kajian tindakan.pptx

Upload: sepan-gebab

Post on 13-Jan-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KAJIAN TINDAKAN 1 PISMP JANUARI 2012

KAJIAN TINDAKAN 1PISMP JANUARI 2012APLIKASI KAEDAH BACA SUPER WARNA BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN BACAAN JAWI TAHUN 4

DISEDIAKAN OLEH :ABU BAKAR BIN JAMHARIPENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAHLatar belakang kajian

Untuk pratikum fasa 3, pengkaji ditugaskan untuk melaksanakannya di Sekolah kebangsaan Tun Dr Ismail, Padang Rengas.Di sekolah ini, pengkaji ditugaskan untuk mengajar 3 kelas iaitu tahun 4 Ibnu Khaldun, 5 Ibnu Sina dan 6 Ibnu Sina. Tempoh berpraktikum selama 12 minggu dilihat sangat memadai untuk pengkaji menjalankan kajian tindakan ini.

Refleksi pengalaman yang laluramai murid di kelas hujung tidak dapat membaca suku kata dalam perkataan dengan sempurna.kelemahan murid membaca Al-Quran menambah lagi kesukaran murid untuk membaca suku kata perkataan jawi dengan sempurna.Sebelum ini pengkaji telah menggunakan kaedah penerangan dan latih tubi tetapi hasilnya kurang memuaskan dan memakan masa agak lama Pengkaji berpendapat mereka lemah dalam penguasaan penggunaan huruf konsonan dan vokal jawi.pengkaji telah laksanakan kajian tindakan jawi ke atas murid-murid yang lemah tadi dengan mencipta satu kaedah baru iaitu Baca SUPER Warna.

Tinjauan literaturAbdul Halim Tamuri et-al (2004), dalam kajiannya tentang keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar mendapati bahawa tahap penguasaan tulisan jawi murid adalah sederhana (67.8%).Kajian Nik Hassan (2006), terhadap pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah daerah Tuaran, Sabah mendapati bahawa skor min pelajar adalah 2.26Kajian Asmawati Suhid et-al (2008), mendapati tahap penguasaan murid membaca dan menulis perkataan mudah daripada suku kata tertutup adalah 49.2%, membaca dan menulis perkataan mudah daripada suku kata tertutup adalah 57.9% dalam jawi.

Fokus kajian/ isu keperihatinanKajian yang dijalankan ini berfokus kepada murid Tahun 4 Ibnu Khaldun Sekolah Kebangsaan Tun Dr Ismail. Apabila mengajar pelajaran jawi di Kelas 4 Ibnu Khaldun, pengkaji dapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang sangat lemah dalam membaca tulisan jawi. Pengkaji tidak berhasrat untuk memberi penekanan terhadap penulisan jawi kerana pada pandangan pengkaji, focus yang perlu diselesaikan terlebih dahulu dalam pengguasaan jawi ialah pengetahuan membaca jawi berbanding menulis. Kesemua mereka terdiri daripada kalangan murid lelaki. Apabila diminta bangun untuk membaca petikan jawi, terdapat murid yang masih merangkak- rangkak dalam membaca jawi dan terdapat juga murid yang hanya diam membisu. Rasional pemilihan tajuk

Baca super warna adalah tajuk yang dipilih oleh pengkajipenggunaan kaedah yang ingin pengkaji ketengahkan adalah beorientasikan kepada pembacaan suku kata seterusnya membentuk keupayaan menyebut perkataan dengan betul. Elemen warna sangat diberikan penekanan dalam kajian yang pengkaji jalankan ini.nama kaedah ini mengambil singkatan daripada baca iaitu membaca jawi, super iaitu mewakili suku perkataan yang pengkaji ringkaskan menjadi super dan warna iaitu melambangkan kaedah ini bertunjangkan kepada penekanan penggunaan warna dalam pembacaan jawi.

Objektif kajian & soalan kajian Objektif umumTujuan kajian ini dijalankan ialah untuk memastikan bahawa murid Tahun 4 Ibnu Khaldun boleh membaca dan menguasai jawi dengan baik.Objektif khususSelepas kajian ini selesai dijalankan, murid diharap akan mencapai objektif berkenaan:Menyebut suku kata terbuka dan tertutup seterusnya membentuk perkataan menggunakan kaedah baca super warna dengan betulMeningkatkan penguasaan bacaan jawi dengan mengaplikasikan kaedah baca super warna di dalam bacaan dengan betul

Soalan kajian

Adakah kaedah baca SUPER warna mampu meningkatkan penguasaan murid dalam pemcabaan jawi?Adakah kaedah baca SUPER warna dapat meningkatkan minat murid dalam pengajaran dan pemudahcaraan pelajaran jawi?

Kumpulan sasaranKajian ini berfokuskan kepada murid-murid tahun 4 ibnu Khaldun yang diajar oleh pengkaji selama 3 bulan semasa praktikum fasa 3. Didalam kajian ini tumpuan utama yang diberikan ialah kepada murid-murid yang sangat lemah dan sederhana pencapaian didalam pemguasaan pembacaan jawi.Reka bentuk kajian.

Kurt Lewin menjelaskan kajian tindakan sebagai lingkaran beberapa tahap dan setiap tahap mempunyai beberapa langkah iaitu rancangan, tindakan pemerhatian dan refleksi.

Strategi pengumpulan data.

Pemerhatian.Ujian Pra. Soal selidikUjian pos

Pelan tindakan

Penganalisisan data secara kuantitatif dilakukan dengan menggunakan analisis deskriptif. Statistik deskriptif dilakukan dengan menentukan nilai min, mod dan peratusan serta membandingkan tahap pencapaian murid-murid dalam ujian pra dan pos. Statistik deskriptif ini akan diterjemahkan dalam bentuk graf bar dan histogram bagi memudahkan setiap data yang diperoleh dibaca.