kajian tekanan kerja dan burnout di kalangan kaunselor sekolah menengah bahagian kuching, sarawak

12
C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H Paper number: 9037529 Kajian Tekanan Kerja Dan Burnout Di Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching, Sarawak Arenawati Sehat Binti Haji Omar 1 , Irdawaty Binti Haji Jaya 2 dan Mohd Zafian Bin Mohd Zawawi 3 1 Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Sarawak 2 Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Sarawak 3 Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Sarawak [email protected] [email protected] [email protected] ABSTRAK Menjamin kualiti perkhidmatan dalam sektor pendidikan pada abad ke-21 merupakan suatu cabaran dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Bagi merealisasikan hasrat ini, ianya mernerlukan tenaga pendidik lelaki mahupun wanita yang berkualiti. Tahap burnout dan tekanan kerja akan mempengaruhi tahap produkviti dan kualiti kerja seseorang tenaga pendidik. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap burnout dan tekanan kerja di kalangan Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching. Instrumen Maslach Burnout Inventory-Educators Survey (MBI-ES) digunakan bagi mengukur tahap burnout, manakala Indeks Tekanan Kerja (ITK) Guru pula digunakan untuk mengukur tahap tekanan kerja. Daripada 38 set soalselidik yang diedarkan, hanya 30 set yang dilengkapkan dan telah dikembalikan.Sampel terdiri daripada 38 orang Kaunselor Sekolah Menengah di Bahagian Kuching sahaja. .Dapatan kajian menunjukkan majoriti Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching mempunyai tahap burnout yang tinggi bagi ketiga-tiga sub skala iaitudari aspek keletihan emosi, aspek depersonalisasi dan aspek pencapaian peribadi. Dari aspek tekanan kerja, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya tahap tekanan kerja bagi kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching juga adalah tinggi. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 20 faktor yang memberi tekanan yang tinggi dan sepuluh faktor atau sebanyak 33.3%yang memberi tekanan yang rendah kepada para kaunselor. Bilangan sebanyak 20 faktor atau sebanyak 66.7% menunjukkan bahawa tahap tekanan kerja di kalangan kaunselor sekolah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor-faktor ini memberikan tekanan kerja yang tinggi kepada para kaunselor yang mana nilai min yang diperolehi adalah sama dan lebih dari 4. Ia terdiri daripada faktor berurusan dengan situasi krisis , kerja lebih masa , kurang peluang membangunkan diri ,pengagihan tugas baru atau tidak biasa dilakukan , kurang sokongan daripada pihak pengurusan atasan, kurang penghargaan setelah menyempurnakan tugas dengan baik , melaksanakan tugas yang bukan dalam deskripsi tugas , kekekurangan atau kelemahan peralatan berkualiti, pengagihan tugas yang semakin berat tanggungjawab, kekurangan kakitangan untuk melaksanakan tugas , membuat keputusan kritikal secara spontan , kejian atau ejekan peribadi terhadap pelajar, rakan sebaya, dan organisasi luar (ibu bapa, penghulu dan lain-lain), persaingan pembangunan diri, perubahan yang kerap daripada aktiviti yang membosankan kepada aktiviti yang lebih mencabar, memenuhi tarikh akhir sesuatu tugasan, kurang masa peribadi (contohnya minum pagi atau makan tengahari) , membuat kerja orang lain dan kakitangan yang tidak bermotivasi. Antara pendekatan yang telah dicadangkan bagi mengurangkan fenomena tersebut adalah seperti memperbaiki persekitaran am, memperbaik kandungan kerja, runding cara, kemahiran pengurusan masa, kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah, penglibatan diri dalam hal-hal keagamaan, kemahiran relaksasi serta bersikap positif dalam suasana yang negatif. Kata Kunci : Tekanan kerja, Burnout, Kaunselor, Sekolah Menengah, Kuching

Upload: fairus

Post on 27-Jul-2015

5.633 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Menjamin kualiti perkhidmatan dalam sektor pendidikan pada abad ke-21 merupakan suatucabaran dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikanserantau. Bagi merealisasikan hasrat ini, ianya mernerlukan tenaga pendidik lelaki mahupunwanita yang berkualiti. Tahap burnout dan tekanan kerja akan mempengaruhi tahapprodukviti dan kualiti kerja seseorang tenaga pendidik. Tujuan utama kajian ini adalah untukmengenalpasti tahap burnout dan tekanan kerja di kalangan Kaunselor Sekolah MenengahBahagian Kuching. Instrumen Maslach Burnout Inventory-Educators Survey (MBI-ES)digunakan bagi mengukur tahap burnout, manakala Indeks Tekanan Kerja (ITK) Guru puladigunakan untuk mengukur tahap tekanan kerja. Daripada 38 set soalselidik yang diedarkan,hanya 30 set yang dilengkapkan dan telah dikembalikan.Sampel terdiri daripada 38 orangKaunselor Sekolah Menengah di Bahagian Kuching sahaja. .Dapatan kajian menunjukkanmajoriti Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching mempunyai tahap burnout yangtinggi bagi ketiga-tiga sub skala iaitudari aspek keletihan emosi, aspek depersonalisasi danaspek pencapaian peribadi. Dari aspek tekanan kerja, dapatan kajian menunjukkan secarakeseluruhannya tahap tekanan kerja bagi kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuchingjuga adalah tinggi. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 20 faktoryang memberi tekanan yang tinggi dan sepuluh faktor atau sebanyak 33.3%yang memberitekanan yang rendah kepada para kaunselor. Bilangan sebanyak 20 faktor atau sebanyak66.7% menunjukkan bahawa tahap tekanan kerja di kalangan kaunselor sekolah. Dapatankajian ini menunjukkan bahawa faktor-faktor ini memberikan tekanan kerja yang tinggikepada para kaunselor yang mana nilai min yang diperolehi adalah sama dan lebih dari 4. Iaterdiri daripada faktor berurusan dengan situasi krisis , kerja lebih masa , kurang peluangmembangunkan diri ,pengagihan tugas baru atau tidak biasa dilakukan , kurang sokongandaripada pihak pengurusan atasan, kurang penghargaan setelah menyempurnakan tugasdengan baik , melaksanakan tugas yang bukan dalam deskripsi tugas , kekekurangan ataukelemahan peralatan berkualiti, pengagihan tugas yang semakin berat tanggungjawab,kekurangan kakitangan untuk melaksanakan tugas , membuat keputusan kritikal secaraspontan , kejian atau ejekan peribadi terhadap pelajar, rakan sebaya, dan organisasi luar (ibubapa, penghulu dan lain-lain), persaingan pembangunan diri, perubahan yang kerap daripadaaktiviti yang membosankan kepada aktiviti yang lebih mencabar, memenuhi tarikh akhirsesuatu tugasan, kurang masa peribadi (contohnya minum pagi atau makan tengahari) ,membuat kerja orang lain dan kakitangan yang tidak bermotivasi. Antara pendekatan yangtelah dicadangkan bagi mengurangkan fenomena tersebut adalah seperti memperbaikipersekitaran am, memperbaik kandungan kerja, runding cara, kemahiran pengurusan masa,kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah, penglibatan diri dalam hal-hal keagamaan,kemahiran relaksasi serta bersikap positif dalam suasana yang negatif.

