kajian rekabentuk teknik pertukangan komponen panel dinding rumah melayu tradisional kedah

12
KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH Nur Shuhada Binti Hanapi Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Idris Shah [email protected] Shahril Khairi Bin Abdul Shukor Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Idris Shah [email protected] Abstrak Rumah Melayu tradisional di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri dimana setiap komponen rumah dihasilkan mengikut rencah adat dan disulami pemahaman masyarakat terhadap agama Islam. Antara proses pertukangan yang berkaitrapat di antara unsur keagamaan dan adat dapat dikesan melalui cara pembentukan ruang dalaman rumah, upacara dalam memilih tapak, kiraan tempoh masa yang bersesuaian untuk mendiri tapak asas dan beberapa contoh melibatkan aktiviti masyarakatMelayu itu sendiri. Seni pertukangan kayu dalam pembinaan rumahMelayu tradisional ini telah dimartabatkan untukmenjadi salah satu warisan terpenting kepada negara bagi masyarakat tempatan melalui pengiktirafan Rumah Penghulu Abu Seman oleh Badan Warisan Malaysia (BWM). Bermula dengan kehalusan perincian kerawang berasaskan flora pada papan cantik sehinggalah ke segenap pelusuk binaan rumah tradisional Melayu ini menjadikan ia karya agung yang penuh dengan nilai-nilai estetik tanpa mengabaikan fungsi ruang dan binaan.Tanpa disedari, rahsia pertukangan rumah Melayu tradisional ini bukanhanya sekadar merujuk kepada seni ukiran semata-mata, malahan teknik penghasilan komponen struktur utama, komponen bukaan seperti tingkap dan pintu turut bersandarkan kepada adat dan juga kepercayaan keagamaan yang kuat.Oleh yang demikian, kajian ini dikhususkan kepada keunikan teknik dalam pembuatan komponen panel dinding bagi rumah Melayu tradisional yang direka dengan menerapkan fahaman ajaran agama Islam. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar senibina, golongan pengkajibinaan tradisionalMelayu dan juga masyarakat umum tentang fungsi serta kelebihan yang wujud pada komponen panel dinding rumah Melayu tradisional. Selain itu, hasil kajian ini dapatmemperlihatkan perspektif yang berbeza dan mampu memberi impak positif kepada generasi tanahair untuk mendokong dan mempertahankan warisan Melayu tradisional. 01 PENGENALAN Seringkali seni pertukangan rumah Melayu tradisional tertumpu kepada abstrak iaitu pengkategorian ruang dalaman rumah dan jenis kepelbagaian bumbung mengikut negeri masing-masing. Unsur-unsur estetik seperti ukiran kerawang pada papan meleh, papan kembung, kekisi tingkap dan sebagainya dianggap elemen utama yang ditonjolkan oleh rumah Melayu tradisional. Bagi masyarakat umum hari ini, tidak lengkap penjenamaan rumah Melayu tradisional sekiranya tidak mempunyai elemen dekorasi dalam bentuk dan corak kerawang yang sarat pada 1

Upload: politeknik-sultan-idris-shah

Post on 19-Jun-2015

5.615 views

Category:

Education


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN  PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

Nur Shuhada Binti HanapiJabatan Kejuruteraan AwamPoliteknik Sultan Idris Shah

[email protected]

Shahril Khairi Bin Abdul ShukorJabatan Kejuruteraan AwamPoliteknik Sultan Idris [email protected]

Abstrak

Rumah Melayu tradisional di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri dimana setiap komponen rumah dihasilkan mengikut rencah adat dan disulami pemahaman masyarakat terhadap agama Islam. Antara proses pertukangan yang berkaitrapat di antara unsur keagamaan dan adat dapat dikesan melalui cara pembentukan ruang dalaman rumah, upacara dalam memilih tapak, kiraan tempoh masa yang bersesuaian untuk mendiri tapak asas dan beberapa contoh melibatkan aktiviti masyarakatMelayu itu sendiri. Seni pertukangan kayu dalam pembinaan rumahMelayu tradisional ini telah dimartabatkan untukmenjadi salah satu warisan terpenting kepada negara bagi masyarakat tempatan melalui pengiktirafan Rumah Penghulu Abu Seman oleh Badan Warisan Malaysia (BWM). Bermula dengan kehalusan perincian kerawang berasaskan flora pada papan cantik sehinggalah ke segenap pelusuk binaan rumah tradisional Melayu ini menjadikan ia karya agung yang penuh dengan nilai-nilai estetik tanpa mengabaikan fungsi ruang dan binaan.Tanpa disedari, rahsia pertukangan rumah Melayu tradisional ini bukanhanya sekadar merujuk kepada seni ukiran semata-mata, malahan teknik penghasilan komponen struktur utama, komponen bukaan seperti tingkap dan pintu turut bersandarkan kepada adat dan juga kepercayaan keagamaan yang kuat.Oleh yang demikian, kajian ini dikhususkan kepada keunikan teknik dalam pembuatan komponen panel dinding bagi rumah Melayu tradisional yang direka dengan menerapkan fahaman ajaran agama Islam. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar senibina, golongan pengkajibinaan tradisionalMelayu dan juga masyarakat umum tentang fungsi serta kelebihan yang wujud pada komponen panel dinding rumah Melayu tradisional. Selain itu, hasil kajian ini dapatmemperlihatkan perspektif yang berbeza dan mampu memberi impak positif kepada generasi tanahair untuk mendokong dan mempertahankan warisan Melayu tradisional.

