kajian tindak balas bahan kimia ke atas pelbagai jenis … tindak balas... · 2015. 5. 15. ·...

24
i KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS FABRIK UNTUK MENGHASILKAN TEKSTURA LEE SIEW HSIA Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan Dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka Tekstil dan Fesyen) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007

Upload: others

Post on 02-Sep-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

i

KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS

FABRIK UNTUK MENGHASILKAN TEKSTURA

LEE SIEW HSIA

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Seni Gunaan Dengan Kepujian

(Teknologi Seni Reka Tekstil dan Fesyen)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

Page 2: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

ii

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS

FABRIK UNTUK MENGHASILKAN TEKSTURA

SESI PENGAJIAN: 2004/2005

Saya LEE SIEW HSIA

mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi

5. *sila tandakan

Disahkan

__________________________ ___________________________

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh: Tarikh:

Alamat Tetap:

P.O.Box 78,

89608 Papar, Sabah.

Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

*Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa

Organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan

Sebagai SULIT atau TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di

dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan

oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) SULIT TERHAD

SULIT

TIDAK TERHAD

Page 3: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

iii

Projek bertajuk “Kajian Tindak Balas Bahan Kimia Ke Atas Pelbagai Jenis Fabrik

Untuk Menghasilkan Tekstura” telah disediakan oleh Lee Siew Hsia dan telah

diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni reka Tekstil dan Fesyen)

Diterima untuk diperiksa oleh:

__________________________

(Dr. Nazlina Shaari)

Tarikh:

__________________________

Page 4: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

iv

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutama kepada penasihat saya iaitu Dr.

Nazlina Shaari yang telah memberi banyak tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang saya

menjalankan penyelidikan ini.

Di samping itu, saya juga ingin memberi penghargaan kepada pensyarah lain yang

turut membimbing serta menyumbang idea dalam menyiapkan penyelidikan saya terutamanya

Cik Norhayati Suleiman, Prof. Madya Dr. Haji Khairul Aidil Azlin dan En. Louis Ringah Ak

Kanyan.

Tidak lupa juga kepada kedua-dua tutor program fesyen dan tekstil iaitu Cik Dayang

Marinawati Bt. A. Mohd. Reduan dan Puan Faridah bt. Maqbool Rahman yang telah banyak

memberi sokongan dan cadangan yang diperlukan sewaktu saya dalam keadaan tegang dan

keliru.

Selain daripada itu, saya juga ingin memberi mengucapkan terima kasih keluarga saya

yang telah banyak memberi sokongan dalam bentuk kewangan bagi menyiapkan penyelidikan

ini. Tidak lupa juga kawan-kawan yang telah menghulurkan bantuan dan sokongan kepada

saya.

Page 5: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

v

Abstrak

Kajian ini tertumpu kepada penghasilan tekstura daripada penggunaan bahan-bahan kimia.

Eksperimen ini telah dijalankan untuk mengenalpasti reaksi bahan-bahan kimia dengan fabrik.

Teknik shibori, ikat dan jahitan digunakan untuk menghasilkan tekstura yang berbentuk 3D

pada permukaan fabrik. Kajian ini juga telah berjaya mengenalpasti bahan kimia yang dapat

menambah nilai astetik yang baru tanpa merosakan kualiti fabrik.

Page 6: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

vi

Abstract

This research is focused on producing textures by using chemical substances. The analysis

covers identification of chemical reaction with new fabrics. The shibori, tie, and stitches

techniques were applied to produce 3D effects to the fabric surface. The end results

successfully shows that certain chemical could enhance new and aesthetic look without ruined

the quality of fabric.

