kajian tindakan ops operasi integer.docx

21
Kajian Tindakan Ops Operasi Integer PENGHARGAAN Pengkaji berasa bersyukur kerana dapat menghasilkan kajian tindakan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pengkaji ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak yang telah banyak menghulurkan bantuan kepada kami, terutama Pn. Hajah Amiah binti Hassan selaku pengetua SMK Lembah Subang dan En. Loh Chow Thin selaku penolong kanan SMK Lembah Subang yang telah memberi peluang kepada pengkaji untuk mengadakan kajian tindakan JPN Selangor. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada Pn. Nik Hasniah binti Abdullah selaku Guru Kanan Sains dan Matematik yang telah memberi bimbingan dan bantuan kepada pengkaji untuk melaksanakan kajian tindakan ini. Di samping itu, pengkaji ingin menjulang sepenuh penghargaan kepada semua panitia Matematik yang telah membantu saya melaksanakan aktiviti kajian tindakan di kelas 2 Pisces. Akhir sekali saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekerja yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek kajian tindakan ini. ABSTRAK Penambahan dan penolakan integer positif dan negatif merupakan salah satu tajuk dalam sukatan pelajaran tingkatan 1. Asas penambahan dan penolakan integer positif dan negatif adalah sangat penting dalam Matematik. Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik, maka kesukaran menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan algebra, persamaan linear, nombor indeks dan sebagainya akan timbul. Namun begitu, penguasaan pelajar tingkatan dua Pisces dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan operasi tambah dan tolak integer masih lemah. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui temu bual dan soal selidik pelajar kelas 2 Pisces. Melalui soal selidik, didapati 100% pelajar menyukai aktiviti permainan semasa sesi pembelajaran. Di samping itu, analisis ujian pra telah dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat tahap penguasaan penambahan dan penolakan integer positif dan negatif pelajar. Hasil ujian pra menunjukkan bilangan pelajar kelas 2 Pisces yang tidak menguasai operasi penambahan dan penolakan integer positif dan negatif melebihi separuh daripada jumlah pelajar dalam kelas tersebut. Sehubungan dengan itu, satu kajian tindakan dilaksanakan bagi pelajar tingkatan 2 Pisces. Seramai 20 orang pelajar dan 6 orang guru terlibat dalam kajian tindakan ini. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar untuk menambah dan menolak interger positif dan negatif melalui tiga permainan iaitu Permainan Dam Ular, Kad Integer dan Uncang. Di samping itu, diharapkan

Upload: cammry-anna

Post on 06-Dec-2015

308 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Ops Operasi Integer.docx

Kajian Tindakan Ops Operasi Integer

PENGHARGAAN

Pengkaji berasa bersyukur kerana dapat menghasilkan kajian tindakan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.  Pengkaji ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak yang telah banyak menghulurkan bantuan kepada kami, terutama Pn. Hajah Amiah binti Hassan selaku pengetua SMK Lembah Subang dan En. Loh Chow Thin selaku penolong kanan SMK Lembah Subang yang telah memberi peluang kepada pengkaji untuk mengadakan kajian tindakan JPN Selangor. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada Pn. Nik Hasniah binti Abdullah selaku Guru Kanan Sains dan Matematik yang telah memberi bimbingan dan bantuan kepada pengkaji untuk melaksanakan kajian tindakan ini.  Di samping itu, pengkaji ingin menjulang sepenuh penghargaan kepada semua panitia Matematik yang telah membantu saya melaksanakan aktiviti kajian tindakan di kelas 2 Pisces.   Akhir sekali saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekerja yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek kajian tindakan ini.

