kajian tindakan matematik

Upload: wardah-wardiela

Post on 07-Mar-2016

891 views

Category:

Documents


33 download

DESCRIPTION

contoh kajian tindakan

TRANSCRIPT

MENINGKAT PENGUASAAN MURID TINGKATAN SATU DALAM OPERASI DARAB NOMBOR TIGA DIGIT DENGAN DUA DIGIT YANG MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA

WARDATUL FADILAH BINTI KAMARUZAMAN841118065034001

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA LANAR27200 KUALA LIPIS PAHANG

ISI KANDUNGAN

BILPERKARAMUKASURAT

i.ISI KANDUNGAN2

ii.ABSTRAK3 4

1.0PENDAHULUAN1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran 5 8

2.0ISU / FOKUS KAJIAN9

3.0OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN10

4.0KUMPULAN SASARAN11 12

5.0TINDAKAN YANG DICADANGKAN5.1 Perancangan Tindakan 5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data 5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data 5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian Jadual Pelaksanaan Kos Kajian13 24

6.0BIBLIOGRAFI / RUJUKAN25 27

7.0LAMPIRAN28 34

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan Kaedah Tukul dan Pistol dalam meningkatkan penguasaaan murid dalam menjawab soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam Tajuk Nombor Bulat . Subjek kajian ini melibatkan 30 orang murid Tingkatan 1 di sebuah sekolah di Kuala Lipis , Pahang yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan . Data dikumpulkan melalui ujian pra , ujian pos , soal selidik , pemerhatian serta temubual . Keputusan ujian pra dan ujian pos dianalisis menggunakan statistik deskriptif manakala soal selidik persepsi murid dianalisis dengan mengira peratus . Saya telah menggunakan Kaedah Tukul dan Pistol bagi membantu pelajar menjawab soalan pendaraban melibatkan tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula . Penggunaan kaedah ini , akan mengggalakkan tingkah laku aktif dan seronok dalam kalangan murid dan semua murid bersetuju bahawa kaedah ini dapat menarik minat mereka dalam mempelajari Matematik . Kajian akan membuktikan bahawa Kaedah Tukul dan Pistol ini mampu meningkatkan penguasaan dan minat murid dalam menjawab soalan pendaraban dalam topik Nombor Bulat dalam Matapelajaran Matematik Tingkatan 1.

ABSTRACT

This study was conducted to find out the use of Hammer And Pistol method in helping student to answer questions involving multiplication of three-digit number with two digits, which involves regrouping in Whole Numbers topic . The number of subjects for this study were 30 pupils of Form 1 which consists of 15 boys and 15 girls from a school in Kuala Lipis, Pahang . Data was collected through pre test , post- test , questionnaires , observations and interviews . The results of pre-test and post-test were analyzed using descriptive statistics and perception of students questionnaires were analyzed by calculating the percentage . I use this Hammer an Pistol method to teach student to answer questions involving multiplication of three-digit number with two digits, which involves regrouping. The use of this method can encouraged active and fun behavior among students and all of them agreed that their interests has increased in learning Mathematics. This study proves that this method can improve students skill and interests in answering questions involving multiplication of three-digit number with two digits, which involves regrouping in Whole Numbers topic .

1.0PENDAHULUAN

Kegunaan matematik dalam kehidupan seharian adalah suatu perkara yang tidak asing lagi. Hal ini kerana, bidang matematik ternyata sangat meluas termasuklah bidang sains semulajadi, diikuti kejuruteraan, perubatan, sains sosial dan sains gunaan. Matematik dapat melatih individu untuk berfikiran mantik, analitis, sistematik, kritis, menyelesaikan masalah, dan seterusnya mengaplikasikan ilmu tersebut secara bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Matematik dijadikan salah satu matapelajaran teras di semua sekolah seantero dunia. Pembelajaran Matematik bertujuan memberi peluang kepada murid untuk melaksanakan tugasan kreatif berbentuk penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis serta pemikiran abstrak (Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2010). Sebenarnya, matlamat-matlamat ini hanya akan tercapai dengan cemerlang sekiranya guru sebagai agen perubahan menunjukkan etika yang komited dalam mengimplementasikan kurikulum Matematik secara berkualiti.

