kajian tindakan jawi thn 1

17
Kajian Tindakan Jawi Tahun 1 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN ISI KANDUNGAN HALAMAN Penghargaan 1 Abstrak 3 1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 5 2.0 Fokus Kajian /Isu Keperihatinan 6 3.0 Objektif Kajian 7 4.0 Kumpulan Sasaran 8

Upload: safuan-razali

Post on 12-Jan-2016

91 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kajian

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Jawi Thn 1

Kajian Tindakan Jawi Tahun 1

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

ISI KANDUNGAN                                                                                          HALAMAN

Penghargaan                                                                                                      1

Abstrak                                                                                                               3

1.0  Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu                                                5

2.0  Fokus Kajian /Isu Keperihatinan                                                               6

3.0  Objektif Kajian                                                                                             7

4.0  Kumpulan Sasaran                                                                                        8

5.0  Tindakan yang dicadangkan :                                                                     8

5.1  Tinjauan Masalah                                                                                8

5.2  Analisis Tinjauan Masalah                                                                  9

5.3  Melaksanakan Tindakan                                                                 9

5.4  Penilaian                                                                                              10

5.5  Refleksi Kajian                                                                                     11

6.0  Cadangan untuk kajian seterusnya                                                              11 – 1

7.0 Bibliografi                                                                              12

8.0 Lampiran 13

Page 2: Kajian Tindakan Jawi Thn 1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.

Terlebih dahulu kami ingin melafazkan syukur  ke hadrat ilahi kerana

dapat menyiapkan kajian tindakan   mengikut masa yang telah ditetapkan.

Semoga hasilan kajian tindakan ini menjadi titik tolak kepada kami untuk

melaksanakan lebih kajian tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi

sewaktu P&P khususnya.

Pendidikan adalah sebahagian agenda penting Negara. Khususnya dalam usaha

menjana pembangunan, meningkatkan martabat dan maruah Negara,

mewujudkan keadilan sosial serta menentukan hala tuju generasi akan datang.

Untuk merealisasikan objektif tersebut, sewajarnyalah guru bergerak cergas

dalam mencari maklumat dan menyelesaikan masalah sewaktu P&P dengan

mengadakan kajian tindakan .

Dalam menghadapi alaf baru dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara,

guru seharusnya sentiasa ingat tentang matlamat melahirkan pelajar yang

seimbang serta harmonis. Dalam hal ini, tujuan pendidikan di Malaysia juga

adalah untuk menerapkan nilai moral dan rohani kea rah pembentukan individu

yang menyeluruh. Oleh itu, guru perlu melibatkan murid secara aktif dan

memainkan peranan penting dalam semua aktiviti sekolah kearah melahirkan

1

Page 3: Kajian Tindakan Jawi Thn 1

modal insan cemerlang yang menjadi aspirasi Negara. Semoga dengan kajian

tindakan ini  hala tuju pendidikan kea rah mencapai kegemilangan pendidikan

bertaraf dunia dapat dijayakan.

2

Page 4: Kajian Tindakan Jawi Thn 1

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF JAWI MELALUI KAEDAH

” DI MANAKAH SAYA? ”

Pn. Nor Azian Binti Badri

Pn Khuzaimah Binti Hairudin

Pn Siti Norasikin Binti Mohamed Yusof

Cik Nurul Ain Binti Rahman

En. Muhammad Safuan Bin Razali

SK Permas Jaya 4 , Pasir Gudang.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid tahun 1 Alfa 2 untuk

mengenal huruf jawi yang mempunyai bentuk yang sama ( ba, ta, tha, nun, ya ,

nya) . Seramai 5 orang pelajar tahun 1 Alfa 2 , SK Permas Jaya 4 , Pasir Gudang

dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.

Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan penggal

dan latihan harian. Hasil tinjauan menunjukkan murid keliru dengan huruf yang

mempunyai bentuk yang sama. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik

mengecam huruf yang sama bentuk dan latih tubi menyebut huruf dengan

3

Page 5: Kajian Tindakan Jawi Thn 1

menggunakan flash card. Guru menggunakan teknik ‘ Di manakah saya?’ dengan

menunjukkan perbezaan tempat dan bilangan titik huruf jawi dan diberi soalan

ujian serta soal selidik. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 2 minggu .

Keputusan ujian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal

selidik pula menunjukkan murid lebih mengingati dan dapat membezakan huruf

jawi yang sama bentuk dan seronok belajar jawi terutama di bawah tajuk

mengenal huruf jawi melalui teknik   ‘Di manakah saya?’.

4

Page 6: Kajian Tindakan Jawi Thn 1

1.0       REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.

     Sepanjang menjadi guru matapelajaran Jawi , saya dapati masalah utama

pelajar tidak dapat markah penuh dalam mata pelajaran Jawi ialah

ketidakmahiran mereka mengecam dan mengaenal huruf jawi yang sama bentuk

dan keliru. Walaupun soalan ini hanya melibatkan 40 markah tetapi kebanyakan

pelajar tidak menjawab dengan lengkap soalan tersebut, malah terdapat pelajar

yang tidak menjawab langsung. Ramai pelajar yang menyalin semula soalan dan

huruf . Justeru itu  pelajar sukar mendapat markah A dalam matapelajaran Jawi.

