kajian tindakan abu dan saf

4
Bahagian Penulisan 1. Tajuk Kajian Penggunaan Kaedah Suku Kata Berwarna bagi Meningkatkan Bacaan Murid-murid Tahun 1 Kenanga 2. Nama Penyelidik Abu Bakar bin Isa Saftuyah binti Omar 3. Nama Sekolah Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Sibu Jalan Teku Off Jalan Disa, 96000 Sibu, Sarawak. 4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengkaji telah diberi amanah untuk mengajarkan Bahasa Malaysia kepada murid-murid Tahun 1 Kenanga. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Agama Sibu ini, pengkaji dapati pelbagai masalah pembelajaran murid yang berjaya dikesan dalam kelas tersebut. Masalah-masalah ini banyak melibatkan kemahiran asas dalam Bahasa Melayu iaitu kemahiran 3M, masalah komunikasi serta masalah tingkah laku murid ketika mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Melalui pengalaman dan pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran yang lepas, masalah yang telah dikesan antaranya ialah masalah membaca perkataan diftong dan suku kata tertutup kv + vk. Keadaan ini menyebabkan mereka sangat lemah dalam penguasaan kemahiran membaca Hal ini terbukti apabila pengkaji menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca, pengkaji perhatikan mereka hanya

Upload: saftuyah-omar

Post on 12-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

Bahagian

Penulisan

1. Tajuk KajianPenggunaan Kaedah Suku Kata Berwarna bagi Meningkatkan Bacaan Murid-murid Tahun 1 Kenanga

2. Nama PenyelidikAbu Bakar bin IsaSaftuyah binti Omar

3. Nama SekolahSekolah Kebangsaan Agama (MIS) SibuJalan Teku Off Jalan Disa,96000 Sibu, Sarawak.

4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran LaluREFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengkaji telah diberi amanah untuk mengajarkan Bahasa Malaysia kepada murid-murid Tahun 1 Kenanga. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Agama Sibu ini, pengkaji dapati pelbagai masalah pembelajaran murid yang berjaya dikesan dalam kelas tersebut. Masalah-masalah ini banyak melibatkan kemahiran asas dalam Bahasa Melayu iaitu kemahiran 3M, masalah komunikasi serta masalah tingkah laku murid ketika mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.

Melalui pengalaman dan pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran yang lepas, masalah yang telah dikesan antaranya ialah masalah membaca perkataan diftong dan suku kata tertutup kv + vk. Keadaan ini menyebabkan mereka sangat lemah dalam penguasaan kemahiran membaca Hal ini terbukti apabila pengkaji menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca, pengkaji perhatikan mereka hanya menggerakkan mulut sahaja dan tidak mengeluarkan sebarang suara. Selain itu, mereka sering menunjukkan reaksi yang mereka tidak suka apabila diminta untuk membaca dan tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Situasi ini menjejaskan sesi pengajaran dan pembelajaran kerana murid tidak dapat membaca dengan betul dan mengakibatkan mereka ketinggalan dalam langkah pengajaran seterusnya yang dilaksanakan guru.

Sehubungan dengan itu, satu tindakan sistematik dan terancang melalui kajian tindakan telah diambil pengkaji bagi mengatasi masalah membaca perkataandiftong dan suku kata kv+vk ini supaya mereka tidak terus ketinggalan pada masa akan datang. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti penggunaan teknologi maklumat, kad berwarna, kad bergambar, Power Point, nyanyian, pergerakan dan bacaan suku kata sebagai bahan rangsangan amat penting dan dapat membantu murid-murid ini untuk meningkatkan kemahiran berbahasa mereka. Rentetan daripada masalah tersebut, pengkaji menjadikan masalah membaca perkataan diftong dan suku kata kv+vk sebagai fokus kajian pengkaji.

5. Isu/ Keprihatinan Yang DikajiAnalisis daripada keputusan akhir tahun 2004 menunjukkan 18% daripada keseluruhan murid-murid Tahun Satu gagal menguasai kemahiran membaca. Membaca merupakan komponen utama dalam 3M di dalam KBSR. Kegagalan membaca secara langsung akan menggagalkan pembelajaran individu kerana bahasa adalah merentas kurikulum. Keadaan ini akan memberi kesan yang ketara dalam penguasaan penulisan dan pengiraan. Hasil kajian mendapati masalah ini berpunca daripada:

i ) Keupayaan berfikir yang rendah.

ii) Tidak dapat memberi tumpuan yang lama.

iii) Tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata.

iv) Tidak memahami apa yang dibaca, iaitu bacaan tidak bermakna.

Sekiranya masalah ini berterusan, murid-murid merasakan satu tekanan berada di sekolah. Secara tidak langsung ia mewujudkan masalah sampingan seperti masalah disiplin, vandalisme dan lain-lain. Sekiranya masalah ini berlarutan hingga selepas alam persekolahan, mereka akan menjadi sumber kepada kepincangan masyarakat dan ketidakstabilan sosial.

6. Tentukan Objektif KajianTujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan diftong dan suku kata kv+vk murid Tahun 1 Kenanga Sekolah Kebangsaan Agama Sibu dengan menggunakan program Papan Interaktif Kata.

Objektif Membantu murid Tahun 1 Kenananga Sekolah Kebangsaan Agama Sibu menguasai kemahiran membaca perkataan kv+vk dan diftong dengan menggunakan aktiviti papan interaktif dan cantuman kad suku kata berwarna.

Persoalan Kajian Bagaimanakah penggunaan aktivit Papan Interaktif Kata dan cantuman kad suku kata berwarna dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan kv+vk dan diftong murid Tahun 1 Kenanga Sekolah Kebangsaan Agama Sibu?

7. Kumpulan SasaranKumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 24 orang pelajar Tahun 1 Kenanga yang terdiri daripada 16 orang murid Melayu dan 8 orang murid Melanau.

8. Tindakan Yang dicadangkanAktiviti-aktiviti yang dicadangkanSebanyak dua aktiviti dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran bacaan dalam kalangan murid-murid kumpulan sasaran kami. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:

Aktiviti 1 (Papan Interaktif Kata)Intervensi ini dinamakan Papan Interaktif Kata kerana menggunakan program Microsoft Power Point untuk membuat slaid yang terkandung di dalamnya.

Aktiviti 2 (Cantuman Kad Suku Kata Berwarna)Intervensi ini dinamakan Cantuman Kad Suku Kata Berwarna kerana menggunakan kad-kad suku kata yang berwarna dan menarik untuk memudahkan murid-murid membatang serta membunyikan suku kata yang sukar seperti diftong..