kajian sewang -

14
AKTIVITI NYANYIAN LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH ORANG ASLI Zakaria bin Khalid Ariff Fadillah bin Khalil IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan (Telah dibentangkan di Seminar Penyelidikan 2011 Zon Timur di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu pada 10-12 Mei 2011) Matlamat kajian ini adalah untuk meneliti aktiviti nyanyian dalam pengajararan dan pembelajaran berdasarkan kepada 18 buah lagu tarian sewang bahasa Semai. Tarian sewang ialah satu bentuk persembahan tarian tradisional masyarakat orang asli yang masih kekal diamalkan hingga sekarang. Tarian sewang dalam suku kaum orang Asli dipersembahkan untuk berbagai-bagai fungsi seperti hiburan, buka cinta, perkahwinan, memuja semangat padi dan juga perubatan. Tarian ini menjadi wadah hiburan utama dalam kalangan masyarakat orang asli kaum Semai. Kajian terhadap lagu-lagu tarian sewang ini merupakan sebuah kajian kualitatif. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat dan mengenal pasti penguasaan kosa kata,penglibatan dan minat murid-murid terhadap subjek Bahasa Melayu. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan kajian rintis, kerja lapangan, keperpustakaan dan amali di dalam bilik darjah. Manakala instrumen kajian pula terdiri daripada CD Rom lagu tarian sewang, terjemahan lagu, pemerhatian, ujian lembaran kerja,temu bual, dan analisis data. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid orang asli. Kata Kunci:Lagu Sewang Wadah Pendidikan The aim of this study is to review the use of songs in teaching and learning process in the indigenous (orang asli) schools based on 18 sewang dance songs in Semai.The sewang dance is a type of traditional dance presented by The Orang Asli Community that is still being practice until today. The sewang dance in the ethnic Orang Asli group is presented for a variety of purpos; for example for entertainment, introducing love, marriages, worshipping the spirit of the rice, and also for medicial purposes. This dance has been a medium of entertainment among the tribes of the Orang Asli especially among the Semai tribe. The research on the songs of sewang dances is of a qualitative type. The objective of this research is to look into the intrinsic nature of these songs. Among the aspects that we have looked into were sounds, language from the physical side. The instruments used in this research consist of the sewang dance, the translation of songs and observation, test, interview and data analysis. In this research, the researchers used the document analysis approach. The researchers studied

Upload: husniza-ghazali

Post on 08-Feb-2016

104 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN SEWANG -

AKTIVITI NYANYIAN LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH

ORANG ASLI

Zakaria bin Khalid

Ariff Fadillah bin Khalil

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

(Telah dibentangkan di Seminar Penyelidikan 2011 Zon Timur di IPG Kampus Sultan

Mizan, Besut, Terengganu pada 10-12 Mei 2011)

Matlamat kajian ini adalah untuk meneliti aktiviti nyanyian dalam

pengajararan dan pembelajaran berdasarkan kepada 18 buah lagu tarian

sewang bahasa Semai. Tarian sewang ialah satu bentuk persembahan tarian

tradisional masyarakat orang asli yang masih kekal diamalkan hingga

sekarang. Tarian sewang dalam suku kaum orang Asli dipersembahkan

untuk berbagai-bagai fungsi seperti hiburan, buka cinta, perkahwinan,

memuja semangat padi dan juga perubatan. Tarian ini menjadi wadah

hiburan utama dalam kalangan masyarakat orang asli kaum Semai. Kajian

terhadap lagu-lagu tarian sewang ini merupakan sebuah kajian kualitatif.

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat dan mengenal pasti penguasaan kosa

kata,penglibatan dan minat murid-murid terhadap subjek Bahasa Melayu.

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan kajian rintis, kerja lapangan,

keperpustakaan dan amali di dalam bilik darjah. Manakala instrumen kajian

pula terdiri daripada CD Rom lagu tarian sewang, terjemahan lagu,

pemerhatian, ujian lembaran kerja,temu bual, dan analisis data. Dalam

kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Hasil

dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam

penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid orang asli.

Kata Kunci:Lagu Sewang Wadah Pendidikan

The aim of this study is to review the use of songs in teaching and learning

process in the indigenous (orang asli) schools based on 18 sewang dance

songs in Semai.The sewang dance is a type of traditional dance presented by

The Orang Asli Community that is still being practice until today. The

sewang dance in the ethnic Orang Asli group is presented for a variety of

purpos; for example for entertainment, introducing love, marriages,

worshipping the spirit of the rice, and also for medicial purposes. This dance

has been a medium of entertainment among the tribes of the Orang Asli

especially among the Semai tribe. The research on the songs of sewang

dances is of a qualitative type. The objective of this research is to look into

the intrinsic nature of these songs. Among the aspects that we have looked

into were sounds, language from the physical side. The instruments used in

this research consist of the sewang dance, the translation of songs and

observation, test, interview and data analysis. In this research, the

researchers used the document analysis approach. The researchers studied

Page 2: KAJIAN SEWANG -

2

only on the songs for the sewang dancers in the form of happiness and

entertainment. The findings from this research show that there is an increase

in the mastery of Bahasa Melayu among the indigenous students.