01 PENGENALAN

Seringkali seni pertukangan rumah Melayu tradisional tertumpu kepada abstrak iaitu pengkategorian ruang dalaman rumah dan jenis kepelbagaian bumbung mengikut negeri masing-masing. Unsur-unsur estetik seperti ukiran kerawang pada papan meleh, papan kembung, kekisi tingkap dan sebagainya dianggap elemen utama yang ditonjolkan oleh rumah Melayu tradisional. Bagi masyarakat umum hari ini, tidak lengkap penjenamaan rumah Melayu tradisional sekiranya tidak mempunyai elemen dekorasi dalam bentuk dan corak kerawang

1

Page 2: KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN  PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

yang sarat pada sesebuah rumah Melayu tradisional tersebut. Walaubagaimanapun, komponen fizikal bukan struktur seperti dinding, tingkap dan pintu juga mempunyai penceritaan serta makna tersendiri jika dihayati dengan sebenar-benar tentang kaedah ataupun teknik pertukangannya. Kajian ini akan mengulas dengan lebih lanjut tentang prinsip Islamik yang diterapkan pada teknik rekabentuk pertukangan komponen panel dinding rumah Melayu tradisional Kedah.

SKOP KAJIAN

Gambarajah 1.0 menunjukkan tumpuan skop kajian kepada pertukangan dinding bagi komponen bukan struktur

02 SOROTAN KAJIAN

Kajian-kajian berkenaan dinding rumah Melayu tradisional sebelum ini lebih tertumpu kepada jenis-jenis dinding seperti:

i. Dinding Tindih Kasihii. Dinding Janda Berhiasiii. Dinding Kelarai

2

Page 3: KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN  PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

Berdasarkan gambar 2.1 dan 2.2, dapat diperhatikan bahawa perbezaan bahan untuk bahagian dinding telah digunakan seperti papan kayu meranti untuk dinding jenis Janda Berhias manakala dinding Kelarai menggunakan anyaman buluh dan bercorak (Mohd Sabrizaa, 2011). Walaupun begitu, persamaan kedua-duanya memiliki bingkai panel atau kerangka yang memegang papan kembung (Janda Berhias) dan anyaman buluh (Kelarai). Komponen panel pada dinding rumah Melayu tradisional ini juga telah menjadi asas pertukangan yang dapat di kenalpasti di Daerah Bandar Baharu, Kedah. Sebagai contoh, Rumah Penghulu Abu Seman yang kini berada di Jalan Stonor, Kuala Lumpur telah dibaikpulih oleh Badan Warisan Malaysia (BWM). Rumah berusia 90 tahun tersebut diambil dari tapak sebenar dari Kampung Sungai Kechil Ulu, Bandar Baharu, Kedah.

Begitu juga dengan Rumah Tok Su yang dibuka untuk tatapan umum oleh Lembaga Muzium Kedah di Alor Setar sebenarnya diambil dari Kampung Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu, Kedah. Rumah tersebut dipercayai telah berusia hampir 80 tahun dan jika diteliti komponen dinding bagi kedua-dua rumah tersebut, dapat diperhatikan bahawa wujud persamaan dimana rekabentuk dinding dibina dengan menggunakan asas bingkai panel dan dilekapkan ke bahagian struktur tiang sekaligus kelihatan menutup tiang dari bahagian luar.

