar Porsche Design P’9983 daripada BlackBerry (nombor model RHB121LW)

L6ARHB120LW

Maklumat tambahan berkenaan SAR boleh ditemui pada www.ctia.org (CTIA - The Wireless Association) atau www.tele.soumu.go.jp/e/index.htm (Biro Telekomunikasi Kementerian Hal Ehwal Dalaman dan Komunikasi).

___________________________________

* Di Amerika Syarikat dan Kanada, had SAR untuk peranti mudah alih yang digunakan oleh orang awam ialah 1.6W/kg dipuratakan bagi 1 g tisu untuk badan atau kepala (4.0W/kg dipuratakan bagi 10 g tisu untuk bahagian hujung - tangan, pergelangan tangan, pergelangan kaki dan kaki).** Di Eropah, had SAR untuk peranti mudah alih yang digunakan oleh orang awam ialah 2.0W/kg dipuratakan bagi 10 g tisu untuk badan atau kepala (4.0W/kg dipuratakan bagi 10 g tisu untuk bahagian hujung - tangan, pergelangan tangan, pergelangan kaki dan kaki). Kajian menunjukkan bahawa standard menggabungkan margin keselamatan yang luas untuk memberi perlindungan tambahan kepada orang ramai dan untuk mengambil kira apa-apa perubahan dalam ukuran.

Penyata pematuhan FCC (Amerika Syarikat)FCC Kelas B Bahagian 15 Telefon pintar ini mematuhi Bahagian 15 Peraturan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC). Operasi tertakluk pada dua syarat berikut: (1) telefon pintar ini tidak boleh menyebabkan gangguan yang berbahaya dan (2) telefon pintar ini perlu menerima sebarang gangguan yang diterima termasuk gangguan yang boleh menyebabkan operasi yang tidak diingini.

Perubahan atau pengubahsuaian kepada unit ini yang tidak diluluskan dengan jelas oleh pihak yang bertanggungjawab ke atas pematuhan boleh membatalkan kuasa pengguna untuk mengendalikan peralatan ini.

Peralatan ini telah diuji dan didapati mematuhi had untuk peranti digital Kelas B, selaras dengan Bahagian 15 Peraturan FCC. Had ini direka bentuk untuk memberikan perlindungan yang munasabah terhadap gangguan yang berbahaya dalam pemasangan kediaman. Peralatan ini menjana, menggunakan dan boleh memancarkan tenaga frekuensi radio dan jika tidak dipasang dan digunakan menurut arahan pengeluar, boleh menyebabkan gangguan yang berbahaya kepada komunikasi radio.

Tiada jaminan diberikan, namun begitu, gangguan itu tidak akan berlaku dalam pemasangan tertentu. Jika peralatan ini menyebabkan gangguan berbahaya kepada penerimaan isyarat radio atau televisyen, yang boleh ditentukan dengan menghidupkan dan mematikan peralatan, pengguna digalakkan untuk cuba membaiki gangguan itu dengan salah satu atau lebih daripada langkah-langkah berikut: orientasi semula atau ubah semula kedudukan antena penerima, jauhkan jarak antara peralatan dan penerima, sambungkan peralatan ke salur keluar elektrik pada litar yang lain daripada salur keluar elektrik di mana penerima disambungkan atau rujuk dengan pengedar atau juruteknik radio atau TV yang berpengalaman untuk mendapatkan bantuan.

Maklumat AS Berkenaan Keperluan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan ("FCC") untuk Keserasian Alat Bantuan Pendengaran dengan Peranti WayarlesApabila peranti wayarles digunakan berdekatan peranti pendengaran (seperti alat bantuan pendengaran dan implan koklea), pengguna mungkin dapat mengesan hingar baz, dengungan atau lolongan. Sesetengah peranti pendengaran lebih lali kepada gangguan ini daripada peranti yang lain dan peranti wayarles juga berbeza-beza dalam jumlah gangguan yang dijananya.

Industri telefon wayarles telah membangunkan penarafan untuk membantu pengguna peranti pendengaran dalam mencari peranti wayarles yang serasi dengan peranti pendengaran mereka. Tidak semua peranti wayarles telah dinilai. Peranti wayarles yang telah dinilai akan memaparkan penarafan pada kotak bersama-sama dengan tanda kelulusan lain yang berkaitan.

Penarafan tidak dijamin. Keputusannya berbeza-beza bergantung pada peranti pendengaran dan tahap kehilangan pendengaran pengguna. Jika peranti pendengaran anda mudah terdedah kepada gangguan, anda mungkin tidak dapat menggunakan peranti wayarles yang dinilai dengan baik.

Merujuk dengan pakar kesihatan pendengaran anda dan menguji peranti wayarles dengan peranti pendengaran anda adalah cara yang terbaik untuk menilainya bagi keperluan peribadi anda.