Pengenalan

Seni persembahan tradisi yang merangkumi bentuk-bentuk tarian, muzik dan teater

tradisional boleh ditinjau dari segi hiburan, ritual dan pengubatan. Persembahan

berbentuk ritual merangkumi tarian, teater, memuja semangat dan roh dipercayai

mempengaruhi kehidupan sesuatu suku kaum bagi memenuhi pelbagai tujuan. Mengikut

Mohamed Ghouse (1994) persembahan tarian yang memenuhi tujuan-tujuan ini terdapat

di kalangan suku-suku kaum di Sabah. Dalam kategori ritual untuk pengubatan ialah

tarian magunatip dan mansayau dari suku kaum Kwijau, tarian sumayau/mandasayau dari

suku kaum Dusun. Di Sarawak juga terdapat tarian yang memenuhi keperluan yang sama

seperti tarian tolak bala yang ditarikan oleh suku kaum Bidayuh untuk menyemah rumah

panjang. Suku kaum Melanau pula mengadakan tarian aluk-aluk semasa berkabung

sepanjang empat hari bagi meredakan suasana muram yang mengiringi sesuatu kematian.

Di Semenanjung Malaysia tarian bagi tujuan seperti ini kebiasaannya diamalkan oleh

masyarakat orang Asli iaitu tarian sewang. Tarian sewang bagi masyarakat orang Asli

dipersembahkan untuk tiga upacara tertentu, iaitu untuk kesyukuran selepas menuai atau

membuka tanah baru. Kedua, untuk menandakan tamat tempoh berkabung dan ketiga

bagi tujuan mengiringi pengubatan tradisional. Kini, tarian sewang dibawa masuk ke

dalam bilik darjah sebagai wahana pendidikan melalui Didik Hibur.

Apakah yang dimaksudkan dengan Didik Hibur? Didik Hibur merupakan satu

pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur

dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera iaitu nyanyian,

bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari

Bahasa Malayu akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik. Pengkaji

hanya menggunakan satu komponen dalam Didik Hibur iaitu aktiviti nyanyian.

Latar Belakang Kajian

Tarian sewang ialah satu bentuk persembahan tarian tradisional masyarakat orang

Asli yang masih kekal diamalkan dan dipertahankan hingga sekarang. Tarian sewang

dipersembahkan untuk berbagai-bagai fungsi seperti hiburan, buka cinta, perkahwinan,

memuja semangat padi dan juga perubatan. Tarian ini biasanya diketuai oleh Tok Halak

dan lima hingga sepuluh orang penari yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Selain

itu, terdapat enam orang pemuzik iaitu lima orang pemukul centung (buluh yang

berukuran berbeza) dan seorang pemukul gong. Sambil bersahut-sahutan beramai-ramai,

penari perempuan mengetuk buluh centung ke atas buluh panjang atau kayu keras yang

padat bagi mengeluarkan bunyi nyaring.

Tarian ini biasanya dilakukan dalam empat formasi yang berbeza bergantung

kepada fungsi tarian tersebut. Antaranya tarian secara berbaris iaitu penari-penari berada

dalam satu barisan sambil menari. Bentuk seterusnya ialah bulatan iaitu penari berada

Page 3: KAJIAN SEWANG -

3

dalam bulatan sambil berjalan berpusing mengikut arah jam atau lawan jam. Selain itu

tarian ini juga dilakukan secara berpasangan antara lelaki dan perempuan yang kadang

kalanya berpegangan tangan. Manakala formasi keempat ialah tarian secara beramai-

ramai. Tarian sewang untuk tujuan kegembiraan kebiasaannya diadakan setelah upacara

menuai padi, menyambut kepulangan anak yang bekerja di perantauan, menyambut

kedatangan tahun baru, perkahwinan atau apa sahaja yang difikirkan dapat memberi

kegembiraan di dalam kampung. Manakala sewang untuk perubatan dijalankan pada

waktu malam selama enam hari berturut-turut. Semasa sewang perubatan dijalankan,

orang luar tidak dibenarkan naik ke rumah tempat tarian diadakan sehingga tarian selesai.