Kehidupan manusia sering melibatkan proses melakukan penyelidikan . Sebagai contohnya , dalam bidang pendidikan khususnya dalam kurikulum di sekolah , guru guru sering terdedah kepada pelbagai situasi kompleks yang berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengajaran . Jika para guru ingin mengkaji situasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau bilik darjah , mereka seharusnya memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengenai kaedah dan teknik penyelidikan bagi menyelesaikan atau membuat penambahbaikan terhadap sesuatu isu . Kajian tindakan adalah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan guru sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan guru melalui refleksi dan inkuiri . Sebelum melakukan kajian tindakan penyelidik perlu membuat cadangan kajian di mana ianya akan dibincangkan dengan penyelia bagi memastikan kajian yang akan dijalankan bertepatan dengan objektif kajian yang hendak dicapai .

Menurut Ee Ah Meng ( 1999) , dari buku Psikologi Pendidikan I : Psikologi Pendidikan , sesungguhnya kesediaan belajar merupakan keadaan seorang individu yang membolehkannya menikmati pembelajaran yang berkesan . Pengalaman kanak kanak pada peringkat awal juga boleh mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan mereka seterusnya . Terdapat tiga jenis kesediaan pelajar yang utama iaitu , kesediaan kognitif , kesediaan fizikal ( psikomotor) , afektif ( emosi dan sikap ) sebelum menerima pembelajaran bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan . Beliau turut menyatakan bahawa kesediaan belajar seorang murid itu bergantung kepada perkembangan fizikal , sikap atau tingkahlaku murid itu sendiri , dan kaedah yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran .Justeru itu , cadangan kajian ini disediakan berdasarkan permasalahan murid sukar menjawab soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam mata pelajaran Matematik dimana ianya memberikan impak kepada keputusan ujian dan peperiksaan mereka kerana mereka sudah berada di sekolah menengah . Ini akan memberikan kesan negatif terhadap murid dan sekolah kerana mereka masih di tingkatan satu dan perlu menghadapi pelbagai aras soalan Matematik yang lebih tinggi . Apabila kajian ini dibuat , secara rasionalnya dapat membantu pihak sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat sedar betapa pentingnya peningkatan pencapaian matapelajaran ini dalam PT3 dan SPM seterusnya . Langkah pertama untuk melaksanakan kajian ialah membuat cadangan kajian kemudian disusuli dengan kajian tindakan . Saya telah mencadangkan agar penggunaan Kaedah Tukul dan Pistol digunakan dalam kajian ini sebagai usaha meningkatkan penguasaaan murid dalam menjawab soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula .

1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya seorang guru Matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lanar , Kuala Lipis . Sebagai seorang guru matematik, saya merasakan saya sudah menyampaikan pengajaran dengan berkesan namun begitu semasa saya menjalankan pengajaran saya dapati murid murid daripada Tingkatan 1 Bestari tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan betul terutama sekali soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula.

Untuk makluman ,murid Tingkatan 1 Bestari terdiri daripada pelajar yang sederhana dan lemah. Kelas ini juga terdiri daripada murid Orang Asli . Pelajar pelajar Orang Asli dalam kelas ini juga mempunyai motivasi diri yang rendah walaupun mereka mempunyai potensi dan kemahiran yang tersendiri jika dibandingkan dengan pelajar Melayu di SMK Kuala Lanar .

Semasa aktiviti pembelajaran dijalankan ,apabila saya bertanyakan kepada murid, bahagian topik yang mereka rasa amat mengelirukan dan tidak boleh dijawab, mereka menyatakan bahawa mereka langsung tidak faham tentang apa yang dipelajari dalam bab ini. Jawapan murid yang saya terima ini memberikan saya satu tamparan yang hebat sebagai seorang guru matematik kerana mereka sudah berada di sekolah menengah dan tidak menguasai kemahairan asas Matematik ini . Ini akan memberikan kesan terhadap topik yang berikutnya .

Saya rasakan penyampaian saya dalam pengajaran dan pembelajaran saya kurang berkesan kepada mereka. Apabila murid ini tidak dapat menjawab soalan yang yang diberikan, secara tiadak langsung murid menjadi tidak berminat untuk menjawab dan membuat latihan yang diberikan oleh guru. Murid ini juga tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Pada sangkaan saya, penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan beserta penyertaan murid dan latihan latih tubi yang diberikan di dalam bilik darjah sudah cukup untuk murid ini menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila mendapati masih ada murid yang belum dapat menguasainya. Kesannya mereka akan merasakan adalah sukar untuk mempelajari Matematik .

Bagi mengenalpasti kelemahan pelajar , saya telah mengulang semula teknik pengajaran talk and chalk yang saya telah gunakan di mana saya menunjukkan contoh pengiraan di hadapan papan hitam secara perlahan lahan kerana saya . Namun begitu ,ianya amat mendukacitakan saya apabila saya mendapati hanya dua orang sahaja dapat menjawab dengan betul manakala yang lain tidak dapat menjawab dengan tepat serta ada sebahagian daripada mereka tidak memberikan perhatian semasa saya mengajar .

