kalimah khurafat ini berasal dari bahasa arab

Upload: mohd-zahiruddin-azman

Post on 06-Jul-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/16/2019 Kalimah Khurafat Ini Berasal Dari Bahasa Arab

    1/2

    Kalimah khurafat ini berasal dari bahasa arab : kharafa-yakhrifu-

    kharfan-khurafatan. Dari pandangan bahasa Inggerisnya merujuk

    kepada"superstition".

     Dari segi bahasa khurafat didenisikan sebagai sebaris kata yang

    membawa erti kepercayaan yang karut dongeng dan tahyul. !ontohnya :

    kata-katanya itu banyak bidaah dan ia merupakan amalan hidup yang

    pernah wujud di dalam masyararakat jahiliah pada masa lalu.

    #anakala menurut istilah syarak pula mengertikan perkara ini

    sebagai semua kepercayaan yang diyakini kegiatannya memiliki dasar

    dan bersumber daripada ajaran agama Islam walaupun pada hakikatnya

    perkara tersebut adalah bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh

    $abi #uhammad s.a.w iaitu penutup para nabi dan rasul yang diutuskan

    oleh %llah s.w.t.

    &ada mulanya perkataan ini lebih dimaksudkan untuk semua hal

    atau kepercayaan yang bertentangan dengan kaedah Islamiah yang

    benar. %kan tetapi selanjutnya juga dimaksudkan untuk semua praktik

    akt'iti mahupun kegiatan muamalah atau bidang-bidang yang menjadi

    lapangan berlaku tuntutan syariat padanya.

    (amai di antara umat Islam terlepas pandang atau tidak mengambil

    berat akan perkara ini namun inilah hakikatnya bahawa gejala ini telah

    menular di dalam agama Islam dalam pelbagai sudut aspek dan bentuk

    sehingga ia telah meliputi konsep ibadah dan kehidupan masyarakat Islamsendiri.

    Khurafat yang diyakini oleh pelakunya sebagai sesuatu yang

    dibenarkan oleh agama mungkin sahaja dapat dapat memberikan

    ketenangan dan kemantapan jiwa bagi melakukannya. #alangnya kerana

    perbuatan itu pada dasarnya menyimpang dari tuntutan agama yang

    sebenar maka kenikmatan itu adalah bersifat semu iaitu tidak kekal. )al

  • 8/16/2019 Kalimah Khurafat Ini Berasal Dari Bahasa Arab

    2/2

    ini sama sekali bertentangan dengan trah manusia kerana ia

    bertentangan dengan akal sihat.

    *ila Islam memusatkan seluruh pengabdian kepada %llah s.w.t maka

    khurafat menyelewengkannya daripada pemusatan tersebut secara tidak

    langsung dan bila Islam melapangkan bidang muamalah bagi manusia ia

    cenderung pula untuk menyempitkannya.