ABSTRAK

Penambahan dan penolakan integer positif dan negatif merupakan salah satu tajuk dalam sukatan pelajaran  tingkatan 1.  Asas penambahan dan penolakan integer positif dan negatif adalah sangat penting dalam Matematik.  Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik, maka kesukaran menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan algebra, persamaan linear, nombor indeks dan sebagainya akan timbul. Namun begitu, penguasaan pelajar tingkatan dua Pisces dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan operasi tambah dan tolak integer masih lemah.  Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui temu bual dan soal selidik pelajar kelas 2 Pisces.  Melalui soal selidik, didapati 100% pelajar menyukai aktiviti permainan semasa sesi pembelajaran. Di samping itu,  analisis ujian pra telah dilaksanakan untuk mendapatkan  maklumat tahap penguasaan penambahan dan penolakan integer positif dan negatif pelajar.  Hasil ujian pra menunjukkan bilangan pelajar kelas 2 Pisces yang tidak menguasai operasi penambahan dan penolakan integer positif dan negatif melebihi separuh daripada jumlah pelajar dalam kelas tersebut.  Sehubungan dengan itu, satu kajian tindakan dilaksanakan bagi pelajar tingkatan 2 Pisces.  Seramai 20 orang pelajar dan 6 orang guru terlibat dalam kajian tindakan ini.  Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar untuk menambah dan menolak interger positif dan negatif melalui tiga permainan iaitu Permainan Dam Ular, Kad Integer dan Uncang.  Di samping itu, diharapkan para pelajar mendapat keseronokan dan menikmati keunikan  Matematik melalui permainan. Pelajar mula bermain permainan pertama iaitu dam ular selama dua minggu.  Permainan ini bertujuan mengukuhkan kemahiran penambahan 2 integer iaitu integer positif dan negatif.  Selepas itu, pelajar didedahkan dengan Permainan Kad Integer.  Permainan Kad Integer memerlukan kemahiran tambah dan tolak 2 atau lebih integer positif dan negatif.  Akhir sekali, pelajar didedahkan Permainan Uncang.  Permainan ini menguji kemahiran menambah dan menolak dua atau lebih integer dalam tempoh yang ditetapkan.  Semua aktiviti ini dijalankan pada waktu Matematik selama 5 minggu iaitu 40 minit setiap minggu.  Semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.  Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar berbanding dengan keputusan ujian pra. Seramai 4 orang (20%) yang memperoleh

Page 2: Kajian Tindakan Ops Operasi Integer.docx

markah 91 hingga 100 dalam ujian pos.  Tiada pelajar yang langsung tidak dapat menjawab soalan integer selepas kajian tindakan ini. 

1.0   REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Berdasarkan pemerhatian pengkaji pada awal tahun, pelajar dalam Tingkatan 2 Pisces agak lemah dalam mata pelajaran Matematik.  Pengkaji mendapati masih ramai pelajar dalam kelas tersebut kurang mahir menambah dan menolak integer positif dan negatif dengan tepat.    Pelajar mengambil masa yang lama untuk memberi jawapan.  Terdapat juga pelajar yang hanya meneka dan langsung tidak dapat memberi jawapan yang tepat.  Jadual 1 di bawah menunjukkan bilangan dan peratus pelajar yang menjawab betul hasil tambah dan tolak integer.

Di samping itu, melalui temu bual dan soal selidik, didapati kebanyakan pelajar menganggap Matematik merupakan mata pelajaran yang kurang menarik dan membosankan.  Oleh sebab kurang minat dalam mempelajari mata pelajaran Matematik, mereka tidak kisah sama ada mereka dapat menguasai kemahiran tambah dan tolak integer positif dan negatif. 

Menurut Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidikan, pelajar harus didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik.  Oleh itu,pengkaji berpendapat pelajar memerlukan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menguasai  konsep-konsep Matematik  dan seterusnya dapat membuka minda mereka tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan seharian.

Menurut Charles F. Kettering “ Keep on going and the chances are that you will stumble on something, perhaps when you when you are least expecting it.  I have never heard of anyone stumbling on something sitting down.  Lantaran itu, pengkaji berasa harus bertindak untuk mengubah keadaan pelajar yang lemah dalam matematik.   Pengkaji berpendapat pelajar memerlukan  satu kaedah baharu yang membolehkan pelajar menguasai operasi tambah dan tolak integer dengan baik tanpa unsur paksaan.

       Jadual Bilangan dan Peratus Pelajar Yang Menjawab Betul Hasil Tambah dan Tolak Integer.