Apabila saya bertanya secara rawak kepada mereka , kenapa mereka tidak dapat menjawab soalan yang saya berikan jawapan mereka adalah mereka tidak berminat dengan Matematik dan ianya sangat sukar kepada mereka . Ini sangat membimbangkan kerana mereka baharu sahaja di Tingkatan Satu dan perjalanan mereka masih panjang . Justeru itu , saya perlu menarik minat mereka dan sekaligus menyangkal tanggapan mereka bahawa matematik itu sukar . Ini adalah satu cabaran kepada saya .

Daripada masalah yang saya hadapi ini, timbul pelbagai persoalan di dalam minda. Apakah yang patut saya lakukan untuk membantu murid mempelajari dan menguasai topik ini? Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Saya telah berusaha dalam memberikan contoh yang banyak dalam pelbagai bentuk kepada murid tetapi masalah ini masih belum dapat diselesaikan. Ini membuatkan saya bersemangat untuk mengkaji permasalahan ini. Sehubungan dengan itu saya telah memilih masalah ini untuk dijadikan tajuk kajian tindakan saya.

Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru khususnya, ibubapa dan pihak sekolah dalam menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti Kaedah Tukul dan Pistol supaya pelajar dapat melalui dan merasai peluang belajar yang seronok dan bermakna. Menurut Mahmud (2001), adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah yang sesuai supaya dapat digunakan di kalangan murid-murid yang lemah bagi menarik minat mereka dalam mata pelajaran matematik. Dengan adanya maklumat ini juga dapatlah guru mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar murid dapat mempelajari matematik dengan lebih seronok dan bermakna .

2.0ISU / FOKUS KAJIAN

Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu pembelajaran. Howard Gardner (1983) ada mengatakan tentang ketidak serasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat saya, kaedah pengajaran guru Matematik itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut profil kecerdasan murid di dalam bilik darjah. Namun, jika murid hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran amat merbahaya kepada diri seseorang murid itu khususnya dan sekolah amnya. Saya berasa amat yakin jika saya dapat membantu meningkatkan kefahaman serta minat murid terhadap pelajaran ini atau sekurang-kurangnya mengekalkan minat sedia ada.

Selain daripada itu, guru Matematik yang mengajar kelas tersebut dapat meneruskan proses proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan di dalam bilik darjah dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid Tingkatan 1 Bestari dalam mata pelajaran Matematik.

Fokus kajian kes saya ini ialah untuk menyelesaikan masalah murid saya yang gagal dalam menyelesaikan masalah pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula kepada tiga puluh orang murid Tingkatan 1 Bestari di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lanar , Kuala Lipis , Pahang.

Kemahiran mendarab adalah amat penting dalam Matematik. Jika ia tidak dapat dikuasai oleh murid , mereka akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan pendaraban dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masa akan datang. Dengan membantu murid untuk menguasai konsep ini, pelajar akan dapat menunjukkan minat yang mendalam ketika membuat latihan atau aktiviti bagi topik ini dan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dalam ujian dan peperiksaan sekolah.

3.0OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN

3.1OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:3.1.1OBJEKTIF UMUMMeningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab.3.1.2OBJEKTIF KHUSUSi. Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab bagi nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula.ii. Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan kemahiran mendarab.iii. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.

3.2SOALAN KAJIAN

i. Sejauh mana penggunaan alatan Tukul dan Pistol ini akan dapat membantu murid-murid Tingkatan 1 Bestari ini untuk memperbaiki tahap penguasaan murid-murid ini di dalam operasi darab tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula.

ii. Adakah kaedah ini mampu meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran Matematik sekaligus mengubah persepsi pelajar bahawa Matematik adalah sukar untuk dikuasai .

4.0KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 30 orang murid ( responden ) Tingkatan 1 Bestari dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lanar , Kuala Lipis , Pahang . Mereka terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan . Murid murid dalam Tingkatan 1 Bestari ini adalah boleh dikategorikan sebagai murid yang lemah . Latar belakang murid dalam kelas ini adalah daripada masyarakat Orang Asli yang datang dari kawasan pedalaman seperti Pos Titom , Pos Senderut dan Pos Lenjang . Seperti yang sedia maklum , pelajar Orang Asli ini adalah daripada kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dari segi ekonomi dan juga lemah dalam pelajaran .SMK Kuala Lanar pula adalah merupakan satu satunya sekolah menengah di daerah Lipis yang menempatkan hampir 500 orang pelajar orang asli . Oleh sebab itu , kebanyakan murid murid murid di sekolah ini dalam tahap sederhana dan lemah dari segi penguasaan dan pencapaian pembelajaran mereka .