Page 7: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

KANDUNGAN MUKA SURAT

Halaman tajuk i

Borang pengesahan status dokumentasi ii

Tandatangan penyelia iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

BAB 1: PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1 - 2

1.1 Objektif kajian 3

1.2 Penyataan masalah 3

1.3 Hipotesis kajian 4

1.4 Limitasi kajian 5

1.5 Skop Penyelidikan 5 - 6

BAB 2: METODOLOGI PENYELIDIKAN

2.l Metodologi 7

2.1.1 Kaedah primer 7

2.1.1.1 Permerhatian 8

2.1.1.2 Eksperimen 8

2.1.2 Sekunder 8 – 9

Page 8: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

BAB 3: HASIL DAPATAN KAJIAN

3.0 Pengenalan 10

3.1 Eksperimen 10 - 11

3.2 Pemerhatian 11 - 12

BAB 4: EKSPERIMEN

4.0 Pengenalan 13 - 14

4.1 Penyediaan proses eksperimen 15 - 17

4.2 Peralatan 17 - 18

4.3 Penyediaan bahan 18 - 19

4.4 Proses pembentukan tekstura 19

4.4.1 Eksperimen 1 : Proses rendaman 19 - 20

4.4.1.1 Proses rendaman : Teknik ikatan 20 - 22

4.4.1.2 Proses rendaman : Teknik jahitan 23 - 26

4.4.2 Eksperimen 2 : Proses rebusan 27

4.4.2.1 Proses rebusan : Teknik shibori 27 - 29

4.4.2.2 Proses rebusan : Teknik pleats’ 30 - 32

4.4.2.3 Proses rebusan : Teknik Ikat 33 - 35

4.4.3 Eksperimen 3 : Teknik cetakan 36

4.5 Hasil eksperimen- Penganalisa data 37 - 38

Page 9: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

BAB 5: CADANGAN

5.0 Pengenalan 39

5.1 Cadangan produk 39 - 40

5.1.1 Konsep 40 - 41

5.1.2 Pilihan Warna 41 - 43

5.1.3 Kombinasi Fabrik 43 - 44

5.1.4 Tekstura yang terhasil daripada ujikaji atau eksperimentasi 44 - 45

5.1.5 Jenis produk 45 - 49

5.1.6 Proses reka bentuk 49

5.1.6.1 Lakaran lampu 49 - 51

5.1.6.2 Lakaran sarung kusyen 52 - 54

5.2 Produk akhir

5.2.1 Sarung kusyen 55 - 56

5.2.2 Lampu lantai 57 - 58

BAB 6: KESIMPULAN 59

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 10: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

1

BAB 1: PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

merupakan bahan yang merbahaya dan membawa mudarat kepada manusia dan alam sekitar,

namun penggunaan secara betul dapat mengurangkan kemudaratan sebaliknya mendatangkan

manfaat kepada pengguna, perindustrian dan alam sekitar. Dalam bidang perindustrian tekstil,

penggunaan bahan kimia adalah secara meluas adalah untuk menghasilkan produk yang tahan

lama dan meningkatkan nilai estetik pada produk yang dihasilkan.

Berdasarkan E – Kamus Versi 1.0, kimia dapat didefinisikan sebagai ilmu sains asas

yang berkaitan dengan struktur, kelakuan, komposisi dan sifat tindak balas yang berlaku

antara atom, ion, unsur, atau sebatian serta hukum-hukum yang menerangkan fenomena kimia.

Unsur-unsur kimia dapat diklasifikasikan mengikut jadual berkala unsur kimia yang

terdiri daripada susunan unsur menurut struktur elektron dan setiap unsur disenaraikan

mengikut tertib nombor atom dan simbol kimia ( rujuk lampiran 12 ).

Selain itu, bahan kimia merupakan bahan yang boleh mengubah sifat-sifat atau fizikal

fabrik. Fabrik terdiri daripada gentian semulajadi iaitu selulosa dan haiwan ( rujuk lampiran

13 ). Manakala gentian sintetik dan mineral merupakan gentian tiruan yang dihasilkan oleh

manusia seperti poliester, getah, kaca dan lain-lain ( rujuk lampiran 13 ).

Fabrik adalah hasil daripada penghasilan gentian semulajadi atau gentian sintetik yang

telah diproses dan dijadikan benang. Untuk menghasilkan fabrik, benang yang dihasilkan akan

dianyam dan dikait dan lain-lain dengan menggunakan mesin. Setiap jenis fabrik yang

dihasilkan mempunyai sifat-sifat yang berbeza dari segi kekuatan fabrik, kestabilan dimensi,

Page 11: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

2

ketumpatan, kadar penyerapan, tindak balas kimia dan kepekaan terhadap alam sekitar.

Tindak balas bahan kimia seperti alkali, asid dan bahan pelarut terhadap fabrik yang

berlainan akan memberi kesan yang berbeza dari segi warna, ketahanan dan tekstura akan

terbentuk. Hal ini bergantung kepada kuantiti bahan kimia dan masa yang digunakan ketika

menjalankan eksperimen.