3

Gambar 2.0 Keratan dinding Tindih Kasih

Gambar 2.1 Dinding Janda BerhiasSumber : Mohd Sabrizaa Abd Rashid

Gambar 2.2 Dinding KelaraiSumber : Mohd Sabrizaa Abd Rashid

Page 4: KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN  PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

Gambar 2.3 Pandangan ke sudut anjung rumah Penghulu Abu SemanSumber : Ng Shannon

Gambar 2.4 Pandangan sudut sisi antara bahagian hadapan dan kiri rumah Tok SuSumber : Qiaq

03 OBJEKTIF KAJIAN

4

Page 5: KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN  PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

Mendalami dengan lebih mendalam tentang teknik pertukangan panel dinding yang terdapat pada rumah Melayu tradisional Kedah

Menghubungkaitkan teknik pertukangan dinding rumah Melayu tradisional dengan pengaruh fahaman Islam

Menilai kelebihan dan kekurangan yang ada pada pertukangan panel dinding rumah Melayu tradisional

04 KEPENTINGAN KAJIAN

Rumah Melayu tradisional ini sebenarnya terlalu rumit untuk dikaji dalam tempoh masa yang singkat, dan terlalu luas bidang pengatahuan yang diperlukan untuk menghurai faktor-faktor kemungkinan di atas rasional binaan, ukiran, pertukangan, adat resam dan sebagainya. Sebagai langkah permulaan mengenal dengan lebih mendalam susur galur warisan bangsa ini, tidaklah ia dilaksanakan tanpa tujuan yang positif. Kajian yang dijalankan ini dapat membantu golongan pelajar senibina dalam melaksanakan tugasan berkenaan topik binaan berasaskan kayu dan secara tidak langsung juga mendidik masyarakat umum untuk lebih menghargai keunggulan senibina warisan yang perlu dimartabatkan. Bagi golongan pensyarah berkaitan senibina atau tamadun Melayu, kajian ini dapat dijadikan rujukan untuk diketengahkan lagi dengan kajian yang lebih mendalam. Penulisan ilmiah bagi pengetahuan melibatkan pertukangan alam Melayu perlu digandakan supaya generasi masa hadapan sentiasa mengetahui perkara berkaitan warisan turun-temurun.

05 SIMBOLIK ISLAMIK DALAM PERTUKANGAN PANEL DINDING

Pembungkusan Tulang oleh Otot dan Kulit

"Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik" (Al Qur'an, Al Mukminun : 14)

Rekabentuk panel dinding pada rumah Melayu tradisional yang menutupi bahagian tiang seolah-olah memberi suatu gambaran tersirat yang perlu dikaji. Sepertimana hikmah kejadian manusia menyebut tentang pembungkusan tulang oleh otot dan bagaimana lumrahnya tulang manusia tersembunyi oleh kulit, begitulah sepertinya pertukangan yang bersifat menutupi struktur tiang dan membaluti dengan panel dinding dibahagian luar. Bagi tukang rumah zaman dahulu, membina rumah bukanlah untuk merosakkan alam atau mengubah sesuatu yang sedia ada, tetapi membina rumah sepertimana mengikut hukum alam, berperingkat dan sebagai simbolik kepada ayat tersebut, maka dinding rumah menutupi bahagian tiangnya.

5

Page 6: KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN  PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

Tempat Tinggal yang Mudah Dipindahkan

“Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: Khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti dan (Dia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.” (Al Qur'an, An-Nahl : 80)

Merujuk kepada ayat 80 surah An-Nahl, dapat difahami bahawa tempat tinggal yang baik adalah yang mudah untuk dipindahkan binaannya dan dipasang semula di mana tempat yang diingini. Komponen panel rumah tersebut boleh dibuka sehingga menjadi komponen-komponen kecil yang boleh diangkut atau dibawa dengan mudah.

Rumah yang memiliki teknik binaan menggunakan panel dinding ini telah terbukti berjaya dibuka untuk dipindahkan dan dipasang semula di tempat lain iaitu Rumah Penghulu Abu Seman dipasang semula di Jalan Stonor, Kuala Lumpur dan Rumah Tok Su dipasang semula di Alor Setar dimana kedua-duanya di ambil dari kawasan Bandar Baharu, Kedah. Penggunaan sistem tanggam untuk komponen struktur adalah menjadi kebiasaan bagi rumah Melayu tradisional. Apabila empunya rumah berniat untuk berpindah atau rumahnya dibeli oleh orang lain, mereka mudah untuk membuka dan memasangnya semula.

6

Gambar 5.0 Rumah Tok Che Ah masih menyimpan ruang Ibu yang asal dan dinding panel seperti rumah Penghulu Abu Seman dan rumah Tok Su

Page 7: KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN  PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

06 TEKNIK PEMASANGAN DINDING PANEL TRADISIONAL MELAYU

Rumah pusaka Tok Che Ah tidak lagi memiliki ruang dalaman seperti rumah tradisional dahulu, cuma yang masih tinggal adalah ruang Ibu yang merangkumi ruang anjung hadapan. Walaupun hanya sekadar rumah Ibu, teknik pertukangannya sangat bermakna dan bercirikan rumah Melayu tradisional asli. Tambahan pula, rumah Tok Che Ah terletak di daerah Bandar Baharu, Kedah dimana berada di lingkungan kawasan yang sama dengan rumah Penghulu Abu Seman dan rumah Tok Su. Usia rumah Ibu ini dijangka melebihi 70 tahun. Tanpa diduga, pada November 2011 telah berlaku ribut petir yang menumbangkan sebatang pokok kelapa yang telah menimpa ruang anjung rumah tersebut. Kesannya, alang panjang sisi kanan telah patah, panel dinding anjung sisi kanan juga pecah.