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tekanan Kerja Dan Burnout Di Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching, Sarawak

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 9037529

Kajian Tekanan Kerja Dan Burnout Di Kalangan Kaunselor Sekolah

Menengah Bahagian Kuching, Sarawak

Arenawati Sehat Binti Haji Omar1, Irdawaty Binti Haji Jaya

2 dan

Mohd Zafian Bin Mohd Zawawi3

1Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Sarawak

2Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Sarawak 3Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Sarawak

[email protected]

[email protected]

[email protected]

ABSTRAK

Menjamin kualiti perkhidmatan dalam sektor pendidikan pada abad ke-21 merupakan suatu

cabaran dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan

serantau. Bagi merealisasikan hasrat ini, ianya mernerlukan tenaga pendidik lelaki mahupun

wanita yang berkualiti. Tahap burnout dan tekanan kerja akan mempengaruhi tahap

produkviti dan kualiti kerja seseorang tenaga pendidik. Tujuan utama kajian ini adalah untuk

mengenalpasti tahap burnout dan tekanan kerja di kalangan Kaunselor Sekolah Menengah

Bahagian Kuching. Instrumen Maslach Burnout Inventory-Educators Survey (MBI-ES)

digunakan bagi mengukur tahap burnout, manakala Indeks Tekanan Kerja (ITK) Guru pula

digunakan untuk mengukur tahap tekanan kerja. Daripada 38 set soalselidik yang diedarkan,

hanya 30 set yang dilengkapkan dan telah dikembalikan.Sampel terdiri daripada 38 orang

Kaunselor Sekolah Menengah di Bahagian Kuching sahaja. .Dapatan kajian menunjukkan

majoriti Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching mempunyai tahap burnout yang

tinggi bagi ketiga-tiga sub skala iaitudari aspek keletihan emosi, aspek depersonalisasi dan

aspek pencapaian peribadi. Dari aspek tekanan kerja, dapatan kajian menunjukkan secara

keseluruhannya tahap tekanan kerja bagi kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching

juga adalah tinggi. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 20 faktor

yang memberi tekanan yang tinggi dan sepuluh faktor atau sebanyak 33.3%yang memberi

tekanan yang rendah kepada para kaunselor. Bilangan sebanyak 20 faktor atau sebanyak

66.7% menunjukkan bahawa tahap tekanan kerja di kalangan kaunselor sekolah. Dapatan

kajian ini menunjukkan bahawa faktor-faktor ini memberikan tekanan kerja yang tinggi

kepada para kaunselor yang mana nilai min yang diperolehi adalah sama dan lebih dari 4. Ia

terdiri daripada faktor berurusan dengan situasi krisis , kerja lebih masa , kurang peluang

membangunkan diri ,pengagihan tugas baru atau tidak biasa dilakukan , kurang sokongan

daripada pihak pengurusan atasan, kurang penghargaan setelah menyempurnakan tugas

dengan baik , melaksanakan tugas yang bukan dalam deskripsi tugas , kekekurangan atau

kelemahan peralatan berkualiti, pengagihan tugas yang semakin berat tanggungjawab,

kekurangan kakitangan untuk melaksanakan tugas , membuat keputusan kritikal secara

spontan , kejian atau ejekan peribadi terhadap pelajar, rakan sebaya, dan organisasi luar (ibu

bapa, penghulu dan lain-lain), persaingan pembangunan diri, perubahan yang kerap daripada

aktiviti yang membosankan kepada aktiviti yang lebih mencabar, memenuhi tarikh akhir

sesuatu tugasan, kurang masa peribadi (contohnya minum pagi atau makan tengahari) ,

membuat kerja orang lain dan kakitangan yang tidak bermotivasi. Antara pendekatan yang

telah dicadangkan bagi mengurangkan fenomena tersebut adalah seperti memperbaiki

persekitaran am, memperbaik kandungan kerja, runding cara, kemahiran pengurusan masa,

kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah, penglibatan diri dalam hal-hal keagamaan,

kemahiran relaksasi serta bersikap positif dalam suasana yang negatif.

Kata Kunci : Tekanan kerja, Burnout, Kaunselor, Sekolah Menengah, Kuching

Page 2: Kajian Tekanan Kerja Dan Burnout Di Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching, Sarawak

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 9037529

1. PENGENALAN

Profesion perguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh

mencabar. Sebagai tenaga pengajar dan pendidik, mereka seharusnya peka dengan

perkembangan terkini dalam proses kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan

pencapaian matlamat pendidikan. Justeru itu, dengan perlaksanaan berbagai-bagai reformasi

dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru lebih mencabar.

Terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan kerjaya guru pada dewasa

ini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa kerja, beban dan tugas guru

sekarang tidak mewujudkan kerjaya guru yang menarik. Malah tidak dinafikan ada yang melihat

sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas di luar jangkaan.

Jika keadaan sedemikian dibiarkan berterusan sudah pasti suasana pengajaran dan pembelajaran

di sekolah kini akan menuju ke arah keadaan yang tidak terurus dan akan menghadapi kegagalan

untuk mencapai matlamat yang diidamkan.

Indidvidu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan jika ia dalam keadaaan yang

tertekan (Smith, 1993; Girdano et al, 1993). Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak

rasional, cemas, tegang, tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati

rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal ini akan menghalang

seseorang mewujudkan sifat positifnya, apa lagi kasih sayang. Senario sedemikian berlaku

berpunca daripada pelbagai faktor seperti sesetengah guru memang mengalami perasaan tertekan,

sikap berang, murung, mengambil keputusan atau memikirkan untuk berhenti atau bersara

sebelum masa kerana tertekan.