Melaui pemerhatian saya , murid murid dalam Tingkatan 1 Bestari ini juga mempunyai motivasi serta keyakinan diri yang rendah serta kurang menunjukkan minat untuk belajar . Sebagai contohnya , mereka tidak suka bertanyakan soalan dan hanya gemar menyalin sahaja . Mereka juga sering tidak hadir ke sekolah terutamanya selepas cuti persekolahan di mana mereka dibenarkan pulang ke kampung . Murid murid ini juga terlalu pasif dari segi komunikasi , pergaulan mahupun psikomotor . Mereka gemar bertutur dalam bahasa mereka sehingga menyukarkan guru untuk berkomunikasi dengan mereka .

BILNAMA MURIDJANTINA

LELAKI PEREMPUAN

1AKIYAH A/P JIMIN

2AKMEL A/L KAMAL

3AMENG A/L SOLIBIN

4AMISA A/P SALIM

5ASROL A/L BAH TIK

6BAH BEJON A/L BAH SIU

7DIANA A/P YOK LAS

8HASNOL BIN YOK TOI

9JAMADE A/L JUNAIDI

10JASNI A/L ROSLAN

11JUSIKA A/P SUHAIRI

12KAMARUL A/L AZAMI

13KRIS DAYANTI A/P ROSMAN

14MAIDIN A/L NORDIN

15MASADINA A/P HAMZAH

16METIUS A/P BAH KELOH

17PETER A/L YOK ASU

18RAZUAN A/L BAH GI

19RINA A/P BAH SEMAN

20ROHA A/P SIATU

21ROSMISA A/P ABAI

22SAMSURI A/L DAUD

23SANJAY A/L BAH LONG

24SHAROL A/L BAH CEGEH

25SUHAIDA A/P YOK TIAP

26TINI A/P YOK NOH

27WAK RIKENT A/P RAMAN

28WAK SAMBERIA A/P BAH RIYAH

29WAK SEPI A/P BOK YAK

30ZEBRA A/L AHLOI

5.0TINDAKAN YANG DICADANGKAN5.1 Perancangan Tindakan Pada peringkat awal , permasalahan murid dapat dikenal pasti melalui pemerhatian , soala selidik , temubual , lebaran kerja dan hasil kerja rumah murid ( Lampiran A ) . Daripada hasil tinjauan , saya mendapati sebab utama murid gagal dalam ujian yang dijalankan adalah kerana tidak dapat melakukan pengiraan dengan tepat dan baik . Tinjauan juga dilakukan dengan menggunakan senarai semak dari pemerhatian di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik dijalankan . Selain daripada itu , dapatan daripada temubual yang dijalankan kepada beberapa orang guru Matematik di sekolah ini , saya mendapati bahawa murid murid ini ( terutamanya pelajar asli ) sangat lemah dalam pengiraan Matematik . Mereka suka menguasai kaedah pegiraan terutamanya darab dan bahagi . Kaedah pengajaran biasa seperti penerangan dan tunjuk cara oleh guru tidak membantu meningkatkan pemahaman pelajar . Justeru itu , saya perlu menggunakan cara lain yang lebih spesifik bagi membantu meningkatkan pemahaman pelajar sekaligus menarik minat mereka mempelajari Matematik .

5.1.1 Tindakan Pelaksanaan

RefleksiBagi pelaksanaan kajian tindakan ini , saya telah merujuk kepada Model Penyelidikan Tindakan Zuber Skerrit ( 1990 ) daripada Buku Manual Kajian Tindakan ( Edisi Ketiga ) . Langkah pelaksanaan kajian ini adalah berbentuk pilin di mana ianya terdiri daripada kitaran perancangan , tinakan dan carian fakta berkenaan dengan keputusan tindakan . Satu kitaran asas alam kajian tindakan seperti mana yang dikatakan oleh Zuber Skerrit ( 1990 ) adalah seperti berikut :

Mengenalpasti masakahPemerhatian

PerancanganTindakanRajah 1 : Model Kajian Tindakan Zuber Skerrit , 1990a. Mengenalpasti masalah ( hanya terdapat dalam kitaran pertama )Saya akan menegenalpasti masalah yang memberikan signifikan kepada saya sendiri iaitu pencapaian dan minat murid dalam topik kajian saya . Masalah yang dikenalpasti dianalisis bagi memastikan kemungkinan berlaku kesan kepada murid murid khususnya dalam pencapaian akaemik mereka . Saya turut dapat mengenalpasti faktor faktor yang memberi kemungkinan murid murid dapat mengira dengan baik .

