kajian lukisan viktor lowenfeld

Upload: nor-hidayah

Post on 14-Apr-2018

1.637 views

Category:

Documents


28 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Kajian Lukisan Viktor Lowenfeld

    1/11

    1

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAINSTITUT PERGURUAN KAMPUS RAJA MELEWAR

    KARUNG BERKUNCI NO.43,70990 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

    PSV 3103

    IMAGINASI DAN KREATIVITI KANAK-KANAKKAJIAN LUKISAN KANAK-KANAK

    VIKTOR LOWENFELD

    PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUSEMESTER 2

    NAMA PELAJAR : NASURAH BINTI MAZLAN

    NO.KAD PENGENALAN : 840611-01-5968

    UNIT : PENDIDIKAN SENI VISUAL

    AMBILAN : FEBRUARI 2012

    NAMA PENSYARAH : PUAN NORAINI BINTI MOHD

  • 7/29/2019 Kajian Lukisan Viktor Lowenfeld

    2/11

    2

    Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Viktor Lowenfeld

    Viktor Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik

    kanak- kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Peringkatperkembangan artistik yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumienam peringkat utama iaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkatschematic, peringkat dawning realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkatadolescent0art.

    PERINGKAT PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK VIKTOR LOWENFELD

    Per ingkat Scr ibbl ing

    (2-4 Tahun)- Conteng an

    Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawakdan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkanpergerakan badan dan membangunkan koordinasi ototmotor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu

    menguasai pergerakan tangan dan badan mereka mulamelukis dari peringkat contengan kepada lukisangarisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

    Per ingkat Preschematic

    (4-7 Tahun )

    Peningkatan daripada contengan bulatan kepadapercubaan pertama untuk melukis objek yang terdapatdi sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Sebagaicontoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan merekadilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dandilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang

    berbeza-beza.

    Per ingkat Schematic

    (7-9 Tahun )

    Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imejobjek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisanmula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu.Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunanobjek dalam imej selain daripada imej manusia danobjek yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai contoh,

  • 7/29/2019 Kajian Lukisan Viktor Lowenfeld

    3/11

    3

    kanak-kanak mula membuat percubaan denganmembahagikan ruang pada kertas lukisan kepada duabahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagipemandangan satah bawah objek disusun secaramelintang dan sama manakala objek udara puladibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkanadalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak pekadengan karya mereka sendiri dan tidak kisah denganlukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dangemar untuk berkongsi.

    Per ingkat Dawnin g

    Realism atau The Gang

    Age

    (9-12 Tahun )

    Kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkankonsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkatini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik danteliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dankanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan

    hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karyadengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan merekaberhati-hati dan sedikit individualistik sertamenitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

    Per ingkat

    Pseudonatural is t ic atau

    Reasoning

    (12-14 Tahun )

    Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik didalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkankonsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebihgemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau

    melalui objek di hadapan mata berbanding denganlukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan

    jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya danperasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranyalukisan yang dihasilkan tidak menarik.

    Peringk at Period If

    Decis ion atau Ad olescent

    Ar t in High School

    (14-17 Tahun )

    Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadapproses penghasilan karya seni dan penciptaan objek.Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalammembuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuaiuntuk menghasilkan karya seni.

  • 7/29/2019 Kajian Lukisan Viktor Lowenfeld

    4/11

    4

    KAJIAN DAN ANALISA LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUTPERINGKAT PERKEMBANGAN TEORI LOWENFELD

    Muhamad Fakrul Amin b Mohd Daud (2 tahun 9 bulan)

    1)Peringkat Scribbl in g

    Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia

    mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima

    tahun.

    Karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan

    garisan bagi menggambarkan sesuatu imej.

    Kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi denganpelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media. Antara

    perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang

    alatan untuk melukis.

    Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan

    gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung

    kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan.

    Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang

    pelbagai.

    Adik Fakrul ini merupakan kanak-kanak yang mampu berdikari sendiri apabila

    beliau bermain. Beliau tidak banyak bercakap tetapi mampu membawa diri di

    sekeliling persekitarannya. Apabila diminta melukis beliau mengambil warna

    pensil dan terus membuat lukisan.

    Hasil lukisan di atas memberi maksud kepadanya adalah seekor ikan, ini kerana

    sewaktu lukisan ini dijalankan dia melihat kakak-kakaknya sedang melukis

    gambar ikan di dalam laut. Di sini dapat dilihat bahawa kanak-kanakmempunyai

  • 7/29/2019 Kajian Lukisan Viktor Lowenfeld

    5/11

    5

    imaginasi untuk menghasilkan lukisan dan pembentukan imej bergantungkepada

    peringkat perkembangan usia kanak-kanak.

