kenyataan akhbar: operasi bersepadu ops gasak … release/en/08.12.2014_-_ops... · kendalian...
TRANSCRIPT
KENYATAAN AKHBAR: OPERASI BERSEPADU OPS GASAK 31 DI BAWAH
KENDALIAN ESSCOM DAN KONTINGEN JABATAN PERHUTANAN SABAH
WILAYAH TAWAU DI HUTAN BAKAU DI DAERAH TAWAU PADA
16HB.NOVEMBER, 2014
TAWAU – Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah menyertai OPS Gasak 31 iaitu operasi
bersepadu yang dikendalikan oleh ESSCOM di kawasan Zone Sabah (daerah Tawau) pada 16
November, 2014. Objektif Operasi itu diadakan adalah untuk menggempur lokasi-lokasi yang
dikenalpasti sebagai laluan penyeludupan, kegiatan pelbagai jenayah dan penempatan
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) secara haram. Sasaran utama OPS Gasak 31 ini adalah di
kawasan bakau di sekitar Kg Jelutong, Sg Udin dan Merotai. Seramai 358 anggota dari pelbagai
Agensi-Agensi Penguatkuasaan dan Keselamatan. Seramai 66 orang daripada anggota tersebut
adalah dari Jabatan Perhutanan Sabah yang menyertai operasi tersebut dengan menggunakan
17 buah kenderaan pacuan empat roda dan 3 buah bot laju.. Kawasan-kawasan bakau yang
terlibat merupakan kawasan bakau simpanan untuk Perikanan (Akuakultur) berstatus tanah
kerajaan di daerah Tawau.
Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan memaklumkan bahawa dalam OPS
Gasak 31, seramai 66 orang anggota JPS tersebut telah membantu dalam operasi meroboh dan
memusnahkan struktur-struktur pembinaan seperti rumah, pondok jeti dan lain-lain bangunan
yang didirikan secara haram di kawasan bakau (tanah kerajaan). Menurut Pengarah Jabatan itu
bahawa kuasa terhadap kawasan tanah kerajan adalah di bawah seksyen 23 Enakmen Hutan
1968 manakala kuasa meroboh struktur bangunan adalah selaras dengan kuasa Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Tawau yang mana menggunakan autoriti mereka
untuk memberi kebenaran meroboh struktur bangunan dalam kawasan tanah kerajaan tanpa
membuat sebarang sitaan terhadap harta benda.
Menurut Pengarah JPS operasi selama satu hari itu telah dilaksanakan dengan jayanya yang
mana rombongan Ops Gasak 31 telah berjaya merobohkan sebanyak 31 buah rumah dan telah
memeriksa (screened) 101 orang dan seterusnya memberkas seramai 10 orang kerana tiada
domumen pengenalan diri dan telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan
selanjutnya. Dalam operasi tersebut 19 notis keluar daripada kawasan bakau (tanah kerajaan)
telah dikeluarkan kepada penghumi yang mendiami secara haram dalam kawasan bakau (tanah
kerajaan) tersebut. Sekiranya mereka enggan untuk berpindah dalam tempoh yang telah
ditetapkan, maka tindakan untuk meroboh rumah mereka akan diambil dalam operasi yang akan
datang.
Pengarah JPS juga menyatakan bahawa tindakan susulan akan diambil untuk memantau ke
kawasan berkenaan dari semasa ke semasa bagi mempastikan PATI atau orang tempatan tidak
akan masuk semula ke kawasan berkenaan di masa hadapan. Datuk Sam Mannan merakamkan
ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan Ops Gasak 31 tersebut dan beliau merakamkan ucapan
terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan OPS
Gasak31 khususnya kepada pihak ESSCOM, PDRM, ATM, APMM, Penguatkuasa MPT, Task
Force, Imigresen, Jabatan Perikanan, Pertahanan Awam dan lain-lain Agensi Penguatkuasaan
yang terlibat. Adalah diharapkan agar kerjasama yang berterusan dan padu dari semua agensi-
agensi penguatkuasaan dan pihak keselamatan, demi memelihara khazanah kawasan bakau
negeri ini dan juga keselamatan serta ketenteraman awam di negeri Sabah.
FOTO OPERASI BERSEPADU OPS GASAK 31 DI BAWAH KENDALIAN ESSCOM DAN
KONTINGEN JABATAN PERHUTANAN SABAH WILAYAH TAWAU DI HUTAN BAKAU
DI DAERAH TAWAU PADA 16HB.NOVEMBER, 2014