Kajian tindak balas bahan kimia ke atas pelbagai jenis fabrik untuk menghasilkan

tekstura dijalankan dalam penyelidikan ini. Kajian ini dilakukan secara eksperimentasi bahan

dengan mengkategorikan jenis-jenis fabrik dan mengenalpasti jenis-jenis bahan kimia yang

berpotensi untuk digunakan. Melalui eksperimen ini, tekstura fabrik yang terhasil daripada

tindak balas kimia akan diasingkan mengikut sukatan dan masa, untuk menganalisa tekstura

yang dihasilkan daripada kepelbagaian jenis fabrik dan bahan kimia.

Kajian ini adalah untuk membentuk permukaan baru di atas fabrik dengan tindak balas

bahan kimia yang digunakan.

Page 12: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

3

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah :-

i. Mengkaji bahan kimia dan fabrik yang berpotensi untuk menghasilkan tekstura.

ii. Mengaplikasikan pelbagai teknik untuk menghasilkan tekstura pada permukaan

fabrik.

iii. Menghasilkan produk hiasan dalaman daripada fabrik yang mempunyai tekstura

hasil daripada tindak balas bahan kimia.

Penyataan Masalah

Setiap kajian dimulakan dengan mengenalpasti masalah. Dengan itu, beberapa

penyataan kajian untuk mengetahui punca-punca masalah penyelidikan telah dikemukakan

dalam penyelidikan. Antara permasalahan kajian yang terdapat dalam kajian penyelidikan ini

ialah:-

i. Tiada spesifikasi fabrik yang sesuai untuk menghasilkan tekstura daripada bahan

kimia.

ii. Penggunaan teknik tekstura berdasarkan bahan kimia kurang diaplikasikan dalam

produk hiasan dalaman.

Page 13: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

4

Hipotesis Kajian

Hipotesis merupakan andaian-andaian penyelidik terhadap hasil penyelidikannya.

Dengan itu, beberapa andaian dibuat dalam penyelidikan.

Antara andaian penyelidikan ini ialah kajian yang dibuat mampu menghasilkan

tekstura yang baru hasil daripada tindak balas bahan kimia dengan kepelbagaian jenis fabrik.

Dengan itu, mengkaji sejauh mana potensi tindak balas bahan kimia ke atas permukaan fabrik

dapat dikaji untuk menghasilkan tekstura. Kajian dan penyelidikan yang terperinci terhadap

keberkesanan bahan kimia terhadap permukaan fabrik melalui eksperimentasi yang telah

dijalankan.

Dengan itu, tekstura yang dibentuk daripada hasil dapatan eksperimen mempunyai

keindahan yang tersendiri tanpa merosakkan fabrik dengan penggunaan bahan kimia. Hasil

daripada tekstura ke atas fabrik dapat diaplikasi dalam hiasan dalaman atau fesyen. Oleh ini,

tekstura yang terhasil mempunyai nilai estetik yang mampu diperluaskan dalam industri

tekstil.

Di samping itu, penghasilan tekstura melalui tindak balas bahan kimia ke atas

permukaan fabrik dijangka mempunyai nilai pasaran dalam bidang fesyen. Hal ini kerana

tekstura yang terbentuk boleh diaplikasi dalam pakaian dan mempunyai nilai kecantikan

tersendiri apabila dipakai serta wujud daya tarikan daripada pengguna setelah beberapa

cadangan diterima oleh penyelidik daripada maklum balas pengguna.

Selain itu, juga menjangka kewujudan tekstura dengan penggunaan teknik baru

mampu membuka peluang baru kepada pengusaha dalam industri tempatan. Justeru, banyak

peluang pasaran baru dapat diwujudkan dalam bidang perindustrian tekstil negara, mahupun

dalam bidang fesyen.

Page 14: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

5

1.4 Limitasi Kajian

Kajian yang dijalankan ini hanya tertumpu kepada penggunaan bahan kimia komersial

yang selamat digunakan di dalam bidang perubatan dan kegunaan di rumah. Antara limitasi

kajian yang terdapat pada kajian penyelidikan ialah :-

i. Bahan kimia yang digunakan adalah sukar diperoleh serta mempunyai kos yang

tinggi.

ii. Kesukaran untuk memperolehi sumber rujukan dalam kajian penyelidikan ini.