Bagi murid-murid orang asli, lagu-lagu tarian sewang sudah bermain di bibir

mereka. Saban hari jikalau kita berada di perkampungan mereka, sering kedengaran

lagu-lagu ini dinyanyikan. Justeru, tidak hairanlah jika lagu-lagu ini dibawa masuk ke

bilik darjah sebagai bahan sumber pengajaran.

Pernyataan Masalah

Seni kata lagu dalam tarian sewang diadun daripada pelbagai variasi. Keunikannya telah

menarik minat para pengkaji seni, budaya dan bahasa untuk mengkajinya. Walau

bagaimanapun, banyak kajian yang dijalankan hanya mengkaji dari aspek budaya,

intrinsik dan etnomuzikalogi sahaja. Lantaran itu, fokus kajian ini ialah untuk melihat

aktiviti nyanyian lagu tarian sewang dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malayu

di sekolah orang asli kaum Semai. Kajian ini akan meneliti aktiviti nyanyian dalam Didik

Hibur melalui lirik-lirik lagu dalam tarian sewang untuk kegembiraan yang

dipersembahkan oleh masyarakat orang Asli kaum Semai.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan meninjau aspek keberkesanan lagu-lagu tarian sewang dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia. Antara objektif kajian adalah untuk:

i. Melihat dan mengenal pasti penguasaan bahasa lisan murid-murid.

ii. Melihat dan mengenal pasti penguasaan kosa kata murid-murid.

iii. Melihat dan mengenal pasti penglibatan murid di dalam bilik darjah.

Persoalan Kajian

Kajian ini akan dapat menjawab persoalan-persoalan kajian berikut:

i. Apakah kemahiran bahasa yang dikuasai oleh murid-murid?

ii. Apakah impak bahasa yang dikuasai oleh murid-murid melalui lirik lagu

tarian sewang?

iii. Apakah respons murid-murid terhadap aktiviti nyanyian lagu tarian sewang?

Page 4: KAJIAN SEWANG -

4

Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sumber pengajaran dan pembelajaran bahasa

Melayu di sekolah-sekolah orang asli. Meningkatkan minat murid untuk datang ke

sekolah dan meneruskan pelajaran. Di samping itu, lagu-lagu tarian sewang dapat

diketengahkan sebagai satu seni tarian dalam kebudayaan nasional.

Batasan Kajian

Kajian ini melihat aktiviti nyanyian lagu-lagu tarian sewang dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah-sekolah orang asli. Rasionalnya ialah tarian ini mudah

dipersembahkan kerana tidak memerlukan masa yang khusus, tegasnya boleh dijalankan

pada bila-bila masa berbanding dengan tarian sewang untuk tujuan mengubati orang sakit

atau kesyukuran. Kajian ini hanya tertumpu kepada murid orang asli suku kaum Semai di

Kuala Lipis, Pahang. Pengkaji menggunakan mikromedia dalam pengajaran,kaedah

pemerhatian, ujian bertulis, dan sesi pengajaran di dalam bilik darjah. Pengkaji juga

menggunakan khidmat jurubahasa dari kaum Semai sebagai penterjemah. Terjemahan

yang dilakukan tidak berdasarkan terjemahan secara harfiah sebaliknya berdasarkan

kepada makna baris-baris lagu.

Definisi Istilah

Nyanyian

Kamus Dewan (2000), mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang

dilagukan dengan suara, Manakala Kamarudin Husin (1999), pula melihat aktiviti

menyanyi sebagai satu aktiviti yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh dibawa

ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik.

Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Mok Soon Sang (1996), pemelajaran merupakan satu perubahan yang lebih

maju,lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada. Perubahan

tingkah laku dikatakan agak kekal dan stabil serta tingkah laku yang dihasilkan adalah

daripada pengalaman atau latihan dan bukan disebabkan oleh proses pertumbuhan semula

jadi atau disebabkan oleh pengaruh lain.

Tarian Sewang

Tarian sewang atau dipanggil jenulang (dalam bahasa suku kaum Semai) adalah salah

satu tarian tradisional orang Asli terutamanya bagi kaum Semai dan Temiar.

Page 5: KAJIAN SEWANG -

5

Masyarakat Orang Asli

Menurut Kamus Dewan (1996: 69), bermaksud kelompok manusia yang mengamalkan

satu cara hidup yang sama dan merupakan penduduk asal atau orang yang asal

keturunannya, lahir, dan tinggal di sesebuah negeri (bukan orang asing atau orang

mendatang). Kajian ini merangkumi masyarakat orang asli di Betau, Lenjang, Titom dan

Lanai, Kuala Lipis, Pahang.

Kajian oleh Pengkaji Luar

Mengikut kajian Tarno et. al. (1993) dalam Taum (2004), sastera lisan masyarakat

Dawan di Timor dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu bonet, heta, tonis dan nu’u.

