kajian tindakan trace and turn.ppt

Upload: nurulakmal

Post on 12-Oct-2015

77 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kajian tindakan matematik SPM 2014

TRANSCRIPT

  • KAEDAH TRACE AND TURN:Kaedah untuk Mencarri Pusat Putaran Objek

    Disediakan oleh:Nurul Akmal binti Md AminSMK Datok Lokman

  • dijalankan untuk mencari penyelesaian kepada masalah murid yang kurang mahir mencari pusat bagi putaran 90 dan 180 bagi bab Transformasi III

    Melibatkan 34 orang murid 5 Sastera 3 SMK Datok Lokman kategori sederhana dan lemah

    Tinjauan melalui pemerhatian, ujian pra, ujian pos dan soal selidik

    Tempoh: 2 minggu

  • menerap (tracing) gambar rajah objek pada kertas surih (tracing paper) dan memutarkan kertas surih tersebut untuk mencari pusat putaran bagi objek

    Murid mendapat koordinat pusat putaran, darjah putaran dan arah putaran dalam satu kaedah.

  • 1. Selepas menjalankan ujian pra, saya telah memperkenalkan kaedah Trace and Turn Saya telah membawa kertas surih atau tracing paper dan memotongnya kepada beberapa segiempat. Potongan kertas surih itu kemudian saya edarkan kepada setiap murid beserta dengan dua soalan klon SPM yang melibatkan putaran.2. Sebelum saya membimbing murid menjawab soalan, saya terlebih dahulu menerangkan kegunaan kertas surih tersebut, tujuannya dan kebenaran penggunaannya di dalam dewan peperiksaan.3. Kemudian saya mula memperkenalkan kaedah Trace and Turn. saya meminta murid bersedia dengan pensel dan kertas surih tersebut. Saya meminta murid melukis satu anak panah pada mana-mana bahagian tepi kertas surih tersebut. 4. Semua murid dikehendaki membaca soalan terlebih dahulu untuk mengenalpasti yang mana objek dan yang mana imej.5. Setelah murid mengenalpasti objek, saya meminta murid meletakkan kertas surih di atas gambar rajah yang diberi dengan keadaan anak panah tadi menghala ke arah utara. 6. Murid diminta melukis gambar objek yang kelihatan pada kertas surih itu.7. Kemudian saya meminta murid menekan bucu pensel ke atas mana-mana koordinat pada gambarajah dan pusingkan kertas surih ke kanan atau ke kiri. Saya menerangkan bahawa pusingan ke kanan menunjukkan putaran arah jam manakala pusingan ke kiri adalah putaran lawan arah jam.

  • 8. Saya meminta murid mencuba arahan tadi untuk beberapa koordinat sehingga murid bertemu satu putaran yang meletakkan objek pada kertas surih betul-betul tepat pada imej dalam gambarajah.9. Di sini, terdapat murid yang memperolehi putaran yang tepat dan ada yang masih belum mendapat putaran yang dikehendaki. Maka untuk soalan yang pertama, saya berikan koordinat yang betul untuk semua murid kemudian meminta mereka putarkan kembali kertas surih sehingga mereka mendapati lukisan objek pada kertas surih bertindih tepat pada gambar imej pada kertas soalan.10. Saya meminta murid menyebut secara lisan koordinat yang saya berikan tadi. Kemudian saya menerangkan kepada mereka bahawa koordinat itulah pusat putaran yang dicari.11. Kemudian saya meminta murid memerhatikan arah anak panah setelah putaran dibuat dengan betul. Saya meminta murid memberitahu secara lisan berapakah darjah putaran dan apakah arah putaran itu berdasarkan pergerakan anak panah yang asalnya menghala ke utara.12. Setelah itu, lengkaplah maklumat jawapan yang dikehendaki iaitu pusat putaran, darjah putaran dan arah putaran dengan menggunakan kaedah Trace and Turn. Saya kemudian membimbing murid menulis jawapan tadi mengikut cara yang betul.13. Murid diminta menjawab soalan kedua dengan kaedah Trace and Turn.14. Murid menjalani ujian pos. Saya membincangkan jawapan bersama murid sebagai langkah pengukuhan.

  • ANALISIS UJIAN PRA DAN UJIAN POS

    No. soalanBilangan murid yang menjawab dengan lengkap dan betulUjian PraUjian Pos1221221730104018

  • ANALISIS SOAL SELIDIK

    ITEMPERNYATAANRESPONSETUJUTIDAK SETUJUTIDAK PASTI1. Saya bersedia untuk belajar Matematik28012. Saya lebih suka menggunakan kaedah sendiri daripada kaedah Trace And Turn52223.Saya mudah memahami bagaimana menentukan nilai sudut, arah putaran dan pusat putaran selepas guru memperkenalkan kaedah Trace And Turn27114.Saya mudah mengingati kaedah Trace And Turn27025. Saya rasa lebih seronok menjawab soalan transformasi menggunakan kaedah Trace and Turn28016.Kaedah Trace and Turn meningkatkan tahap keyakinan saya untuk menjawab soalan putaran25047.Saya akan menggunakan kaedah Trace and Turn dalam SPM nanti28108.Saya lebih yakin saya akan lulus Matematik dalam SPM nanti2108

  • Pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara

    Memberi motivasi kepada murid untuk menjawab keseluruhan soalan penjelmaan dengan lengkap

    Hasil kajian menunjukkan kaedah Trace and Turn telah membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap subtopik ini.