kajian-tindakan-matematik-sharul

Upload: hanif-harun

Post on 08-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 KAJIAN-TINDAKAN-MATEMATIK-SHARUL

    1/12

    Kajian Tindakan

    Nama dan Alamat Sekolah

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR. ISMAIL,JALAN LEONG YEW KOH,TAMAN TUN DR. ISMAIL,60000 KUALA LUMPUR.

    Nama Pengkaji

    SHARULAZMAN BIN MOHAMED NASIR

    Tajuk Kajian

    MENINGKAT KEMAHIRAN PELAJAR DALAM OPERASI +, - , DAN

    MENGGUNAKAN KALKULATORBAGI PELAJAR TINGKATAN 3 HAZEN.

    1

  • 8/7/2019 KAJIAN-TINDAKAN-MATEMATIK-SHARUL

    2/12

    Kajian Tindakan

    1.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG LALU

    Kajian ini dijalankan kepada 29 orang murid Tingkatan 3 Hazen

    di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala

    Lumpur. Sekolah ini mempunyai sembilan kelas Tingkatan 3 yang

    diisihkan mengikut tahap pencapaian pelajar. Tingkatan 3 Hazen

    adalah kelas yang ke-8. Objektif kajian, pertamanya untuk

    menentukan tahap pencapaian murid dalam menyelesaikan masalah

    operasi melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban,

    pembahagian dan campuran kesemua operasi ini. Keduanya,

    mengenalpasti bentuk kesilapan murid dan akhir sekali mengenalpasti

    kesilapan dan mengetahui bagaimana cara mereka mendapatkan

    jawapan.

    Daripada rekod keputusan peperiksaan akhir tahun dan kuiz

    kelas tingkatan 3 Hazen, didapati bahawa tahap penguasaan murid

    dalam penyelesaian melibatkan keempat-empat operasi ini masih lagi

    ditahap yang lemah. Semasa memeriksa kertas kuiz, saya dapati

    bahawa murid masih lemah dalam operasi pendaraban dan

    pembahagian nombor bulat serta gabungan operasi darab dan

    penambahan.

    Saya merasakan bahawa penerangan bersama contoh, aktiviti

    dan penekanan beserta penyertaan pelajar dan latihan yang diberikan

    di dalam kelas sudah cukup untuk pelajar menguasai konsep ini.

    Sangkaan ini meleset apabila mendapati rata rata pelajar saya masih

    belum dapat menguasainya.Ini terbukti daripada keputusan

    peperiksaan intervensi yang baru saja berlalu. Mereka tidak dapat

    menjawab solan yang berkaitan dengan tajuk ini. Bagi kebanyakan

    pelajar, matematik dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar

    2

  • 8/7/2019 KAJIAN-TINDAKAN-MATEMATIK-SHARUL

    3/12

    Kajian Tindakan

    dan mengelirukan. Ini membuatkan saya teruja untuk mengkaji

    permasalahan ini . Tajuk ini menjadi tajuk kajian tindakan yang bakal

    saya jalankan.

    2.0 FOKUS KAJIAN

    Fokus kajian kes saya ialah untuk menyelesaikan masalah pelajar

    saya yang gagal menyelesaikan masalah operasi +, - , x dan

    dengan betul. Saya merasakan bahawa penekanan dalam

    menyelesaikan masalah ini penting kerana konsep ini adalahmerupakan sebahagian dalam penyelesaian matematik.

    Fokus kepada kajian kes saya ialah:

    i. Murid menguasai kemahiran menggunakan kalkulator.

    ii. Murid dapat menguasai kemahiran operasi +, - , x dan cepat

    dan betul.

    iii. Murid tidak melakukan kesilapan dalam menyelesaikan masalah.

    3.0 OBJEKTIF KAJIAN

    3.1 OBJEKTIF AM

    Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas murid

    3.2 OBJEKTIF KHUSUS

    1. Murid menguasai kemahiran menggunakan kalkulator.

    2. Murid dapat menguasai kemahiran operasi +, - , x dan

    dengan cepat dan betul.

    3. Murid tidak melakukan kesilapan dalam menyelesaikan

    masalah.

    4.0 KUMPULAN SASARAN

    3

  • 8/7/2019 KAJIAN-TINDAKAN-MATEMATIK-SHARUL

    4/12

    Kajian Tindakan

    Kajian ini melibatkan semua murid tingkatan 3 Hazen

    Lelaki : 20 orangPerempuan : 9 orang

    Jumlah : 29 orang

    5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

    Bil Aktiviti TarikhPelaksanaan

    Catatan

    1.

    Mengenal pasti masalah dan

    pengumpulan data awal.

    2.Membincang dan menganalisismasalah yang timbul dalamtindakan 1.