Berdasarkan isi dan fungsinya, bonet adalah puisi lisan yang dilagukan terbahagi kepada

4 jenis iaitu boennitu (puji-pujian kepada arwah), boen Ba’e (puji-pujian dalam suasana

ceria seperti kelahiran olen, menimang anak ko’an, penyambutan tamu futmanu-

safemanu), dan nyanyian kerja (boenmepu). Selain itu kajian Parera (1994) dalam Taum

(2004) mendapati sastera lisan lain dalam masyarakat Dawan yang berupa pantun ialah

nel dan ta’nu’an iaitu cerita-cerita dongeng yang biasanya ditujukan untuk anak-anak.

Ada tiga jenis nel atau pantun iaitu:

(a) nel-masi’u (pantun untuk sindir-menyindir)

(b) nel ta’tuna kanan (pantun untuk mengungkap asal-usul sesuatu kaum)

(c) nel ta’tuna pah (pantun untuk mengagungkan kerajaan).

Menurut kajian (BBC/British Council Teaching – Children.www.teachingenglish.org.uk)

untuk menguasai sesuatu bahasa, seseorang kanak-kanak perlu menghafal perkataan

tersebut beberapa kali dan nyanyian adalah antara cara yang palinng sesuai untuk

mengulang dan mengukuh perkataan tersebut serta seuai dengan keupayaan kana-kanak.

Nyanyian/lagu yang lebih panjang mengandungi lebih banyak perbendaharaan kata serta

perlbagai tatabahasa. Dan ianya adalah sesuai untuk pembentukan kemahiran mendengar

secara amnya.

Community singing in class brings the benefit of total participation from all

students, especially if accompanied by actions or mimes. The total physical response

(TPR) approach is particularly suited to younger learners. Children really enjoy singing

along and it can really improve motivation. Singing can also improve the pronunciation

and intonation paterns of students,especially younger children, trough increased

awareness of stress paterns, weak form etc. Some simple songs are very repetitive and

good for singing along therefore easy to extend listening skills into other areas as a

stimulus for reading and writing.

Hurwitz (1975), pula telah menjalankan kajian terhadap pelajar gred rendah mengenai

kesan yang timbul di dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan muzik dan tanpa

menggunakan muzik. Satu sistem telah digunakan iaitu “Kodaly Muzik System”. Hasil

kajian mendapati bahawa kumpulan yang mengikuti sistem muzik “Kodaly” lebih

Page 6: KAJIAN SEWANG -

6

menunjukkan persembahan yang memberangsangkan daripada kumpulan yang tidak

menggunakannya. Perbandingan yang dibuat di antara kumpulan kawalan menunjukkan

bahawa pelajar yang menerima program latihan muzik “Kodaly” memperolehi keputusan

yang lebih baik dan efektif terhadap ujian lisan daripada pelajar yang tidak menerima

program muzik ‘kodaly’.

Kajian oleh Pengkaji Tempatan

Kajian awal terhadap masyarakat orang Asli banyak tertumpu kepada soal ekonomi dan

sosial masyarakat tersebut. Iskandar Carey (1976) dalam bukunya ’The Aboriginal Tribes

of Peninsular Malaysia’ telah mengkaji tentang sistem ekonomi, keagamaan dan sistem

sosial suku kaum orang Asli terbesar di negara ini iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto.

Kajian yang hampir sama juga telah dilakukan oleh Hood Salleh (1986) yang tertumpu

kepada mitos kejadian alam, asal-usul manusia dan larangan kahwin sumbang di

kalangan masyarakat Negrito di Kelantan, Perak dan Pahang serta masyarakat Semelai di

Pahang.

Mohd. Rizal Yaacob (1994) pula telah mengkaji tentang tarian sewang suku kaum

Semai dan melihatnya dari pelbagai aspek seperti corak persembahan, fungsi dan alat

muzik yang digunakan. Bazrul Bahaman (1999) dalam tesis sarjananya telah mengkaji

aspek persembahan dan pencerita dalam Nyanyi Panjang Orang Sakai di Riau. Kajian

dari aspek bahasa juga telah dibuat oleh Subandi Kasidan (1999) yang mengkaji tentang

pembentukan kata dalam seni kata lagu-lagu bahasa Iban di Sarawak. Manakala Sal

Farina Kamaluddin (2003) telah mengkaji tradisi lisan berbentuk cerita suku kaum Jahut

di Kampung Penderas Temerloh, Pahang.