Telefon pintar ini telah diuji dan dinilai untuk digunakan dengan alat bantuan pendengaran bagi sesetengah teknologi wayarles yang digunakan oleh telefon pintar. Namun begitu, teknologi wayarles lain yang belum diuji untuk digunakan dengan alat bantuan pendengaran boleh digunakan dalam telefon pintar ini. Penting bagi anda untuk mencuba sepenuhnya ciri telefon pintar anda yang lain dan di lokasi berlainan bagi menentukan sekiranya anda mendengar sebarang hingar gangguan semasa menggunakan telefon pintar ini dengan alat bantuan pendengaran atau implan koklea anda. Rujuk pada pembekal khidmat wayarles anda mengenai dasar pemulangan dan pertukarannya dan untuk mendapatkan maklumat tentang keserasian alat bantuan pendengaran.

Bagaimana penarafan berfungsi

Penarafan M: Peranti wayarles yang dinilai M3 atau M4 memenuhi syarat FCC dan berkemungkinan menjana kurang gangguan kepada peranti pendengaran berbanding peranti wayarles yang tidak dilabelkan. M4 adalah lebih baik atau lebih tinggi daripada kedua-dua penarafan.

Penarafan T: Peranti wayarles yang dinilai T3 atau T4 memenuhi syarat FCC dan berkemungkinan lebih mudah digunakan dengan gegelung tele ("Suis T" atau "Suis Telefon") berbanding peranti wayarles yang tidak dinilai. T4 adalah lebih baik atau lebih tinggi daripada kedua-dua penarafan. (Ambil perhatian bahawa bukan semua peranti pendengaran mempunyai gegelung tele di dalamnya.)

Peranti pendengaran juga boleh diukur untuk ketahanan kepada jenis gangguan ini. Pengeluar peranti pendengaran atau pakar kesihatan pendengaran anda boleh membantu anda membuat keputusan dalam memilih peranti pendengaran. Lebih tinggi ketahanan alat bantuan pendengaran anda, kurang kemungkinannya bagi anda untuk mengalami gangguan hingar daripada peranti wayarles.

Untuk maklumat selanjutnya tentang tindakan yang telah diambil oleh FCC berhubung keserasian alat bantuan pendengaran dengan peranti wayarles dan langkah-langkah lain yang telah diambil oleh FCC untuk memastikan individu yang mempunyai kekurangan mempunyai akses kepada perkhidmatan telekomunikasi, lawat www.fcc.gov/cgb/dro.

Pematuhan peraturan EUBlackBerry dengan ini mengisytiharkan bahawa telefon pintar ini mematuhi keperluan penting dan peruntukan lain yang berkaitan dengan Peralatan Terminal Radio dan Telekomunikasi (R&TTE) Arahan 1999/5/EC.

Telefon pintar Porsche Design P’9983 daripada BlackBerry (nombor model RHB121LW):

Pengisytiharan Kepatuhan yang dibuat di bawah Arahan 1999/5/EC (HG nr.88/2003) boleh dilihat di lokasi berikut dalam komuniti EU: www.blackberry.com/go/declarationofconformity.

BlackBerry UK Limited 200 Bath Road Slough, Berkshire SL1 3XE United Kingdom

Jika anda memiliki telefon pintar Wi-Fi yang didayakan , telefon pintar anda boleh beroperasi di rangkaian Wi-Fi di semua negara ahli Kesatuan Eropah. Peralatan ini boleh beroperasi di Turki.

Jurnal Rasmi Keputusan Suruhanjaya Kesatuan Eropah pada 12 Februari 2007 menyatakan bahawa dalam jalur frekuensi 5.150 hingga 5.350 GHz, sistem akses wayarles (WAS), termasuk rangkaian kawasan setempat radio (RLAN), hendaklah dihadkan untuk kegunaan dalaman. Oleh sebab penciptaan rangkaian adalah dalam domain titik akses wayarles dan pusat akses ialah peranti utama, telefon pintar ini tidak pernah memulakan penciptaan rangkaian atau bersambung ke rangkaian dalam mod ad-hoc dalam jalur frekuensi 5.150 hingga 5.350 GHz.

Pematuhan peraturan tambahanButiran terperinci mengenai pematuhan kepada standard dan badan-badan kawal selia untuk telefon pintar anda boleh didapati daripada BlackBerry.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi Jenis Kelulusan, pergi ke senarai juntai bawah Peraturan Kelulusan pada skrin Perihal dalam aplikasi Tetapan di telefon pintar anda.