Kajian ini mengutarakan tiga objektif utama yang berkaitan dengan tekanan kerja dan

kolerasinya dengan burnout di kalangan kaunselor sekolah. Kajian ini bertujuan untuk

mengenalpasti tahap tekanan kerja dan burnout di kalangan kaunselor sekolah menengah di

bahagian Kuching.Di samping itu, penkaji ingin mengenalpasti faktor-faktor dominan yang

menyumbang kepada tekanan kerja dan burnout terhadap responden serta mencadangkan

langkah-langkah yang boleh diambil bagi menangani permasalahan yang dikaji.

2. KAJIAN LITERATUR

Terma burnout sinonim dengan bidang psikologi. Terma ini pada mulanya digunakan

dalam tahun 1960 bagi merujuk kepada kesan penyalahgunaan dadah yang kronik (burned out on

drugs) sebagai satu sindirin kepada ciri-ciri fizikal dan psikologikal pekerja-pekerja sukarela

yang bekerja dengan penagih-penagih dadah di beberapa buah agensi kesihatan

Istilah burnout dapat didefinisikan sebagai perasaan kegagalan, keletihan dan kelesuan

yang ekstrim akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, kekuatan atau kecekalan

seseorang. Dalam erti kata yang lain, burnout boleh juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir

(akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai

matlamatnya (Farber, 1991). Maslach & Jackson (1981a,1981b) telah memperkembangkan

konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout.

Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi

(depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal accomplishment). Mengikut Cordes dan

Page 3: Kajian Tekanan Kerja Dan Burnout Di Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching, Sarawak

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 9037529

Dougherty (1993), konsep Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling

banyak diterima oleh para pengkaji.

Burnout merupakan satu proses yang beransur-ansur (gradual process) dari seseorang

yang komited sehinggalah dia kehilangan daya minat terhadap kerjayanya. Individu yang

mengalami burnout sering mengalami kehausan fizikal dan emosi, hilang daya minat terhadap

keseluruhan kerjaya dan sering mengasingkan diri. Burnout sebenarnya adalah kesan daripada

pendedahan jangka panjang kepada keadaan dan situasi kerja yang amat tertekan.

Stres pekerjaan merupakan satu pengalaman yang lumrah bagi semua pekerjaan. Stres

merupakan cabaran yang menyebabkan kita kurang senang dan juga tanpa stres pula

menyebabkan kehidupan menjadi bosan dan tidak bernilai. Jika diperhatikan dari satu sudut, stres

merupakan penyelamat hidup dan pada sudut yang lain pula stres merupakan pemusnah

kehidupan (Fontana 1989). Pendapat Hans Selye seorang pakar penyelidik mengenai stres juga

mengatakan manusia yang hidup tanpa tekanan adalah serupa dengan mati.

Terdapat kos yang agak tinggi bagi pekerja individu berhubung permasalahan ini dari

segi masalah kesihatan mental, implikasi berhubung pekerjaan dan risiko kehilangan pekerjaan.

Bagi pihak enterpris, permasalahan ini mengakibatkan kos langsung seperti kos ketidakhadiran,

peningkatan pusing ganti kakitangan, penurunan produktiviti serta kos latihan dan latihan semula,

disamping kos tak langsung seperti penurunan motivasi, kepuasan dan daya cipta, serta masalah

perhubungan awam. Kesan keseluruhan kesemua permasalahan ini dengan banyaknya

menurunkan daya saing enterpris. Malah, apa yang diketahui hanyalah merupakan sebahagian

kecil sahaja daripada yang sebenarnya.

Kebanyakan profesional bagi pemulihan seperti kaunselor kerjaya tidak cukup bersedia

berinteraksi dengan individu yang mempunyai masalah mental yang kronik dan ketidakupayaan

fizikal. Cranswick (1997) mengatakan mereka yang bekerja sebagai kaunselor pemulihan dalam

lingkungan umur 20-an mempunyai pengalaman yang tidak cukup bagi membolehkan mereka

melaksanakan tugas. Ini disokong pula oleh Corey & Corey, 1993; Cranswick, 1997 yang

mengatakan bahawa pada awal karier seseorang itu akan mengalami tekanan yang tinggi. Ia

diperjelaskan lagi dengan kajian yang dijalankan menunjukkan individu yang lebih muda usianya

dan pengalaman yang kurang dalam bidang ini akan membawa kepada tahap ketandusan emosi

yang tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang lebih berumur dan tua (Cranswick, 1997;

Corrigan & McCracken, 1997).

Schulz (2000) yang telah mengkaji tentang pengalaman 18 orang kaunselor di Perth

Australia yang bekerja dengan klien-klien yang merupakan pesalah undang-undang atau

penjenayah mendapati kebanyakan mereka yang berhadapan dengan klien yang merupakan

penjenayah melaporkan bahawa mereka telah mula kehilangan keyakinan di dalam kebolehan

kaunseling, merasakan tanggungjawab yang besar dan bimbang tentang keselamatan klien yang

merupakan pesalah undang-undang. Ini kerana para kaunselor seakan mahu dan cuba

memperjuangkan hak pesalah tersbut dari tindakan undang-undang.

Di samping itu juga, para kaunselor tersebut mengalami kesan peribadi atas sebab

mendengar bahan-bahan trauma. D isini melalui kajian yang dijalankan didapati kaunselor wanita

lebih mudah sensitif dan terasa. Kaunselor wanita lebih tertekan dan mengalami simpton fizikal

seperti sakit kepala dn penyakit-penyakit lain yang mereka dapati bila berhadapan dengan klien

yang merupakan pesalah undang-undang. Selain itu para kaunselor tersebut juga mengalami

burnout di mana didapati daripada 18 orang kaunselor tersebut mengalami simptom-simptom

Page 4: Kajian Tekanan Kerja Dan Burnout Di Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching, Sarawak

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 9037529

burnout. Didapati faktor-faktor seperti menghabiskan masa yang panjang dan terlalu dibebani

dengan kes-kes penjenayah serta kekurangan latihan dan pengasingan menyumbang kepada

faktor burnout (Schulz, 2000).