Menghuraikan masalah pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua,

Abdullah Hassan (1980) menjelaskan ,mengajar bahasa kedua kepada pelajar bukan

penutur jati memerlukan perhatian yang lebih teliti:dirancang dan dilaksanakan secara

semula jadi dan tidak terlalu formal. Oleh itu dalam pengajaran, guru sewajarnya

menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik, yang bersesuaian dalam menyampaikan

pengajaran.

Lazimnya kurang minat belajar akan membawa kesan langsung kepada

pencapaian akademik seseorang pelajar yang dinyatakan sebelum ini. Mengikut

Raven(1977) apabila seorang pelajar tidak minat dalam sesuatu mata pelajaran tertentu

dan guru pula tidak berusaha untuk menarik minat mereka, pelajar-pelajar ini akan

kurang bersemangat dan akan melakukan sesuatu yang terlintas di fikiran mereka. Dan

kajian mendapati elemen muzik dan nyanyian mampu menyelesaikan masalah ini.

Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh

dipisahkan. Tanpa muzik beerti dunia pelajar adalah kosong (Zulkifli bin Yaakob,2007)

Selain daripada itu, muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat. Pelajar

sentiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat

melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton juga

Page 7: KAJIAN SEWANG -

7

terdapat dalam amalan dan interaksi harian. Sifat cenderung kepada muzik yang sedia

ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi

kualiti diri dan sahsiahnya (Zulkifli Yaakob,2007).

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Persediaan Standard Kandungan Kurikulum

Guru perlu memilih standard kurikulum yang sesuai dengan tahap pencapaian murid.

Contoh:

(1) Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui persembahan nyanyian secara didik

hibur.

1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui persembahan nyanyian

secara didik hibur.

1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui

persembahan nyanyian secara didik hibur.

Prosedur Aktiviti Nyanyian

(i) Prapersediaan

Pada tahap ini, guru harus bijak memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai dengan

murid serta sepadan dengan objektif pengajaran. Pertama tentukan tahap kesusahannya,

panjang pendek bahan, kekerapan mengulang perkataan aspek bahasa yang hendak

ditekankan, apakah tindakan susulan,bahan bantu mengajar yang diperlukan dan

sebagainya. Jika perlu, guru perlu mengubah suai atau menulis semula seni kata lagu

tersebut mengikut kesesuaian.

(ii) Penyampaian

Guru boleh memilih untuk menggunakan kad imbasan perkataan dengan meminta murid-

murid mencari maksud atau membina ayat mudah daripada perkataan berkenaan.

Seterusnya guru mengedarkan seni kata lagu yang hendak disampaikan dan meminta

murid-murid membaca dan mengenal pasti beberapa perkataan yang susah. Dalam masa

yang sama, guru boleh memainkan CD lagu berkenaan dan memperdengarkannya kepada

murid-murid. Buat latihan nyanyian lagu tersebut mengikut baris ke baris, sehingga

seluruh perenggan itu diingat. Guru perlu memberi perhatian kepada sebutan murid-

murid. Pastikan setiap perkataan di dalam lagu tersebut disebut dengan betul. Setelah

menyanyi beberapa kali, guru bolehlah mengajar pula aspek bahasa yang hendak

dipelajari. Terang dan latih mereka untuk menguasai ayat atau strukturnya. Gunakan

gambar untuk memperjelaskan maksud atau gunakan bahasa badan untuk

menggambarkan makna secara jelas.

Page 8: KAJIAN SEWANG -

8

(iii)Penutup

Guru menyanyikan lagu bersama-sama murid. Bagi tujuan pengukuhan, guru boleh

menguji murid-murid secara bertulis tentang aspek bahasa yang hendak diajar

sebelumnya. Umpamanya murid-murid diminta menghasilkan sebuah dialog ringkas atau

cerita pendek menggunakan kreativiti sendiri berdasarkan beberapa perkataan yang telah

dikenal pasti dalam seni kata lagu berkenaan. Guru juga boleh meminta murid untuk

melukiskan gambar dalam lagu di atas sehelai kertas A4 menggunakan lakaran yang tidak

berwarna.

Contoh Aktiviti Nyanyian

(i) Murid diperlihatkan seni kata lagu Bula (bahasa Semai/Melayu) yang dipancarkan

menerusi LCD di hadapan bilik darjah. Guru membimbing murid-murid

menyebut seni kata dengan gaya, nada dan intonasi yang betul.

Bula Bola

Babula babo Bola teman saya

babula be miro teman dengan bola

siok kentah bi dalag ha ibola sebelah hulu riuh rendah

siok kenreh bi dalag ha ibola sebelah hilir riuh rendah

ba bula babo bola teman saya

ba bula tok raye teman dengan bola

(ii) Seterusnya murid-murid diperdengarkan CD lagu berkenaan dan mereka

menyanyikannya bersama-sama dengan iringan lagu berkenaan.