    2)Peringkat Pre-Schematic

    Fatin Syahfinas Binti Safarizan ( 6 Tahun)

    Melukisbentuk-bentuk yang terdapat di persekitarannya. Persekitaran

    memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti

    rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya.

    Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya seperti objek awan, matahari,

    pokok dan sebagainya. Imej yang digambarkan berasaskan apa yang mereka

    tahu bukan merupakan representasi tampak. Objek yang dilukis di mana-mana

    sahaja pada ruang lukis.

    Di peringkat awal penghasilan imej, imej-imej yangdihasilkan melalui lukisan

    terdiri daripada pelbagai saiz. Unsur ruang cuba dinampakkan iaitu berdasarkan

    objek-objek penyokong yang diletakkan di sekeliling objekpertama (imej pokok).

    Ruang ini dinamakan ruang badan.

    Kanak-kanak yang tinggal dikampung dengan nilai masyarakatnya menjadi

    sebahagian daripada cara dan sikapmereka pada seni dan persekitaran.

  • 7/29/2019 Kajian Lukisan Viktor Lowenfeld

    6/11

    6

    Adik Fatin merupakan kanak-kanak yang sangatpetah bercakap. Beliau

    menghasilkan lukisan ini dan menjadikan pengalamannya untukmenghasilkan

    lukisan di atas, ini kerana beliau cuba untuk melukis persekitaran rumahnya.

    Melalui lukisannya di atas beliau sedang mencuba dan

    menghasilkanpemandangan mengikut imaginasi yang terlintas olehnya walaupun

    imej yang terhasiladalah tidak logik bagi orang dewasa.

    Menurut teori Victor Lowenfeld tanda-tanda contengan mula hilang dan bentuk-

    bentuk yang dihasilkan adalah rumah, pokok,matahari, kereta. Imej yang

    pertama dihasilkan adalah adalah rumah kerana ianya adalah objek yang

    menjadi tempat tinggal ianya sekeluarga. Perhatikan objek-objekyang dilukis

    beliau memang terdapat dalam pelbagai saiz.

    3)Peringkat Schem atic

    Puteri Nurul Umayrah (8 tahun lebih)

    Melukis gambar manusia dan objek-objek yangmenarik perhatian mereka.

    Lukisan adik Umayrah ini banyak menggunakan bentukgeometri seperti bujur,

    empat segi, dan tiga segi.

  • 7/29/2019 Kajian Lukisan Viktor Lowenfeld

    7/11

    7

    Lukisannya banyak bersifat hiasan(dekoratif).Adik Umayrah merupakan kanak-

    kanak yang aktif dan petah bercakap.

    Lukisan adik inimenggambarkan keadaan pemandangan rumahnya ini kerana

    rumahnya baru siap diubahsuai secara tidak langsung beliau menjadi teruja

    untuk menggambarkanrumahnya di dalam bentuk lukisan. Beliau banyak menggunakan alat pembaris bagi menghasilkan bentuk geometri

    empat segi seperti bentuk rumah dan juga pasu bunga.

    Dalam teori Victor Lowenfeld, objek yang dilukis adalah berskala besar.

    Pernyataan ini amat jelas dilihat kerana rumah yang dilukis oleh adik ini hampir

    memenuhi ruang kertas lukisan. Teori Victor Lowenfeld yang menjelaskan tentang analisis kanak-kanak ketika 7-

    9 tahun ini jelas dan tepat kerana seandainya dilihat adik Umayrah terus

    mengambil pensel dan melakar lukisan serta mewarnakannya. Caranya

    memegang pensel dan mewarnakan lukisan ini begitu jelas bagaikan minda

    beliau telah menetapkan apa yang perlu dilukistanpa mengambil masa yang

    lama untuk berfikir.

    4)Peringkat Dawn ing Realism / The Gang A ge

    Nur Ain Fatihah Binti Mohd Daud (11 tahun)

    Kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya

    dan masyarakat. Kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian

    mereka.Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak

    mengikut rakan sebaya sama jantina.

    Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut

    dan pakaian. Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepadakesedaran

  • 7/29/2019 Kajian Lukisan Viktor Lowenfeld

    8/11

    8

    tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Menggunakan warna bagi

    menggambarkan sesuatu objek seperti hijau untuk pokok, biru untuk awan

    dansebagainya.