Selain daripada itu, Hazler dan Kotler (1994) ada mengkaji tentang burnout yang dialami

oleh kaunselor sekolah. Melalui kajian tersebut mereka mendapati kaunselor yang berpengalaman

lebih mudah bosan terhadap kerja yang dilakukan dan memerlukan kepelbagaian pendekatan dan

strategi supaya kebosanan itu dapat dikurangkan. Kepelbagaian yang dimaksudkan adalah

berkaitrapat dengan menggunakan cara penyeliaan yang berbeza, membuat perubahan kepada

cara yang selalu diamalkan, mengubah gaya kaunseling, mula mencari tempat baru yang sesuai

untuk situasi kaunseling, mengambil cabaran-cabaran yang baru dan menggunakan taktik dan

pendekatan yang baru bagi menghadapi klien.

3. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan satu kajian yang bersifat tinjauan yang berbentuk deskriktif yang

mana ia dijalanka di sekolah menengah sekitar Bahagian Kuching Negeri Sarawak. Tinjauan ini

bertujuan untuk melihat sama asa fenomena burnout dan tekanan kerja berlaku di kalangan

kaunselor sekolah. Burnout di kalangan kaunselor sekolah merupakan pemboleh ubah bersandar

manakala pemboleh ubah tidak bersandar adalah tekanan kerja yang mengandungi lima dimensi

iaitu salah laku pelajar, beban tugas, kekangan masa dan sumber, perhubungan antara personal

dan penghargaan. Satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu demografi, Indeks

Tekanan Kerja Guru (ITK) dan Inventori Burnout Maslach (IBM) digunakan dalam kajian ini

Kaedah pengumpulan data ditentukan mengikut jenis data yang dikumpul. Data-data kajian

dikumpul melalui dua kaedah iaitu kaedah pimer dan kaedah sekunder Responden kajian adalah

terdiri dari guru kaunseling yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan

bertugas sebagai kaunselor sepenuh masa di sekolah menengah sekitar Bahagian Kuching.

Maklumat mengenai jumlah sebenar kaunselor diperolehi dari Jabatan Pendidikan Negeri

Sarawak. Menurut sumber yang diterima daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak hanya

terdapat 38 orang kaunselor sepenuh masa yang berkhidmat di sekolah menengah sekitar Bandar

Kuching.

4. KEPUTUSAN KAJIAN

Selaras dengan tujuan dan objektif kajian, tumpuan analisis data adalah tentang analisis

tahap tekanan kerja dan burnout di kalangan kaunselor sekolah menengah di bahagian Kuching,

analisis faktor-faktor dominan yang menyumbang kepada tekanan dan burnout serta kesan-kesan

terhadap responden dan analisis langkah-langkah bagi menangani permasalahan yang dikaji.

Analisis statistik deskriptif yang melaporkan min dalam mengidentifikasi sumber tekanan

pekerjaan utama subjek, frekuensi dan peratusan digunakan untuk melaporkan profil latar

belakang subjek.

4.1 Latarbelakang Responden

Daripada kajian yang dibuat, pengkaji mendapati seramai 30 orang responden yang telah

terlibat dalam menjawab soalselidik iaitu 24 orang kaunselor perempuan dan 6 orang kaunselor

Page 5: Kajian Tekanan Kerja Dan Burnout Di Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching, Sarawak

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 9037529

lelaki. Peringkat umur diantara 20-30 tahun mencatat bilangan kaunselor yang paling ramai iaitu

14 orang. Ini diikuti oleh peringkat umur diantara 31-40 tahun iaitu 9 orang dan 7 orang berumur

di antara 41-50 tahun. Dapatan menunjukkan seramai 6 orang kaunselor berpengalaman kurang

daripada 1 tahun, 12 orang berpengalaman di antara 1-5 tahun, 7 orang mempunyai pengalaman

di anatara 6-10 tahun dan 5 orang berpengalaman memberi bimbingan dan kaunseling kepada

pelajar lebih daripada 20 tahun. Kesemua responden kajian merupakan kaunselor siswazah yang

memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kaunseling.

4.2 Tahap Tekanan Kerja

Pengkaji juga membuat analsis deskriptif bagi melihat tahap tekanan kerja responden

kajian di mana, terdapat sebaayak 30 faktor yang tersenarai sebagai penyumbang kepada tekanan

kerja. Analisis Min digunakan untuk menganalisa setiap faktor tekanan kerja. Nilai ujian adalah

bersamaan dengan 4. Jika sekiranya nilai faktor kurang daripada nilai ujian, faktor tersebut

kurang memberi tekanan kepada para kaunselor. Sebaliknya, jika nilai faktor adalah lebih atau

bersamaan dengan nilai ujian, maka faktor tersebut memberi tekanan yang tinggi.

Terdapat dua belas (12) faktor yang mana nilai min kurang daripada dan bersamaan

dengan nilai ujian iaitu 4. Faktor-faktor tersebut ialah pengagihan tugas yang tidak dipersetujui

(3.91), rakan sekerja tidak menjalankan tugas (3.75), berurusan dengan situasi krisis (4.00),

kesukaran bekerjasama dengan pihak pengurusan atasan (3.56), mengalami sikap negatif terhadap

organisasi (2.56), kurang penglibatan di dalam membuat keputusan polisi (3.66), gaji yang tidak

mencukupi (3.41), penyeliaan yang kurang atau lemah (3.91), tempat kerja yang bising (2.75),

gangguan yang kerap (3.31), kertas kerja yang melampau (4.00) dan konflik dengan jabatan atau

bahagian lain (3.53)

Manakala bagi faktor-faktor tekanan kerja yang mana nilainya melebihi atau bersamaan

nilai ujian 4 terdiri daripada 20 faktor. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor-faktor ini

memberikan tekanan kerja yang tinggi kepada para kaunselor. Ia terdiri daripada faktor berurusan

dengan situasi krisis (4.00), kerja lebih masa (4.78), kurang peluang membangunkan diri (4.03),

pengagihan tugas baru atau tidak biasa dilakukan (4.31), kurang sokongan daripada pihak

pengurusan atasan (4.03), kurang penghargaan setelah menyempurnakan tugas dengan baik

(4.34), melaksanakan tugas yang bukan dalam deskripsi tugas (4.81), kekekurangan atau

kelemahan peralatan berkualiti (4.63), pengagihan tugas yang semakin berat tanggungjawab

(5.28), kekurangan kakitangan untuk melaksanakan tugas (4.56), membuat keputusan kritikal

secara spontan (4.47), kejian atau ejekan peribadi terhadap pelajar, rakan sebaya, dan organisasi

luar (ibu bapa, penghulu dan lain-lain) (4.06), persaingan pembangunan diri (4.00), perubahan

yang kerap daripada aktiviti yang membosankan kepada aktiviti yang lebih mencabar (4.09),

memenuhi tarikh akhir sesuatu tugasan (4.41), kurang masa peribadi (contohnya minum pagi atau

makan tengahari) (4.56), membuat kerja orang lain (4.88) dan kakitangan yang tidak bermotivasi

(4.25).

Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 20 faktor yang memberi

tekanan yang tinggi dan sepuluh faktor atau sebanyak 33.3%yang memberi tekanan yang rendah

kepada para kaunselor. Bilangan sebanyak 20 faktor atau sebanyak 66.7 % menunjukkan bahawa

tahap tekanan kerja di kalangan kaunselor sekolah menengah di bahagian Kuching.

Page 6: Kajian Tekanan Kerja Dan Burnout Di Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching, Sarawak

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 9037529

4.3 Faktor-Faktor Dominan Tekanan Kerja

Penganalisaan tahap burnout digambarkan oleh tiga komponen/subskala utama iaitu

Ketandusan Emosi, Dipersonalisasi dan Pengurangan Pencapaian Diri.

4.3.1 Ketandusan Emosi

Terdapat sebanyak sembilan (9) faktor utama ketandusan emosi. Nilai ujian min=3.01

digunakan untuk menguji tahap ketandusan emosi. Faktor-faktor yang nilainya melebihi nilai

ujian 4.3, maka faktor tersebut menyumbang kepada tahap ketandusan emosi yang tinggi dan

sekiranya nilai min faktor dalam lingkungan 2.8- 4.3 dikategorikan sebagai tahap sederhana

manakala skor min dalam lingkungan 0-2.8 adalah tahap rendah.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat sebanayak lima faktor yang mempunyai nilai min

melebihi nilai ujian min melebihi 4.3 (tahap tinggi), empat faktor pula dalam lingkungan 2.8-4.3

skor min adalah dalam tahap sederhana manakala hanya 1 faktor yang terletak dalam 0-2.8 iaitu

tahap rendah.

Faktor-faktor ketandusan emosi yang nilai min melebihi 4.3 ialah memahami dengan

mudah perasaan pelajar-pelajar tentang sesuatu perkara (5.84), mempengaruhi kehidupan orang

lain melalui kerja (5.06), rasa keletihan tenaga akibat kerja (4.91), menyelesaikan masalah

pelajar-pelajar dengan efektif (4.81), kehabisan tenaga selepas waktu bekerja (4.66), manakala

bagi beberapa pernyataan seperti rasa lemah emosi akibat kerjaya (3.97), rasa letih bila bangun

pagi dan terpaksa menghadapi satu lagi hari bekerja (3.84) dan bekerja bersama orang lain

sepanjang hari memberi ketegangan (3.09) merupakan antara yang berkategori tahap sederhana.

Hanya faktor melayan sesetengah pelajar seolah-olah mereka adalah ’objek’ yang tidak

mempunyai perasaan memberikan nilai min kurang daripada 3 iaitu (1.66) dikategorikan kepada

ketandusan emosi tahap rendah.

Analisis menunjukkan peratusan sebanyak 55% faktor-faktor yang menyumbang kepada

nilai ujian melebihi 4.3 adalah tinggi, manakala sebanyak 44% adalah menunjukkan tahap

sederhana dan hanya 11% adalah penyumbang kepada tahap rendah. Oleh sebab itu, hasil kajian

mendapati para kaunselor bagi Sekolah Menengah Bahagian Kuching mengalami tahap

ketandusan emosi yang tinggi.

4.3.2 Depersonalisasi

Bagi subskala Depersonalisasi pula, lima (5) faktor utama diuji dalam mengenalpasti

faktor yang mempengaruhi tahap burnout.

Dapatan kajian yang dibuat menunjukkan sebanyak 5 faktor menyumbang kepada hapa

dipersonalisasi. Terdapat tiga faktor yang memberikan tahap dipersonalisasi yang tinggi dan dua

faktor memberikan tahap dipersonalisasi yang rendah. Antara faktor-faktor yang memberikan

tahap depersonalisasi yang tinggi adalah rasa bekerja terlalu kuat (5.09), rasa penuh bertenaga

(4.78), rasa kecewa dengan kerja (2.84), kategori tahap sederhana bagi depersonalisasi pula

adalah pernyataan khuatir tugas menjadikan rasa lebih keras hati (2.19) dan perasaan menjadi

lebih tidak peduli perasaan orang lain semenjak menjawat jawatan (2.13).

Page 7: Kajian Tekanan Kerja Dan Burnout Di Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching, Sarawak

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 9037529

Analisis menunjukkan peratusan sebanyak 60% faktor-faktor yang menjadi penyumbang

yang melebihi nilai ujian 2.8 adalah tinggi manakala 40% pula adalah dalam kategori tahap

sederhana. Oleh sebab itu, hasil kajian mendapati para kaunselor bagi Sekolah Menengah

Bahagian Kuching mengalami tahap depersonalisasi yang tinggi.

4.3.3 Pengurangan Pencapaian Diri

Hasil dapatan kajian terhadap subskala pengurangan pencapaian diri adalah bersifat

songsang atau berlawanan dengan nilai ujian min. Terdapat 8 faktor utama yang mempengaruhi

tahap pengurangan pencapaian diri. Faktor-faktor yang nilainya salam lingkungan 0-1.5 nilai

ujian , maka faktor tersebut menyumbang kepada tahap pengurangan pencapaian diri yang rendah

dan sekiranya nilai min faktor dalam lingkungan 1.5-2.4, maka faktor tersebut menyumbangkan

kepada tahap pengurangan pencapaian yang sederhana dan nilai min melebihi 2.4 menyumbang

kepada tahap pengurangan pencapaian yang tinggi.

Terdapat enam faktor yang nilai minnya melebihi nilai ujian min 2.4. Faktor-faktor

tersebut ialah bekerja secara langsung dengan orang lain memberi terlalu banyak tekanan (3.28),

berjaya mencapai banyak perkara yang berfaedah dalam kerja (5.25), berhadapan dengn emosi

yang amat tenang dalam pekerjaan (5.44), mewujudkan suasana yang tenang untuk para pelajar

(5.87) dan rasa gembira setelah bertungkus lumus membimbing pelajar (6.00).