(iii) Murid diminta menceritakan semula menggunakan perkataan sendiri tentang isi

atau kandungan lagu yang dipelajari

(iv) Seterusnya guru meminta murid menggambarkan idea dalam lagu itu dalam

bentuk lukisan atau lakaran pada papan tulis di hadapan bilik darjah.

(v) Guru juga boleh meminta murid untuk mencipta dialog pendek daripadanya isi

atau kandungan lagu tadi dan melakonkannya menggunakan perkataan sendiri

tetapi terkawal.

Instrumen Kajian

Sebanyak 18 buah lagu nyanyian dalam bentuk CD Rom iaitu judul-judul lagu antaranya

ialah lagu Kok Gagek, Seribu Ampun, Panas Siang, Joget, Amek Tolong Jar, Ken Anuk,

Tok Kenah, Pusing Tamuk Tawin, Amai Gabet, Sir, Bek Yok, Cerik, Ruwang Ruwet, Bah

Bai-Bai, Bunga Alam Ye, Puteri Raja, Bula, dan Guruk Abe.

Page 9: KAJIAN SEWANG -

9

Dalam kajian ini 3 bahagian digunakan bagi tujuan mengumpul data seperti berikut;

1. Bahagian A: Pemerhatian (menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran)

2. Bahagian B: Lembaran Kerja

3. Bahagian C: Soal selidik

Bahagian A digunakan untuk 28 orang responden yang menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran melalui elemen nyanyian. Pemerhatian dilakukan

terhadap tingkah-laku murid-murid di dalam kelas semasa pengajaran dilakukan oleh

pengkaji. Tujuannya untuk mengenal pasti sikap belajar mereka dan bagaimana

mereka memberi respon terhadap pengajaran guru (pengkaji)

Sementara itu dalam bahagian B pula, responden diberi kertas lembaran kerja (rujuk

lampiran) yang meminta mereka membina ayat tunggal. Jawapan yang diberi oleh

responden di dalam lembaran kerja tersebut kemudiannya disemak oleh penggkaji

untuk menilai pencapaian murid.

Akhir sekali dalam bahagian C pula, soal selidik ke atas semua responden dilakukan

bagi mendapatkan reaksi mereka berkaitan kaedah pengajaran yang dijalankan.

Kebanyakan soalan yang ditanya berbentuk soalan terbuka. Tujuannya untuk

membolehkan murid dapat menyatakan pendapat secara bebas isi hati mereka, tanpa

berasa dikongkong oleh soalan.

Analisis Data

Berdasarkan 3 buah lagu yang diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran di

Sekolah Kebangsaan Lanai, pengkaji telah menganalisis aspek aktiviti nyanyian

berdasarkan aspek lisan, kosa kata dan penglibatan murid-murid.

ANALISIS ASPEK AKTIVITI NYANYIAN LAGU-LAGU TARIAN SEWANG

Pengenalan

Kajian ini akan melihat dan mengenal pasti aspek lisan, kosa kata dan penglibatan murid-

murid di dalam bilik darjah. Aspek lisan merangkumi kemahiran mendengar dan

bertutur. Bagi aspek kosa kata pula merangkumi perkataan, istilah dan ayat yang dapat

dibaca, difahami dan ditulis. Manakala aspek penglibatan murid pula merangkumi

aktiviti menyanyi dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul di samping melakukan

gerak kreatif.

Page 10: KAJIAN SEWANG -

10

Maksud Lagu

Bula (Bola)

Lagu tersebut menceritakan seorang yang berat tulang tidak suka bekerja dan hanya

menghabiskan masanya dengan bermain bola sepak sahaja.

Bunga Alam Ye (Puteri Gunung)

Lagu ini mengisahkan kecantikan Puteri Gunung. Sesiapa sahaja setiap lelaki yang

terpandang wajah puteri tersebut pasti terpikat.

Panas Siang

Lagu ini mengisahkan kesempitan hidup sebuah rumah tangga. Si isteri sering berleteran

siang dan malam terhadap suaminya. Suaminya asyik berfikir bagaimana caranya untuk

mengatasi masalah tersebut yang akhirnya telah berpakat dengan orang tuanya bagi

mengatasi masalah itu.

Analisis Dapatan Kajian

Pencapaian dalam Ujian Pemerhatian

Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid berminat dan tertarik dengan proses

pengajaran yang dikendalikan oleh kerana elemen muzik telah diterapkan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran tersebut. Murid-murid begitu aktif dan responsif terhadap

aktiviti yang dilaksanakan.