b. PerancanganSetelah membuat analisis permasalahan yang dihadapi , saya akan menyenaraikan beberapa teknik yang dapat digunakan sebagai cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini . Saya telah membuat keputusan untuk menggunakan Kaedah Tukul dan Pistol sebagai usaha meningkatkan penguasaaan murid dalam menjawab soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula . Saya turut akan merancang pelaksanaan tindakan intervensi yang bakal dijalankan kepada kumpulan sasaran , iaitu merancang bagaimana kaedah Tukul dan Pistol ini boleh dilaksanakan dalam kumpulan sasaran yang telah ditetapkan . Saya juga akan memilih instrumen yang akan digunakan untuk mengukur keberkesanan kaedah tersebut .c. Tindakan Saya menjalankan tindakan intervensi kepada kumpulan sasaran seperti yang dirancang . Saya akan merancang dua intervensi untuk memastikan kejituan keputusan terhadap topik kajian saya ini . Semasa intervensi ini , saya akan menggunakan Kaedah Tukul dan Pistol bagi membantu kumpulan sasaran saya menjawab soalan melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula . Kaedah Pelaksanaan Kaedah Tukul dan PistolAktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan aktiviti murid.Aktiviti 1 : Membina pistol dan tukul Setiap murid akan menggunakan empat helai kertas lutsinar yang berlainan warna. Murid perlu membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut. Murid melakar pistol dan tukul dengan menggunakan dua helai kertas lutsinar yang berlainan warna. Kemudian, ianya digunting.

Guntingkan bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor. Dengan menggunakan kertas lutsinar yang lain, lakarkan tangga dan kotak jawapan. Buat dan guntingkan lubang di bahagian tengah kotak.

Kotak JawapanTangga

Aktiviti 2 : Mengisi nombor dan menyelesaikan operasi darab. Setelah pistol dan tukul dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan mengisi nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab nombor 3 digit dengan 2 digit. Langkah 1: guru memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik untuk diselesaikan oleh murid.Contoh:246 x 12 = ? Murid akan mula mengisi nombor pada pistol dahulu. Cara untuk mengisi nombor ialah dengan meletakkan pistol di atas sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam kotak pistol. Kemudian cari hasil darabnya. Langkah 2: Setelah selesai mencari jawapan pada pistol, letakkan bentuk tukul pada kertas yang sama, dengan bertindih pada pistol. Murid akan mula mengisi nombor dan menyelesaikan jawapannya. Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana barisan nombor pertama telah diisi dalam bentuk pistol. Langkah 3 : Setelah jawapan pistol dan tukul dapat diselesaikan, murid akan menggunakan bentuk stairs untuk diisikan dengan jawapan yang telah dibuat. Langkah akhir ialah menggunakan kotak jawapan. Murid akan mencari hasil tambah bagi jawapan pistol dan tukul. Jawapan ini akan diisikan ke dalam kotak jawapan.

d. Pemerhatian Saya akan menyelia keberkesanan tindakan intervensi yang akan dijalankan menggunakan Kaeah Pistol dan Tukul ini . Saya akan meminta rakan sejawat merekod tingkah laku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam borang senarai semak .

e. RefleksiSaya akan membuat analisisa dan refelksi terhadap tindakan intervensi yang telah dijalankan . Saya akan turut membuat penambahbaikan tindakan dalam kitaran yang seterusnya .5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data

Ujian Pra & Pos

Soal SelidikPemerhatianMETODOLOGI KAJIAN

Temu bualRajah 2 : Metodologi Kajian Terdapat empat jenis instrumen kajian yang telah digunakan iaitu ujian pra dan ujian pos ( kuantitatif ) , soala selidik ( kualitatif ) , temu bual ( kualitatif ) dan pemerhatian (kualitatif) . Cara pengumpulan data yang digunakan dalam pelaksanaan kajian tindakan ini telah diterangkan secara terperinci seperti berikut :5.2.1PemerhatianSaya akan menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis yang dibuat di dalam buku tulis dan juga lembaran kerja dan ujian pra. Ia juga tidak dirakamkan dalam audio tape.

Pemerhatian ini tidak dijadualkan secara formal kerana ia berlaku secara spontan di dalam bilik darjah. Walaubagaimana pun, catatan perlu dibuat bagi menjawab pelbagai persoalan iaitu Who, What, When, Where, Why dan How.