Hal ini berlaku kerana buku teks yang diperolehi adalah terhad di perpustakaan,

ini boleh menyebabkan kesukaran menjalankan kajian penyelidikan ini.

1.5 Skop Penyelidikan

Kajian penyelidikan ini dijalankan di sekitar Kuching, Sarawak untuk mengumpul

maklumat dan menjalankan penyelidikan tersebut. Pemerhatian telah dibuat di kedai-kedai

lampu dan pusat beli belah yang terdapat sekitar Kuching seperti BDC, Tabuan jaya, India

Street dan Batu Kawa. Berikut adalah contoh beberapa fotograf yang diambil melalui

pemerhatian ke atas kedai lampu seperti rajah 1 dan rajah 2 di bawah :-

Page 15: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

6

Rajah 1 : Pemerhatian ke atas lampu di kawasan BDC

Rajah 2 : Pemerhatian di kedai lampu di kawasan Batu Kawa

Berdasarkan rajah 1 dan rajah 2, tinjauan atau pemerhatian bagi kedai lampu di sekitar

kawasan BDC dan Batu Kawa telah dibuat dan beberapa fotograf diambil. Dengan itu, juga

mendapati kedai-kedai yang ada di sekitar BDC dan Batu Kawa kebanyakan menjual

rekabentuk yang tidak bertekstura seperti penggunaan kaca, plastik, kertas atau plan fabrik

pada permukaan lampu.

Selain itu, terdapat pelbagai jenis rekabentuk lampu dijual. Namun, pengaplikasian

tekstura pada lampu masih kurang diterapkan. Melalui pemerhatian yang dilakukan proses

perkembangan idea dapat dijana dalam menghasilkan produk tersebut.

Page 16: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

7

BAB 2: METODOLOGI PENYELIDIKAN

2.1 Metodologi

Kaedah penyelidikan yang digunakan bagi menjalankan kajian ini boleh dikategorikan

kepada dua iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk pengumpulan maklumat. Kaedah

penyelidikan berbentuk kualitatif adalah pengumpulan data melalui jurnal, surat khabar, buku-

buku ilmiah, internet, risalah, majalah dan sebagainya untuk mengukuhkan kajian

penyelidikan ini.

Kaedah penyelidikan berbentuk kuantitatif merupakan sumber daripada penganalisaan

data. Kajian ini merangkumi penyediaan borang soal selidik dan temuramah untuk

mengumpul data serta menganalisa data. Tujuannya untuk memantapkan serta mendapat fakta

yang tepat kajian ini.

Kaedah eksperimentasi dan kaedah pemerhatian akan dijalankan dalam kajian ini

untuk mendapatkan data dan maklumat. Kedua-dua kaedah penyelidikan adalah cara untuk

meningkatkan kualiti dalam kaji selidik ini.

2.1.1 Kaedah primer

Kaedah primer adalah kaedah yang penting dalam penyelidikan ini. Melalui kaedah ini,

dapat memudahkan kajian untuk mengumpul sumber maklumat melalui persampelan,

eksperimen dan permerhatian.

Page 17: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

8

2.1.1.1 Pemerhatian

Kaedah ini digunakan untuk memerhatikan sampel-sampel yang dilakukan melalui

eksperimen sepanjang tempoh penyelidikan ini. Selain itu, fotograf akan dijalankan untuk

mengumpul data yang berbentuk visual. Kaedah ini digunakan untuk mengetahui

perkembangan kajian mengikut perubahan setiap masa dan direkodkan secara mudah dan

tepat dalam kajian tersebut.

2.1.1.2 Eksperimentasi

Eksperimen yang dijalankan dalam kajian ini adalah untuk mendapatkan keputusan

keberkesanan bahan kimia terhadap fabrik. Melalui eksperimen yang dijalankan, penyelidik

dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan hasil kajian. Dengan itu, eksperimen ini

melibatkan kajian ke atas beberapa jenis bahan kimia dan fabrik yang berpotensi

menghasilkan tekstura. Disamping itu, dapat mengumpul maklumat secara berkesan melalui

percubaan teknik dan material yang sesuai digunakan dalam penyelidikan ini. Tujuannya

adalah membantu penyelidik mengumpul data dan maklumat secara tepat serta memberi

peluang penyelidik menerokai teknik baru untuk menghasilkan tekstura pada fabrik.