Implikasinya peratus pelajar yang mendapat A dalam PKSR Matapelajaran Jawi

masih kurang.

     Berdasarkan perbualan dengan guru-guru yang terlibat mengajar mata

pelajaran Jawi tahun 1 ,mereka juga menghadapi masalah yang sama. Pelajar

akan meninggalkan soalan bahagian mengecam huruf jawi atau memberikan

jawapan yang tidak betul .Pelbagai alasan yang mereka berikan contohnya ,

“….susah la ustazah”, “tak tau la….!”, tak reti  ustazah!” dan sebagainya .Ekoran

daripada masalah itu, kadang-kadang saya menjadi keliru dengan keberkesanan

Pengajaran dan Pembelajaran saya.

     Selain dari itu, saya juga risau dengan pandangan  sesetengah pihak

termasuk murid  dan ibu bapa sendiri yang masih menganggap mata pelajaran

Jawi adalah senang sedangkan ada murid yang masih tidak dapat menguasai

menulisjawi kerana tidak mengenali huruf jawi dan masih keiru .

5

Page 7: Kajian Tindakan Jawi Thn 1

Berdasarkan  beberapa faktor di atas,  saya rasa terpanggil untuk membaiki

keadaan ini dengan melaksanakan Kajian Tindakan menggunakan Teknik yang

saya namakan “Dimanakah saya?”.

2.0       ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

(a) Pelajar yang sering tidak menjawab langsung soalan jawi PKSR bahagian menulis

huruf jawi .

(b)       Pelajar yang sering menjawab tetapi tidak betul.

(c)       Pelajar yang kurang keyakinan diri semasa menjawab soalan ujian dan

peperiksaan.

Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada cara menjawab

soalan matapelajaran jawi bahagian menulis dan mengecam huruf jawi mengikut

jadual dan masa yang telah ditetapkan oleh guru. Kajian ini penting bagi

menggalakkan murid dari tahun 1 yang menjawab matapelajaran jawi agar

sentiasa berkeyakinan tinggi ketika menjawab soalan tersebut dan seterusnya

mendapat markah penuh dan melayakkan mereka mendapat gred A.

6

Page 8: Kajian Tindakan Jawi Thn 1

3.0       OBJEKTIF KAJIAN

3.1       Objektif Umum :

Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan pelajar tahun 1 Alfa 2 dapat

menjawab soalan matapeajaran Jawi dengan lengkap dan mendapat markah

maksimum atau 35 hingga 40.

3.2       Objektif Khusus :

(a)       Mengelakkan pelajar yang tidak menjawab langsung soalan jawi bahagian

menulis huruf jawi .

(b)       Mengurangkan bilangan pelajar yang menjawab dengan tidak lengkap soalan

tersebut.

(c)       Membantu murid meningkatkan daya usaha untuk menjawab semua soalan

dengan betul.

(d)       Meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas supaya lebih aktif semasa

sesi perbincangan atau P&P terutama aktiviti mengenal dan menebut huruf jawi .

(e)       Mengubah sikap pelajar bahawa ejaan jawi adalah senang.

7

Page 9: Kajian Tindakan Jawi Thn 1

4.0       KUMPULAN SASARAN

     Kajian ini melibatkan 5 orang pelajar tahun 1 Alfa 2 . Sampel ini terdiri

daripada seorang pelajar perempuan dan 4 orang pelajar lelaki. Saya

mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke atas semua pelajar tahun 1

Alfa 2 bagi membolehkan semua murid menikmati insentif ini dan dapat

menunjukkan hasil sebagaimana yang diharapkan.

5.0       PERLAKSANAAN KAJIAN

5.1       Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian

ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk

memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan

dengan mengutip data seperti yang berikut :

·           Ujian khas membina soalan daripada jawapan yang disediakan.

·           Latihtubi menjawab soalan 4, matapelajaran jawi.

·           Ujian lisan berasaskan sekolah bagi mengesan sebutan huruf pelajar.

8

Page 10: Kajian Tindakan Jawi Thn 1

5.2       Analisa Tinjauan Masalah

Keputusan Ujian Diagnostik Jawi

1.    Murid yang lulus menjawab soalan bahagian mengisi tempat kosong huruf jawi

adalah 10% sahaja dan markah yang diperolehi adalah rendah. Diandaikan

mereka hanya meneka jawapan yang diberi.

2.    Jawapan murid pada soalan tersebut menunjukkan  murid-murid lemah pada

mengenal huruf jawi bentuk yang sama dan masih kliru tersebut.