Kebolehan Bilangan Pelajar Peratus (%)

Menambah dua integer posifif 19

95

Page 3: Kajian Tindakan Ops Operasi Integer.docx

Menambah integer positif dan negatif

5 25

Menambah dua integer negatif

4 20

Menolak dua integer negatif 3 15

Jadual 1

2.0  FOKUS KAJIAN

              Kumpulan sasaran pengkaji merupakan pelajar yang lemah dan kurang berminat dalam mata pelajaran Matematik,   Mereka lambat memberi respon atau tidak menjawab soalan berkaitan hasil tambah dan tolak integer yang  diajukan kepada mereka.   Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada peningkatan kemahiran pelajar  di dalam menjalankan operasi tambah dan tolak nombor integer di kalangan pelajar 2 Pieces.

3.0  OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:

      3.1 Objektif Am

Membantu meningkatkan kemahiran menambah dan menolak nombor integer dalam  kalangan pelajar Tingkatan 2 Pisces dengan tepat tanpa unsur paksaan.

3.2  Objektif Khusus

            3.2.1 Pelajar dapat menjawab soalan penambahan dan penolakkan nombor integer dengan tepat

            3.2.2 Pelajar dapat menjawab soalan operasi integer dalam tempoh masa 5 saat

4.0      KUMPULAN SASARAN

Page 4: Kajian Tindakan Ops Operasi Integer.docx

Kumpulan sasaran saya ialah pelajar  Tingkatan 2 Pisces di SMK Lembah Subang yang terdiri daripada 20 orang pelajar.  Pelajar-pelajar ini adalah dalam kalangan pelajar yang lemah.

5.0      PELAKSANAAN KAJIAN

5.1   Jawatankuasa Pelaksana

  Jadual 2 di bawah menunjukkan jawatankuasa pelaksanaan kajian.

Bil. Nama Ahli Jawatan Tugas

1 WONG SUING MING

Pengerusi

-Penyediaan bahan Permainan

-Permainan Kad Integer

-Laporan Kajian Tindakan

2 NIK HASNIAH BINTI ABDULLAH Ahli

-Analisis borang soal selidik

-Semakan laporan Kajian Tindakan

3 SARINA BINTI RAMLY Ahli

- Kertas Cadangan Kajian tindakan

-Permainan Dam Ular

4 FATIMAH BT MUSTAFA Ahli -Ujian Pra dan Ujian Pos

5ANNIE SUNDARI A/P D

WILLIAM YESUDIAN Ahli -Permainan Uncang

6 TANG POI LING Ahli -Penyediaan borang soal selidik

Jadual 2

5.2 Jadual Pelaksanaan Kajian

Page 5: Kajian Tindakan Ops Operasi Integer.docx

                    Jadual 3 di bawah menunjukkan tarikh pelaksanaan kajian.

Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan

1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal

10 Februari 2011

2 Menulis Proposal kajian 17 Febuari 2011

3 Merancang Pelan Tindakan 18 Februari 2011

4 Soal Selidik dan Ujian Pra 13 April 2011

4 Melaksanakan Pelan Tindakan April-Mei 2011 Sebanyak 5 kali

1 waktu (40 minit)

5 Ujian Pos 14 Jun 2011

6 Refleksi kajian 20 Jun 2011

7 Menulis laporan kajian Julai 2011

8 Penghantaran dapatan kajian Ogos 2011

Jadual 3

      

5.3   TINJAUAN MASALAH

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah-masalah yang dikenal pasti dilaksanakan.  Tinjauan dilakukan dengan mengutip data berteraskan

pendekatan di bawah.

5.3.1  Pemerhatian

Kaedah pemerhatian digunakan dalam kajian ini. Pemerhatian dibuat

semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Di samping itu , pemerhatian juga dibuat melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan secara lisan, semakan kerja rumah dan latihan bertulis.

Page 6: Kajian Tindakan Ops Operasi Integer.docx

      5.3.2 Temu bual

Temu bual ini dilakukan secara tidak formal.  Kaedah ini  dijalankan terhadap pelajar-pelajar Tingkatan 2 Pisces. 

      5.3.3  Soal Selidik

Borang soal selidik disediakan sebelum dan selepas kajian tindakan dijalankan. Borang tersebut diedarkan kepada pelajar-pelajar untuk mengetahui pesepsi pelajar terhadap mata pelajaran Matematik, pengajaran guru serta pandangan pelajar terhadap guru tentang penggunaan bahan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran nombor integer. 

      5.3.4  Ujian Pra

Ujian pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar penguasaan murid-murid

terhadap operasi tambah dan tolak integer. Ujian pra dijalankan sebelum aktiviti-aktiviti permainan dilaksanakan.

