kajian tindakan pendidikan islam (jawi tahun 3 )

14
Disediakan oleh : Amuzaida binti Ahmad Guru Pendidikan Islam SKST LAPORAN KAJIAN TINDAKAN TA!N "#$%

Upload: nur-laili-hj-ali

Post on 06-Oct-2015

215 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2014

Disediakan oleh :Amuzaida binti AhmadGuru Pendidikan Islam SKST

SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG TIGA 06570 PADANG HANG ,ALOR SETAR KEDAH.

PENYELIDIK/DIKEMUKAKAN OLEH:AMUZAIDA BINTI AHMAD

TAJUK KAJIAN:Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka Huruf Jawi Dengan Menggunakan Teknik Nyanyian Sifir Jawi.

Isi Kandungan

Abstrak Refleksi p&p yang lalu Isu/Keperihatinan yang dikaji Pernyataan Masalah Objektif Am/Khusus Kumpulan sasaran Bahan yang dilaksanakan Pelaksanaan kajian Analisa Tinjauan masalah Refleksi kajian Rumusan kajian Refleksi tentang proses pengajaran dan pembelajaran Cadangan kajian di masa hadapan Lampiran

Saya merupakan salah seorang guru Pendidikan Islam Sk.Simpang Tiga Padang Hang Alor Setar kedah menghadapi masalah dalam pelajaran Pendidikan Islam terutamanya pelajaran Jawi.Masalah ini berkaitan tajuk membaca suku kata terbuka.Ini disebabkan muri-murid tidak dapat menguasai Al-Quran dengan baik.Dengan ini,kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan murid-murid sukar menguasai kemahiran tersebut sedangkan mereka telah belajar sejak tahun 1 lagi. Lanjutan dari itu,kajian ini bertujuan untuk mendapatkan satu pendekatan yang paling efektif untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran tersebut.Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang murid Tahun 3 Tekun SKST.Kelas 3 Tekun merupakan kelas terakhir di sekolah ini.Segala maklumat diperlukan untuk dianalisis dalam kajian yang diperolehi melalui pemerhatian,ujian pra dan soalselidik.Faktor utama kelemahan mereka ilah mereka lemah daalm penguasaan huruf Hijaiyah.

Saya sebagai pengkaji telah mengkaji mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak tahun 2003 lagi,tetapi sepanjang mengajar subjek ini ramai murid di kelas hujung tidak dapat membaca suku kata dengan sempurna.Tambahan pula kelemahan murid membaca Al-Quran menambah lagi kesukaran murid untuk membaca suku kata dengan suku kata dengan sempurna. Sebelum ini saya telah menggunakan kaedah penerangan dan latih tubi.Tetapi hasilnya kurang memuaskan dan memakan masa agak lama untuk murid-murid menguasainya.Saya telah biasa menggunakan kaedah ini tanpa melihat keberkesanan .Hasil dari itu saya dapati kaedah ini tidak sesuai dan digantikan dengan kaedah lain. Ketika saya mengajar pelajaran jawi,saya mempamirkan carta perkataan suku kata terbuka di papan hitam.Murid-murid membaca carta tersebut secara kelas dan kumpulan.Murid-murid mengikut bacaan guru.Ketika membaca ,semua murid mengikut bacaan tersebut dengan tekun.Saya dapati beberapa orang murid hanya menggerak-gerakkan mulutnya sahaja tetapi tidak menyebutnya dengan betul. Setelah diselidiki didapati seramai sepuluh orang murid gagal membaca carta tersebut.Ini kerana mereka tidak dapat membunyikan suku kata dari perkataan tersebut.Saya berikan latih tubi kepada murid-murid ersebut tetapi masih gagal.Saya berpendapat mereka lemah dalam penguasaan penggunaan huruf konsonan dan vokal jawi.Saya rasa jika mereka tidak diberi perhatian sudah pasti mereka ini bertrusan tidak akan dapat membaca perkataan jawi pada masa hadapan. Oleh itu,saya telah laksanakan kajian tindakan jawi ke atas murid-murid yang lemah tadi dengan mencipta satu kaedah baru iaitu nyanyian sifir jawi.

OBJEKTIF AM:Murid-murid dapat menyebut dan membaca teks jawi dengan menggunakan suku kata terbuka dengan betul.

OBJEKTIF KHUSUS: Membunyi suku kata terbuka dengan mengeja menggunakan huruf onsonan dan vokal jawi. Membunyikan satu dan dua suku kata perkataan yang telah dipelajari. Menyambung dan seterusnya menyebut perkataan yang menggunakan suku kata terbuka. Membina ayat dengan menggunakan perkataan dari suku kata terbuka.

Terdiri daripada murid-murid tahun 3Tekun di Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga Padang Hang seramai 10 daripada 22 orang telah dikenalpasti mempunyai masalah membaca suku kata terbuka jawi.

Saya telah mengambil tindakan dan tijauan dalam mengatasi masalah tersebut.Tindakan tersebut seperti berikut:1- Tinjauan Masalah. Berdasarkan pemerhatian. Pembacaan individu. Perbincangan bersama guru lain. 2 Mengadakan Kaedah Nyanyian Suku kata Terbuka. Mengedarkan kad bacaan suku kata terbuka. Menyanyi mengikut kaset. Menyanyi bekumpulan tanpa kaset. Nyanyian secara individu tanpa kaset. 3-Kad Gambar. Mengeja perkataan dari gambar. Mengeja rangkai kata mudah berdasarkan suku kata terbuka,

Di sini saya telah menggunakan bahan bahan Bantu mengajar (BBM) bagi melancarkan lagi kajian tindakan yang dilakukan oleh saya sepanjang tajuk tindakan saya menyelesaiakan masalah.Bahan-bahan tersebut ialah seperti berikut: Buku catatan guru Rekod kehadiran murid-murid Buku Rekod guru Manila kad Pen marker Blue tack Gunting Buku-buku berkaitan Kajian Tindakan Kad Gambar Kaset Surat Khabar jawi.

Dalam pelaksanaan kajian ini,tujuan maaslah dibuat berdasarkan pemerhatian,ujian pra serta soal selidik. Pemerhatian.Saya telah membuat pemerhatian

1- e - o -u - e- i - a

1

ub-ib - ab

-ut-it -at

ur-ir -ar

us -is -as

-ung -ing-ang

up -ip -ap

uk -ik -ak

ul -il -al

um -im -am

un - in -an

uh -ih -ah

oi -ai -au