Aspek PenilaianMurid

M1M2M3M4M5M6M7M8M9M10M30

Suka berjalan / keluar dari kelas

Bising / suka berbual dengan rakan

Tidur / Mengantuk semasa P & P

Pasif / tidak melibatkan diri dalam P & P

Aktif / melibatkan diri dalam P & P

Kerap bertanyakan soalan

Menyiapkan latihan

Jadual 2 : Borang Senarai Semak Tingkah LAku Murid 5.2.2Temu BualKaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temu bual yang mana ia dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal. Ianya dilakukan secara rambang terhadap murid-murid yang saya dapati mempunyai masalah dalam mendarab tiga digit dengan dua digit.

Antara soalan-soalan yang akan dikemukakan ialah: Adakah kamu meminati mata pelajaran Matematik? Bolehkah kamu membaca sifir 12? Bagaimanakan kamu mendarab nombor tiga digit dengan dua digit? Adakah kamu rasa kaedah yang saya ajar ini mudah atau sukar?

5.2.3Soal SelidikBorang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

5.2.4Ujian Pra dan Ujian PosUjian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalam tajuk Pendaraban Nombor Bulat. Ujian pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra ( Lampiran B ) terdiri daripada 10 soalan subjektif dan murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian tersebut. Ianya adalah menggunakan kaedah Kertas dan Pensel. Tempoh masa menjawab adalah 30 minit.

Murid-murid ini akan dipanggil dan ditempatkan di dalam sebuah bilik darjah untuk menjalankan ujian pra ini. Jarak tempat duduk di antara murid ditetapkan iaitu dalam jarak empat kaki untuk mengelakkan mereka daripada meniru di dalam ujian tersebut. Murid-murid ini akan diingatkan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk meniru kerana ia akan menyebabkan hasil dapatan daripada ujian pra ini akan diragui.Ujian Pos ( Lampiran C ) akan dijalankan apabila selesai rawatan dilaksanakan . Ujian ini di dilaksanakan untuk mengenalpasti keberkesanan Kaedah Pistol dan Tukul yang telah digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula . Soalan yang digunakan adalah berbeza dengan soalan Ujian Pos tetapi mempunyai bilangan soalan yang sama . Melalui keputusan ujian , saya dapat menilai keberkesanan penggunaan Kaedah Tukul dan Pistol dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data Setelah saya mengenalpasti masalah dalam operasi mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam kalangan murid Tingkatan 1 Bestari saya akan menggunakan Kaedah Pistol dan Tukul di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas . Saya akan mengadakan ujian pos untuk melihat keberkesanan kaedah ini bagi membantu pelajar menguasai mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dengan lebih mudah. Seterusnya , saya akan menganalisis perbezaan pencapaian murid sebelum dan selepas didedahkan dengan kaedah ini . Perbezaan markah akan dianalisis dengan mengguanakan statistik deskriptif manakala persepsi murid dianalisis menggunakan peratus bagi setiap item .5.3.1Analisis Pencapaian Murid Markah ujian pra dan pos dianalisis dalam bentuk carta pai , graf garis dan juga jadual bagi melihat pencapaian murid sama ada mengalami peningkatan atau penurunan . Graf garis digunakan bagi menunjukkan keputusan dan hasil perbandingan di antara markah ujian pra dan ujian pos bagi murid murid Tingkatan 1 Bestari . Gred Pemarkahan bagi PT3 mengikut Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) akan digunakan .

GREDKATEGORIMARKAH ( % )

ACemerlang85 100

BSederhana Cemerlang70 84

CSederhana60 69

DMemuaskan50 59

ESederhana Lemah40 49

FLemah0 39

Jadual 3 : Jadual Panduan Gred Pemarkahan dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)Jadual di atas menunjukkan skema tafsiran markah yang akan digunakan untuk menganalisis markah yang diperolehi oleh murid mengikut peratus dan gred bagi ujian pra dan ujian pos .5.3.2Analisis Ujian Pos Ujian pos akan diberikan kepada murid murid Tingkatan 1 Bestari selepas tindakan intervensi dijalankan iaitu selepas Kaedah Pistol dan Tukul diaplikasikan dalam topik kajian ini . Soalan bagi ujian pos adalah soalan yang digunakan adalah berbeza dengan soalan Ujian Pos tetapi mempunyai bilangan dan bentuk soalan soalan yang sama.