Analisa kajian juga menunjukkan terdapat dua faktor yang nilai minnya dalam

lingkungan 1.5-2.4 iaitu tahap sederhana. Faktor-faktor tersebut ialah, rasa tidak peduli apa yang

berlaku pada sesetengah pelajar (2.09) dan rasa hampir tidak berdaya lagi (3.00). manakala hanya

satu faktor yang menyumbang skor min tahap rendah iaitu pernyataan seperti rasa para pelajar

menyalahkan kaunselor kerana masalah mereka (1.41).

Ini menunjukkan sebanyak 75% faktor-faktor dalam sub skala pengurangan pencapaian

diri di dalam kategori tahap tinggi, manakala sebanyak 12.5% masing-masing menyumbang

kepada tahap sederhana dan tahap rendah.

4.4 Tahap Burnout

Pengkaji juga melihat faktor yang paling dominan dalam memberi tekanan kerja yang

tinggi iaitu pengagihan tugas yang semakin berat tanggungjawab, yang mana nilai minnya ialah

5.28. Ini berkemungkinan disebabkan oleh bebanan atau tanggungjawab kaunselor yang semakin

mencabar serta menuntut keprihatinan yang tinggi. Dalam era kepesatan pembangunan ekonomi,

teknologi dan informasi yang banyak mempengaruhi pemikiran, sikap serta tingkah laku para

pelajar, tugas mendidik serta membimbing para pelajar bukan hanya terletak pada bahu ibu-bapa

malah para guru terutamanya kaunselor turut sama berganding bahu memikul tanggungjawab dan

amanah yang berat ini.

Bidang tugas kaunselor tidak terhad kepada memberi bimbingan dan kaunseling bahkan

perlu menyelami hati dan perasaan para pelajar dengan lebih mendalam. Tanggungjawab yang

digalas oleh para kaunselor dirasakan satu bebanan yang berat sehingga memberi tekanan yang

tinggi. Terdapat sesetengah kaunselor merasakan mereka kurang berkemampuan untuk mendidik

para pelajar sebaliknya mereka hanya berupaya membantu menyelesaikan masalah yang biasa

dihadapi oleh mereka. Tugas mendidik pelajar juga memerlukan kemahiran seperti komunikasi,

penyelesaian masalah dan konflik serta kepimpinan yang efektif. Keperluan mempelajari serta

menguasai kemahiran ini juga dirasakan sebagai satu bebanan kepada mereka. Mereka perlu

Page 8: Kajian Tekanan Kerja Dan Burnout Di Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching, Sarawak

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 9037529

menyiapkan diri mereka dengan kepelbagaian kemahiran untuk menjadi lebih kompetitif seiring

dengan perubahan semasa.

4.4.1 Faktor-faktor dominan burnout

Penganalisaan kajian mendapati bahawa faktor-faktor paling dominan yang merupakan

penyumbang tettinggi dalam mempengaruhi tahap tekanan kerja dan burnout adalah seperti

berikut:

� Faktor dominan yang memberikan tahap burnout yang tinggi di kalangan kaunselor bagi

ketandusan emosi adalah bagi pernyataan ”Saya rasa dapat memahami dengan mudah

perasaan pelajar-pelajar saya tentang sesuatu perkara” (min=5.84)

� Faktor dominan yang memberikan tahap burnout yang tinggi di kalangan kaunselor bagi

depersonalisasi adalah pernytataan ”Saya rasa bekerja terlalu kuat” (min=5.09)

� Faktor dominan yang memberikan tahap burnout yang tinggi di kalangan kaunselor bagi

pengurangan pencapaian diri adalah ”Saya rasa gembira setelah bertungkus-lumus

membimbing pelajar-pelajar saya”(min=6)

4.4.2 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, hasil keputusan dapat menjawab beberapa persoalan yang telah

diutarakan iaitu:

a. Kaunselor Sekolah Menengah di sekitar Kuching mengalami tekanan kerja.

b. Fenomena burnout memang berlaku di kalangan Kauselor Sekolah Menengah di

Bahagian Kuching.

c. Tekanan kerja yang paling tinggi dialami oleh kaunselor disebabkan oleh melakukan

kerja orang lain dan bagi burnout di kalangan kaunselor sekolah di sekitar Kuching pula

berlaku dalam sub skala pengurangan pencapaian diri.

d. Didapati Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching mengalami tahap tekanan

kerja yang tinggi.

5. PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Hasil daripada dapatan yang diperolehi terdapat beberapa perkara yang dapat dirumuskan

mengenai peranan dan pengaruh faktor-faktor tekanan kerja dan faktor-faktor yang menyumbang

kepada burnout di kalangan kaunselor sekolah menengah di bahagian Kuching. Perkara- perkara

yang dapat dirumuskan berikutnya merupakan asas sebenar kepada objektif kajian pengkaji. Di

antara rumusan- rumusan yang dapat dibuat adalah seperti berikut :

a. Dapatan secara keseluruhan telah menjawab masalah utama kajian iaitu mengenai tahap

tekanan kerja dan burnout secara keseluruhannya terhadap kaunselor.

b. Dapatan kajian juga telah membuktikan faktor-faktor dominan yang menyumbang

kepada tekanan kerja di kalangan kaunselor sekolah menengah di bahagian Kuching.

Page 9: Kajian Tekanan Kerja Dan Burnout Di Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching, Sarawak

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 9037529

c. Dapatan kajian juga telah membuktikan faktor-faktor dominan yang menyumbang

kepada burnout di kalangan kaunselor sekolah menengah di bahagian Kuching.

Dapatan ini amat berguna kepada pihak pengurusan sekolah seperti Kementerian dan

Jabatan Pendidikan untuk melaksanakan corak pengurusan yang lebih baik. Secara keseluruhan

didapati bahawa para kaunselor amat mementingkan isu-isu yang berkaitan dengan tekanan kerja

dan burnout. Oleh itu adalah amat penting bagi pihak pengurusan atasan ( Kementerian, Jabatan

dan Sekolah ) melaksanakan aspek- aspek ini secara lebih berkualiti dan betul agar ia dapat

berupaya meningkatkan lagi kepuasan dan sekaligus dapat mengurangkan simptom- simptom

tekanan kerja dan burnout kaunselor.