5.4  Analisis Tinjauan Masalah

5.4.1   Pemerhatian

Hasil pemerhatian yang dibuat didapati lebih separuh daripada pelajar kelas 2 Pisces kurang mahir menambah dan menolak integer positif dan negatif dengan tepat.  Pelajar-pelajar kelas tersebut lambat memberi respon atau memberi  jawapan yang salah apabila soalan –soalan integer diajukan kepada mereka

5.4.2   Temu bual

Pengkaji menemu bual secara rambang terhadap pelajar-pelajar kelas 2 Pisces, didapati kebanyakan pelajar tidak minat mempelajari subjek Matematik.  Mereka menganggap bahawa  Matematik merupakan mata pelajaran yang membosankan.

Page 7: Kajian Tindakan Ops Operasi Integer.docx

5.4.3   Soal Selidik

 Sebelum aktiviti permainan diperkenalkan kepada pelajar, satu soal selidik telah dijalankan oleh pengkaji terhadap pelajar 2 Pisces.  Jadual 4 berikut menunjukkan pesepsi pelajar terhadap mata pelajaran Matematik, pengajaran guru serta pandangan pelajar terhadap guru tentang penggunaan bahan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran nombor integer. 

Item Soal Selidik Bilangan Peratus %

Ya Tidak

SEBELUM AKTIVITI

Persepsi Pelajar

1. Adakah mata pelajaran Matematik sukar untuk anda kuasai? 50 50

2. Adakah konsep-konsep dalam mata pelajaran Matematik yang anda pelajari sukar difahami? 65 35

3. Adakah anda berminat terhadap mata pelajaran Matematik? 55 45

4. Adakah minat anda disebabkan oleh:

(i) isi kandungan mata pelajaran? 60 40

(ii) cara penyampaian guru? 90 10

(iii) bahan bantu mengajar? 55 45

(iv) kaedah atau teknik yang diguna oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran? 85 15

(v) bahasa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran? 80 20

Pengajaran Guru 5. Adakah guru anda menggunakan contoh-contoh aktiviti kehidupan harian dalam pengajaran? 15 85

6. Manakah aktiviti-aktiviti berikut yang anda minat dalam pengajaran guru?

(i) aktiviti permainan? 100 0

(ii) perbincangan? 90 10

(iii) lakonan / main peranan? 65 35

(iv) penerangan isi kandungan dengan menggunakan CD-ROM? 45 55

7. Adakah guru anda memberi latihan selepas pengajaran? 100 0

Page 8: Kajian Tindakan Ops Operasi Integer.docx

8. Adakah latihan yang diberi untuk kerja rumah terlampau banyak? 50 50

Jadual 4

Seramai 10 (50%) pelajar  daripada 20 pelajar menganggap Matematik sebagai satu mata pelajaran yang sukar.  Seramai 13(65%) daripada mereka sukar untuk memahami konsep-konsep dalam mata pelajaran Matematik.  Hanya 11(55%) sahaja berminat dengan mata pelajaran ini.   12 orang (60%) daripada mereka meminati isi kandungannya, 18 orang(90%) meminati cara penyampaian guru.  Bahan bantu mengajar  yang diguna berjaya menarik minat 11(55%) orang pelajar untuk menyukai matematik.  17(85%) pelajar pula minat matematik kerana teknik yang digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran.  16 pelajar (80%) menyukai bahasa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.  Hanya 3 (15%) pelajar sahaja berpendapat guru-guru menggunakan contoh aktiviti seharian dalam pengajaran.  20 (100%) pelajar menyukai aktiviti permainan semasa sesi pembelajaran.  Aktiviti perbincangan berjaya menarik minat 18(90%) pelajar.  13 (65%) menyukai ‘main peranan’.  9(45%) pelajar menyukai penggunaan CD Rom oleh guru dalam penerangan.  Semua pelajar(100%) bersetuju yang guru ada memberi latihan selepas kelas.  50% pelajar pula berpendapat jumlah latihan adalah terlalu banyak. 