5.3.3Perbandingan Peratus Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian bertulis pra dan ujian bertulis pos akan dianalisis dengan membuat perbandingan peningkatan gred setelah mengumpulkan markah pencapaian murid dalam ujian . Data akan dianalisis secara satistik deskriptif iaitu menganalisis data dengan mengira peratus , min dan sisihan piawai bagi data ujian pra dan pos .

5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian5.4.1Jadual Pelaksanaan

BILAKTIVITITARIKH PELAKSANAANCATATAN

1.Mengenalpasti isu dan fokus 20 Mei 20 Jun 2015Proses pengajaran dan pembelajaran.

2.Pengumpulan data awal1 Mei 2015 02 Jun 2015Pemerhatian terhadap masalah dan tingkah laku murid.

3.Perancangan penyediaan kertas cadangan kajian21 Jun 2015 29 Jun 2015Perbincangan bersama pensyarah penasihat , guru pembimbing dan rakan rakan .

4.Penyediaan kertas cadangan kajian30 Jun 09 Julai 2015

5.Semakan kertas cadangan kajian 10 Julai 12 Julai 2015

6.Penghantaran kertas cadangan26 Julai 2015

7.Merancang kajian tindakan 01 05 Ogos 2015 Memmbuat kajian lanjut mengenai kaedah pengajaran yang berkesan Perancangan rapi bagi pelaksanaan kajian tindakan

8.Melaksanakan kajian tindakan 1 Sept 11 Nov 2015

9.Perbincangan terhadap isu berbangkitJan 2016 Mac 2016Perbincangan bersama pensyarah penasihat , guru pembimbing dan rakan rakan

10.Refleksi kajianJan Mac 2016

11.Penulisan laporan kajianJan 2 Mac 2016

12.Penghantaran kajian tindakan kepaa tutor penyelia Mac 2016

Jadual 4 : Jadual Perancangan Pelaksanaan Kajian Tindakan

5.4.2Jadual Perancangan Carta GantBILAKTIVITI20152016

BULANBULAN

56789101112123

1.Mengenalpasti isu dan fokus

2.Pengumpulan data awal

3.Perancangan penyediaan kertas cadangan kajian ( Membuat draf kertas cadangan )

4.Penyediaan kertas cadangan

5.Semakan kertas cadangan

6.Penghantaran kertas cadangan

7.Merancang kajian tindakan

8.Melaksana kajian tindakan

9.Perbincangan terhadap isu berbangkit

10.Refleksi kajian

11.Penulisan laporan kajian

12.Penghantaran kajian tindakan kepada tutor penyelia

Jadual 5 : Jadual perancangan pelaksanaan tindakan menggunakan Carta Gantt

5.4.3Kos Kajian

BILJENIS BAHANKUANTITIHARGA SEUNITJUMLAH KOS

1Kertas A43RM 10.00RM 30.00

230 helai kertas transparent yang berlainan warna30RM 3.00RM 90.00

3Printer Cartridge2RM 40.00RM 80.00

4Fotokopi bahan dan laporan kajian-RM 70.00

5Buku Catatan1RM 5.00RM 3.50

JUMLAHRM 273.50

RUJUKAN

Abdul Rahim Abd. Rashid . (2000) . Model dan pendekatan pengajaran sejarah KBSM. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Zahari Abu Bakar (1988). Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn Bhd

Allchin, D. (1999). Values in Science: An Educational Perspective. Science and Education. 8: 1-12.Alis b. Putih. ( 2009) . Kajian tindakan di sekolah satu pengenalan . Shah Alam : Pure Honey Enterprise Amir Hasan Dawi . ( 2009 ) . Sekolah dan Masyarakat . Petaling Jaya : Quantum BooksAzizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaluddin Ramli, Yusuf Boon & Abdul Rahim Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd, Selangor.Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga . ( 2008 ). Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia . Kuala Lumpur

Benjamin S.Bloom dalam Abdullah Yunus (1989). Taksonomi Objektif Pendidikan .Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Borich & Tombari (1997). Educational Phsychology. A Contemporary Approach. Page 177.

Brooks,J.G. & Books,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The case For ConstructivistClassrooms. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Developtment (ASCD)

Chien Chin & Fou Lai Lin (2001). Values In Teaching and Learning of Mathematics : A Case Study from Mathematical Induction. Mathematics Education Research Journal.Clements, M. A. & Ellerton, N. F. (1993). The Centrality Of Language Factors In Mathematics Teaching And Learning. Paper Presented At The International Seminar On The Mathematical Sciences, MARA Institute, Kuching, Sarawak.

Esah Sulaiman (2003). Asas Pedagogi. Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia.