Pencapaian dalam Ujian Lembaran Kerja

Berdasarkan pada jadual di bawah, didapati lebih kurang 45.24% daripada murid-

murid tersebut menunjukkan markah yang baik dan 54.76% yang menunjukkan

kelemahan dalam aspek menyebut perkataan, bercerita ringkas dan menulis ayat tunggal

dengan betul.

Page 11: KAJIAN SEWANG -

11

Jadual 1

Penguasaan Kemahiran Bahasa Murid-murid

Bil Item yang diuji Baik % Lemah % Jumlah %

1 Menyebut perkataan 16 57.14 12 42.86 28 100

2 Bercerita ringkas 10 35.71 18 64.29 28

100

3 Membina ayat tunggal 12 42.86 16 57.14 28

100

Hasil Dapatan Temubual

Berdasarkan pada data jadual yang diperolehi, didapati murid-murid berasa sangat

tertarik dengan proses pengajaran dan pembelajaran kerana aktiviti yang dijalankan oleh

guru cukup menarik. Selain itu,jadual di bawah menunjukkan bahawa murid-murid

mudah untuk mengingat dan menghafal perkataan. Dalam jadual tersebut juga

menunjukkan bahawa murid-murid sangat tertarik untuk belajar subjek tersebut.

Jadual 2

Hasil Temubual Responden

Bil

Soalan Temubual Jawapan Jawapan

YA % TIDAK %

1 Adakah anda suka menyanyi?

28 100 0 0

2

Adakah kamu berasa gembira selepas

mengikuti pelajaran hari ini?

20 71 8 29

2 Adakah kamu terhibur sepanjang aktiviti ini?

22 79 6 21

3 Melalui aktiviti nyanyian memudahkan kamu

mengingati perkataan- perkatan yang diajar?

22 79 6 21

4 Aktiviti nyanyian mengurangkan daya

mengantuk di dalam kelas?

25 89 3 11

5

Patutkah aktiviti nyanyian diteruskan pada

kelas yang akan datang?

28 100 0 0

6 Rasa takut saya semakin berkurangan 24 86 4 14

7

Adakah kafahaman saya kepada subjek

meningkat melalui aktiviti nyanyian?

20 71 8 29

8

Adakah pergerakan anda bebas ketika

menyanyi?

23 82 5 18

Page 12: KAJIAN SEWANG -

12

9

Bolehkah gerak kreatif meningkatkan ingatan

kosa kata?

20 71 8 29

10

Perasaan malu saya semakin berkurangan 23 82 5 18

11 Saya sayang pada guru saya

20 71 8 29

12

Saya sayang akan sekolah saya 21 75 7 25

KESIMPULAN

Pengenalan

Melalui kajian ini, pengkaji melihat bahawa lagu-lagu tarian sewang ini sangat istimewa

dan unik. Lirik lagu yang dicipta bukanlah dengan sewenang-wenangnya boleh dicipta

oleh sebarang orang. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh mencipta lagu-lagu

yang antara lainnya ialah tok halak. Jikalau dilihat dari aspek luarannya, lagu ini tidak

menampakkan apa-apa makna kecuali pada mereka yang terlibat secara langsung dalam

tarian tersebut. Tetapi setelah pengkaji sendiri melibatkan diri dalam tarian ini baharulah

dapat dirasakan bahawa melalui lirik, muziknya dan hentakkan kaki ketika menari

mempunyai nilai seni yang amat berharga, unik dan harus dikekalkan. Justeru, kajian ini

dijalankan untuk melihat sejauh mana aspek aktiviti nyayian lagu-lagu tarian sewang

dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

Implikasi

Responden cukup berminat dengan aktiviti nyanyian. Mereka menyanyi dengan penuh

minat dan situasi ini menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dan menarik.

Elemen muzik yang diterapkan dalam nyanyian menjajadikan mereka begitu aktif dan

telah memberikan penglibatan sepenuhnya. Ini terbukti dengan pendapat Zulkifli Yaakob

(2007) yang menyatakan muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang

tidak dapat dipisahkan. Pelajar sentiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa

senang hati apabila dapat melakukan ekspresi diri apabila mendengar muzik.

Diperteguhkan lagi oleh pendapat Raven (1977), yang menyatakan bahawa elemen muzik

dapat mengatasi masalah pelajar yang tidak berminat dengan subjek dan dapat menarik

mereka berminat untuk belajar.

Murid-murid dapat menyebut dan mengingati perkataan melalui aktiviti nyanyian.

Nyanyian diulang beberapa kali mengikut prosedur perancangan yang ditetapkan. Hal ini

ada persamaan dengan kajian BBC British Council Teaching yang menyatakan

penguasaan bahasa kanak-kanak perlu menghafal perkataan tersebut beberapa kali

melalui aktiviti nyanyian.