5.4.3   Ujian Pra

Hasil dapatan ujian pra yang diperolehi adalah seperti dalam jadual 4 di bawah:

Jadual Hasil Dapatan Ujian Pra

Markah (%) Bilangan Peratus

0 – 10 2 10

11 – 20 3 15

21 – 30 2 10

31 – 40 5 25

41 – 50 2 10

Page 9: Kajian Tindakan Ops Operasi Integer.docx

51 – 60 1 5

61 – 70 2 10

71 – 80 1 5

81 – 90 1 5

91 - 100 1 5

Jumlah Pelajar 20

Jadual 5

Data dalam Jadual 5 menunjukkan markah yang diperolehi oleh pelajar  dalam Ujian Pra bagi penambahan dan penolakan integer.  Jumlah soalan yang diuji ialah 20 soalan (Rujuk Lampiran 1).  Daripada jadual di atas, didapati 12 orang (55%) tidak dapat menjawab betul lebih daripada 10 soalan yang dikemukakan.  Seramai 2 orang (9%) pelajar langsung  tidak menguasai penambahan dan penolakan integer. Ini menunjukkan pelajar menghadapi masalah dalam kemahiran penambahan dan penolakan integer.

 5.5    TINDAKAN YANG DIJALANKAN

     5.5.1  Sebanyak 3 aktiviti telah dijalankan untuk mengatasi masalah pelajar dalam kemahiran penambahan dan penolakan integer:

                        Aktiviti 1: Permainan Dam Ular

                        Aktiviti 2: Permainan Kad Integer

                        Aktiviti 3: Permainan Uncang

           5.5.2  Bahan-bahan yang digunakan

Aktiviti 1: Permainan Dam Ular  (Rujuk Lampiran)

- Papan permainan ular, dua biji dadu yang berlainan saiz

Aktiviti 2: Permainan Kad Integer (Rujuk Lampiran)

Page 10: Kajian Tindakan Ops Operasi Integer.docx

                        -Kad Integer yang mempunyai nombor positif dan negatif.

Aktiviti 3: Permainan Uncang (Rujuk Lampiran)

-       Plastik bag kecil yang ditulis dengan nombor

-       Kertas

5.6   PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN /PENILAIAN

     5.6.1   Pelaksanaan Aktiviti 1 (Permainan Dam Ular) 

     Aktiviti Permaian Dam Ular dilaksanakan di dalam kelas pada waktu Matematik.  Aktiviti ini dijalankan selama  40 minit (1 waktu) setiap minggu selama 2 minggu pada bulan April 2011.

Aktiviti tersebut merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan pendekatan dua dalam satu iaitu belajar dan bermain dalam satu masa.  Permainan ini dilaksanakan mengikut konsep permainan ular.  Dua dadu diperlukan untuk setiap Permainan Dam Ular ini. 

           

5.6.1.1  Langkah-langkah Pelaksanaan Aktiviti

    

i.        Pelajar dibahagi kepada 6 kumpulan .

ii.       Guru memberi penerangan peraturan permainan kepada pelajar.

iii.      Pelajar diminta melambung dua dadu yang berlainan saiz.  Dadu bersaiz besar mewakili nombor positif dan dadu bersaiz kecil mewakili nombor negatif.

iv.     Sekiranya hasil tambah dua dadu ialah positif, pelajar boleh menggerakan damnya ke depan

v.      Sebaliknya, sekiranya hasil tambah dua dadu ialah nombor negatif, pelajar diminta mengundurkan damnya ke belakang.

Page 11: Kajian Tindakan Ops Operasi Integer.docx

vi.     Pelajar yang sampai ke petak yang ke-100 merupakan pemenang.

5.6.1.2  Pemerhatian Aktiviti 1

               Para pelajar berminat permainan Dam Ular.  Pelajar-pelar melibatkan secara aktif dalam permainan ini.  Pelajar yang lebih mahir dalam penambahan integer akan menolong pelajar yang kurang mahir.

5.6.1.3   Refleksi Aktiviti 1

              Permainan Dam Ular dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar terhadap penambahan dua nombor integer secara tidak langsung. 

     5.6.2   Pelaksanaan Aktiviti 2 (Permainan Kad Integer) 

Aktiviti Permaian Kad Integer dilaksanakan di dalam kelas pada waktu Matematik.  Aktiviti tersebut merupakan aktiviti berkumpulan. 