Kamaluddin bin Ahmad (1996). Modul Pengajaran Matematik Sekolah Rendah : Pengajaran Pemusatan Murid dan Berasaskan Konstruktivisme. (Jurnal tidak diterbitkan). Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kamus dewan edisi ketiga (1996). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang (2001). Latihan Mengajar Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

National Council of Teachers of Mathematics (1989). Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics. Reston VA: The Council.

Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional : Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Nik Azis Nik Pa (1999). Pendidikan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norasmah binti Haji Othman, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Mohd Ibrahim Nazri & Rohani Ahmad Tarmizi (2001). Aplikasi Model Kolb Dalam Program Keusahawanan Remaja. Jurnal Teknologi Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.

Noor Azlan (1995). Isu-Isu Berterusan Dalam Pendidikan Matematik. Jurnal Pendidikan Dalam Pendidikan Matematik, 14, 19-38.

Omardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah, Kaedah dan Strategi. Kajang : Masa Enterprise.

Rohani Kasmani (1999). Tinjauan Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Dalam Pengajaran Matematik Di Sekolah Menengah Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian. Tesis Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.

Tamby Subahan Mohd Meerah (1996). Strategi Pengajaran Untuk Meningkatkan Prestasi Sains dan Matematik. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Lampiran ABORANG SENARAI SEMAK HASIL KERJA MURID

Nama guru:________________________Mata pelajaran : ___________________ Tahun/Darjah: _______________________Nama Murid : ____________________Skala Pencapaian 12345

LemahTidak MemuaskanSederhanaBaikCemerlang

Bil AspekSkorCatatan

1.Murid dapat menyiapkan latihan / lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan

2.Murid dapat menjawab / menulis jawapan dengan baik dan betul

3.Murid membawa buku latihan / buku teks dan buku yang berkaitan dengan mata pelajaran

4.Murid menunjukkan minat dan bersungguh sungguh semasa menyiapkan kerja atau latihan yang diberikan oleh guru di dalam kelas

5.Murid membuat pembetulan stelah hasil kerja disemak oleh guru

JUMLAH

Lampiran B

40Ujian Pra

Matematik Tingkatan 1Tajuk : Nombor Bulat Subtopik:Pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit

Nama murid:_________________________________Kelas:__________________

Arahan : Jawab semua soalan dengan menunjukkan jalan kerja

1. 265 x 56 =

2. 378 x 87 =

3. 765 x 31 =

4. 976 x 43 =

5. 765 x 31 =

6. 133 x 67 =

7. 246 x 57 =

8. 982 x 27 =

9. 657 x 19 =

10. 183 x 40 =

( 40 markah )

Lampiran C

40Ujian Pos

Matematik Tingkatan 1Tajuk : Nombor Bulat Subtopik:Pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit

Nama murid:_________________________________Kelas:__________________

Arahan : Jawab semua soalan dengan menunjukkan jalan kerja

1. 764 x 21 =

2. 235 x 67 =

3. 962 x 76 =

4. 872 x 35 =

5. 712 x 96 =

6. 456 x 19 =

7. 379 x 87 =

8. 786 x 99 =

9. 515 x 69 =

10. 718 x 59 =

( 40 markah )

Lampiran DSOALAN KAJI SELIDIK

Jantina: L / P

Bulatkan jawapan mengikut skala: 1-Amat Tidak Setuju2-Tidak Setuju3-Setuju4-Amat Setuju

ItemSkala

1) Matematik adalah mata pelajaran yang saya minati.1234

2) Saya seronok belajar operasi darab dalam matematik.1234

3) Saya selalu membuat latihan pendaraban sendiri di rumah.1234

4) Semakin banyak saya mempelajari operasi darab dalam matematik, saya semakin menyukainya.1234

5) Saya berasa bangga apabila dapat menjawab soalan operasi darab dengan betul.1234

6) Saya akan cuba menjawab semua soalan operasi darab yang diberikan.1234

7) Saya telah menghafal sifir 1 hingga sifir 12.1234

8) Saya suka latihan berbentuk pendaraban dalam matematik.1234

9) Saya akan bertanya guru apabila menghadapi masalah dalam pendaraban.1234

10) Saya selalu mengisi masa lapang dengan membuat latihan tambahan soalan pendaraban.1234

Lampiran ESENARAI SEMAK TINGKAH LAKU MURID DI DALAM KELAS TINGKATAN 1 BESTARI SEMASA AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Aspek PenilaianMuridSukar memberi respon terhadap penyoalan guruSuka berjalan / keluar dari kelasBising / suka berbual dengan rakanTidur / mengantuk semasa P&PPasif / tidak melibatkan diri dalam P&P

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

JUMLAH

35