Gambar 6.0 Rumah Tok Che Ah sehari selepas kejadian ditimpa pokok kelapa

Setelah diteliti, komponen dinding tersebut masih boleh digunakan dan perlu sedikit rawatan. Kerja memasang semula panel dinding ini memerlukan tempoh masa yang singkat dan tanpa perlu kemahiran tinggi. Dengan mengetahui langkah yang tepat untuk mula memasang dan tidak melangkaui diantara satu akan memudahkan kerja-kerja pemasangan. Langkah-langkah pemasangan dinding panel bagi rumah Melayu tradisional ini seperti ilustrasi berikut.

Ilustrasi Pemasangan Panel Dinding

7

Page 8: KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN  PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

Ilustrasi langkah-langkah memasang panel dinding:

1. Memasang kayu jenang yang telah ditebuk dan dilarik parit untuk tanggam.2. Memasang bingkai dan tingkap terlebih dahulu.3. Menaikkan kayu panel pada bahagian hujung jenang sebagai penamat

bingkai panel keseluruhan.4. Memasang papan kembung yang berada diantara tingkap dan kayu panel

tepi.

8

1 2

3 4

Page 9: KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN  PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

5. memasang kayu lintang(horizontal stud) dan kayu tegak(vertical stud) untuk membahagi kepingan papan dinding.

6. Memasang kepingan papan dan dinding disusun ke atas.7. Memasang kekisi kerawang pada bahagian atas tingkap.8. Memasang kayu jenang atas untuk menutup keseluruhan panel dinding.

Album Rentetan Proses Pemasangan Panel Dinding

9

5 6

7 8

Page 10: KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN  PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

RUJUKAN

10

1

2

3

4 5

Page 11: KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN  PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

1. Jenang tingkap bahagian bawah.2. Dinding yang belum dipasang.3. Pemasangan bingkai tingkap yang telah siap.4. Pemasangan papan kembung dan kayu lintang.5. Cara memasang kayu lintang .6. Papan dinding dipasang dari atas dan disusun.7. Memasang kekisi kerawang pada bahagian atas tingkap.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Secara umumnya, teknik pertukangan komponen panel dinding rumah Melayu tradisional Kedah kelihatan seperti dinding yang mudah untuk dipasang namun ia memerlukan kerja keras penukang rumah untuk memastikan setiap komponen diukur, dipotong dan ditebuk dengan sempurna dan tepat supaya proses pemasangan mudah dan berjalan lancar. Dengan mengkaji dinding jenis panel ini juga membuka mata pembina rumah, arkitek untuk melaksana inovasi berdasarkan kepakaran tukang terdahulu supaya dapat diterapkan dengan lebih baik pengetahuan yang diwariskan kepada kita. Sebagai mengakhiri kata, mengenang kembali resmi tukang yang mengamalkan konsep ‘membuat kerja sehingga sudah’ perlu kita praktik sebagai pegangan dimana dengan cara itulah disiplin serta tanggungjawab kita dapat dipupuk, dalam memastikan amanah kita terlaksana.

RUJUKAN

11

6 7

Page 12: KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN  PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

KAJIAN REKABENTUK TEKNIK PERTUKANGAN KOMPONEN PANEL DINDING RUMAH MELAYU TRADISIONAL KEDAH

1.Loo, Ruby & Lee, Chris. 1998. Arrival of the International Style. In: The Encyclopedia

Of Malaysia Architecture, Chen Voon Fee. (ed). Archipelago Press.

2.Mohd Tajuddin Rasdi. 1998. Developing a Modern Malaysian Architecture. Dlm. The

Encyclopedia Of Malaysia Architecture, Chen Voon Fee. (ed). Kuala Lumpur:

Archipelago Press.

3.Abdul Halim Nasir. 1985. Pengenalan Rumah Tradisional Melayu Semenanjung

Malaysia. Loyal Press Sdn Bhd.

4.Mohd. Zamberi A. Malek. 1994. Patani Dalam Tamadun Melayu. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

5.Norhaiza Noodin, Inovasi : Hubungkait Seni Ukir Kayu Dalam Masyarakat, Konvensyen

Inovasi Kraf Kebangsaan 2004, Hotel Prince, Kuala Lumpur, 28 Feb. 2005.

12