Aktiviti ini dijalankan selama  40 minit (1 waktu) setiap minggu selama 2 minggu pada bulan Mei  2011. 

5.6.2.1  Langkah-langkah Pelaksanaan Aktiviti

    

i.        Pelajar dibahagi kepada 6 kumpulan .

ii.       Guru memberi penerangan peraturan permainan kepada pelajar.

iii.      Setiap pelajar diberi 5 keping kad Integer.

iv.     Salah seorang pelajar daripada setiap kumpulan akan membuka satu keping kad jawapan.

v.      Pelajar-pelajar cuba menambah atau menolak integer yang ada pada mereka untuk mendapat nilai yang sama dengan kad jawapan.

Page 12: Kajian Tindakan Ops Operasi Integer.docx

vi.     Pelajar yang berjaya mendapat nilai yang sama dengan kad jawapan boleh mengurangkan kad mereka.

vii.    Pelajar yang tidak mendapat nilai yang sama dengan kad jawapan diminta mengambil satu keping kad tambahan lagi.

viii.   Langkah iv-vii diulangi.

ix.     Pelajar yang berjaya menghabiskan kad di tangan mereka merupakan pemenang.

5.6.2.2  Pemerhatian Aktiviti 2

               Pelajar melibatkan diri secara aktif.  Ramai pelajar menghadapi kesukaran apabila menambah dan menolak nilai integer yang melebihi 2 kepaing kad. 

5.6.2.3   Refleksi Aktiviti 2

              Permainan Kad integer dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar terhadap penambahan dan penolakan dua atau lebih nombor integer secara tidak langsung. 

  

  5.6.3   Pelaksanaan Aktiviti 3 (Permainan Uncang) 

Aktiviti Permaian Uncang dilaksanakan di dalam kelas pada waktu Matematik.  Aktiviti tersebut merupakan aktiviti Individu. 

Aktiviti ini dijalankan selama  40 minit (1 waktu) .

5.6.3.1  Langkah-langkah Pelaksanaan Aktiviti

    

i.        Guru memberi penerangan peraturan permainan kepada pelajar.

ii.       Pelajar diberi plastik bag yang mempunyai integer.

iii.      Pelajar menulis operasi tambah dan tolak integer yang boleh menghasilkan jawapan yang sama dengan integer yang terdapat pada plastik bag dalam masa 10 minit.

Page 13: Kajian Tindakan Ops Operasi Integer.docx

iv.     Guru akan semak jawapan yang diberi oleh pelajar.  Jawapan yang betul mendapat 2 markah, manakala jawapan yang salah akan ditolak 1 markah.

v.      Pelajar yang mendapat markah tertinggi merupakan pemenang.

5.6.3.2  Pemerhatian Aktiviti 3

               Para pelajar berminat untuk mengikut permainan ini.  Mereka tidak sabar untuk mendengar arahan daripada guru apabila mendengar guru mengatakan ”kita akan bermain satu permainan.”  Para pelajar melibatkan diri dengan aktif dan mereka berasa agak seronok untuk bermain.   Berikut merupakan markah yang diperoleh oleh pelajar-pelajar.

Markah (%) Bilangan Peratus

0 – 3 4 27.27

4 – 7 5 22.73

8 – 12 3 13.64

13 – 16 3 13.64

17 – 20 3 13.64

21 – 24 2 9.09

Jumlah Pelajar 20

Jadual 6

5.6.1.3   Refleksi Aktiviti 3

              Daripada jadual 5 di atas, didapati kebanyakkan pelajar menunjukkan peningkatan kemahiran penambahan dan penolakan integer.  Walau bagaimanapun masih terdapat pelajar yang kurang mahir dalam penambahan dan penolakan integer iaitu sebanyak 27.27%. 

6.0   REFLEKSI KAJIAN

Page 14: Kajian Tindakan Ops Operasi Integer.docx

 6.1   Penilaian Pencapaian Pelajar

Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos, didapati kajian tindakan yang dijalankan ini telah memberikan impak yang baik dalam membantu pelajar-pelajar menguasai penambahan dan penolakan integer.   Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan pelajar-pelajar dalam ujian pos.