Beberapa cadangan dapat dikemukakan bagi menambahbaikan kualiti perkhidmatan Kaunselor

Sekolah Menengah. Antaranya adalah caadangan yang boleh diambil oleh bagi Pihak Pengurusan

Sekolah termasuk Kementerian Pendidikan ,Jabatan Pendidikan, Sekolah dan Kaunselor adalah:

a. Memperbaiki Persekitaran Am

Ciri-ciri fizikal sesebuah tempat kerja boleh menjadi faktor sama ada meredakan atau

menjadi sesuatu yang berpotensi mencetus tekanan dan keganasan. Justeru, perhatian utama

seharusnya diberikan kepada tahap dan cara-cara bagaimana pekerja terdedah kepada faktor-

faktor berikut dan kepada langkah mengambil penyelesaian memadai, sejajar dengan

perundangan sedia ada, untuk menghapuskan atau mengurangkan sebarang kesan negatif

termasuklah kebisingan, bau, pencahayaan, suhu kelembapan, pengalihudaraan, habuk, getaran

dan bahan bercahaya.

b. Runding Cara

Sokongan psikologi dan runding cara kelihatan seperti satu aspek utama strategi

menghadapi dan mengatasi yang boleh diaktifkan dalam organisasi. Ini seharusnya dijalankan

secara berkala dan, terutamanya, pada waktu wujudnya tekanan emosi yang tinggi atau keadaan

ganas. Mangsa tekanan dan burnout boleh mengalami julat tindak balas yang luas mencakupi

keresahan., perasaan lemah dan terdedah, gangguan tidur, sukar menumpukan fikiran,

kejengkelan, fikiran dan khayalan melampau-lampau tentang sesuatu perkara, serta keinginan

untuk mengambil tindak balas.

c. Kemahiran Pengurusan Masa.

Pengurusan masa bermaksud memberi keutamaan matlamat dan meningkatkan

kecekapan bekerja. Ramai orang bekerja menghabiskan masa ke atas tugasan yang kurang

penting dan akhirnya merasakan kejayaan mereka hanya sedikit. Yang lain menghabiskan masa

yang lebih lama untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Akhirnya mereka menghabiskan lebih

banyak masa di tempat kerja danmengabaikan tanggungjawab yang lain. Kemahiran pengurusan

masa membantu seseorang menumpukan kepada kerja-kerja yang penting dahulu dan

melakukannya dengan bijak. Kemahiran ini merangkumi memberi tugas/kuasa kepada orang lain,

mengurangkan gangguan, menetapkan masa, menggunakan sumber-sumber penjimatan masa

(seperti komputer).

Page 10: Kajian Tekanan Kerja Dan Burnout Di Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching, Sarawak

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 9037529

d. Kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah.

Kemahiran penyelesaian masalah dapat membantu seseorang menangani masalah secara

rasional dan merancang penyelesaian secara sistematik. Pertama, kemahiran ini melibatkan

sumbang saran dan menyenarai kesemua cara penyelesaian yang mungkin. Kemudian

kebolehlaksanaan setiap cara penyelesaian di nilai dan dipertimbangkan. Langkah sewajarnya

dilakukan berdasarkan cara penyelesaian yang paling boleh dilaksanakan.

e. Penglibatan diri dalam hal-hal keagamaan

Seseorang yang mempunyai tujuan hidup biasanya dapat mengendali tekanan dan

burnout dengan baik. Mereka yang bekerja digalakkan melibatkan diri dalam hal-hal kerohanian

kerana ia memberi mereka perspektif yang betul tentang kehidupan dan pekerjaan. Agama

memberi sumber harapan atau pegangan kepada seseorang bila diperlukan.

f. Kemahiran relaksasi.

Tekanan dan burnout menyebabkan reaksi fizikal seperti ketegangan otot, denyutan

jantung menjadi pantas yang kemudiannya menyebabkan lebih tertekan. Mempelajari kemahiran

relaksasi dapat membantu meredakan reaksi fizikal terhadap tekanan. Sebagai contoh, Relaksasi

Otot Progresif (Progressive Muscular Relaxation) dapat mengendurkan ketegangan otot

sementara kawalan pernafasan boleh menurunkan kadar pernafasan dan denyutan jantung ke

tahap normal.

g. Mengekalkan cara hidup sihat dan seimbang

Setiap individu perlu mengekalkan cara hidup sihat dengan bersenam, makan makanan

seimbang, mempunyai tidur yang cukup, tidak merokok, minum alkohol, minum kopi secara

berlebihan atau bahan rangsangan. Mempunyai badan yang sihat dapat meningkatkan prestasi

kerja. Untuk memperolehi cara hidup yang seimbang, seseorang perlu meluangkann masa

melakukan hobi atau aktiviti rekreasi. Dengan berbuat demikian beliau dapat mengalih fikiran

beliau terhadap kerisauan dan mendapat persepsi baru untuk menyelesaikan masalah

h. Kemahiran berkomunikasi yang baik adalah penting untuk dewasa bekerja.

Jika seseorang mempunyai cara berkomunikasi yang baik dan berkesan, beliau dapat

mencari jalan untuk meluahkan buah fikiran dan emosinya, di samping dapat memahami reaksi

yang diberi. Maka dapatlah seseorang itu mengendalikan masalah dan tekanan dengan lebih

berkesan.

Kemahiran berkomunikasi yang berkesan termasuklah :-

• Asertif

• Mendengar dengan empati

• Memulakan perbualan

• Mengenalpasti perasaan

Stres di tempat kerja boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan antara tuntutan, harapan

dan kebolehan seseorang pekerja. Stres pekerjaan dapat dikurangkan sekiranya tuntutan dan

tekanan pekerjaan diimbangkan atau dipadankan dengan pengetahuan dan kemahiran pekerja.

Page 11: Kajian Tekanan Kerja Dan Burnout Di Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching, Sarawak

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 9037529

Pesekitaran kerja yang sihat adalah di mana pengurusan dan pekerja mengutamakankesihatan

dan promosi kesihatan di tempat kerja. Kebanyakan penyebab strespekerjaan berkait rapat dengan

reka bentuk kerja dan pengurusan organisasi.Stres pekerjaan dapat dikurangkan sekiranya pekerja

menerima sokongan yang baik dari pelbagai pihak.