    Kanak-kanak pada tahap ini memasukkan lebih banyak objek dalamlukisan

    mereka. Garisan yang digunakan oleh adik Fatihah bagi menghasilkanlukisannya ialah garisan halus dan juga garisan tebal.

    Garisan tebal yang digunakan bertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang

    dilukis di dalam garisan tersebut.

    Penggunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria,

    terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan

    serta warna sejuk seperti warna biru.

    Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Adik Fatihah ini

    menggunakan pemandangan pantai kerana kampungnya berdekatan dengan

    pantai lalu melalui imaginasinya beliau melukis pemandangan sebuah

    keluargayang sedang berkelah di tepi pantai sambil memberi ikan-ikan makan.

    5)Peringkat Pseud o-natural ist ic / Reason ing

    Nur Farizirah bt Mohd Saleh (12 tahun)

    Kanak-kanak lebih menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang

    diperhatikan.

  • 7/29/2019 Kajian Lukisan Viktor Lowenfeld

    9/11

    9

    Peringkat ini peralihan zaman kanak-kanak ke zaman remaja dan bersifat lebih

    kritikal. Lukisannya diolah lebih natural dan mula memahami konsep ruang.

    Objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding yang dekat. Adik ini merupkan

    seorang yang sangat aktif di sekolah mempunyai stamina yang cergas.

    Adik Farizirah turut menghasilkan lukisan yang bertema persekitaran alamsemula jadi. Dalam lukisan adik ini beliau membahagikan ruang-ruang tertentu

    seperti sawah padi, dan gunung yang menampakkan harmoni bagi

    pemandangan di kampung.

    Ruang objek dibuat mengikut saiz dan jarak. Di sini dapat dilihat adik ini begitugemar kepada pemandangan alam semulajadi kerana beliau juga telah

    membesar di persekitaran yang sedemikian.

    6)Per ingkat Per iod If Decis ion / Adolescent A rt In High Sch ool

    Siew Wong (14 tahun)

    Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri, idealistik dan

    menyedariperanannya dalam masyarakat.

    Kefahaman tentang ruang, objek dan perlambanganmenjadi lebih matang.

    Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagai media

    melahirkan emosi, perasaan, respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya.

  • 7/29/2019 Kajian Lukisan Viktor Lowenfeld

    10/11

    10

    Mula mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkan kemahiran

    seni.

    Adik Wong ini merupakan pelajar pintar dan gemar kepada subek pendidikan

    seni disekolah. Beliau telah menghasilkan sebuah catan yang menarik

    bertemakanpemandangan alam dengan pengalaman dan kemahiran yang beliauada. Warna yangdigunakan memberi keharmonian kepada catan ini.

    Selain itu, imej yang dihasilkancukup realistik dan mempunyai kematangan di

    dalam membuat keputusan danpemilihan bahan yang sesuai untuk

    menghasilkan karya seni.

    Bahan yang dipilih untuk mewarna adalah warna air. Pemilihan warna yang cuba

    diterapkan adalah warna-warnayang harmoni dengan alam semulajadi.Konsep

    perspektif yang begitu jelas diperlihatkan melalui susunan air dan angsa

    putihyang sedang bermain dengan anak-anaknya berada di ruang hadapan

    diikuti olehrumah dan dibelakang sekali kelihatan hutan gunung. Begitu juga

    konsep ruang,kerharmonian juga kesatuan, penegasan, jalinan dan

    diadaptasikan melalui catan ini.

    Adik Wong ini menghasilkan karya ini kerana beliau amat gemar dengan

    keindahanpemandangan alam semula jadi.

    KESIMPULAN

    Setelah dianalisis berdasarkan kepada contoh-contoh lukisan dari pelbagai peringkat

    umur, jelas menunjukkan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak banyak

    dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Di mana

    persekitaranyang sihat dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan

    cara yang positif.Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta

    berkembangmengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Menurut Victor

    Lowenfeld, aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan kreatif dan mental

    dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Pengetahuan sedia adaboleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahapperkembangan dan

    pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intelek dan estetik.

    Dengan ini perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya

    tanpa disedari.Dari faktor inilah, pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan

    oleh kanak-kanak penting bagi guru seni sebelum kanak-kanak didedahkan dengan

  • 7/29/2019 Kajian Lukisan Viktor Lowenfeld

    11/11

    11

    pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak

    sertakemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual

    berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap kanak-kanak.