Jadual Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra dan Ujian Pos

Markah (%)

Ujian Pra Ujian Pos

Bilangan Pelajar

Peratus Bilangan pelajar

Peratus

0 – 10 2 10 0 0

11 – 20 3 15 1 5

21 – 30 2 10 3 15

31 – 40 5 25 3 15

41 – 50 2 10 2 10

51 – 60 1 5 1 5

61 – 70 2 10 0 0

71 – 80 1 5 4 20

81 – 90 1 5 2 10

91 - 100 1 5 4 20

Jadual 7        

Page 15: Kajian Tindakan Ops Operasi Integer.docx

Graf Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra dan Ujian Pos

Bilangan pelajar

  

Markah(%)

Graf 1

       Data dalam Jadual 7 dan Graf 1 menunjukkan perbandingan pencapaian pelajar antara Ujian Pra dan Ujian Pos.   Jadual di atas menunjukkan peningkatan kualiti  dalam Ujian Pos.  Seramai 4 orang (20%) yang memperoleh markah 91 hingga 100.  Kebanyakan pelajar boleh menjawab lebih banyak soalan betul selepas kajian tindakan.  Tiada pelajar yang yang langsung tidak boleh menjawab soalan integer.

Page 16: Kajian Tindakan Ops Operasi Integer.docx

       Ini menunjukkan aktiviti Permainan Dam Ular, Kad Integer dan Permainan Uncang dapat membantu pelajar menguasai penambahan dan penolakan integer. Namun demikian, masih terdapat  pelajar yang kurang mahir dalam penambahan dan penolakkan integer.  Hal ini berlaku kerana sebahagian pelajar tidak mengikuti aktiviti ini dengan sepenuhnya  iaitu sebanyak 5 kali sebab masalah ponteng sekolah. 

6.2  Hasil Soal Selidik

Item Soal Selidik Bilangan Peratus %

Ya Tidak

SELEPAS AKTIVITI

Penggunaan Bahan Sumber dalam Pengajaran

Adakah aktiviti-aktiviti berikut dalam pengajaran dapat mengukuhkan kemahiran anda yang melibatkan operasi bergabung nombor integer?

(i) Permainan kad

80 20

(ii) Permainan dam ular

85 15

(iii) Permainan Uncang

75 25

Soal selidik juga dijalankan selepas 3 aktiviti permainan dijalankan dalam kelas 2 Pisces.  Daripada soal selidik, didapati pelajar paling suka Permainan Dam Ular dalam pembelajaran operasi tambah dan tolak iaitu seramai  17(85%).  16(80%)  pelajar  berpendapat aktiviti Permainan Kad Integer  dapat mengukuhkan kemahiran mereka dalam operasi penolakan dan penambahan nombor integer.  Manakala 15(75%) pelajar berpendapat  Permainan Uncang dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam penambahan dan penolakan nombor integer. 

6.3  Refleksi Keseluruhan

Saya berasa bersyukur kerana kajian tindakan yang dijalankan ini telah memberikan impak yang baik dalam membantu pelajar-pelajar dalam menguasai penambahan dan penolakan nombor integer.  Secara tidak langsung , aktiviti tersebut dapat menimbulkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.

Page 17: Kajian Tindakan Ops Operasi Integer.docx

7.0       CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Ops Operasi Integer telah berjaya mewujudkan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan meningkatkan  penguasaan integer pelajar.  Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa Ops Operasi Integer boleh diperluaskan lagi penggunaannya kepada pendaraban dan pembahagian nombor integer. 

Kajian tersebut dicadang dijalankan pada 3 bulan pertama pada awal tahun.  Kajian ini diadakan seminggu sekali (40 minit setiap kali) pada waktu pengajaran dan pembelajaran.  Untuk memastikan semua pelajar terlibat mencapai  aras yang paling tinggi pengkaji mencadangkan aktiviti permainan ini diadakan sekurang-kurangnya 12 kali.  

BIBLIOGRAFI

Sidang Pengarang(2005).  Fungsi Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran, PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. , Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Mok Soon Sang (2003). Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Subang Jaya.

Jabatan Pelajaran Selangor (2006). Koleki Kajian Tindakan Dan Kertas Cadangan Kajian Tindakan Sekolah-sekolah Menengah Negeri Selangor, PKPSM Negeri Selangor Darul Ehsan.

Ee Ah Meng(1994).  Psikologi Dalam Bilik Darjah, Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.