3.    10% murid pula tidak dapat menyambung huruf kerana tidak mengenal huruf

yang boleh disambung dan tidak boleh disambung sebelum dan selepas.

5.3        Tindakan yang dijalankan

5.3. 1 Membina model sekuntum bunga

Cara Pelaksanaan :

·           Guru menyediakan  sebuah model sekuntum bunga dan menunjukkan

kepada murid. Guru menerangkan tentang huruf jawi yang mempunyai bentuk

yang hampir sama iaitu huruf ba, ta, tha, nun, ya dan nya. Guru juga

mempamerkan model bunga dan mengarahkan murid menampal pelekat

berbentuk bulat ke kelopak bunga yang menunjukkan tanda titik huruf yang

dipelajari.

9

Page 11: Kajian Tindakan Jawi Thn 1

·           Pelajar  akan menyebut huruf tersebut secara latih tubi dan akan ditasmik

sebutannya oleh guru pada keesokan harinya. Sebelum itu pelajar dikehendaki

ditasmik terlebih dahulu oleh ibubapa mereka di rumah.

·           Pelajar juga boleh juga meminta pelajar lain untuk mentasmik sebutan

mereka .

·           Setiap kali ditasmik samada oleh ibubapa/rakan/guru tandatangan mestilah

di dapatkan apabila pelajar berjaya atau gagal ditasmik sebagai bahan bukti.

·           Guru menguji ingatan dan pengetahuan pelajar sebelum memulakan kelas

dengan mengadakan tasmik / ‘spelling’  setiap kali waktu pelajaran jawi (satu

masa pada setiap minggu).

·           Guru juga akan mengadakan permainan kuiz berpasangan , iaitu murid akan

menyoal ejaan yang telah dipelajari kepada rakan secara berpasangan dan

ditulis markah . Permainan ini boleh diadakan ketika  P&P matapelajaran jawi

atau sebagai pengayaan dan aktiviti waktu terluang seperti waktu rehat  dan

waktu balik.

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / penilaian

         Saya merasa sungguh gembira apabila aktiviti ini mendapat sambutan

yang memberangsangkan  oleh pelajar. Semua murid bersungguh-sungguh

untuk mengambil bahagian dan sokongan daripada pihak ibubapa juga

memberangsangkan dimana 3 daripada 5 pelajar telah disemak tulisan mereka

10

Page 12: Kajian Tindakan Jawi Thn 1

secara lengkap oleh ibubapa masing-masing. huruf yang diberi susah untuk

mereka mengingatinya pada peringkat permulaan, tetapi akhirnya mereka dapat

mengecam semua huruf jawi yang diberi.

5.5       Refleksi Kajian

Tindakan intervensi yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah fokus

kajian iaitu telah membasmi E dalam ujian. Saya berasa gembira kerana 5 orang

murid telah lulus ujian itu dan tiada murid yang mendapat E . Keberangkalian

untuk penambahan lulus adalah tinggi.

6.0       CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

      Berdasarkan kajian ini, fokus program ini adalah untuk membantu

peningkatan markah bagi matapelajaran Jawi . Aspek pemasalahan yang lain

adalah merangkumi kemahiran menyambung huruf menjadi perkataan.

Kemahiran ini harus ditekankan dan diberi masa yang lebih lama untuk

menjalankan aktiviti tersebut. Untuk menjalankan aktiviti ini dengan lebih

berkesan dicadangkan diadakan kelas tambahan seperti sebelah pagi (sebelum

P&P) atau waktu balik (selepas P&P).Ini kerana masa untuk  matapelajaran Jawi

hanya 1 waktu seminggu. Masa yang tidak mencukupi menyebabkan proses

menjalankan aktiviti kurang lancar.

11

Page 13: Kajian Tindakan Jawi Thn 1

 

7.0 BIBLIOGRAFI

Othman Lebar., (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan,

Tanjong Malim: Penerbit UPSI

Lee Soon Guan et. Al (2006) Matra keluaran kedua , Jabatan Pendidikan Kedah.

Sektor Pengurusan Akademik. 2008. Koleksi Laporan Kajian

Tindakan 2008(TUNTAS).Kedah: Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

12

Page 14: Kajian Tindakan Jawi Thn 1

8.0 LAMPIRAN    

8.1         JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil. Aktiviti Tempoh / Tarikh

pelaksanaan

1. Mengenal pasti masalah dan mengumpul data

awal

28 Jun 2015

2. Menulis kertas cadangan / proposal kajian 04 Julai 2015

3. Merancang tindakan – (individu / panitia) 08 Julai 2015

4. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 14 Julai 2015

5. Membincangkan masalah yang timbul dalam

tindakan 1

22 Julai 2015

6. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data

awal

23 Julai 2015

7. Menulis Proposal Kajian 27 Julai 2015

13

Page 15: Kajian Tindakan Jawi Thn 1

8.2 Set soalan ujian

8.3 Gambar Murid Menjalankan aktiviti ‘ Di manakah saya?’

14