    3. Menulis Proposal Kajian4. Pembentangan Proposal Kajian

    5.Pelaksanaan Program MariMengira- Ujian Pra- bimbingan penggunaankalkulator

    - Ujian Post6. Refleksi Kajian7. Menulis Laporan Kajian8. Pembentangan dapatan Kajian

    5.1 TINJAUAN MASALAH

    5.1.1 PemerhatianSaya teruja untuk menjadikan tajuk kecil ini sebagai tajuk

    kajian (walaupun nampak mudah) tetapi menjadi masalahuntuk pelajar saya menguasai konsep ini. Pelajar saya

    kurang memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan

    pembelajaran, sebahagian pelajar kurang menunjukkan

    respon yang baik sebelum kajian dijalankan. Malahan

    pelajar tidak menunujukkan sikap yakin diri apabila saya

    4

  • 8/7/2019 KAJIAN-TINDAKAN-MATEMATIK-SHARUL

    5/12

    Kajian Tindakan

    meminta mereka menjawab soalan di papan putih.

    Keputusan ujian topikal dan ujian bulanan juga tidak

    memberangsangkan.

    5.1.2 Ujian pra dan pos

    Ujian pra dijalankan kepada pelajar untuk menguji

    kemahiran mereka tentang konsep ini. Ganjaran diberikan

    kepada kumpulan dan individu yang mendapat markah

    yang tertinggi.

    Pelajar diuji lagi dengan ujian pos dangan format soalan

    yang sama. Item dipilih dari soalan tahun tahun lepas yangagak ebih mencabar minda pelajar.

    5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

    5.2.1 Analisis pemerhatian

    Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan

    didapati:

    - murid lebih memahami dan dapat menguasai

    konsep topik diatas.

    - Lebih yakin menjawab soalan di papan putih.

    - Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih

    memberangsangkan.

    5.2.1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

    Keputusan bagi kedua dua ujian adalah seperti

    tertera di bawah.

    5

  • 8/7/2019 KAJIAN-TINDAKAN-MATEMATIK-SHARUL

    6/12

    Kajian Tindakan

    BIL NAMA UjianPra

    UjianPos

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    9

    1011

    12

    13

    14

    15

    16

    1718

    19

    20

    21

    22

    23

    2425

    26

    27

    28

    6

  • 8/7/2019 KAJIAN-TINDAKAN-MATEMATIK-SHARUL

    7/12

    Kajian Tindakan

    29

    Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan terdapat

    peningkatan dari segi pencapaian murid. Murid yang sedikit ini

    telah dapat menguasai konsep asas topik kajian tindakan ini.

    5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

    1. Langkah pertama yang saya ambil ialah memikirkan teknik

    berkesan untuk menyampaikan konsep ini kepada pelajar.

    Tiada teknik khas hanya pemantapan konkrit konsep

    melalui latihan berkala.2. Untuk memantapkan penguasaan konsep ini teknik latih

    tubi saya terapkan pada murid .

    3. Cungkil pengetahuan sedia ada murid tentang

    menukarkan persamaan kepada bentuk am.

    4. Kaedah Simulasi dan disertakan nota ringkas.

    5. Murid akan menulis konsep ini setiap kali sebelum

    memulakan sesi aktiviti .

    6. Seterusnya latihan berkumpulan diberikan . Dalam aktiviti

    ini murid dibahagikan kepada 7 kumpulan. Setiap kumpulan

    terdiri daripada 4 orang dan ada 1 kumpulan terdiri

    daripada 3 orang ahli.

    7. Murid membuat latihan 1 dan latihan 2 di antara

    masa senggang yang ada untuk menguji kemahiran pelajar.

    Perbincangan dijalankan diantara guru dan pelajar.

    8. Murid menjalani ujian pos untuk menguji

    pemantapan kemahiran

    9. Disusuli pula dengan perbincangan sebagai

    pengukuhan.

    7

  • 8/7/2019 KAJIAN-TINDAKAN-MATEMATIK-SHARUL

    8/12

    Kajian Tindakan

    5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN /

    PENILAIAN

    Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh

    2 minggu (8 sesi) dan diluar waktu pengajaran dan pembelajaran.

    Saya memperuntukkan 5 waktu seminggu untuk bertemu murid

    dan membimbing mereka memantapkan konsep mudah ini.

    Minggu pertama saya konkritkan konsep topik ini kepada murid

    secara peta minda. Disusuli dengan beberapa latihan

    pengukuhan. Pada minggu ke dua adalah sesi aktiviti

    berkumpulan untuk memantapkan kemahiran bersama rakan

    rakan.

    Latihan pengukuhan selepas aktiviti adalah sangat

    memberangsangkan dari segi pemarkahan berbanding dengan

    latihan pada minggu pertama. Saya mendapat respon dari

    pelajar bahawa mereka suka untuk membuat aktiviti aktiviti yang

    seperti ini . Mereka lebih memahami kerana konsepnya

    dimantapkan beberapa kali.