Page 13: KAJIAN SEWANG -

13

Hasil kajian juga mendapati murid-murid yang lambat atau lemah dalam pelajaran

berubah menjadi aktif melalui kerjasama dalam aktiviti nyanyian. Mereka dapat

bekerjasama dan berkeyakinan dalam aktiviti berkumpulan. Ini ada persamaan dengan

pendapat Ward (1976) yang menyatakan bahawa muzik boleh memberikan sumbangan

yang baik di mana muzik yang sesuai boleh dijadikan bahan didikan kepada murid

lambat melalui semangat berpasukan, bekerjasama, dan mendirikan keyakinan diri.

Kekangan dan halangan

5.3.1 Tidak terdapat kamus yang lengkap tentang Bahasa Melayu – Semai. Padanan

Bahasa Melayu-Semai Temiar amat terhad dan tidak lengkap sepenuhnya.

Cadangan-cadangan

5.3.2 Satu kajian fonetik bahasa Semai boleh dijalankan sebagai kajian lanjutan.

5.3.3 Bidang perkamusan iaitu Kamus Lengkap Bahasa Melayu-Semai boleh dijadikan

kajian lanjutan.

5.3.4 Tarian Sewang boleh diangkat sebagai satu komponen seni tarian dalam

kebudayaan nasional.

Pada kesimpulannya, aktiviti nyanyian dalam didik hibur banyak membantu dalam

pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah orang asli. Aktiviti sebegini boleh

ditingkatkan lagi dengan memberi pendedahan kepada para guru menguasai komponen

didik hibur terutamanya aktiviti nyanyian. Kepelbagaian kaedah dan teknik guru harus

dipertingkatkan dan ini berssesuaian dengan pendapat Abdullah Hassan (1980)

menjelaskan bahawa mengajar bahasa kedua kepada pelajar bukan penutur jati

memerlukan perhatian yang lebih teliti,dirancang dan dilaksanakan secara semula jadi

dan tidak terlalu formal. Oleh itu, pengajaran guru sewajarnya menggunakan

pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian dalam menyampaikan pengajaran.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan (1969). Satu Kajian Fonologi-Morfologi Bahasa Orang-orang Melayu

Asli Dialek Temuan.

Azizah Muhammad 1981. Kesan Pengiklanan di televisyen terhadap kanak-kanak

Latihan ilmiah. Universiti kebangsaan Malaysia

Bazrul Bahaman (1999). Nyanyi Panjang Orang Sakai di Riau. Tesis Sarjana. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Page 14: KAJIAN SEWANG -

14

Hurwitz,Barrie D.Bortnick,Klara Kokas,(1975). Nonmusical effects of the Kodaly Music

Curiculum in Primary Grade Children, .Journal of Learning Disabilities.8(3):167-173.

Hood Salleh (1986). Dakwah Islamiah dan Pembangunan Masyarakat Orang Asli di

Semenanjung. Kertas Kerja Seminar Islam di Kalangan Masyarakat Malaysia.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Rizal bin Yaakub (1994). Tarian Sewang Masyarakat Asli Semai, Kuala Lipis,

Pahang. Kertas Projek. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamed Ghouse Nasaruddin (1994). Seni Persembahan Tradisi Menjelang Abad ke-21.

Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1994/Bil. 6, Universiti Sains Malaysia. 24

September 1994. (Atas talian) http://www.lib.usm.my/press/SSU/ghouse.html.

(23 Mei 2004)

Mok Soon Sang, 1996. Pengajaran Matematik untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

Rozaimah bt Mohamad,1997. Kaedah Muzik dalam Pengajaran dan Pembeljaran

Mataemati bagi kanak-kanak bermasslah pembelajaran.Latihan Ilmiah.Universiti

Kebangsaan Malaysia

Sal Farina Kamaluddin (2003). Tradisi Lisan Berbentuk Cerita Suku Kaum Jahut di

Kampung Penderas, Temerloh, Pahang. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.

Subandi Kasidan (1999). Pembentukan Kata Dalam Seni Kata Lagu-lagu Bahasa Iban.

(Atas talian) http://id.wikipedia.org/wiki/Morfologi. (15 Januari 2005)

Teuku Iskandar (1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Zulkifly bin Yaakob(2002). IPTHO Pendidikan Muzik Prasekolah, Batu Pahat, Johor.

Ward,D.1976.Music for Slow Learner: Special Education Forward Trends. Journal of The

Education National Council For Special Education.3(3):78-80.

Mok Soon Sang, 1996. Pengajaran Matematik untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

http//www.britishcouncil.org/kid-songs-alphabet.htm