Maklumat produk: Telefon pintar Porsche Design P’9983 daripada BlackBerrySifat mekanikal:• Berat: kira-kira 140 g (4.9 oz) termasuk bateri sel litium-ion• Saiz (P x L x T): 119.6 x 66.8 x 10.35 mm (119 x 67.1 x 10.55 mm)• 2 GB memori, 64 GB storan aplikasi, slot kad microSDSpesifikasi kuasa:• Bateri sel cas semula litium-ion, boleh ditanggalkan• Menyokong 3V, kad SIM mikro 1.8V• Keserasian port untuk penyegerakan data dan pengecasan: mikro USB 2.0Spesifikasi radio rangkaian mudah alih:• Sokongan LTE Quad-band: Jalur LTE 800, LTE 900, LTE 1800, LTE 2600 MHz• Sokongan GSM Quad-band: Jalur GSM 850, GSM 900, DCS 1800, PCS 1900 MHz• Sokongan Quad-band HSPA+: Jalur UMTS 800/UMTS 850, UMTS 900, UMTS 1900, UMTS 2100

MHz• Kelas kuasa: Kelas 1 (DCS 1800, PCS 1900), Kelas 4 (GSM 850) seperti yang ditakrifkan dalam GSM

5.05, Kelas 4 (GSM 900) seperti yang ditakrifkan dalam GSM 02.06, Kelas E2 (GSM 850, GSM 900, DCS 1800, PCS 1900), Kelas 3 (UMTS, LTE)

• Frekuensi pemancaran: 824 hingga 849 MHz, 832 hingga 862 MHz, 880 hingga 915 MHz, 1710 hingga 1785 MHz, 1850 hingga 1910 MHz, 1920 hingga 1980 MHz, 2500 hingga 2570 MHz

• Frekuensi penerimaan: 791 hingga 821 MHz, 869 hingga 894 MHz, 925 hingga 960 MHz, 1805 hingga 1880 MHz, 1930 hingga 1990 MHz, 2110 hingga 2170 MHz, 2620 hingga 2690 MHz

Spesifikasi radio rangkaian Wi-Fi:• Standard Wayarles LAN: IEEE 802.11a, IEEE 802.11b, IEEE 802.11g, IEEE 802.11n• Frekuensi pemancaran dan penerimaan untuk IEEE 802.11b/IEEE 802.11g/IEEE 802.11n: 2.412

hingga 2.472 GHz• Frekuensi pemancaran dan penerimaan untuk IEEE 802.11a/IEEE 802.11n: 5.180 hingga 5.825 GHzSpesifikasi radio Bluetooth:• Sokongan Jaluar Tunggal: ISM 2.4 GHz• Frekuensi pemancaran dan penerimaan: 2402 hingga 2480 MHz• Bluetooth Kelas 1Jika telefon pintar anda menyokong teknologi NFC, spesifikasi berikut terpakai:• Frekuensi pengendalian: 13.56 MHz• Mod yang disokong: pembaca/penulis, pelagakan kad, rakan ke rakan

Notis undang-undang©2014 BlackBerry. Hak cipta terpelihara. BlackBerry® dan tanda niaga, nama serta logo yang berkaitan adalah hak milik BlackBerry Limited dan didaftarkan dan/atau digunakan di dalam A.S. dan negara-negara di seluruh dunia. ANSI adalah tanda dagang bagi American National Standards Institute. Bluetooth adalah tanda dagang bagi Bluetooth SIG. Call2Recycle ialah tanda dagangan Call2Recycle, Inc. CTIA - The Wireless Association adalah tanda dagang bagi CTIA - The Wireless Association. GSM adalah tanda dagang bagi GSM MOU Association. IEEE Std 1725, IEEE, 802.11a, 802.11b, 802.11g, dan 802.11n adalah tanda dagang bagi Institute of Electrical and Electronics Engineers, Inc. LTE dan UMTS adalah tanda dagang bagi European Telecommunications Standards Institute (ETSI). Porsche Design adalah tanda dagang daripada Dr. Ing. H.C.F. Porsche Aktiengesellschaft. Wi-Fi adalah tanda dagang bagi Wi-Fi Alliance. Semua tanda dagang yang lain adalah hak milik pemilik masing-masing. Dokumentasi ini termasuk semua dokumentasi yang terkandung sebagai rujukan di sini seperti dokumentasi yang disediakan atau yang boleh didapati di www.blackberry.com/go/docs disediakan "sebagaimana adanya" dan tanpa syarat, pengesahan, jaminan, perwakilan atau waranti, atau liabiliti dalam apa jua bentuk oleh BlackBerry Limited dan syarikat-syarikat sekutunya, semuanya dengan nyata menafikan ke tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai dalam bidang kuasa di tempat anda.

Terma penggunaan bagi mana-mana produk dan perkhidmatan BlackBerry ditetapkan dalam lesen berasingan atau perjanjian lain dengan BlackBerry yang terpakai baginya. TIADA PERKARA DI DALAM DOKUMENTASI INI YANG BERTUJUAN UNTUK MENGGANTIKAN SEBARANG PERJANJIAN BERTULIS ATAU WARANTI YANG DINYATAKAN DENGAN JELAS YANG DIBERIKAN OLEH BLACKBERRY UNTUK BAHAGIAN MANA-MANA PRODUK ATAU PERKHIDMATAN BLACKBERRY SELAIN DARIPADA DOKUMENTASI INI.

BlackBerry Limited2200 University Avenue EastWaterloo, OntarioKanada N2K 0A7

BlackBerry UK Limited200 Bath RoadSlough, Berkshire SL1 3XEUnited Kingdom

Diterbitkan di Kanada