Di dalam agama Islam sendiri terdapat usaha yang dilakukan untuk merawat masalah

kesihatan mengikut kaedah yang menggunakan pendekatan agama. Aspek agama dan kerohanian

semakin menjadi penting dalam bidang kaunseling dengan adanya organisasi profesional

mempraktikkan pendekatan ini dalam usaha mengurangkan stres pekerjaan. Pendekatan ini dapat

digambarkan menerusi amalan agama, sembahyang dan juga kepercayaan kepada tuhan.

i. Pendedahan kepada Pembangunan/Latihan Sumber Manusia Yang dinamik Dan

Mantap

Sumber manusia yang berkualiti tinggi merupakan aset penting yang perlu diberi

pendedahan dan latihan secara berterusan. Kepentingan pelanggan, ledakan teknologi maklumat

serta penekanan kepada pengetahuan menuntut kepada:

a. Kemahiran intelektual meliputi keupayaan analatikal dan kemampuan untuk belajar.

b. Kemahiran dalam pengurusan perhubungan yang meliputi kepelbagaian dalam tenaga

kerja dan juga kebolehan melaksanakan tugas secara berpasukan di dalam dan

melangkaui organisasi sendiri.

c. Kemahiran Teknologi dengan mempertingkatkan kemahiran dan kefasihan dalam

penggunaan teknologi maklumat dan kefahaman terhadap prinsip-prinsip utama dalam

pengurusan teknologi maklumat.

d. Kesedaran pada setiap masa menjaga keluhuran etika dan nilai-nilai

professionalisma perkhidmatan awam.

e. Kemahiran mengurus diri sendiri diikuti dengan kebolehan menjalankan tugas

tanpa sebarang penyeliaan.

6. RUMUSAN

Burnout dan tekanan kerja merupakan satu fenomena yang memang wujud di kalangan

kaunselor. Ia boleh dianggap sebagai satu penunjuk kepada kesihatan mental guru.Oleh itu,

sekiranya tahap burnout tidak terkawal ia boleh membawa implikasi yang negatif kepada sistem

pendidikan secara keseluruhannya. Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti

dipelajari oleh semua anggotadi dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan

boleh mendatang kesanyang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga imej

organisasi.

Kajian ini dijalankan dengan mengambil kira kekangan-kekangan yang dihadapi oleh

pengkaji seperti masa, bilangan dan ciri-ciri responden, dan ketepatan data yang diperolehi. Adalah

diharapkan agar pengkaji yang ingin meneruskan kajian ini atau mengemukakan pendapat yang

hampir sama dengan kajian ini menyedari akan kekangan-kekangan yang telah mempengaruhi

dapatan-dapatan kajian ini.

Page 12: Kajian Tekanan Kerja Dan Burnout Di Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching, Sarawak

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 9037529

Diharapkan kajian ini dapat memberika sedikit gambar tentang tahap kemahiran yang ada

dimiliki oleh guru di dalam menangani tekanan.Oleh itu, adalah penting bahawa pemantauan

dibuat ke atas tahap burnout guru dari semasa ke semasa. Sebarang peningkatan dalam tahap

burnout kaunselor perlu diberikan pertimbangan yang serius dan tindakan perlu diambil untuk

mengurangkan masalah tersebut. Seandainya tidak, ia boleh membawa kepada kemerosotan

sistem pendidikan negara dan seterusnya menghampakan segala aspirasi negara.

Di samping itu juga, seperti mana tuntutan terhadap keperluan para guru atau penjawat

awam kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran, para kaunselor juga perlu melengkapkan

diri mereka dengan kemahiran teknologi. Ini kerana sukarlah bagi kaunselor menyediakan

perkhidmatan yang terbaik serta mewujudkan nilai tambah dalam perkhidmatan kaunseling yang

disampaikan khusunya kepada para pelajar. Peningkatan ilmu di kalangan kaunselor seiring

dengan tuntutan semasa perlu sentiasa diberi perhatian. Kaunselor yang kaya dengan

pengetahuan dan kemahiran amat relevan dan penting dalam era masyarakat yang berasaskan

ilmu iaitu knowledge-based society.

Dalam era ini, maklumat dan ilmu sentiasa bertambah. Setiap pembaharuan yang

diperkenalkan pada hari ini, mudah menjadi lapuk dalam tempoh masa yang singkat. Masyarakat

umum juga lebih berpengetahuan dan sentiasa mendapat pendedahan kepada maklumat terkini

menerusi pelbagai saluran, termasuk internet dan media asing. Oleh yang demikian, Islam sendiri

sangat menggalakkan umatnya menuntut ilmu.

Ini secara tidak langsung akan membuka minda para kaunselor khususnya seupaya lebih

bersedia bukan sahaja dengan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi memperlengkapkan diri

dalam mengaplikasikan secara parktiikal kemahiran psikologi dalam usaha memperkasakan para

pelajar. Tanggungjawab yang diberikan ini tidak harus dianggap satu beban tetapi satu amanah

yang harus dipikul secara bersama-sama untuk membina bangsa Malaysia yang bersaing maju.

7. RUJUKAN

Cordes, C. L. & Dougherty, T. W. (1993). A review and an interrogation of research on job

burnout. Academy of Management Review, 18 (4), 621-656.

Corey, M.S., & Corey, G. (1993). “Becoming helper”. (2nd edition). Pacific Grove, CA:

Brooks/Cole.

Cranswick, K. (1997). “Burnout: A Study of Level of Burnout and Factors Responsible For

Burnout in Rehabilitation Workers”. Journal of Rehabilitation Administration. 21(2).,

119-134.

Farber. B.A. (1991). Crisis In Education: Stress And Burnout In American Teachers. California.:

Jessey-Bess Inc., Publishers.

Fontana, D. (1989). Managing Stress. British Psychological Society & Routledge Ltd.

Hazler and Kotler (1994). “Preventing Counselor Burnout.” American Counseling Association.

Maslach, C. & Jackson, S.E. (1981). “The Measurement of Experienced Burnout.” Journal of

Occupational Behavior. 2. 99-113

Schulz, (2000). “Exploring the Counselor’s Experience Working with Perpetrators and Survivors

of Domestic Violence.”Journal of Interpersonal Violence, V.15 (4). April 2000,393-412.

Smith , J.C. (1993). “Understanding Stress and Coping .” New York: MacMillan Publishing

Company.