    5.5 REFLEKSI KAJIAN

    Prestasi pelajar yang sangat ketara dalam Ujian Pra dan

    Ujian Pos 1 menunjukkan keberkesanan aktiviti secara individu ,

    berkumpulan , latihan yang diberi disatukan di dalam topik

    kajian tindakan saya. Di samping menggalakkan murid membina

    sikap dan personaliti yang positif terutama dalam aktiviti

    berkumpulan yang dijalankan.

    Saya yakin pembelajaran secara ini sangat berkesan

    untuk memantapkan sesuatu konsep sehingga murid murid

    8

  • 8/7/2019 KAJIAN-TINDAKAN-MATEMATIK-SHARUL

    9/12

    Kajian Tindakan

    master dalam topik ini. Suasana semasa kerja berkumpulan

    dapat membantu murid murid membina kemahiran sosial

    menggalakkan kerjasama dan membina keyakinan diri.

    6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

    Prestasi murid murid saya menunjukkan peningkatan yang baik

    dan mereka telah memahami konsep operasi +, - , x dan . Hasil dari

    kajian tindakan yang dijalankan , saya dapati terdapat perubahan yang

    positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid.

    Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikanproses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan

    menyeronokkan.

    9

  • 8/7/2019 KAJIAN-TINDAKAN-MATEMATIK-SHARUL

    10/12

    Kajian Tindakan

    LAMPIRAN

    Lampiran 1Aktiviti-aktiviti ini akan diubah suai mengikut keperluan setelah sayamelaksanakan tinjauan awal.

    Bil Aktiviti TarikhPelaksanaan

    Catatan

    1.Mengenal pasti masalah danpengumpulan data awal.

    2.

    Membincang dan menganalisis

    masalah yang timbul dalamtindakan 1.

    3. Menulis Proposal Kajian4. Pembentangan Proposal Kajian

    5.Pelaksanaan Program BackwardSolution- Ujian Pra (memfaktorkanpersamaan kuadratik)

    10

  • 8/7/2019 KAJIAN-TINDAKAN-MATEMATIK-SHARUL

    11/12

    Kajian Tindakan

    - bimbingan penggunaankalkulator untuk memfaktorkanpersamaan kuadratik- Ujian Post

    6. Refleksi Kajian

    7. Menulis Laporan Kajian8. Pembentangan dapatan Kajian

    Lampiran 2SOALAN SOALSELIDIK

    Jawab semua soalan. Tandakan ( / ) pada petak yang berkenaan. Kerjasamaanda sangat dihargai.

    1. Jantina L P

    2. Bangsa M B L

    3. Keputusan UPSR bagi matapelajaran Matematik A B CD E

    4. Keputusan Peperiksaan Akhir tahun bagi A BC D E

    matapelajaran Matematik5. Pendapatan Keluarga

  • 8/7/2019 KAJIAN-TINDAKAN-MATEMATIK-SHARUL

    12/12

    Kajian Tindakan

    >2000

    6. Adakah anda mengikuti kelas tuisyen matematik di pusat tuisyen YaTidak

    Pilih jawapan yang tepat.

    1-Sangat Tidak Setuju 2-Tidak Setuju 3-Tidak Pasti 4-Setuju 5-SangatSetuju

    Lampiran 3SMK TAMAN TUN DR. ISMAIL,

    JALAN LEONG YEW KOH,60000 KUALA LUMPUR

    PRE-TESTNAME:...........................

    1 2 3 4 5

    7. Saya meminati matapelajaran matematik8. Saya menyiapkan latihan matematik yang diberikan oleh guru

    9. Saya mempunyai masalah keluarga10. Ahli keluarga saya memberi sokongan yang penuh untuk sayabelajar11. Keadaan di rumah saya menyebabkan saya sukar untukmemberi tumpuan masa belajar.12. Saya bekerja diluar waktu sekolah

    13. Saya selalu tidur lewat kerana menonton televisyen14. Saya membantu ibu dan bapa membuat kerja di rumah

    15. Saya tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran di rumah16. Saya tidak berminat untuk belajar

    17. Saya tidak dapat beri tumpuan semasa guru mengajar.18. Matematik adalah matapelajaran yang susah untuk belajar

    19. Guru matematik tidak membantu saya untuk memahami topik-topik yang diajar.

    20. Cara guru matematik mengajar sangat bosan dan tidak menarik21. Saya suka guru mengajar menggunakan bahasa Inggeris

    22. Saya tidak memahami apa yang disampaikan oleh gurumatematik

    23.Latihan yang diberikan oleh guru tidak mencukupi24. Saya akan belajar jika guru matematik seorang yang garang

    25. Saya suka ponteng kelas matematik26. Saya selalu tidur dalam kelas semasa guru mengajar

    27. Saya tidak suka keadaan kelas yang bising

    28. Kelas saya sangat bising29. Keadaan di rumah saya sangat bising

    30. Kawan-kawan saya mempengaruhi saya untuk bersembang-sembang semasa guru mengajar

    12