2.1.2 Sekunder

Kaedah sekunder merupakan kaedah berasaskan sumber rujukan untuk memperolehi

sumber maklumat melalui jurnal, artikel, buku-buku ilmiah, dan majalah untuk mengukuhkan

kajian penyelidikan ini. Selain itu, pengumpulan data dengan melayari internet dan bahan

Page 18: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

9

cetakan yang berkaitan adalah bertujuan untuk membantu penyelidik mengenalpasti jenis-

jenis fabrik dan bahan kimia yang berpotensi menghasilkan tekstura baru.

Antara adalah informasi yang diperolehi daripada buku teks adalah seperti berikut :

i. Menurut Reiko Sudo dari Nuno, penggunaan teknologi moden yang berasaskan

kraf tradisional dapat menghasil tekstil yang cantik dengan menggunakan lapisan

kain.

ii. Menurut Sharon Baurley ‘Fosil Interspered with Pleating’,1993 100 peratus

poliester yang dilipat mengikut corak akordion dapat digunakan dengan kaedah

stim.

Page 19: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

10

BAB 3: HASIL DAPATAN KAJIAN

3.0 Pengenalan

Dalam bab ini, beberapa kajian telah dibuat melalui eksperimen dan pemerhatian.

Beberapa bacaan dan catatan dilakukan oleh penyelidik telah digunakan untuk mendapatkan

maklumat. Dapatan kajian bab ini akan dianalisa dan ditakfsir untuk mendapatkan keputusan

yang tepat dalam kajian ini.

3.1 Eksperimen

Eksperimen adalah bahagian yang penting untuk melihat hasil kajian yang telah

dijalankan. Kaedah ini dapat membantu mengetahui kelemahan dan kekuatan penggunaan

bahan kimia ke atas permukaan fabrik. Oleh demikian, kajian melalui eksperimen memakan

masa yang lama dalam eksperimentasi kajian tersebut. Dapatan kajian eksperimen telah dibuat

melalui rekod dan catatan sebagai panduan dalam proses perkembangan eksperimen yang

seterusnya.

Dengan itu, ia juga adalah salah satu kaedah mengumpul meklumat penting dalam

membantu mengenalpasti jenis bahan kimia dan fabrik yang berpotensi menghasilkan tekstura

secara berkesan. Di samping itu, setiap bahan dan proses eksperimen akan direkodkan dalam

sepanjang kajian dijalankan dengan tujuan untuk melihat perkembangan kajian dari semasa ke

semasa.

Selain itu, persampelan telah dibuat dengan ukuran yang kecil terlebih dahulu untuk

melihat kesan daripada hasil dapatan eksperimen. Dalam persampelan ini, setiap persampelan

Page 20: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

11

yang dilakukan telah merekodkan langkah proses eksperimen dan senarai bahan kajian serta

hasil tekstura yang diperolehi. Dengan itu, dapat mengetahui sejauh mana perkembangan yang

telah dilakukan dapat diketahui dan seterusnya menganalisa dan mengenalpasti serta

menjawab objektif kajian tersebut.

Oleh demikian, setiap eksperimen yang dilakukan adalah berdasarkan resepi dan

sukatan yang berbeza mengikut keperluan eksperimen kajian. Oleh kerana resepi dan sukatan

bahan yang berbeza, hasil dapatan tekstura adalah berbeza. Justeru, ia dapat membantu

mengenalpasti kandungan bahan yang digunakan supaya tidak berlaku pembaziran. Selain itu,

sukatan untuk kandungan bahan kimia dapat dikenalpasti supaya tidak berlaku kekurangan

dan kelebihan kerana ia boleh mempengaruhi penghasilan tekstura melalui eksperimen yang

dibuat.

Di samping itu, perkiraan masa juga direkodkan dari semasa ke semasa untuk

dijadikan sebagai garis panduan dalam proses kajian yang seterusnya selain mempengaruhi

kesan dan keputusan eksperimen yang dilakukan.

3.2 Pemerhatian

Seterusnya, pemerhatian telah dibuat di sekitar Bandaraya Kuching. Pemerhatian yang

dilakukan dengan membuat pemerhatian di tempat kedai-kedai hiasan dalaman dan pasaraya.

Di samping itu, fotograf telah diambil sebagai panduan kajian tersebut. Dengan itu, didapati

kebanyakan tekstura yang dihasilkan daripada tindak balas bahan kimia adalah kurang

diaplikasikan dalam hiasan dalaman dan terhad di pasaran.

Selain itu, pemerhatian juga dibuat dengan memerhatikan sampel-sampel yang telah

dibuat dalam sepanjang tempoh kajian dilakukan di bengkel tekstil fakulti untuk mendapatkan

Page 21: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

12

maklumat secara dekat supaya keputusan yang diperoleh adalah tepat. Setiap pemerhatian

yang dibuat adalah sentiasa berubah dan telah direkodkan sama ada telah direkodkan dalam

bentuk catatan atau fotograf. Oleh itu, hasil dapatan kajian dapat direkodkan dalam bentuk

jadual dengan lebih mudah.

Page 22: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

13

BAB 4: EKSPERIMEN

4.0 Pengenalan

Dalam kajian yang dijalankan, terdapat beberapa eksperimen ke atas kepelbagaian

jenis fabrik dan bahan kimia untuk memperolehi hasil yang sesuai untuk membentuk tekstura

baru.

Sebelum menjalankan eksperimen, pelbagai jenis fabrik dan bahan kimia disediakan

( sila rujuk jadual 1 dan jadual 2 ). Berikut merupakan senarai jenis bahan kimia dalam

menjalankan eksperimen:-

Jadual 1 : Senarai jenis bahan kimia

Bil. Jenis Bahan Kimia

1. Sodium hydroxide

2. Hyrogen peroxide

3. Clorox

4. Tartaric acid

5. Acecate

6. Cuka getah

7. Thinner

8. Ammonia

Seterusnya, terdapat dua jenis fabrik digunakan dalam eksperimen iaitu fabrik gentian

semulajadi dan fabrik sintetik. Tujuan kedua-dua jenis fabrik ini digunakan adalah

Page 23: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

14

mengenalpasti fabrik yang berpotensi bertindak balas dengan bahan kimia dan seterusnya

menghasilkan tekstura yang diingini.

Berikut merupakan senarai jenis fabrik yang telah dijalankan dalam eksperimen:-

Jadual 2 : Senarai jenis fabrik

Jenis fabrik

Bil. Fabrik serat semulajadi Fabrik sintetik

1. Silk Linen poliester

2. Satin silk Lining poliester

3. Habotai Satin poliester

4. kapas Poliester

5. Chiffon Organza poliester

6. Velvet

7. Brocade

8. Paper broket

9. Kapas poliester

10. Silk spandex

Berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan, jenis fabrik sintentik menunjukkan

hasil yang positif dengan tindakbalas bahan kimia iaitu sodium hydroxide yang berpotensi

menghasilkan tekstura berbanding fabrik gentian serat semulajadi seperti organza poliester,

poliester dan linen poliester. Oleh yang demikian, eksperimen ini lebih memberi tumpuan

pada fabrik jenis sintentik yang berpotensi dikembangkan.

Sehubungan itu, pelbagai jenis bahan kimia digunakan bagi mengenalpasti bahan

kimia yang berpotensi mengekalkan hasil tekstura pada fabrik. Dengan itu, pelbagai teknik

Page 24: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS … TINDAK BALAS... · 2015. 5. 15. · Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia

15

digunakan dalam menjalankan eksperimen tersebut. Proses rendaman dan proses rebusan

untuk mendapatkan hasil tekstura telah digunakan dalam kajian.

4.1 Penyediaan proses eksperimen

Dalam menjalankan eksperimen, peralatan perlu disediakan sebelum melakukan

eksperimen. Tujuannya adalah untuk memudahkan dan melancarkan eksperimen.

Jadual 3 : Peringkat proses eksperimen

Berikut adalah petunjuk bagi jadual 3 peringkat proses eksperimen:-

i. Tahap 1: Pengumpulan bahan kimia dan fabrik

Bahan

Jenis Bahan Kimia

( rujuk jadual 1 )

Teknik

Rendaman

Tekstura terbentuk

Rebusan

Tahap 1

Tahap 2

Jenis Fabrik

( rujuk jadual 2 )

Tahap 3

Tahap 4

Klasifikasi eksperimen

Produk akhir